You are on page 1of 6

PROGRAM TERANCANG KELAS TANPA GURU SUBJEK *

(Oleh: Turin bin Ahmad)


1.0 LATAR BELAKANG
Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH) sebagai salah sebuah sekolah primer negeri dan sebagai
sekolah menengah tertua di Negeri Kedah mempunyai ramai guru-guru yang mempunyai tahap kepakaran
yang tinggi dalam bidang masing-masing. Justru itu ramai guru-guru KSAH yang terpaksa menjalankan
tugas rasmi di luar sekolah dalam waktu persekolahan atas arahan PPD, JPN dan KPM.
Penglibatan guru-guru KSAH di peringkat PPD, JPN dan KPM dan agensi kerajaan yang lain
sangat ketara sama ada dalam bidang kurikulum lebih-lebih lagi dalam bidang kokurikulum. Fenomena ini
menjejaskan core business sebagai guru iaitu mengajar di bilik darjah. Akibatnya secara purata 5 hingga
10 orang guru tiada di sekolah pada setiap hari dan jadual relief terpaksa dibuat.
Selain daripada penglibatan guru-guru atas kepentingan perkhidmatan, fenomena biasa
sebagaimana sekolah-sekolah lain juga berlaku di KSAH seperti guru pergi berkursus, cuti sakit, cuti
sambilan dan lain-lain lagi. Rekod sepanjang Jun 2001 hingga Mei 2002 menunjukkan pada musim-musim
puncak secara purata sehingga 15 kadang-kadang mencecah 20 orang guru tiada di sekolah.
Isu ini telah sekian lama disedari oleh warga KSAH dan telah sejak sekian lama juga hangat
diperkatakan oleh masyarakat luar KSAH sama ada di kalangan waris, pihak berwajib atau mereka yang
perihatin terhadap KSAH.
2.0 PENGENALAN
Suatu kaedah perlu difikir dan dilaksanakan untuk menangani isu di atas. Pembolehubahpembolehubah yang boleh kita kawal perlu kita manipulasikan semaksimum mungkin agar hak pelajar
tidak dinafikan. Program yang dicadangkan ini dirancang supaya walaupun guru bagi subjek tertentu tidak
hadir ke sekolah, proses P & P bagi subjek tersebut berjalan sama ada dengan kehadiran guru relief atau
tanpa kehadiran guru relief.
Untuk menjayakan program ini perlu ada di kalangan pentadbir, guru-guru dan pelajar kesedaran
yang tinggi tentang situasi yang berlaku dan kesediaan untuk memberikan komitmen bagi melaksanakan
program. Usaha ini sememangnya memerlukan sedikit pengorbanan guru-guru terutama di peringkat
penyediaan bahan/modul, tetapi sebenarnya itu memang menjadi tanggungjawab kita kerana prinsip
asasnya ialah setiap kelas yang kita tinggalkan perlu kita ganti.
Tanpa tekad dan azam yang bersungguh-sungguh untuk melaksanakan program ini kemelut yang
berlaku di KSAH akan berpanjangan tanpa kesudahan. Pihak waris dan masyarakat luar KSAH memberi
komen bahawa guru kerap tidak masuk kelas atau P&P kerap tidak berlaku dan reaksi kita ialah alasanalasan tentang fenomena yang wujud di KSAH. Walaupun sebenarnya kedua-dua pihak betul, namun
penyelesaian tidak wujud dan pelajar menjadi mangsa.
3.0 RASIONAL
Program Terancang Kelas Tanpa Guru Subjek amat perlu dilaksanakan di KSAH walaupun
mekanisme dan proses menyediakan guru relief mantap dan proses tersebut berjalan lancar pada setiap hari
persekolahan cuma kadang-kadang beberapa penyesuaian terpaksa dibuat apabila terlalu ramai guru tidak
hadir pada hari tersebut. Program ini perlu dilaksanakan kerana alasan-alasan berikut;
3.1 Guru relief mempunyai kecenderungan untuk masuk lewat, keluar awal, hanya sekadar
menjenguk atau tidak masuk langsung ke kelas yang telah ditetapkan.
3.2 Berlaku pembaziran waktu selama masa ketiadaan guru subjek sekiranya guru relief tidak
mempunyai inisiatif sendiri membuat pengisian waktu dengan aktiviti yang berfaedah
terutama bagi kumpulan pelajar yang motivasi dalamannya rendah.
3.3 Menambah beban kerja guru relief untuk memikir dan/atau menyedia bahan atau perancangan
bagi pengisian waktu tersebut.
3.4 Proses P & P subjek berkenaan terputus selama mana guru tersebut tidak hadir.
3.5 Sukatan Pelajaran tidak dapat dihabiskan atau penguasaan bagi topik-topik
tertentu tidak mantap.
Oleh itu suatu program terancang untuk menangani isu tersebut perlu dilaksanakan dengan kadar
segera terutama dalam konteks KSAH yang jelas menunjukkan fenomena tersebut berada di tahap
meruncing.
4.0 MATLAMAT
Meningkatkan lagi kecekapan dan keberkesanan proses P&P di KSAH dengan mempastikan
aktiviti P&P berjalan secara berterusan supaya pelajar-pelajar mendapat manfaat secara maksimum
sewaktu mereka di sekolah.

