You are on page 1of 70

Kriket

Kriket

MODUL INI DISEDIAKAN SEBAGAI LANGKAH AWAL UNTUK


MEMBANTU GURU-GURU PENASIHAT DAN MURID-MURID KELAB SUKAN

SEKOLAH.
USAHA PENAMBAHBAIKAN MODUL INI AKAN DILAKUKAN
SECARA BERKALA DAN BERTERUSAN.
MODUL INI BOLEH DIGUNA PAKAI SEBAGAI PANDUAN DAN
RUJUKAN GURU DAN MURID DALAM USAHA MEMBANGUNKAN SUKAN
DI SEKOLAH.

Kriket
ISI KANDUNGAN
BAB 1



1.1
1.2
1.3
1.4

DASAR 1MURID 1SUKAN


Pengenalan

Rasional

Matlamat
Konsep

8
8
9
9

BAB 2



2.1
2.2
2.3
2.4

PENGURUSAN KELAB SUKAN


Pengenalan
Penubuhan Kelab sukan
Organisasi Kelab Sukan
Bidang Tugas Jawatankuasa Kelab Sukan

11
12
14
15

BAB 3
LATAR BELAKANG SUKAN KRIKET

3.1 Sejarah dan Perkembangan
18

3.2 Undang-Undang Asas Permainan Kriket
20

3.3 Ukuran Gelanggang dan Padang
30

3.4 Tatacara Berpakaian dan Peralatan
31

3.5 Pengelolaan Kejohanan / Sistem
Pertandingan 34

BAB 4
PERSEDIAAN DAN PERANCANGAN

4.1 Pertimbangan Untuk Latihan
39

4.2 Contoh 1 Sesi Latihan
40

4.3 Aktiviti Memanaskan Badan
42

4.4 Aktiviti Gerak Kendur
42

4.5 Contoh Aktiviti Memanaskan Badan
43

4.6 Contoh Aktiviti Gerak Kendur
45

BAB 5
PERKEMBANGAN KEMAHIRAN

5.1 Kemahiran memukul

43

5.2 Kemahiran membaling
48

5.3 Kemahiran memadang
53

5.4 Kemahiran menjaga wiket
63

5.5 Asas posisi pemadang
66

Kriket
KATA ALU-ALUAN

MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA


Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Sejahtera,
Salam 1Malaysia.
Sekolah sebagai institusi pendidikan utama bukan sahaja menumpukan bidang
akademik atau kurikulum, malah diberikan tanggungjawab turut memfokuskan bidang
kokurikulum. Antara cabang kokurikulum yang begitu aktif sejak dahulu ialah sukan
dan permainan. Hal ini dapat dikesan menerusi penghayatan kita terhadap apa-apa
yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi tonggak
kepada prinsip sistem pendidikan negara yang bermatlamat untuk melahirkan pelajar
yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Bagi merealisasikan hasrat ini, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menerbitkan


Modul Latihan Sukan Untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah, bertujuan untuk
meningkatkan penyertaan dan menyuburkan semangat kesukanan dalam kalangan
murid. Sukan bukan sahaja wadah untuk mengasah bakat dan kebolehan murid tetapi
dapat menjurus kepada hala tuju membentuk masyarakat bersatu padu, aman dan
sejahtera di samping dapat mengeratkan hubungan antara guru dengan ibu bapa dan
menceriakan sekolah ketika berlangsungnya sesuatu kejohanan.
Pertumbuhan murid seharusnya dikembangkan dengan pelbagai potensi dan tidak
sewajarnya terhad dalam aspek pencapaian akademik. Sememangnya pencapaian dan
kecemerlangan akademik sangat penting, tetapi mengisikan mereka dengan pembinaan
sahsiah peribadi serta memberikan peluang kepada mereka menggilap bakat dalam
sukan yang digemari sepanjang tahun juga tidak boleh disekat. Wajar diakui melalui
kegiatan sukan, murid akan dapat mengisi masa dengan aktiviti yang bermanfaat,
baik untuk kesihatan fizikal terutamanya mengurang masalah obesiti, menyemai nilai
sahsiah yang terpuji, membina keyakinan diri yang tinggi di samping berasa seronok
hadir ke sekolah akan dapat membendung gejala ponteng.
Saya berharap agar pelaksanaan Dasar 1Murid 1Sukan ini dapat memberikan manfaat
kepada pembentukan keperibadian mulia dalam kalangan generasi muda. Semoga
usaha murni ini akan berkekalan dan dapat mencapai objektif yang disasarkan.
BERTUGAS DENGAN IKHLAS
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO HJ MUHYIDDIN BIN HJ MOHD YASSIN
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pendidikan Malaysia

Kriket
KATA ALU-ALUAN

KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA


Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
dan Salam Sejahtera.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada
Bahagian Sukan atas kejayaan penerbitan modul ini.
Aktiviti sukan telah menjadi semakin penting dan wajib dilaksanakan di semua sekolah
di seluruh negara. Pihak yang terlibat dalam pengurusan sukan seharusnya merancang,
mengurus dan melaksanakan kegiatan ini secara sistematik, cekap, berkesan dan
berlandaskan keilmuan dan kemanusiaan.
Dalam menghadapi alaf baharu yang serba mencabar ini, kita harus sentiasa memainkan
peranan dan tanggungjawab untuk melahirkan modal insan, iaitu murid yang seimbang
dan harmonis secara menyeluruh dan bersepadu. Pewaris generasi akan datang ini
mampu menyahut cabaran dan memastikan kesejahteraan negara berkekalan dan
seterusnya dapat meningkatkan kemajuan negara. Generasi ini merupakan penentu
kegemilangan negara kelak. Oleh itu, peranan dan penglibatan murid dalam aktiviti
sukan amat penting. Program sukan tersebut membolehkan murid memperoleh,
menyebar dan menggunakan ilmu pengetahuan.
Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua
pihak yang terlibat dalam menyumbangkan idea sehingga terbitnya Modul Latihan
Sukan Untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah. Semoga modul ini dapat dijadikan
panduan untuk melahirkan generasi yang mantap dari segi fizikal dan mempunyai
disiplin yang tinggi, bersikap positif serta mempunyai jati diri. Selain itu, diharap modul
ini akan diguna pakai dan dibuat penambahbaikan selaras dengan perubahan semasa
untuk dimanfaatkan oleh semua pihak.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI ABD GHAFAR BIN MAHMUD
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Kriket
KATA ALU-ALUAN

PENGARAH BAHAGIAN SUKAN


Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada
jawatankuasa program 1Murid 1Sukan kerana berjaya dalam menghasilkan Modul
Latihan Sukan Untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah ini. Penghasilan modul ini
menepati usaha transformasi pendidikan negara yang berhasrat untuk meningkatkan
penyertaan murid dalam bidang sukan. Kemunculan modul ini adalah antara langkah
awal Bahagian ini demi merealisasikan cetusan idea Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato
Hj. Muhyiddin bin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri, merangkap Menteri
Pendidikan Malaysia. Usaha mengoptimumkan kecergasan murid melalui pembudayaan
sukan di sekolah bertujuan untuk menghasilkan murid yang berminda cerdas.
Penerbitan modul ini diharapkan dapat membantu banyak pihak dalam melaksanakan
program 1Murid 1Sukan. Pelaksanaan program ini sudah pasti akan menyentuh
pelbagai aspek seperti penyertaan murid, penyediaan prasarana, serta perancangan
program dalam pelbagai peringkat. Justeru, modul ini dapat dijadikan rujukan untuk
menyelaraskan pelaksanaan program 1Murid 1Sukan. Penggemblengan pengurusan
semua pihak dalam organisasi masing-masing yang diilhamkan melalui modul ini
diharapkan dapat membantu untuk menjayakan misi dan visi program 1Murid 1Sukan
demi mengembalikan kegemilangan sukan negara seperti yang dihasratkan oleh semua
pihak.
Sekian.
EE HONG
Pengarah Bahagian Sukan

Kriket

BAB 1

DASAR 1MURID 1SUKAN


(1M1S)

Kriket
BAB 1

DASAR 1MURID 1SUKAN

1.1 PENGENALAN
Dasar 1Murid 1Sukan (1M1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurangkurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberikan tumpuan ke arah melahirkan
insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Dasar ini selaras dengan Dasar Sukan Negara yang memberikan penekanan
kepada Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Matlamat dasar
ini memberikan perhatian yang utama kepada murid yang kurang aktif supaya
mereka melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Pada masa yang sama, bakat murid
yang berpotensi akan digilap dan dibangunkan melalui program Sukan Prestasi
Tinggi Sekolah (SPTS).
Bidang sukan sangat penting dalam mengoptimumkan keupayaan fizikal murid
selaras dengan ungkapan minda yang cerdas terletak pada tubuh yang sihat.
Dalam konteks ini, bidang sukan memainkan peranan yang penting bagi melahirkan
insan yang sihat, cergas dan produktif agar dapat memberikan sumbangan kepada
kesejahteraan sosial serta pembangunan ekonomi negara. Justeru, pelbagai aktiviti
sukan diperkenalkan bagi menarik minat murid agar mengamalkan gaya hidup
sihat dan aktif.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melaksanakan Dasar 1Murid 1Sukan agar
setiap murid menikmati manfaat bersukan dengan harapan dapat membentuk
generasi yang membudayakan sukan seiring dengan keperluan akademik.
1.2 RASIONAL
Dasar 1Murid 1Sukan mendokong Dasar Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk
Kecemerlangan. Dasar ini menitikberatkan penglibatan semua murid dalam
pelbagai aktiviti sukan. Dasar ini dibentuk atas rasional kegiatan sukan adalah
sebahagian daripada transformasi pendidikan yang diusahakan oleh KPM.
Sukan seharusnya mendapat pengiktirafan, sokongan dan galakan yang sama
sebagaimana juga yang diberikan kepada keperluan asas yang lain seperti akademik
dan kegiatan kokurikulum supaya dapat melahirkan murid yang seimbang dari segi
kesejahteraan minda dan jasmani.

