You are on page 1of 28

BCK 3043

Cendol
YU KAH MUN

D20131064755

SEE YAN ROU

D20131064760

CHIA TZE YI D20131064766


CHOONG YUNN CHIN D20131064757

PENSYARAH: DR. NG MIEW HOON

2016 4 18
Cendol semangkuk


Reaksinya terhadap pesanan seperti ini tetap dingin. Akan tetapi dia terus melayani pesanan
pembeli-pembeli itu. Dia tahu mereka menikmati cendolnya dan bukan senyuman atau layanannya
yang baik. Tidak perlu dia tersenyum atau bertanya apa-apa. Mereka memberitahu apa yang
hendak diminum sebaik sahaja mendekati gerainya.

Sungguhpun disediakan juga beberapa jenis minuman yang lain seperti oren, cincau dan laici,
tetapi minuman-minuman itu sebagai hiasan sahaja. Dapat dijual 70 peratus sudah dikira amat
memuaskan. Beginilah biasanya orang Cina berniaga. Apa sahaja dijual bersama-sama dengan
barang-barang yang laris asalkan boleh memperoleh serba sedikit keuntungan. Tak elok hanya
menjual sejenis barang sahaja. Yang menjual kacang putih pun, disediakan beberapa jenis barang
yang berlainan sebagai pilihan. Ini pandangan ibu bapanya dan orang-orang Cina yang berniaga.

Amalan ini sudah menjadi biasa dan tidak dapat dibuang dengan serta-merta. Dia terpaksa
memikirkan cara-cara yang lain, sekiranya mahu bersikap mencuri tulang. Dia harus menyediakan
berbagai-bagai jenis barang jualan apabila dia membuka gerai setiap hari, walaupun barangan
jualan sampingan itu boleh dikurangkan.

Sudah dua tahun berlalu. Dalam tempoh ini, kebanyakan masanya telah dihabiskan dengan
berdiri di sudut jalan raya ini. Hanya mendengar pesanan-pesanan orang, dia menundukkan kepala
dan terus bekerja. Sebelah tangan mengisar air batu, sebelah tangan lain membubuh gula Melaka,
kacang merah, cendol dan air santan kelapa ke atas air batu yang sudah dikisar itu.

Banyak sikit gula...


...
Banyak sikit kacang merah...
...
Manis sikit...
...
Tidak selesa hatinya setiap kali dia mendengar kata-kata seumpama ini. Dia sedar sukatannya
sudah amat longgar. Bahan yang diberi tetap lebih dan tidak pernah kurang. Sepatutnya, orang
yang telah makan sekali itu meminta supaya minuman itu jangan terlalu manis, jangan dibubuh
terlalu banyak kacang merah dan ais. Semangkuk besar. Sekurang-kurangnya lima minit baru
habis dimakan. Kerongkongnya hampir-hampir terlekat. Namun mereka tetap takut kerugian.

Apa pun nak banyak. Tiga puluh sen sahaja. Seakan-akan sebuah penumbuk tertonjol dari
dalam hatinya untuk menunjukkan bantahan.

Ah Kong, sekarang mahal harga kacang merah, mahal harga gula Melaka, mahal harga
kelapa. Tiap jenisnya kurangkan sedikit, orang pun tak perasaan... Ini yang disuruh oleh ayahnya.
Sudah beberapa kali. Biasanya kata-kata seperti ini diulang-ulang apabila didapatinya pendapatan
lebih rendah daripada suatu peringkat yang tertentu.

......

Boleh jadi hari sejuk... Kadang-kadang dia cuba melindungi diri sendiri.
......
Dari pagi hingga petang ini hari panas hingga boleh mematikan orang! Orang tua itu
kadang-kadang tidak menerima alasannya. Dua biji matanya dibelalakkan, urat saraf leher juga
mengembang.Dan kau tengok kacang merah dan lain-lain tinggal sikit sahaja. Apakah sebabnya?
!

Dia tidak berkata apa-apa lagi jika hal seperti ini berlaku. Namun di otaknya seolah-olah
terdapat air bertakung. Trong... trong... trong. Tidak sanggup air itu mengalir keluar. Cari untung,
cari untung sepanjang hari. Seluruh dunia hanya cari untung.
......