5.0 OBJEKTIF
5.1 Memantapkan pelaksanaan sistem guru relief yang sememangnya berjalan lancar diperingkat
penyediaan dan pengedaran jadual tetapi kurang berkesan di peringkat pelaksanaan oleh
guru-guru yang menerima tugas relief tersebut.
5.2 Memastikan masa dimanfaatkan dengan aktiviti khusus yang berfaedah yang menyumbang ke
arah memperkembang minda dan menggilap potensi pelajar walaupun tanpa kehadiran guru
subjek.
5.3 Membolehkan guru relief rasa terpanggil untuk masuk ke kelas kerana program ini telah
diberi tumpuan khusus dan dipantau oleh semua pihak termasuk oleh pelajar-pelajar kelas
berkenaan.
5.4 Memastikan guru yang tidak hadir ke sekolah oleh kerana suatu tugas rasmi atau sebab-sebab
lain tetap bertanggungjawab merancang dan menyedia bahan bagi subjek dan kelas yang
sepatutnya diajar.
5.5 Membolehkan guru relief rasa terpanggil untuk melaksanakan P&P setelah masuk ke kelas
sebab bahan telah tersedia.
5.6 Membantu pelajar mendapat sesuatu input atau faedah semasa ketiadaan guru subjek tersebut.
5.7 Membantu mengurangkan kes-kes perlanggaran disiplin walaupun guru subjek walaupun guru
subjek tidak hadir.
6.0 JAWATANKUASA
Pengerusi
:
Tuan Haji Morazuki b Hashim
Pengetua
Naib Pengerusi
:
Tuan Haji Turin b Ahmad
Penolong Kanan
En Pazilah b Jusoh
Penolong Kanan (HEM)
Setiausaha
:
En Azmi b Ismail
Kaunselor Pelajar
Ahli Jawatankuasa
:
Pn Hjh Latifah bt Omar
Guru Kanan Bahasa
Pn Sobariyah bt Razak
Guru Kanan Teknik dan Vokasional
Tn Hj Md Shariff b Daros
Guru Kanan Sains
En Shahran b Haris
Guru Kanan Kemanusiaan
7.0 PELAKSANAAN PROGRAM
7.1 PRA PELAKSANAAN
7.1.1 Guru subjek merancang dan menyediakan bahan/modul dan menyerahkannya kepada
Guru Kanan berkenaan (Lampiran 1) sebelum memulakan tugas rasmi di luar sekolah.
Bahan yang disediakan seboleh-bolehnya selari dengan RPT guru subjek berkenaan
dan spesifik khusus untuk kelas-kelas yang ditinggalkan.
7.1.2 Semua guru subjek hendaklah menyediakan bahan umum mengikut subjek dan
tingkatan yang diajar bagi tujuan kes-kes kecemasan. Penyediaan bahan ini bolehlah
dibincang diperingkat panitia dan dibuat secara bersama.
7.1.3 Bahan yang telah siap hendaklah diserah kepada guru kanan berkenaan secepat
mungkin untuk mula digunakan.
7.1.4 Ketidakhadiran guru sama ada menghadiri tugas rasmi atau kes-kes kecemasan perlu
dimaklumi oleh semua pentadbir termasuk guru-guru kanan. Satu memo perhubungan
mengenai ketidakhadiran guru perlu disedia dan disenggarakan dengan teratur.
7.1.5 Semua guru perlu menulis maklumat tugas rasmi yang bakal dihadiri dalam buku di
bilik guru untuk tujuan penyediaan guru relief.
7.1.6 Untuk kes-kes kecemasan atau urusan peribadi lain yang melibatkan cuti tanpa rekod,
cuti sambilan, cuti bersalin, cuti sakit dan yang seumpamanya guru-guru perlu
mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada pihak pengetua atau sekurang-kurangnya
memaklumkan ketidakhadiran pada pagi hari tersebut seawal mungkin (kes-kes
kecemasan).