Kriket
Dasar ini juga menyumbang kepada penggalakan pertandingan yang sihat,
semangat muhibah, kesefahaman, toleransi dan meningkatkan nilai moral dan
fizikal yang memberikan satu landasan yang betul dalam mengintegrasikan
pelbagai kumpulan etnik kepada satu bangsa yang bersatu padu serta memupuk
semangat cinta akan negara.
Dasar 1Murid 1Sukan dapat memberikan peluang secara menyeluruh kepada
semua murid melibatkan diri dalam sukan secara lebih terurus dan terancang serta
mengimbangkan fokus atau penekanan dalam melahirkan insan secara holistik.
1.3 MATLAMAT
Dalam jangka masa yang panjang, dasar ini berhasrat untuk melahirkan modal
insan yang sihat dan cergas melalui penyertaan yang menyeluruh dalam kalangan
murid melalui kegiatan sukan sepanjang tahun. Pelaksanaan dasar ini akan
membantu bagi mengatasi masalah disiplin dan mengurangkan masalah obesiti
dalam kalangan murid.
Membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dalam kalangan
murid melalui kegiatan sukan sepanjang tahun serta memupuk budaya bersukan
dalam kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan
gaya hidup sihat dan cergas.
1.4 KONSEP
Dasar 1Murid 1Sukan ialah program pembangunan sukan di sekolah yang
mewajibkan setiap murid dari Tahap 2 di sekolah rendah hingga ke Tingkatan 6
di sekolah menengah mengikuti sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan yang
dikendalikan secara terancang dan sistematik. Dasar 1Murid 1Sukan berteraskan
prinsip-prinsip asas perkembangan fizikal murid. Justeru, Dasar 1Murid 1Sukan
diwujudkan untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan agar;
i.

memberikan akses kepada semua murid untuk mendapatkan faedah daripada


penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang aktif atau
tidak aktif;

ii. membangunkan program sukan sekolah ke arah meningkatkan penyertaan



murid sekurang-kurangnya dalam satu jenis sukan di sekolah;
iii. memberikan peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi

dalam sukan untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi;

Kriket

10

BAB 2

PENGURUSAN KELAB SUKAN

Kriket
BAB 2

PENGURUSAN KELAB SUKAN

2.1 PENGENALAN
Pengurusan Kelab Sukan melibatkan empat proses utama iaitu merancang,
mengelola, memimpin dan mengawal.

11

FUNGSI PENGURUSAN DALAM SUKAN


Merancang melibatkan proses menentukan objektif kelab sukan dan cara
untuk mencapai objektifnya.
Mengelola merujuk kepada proses mengagihkan serta mengkoordinasikan
tugas serta sumber untuk mencapai sesuatu objektif kelab

sukan.

Memimpin proses mempengaruhi murid atau orang bawahan untuk
bekerja dalam mencapai matlamat kelab sukan.

Mengawal proses membentuk dan mengimplimentasikan mekanisme
penilaian kerja bagi memastikan objektif kelab sukan yang
dirancang akan tercapai.

Kriket
2.2 PENUBUHAN KELAB SUKAN

Dalam menubuhkan sesebuah persatuan di sekolah, pihak sekolah perlulah
mengenal pasti beberapa kriteria yang perlu diambil perhatian terlebih dahulu.
Antara kriteria tersebut adalah seperti yang berikut :
i. Mengenal pasti kepakaran yang ada (guru yang bakal dilantik)
Dalam memilih dan melantik guru penasihat kelab sukan sekolah, pihak
pengurusan perlulah mengambil kira aspek-aspek kepakaran sedia ada
daripada guru-guru itu sendiri. Kepakaran ini merujuk kepada penglibatan
guru tersebut dari bangku sekolah lagi, di Institut Pendidikan Guru (IPG)

atau di Universiti. Sememangnya bukan semua guru memunyai

pengalaman yang luas dalam bidang sukan, namun sekurang-kurangnya
pengalaman sejak dari bangku sekolah juga boleh dijadikan asas kepada

pertimbangan bagi pelantikan seorang guru itu sebagai guru penasihat
sesebuah kelab sukan sekolah.

12

ii. Kemudahan prasarana sukan yang ada di sekolah



Prasarana merupakan satu elemen yang mempengaruhi pelaksanaan

program sukan di sekolah. Sekolah yang mempunyai padang akan
mempunyai kelebihan yang banyak dalam menyusun atur program sukan
khususnya sukan-sukan yang sering menjadi amalan di sekolah tersebut.
Bagi sekolah yang mempunyai gelanggang, perlu bijak menyusun program
program sukan yang berasaskan gelanggang manakala sekolah yang
mempunyai dewan tertutup pula mempunyai kelebihan tersendiri dalam
merancang program sukan di sekolah.
iii. Peralatan sukan yang sedia ada di sekolah
Peralatan sukan juga mempengaruhi pelaksanaan program sukan di sekolah.
Pelbagai aspek perlu dilihat secara menyeluruh dalam menyediakan peralatan

sukan di sekolah. Pihak sekolah mungkin boleh mempertimbangkan
aspek bilangan jenis sukan yang akan diwujudkan dalam sekolah, bilangan
murid yang akan menyertai sesuatu jenis sukan dan bilangan guru penasihat
yang boleh menyelenggarakan sesuatu peralatan sukan itu. Sesuatu jenis
peralatan sukan ini juga mungkin akan dipengaruhi oleh harga dan jangka
hayat alatan tersebut.

Kriket
iv. Budaya sukan kegemaran yang menjadi pilihan murid di sekolah
Pemilihan jenis-jenis sukan untuk kelab sukan di sekolah sangat dipengaruhi
oleh budaya sukan di sekolah berkenaan atau mungkin dipengaruhi oleh
persekitaran masyarakat dalam komuniti tersebut. Pemilihan sukan-sukan
itu perlulah bersesuaian dengan budaya sedia ada bagi memudahkan
penglibatan murid secara menyeluruh.
v. Bilangan guru dan bilangan murid
Bilangan guru dipengaruhi oleh pengalaman guru tesebut sama ada sebagai
seorang ahli sukan mahu pun guru penasihat atau jurulatih. Bilangan guru
dalam satu-satu jenis sukan dipengaruhi oleh bilangan murid yang menyertai
kelab sukan tersebut. Penyertaan murid dalam satu-satu kelab sukan juga
perlu dikawal agar ahli kelab tidak terlalu ramai. Contohnya, kelab sukan
bola sepak dan badminton pasti menjadi pilihan utama murid di Malaysia.
Oleh itu, guru penasihat perlu bijak mengagih-agihkan murid sekolah itu

secara menyeluruh.

13

Kriket
2.3 ORGANISASI KELAB SUKAN
Organisasi kelab sukan sekolah perlu distruktur agar sistem pengoperasiannya
berjalan dengan cara yang berkesan. Langkah ini merupakan latihan awal murid
dalam mengurus sesebuah kelab sukan yang mungkin sedikit sebanyak menyamai
organisasi sukan di luar.

14

Contoh carta organisasi Kelab Sukan Sekolah

Kriket
2.4 BIDANG TUGAS JAWATANKUASA KELAB SUKAN
i. Pengerusi
mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas
kesempurnaan semua mesyuarat;
meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang
diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya; dan
menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
semasa ke semasa.
ii. Naib Pengerusi
membantu Pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab
yang diberi;
mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan Pengerusi; dan
menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
semasa ke semasa.
iii. Setiausaha
mengurus hal-hal surat menyurat;
mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatankegiatan;
mencatat kehadiran ahli;
menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan; dan
menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
semasa ke semasa.
iv. Penolong Setiausaha
membantu Setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan
tanggungjawabnya; dan
menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
semasa ke semasa.
v. Bendahari
bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan kelab;
melakukan dan menyimpan kira-kira kewangan dan bertanggungjawab
atas kesahihannya;
menyediakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta
menandatanganinya;
melaporkan kedudukan kewangan kelab di dalam mesyuarat ahli
Jawatankuasa;

15

Kriket



menyediakan Laporan Kewangan untuk diaudit dan dibentangkan dalam


Mesyuarat Agung; dan
menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
semasa ke semasa.

vi. Penolong Bendahari


membantu Bendahari dalam menjalankan segala tugas dan
tanggungjawabnya; dan
menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
semasa ke semasa.