Pukul sembilan lebih setiap malam, selepas pulang ke rumah dari gerai, tentu dia duduk
berseorangan di serambi rumahnya. Dadanya mungkin telah meletup jikalau tiada tiupan bayu
yang menyejukkan itu.

Di sebelah serambi itu terletak bilik tidur ibu bapa. Kata-kata seperti perniagaandan wang
selalu kedengaran secara tidak sengaja.

Tak disangka-sangka gerai baru ini lebih maju daripada gerai lama. Tempatnya memang tak
elok Ibunya lebih mudah berpuas hati.


Sepatutnya gerai lama itu yang lebih beruntung. Aku khuatir Si Ah Kong itu. Terlalu murah
hati. Sudu besar digunakan untuk mencedok kacang merah dan gula Melaka. Macam tak nak
modal. Tidak pernah ayahnya berasa puas hati.

Aku dah beritahu dia...

Apa guna beritahu sahaja? Si bebal itu tahu membaca buku saja, tak pernah tahu gunanya
wang ringgit. Lain kali apabila gerai baru itu sudah kukuh dasarnya, kau dan Ah Moi pergi jaga,
aku nak balik ke gerai lama itu.

Ah Kong terdengar perbualan mereka dengan jelas. Tetapi dia membiarkan sahaja. Dia tak
ingin membangkang. Reaksinya terhadap perkara ini sama seperti reaksinya terhadap pesanan
pembeli: dingin. Dalam dua tahun ini, lebih dingin perasaannya terhadap perkara-perkara yang
berlaku di sekelilingnya.

Dahulu, perangainya tidak kaku seperti sekarang. Masa dalam tingkatan tiga, kemajuan
pelajarannya cemerlang, di samping gerak kerja kokurikulum yang banyak. Dia dilantik sebagai
ketua pengawas sewaktu di tingkatan lima. Apabila keputusan SPM diumumkan, dia mendapat
sembilan A: lapan A1, satu A2. Keputusan begitu cemerlang dan ini ternyata dia memang bijak.
Kawan-kawannya mengucapkan tahniah. Guru-gurunya terus memberikan dorongan.


SPM A A1 A2

Patut melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam. Lepas itu meminta masuk U. Ramai orang
berkata demikian.

U, U, U. Telinganya selalu bergema dengan perkataan ini. Dari U, dia terbayang Matematik,
bahasa Inggeris, bahasa Malaysia, Kimia. Formula, sebutan. Dan juga tulisan rumi Mandarin.

Sir...
......
Cikgu......
......
Laoshi......
......
Dialah yang banyak sekali mengangkat tangan di dalam kelasnya. Bertanya, menjawab dan
memberikan fikiran. Semua orang tahu kesungguhan sikapnya. Banyak perkara yang tidak tercapai
oleh fikiran kawan-kawannya telah dikemukakannya. Soalan-soalan yang perlu pemikiran serius
untuk mendapatkan jawapan. Kawan-kawannya membesarkan mata, cuba memikirkan soalan
berkenaan sambil menggaru-garu kepala. Cikgunya mengerut-ngerutkan dahi dan mungkin
berkata, Soalan Ah Kong ini bagus. Bagus...

......

Tingkatan enam. Tingkatan enam. Kata-kata yang menarik ini terus mengimbas kenangan.
Semakin terang dan semakin besar. Macam iklan dalam bentuk kartun di layar putih dan kaca
televisyen.

Tetapi dia telah kecewa. Dia seperti pelari-pelari Vietnam yang terpijak periuk api. Segala
harapannya malap. Di depan matanya gelap-gelita. Kata-kata tingkatan enam semakin mengecil,
semakin menggelap dan akhirnya menjadi hitam legam. Begitu juga huruf U. Bahkan terbalik
secara perlahan-lahan, menjadi huruf N. Pengertian N yang paling umum ialah none, atau no, atau
not, atau nonsence, atau nothing.