7.2 PELAKSANAAN
7.2.1 Semua guru perlu sampai ke Kolej dan key in nama untuk rekod kehadiran sebelum
atau selewat-lewatnya jam 7.30 pagi.
7.2.2 Pada jam 7.30 pagi setiap hari Guru Jadual Waktu akan menyemak rekod kehadiran
berkomputer dan rekod guru menjalankan tugas-tugas luar dan seterusnya membuat
jadual relief. Jadual relief akan mula diedar pada jam 7.40 pagi.
7.2.3 Guru yang membuat jadual relief menampal salinan jadual relief di papan kenyataan
Info Kolej.
7.2.4 Selepas guru relief mendapat surat arahan relief mereka perlu mengenalpasti guru
yang direlief dan subjek yang diajar seterusnya mendapatkan bahan/modul daripada
Guru Kanan berkenaan.
7.2.5 Masuk ke kelas dan jalankan P&P berdasarkan modul yang disediakan. Aktiviti semasa
P&P adalah bergantung kepada kesesuaian bahan yang disedia, kreativiti dan
kepakaran guru relief. Selepas masa tamat bahan/modul atau kertas jawapan hendaklah
dikumpul bagi diserah kepada Guru Kanan (sekiranya perlu).
7.2.5 Sekiranya guru relief tidak masuk ke kelas selepas 10 minit masa berlalu Ketua Kelas
perlu melihat senarai guru relief di papan pernyataan Info Kolej, seterusnya mencari
guru berkenaan. Selepas usaha mencari dijalankan dan guru masih tidak masuk ke
kelas, Ketua Kelas hendaklah melaporkannya kepada Penolong Kanan / Pengetua.
7.3 POST PELAKSANAAN
7.3.1 Selepas selesai kelas bahan/modul atau skrip jawapan pelajar hendaklah diserah kepada
Guru kanan berkenaan dan guru kanan hendaklah menyerahkannya kepada guru subjek
apabila beliau kembali ke sekolah (sekiranya perlu).
7.3.2 Guru subjek hendaklah melihat/meniliti atau memeriksa bahan atau skrip jawapan
pelajar yang diterimanya dan membincangkannya semula di dalam kelas mengikut
keperluan.
8.0 JADUAL PELAKSANAAN
Pelaksanaan program berkuatkuasa sertamerta dan diharapkan berjalan secara menyeluruh pada
bulan Julai 2002. Carta Gantt jadual pelaksanaan program adalah seperti berikut:
MMMMM
Bil

Aktiviti

Kajian Keperluan

Cetusan Idea & Perbincangan


Awal

Penyediaan Kertas Cadangan &


Kelulusan Peringkat Pengurusan

Taklimat Penyediaan Bahan/


Modul & Program Dimulakan.

Program Dilaksanakan
Sepenuhnya.

Pemantauan

Mac
2002

Apr
2002

Mei
2002

Jun
2002

Jul
2002

Ogos
2002

9.0 CARTA ALIRAN KERJA


9.1 Guru subjek tidak hadir disebabkan sesuatu urusan yang tarikhnya diketahui terlebih awal dan
persediaan sempat dibuat.
Mula

Guru subjek mengetahui tarikh yang terlibat.

Guru subjek merancang dan menyediakan bahan/modul P&P untuk setiap


subjek dan kelas bagi setiap hari yang bakal ditinggalkan.

Bahan/Modul P&P hendaklah mencukupi bagi kegunaan semua pelajar


dalam kelas berkenaan.

Bahan/Modul P&P yang telah siap diproses dan berlabel diserah kepada
guru kanan berkenaan.

Bahan/Modul P&P yang telah siap diproses dan berlabel diserah kepada
guru kanan berkenaan.

Bahan/Modul P&P yang telah siap diproses dan berlabel diserah kepada
guru kanan berkenaan.

