You are on page 1of 1

KARANGAN - BIOGRAFI - IBU SAYA

Ibu adalah orang yang melahirkan kita ke dunia. Ibu


mengasuh dan mendidik kita sejak kecil dengan penuh kasih
sayang. Kasih ibu tiada batasannya dan tidak dapat dicari ganti.
Ibu saya bernama Aminah Ali. Beliau berumur 35 tahun.
Ibu saya seorang yang sederhana, selalu berbaju kurung dan
bertudung. Bagi saya, ibu adalah wanita yang cantik, bersopansantun , dan periang. Ibu saya bekerja sebagai guru. Beliau
berkelulusan Maktab Perguruan Keningau dan mengajar di Sekolah
Kebangsaan Mangkapon Pitas.
Sebagai seorang ibu yang bekerjaya, kehidupan seharian ibu
amat sibuk. Pada setiap pagi, ibu akan bangun awal untuk
menyiapkan sarapan dan memasak untuk makan tengah hari nanti.
Selepas bersarapan, saya dan ibu akan pergi ke sekolah bersamasama. Pada waktu tengah hari, ibu akan menjemput saya di
sekolah. Kemudian, kami akan makan bersama-sama. Pada waktu
petang pula, ibu akan menghantar saya ke sekolah agama.
Pada hari minggu, ibu akan memasak lauk-pauk kegemaran
kami sekeluarga. Selain itu, ibu saya pandai menjahit dan selalu
menjahit pakaian saya. Ibu sentiasa meluangkan masa untuk
membaca bersama-sama kami. Kami juga akan menonton
televisyen
bersama-sama.
Saya sayang akan ibu dan berasa sangat gembira apabila melihat
ibu tersenyum. Saya berjanji akan belajar bersungguh-sunggah dan
akan sentiasa membuatkan ibu gembira. Saya doakan semoga ibu
berbahagia selalu.

You might also like