16

vii. Ahli Jawatankuasa


membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang
dilaksanakan;
mempengerusikan biro sekiranya dilantik; dan
menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
semasa ke semasa.
viii. P
emeriksa Kira-Kira
memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan Tahunan
bertanggungjawab ke atasnya; dan
memastikan pengurusan kewangan diurus dengan betul.

Dalam mengendalikan kelab sukan, Guru Penasihat perlulah menyelaras dan
memantau perkembangan jawatankuasa semasa merancang dan menjalankan
aktiviti yang telah ditetapkan. Guru Penasihat perlulah memberi maklumat dan
dorongan kepada jawatankuasa kelab agar aktiviti yang dirancang dapat berjalan
dengan baik bagi memberikan keseronokan kepada ahli-ahli kelab. Bidang kerja
yang diberikan merupakan cadangan pecahan bidang tugas jawatankuasa kelab
sukan yang bakal dibentuk nanti.

Kriket

17

BAB 3

LATAR BELAKANG SUKAN KRIKET

Kriket
BAB 3

LATAR BELAKANG SUKAN KRIKET

3.1 SEJARAH DAN PERKEMBANGAN KRIKET DI MALAYSIA


Kriket ialah permainan yang menggunakan pemukul dan bola yang dimainkan
oleh dua pasukan dengan 11 orang pemain setiap pasukan. Ia dimainkan dalam
padang yang berukuran bulatan dan di tengah-tengahnya ialah sebuah petak
berukuran 22 ela x 10 kaki untuk kegunaan membaling, memukul dan membuat
larian. Setiap pasukan akan mendapat peluang untuk memukul dan membaling.
Objektif pasukan yang memukul dahulu akan cuba untuk membuat larian
sebanyak mungkin manakala pasukan yang memadang atau membaling akan
cuba menghadkan larian pasukan lawan serta mengeluarkan pemain pasukan
lawan.

18

Kriket ialah permainan yang kedua popular di dunia selepas bola sepak. Kriket
dikatakan berasal dari England. Ianya dikatakan bermula di Hampshire, England
pada 1760. Namun ahli sejarah mengatakan bahawa ianya telah dimainkan selama
lebih dari 8 abad. Terdapat bukti bertulis bahawa Putera Edward telah memainkan
permainan ini pada abad ke 14. Pada tahun 1598, John Derrick seorang koroner
telah menyebut tentang sukan ini dalam perbicaraan merebut hak hartanah.
Namun hanya pada kurun ke 17 sukan ini mula dimainkan secara professional.
Perkembangan Empayar Britisih telah membawa sukan ini dimainkan di luar
negara asalnya. Pada abad ke 19 perlawanan antarabangsa yang pertama telah
dimainkan. Nama Marylebone Cricket Club selalu dikaitkan jika perkembangan
sukan ini diperbincangkan.
Sekilas pandang, kriket kelihatan sama dengan sukan baseball dan sofball namun
terdapat banyak perbezaan yang ketara. Sebagai permulaan, kriket dimainkan
menggunakan kayu pemukul yang berbentuk rata dan untuk mendapatkan larian,
pemukul perlu berlari ke hadapan dari satu hujung ke hujung yang lain. Setiap kali
larian dilengkapkan, pemukul akan mendapat satu mata larian.
Kriket telah dimainkan di negara kita yang pada masa itu dikenali sebagai Malaya
semenjak 1880an. Pelbagai pasukan telah mewakili Malaya, Persekutuan Tanah
Melayu serta Negeri-negeri Selat, namun pasukan negara yang pertama mewakili
Malaysia adalah pada tahun 1970, tiga tahun selepas kita menganggotai ICC, di
mana pasukan negara telah menentang pasukan dari MCC yang diketuai oleh Tony
Lewis dalam perlawanan 2 hari. Malaysia tewas dengan 230 larian.

Kriket
Pada tahun yang sama, Malaysia telah menyertai Piala Saudara yang pertama
menentang Singapura, berkeputusan seri dalam perlawanan tiga hari tersebut.
Piala ini masih lagi dimainkan sehingga hari ini.
Pada tahun 1979, Malaysia telah menyertai Trofi ICC buat kali pertama namun
gagal melangkah ke pusingan seterusnya. Begitu juga pada tahun 1982 dan
1986. Pasukan negara berjaya masuk ke kategori Plate pada tahun 1990 dan 1994.
Semenjak itu kecuali tahun 2005, Malaysia telah menyertai hampir kesemua Trofi
ICC termasuk 1997 bilamana kita menjadi tuan rumah.
Kelab kriket tertua di negara kita ialah Kelab Diraja Selangor yang diasaskan pada
tahun 1884 oleh sekumpulan peladang British. Ianya menjadi venue utama untuk
semua kejohanan di Malaysia semenjak itu termasuk pada tahun 1927 apabila
Malaya menewaskan Australia dengan 39 larian.
Malaysia merupakan satu-satunya negara yang memperkenalkan kriket
sebagai sebahagian dari acara dalam Sukan Komanwel iaitu pada tahun 1998.
Bagaimanapun pada temasya tersebut, kebanyakan negara Test tidak menghantar
pasukan terkuat mereka manakala England langsung tidak menghantar pasukan.
Pada tahun yang sama, pasukan negara mara ke perlawanan akhir Piala ACC namun
tewas kepada Bangladesh.
Malaysia telah menyertai semua kejohanan ACC serta menjadi tuan rumah pada
tahun 1996, 2004 serta 2006. Pasukan negara telah bermain perlawanan Test
pertama mereka pada tahun 2004 dalam Piala Intercontinental ICC namun tewas
kepada Nepal dan UAE.
Malaysia juga telah menyertai dua Kejohanan Twenty20 ACC pada tahun 2007 dan
2009. Pasukan negara mendapat tempat ketujuh dalam kejohanan 2009. Dalam
Liga Kriket Dunia ICC pula, pada tahun 2009 pasukan negara telah menduduki
tempat keempat dalam divisyen enam.
Bagaimanapun, pada tahun 2011 pasukan negara telah dinaikkan ke divisyen lima
apabila menjadi naib johan divisyen enam pada tahun tersebut. Namun pada
tahun berikutnya, pasukan negara telah tersingkir semula ke divisyen enam apabila
hanya mampu menduduki tempat kelima dalam divisyen lima.

19

Kriket
3.2

UNDANG-UNDANG ASAS PERMAINAN KRIKET


Undang-undang 1
Pemain (The Players)
Perlawanan dimainkan antara dua pasukan yang mengandungi 11 orang pemain
setiap pasukan, dengan seorang menjadi kapten. Dengan persetujuan, sesuatu
perlawanan boleh dimainkan dengan lebih atau kurang dari 11 orang pemain,
tetapi hanya 11 orang pemain sahaja yang boleh memadang pada satu-satu
masa. Setiap kapten akan menamakan pemainnya secara bertulis sebelum undian
lambungan siling.

20

Undang-undang 2
Pemain ganti (Substitutes)
Pengadil boleh membenarkan pemain gantian jika pemain asal uzur atau tercedera
semasa perlawanan berlangsung. Namun pemain gantian tidak dibenarkan
memukul, membaling, menjaga wiket atau menjadi kapten di dalam padang.
Pemain yang ingin meninggalkan padang haruslah memaklumkan kepada
Pengadil perlawanan.
Undang-undang 3
Pengadil (The Umpires)
Sebelum perlawanan, dua orang pengadil akan dilantik, seorang untuk setiap
hujung untuk mengawal dan mengadili perlawanan seperti yang tertakluk dalam
undang-undang.
Undang-undang 4
Pencatat Larian (Scorers)
Dua orang pencatat akan dilantik untuk mencatat segala larian yang dibuat,
jumlah jatuhan wiket, jumlah over yang dimainkan serta segala perkara berkaitan
dengan perlawanan.
Undang-undang 5
Bola (The Ball)
Bola yang baru harus tidak kurang dari 5 auns/ 155.9g serta tidak melebihi 5
3/4auns/ 163g dengan ukur lilit 8 13/16 inci/22.4 cm ke 9 inci/22.9 cm.
Bagi kriket bawah 13 tahun beratnya adalah dari 4 11/16 auns/133g ke 5 1/16
auns/144g dengan ukur lilit 8 1/16 inci/20.5 cm ke 8 11/16 inci/22.0 cm.

