You are on page 1of 21

Bank dan

PERNIAGAAN BANK
PROF MADYA DR RUZIAN MARKOM
FAKULTI UNDANG-UNDANG UKM

PERNIAGAAN PERBANKAN
SEK 2 AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN 2013
DEFINISI UTAMA
Bank mempunyai pengertian yang sama
sebagaimana yang ditakrifkan dalam subseksyen
2(1) Akta Bank Negara Malaysia 2009 [Akta 701];
bank berlesen ertinya seorang yang
dilesenkan di bawah seksyen 10 untuk
menjalankan perniagaan perbankan;
6/6/16

RUZIAN MARKOM UUUK 4633

SEK 2 AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN 2013


DEFINISI UTAMA
perniagaan berlesen ertinya perniagaan perbankan, perniagaan
insurans atau perniagaan pelaburan perbankan;
perniagaan perbankan ertinya
(a) perniagaan
(i) menyetuju terima deposit atas akaun semasa, akaun deposit, akaun simpanan atau
akaun lain yang serupa;
(ii) membayar atau memungut cek yang dikeluarkan atau dibayar oleh pelanggan; dan
(iii) penyediaan pembiayaan; dan
(b) apa-apa perniagaan lain sebagaimana yang ditetapkan di bawah seksyen 3;

6/6/16

RUZIAN MARKOM UUUK 4633

SEK 2 AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN 2013


DEFINISI UTAMA
Penetapan perniagaan atau aktiviti tambahan oleh Menteri
3. Menteri boleh, atas syor Bank, menetapkan
(a) apa-apa perniagaan atau aktiviti sebagai suatu tambahan
kepada takrif
(i) perniagaan perbankan;
(ii) perniagaan perbankan pelaburan;
(iii) aktiviti perantaraan kewangan;
(iv) perniagaan pemfaktoran; atau
(v) perniagaan pemajakan,

dan apabila ditetapkan, takrif yang ditambah itu hendaklah disifatkan sebagai suatu bahagian penting
Akta ini dari tarikh permulaan kuat kuasa penetapan itu, atau dari apa-apa tarikh kemudian
sebagaimana yang ditentukan dalam perintah itu; dan

(b) apa-apa perniagaan, perkhidmatan atau aktiviti berhubungan dengan suatu perkhidmatan
kewangan sebagai perniagaan nasihat kewangan bagi maksud takrif perniagaan nasihat kewangan di
bawah subseksyen 2(1).

6/6/16

RUZIAN MARKOM UUUK 4633

SEK 2 AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN 2013


DEFINISI UTAMA
deposit ertinya sejumlah wang yang disetuju terima atau dibayar atas terma yang di
bawahnya ia akan dibayar balik sepenuhnya, dengan atau tanpa faedah atau apa-apa
balasan berupa wang atau nilaian wang lain, sama ada bila dituntut atau pada suatu
masa atau dalam hal keadaan yang dipersetujui oleh atau bagi pihak orang yang
membuat pembayaran itu dan orang yang menyetuju terimanya, tetapi tidak termasuk
wang yang dibayar secara bona fide
(a) sebagai suatu pendahuluan atau suatu pembayaran sebahagian di bawah suatu
kontrak jualan, sewaan atau penyediaan harta atau perkhidmatan lain, dan hanya
boleh dibayar balik sekiranya harta atau perkhidmatan itu tidak sebenarnya dijual,
disewa atau disediakan selainnya;
(b) sebagai jaminan bagi pelaksanaan suatu kontrak atau sebagai jaminan berkenaan
dengan apa-apa kerugian yang boleh disebabkan oleh ketidaklaksanaan suatu kontrak;

6/6/16

RUZIAN MARKOM UUUK 4633

SEK 2 AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN 2013


DEFINISI UTAMA
(c) tanpa mengehadkan perenggan (b), sebagai jaminan bagi penghantarserahan atau
pemulangan apa-apa harta, sama ada dalam keadaan baik tertentu atau selainnya; dan
(d) dalam apa-apa hal keadaan lain, atau kepada atau oleh mana-mana orang lain,
sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual 2;