U N N

No, no, no, kata ayahnya. Banyak alasan diberi. Tidak cukup tenaga buruh di rumah. Cuma
dua pasang tangan. Ah Moi belajar pada sebelah pagi dan menolong pada sebelah petang. Engkau?
Sudah hidup mewah selama 12 tahun. Tak pernah masak gula Melaka, tak pernah buat cendol, tak
pernah perah air santan. Hanya tahu buku, membaca buku. Kini dunia apa? Memadailah kalau tahu
menulis surat, dapat memahami surat rasmi pihak kerajaan. Bagaimana graduan? Permulaan gaji
lapan sembilan ratus ringgit sahaja. Gerai cendol kita, dibuka dari 9:30 pagi hingga 9:30 malam.
Selama 12 jam. Sungguhpun panjang sedikit masanya, tetapi pendapatan tentu melebih lapan
sembilan ratus ringgit itu. Tambahan pula, Jabatan Cukai Pendapatan tidak menyemak. Apa
engkau mahu lagi?

YU KAH MUN D20131064755


Tambah sepasang tangan bermakna tambah lagi sebahagian pendapatan. Kalau kita hendak
meneruskan perniagaan, harus segera dikembangkan. Gerai di pusat bandar itu sudah kukuh,
kawasan pantai laut itu boleh kita cuba. Rancangan pembangunan, kawasan masa depan mesti
dialihkan ke sana. Siapa yang pantas, dia dapat. Kita harus mempunyai pandangan yang jauh.

Pandangan? Memang, ibu bapa mempunyai pandangan yang jauh. Cendol bercampur
kacang merah, memang jauh pandangannya.

Membeli rumah di Green Lane, pandangan jauh.

Membeli tanah di Tanjung Tokong, pandangan jauh.

Cuba berkembang di Balik Pulau, pandangan jauh.

Tidak melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam, juga pandangan jauh???

Hatinya berdarah. Pendirian mereka begitu tegas. Dia telah mendapat layanan istimewa.
Dia dibiarkan sebebas-bebasnya dari kelas peralihan ke tingkatan lima. Itu belum cukup lagi?

Tiga jenis bahasa pun boleh tahan.

Apa dihajatkan lagi?

Boleh memahami surat kerajaan?

Boleh. Apa mahu lagi?

Boleh membalas surat kerajaan?

Boleh mengisi borang kerajaan?

Semua tiada masalah. Dan apa hendak lagi?

Perkara ini adalah keperluan asas. Pada masa dahulu bapa rugi kerana kekurangan
kebolehan ini. Kalau tidak, bapa takkan bersusah payah macam ini menjual cendol. Mungkin
sudah berniaga besar, memohon tanah daripada kerajaan, meminta pinjaman wang daripada
kerajaan, ataupun berusaha sama dengan kerajaan.

Walau bagaimanapun, menjual cendol pun baik juga. Modalnya tidak banyak. Semangkuk
30 sen. Perniagaan tidak putus-putus. Kamu boleh dapat apa sahaja pada masa akan datang,
dengan syarat tidak malas.

30

Tetapi jangan terlalu jujur seperti cerdik pandai biasa itu. Gula Melaka mahal,
kurangkanlah sedikit; kacang mahal, kurangkanlah sedikit; kelapa juga mahal, kurangkanlah
sedikit. Air batu tidak apalah, isikan penuh sedikit.

Nama gerai ini sudah dikenali beberapa puluh tahun. Orang yang lalu di situ tentu
mengidamkan cendol itu. Mereka juga mengenalkannya kepada saudara-mara. Hanya 30 sen.
Semangkuk besar. Ada juga kacang merah.

30
Ah Kong.

Ah Kong membesarkan matanya. Seorang gadis jelita. Tetapi fesyen rambut dan pakaian
sederhana sahaja.

Cendol? Dia bertanya dengan perlahan-lahan.

Si gadis itu mengangguk.

Ah Kong.

Dia mengisar air batu. Dahinya dikerutkan. Perempuan ini cukup aneh. Mengapa terus
memanggil nama orang?


Tunggu sekejap ya, katanya.

Tunggu apa pula? Gadis itu meninggikan nada suaranya. Dah jadi tauke kecil, pandang
rendah oranglah.

Awak. Dia memberhentikan gerakan tangannya. Dilihatnya sekali lagi gadis itu.

Saya Xiao Hui.

Ya. Itulah dia. Ah Kong menghulurkan tangannya.Tetapi tangannya ditarik balik. Sejuk
sangat. Putih dan berkerut-kerut. Segan berjabat tangan dengan orang lain. Tangan yang hodoh.
Tangan buruk.