Kriket
Undang-undang 6
Kayu Pemukul (Bat)
Keseluruhan panjang kayu pemukul tidak boleh melebihi 38 inci/ 96.5cm.
Permukaan kayu pemukul hendaklah dibuat daripada kayu dan tidak melebihi 4
inci/ 10.8 cm pada bahagian yang paling lebar.
Undang-undang 7
Lapangan Tengah (Pitch)
Lapangan tengah berbentuk segi empat tepat berukuran 22 ela/ 20.12m panjang
dan 10 kaki/ 3.05m lebar. Setiap hujung dibatasi dengan garis balingan dan dua
garis had membaling berukuran 5 kaki/ 1.52m dari kayu pancang tengah.
(Sila rujuk 3.3 Ukuran Gelanggang dan Padang).
Undang-undang 8
Kayu Pancang/ Wiket (Stumps)
Dua set wiket akan dipacak bertentangan dan selari antara satu sama lain dengan
jarak 22 ela/ 20.12m daripada kedua-dua pancang tengah. Setiap set mestilah
berukuran 9 inci/ 22.86cm lebar yang terdiri daripada tiga kayu pancang dan
dua anak pancang (Bails) di atasnya. Ketinggian dari permukaan permainan ialah
sebanyak 28 inci/ 71.1sm. Bagi kriket bawah 13 tahun, ukuran ketinggian ialah 27
inci/ 68.58sm dari permukaan permainan.
Undang-undang 9
Garisan-garisan (Crease)
Disetiap hujung lapangan tengah akan ditanda dalam warna putih Garis Baling
(Bowling Crease), Garis Pukul (Popping Crease) dan Dua Garis Had (Return Crease)
seperti gambarajah dalam undang-undang 7.
Undang-undang 10
Penyediaan dan Penyelenggaran Kawasan Permainan (Preparation and
maintenance of playing area)
Merujuk kepada masa dan tanggungjawab menggelek lapangan tengah, menyapu,
memotong rumput, menanda garisan serta penyelenggaraan kesan tapak kaki.

21

Kriket
Undang-undang 11
Menutup Lapangan Tengah (Covering the pitch)
Merujuk kepada masa dan tanggungjawab membuka dan menutup lapangan
tengah, sebelum dan selepas perlawanan serta menutup dan membuka tempat
larian pembaling.

22

Undang-undang 12
Innings
Sesuatu perlawanan boleh diadakan sebanyak satu atau dua inning setiap pasukan
mengikut persetujuan sebelum perlawanan. Sesuatu inning dikira tamat apabila
a. Semua pemukul terkeluar atau;
b. Pada jatuhan wiket, bilangan bola untuk dibaling masa ada tetapi tiada
pemukul untuk masuk atau;
c. Kapten pemukul mengisytiharkan inning ditutup atau;
d. Kapten pemukul menghadiahkan dan menyerahkan inning atau;
e. Jika dipersetujui sebelum perlawanan bermula iaitu;

i. Jumlah over ditentukan telah dibaling atau;

ii. Masa yang ditentukan telah tamat
Undang-undang 13
Meneruskan pukulan (Follow On)
Dalam perlawanan dua inning 5 hari atau lebih, pasukan yang memukul awal
mendahului sekurang-kurangnya 200 larian boleh meminta pasukan lawan
meneruskan inning memukulnya. Pilihan yang lain adalah seperti berikut:
i. 150 larian dalam perlawanan 3-4 hari
ii. 100 larian dalam perlawanan 2 hari
iii. 75 larian dalam perlawanan 1 hari
Undang-undang 14
Pengiystiharan dan Penyerahan Inning (Declaration and Forfeiture)
Kapten pasukan yang memukul boleh mengisytiharkan inning ditutup apabila
bola telah mati pada bila-bila masa permainan. Bagi kapten yang menyerahkan
mana-mana inning pasukannya, inning itu akan dianggap telah tamat.
Undang-undang 15
Masa Rehat (Intervals)
Yang berikut dikira sebagai masa rehat
i. Masa antara permainan tamat pada sesuatu hari dan permulaan pemainan
pada hari berikutnya.
ii. Rehat antara inning (10 minit)
iii. Rehat untuk makan (45 minit)

Kriket
iv. Rehat untuk minum (tertakluk kepada pengadil)
v. Waktu rehat lain yang dipersetujui
Persetujuan waktu rehat harus dibuat sebelum undian lambungan siling.
Undang-undang 16
Permulaan Permainan; Permainan Tamat (Starts of play; Cessation of play)
Pengadil akan menyebut Mula atau Main untuk memulakan permainan. Begitu
juga selepas setiap waktu rehat atau gangguan-gangguan lain.
Undang-undang 17
Latihan Dalam Padang (Practice on the field)
Merujuk kepada latihan sebelum undian dibuat serta apabila perlawanan bermula.
Tidak boleh membuat latihan balingan atau memukul di mana-mana bahagian
berhampiran lapangan tengah pada hari perlawanan kecuali sebelum dan selepas
perlawanan tamat.
Undang-undang 18
Membuat Larian (Scoring runs)
Catatan dikira sebagai larian apabila
a. Pemukul semasa bola masih dalam permainan, melengkapkan larian dari
hujung ke hujung apabila melintasi garisan popping.
b. Apabila bola dipukul melintasi sempadan permainan.
c. Apabila larian penalti diberikan.
d. Apabila bola hilang dipanggil.
Satu larian akan dibatalkan jika pemukul gagal menyentuh garisan popping
apabila kembali untuk larian seterusnya.
Undang-undang 19
Sempadan Permainan (Boundaries)
Sebeum undian lambungan siling, pengadil bersama kapten akan bersetuju
tentang sempadan permainan. Sempadan permainan boleh ditanda dengan
garisan putih atau tali. Apabila bola dipukul melintasi atau menyentuh garisan
sempadan, 4 larian akan dicatatkan. Jika bola dipukul melepasi garisan sempadan,
6 larian akan dicatatkan.
Jika pemadang tersasar membaling bola keluar padang, maka jumlah larian yang
dicatatkan adalah 4 larian ditambah pula dengan larian yang telah dilakukan
pemukul tersebut sebelum bola melintasi sempadan permainan.
(Sila rujuk 3.3 Ukuran Gelanggang dan padang)

23

Kriket
Undang-undang 20
Bola Hilang (Lost Ball)
Jika bola hilang dalam kawasan permainan dan tidak dapat dikembalikan,
pemadang bola memanggil bola hilang. Pengadil akan menggantikan dengan
bola yang hampir serupa keadaannya dengan bola yang hilang.
Larian yang dicatatkan ialah sebanyak 6 larian atau jumlah larian yang telah dibuat
sebelum bola hilang dipanggil, mengikut jumlah mana yang lebih besar.

24

Undang-undang 21
Keputusan (The result)
1. Perlawanan dua inning
Pasukan yang membuat jumlah larian yang lebih daripada pasukan lawan
dalam dua inning yang disempurnakan dikira pemenang.
Penyerahan inning dikira sebagai inning yang telah tamat atau sempurna.
2. Perlawanan satu inning.
Pasukan yang membuat jumlah larian yang lebih daripada pasukan lawan
dalam satu inning yang disempurnakan dikira pemenang.
3. Pengadil menghadiahkan kemenangan
a. Pasukan dikira kalah jika
i. Mengaku kalah atau;
ii. Pada pandangan pengadil enggan meneruskan permainan
4. Terikat
Apabila jumlah larian adalah sama apabila tamat perlawanan dan pasukan
memukul kedua telah tamat inningnya
5. Seri
Berakhirnya perlawanan tanpa mendapat keputusan seperti cara 1, 2, 3 dan 4
Undang-undang 22
Over
Bola akan dibaling secara bergilir-gilir dari setiap wiket. Setiap 6 balingan sempurna
akan dikira sebagai 1 over. Bola tidak akan dikira sebagai satu balingan jika ianya
adalah balingan batal (No Ball) atau bola lampau jarak (Wide). Apabila 6 bola
sempurna telah dibaling, pengadil akan memanggil over sebelum meninggalkan
wiket.
Pembaling boleh bertukar hujung seberapa kerap dengan syarat dia tidak
membaling 2 over berturut-turut dalam inning yang sama.

Kriket
Jika pembaling tidak mampu meneruskan balingan atau digantung oleh
pengadil semasa sesuatu over, pembaling lain akan mengambil alih balingan
tersebut dengan syarat dia tidak membaling 2 over berturut-turut dalam inning
tersebut.
Undang-undang 23
Bola Mati (Dead ball)
a. Bola dikira mati apabila
i. Ia berada dalam tangan penjaga wiket atau pembaling
ii. Pukulan melepasi sempadan dibuat
iii. Pemukul terkeluar
iv. Bola terperangkap dalam kelengkapan pemukul.
v. Bola tersangkut dalam pakaian pemadang atau pengadil.
vi. Bola tersangkut pada topi keselamatan pemadang.
vii. Apabila berlaku pelanggaran undang-undang 41.2
viii. Larian penalti diber ikan
ix. Bola hilang dipanggil
x. Pengadil memanggil over atau masa atau tamat
b. Bola dianggap mati apabila jelas kepada pengadil, kedua-dua pasukan tidak
lagi mengganggap ia dalam permainan.
Undang-undang 24
Balingan Batal (No Ball)
Pengadil perlu memastikan pembaling akan membaling dari sebelah kanan atau
kiri wiket serta tangan yang akan digunakan serta akan memaklumkan kepada
pemukul. Jika pembaling gagal memaklumkan cara balingannya, pengadil akan
memanggil isyarat balingan batal.
Adalah menjadi tanggungjawab pengadil untuk memastikan bola dibaling secara
adil. Tangan pembaling haruslah lurus semasa balingan dibuat. Kaki pembaling
juga harus mendarat di dalam garis had popping. Bola mesti tidak meleret atau
melantun lebih dari dua kali dihadapan pemukul.
Jika pengadil tidak berpuas hati, maka isyarat balingan batal akan dipanggil. Satu
larian penalti balingan batal akan diberikan. Balingan tambahan turut diberikan.
Apabila balingan batal dipanggil, pemukul tidak boleh dikeluarkan kecuali dengan
undang-undang 33, 34, 37 dan 38.