6/6/16

RUZIAN MARKOM UUUK 4633

SEK 2 AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN 2013


DEFINISI UTAMA
kemudahan kredit ertinya
(a) pemberian apa-apa pendahuluan, pinjaman atau kemudahan
lain dalam apa jua bentuk atau dengan apa jua namanya disebut;

(b) pemberian suatu jaminan; atau

(c) apa-apa urus niaga atau transaksi yang lain sebagaimana yang ditetapkan di bawah
seksyen 4;

6/6/16

RUZIAN MARKOM UUUK 4633

SEK 2 AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN 2013


DEFINISI UTAMA
penyediaan pembiayaan termasuklah
(a) pemberian pinjaman wang;
(b) perniagaan pemajakan;
(c) perniagaan pemfaktoran;
(d) pembelian bil pertukaran, nota janji hutang, perakuan deposit, debentur atau
surat cara boleh niaga lain; dan
(e) penerimaan atau penjaminan apa-apa liabiliti, obligasi atau kewajipan mana-mana
orang;

6/6/16

RUZIAN MARKOM UUUK 4633

Penetapan perjanjian, urus niaga, transaksi atau


orang tambahan oleh Bank
4. Bank boleh, dengan persetujuan Menteri, menetapkan
(a) mana-mana perjanjian berkenaan dengan suatu transaksi kewangan yang boleh dibuat oleh pihak dalam
pasaran kewangan, selain suatu derivatif terselaras atau suatu
perjanjian berkenaan dengan transaksi sekuriti yang dibuat di bawah kaedah-kaedah suatu bursa saham dan
pusat penjelasan yang diluluskan sebagaimana yang ditakrifkan dalam subseksyen 2(1) Akta Pasaran Modal
dan Perkhidmatan 2007 sebagai perjanjian kewangan yang layak
bagi maksud takrif perjanjian kewangan yang layak dalam subseksyen 2(5);
(b) apa-apa urus niaga atau transaksi sebagai kemudahan kredit bagi maksud takrif kemudahan kredit
dalam subseksyen 2 (1); dan
(c) mana-mana orang lain sebagai peserta pasaran bagi maksud takrif peserta pasaran dalam subseksyen
2(1).

6/6/16

RUZIAN MARKOM UUUK 4633

KES UTAMA BERKAITAN


PERNIAGAAN BANK
ORDINAN BANK 1958 & AKTA BANK 1973
1. BANK OF CHINA LWN LEE KIN PIN [1961] MLJ 40
2.KOH KIM CHAI LWN ASIA COMMERCIAL BANK COPRPORATION LTD[1981] MLJ 196
3. SABAH DEVELOPMENT BANK BERHAD LWN SKBS (SABAH)SDN BHD & ORS [1992]MLJ
454
4. CO OPERATIVE CENTRAL BANK BERHAD LWN BELAKA SURIA SDN BHD [1991] MLJ 43
BAFIA 1989
1. JUPITER CAPITAL SDN BHD V TAN LAY HONG & ORS [2011 8 MLJ 599
2. BANQUE NASIONALE DE PARIS V WUAN SWEE MAY & ANOR [2000] 3 MLJ 587
3. LIGHT STYLE SDN BHD V KFH IJARAH HOUSE (MALAYSIA) SDN BHD [2009] 4 MLJ 575

6/6/16

RUZIAN MARKOM UUUK 4633

10

BANK OF CHINA LWN LEE KIN PIN


[1961] MLJ 40
Bank of China di Penang terpaksa ditutup dan memberhentikan urusan perniagaan
bank setelah Ordinan Bank 1958 dikuatkuasa.
Oleh itu, BoC cuba untuk mendapatkan semula hutang yang perlu dibayar bagi
meneruskan perniagaannya.
Defendan membantah dengan mengatakan bahawa bank tidak menjalankan urusna
perniagaan kerana tiada lessen dan perniagaan bank dijalankan tanpa kelulusan
Menteri.
Mahkamah memutuskan bahawa bank tidak boleh menuntut balik bayaran daripada
defendan kerana bank tidak melaksanakan urusan perniagaan bank spertimana yang
dimaksudkan di dalam peruntukan seksyen 5 Ordinan Bank 1958

