You are on page 1of 2

AKU INGIN BELI MASA

AYAH

eperti biasa Haris, ketua jabatan di sebuah perusahaan swasta terkemuka


tiba di rumahnya pada pukul 11.00 malam. Tidak seperti biasa, Imran iaitu
anak sulungnya yang baru belajar di tahun dua membukakan pintu. Imran
nampaknya sudah lama menunggu ayahnya.
Eh, kenapa belum tidur ? sapa Haris sambil mencium anaknya. Biasanya
Imran sudah tidur ketika dia pulang dan baru terjaga ketika dia akan berangkat ke
pejabat pada pagi hari.
Imran tunggu ayah pulang sebab Imran mahu tanya berapa gaji ayah ?
Gaji ayah ? Ini mesti mahu minta duit lagi ? Taklah ayah. Imran sengaja nak
tahu. Okey. Imran boleh kira sendiri. Setiap hari ayah bekerja lebih kurang 10
jam dan dibayar RM 400. Setiap bulan, ayah kerja kira-kira 25 hari. Jadi, gaji
ayah dalam sebulan berapa ?
Imran berlari mengambil penselnya. Kalau sehari ayah dibayar RM 400
untuk 10 jam bererti sejam ayah terima gaji sebanyak RM 40. Pandai anak ayah.
Sekarang, cuci kaki dan pergi tidur. Imran tidak berganjak tetapi sebaliknya
bertanya, Ayah, boleh tak Imran pinjam RM 10 ? Janganlah macam ni. Ayah
penat. Ayah nak mandi dan tidur. Esok, ayah nak kerja lagi. Imran pun nak
sekolah esok. Tapi ayah Kesabaran Haris sampai ke kemuncak.
Ayah kata tidur !!! herdiknya mengejutkan Imran. Imran berlari menuju ke
kamarnya. Selesai mandi, Haris diburu penyesalan. Dia menjenguk bilik tidur
Imran. Imran sedang menangis sambil memegang wang kertas sebanyak RM 10.
Maafkan ayah. Ayah sayangkan Imran tapi apa Imran nak buat dengan duit
malam-malam ni? Kalau nak beli mainan, esokkan boleh. Ayah boleh beri lebih
dari RM 10.
Ayah, Imran bukan minta duit ayah. Imran nak pinjam. Nanti, bila duit
tabung Imran dah cukup, Imran bayarlah balik pada ayah. Iyalah, tapi nak buat
apa ? Imran tunggu ayah balik dari pukul 8.00 lagi. Imran nak ajak ayah main
dam ular tangga. Tiga puluh minit aje. Ibu selalu cakap, masa ayah berharga.
Jadi, Imran mahu beli masa ayah. Imran buka tabung tapi ada RM 10 sahaja.
Tadi ayah cakap, sejam ayah dibayar RM 40. Kalau setengah jam RM 20. Duit
tabung Imran kurang RM 10. Imran nak pinjam daripada ayah, terang Imran
dengan panjang lebar. Haris terdiam. Dia kehilangan kata-kata lalu dipeluknya
Imran seerat-eratnya.
Begitulah betapa saat ini, ramai anak yang sangat merindui saat-saat
bersama ibu dan bapa mereka. Mereka berasa dipinggirkan kerana
tanggungjawab ibu bapa diserahkan kepada pembantu rumah. Mereka tidak
memerlukan wang yang banyak tetapi sentuhan kasih sayang ayah dan ibu yang

diperlukan. Bukan sedikit wanita berkerjaya yang menangis dalam hati kerana
anak-anak mereka lebih rapat dengan pembantu rumah berbanding dengan ibu
kandung sendiri.
Seorang ibu muda berjawatan tinggi menangis apabila menceritakan detikdetik anaknya yang terlantar sakit di hospital, tidak mahu dipeluk olehnya.
Sebaliknya, anak tersebut memanggil pembantu rumah yang ketika itu sedang
bercuti di seberang. Buat para ayah, jangan sampai mengorbankan masa
bersama anak-anak demi pekerjaan. Anda mungkin memberikan alasan bahawa
duit yang diperoleh itu akan dibelanjakan untuk makan, pakaian serta pendidikan
anak-anak juga.
Ya, itu memang benar tetapi percayalah, wang ringgit dan harta-benda tidak
mampu membeli kebahagiaan anak-anak. Sesungguhnya, peluang untuk
menghabiskan masa bersama-sama orang tua mereka berserta kasih sayang
yang tulus ikhlas itu adalah jauh lebih berharga bagi anak-anak. Keadaan ini jelas
jika dibandingkan dengan barang-barang mainannya, telefon bimbit, top up atau
kredit tambah nilai dan lain-lain lagi.
(Sedutan dari Mingguan Malaysia. Disunting semula oleh Cikgu Rokinah Hj
Ramly)

You might also like