25

Kriket
Undang-undang 25
Balingan Lampau Jarak (Wide)
Bola akan dikira lampau jarak jika ianya melepasi pemukul, yang mana pada
pendapat pengadil, dalam kedudukan pemukul sedia untuk memukul, bola tidak
dapat dicapai. Bola tidak boleh dipanggil lampau jarak jika ianya dipukul atau
sebelum ianya melepasi wiket pemukul.
Penalti satu larian akan diberikan bersama balingan tambahan.
Pemukul tidak boleh dikeluarkan kecuali dengan undang-undang 33, 35, 37, 38
dan 39.

26

Undang-undang 26
Larian Percuma dan Larian Percuma Bukan Pukulan (Bye and Leg Bye)
Jika bola yang dibaling melepasi pemukul tanpa dipukul dan larian dibuat hasil
dari balingan tersebut, ianya akan dicatatkan sebagai larian percuma kepada
pasukan pemukul.
Jika bola yang dibaling menyentuh mana-mana bahagian pemukul kecuali
bahagian anggota kayu pemukul, dan larian dibuat hasil sentuhan itu, ianya akan
dicatatkan sebagai larian percuma bukan pukulan kepada pasukan pemukul.
Tiada balingan tambahan akan diberikan.
Undang-undang 27
Rayuan (Appeal)
Pengadil tidak akan keluarkan pemukul tanpa rayuan dari pasukan pemadang.
Rayuan Hows That? merangkumi semua cara mengeluarkan pemukul. Kapten
pasukan memadang mempunyai kuasa untuk memanggil semula pemukul dan
menarik balik rayuan sebelum pemukul keluar dari kawasan permainan.
Undang-undang 28
Wiket Dijatuhkan (The wicket is down)
Wiket dikira jatuh apabila anak pancang dikeluarkan daripada atas kayu pancang,
atau kayu pancang dipukul keluar daripada tanah dengan/oleh
i. bola,
ii. kayu pemukul sama ada dipegang atau tidak,
iii. kelengkapan pada pemukul,
iv. seorang pemadang dengan tangan atau lengan selagi bola berada dalam
tangan tersebut

Kriket
Undang-undang 29
Pemukul di Luar Kawasannya (Batsman out of his ground)
Seorang pemukul dianggap keluar dari kawasannya kecuali kayu pukulnya atau
sebahagian daripada badannya menyentuh belakang garis pukul di hujung
berkenaan.
Undang-undang 30
Keluar Mati Baling (Bowled)
Pemukul mati baling apabila wiketnya dijatuhkan dengan bola sah yang dibaling
oleh pembaling walaupun ianya menyentuh kayu pemukul atau badannya terlebih
dahulu. Pemukul tidak akan mati baling jika bola menyentuh pemadang atau
pengadil sebelum mengenai wiketnya.
Undang-undang 31
Mati Lampau Masa (Timed out)
Apabila berlaku jatuhan wiket, pemukul yang seterusnya haruslah bersedia untuk
masuk dan bersedia untuk menerima balingan dalam masa 3 minit. Jika keperluan
ini tidak dipatuhi, maka dia akan mati lampau masa jika ada rayuan dari pihak
lawan.
Undang-undang 32
Mati Tangkap (Caught)
Pemukul akan keluar mati tangkap jika bola yang dipukulnya dari balingan yang
sah, ditangkap secara adil oleh pemadang
a. sebelum ianya menyentuh tanah atau;
b. bola tidak menyentuh topi, atau topi keselamatan pemadang atau;
c. bola tidak melantun dari halangan dalam padang atau;
d. bola tidak melepasi sempadan permainan atau;
e. bola tidak ditangkap dengan menggunakan sebarang peralatan atau
kelengkapan memadang.
Undang-undang 33
Mati Memegang Bola (Handled the ball)
Mana-mana pemukul akan keluar mati memegang bola jika ada rayuan dari pihak
memadang jika dia dengan sengaja menyentuh bola yang masih dalam permainan
dengan tangan atau tangan yang tidak memegang kayu pemukul, kecuali dengan
kebenaran pihak lawan.

27

Kriket
Undang-undang 34
Mati Pukul Lebih Sekali (Hit the ball twice)
Pemukul akan dikeluarkan jika ada rayuan dari pasukan memadang jika dia
memukul bola sah yang dibaling kepadanya lebih dari sekali dengan kayu pemukul
atau sebahagian dari tubuhnya kecuali dengan niat untuk melindungi wiketnya.
Undang-undang 35
Mati Memukul Wiket (Hit wicket)
Pemukul akan mati memukul wiket jika semasa pembaling telah memasuki
balingan bola, wiket pemukul dijatuhkan dengan kayu pemukulnya atau anggota
tubuhnya semasa ingin menerima atau memukul bola atau semasa ingin
memulakan larian.

28

Undang-undang 36
Mati Halangan Kaki (LBW)
Pemukul akan mati halangan kaki apabila perkara-perkara ini dipenuhi:
a. Pembaling membuat balingan sah
b. Balingan tersebut melantun ke arah wiket
c. Bola sebelum terkena kayu pemukul, terkena mana-mana bahagian pemukul
d. Tempat hentaman antara wiket ke wiket
e. Jika tidak kerana halangan itu, bola akan terkena wiket
Pemadang atau pembaling haruslah membuat rayuan. Keputusan terletak di
tangan pengadil.
Undang-undang 37
Mati Menghalang Pemadang (Obstructing the field)
Mana-mana pemukul akan dikeluarkan dengan rayuan dari pemadang, jika dia
dengan sengaja menghalang atau mengalih perhatian pasukan pemadang
dengan perkataan atau sentuhan, dan bukan dengan persetujuan pihak lawan,
memukul bola dengan kayunya atau anggota tubuhnya, setelah bola disentuh
oleh pemadang, atau jika dia menghalang bola untuk ditangkap pemadang.
Pengadil akan menentukan sama ada perbuatan itu disengajakan atau tidak.
Undang-undang 38
Mati Lari Keluar (Run out)
Mana-mana pemukul akan mati lari keluar, jika ada rayuan dari pemadang bila dia
di luar kawasannya sama ada dia ingin membuat larian atau tidak dan wiketnya
dijatuhkan dengan adil oleh pihak lawan.

Kriket
Undang-undang 39
Mati Pancang (Stumped)
Pemukul akan keluar mati pancang jika dia berada di luar kawasannya semasa ingin
menerima bola balingan yang sah dan dia tidak cuba membuat larian. Wiketnya
haruslah dijatuhkan dengan sah oleh penjaga wiket tanpa penglibatan dari manamana pemadang dan harus ada rayuan.
Undang-undang 40
Penjaga Wiket (Wicket keeper)
Hanya penjaga wiket dibenarkan untuk memakai sarung tangan dan pelindung
luar kaki. Peralatan ini dianggap sebagai sebahagian daripada anggotanya.
Penjaga wiket harus berada di belakang wiket pemukul semasa bola dibaling oleh
pembaling dan adalah tidak adil jika dia membuat pergerakkan ketara sebelum
bola sampai kepada pemukul. Jika ini berlaku, pengadil akan memanggil isyarat
balingan batal.
Undang-undang 41
Pemadang (The Fielders)
Pemadang tidak dibenarkan memakai sarung tangan atau pelindung luar kaki.
Pemadang dekat dibenarkan untuk memakai helmet namun tidak dibenarkan
untuk membuat sebarang pergerakkan ketara sebelum bola sampai kepada
pemukul. Apabila tidak digunakan, helmet akan diletakkan jauh di belakang
penjaga wiket. Jika bola yang dibaling terkena helmet, penalti 5 larian akan
diberikan kepada pasukan pemukul bersama dengan larian yang telah dibuat
sebelumnya.
Undang-undang 42
Pemainan Adil dan Tidak Adil (Fair and Unfair play)
Ianya adalah menjadi tanggungjawab kedua-dua ketua pasukan. Ianya merujuk
kepada:
a. Mengubah keadaan dan bentuk bola.
b. Sengaja mengalih perhatian dan mengganggu pemukul.
c. Sengaja menghalang pemukul
d. Balingan bahaya dan tidak adil
e. Balingan bola yang tinggi
f. Balingan bola tinggi yang disengajakan
g. Pembaziran masa oleh kedua-dua pasukan
h. Merosakkan lapangan tengah oleh kedua-dua pasukan
i. Mencuri larian
j. Kelakuan para pemain