6/6/16

RUZIAN MARKOM UUUK 4633

11

2.KOH KIM CHAI LWN ASIA COMMERCIAL BANK


COPRPORATION LTD[1981] MLJ 196
ACMB telah melaksanakan urusan jual beli tanah di
Malaysia. Oleh itu, beliau telah menuntut bayaran
balik daripada plaintif. Mahkamah telah memutuskan
bahawa pelaksanaan urusan perniagaan dalam hak
memperolehi dan menerima harga jualan tanah di
Malaysia tidak dapat dilaksanakan kerana bank
defendan tidak termasuk dalam definisi di bawah
Seksyen 2 dan 3 Akta Bank 1973 .

6/6/16

RUZIAN MARKOM UUUK 4633

12

SABAH DEVELOPMENT BANK BERHAD LWN SKBS


(SABAH)SDN BHD & ORS [1992]MLJ 454
Syarikat plaintiff telah ditubuhkan di negeri Sabah untuk memberikan pinjaman
jangka pertengahan dan panjang kepada perusahaan persendirian dan negeri. Plaintif
telah memohon penghakiman terhadap defendan pertama untuk jumlah RM188.618.09
iaitu jumlah yang belum dijelaskan daripada satu kemudahan dkumentari import dan
kredit berkisar. Isu yang dibicarakan ke atas palintif ialah plaintif bukanlah sebuah
bank yang dilesenkan di bawah Akta Bank 1973 dan telah membuat transaksi itu secara
tidak sah dan transaksi terbatal mengikut sek 24 Akta Kontrak 1950. Plaintif berhujah
bahawapinjaman itu telah diberikan secara teratur dan sah di sisi undangundangkepada defendan pertama dan boleh dituntut kembali.
Menurut undang-undang, plaintif adalah sebuah bank pembangunansejak 1978 dan
diberikan kebenaran untuk menggunakan nam,a bank oleh Menteri di bawah Seksyen 9
Akta Bank 1973. Aktiviti plaintifadalah berkaitan pinjaman dan bukan banking
business. Oleh itu , ia tidak menyalahi sek 3 AB 1973 kerana ia termasuk dlm sek 2 AB
1973. Oleh itu, plaintif tidak memerlukan satu lessen bank di bawah AB1973untuk beri
pinjaman kepada defendan pertama. Mahkamah memutuskan bahawa plaintif berjaya
di dalam tuntutan ini.

6/6/16

RUZIAN MARKOM UUUK 4633

13

CO OPERATIVE CENTRAL BANK BERHAD LWN BELAKA SURIA


SDN BHD [1991] MLJ 43
BAFIA 1989

Mahkamah mendapati terdapat kekeliruan bagi plaintif


memanggil dirinya sebagai Cooperative central Bank Berhad
memandangkan ia bukanlah sebuah bank langsung kerana ia
tidak menjalankan perniagaan bank dengan orang awam.
Bank plaintif telah ditubuhkan dibawahSek 1 Akta Pertubuhan
Koperatif 1948 di mana menurut Seksyen 20 (1) Akta 1948 itu,
sebuah pertubuhan koperatif yang didaftarkan dibenarkan
memberi pinjaman kepada ahli-ahlinya.

6/6/16

RUZIAN MARKOM UUUK 4633

14

PELESENAN PERBANKAN
10. (1) Dalam menilai suatu permohonan yang dibuat dengan sempurnanya di bawah
seksyen 9 untuk menjalankan apa-apa perniagaan berlesen, Bank hendaklah
mengambil kira semua faktor yang dinyatakan dalam Bahagian 1 dan Bahagian 2 Jadual
5 dan apaapa perkara lain yang Bank berpendapat adalah berkaitan.
(2) Apabila membuat suatu penilaian di bawah subseksyen (1) dan jika Bank berpuas
hati bahawa pemohon itu boleh diberikan suatu lesen, Bank hendaklah membuat suatu
syor kepada Menteri untuk memberikan suatu lesen di bawah subseksyen (4) dengan
atau tanpa syarat.
(3) Bank hendaklah memberitahu pemohon secara bertulis sekiranya Bank tidak
membuat suatu syor kepada Menteri di bawah subseksyen (2).
(4) Jika Bank membuat suatu syor menurut subseksyen (2), Menteri boleh memberikan
suatu lesen kepada pemohon untuk menjalankan perniagaan perbankan, perniagaan
insurans atau perniagaan perbankan pelaburan, dengan atau tanpa syarat.