Awak baiklah, dah berniaga. Kami masih menderita. Kemudian tak tahu what to do.
what to do()
What to do? Saya what to do atau awak semua? U, U, U, ... huruf itu membesar lagi.
What to do() what to do() what to do()
UUU
Makan cendol dululah, hari panas, kata Ah Kong sambil memberi semangkuk cendol
yang telah dibubuh lebih banyak bahan daripada biasa kepada Xiao Hui. Ah Kong
menyimpangkan tajuk perbualan, Apa khabar awak semua?

Kami? Siapa yang awak maksudkan? tanya Xiao Hui. Sifat kesederhanaan dan
kecergasannya masih terpelihara 70 ke 80 peratus. Tetapi dia dingin, dingin terhadap segalagalanya.

Awak, Rajah, Chee Seng, Rahman, Emanuel. Dia menyebut beberapa nama daripada
ingatannya secara wenang. Sukar bagi dia menghafalkan nama lebih kurang 40 orang. Memanglah,
sudah lebih kurang dua tahun. Dalam tempoh ini, dia berjaya mempelajari untuk melupakan segala
hal.

40
Semua baik-baik belaka.Saya, Chee Seng, Sudin, dan Rajah dalam jurusan Sains. Rahman
dalam jurusan Sastera, Emannuel juga dalam jurusan Sains.

Sijil Pangkat Dua? Pangkat Tiga? Terus masuk lower six. Kemudian upper six. Pada masa
akan datang mungkin ke universiti. Ke luar negeri dengan mendapat biasiswa kerajaan. Master,
Ph.D. Pulang de tanah air. Memberi syarahan khas di universiti. Masalah sosial, krisis sosial, dan
sebagainya. Dan cara mengatasinya, membetulkan landasannya. Serba-serbi. Tidak lama
kemudian, dinaikkan pangkat menjadi Profesor Madya, lalu menjadi Profesor. Kira-kira berumur
30 tahun sahaja.

30
Kami dengki pada awak, Ah Kong. Jadi tauke. Perniagaan maju, kata Xiao Hui.
Kami berasa gelisah memikirkan masa depan. Betapa sukar sekarang mencari pekerjaan.

Ah Kong tersenyum kambing. Apa yang difikirkannya bertentangan dengan pendapat itu.
Ilmu pengetahuan merupakan jiwa kaum. Jika sesuatu kaum hanya tahu bertungkus-lumus
menuntut kebendaan, keuntungan, akhirnya akan menjadi lemah dalam bidang kebudayaan.
Mundur dalam segala-galanya. Setinggi-tinggi kemewahan hidup pun cuma secara lahir,
superfisial. Boleh runtuh dengan diri sendiri.

Xiao Hui tidak faham. Mungkin Chee Seng dan lain-lain juga tidak faham. Yang betulbetul mengerti perasaannya ialah Ah Kuan yang tinggal di Kuala Lumpur itu. Selepas tamat
pelajaran tingkatan lima di Pulau Pinang, Ah Kuan disuruh oleh ayahnya supaya balik untuk
mewarisi gerai cai tao kuih yang telah dimulakan sejak zaman datuknya.

Semenjak Ah Kuan pulang ke kuala Lumpur, setiap hari dia terpaksa berdiri di tepi dapur
sambil menggoreng ketulan-ketulan cai tao kuih itu. Bubuh kicap Cina, bubuh sisa lemak babi.

Mula-mulanya berasa dapur tu sangat panas, susah ditahan macam relau atom. Dua belah
kaki terketar-ketar secara automatic setelah lama berdiri. Dua belah lengan mengaut-ngaut di kuali
besar itu secara mekanis. Kadang-kadang tanganku terus bergerak sungguhpun tidak hendak
menggoreng. Telinga sentiasa kedengaran suruhan dan pesanan pelanggan-pelanggan: Cai tao kuih
tiga puluh sen, cai tao kuih lima puluh sen. Lebih sikit sisa lemak babi, lebih sikit daun
bawang. Demikian bunyinya antara suara hati Ah Kuan dalam sepucuk surat kapada Ah Kong.