29

Kriket
Pengadil akan menentukan apa bentuk tindakan yang akan diambil sekiranya
pelanggaran undang-undang ini berlaku contohnya, dengan memberi 5 larian
penalti, membuat laporan atau menggantung ketua pasukan dari bermain.
3.3

UKURAN GELANGGANG DAN PADANG

30
Ukuran Lapangan tengah (Pitch)

55 ela

Sempadan

Contoh spesifikasi padang untuk bawah 18 tahun

Kriket
3.4 TATACARA BERPAKAIAN DAN PERALATAN
A. Mengikut peraturan pertandingan Kriket Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia,
etika berpakaian untuk pemain kriket adalah seperti berikut:
a. Pakaian semua baju dan seluar mestilh 90% putih termasuk skin.
b. Pemain dilarang memakai kasut yang boleh merosakkan pitch.
c. Pemukul diwajibkan untuk memakai helmet.
d. Penjaga wiket diwajibkan untuk memakai helmet apabila berdiri betul-betul
di belakang wiket atau pancang.
Contoh cara berpakaian

31

Pemukul

Penjaga Wiket

Pemadang

Kriket
B. Contoh-contoh Peralatan yang diperlukan

Kayu pemukul

Bola

32

Pelindung kaki pemukul

Abdominal guard

Sarung tangan pemukul

Kayu pancang dan Umpan

Kriket
C. Peralatan yang diperlukan penjaga wiket

Pelindung kaki

Sarung tangan

Abdominal guard

D. Peralatan tambahan

Helmet

33

Kriket
3.5

PENGELOLAAN KEJOHANAN/SISTEM PERTANDINGAN


1. Pertandingan Kalah Mati

34

Pertandingan cara ini paling mudah dan ringkas dikelolakan. Pemenang


akan terus bertanding manakala yang kalah akan tersingkir. Sistem ini sangat
sesuai dalam mengelolakan pertandingan yang terdapat banyak penyertaan
tetapi kekurangan masa, sumber kewangan, tempat, kemudahan, peralatan
dan sumber manusia. Sistem ini bukan cara yang terbaik untuk mengukur
keupayaan sesuatu pasukan atau peserta.
a. Kelebihan
Boleh dijalankan dalam masa yang singkat;
Cepat memilih pemenang;
Boleh dijalankan dengan peralatan yang terhad;
Seronok untuk ditonton; dan
Penyertaan ramai.
b. Kelemahan
Pasukan yang menjadi johan, boleh jadi bukan yang benar-benar terbaik.
Separuh daripada pasukan akan terkeluar selepas pusingan pertama;
dan
Kemungkinan ada di antara pemain dari pasukan yang kalah langsung
tiada peluang bermain.
Cara mengira bilangan pasukan atau peserta menunggu (bye). Bilangan
menunggu (bye) dalam sistem pertandingan ini boleh dikira dengan
menggunakan angka ganda dua iaitu angka 2, 4, 8, 16, 32 dan seterusnya.
Contoh 7 pasukan yang bertanding. Angka yang lebih dari 7 ialah 8. Maka 8
tolak 7 ialah 1. Ini bermakna ada 1 pasukan menunggu (bye). Carta untuk sistem
kalah mati ialah seperti
1
2
3
4
5
6
7
Contoh jadual pertandingan kalah mati

Kriket
Carta Keputusan Pertandingan

35

Kriket
Keputusan dan Pemberian Mata
1.
2.
3.

36

4.
5.
6.
7.

8.
9.

Sekiranya kedua-dua pasukan menghabiskan over yang dipersetujui, maka


pasukan yang mempunyai larian yang lebih akan menjadi pemenang dalam
satu permainan.
Pasukan yang memukul kedua mestilah menghadapi sekurang-kurangnya
separuh overs yang diperuntukkan atau semua pemukulnya out sebelum
sesuatu keputusan perlawanan boleh dibuat.
Sekiranya pasukan memukul kedua belum menghabiskan overs yang
dipersetujui, maka keputusan akan dibuat mengikut cara di bawah.
Pasukan yang memperoleh kadar larian setiap over (Run-rate per over)
yang lebih besar dihitung tepat kepada 2 tempat perpuluhan akan
menjadi pemenang. Perhitungan kadar larian setiap over bagi pasukan
yang memukul pertama akan dibuat berdasarkan jumlah overs yang
telah ditetapkan.
Sekiranya keputusan tidak dapat dibuat berdasarkan kepada 1, 2 & 3 maka
kedua-dua pasukan dianggap seri.
Sekiranya bilangan larian bagi kedua-dua pasukan adalah sama (Tie) maka
kedua-dua pasukan dianggap seri.
Pasukan yang tidak bersedia untuk memulakan sesuatu perlawanan 30 minit
selepas masa yang ditetapkan akan dianggap menarik diri atau menyerah
kalah.
Pemberian Mata
Menang
2 mata
Seri
1 mata
Kalah
0 mata
Pasukan yang mendapat mata terbanyak dianggap sebagai johan kumpulan.
Pasukan yang kedua terbanyak adalah sebagai Naib Johan
Sekiranya terdapat dua atau tiga pasukan mendapat jumlah mata yang sama
maka kedudukan pasukan akan ditentukan seperti berikut.
9.1 Pasukan yang mempunyai net run rate yang lebih besar dalam permainan
permainan kumpulan dikira menang.
(Jumlah larian yang dibuat dibahagikan dengan jumlah over yang
dihadapi, tolak dengan jumlah larian yang diberi bahagi jumlah
over yang dibaling)
9.2 Jika masih seri pasukan yang pernah mengalahkan pasukan lawannya
dikira sebagai pemenang
9.3 Jika masih juga seri keputusan akan dibuat melalui undian.
(Lambungan syiling sekali)

Kriket
Peraturan Tambahan Pusingan Kedua dan Seterusnya mengikut Peraturan
Am Pertandingan Kriket MSSM
1. Penentuan Kedudukan Pasukan mengikut Peraturan Am Pertandingan Kriket
MSSM iaitu:
a. Jika perlawanan peringkat suku akhir tidak dapat dijalankan kerana hujan
atau sebabsebab lain maka ketetapan untuk menentukan pemenang
seterusnya adalah seperti berikut:
i. Pasukan yang menjadi Johan kumpulan akan layak ke peringkat
seterusnya
b. Jika perlawanan peringkat separuh akhir tidak dapat dijalankan kerana
hujan atau sebabsebab yang lain maka ketetapan untuk menentukan
pemenang seterusnya adalah seperti berikut :
i. Pasukan yang layak ke Peringkat Akhir akan ditentukan dengan
mengambil kira Net Run Rate (NRR) pasukan yang terlibat.
ii. Jika NRR masih sama undian akan dilakukan.
c. Jika perlawanan Akhir tidak dapat dijalankan (mengikut peraturan) kerana
hujan atau sebab-sebab tertentu maka untuk menentukan pemenang
seterusnya adalah seperti berikut :
i. Kedua-dua pasukan akan diumumkan sebagai Johan Bersama dan
pingat Johan dan Naib Johan akan dibahagi sama rata.
d. Sekiranya keputusan perlawanan akhir berkesudahan dengan jumlah
larian yang sama (Tie) maka johan dan naib johan akan ditentukan melalui:
i. Pasukan yang mempunyai kelebihan wiket dalam perlawanan tersebut
diputuskan sebagai johan
ii. Sekiranya keputusan (i) masih sama, maka kedua-dua pasukan akan di
umumkan sebagai Johan Bersama

37

Kriket

38

BAB 4

PERSEDIAAN & PERANCANGAN

Kriket
BAB 4

PERSEDIAAN DAN PERANCANGAN

4.1 PERTIMBANGAN UNTUK LATIHAN


1.

Tahap Murid
Aktiviti Sukan yang dijalankan perlu bersesuaian dengan tahap umur dan
keupayaan murid.

2.

Bilangan Murid
Guru harus mengetahui bilangan murid yang akan menyertai aktiviti ini
supaya dapat menyediakan peralatan yang mencukupi dan ruang latihan
yang bersesuaian.

3.

Langkah- Langkah Keselamatan


Antara langkah- langkah keselamatan yang perlu diambil perhatian oleh guru
ialah:
Tahap kesihatan murid.
Memanaskan badan dan gerak kendur sebelum dan selepas aktiviti.
Pakaian dan kasut yang bersesuaian dengan aktiviti
Peralatan dan kemudahan yang digunakan dalam keadaan baik dan
selamat.

4.

Tempat Latihan
Ruang latihan yang sesuai dan selamat.

5.

Kemudahan Peralatan
Merancang jumlah dan jenis- jenis peralatan yang perlu digunakan semasa
aktiviti. Contoh seperti bola, kon dan sebagainya

6.