Guru relief atau ketua kelas mengambil bahan daripada guru berkenaan / di
tempat yang telah dikhaskansebelum masuk ke kelas.

Guru relief melaksanakan P&P berdasarkan bahan/modul yang telah


disediakan oleh guru kanan.

Guru relief/ketua kelas mengumpul bahan/modul dan menyerahkan semula


kepada guru kanan/meletakkan ditempat yang telah dikhaskan.

Guru kanan menyerahkan bahan/modul yang telah digunakan atau skrip


jawapan kepada guru subjek (sekiranya perlu).

Guru subjek memeriksa kertas jawapan atau membincangkannya semula


bersama pelajar kelas terbabit (sekiranya perlu).

Tamat

9.2 Guru subjek tidak hadir disebabkan kes-kes kecemasan dan perancangan tidak sempat dibuat.
Mula

Semua guru subjek menyediakan bahan/modul umum untuk digunakan di


waktu guru berkenaan tidak hadir disebabkan kes-kes kecemasan.
Bahan/Modul P&P hendaklah mencukupi bagi kegunaan kelas dengan
bilangan pelajar paling ramai.

Bahan/Modul P&P yang telah siap diproses dan berlabel diserah kepada
guru kanan berkenaan.

Guru Kanan menyimpan dengan kemas bahan/modul ditempat yang mudah


dicapai dan diketahui oleh semua guru di tempat masing-masing.

Guru relief atau ketua kelas mengambil bahan daripada guru berkenaan / di
tempat yang telah dikhaskansebelum masuk ke kelas.

Guru relief melaksanakan P&P berdasarkan bahan/modul yang telah


disediakan oleh guru kanan.

Guru relief/ketua kelas mengumpul bahan/modul dan menyerahkan semula


kepada guru kanan/meletakkan ditempat yang telah dikhaskan.

Guru kanan menyerahkan bahan/modul yang telah digunakan atau skrip


jawapan kepada guru subjek (sekiranya perlu).

Guru subjek memeriksa kertas jawapan atau membincangkannya semula


bersama pelajar kelas terbabit (sekiranya perlu).

Tamat

10.0 IMPLIKASI KEWANGAN


10.1 PERBELANJAAN
10.1.1 Rak penyimpanan bahan/modul P&P yang disediakan oleh guru subjek di bilik guru kanan.
10.1.2 Kos Percetakan Bahan/modul
10.2 SUMBER KEWANGAN
Semua kos yang terlibat ditanggung oleh pihak sekolah daripada peruntukan berikut:
10.2.1 Kumpulan Wang Kerajaan
10.2.2 Kumpulan Wang SUWA

11.0 PEMANTAUAN
11.1 Pemantauan oleh pelajar kelas yang terlibat dengan ketiadaan guru subjek.
11.2 Pemantauan oleh Pengetua. Penolong Kanan, Penolong Kanan (HEM) melalui rondaan dari
kelas ke kelas secara rawak.
11.3 Pemantauan oleh Guru Kanan melalui senarai guru yang tidak hadir (mengikut bidang
masing-masing) dan bahan yang sepatutnya diambil oleh guru relief.
11.4 Pemantauan berkala oleh Kaunselor Pelajar berdasarkan senarai guru relief dan senarai kelas
yang tiada guru subjek.
12.0 PENUTUP
Usaha untuk merealisasikan hasrat yang dirancang bukanlah suatu perkara mudah tanpa
penglibatan menyeluruh dan bersungguh-sungguh semua pihak.. Semoga kita semua mempunyai
komitmen yang tekal ke arah mencapai matlamat program ini agar rungutan berkaitan guru tidak masuk
kelas atau P&P tidak berjalan di KSAH dapat dikurangkan. Apa yang penting, suatu usaha yang terancang
dan bersungguh-sungguh telah kita buat untuk memperbaiki keadaan. Mudah-mudahan usaha murni cikgucikgu semua dirahmati Allah. Bersama-samalah kita memartabatkan imej Kolej dalam usaha menjunjung
warisan dan wawasan.
Disediakan oleh:
TURIN B AHMAD
Penolong Kanan
Kolej Sultan Abdul Hamid
Tarikh: 30 Mei 2002
*

Esei ini merupakan sebahagian kertas kerja KSAH untuk menangai masalah guru relief.
Program ini masih dilaksanakan di KSAH dengan beberapa penambahbaikan.

You might also like