30 50

Keadaan Ah Kuan dua kali lima dengan keadaan diri saya. Kepanasan yang diterima jauh
lebih teruk daripada kesejukan yang saya alami, fikir Ah Kong. Dia menggambarkan gerakan Ah
Kuan menggoreng cai tao kuih dengan gerakan dirinya sendiri mengisar air batu. Begitu berirama.
Tetapi tidak bermakna. Bukankah dia juga mengisar air batu dalam mimpinya? Tangannya sebelah
kanan memegang pemegang mesin itu. Dipusing-pusingnya dari atas ke bawah. Tidak berhenti
henti. Sya-sya-syaacendol semangkuk, dua mangkuk, tiga mangkuk, empat mangkuk sepuluh
mangkuk! Banyak sikit gula Melaka, banyak sikit kacang merah, banyak sikit ais!

Lekas! Lekas! Lekas! Pesanan itu sahaja yang dapat didengarnya.

Ah Kuan, kita dah jadi ahli bomba rupanya, kata Ah Kong dalam surat jawapannya.
Tambahan pula, kesabaran kita lebih baik daripada ahli-ahli bomba. Orang menyuruh engkau
membungkuskan dua puluh bungkus, malah serratus bungkus, engkau tidak berasa gembira sedikit
pun. Sama juga kalau orang memesan aku membungkus lima puluh bungkus ataupun dua ratus
bungkus, aku turut saja. sama kelajuannya. Engkau menggoreng ca, ca, ca , aku mengisar sya,
sya, sya. Nampaknya inilah seluruh kehidupan kita.

(SEE YAN ROU D20131064760)

Sekarang Ah Kuan telah membiarkan dirinya terhadap kepanasan dapur dan Ah Kong pula
telahbiasa dengan kesejukan air batu.Satu sejuk, satu panas; satu kisar, satu goreng; satu pinggan,
satu mangkuk; bungkus, bungkus

.......
Kata Ah Kuan bahawa kini dia telah memandang sepi segala hal. Dia tidak berkata apa-apa
apabila ayahnya memilihkan seorang jodoh untuknya. Beginilah keadaan ayahnya, memiliki
rumah di Petaling Jaya, Taman Midah, dan Taman Desa. Rumah-rumah itu seolah-olah tiada kaitmengait dengan dia.

Dengan menambahkan sepasang kayu penyepit, maka bertambahlah sepasang tangan yang
boleh membantu pekerjaan keluarga. Hal ini telah menjadi buah mulut ayahnya. Ah Kuan berasa
sedih bagi pihak perempuan terperangkap. Dia berharap dirinya sendiri menjadi bujang seumur
hidup. Akan tetapi, akhirnya ayahnya telah berjaya mendapat seorang gadis. Elok juga parasnya.
Tamat pelajaran tingkatan lima dan berjaya mendapat beberapa A dalam peperiksaan.

A
Mengapa tak naik tingkatan enam?

Ibu bapa tak izinkan.

Mengapa masuk ke perangkap secara suka-rela?

Ada keraguan di wajahnya yang murni itu.

Keluarga saya cuma mempunyai satu gerak kerja sahaja iaitu menggoreng dan membungkus.

Saya tahu. Tapi lebih baik daripada makan percuma di rumah.

Siapa kata tu?

Bapa.

Ramai adik?

Sembilan.

Kerja?

Ada yang masih bersekolah rendah, kata gadis itu dengan mata bertukar menjadi merah.

Hanya saya saja makan percuma.

Ah Kuan memberitahu Ah Kong segala hal ini dalam suratnya. Bekas murid Sekolah
Menengah Kuen Cheng yang tamat pelajaran tingkatan lima itu dipercayai akan menjadi isteri Ah
Kuan tidak berapa lama lagi. Barangkali tidak lama lagi pelanggan-pelanggan cai tao kuih akan

mendapati muncul sepasang tangan baharu di gerai itu. Kemudian membuai-buaikan perut yang
buncit supaya generasi keempat berpeluang belajar menjalankan perniagaan itu

Ah Moi masih belajar di SMP Pulau Pinang dalam tingkatan lima. Orangnya cerdik, tetapi
pasti tidak akan mendapat 5A. Sebaik lepas sekolah, terpaksa berdiri dari pagi hingga waktu
malam. Dia dipuji kerana taat kepada ibu bapa. Taat bermakna mengikut perintah. Taat bererti
tidak membantah. Taat bererti menolong ibu bapa menjual cendol dengan mengabaikan pelajaran
sekolah.
5 A

Ibu bapa tentu tidak menyebut Ah Moi makan percuma di rumah setelah mengambil
peperiksaan SPM. Malahan dia sanggup berdiri sambil menjual cendol sepanjang hari. Dia tentu
dapat menerima segalanya kerana tiada orang mendorong dia naik ke tingkatan enam. Tiada orang
menggalakkan dia memasuki U. Seolah-olah telah ditakdirkan dia akan menjual cendol sehari
suntuk setelah tamat pelajaran tingkatan lima. Sekiranya datang orang meminang, pasti akan
ditolak.