Masa latihan
Masa yang diperuntukan untuk aktiviti adalah seperti berikut :
Sekolah Rendah
60 Minit
Sekolah Menengah
90 Minit

39

Kriket
4.2 CONTOH 1 SESI LATIHAN KEMAHIRAN
Permainan
Tarikh
Masa
Kemahiran
Alatan
KOMPONEN/
MASA

40

Memanaskan
Badan

: Kriket
: 3 September 2013
: 8.00 Pagi 9.00 Pagi
: Menangkap Bola
: Bola kriket, kon
AKTIVITI / KETERANGAN
Memanaskan badan

Variasi Hantaran
Tangkapan bola aras lutut.
Tangkapan bola aras dada.
Tangkapan bola aras tinggi.
Aktiviti 1
Murid berpasangan dalam
kedudukan menghadap
secara berdua-duaan dalam
jarak ynag telah ditetapkan.
Mengahantar dan menerima
bola dalam keadaan statik.

Aktiviti 2
Murid membentuk 2
kumpulan
Kemahiran asas hantaran
aras dada di lakukan secara
dinamik semasa menerima
dan menghantar bola.

PENGELOLAAN /
GAMBARAJAH
Sila rujuk gambar rajah

Kriket
Aktiviti 3
Murid membentuk segi tiga
seperti gambarajah di sebelah
Dua biji bola digunakan
dalam aktiviti ini. Dalam
kemahiran menghantar dan
menerima bola

Permainan
Kecil

Diamond Cricket
Permainan ala softbal di
mana terdapat 4 base dan
pemukul hendaklah memijak
keempat-empat base untuk
mendapatkan satu larian.
Pemukul mestilah berdiri
dalam keadaan sedia seperti
dalam permainan kriket.
Pemukul wajib berlari apabila
memukul bola.
Pasukan pemadang akan
cuba mengeluarkan pemain
pada base 1,2,3 & home.
Pemukul juga boleh
terkeluar sekiranya pukulan
tinggi ditangkap oleh
pasukan memadang

41

Kriket
4.3 AKTIVITI MEMANASKAN BADAN
Tujuan aktiviti memanaskan badan adalah:
i. meningkatkan suhu badan (faktor utama untuk meningkatkan prestasi);
ii. meransang aktiviti sistem saraf pusat (meningkatkan fungsi transmisi
saraf-kontraksi otot menjadi lebih efisyen);
iii. mengurangkan masa reaksi;
iv. meningkatkan koordinasi;
v . mengurangkan risiko kecederaan; dan
vi. meningkatkan tahap motivasi dan persediaan psikologi.

42

4.4 AKTIVITI GERAK KENDUR

i. Selepas aktiviti intensiti tinggi (latihan/pertandingan) terdapat jumlah darah


yang banyak menuju ke jantung.
ii. Jangan berhenti bergerak secara tiba-tiba kerana ini akan menyebabkan
pengumpulan darah di vena pada kaki dan tangan, ianya juga boleh
mengganggu peredaran darah ke jantung, otak dan otot.
iii. Pergerakan perlahan selama 5-10 minit (jalan, aktiviti aerobik intensiti rendah)
boleh membantu menggalakkan peredaran darah elak pening / pengsan. Ini
diikuti dengan senaman regangan (regangan statik).
iv. Masa ini paling baik untuk senaman regangan kerana:
kebolehan otot memanjang secara maksimum; dan
dapat membantu mengurangkan pengumpulan asid laktik

Kriket
4.5 CONTOH AKTIVITI MEMANASKAN BADAN
I. Senaman Regangan Statik

43

Kriket
II. Senaman Regangan Dinamik

44

Kriket
4.6 CONTOH AKTIVITI GERAK KENDUR
I. Aktiviti-Aktiviti (Berpasangan)

45

Kriket

46

BAB 5

PERKEMBANGAN KEMAHIRAN

Kriket
BAB 5

PERKEMBANGAN KEMAHIRAN

5.1 KEMAHIRAN MEMUKUL


Merupakan kemahiran yang paling penting dalam permainan kriket dan harus
dikuasai oleh setiap pemain.
5.1.1 Asas memegang kayu pemukul

47
Angkat seperti memegang kapak

Genggaman

5.1.2 Cara berdiri

Posisi Seimbang

Fokus

Kriket
5.1.3 Cara memukul

48

Angkat Kayu Pemukul

Bersedia

Gerak ke hadapan

Ikut lajak

Tip-tip semasa memukul:


a. Pastikan posisi badan seimbang.
b. Sentiasa perhatikan pergerakan bola yang datang.
c. Pastikan kaki dan kayu pemukul bergerak bersama.
d. Ikut lajak.

Kriket
B. Aktiviti Kemahiran

AKTIVITI

GAMBARAJAH

Aktiviti
Memukul antara target
a. Pelajar dibahagi kepada
kumpulan.
b. Setiap kumpulan terdiri dari 6
pelajar.
c. Peralatan yang diperlukan ialah 5
skitel, 2 kayu pemukul dan bola.
d. Setiap pelajar akan mengambil
giliran memukul, membaling
bola, menjaga wiket dan memadang.
e. Dua orang pelajar akan memukul,
seorang membaling, seorang
menjaga wiket dan dua pemadang.
f. Tiga skitel dengan jarak 5 meter
antaranya akan diletakkan disebelah
kanan atau kiri pemukul.
g. Pemukul akan cuba memukul bola
menuju di antara skitel.
h. Apabila bola dipukul, pemukul akan
bertukar tempat.
i. Setiap seorang akan menerima 20
balingan sebelum giliran bertukar.

49

Kriket
C. Permainan Kecil
AKTIVITI

Aktiviti 1
Diamond Cricket

50

a. Pelajar dibahagi kepada 2 kumpulan.


Jumlah ahli pasukan tidak boleh
melebihi 9 orang.
b. Peralatan yang diperlukan ialah 4
kayu pancang atau skitel, 3 kayu
pemukul dan sebiji bola getah.
c. Kayu pancang atau skitel akan
diletakkan dalam bentuk diamond
di sekeliling kawasan permainan.
Ianya akan berfungsi sebagai base.
d. Ketua kumpulan akan mengundi
untuk giliran memukul atau
memadang dahulu.
e. Bagi pasukan pemadang, seorang
akan bertindak sebagai pembaling
dan seorang lagi sebagai penjaga
wiket.
f. Balingan haruslah balingan bawah
tangan.
g. Undang-undang adalah seperti
permainan softbal
h. Permainan boleh dilangsungkan
sebanyak beberapa inning
bergantung kepada masa.
i. Pasukan yang membuat larian
terbanyak akan dikira pemenang.

GAMBARAJAH

Kriket
AKTIVITI

Aktiviti 2
Pemainan 6 Sebelah
a. Pelajar dibahagi kepada 2 kumpulan.
b. Setiap kumpulan terdiri dari 6
pelajar.
c. Peralatan yang diperlukan ialah kayu
pancang atau skitel, 3 kayu pemukul
dan sebiji bola getah.
d. Semua pelajar akan mengambil
giliran memukul, membaling bola,
menjaga wiket dan memadang.
e. Ketua kumpulan akan mengundi
untuk giliran memukul atau
memadang dahulu.
f. Pasukan yang membaling akan
membaling sebanyak 6 over
g. Pasukan yang membuat larian
terbanyak akan dikira pemenang.

GAMBARAJAH
Giliran pasukan A memukul

51

Giliran pasukan B memukul

Kriket
5.2 KEMAHIRAN MEMBALING
5.2.1 Asas memegang bola

52

Pegang di tengah bola

Pastikan ada jarak

Jangan mencengkam bola

5.2.2 Asas membaling bola

Mula dengan langkah kecil

Kumpul dan fokus

Kriket

53
Mendarat dengan kaki belakang

Tangan lurus dan lepaskan bola

Panjangkan langkah hadapan

Ikut lajak

Tip-tip semasa membaling


1. Mulakan dengan langkah kecil dan kemudian langkah besar.
2. Fokus kepada target.
3. Pastikan badan seimbang.
4. Jangan bengkokkan siku semasa melepaskan bola.
5. Ikut lajak.

Kriket
B. Aktiviti Kemahiran
AKTIVITI

Aktiviti
Spot Bowling

54

a. Pelajar dibahagi kepada kumpulan.


b. Setiap kumpulan terdiri dari 6
pelajar. Kumpulan itu kemudian
akan dibahagikan kepada 2
kumpulan kecil A dan B.
c. Peralatan yang diperlukan ialah
kayu pancang atau skitel, dan bola.
d. Setiap pelajar akan mengambil
giliran membaling bola dan menjaga
wiket.
e. Pelajar kumpulan A akan membaling
dahulu manakala pelajar kumpulan
B akan menjaga wiket.
f. Selepas membaling pelajar
kumpulan A akan bergerak ke
belakang. Pelajar seterusnya dari
kumpulan A akan menjaga wiket.
g. Pelajar kumpulan B yang menjaga
wiket tadi akan sekarang membaling
bola.
h. Urutan ini akan berlangsung selama
yang difikirkan perlu oleh guru.

