You are on page 1of 1

Laporan Kesan Perkembangan Pengangkutan

Terhadap Alam Sekitar


Perkembangan pengangkutan telah menyumbang banyak kesan negatif
terhadap alam sekitar. Kesan buruk seperti ini dapat menganggu kehidupan manusia
sekaligus mengancam kesihatan manusia.
Antara kesan negatif perkembangan pengangkutan terhadap alam sekitar
adalah kenderaan bermotor yang membebaskan gas hasil daripada pembalakan
petroleum dan diesel telah menyebabkan pencemaran udara.
Pencemaran bunyi juga merupakan salah satu kesan negatif yang
disebabkan oleh pertambahan bilangan kenderaan dan perkhidmatan udara. Punca
utamanya ialah daripada motosikal, bas, lori dan kapal terbang.
Selain itu, pembinaan pelabuhan telah menyebabkan pencemaran air apabila
kerja penambahan laut dijalankan. Di samping itu, pencemaran air juga disebabkan
oleh tumpahan minyak daripada bot atau kapal akibat kecuaian atau berlaku
pelanggaran. Tumpahan minyak boleh mengancam hidupan akuatik.
Seterusnya, pembinaan jalan raya, lebuh raya dan lapangan terbang
menyebabkan hutan banyak ditebang dan menjadikan kawasan tadahan air hujan
dan oksigen berkurangan. Antara kesan lain pula ialah pembinaan lebuh raya telah
menyebabkan hakisan tanah berlaku. Perkara ini akan mengancam keselamatan
para pengguna lebuh raya.
Justeru, segala jenis pembangunan yang dibina mestilah memenuhi
keperluan semasa tanpa menjejaskan alam sekitar untuk keperluan masa hadapan.

Disediakan oleh,
________________
(NOR NASUHA BT ABU HASSAN)

16 Oktober 2013

You might also like