6/6/16

RUZIAN MARKOM UUUK 4633

15

Sambungan
(5) Bank hendaklah memberitahu pemohon itu secara bertulis keputusan Menteri di
bawah subseksyen (4).
(6) Jika Menteri memberikan suatu lesen di bawah subseksyen (4), orang berlesen
hendaklah memulakan perniagaan berlesennya dalam suatu tempoh atau mana-mana
tempoh lanjut sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri, atas syor Bank.

6/6/16

RUZIAN MARKOM UUUK 4633

16

JADUAL 5
[Seksyen 10 dan 11]
FAKTOR PERTIMBANGAN DALAM MENILAI PERMOHONAN LESEN DI BAWAH
SEKSYEN 10 ATAU KELULUSAN DI BAWAH SEKSYEN 11

BAHAGIAN 1
1. Perwatakan dan integriti pemohon atau, sekiranya pemohon ialah pertubuhan
perbadanan, reputasinya semasa dikendalikan mengikut cara yang selaras dengan
standard tadbir urus yang baik dan berintegriti.
2. Perniagaan orang yang akan diberi kuasa tidak memudaratkan kepentingan bakal
pendepositnya, pemunya polisi, peserta, pengguna atau orang ramai secara amnya.
3. Kekukuhan dan daya maju rancangan pemohon bagi pelakuan di masa hadapan dan
perkembangan perniagaan orang yang akan diberi kuasa.
4. Keadaan dan kecukupan sumber kewangan pemohon sebagai sumber sokongan
kewangan yang berterusan untuk orang yang akan diberi kuasa.

6/6/16

RUZIAN MARKOM UUUK 4633

17

Sambungan
5. Rekod perniagaan dan pengalaman pemohon.
6. Orang yang akan diberi kuasa akan dikendalikan dengan bertanggungjawab oleh orang
yang mempunyai kecekapan dan pengalaman yang sesuai untuk terlibat dalam
mengendalikan orang
yang akan diberi kuasa.
7. Sama ada permohonan itu untuk kepentingan terbaik bagi Malaysia, dengan mengambil
kira
(a) kesan pelaburan itu atas tahap dan keadaan aktiviti ekonomi di Malaysia, termasuk
kesan atas produktiviti, kecekapan dan kualiti perkhidmatan kewangan;
(b) sumbangan ke arah peningkatan perdagangan antarabangsa dan hubungan pelaburan
antara Malaysia dan negara lain;
(c) kesan pelaburan itu atas kestabilan sistem kewangan, termasuk atas pelakuan dan sikap
yang boleh menimbulkan risiko kepada sistem kewangan; atau
(d) tahap dan kepentingan penyertaan rakyat Malaysia dalam sektor kewangan.

6/6/16

RUZIAN MARKOM UUUK 4633

18

Sambungan
BAHAGIAN 2
8. Sama ada keadaan, skala dan aktiviti kumpulan perbadanan pemohon yang
memohon lesen akan menghalang pengawalseliaan dan penyeliaan berkesan orang
yang akan dilesenkan, termasuk mengambil kira keadaan dan tahap pengawalseliaan
dan penyeliaan mana-mana institusi kewangan dalam kumpulan perbadanan itu.
Kes :
Malaysian French Bank Berhad & Ors v Joo Seng Rubber Co. Sdn Bhd (In receivership) &
Anor [1992]1 MLJ 528.

6/6/16

RUZIAN MARKOM UUUK 4633

19

Pembalatan lessen
Seksyen 20 -23 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013

6/6/16

RUZIAN MARKOM UUUK 4633

20

Sekian terimakasih
6/6/16

RUZIAN MARKOM UUUK 4633

21

You might also like