GAMBARAJAH
Pasukan A membaling

Pasukan B membaling

Kriket
C. Permainan Kecil
AKTIVITI

GAMBARAJAH

Aktiviti 1
Hit the wicket
a. Pelajar dibahagi kepada kumpulan.
b. Setiap kumpulan terdiri dari 6
pelajar. Peralatan yang diperlukan
ialah kayu pancang atau skitel, dan
bola.
c. Ketua kumpulan akan mengundi
untuk giliran membaling dahulu.
d. Setiap pelajar akan mengambil
giliran membaling bola dan menjaga
wiket.
e. Kumpulan yang menang undian
akan membaling dahulu.
f. Selepas membaling pelajar akan
bergerak ke belakang. Pelajar
seterusnya akan menjaga wiket.
g. Objektif permainan ialah untuk
membaling bola mengenai kayu
pancang atau skitel.
h. Pasukan yang paling banyak
membaling mengenai kayu pancang
atau skitel akan dikira sebagai
pemenang.

55

Kriket
AKTIVITI

Aktiviti 2
Pemainan 6 Sebelah

56

a. Pelajar dibahagi kepada 2 kumpulan.


b. Setiap kumpulan terdiri dari 6
pelajar.
c. Peralatan yang diperlukan ialah kayu
pancang atau skitel, 3 kayu pemukul
dan sebiji bola getah.
d. Semua pelajar akan mengambil
giliran memukul, membaling bola,
menjaga wiket dan memadang.
e. Ketua kumpulan akan mengundi
untuk giliran memukul atau
memadang dahulu.
f. Pasukan yang membaling akan
membaling sebanyak 6 over
g. Pasukan yang membuat larian
terbanyak akan dikira pemenang.
h. Apabila pemain A1 dan A2 sampai
ke crease (base) masing-masing ia
dianggap sebagai 1 larian

GAMBARAJAH
Giliran pasukan A memukul

Giliran pasukan B memukul

Kriket
5.3 KEMAHIRAN MEMADANG
5.3.1 Menangkap bola

57
Badan seimbang dan fokus

Ikut arah bola datang

Gaya Open cup

Gaya Reversed Cup

Tip-tip menangkap bola


1. Sentiasa perhatikan arah bola datang.
2. Untuk bola tinggi, pastikan berada di bawah bola.

Kriket
5.3.2 Memadang dan melontar bola

58
Perhatikan arah bola datang

Kutip bola dengan kedua belah


tangan

Gambarajah memadang dan melontar bola

Tip-tip memadang dan melontar


1. Sentiasa perhatikan arah bola datang.
2. Pastikan badan sentiasa di belakang bola.
3. Jangan menyimpan bola dan lontar kepada penjaga wiket.

Kriket
B. Aktiviti Kemahiran

AKTIVITI

Aktiviti
Fielding game
a. Pelajar dibahagi kepada kumpulan A
dan B.
b. Setiap kumpulan terdiri dari 6
pelajar.
c. Peralatan yang diperlukan ialah
kayu pancang atau skitel, dan bola.
d. Setiap kumpulan akan mengambil
giliran melontar bola dan
memadang.
e. Pelajar kumpulan A akan melontar
dahulu manakala pelajar kumpulan
B akan memadang.
f. Selepas melontar pelajar kumpulan
A akan bergerak ke belakang. Pelajar
seterusnya dari kumpulan A akan
melontar sehingga selesai giliran.
g. Pelajar kumpulan B memadang di
belakang kayu pancang atau skitel.
h. Pasukan B kemudian mengambil
giliran melontar
i. Pasukan yang paling banyak
mengenai kayu pancang atau skitel
dikira sebagai pemenang.

GAMBARAJAH
Pasukan A melontar

59

Pasukan B melontar

Kriket
C. Permainan kecil

AKTIVITI

Aktiviti 1
(Memadang dan menangkap)
Cricket Soccer

60

a. Pelajar dibahagi kepada 2 kumpulan


dengan maksimum orang
sepasukan.
b. Peralatan yang diperlukan ialah 2
kayu pancang atau skitel, sebiji bola.
c. Sebatang kayu pancang atau skitel
akan diletakkan dihujung setiap
padang permainan dan berfungsi
sebagai tiang gol.
d. Guru akan bertindak sebagai
pengadil.
e. Jaringan gol akan dikira sekiranya
bola menyentuh atau mengenai
kayu pancang atau skitel.
f. Pasukan yang membuat jaringan
paling banyak akan dikira sebagai
pemenang.
g. Mode permainan boleh bertukar dari
lontaran bawah, lontaran atas atau
bola meleret.

GAMBARAJAH

Kriket
AKTIVITI

GAMBARAJAH

Aktiviti 2
Scary Ball
a. Pelajar dibahagi kepada 2 kumpulan.
b. Setiap kumpulan terdiri dari 6
pelajar.
c. Peralatan yang diperlukan ialah kayu
pancang atau skitel, 2 kayu pemukul
dan bola.
d. Guru akan bertindak sebagai
pemukul bola kepada pemadang.
e. Ketua kumpulan akan mengundi
untuk giliran memadang atau berlari
dahulu.
f. Guru akan memukul bola kepada
pasukan pemadang.
g. Dua pemukul dari pasukan yang
berlari akan cuba mencuri larian.
h. Pasukan yang memadang akan cuba
mengeluarkan pemukul dengan
melontar bola kepada penjaga wiket
pasukan mereka.
i. Inning tamat apabila semua
pemukul terkeluar.
j. Pasukan yang memadang pula akan
mengambil giliran berlari.
k. Pasukan yang paling banyak
membuat larian dikira sebagai
pemenang.

61

Kriket
AKTIVITI

Aktiviti 3
Pemainan 6 Sebelah

62

a. Pelajar dibahagi kepada 2 kumpulan.


b. Setiap kumpulan terdiri dari 6
pelajar.
c. Peralatan yang diperlukan ialah kayu
pancang atau skitel, 3 kayu pemukul
dan sebiji bola getah.
d. Semua pelajar akan mengambil
giliran memukul, membaling bola,
menjaga wiket dan memadang.
e. Ketua kumpulan akan mengundi
untuk giliran memukul atau
memadang dahulu.
f. Pasukan yang membaling akan
membaling sebanyak 6 over
g. Pasukan yang membuat larian
terbanyak akan dikira pemenang.

GAMBARAJAH

Giliran pasukan A memukul

Giliran pasukan B memukul

Kriket
5.4 KEMAHIRAN MENJAGA WIKET
5.4.1 Asas menjaga wiket.

Posisi

Perhatikan bola

Sentiasa bersedia

Tip-tip menjaga wiket


a. Sentiasa perhatikan arah bola datang.
b. Pastikan mata sentiasa pada aras bola
c. Sentiasa bergerak mengikut arah bola datang.
d. Badan sentiasa di belakang bola.
e. Tangan sentiasa di belakang kayu pancang.
f. Pastikan keseimbangan badan.
g. Sentiasa perhatikan bola yang masuk.

63

Kriket
B. Aktiviti Kemahiran

AKTIVITI

Drive Ball

64

a. Penjaga wiket akan berdiri


berlatarbelakangkan jaring.
b. Pemukul akan memukul bola
separuh tinggi ke kiri dan kanan
penjaga wiket.
c. Penjaga wiket akan berusaha
untuk mengambil setiap bola yang
dipukul.
d. Aktiviti berlangsung sebanyak
sekurang-kurangnya 3 set.
e. Setiap set akan mengandungi lebih
kurang 40 pukulan ke kiri dan kanan.

GAMBARAJAH

Kriket
C. Permainan kecil
Bagi penjaga wiket agak sukar untuk merangka aktiviti dalam kumpulan. Oleh
itu kemahiran menjaga wiket harus digabungkan dengan kemahirankemahiran lain.
AKTIVITI

GAMBARAJAH

The Slip Cradle


a. Penjaga wiket dan seorang
pemadang akan berdiri si satu
hujung slip cradle manakala 3 orang
pemadang A, B dan C di hujung
sebelah yang lain.
b. Penjaga wiket akan cuba
menangkap bola yang dilontar ke
dalam slip cradle oleh pemadang A,
B dan C.
c. Pemadang di sebelah penjaga wiket
akan melontar semula bola kepada
pemadang A, B dan C.
d. Aktiviti berlansung sebanyak
sekurang-kurangnya 3 set.
e. Setiap set akan mengandungi lebih
kurang 30 lontaran.

65

Kriket
5.5 ASAS POSISI PEMADANG

66

Kriket

PENGHARGAAN
PANEL PENULIS
Yesodh a/l Parameswaran
Shafizan bin Shahriman
Yusri bin Salami
PENGETUA/GURU BESAR/ GURU DAN MURID
Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail
SMK Victoria Kuala Lumpur
BAHAGIAN SUKAN
V. Muraleedharan
Norhamimi binti Othman
Mohd Hamry bin Ismail
Lim Tou Jing
Persatuan Kriket Malaysia

67

Kriket

68

You might also like