Ah Moi masih muda lagi. Baru lapan belas tahun.

Keluarga kami tak cukup tenaga untuk melakukan kerja. Dia terpaksa menolong berniaga.

Menolong berapa lama? Hati Ah Kong menegang. Menolong sehingga mendapat seorang
pengganti. Kedudukan orang itu sama seperti bakal isteri Ah Kuan. Dialah kakak ipar Ah Moi.
Jikalau saya menguatkan pendirian untuk tidak berkahwin, ibu bapa masih tidak begitu cemas.
Sekurang-kurangnya dalam beberapa tahun ini.

Lima tahun kemudian, Ah Moi berumur 23 tahun. Dan lima tahun lagi dia akan berumur 28
tahun. Dengan kata-kata lain, Ah Moi akan berumur 30 tahun selepas 12 tahun. Tanggungjawab
siapakah pada masa itu?
23 28 30
12
Abanglah yang bertanggungjawab! bantah Ah Moi. Suaranya memekakkan.

Ah Moi, tidak. Itu tiada kait-mengait dengan abang. Abang tak nak seorang perempuan yang
tidak bersalah hidup dalam keadaan yang sempit begini. Dan abang beritahu bahawa bakal isteri
Ah Kuan akan menunjukkan perut yang buncit di depan gerai cai tao kuih

.......
Tapi dia merelakan diri
.......
Tak sampai hati abang melihat keadaan seperti itu berlaku. Adakah adik mengharapkan seorang
perempuan berdiri dari awal pagi hingga malam macam adik ini?

?
Saya patut berehat, diganti oleh orang lain

........
Jadi pergilah dik!

Pergi? Pergi dengan siapa? Pergi? Pergi ke mana?

Ikut orang yang adik suka dan pergi ke dunia yang adik berdua hajati

Abang sedang membaca ayat kitab Buddhakah? Mengomel-ngomel begini. Ah Moi


mendekatkan mukanya yang masih mentah itu di depan Ah Kong. Ah Kong tersedar. Oh, hanya 17
tahun lebih. Bukan perempuan tua berumur 30 tahun. Belum sampai peringkat itu. Belum lagi dia
memikirkan soalan seperti itu.

17

Bapa suruh saya datang menolong abang.

Tak percaya kepada saya, bukan?Ah Kong ketawa.

Kata bapa Ah Moi menahan apa yang hendak dikatakannya sambil menjeling beberapa orang
pelanggan di depan gerai itu.
.......
Saya dah jemu mendengarnya, kata Ah Kong. Tangan terus bertindak. Sya, sya, sya.. Sya,
sya, sya
...... .......

Gula Melaka, cendol, kacang merah, santan kelapa


.......
Pukul tiga lebih. Tamat tayangan gambar. Pelanggan datang macam hujan panas. Dua beradik itu
tidak berkata sepatah kata pun. Dengan perlahan-lahan mereka mengisar air batu, membubuh
bahan-bahan, menerima duit, mencuci mangkuk.

Cendol dua mangkuk cendol tiga mangkuk


...... ......
Lekas, nanti bas tiba.

Ah Kong cuma terasa pelanggan-pelanggan lelaki dan perempuan itu datang dan pergi.
Bertukar ganti.

Duit, duit. Ambil duit.

Penglihatan Ah Kong kabur sedikit. Telinganya seolah-olah berdengung-dengung. Bunyi lalulalang manusia, bunyi kenderaan, bunyi kisaran air batu. Ditambah lagi dengan bunyi mesin
pemerah air tebu. Kek kek kek

.......

Wu wu wu
......

Sya sya sya


.......
Gerakan tangannya semakin pantas. Peluh keluar daripada dahinya. Gugur. Setitik, dua titik, tiga
titik. Tepat menitis di tengah mangkuk.

Mengapa rasa cendol hari ini lain sedikit? Dibuat daripada apa cendol tu? Gandum? Tepung
ubi?

Bukan, bukan. Daripada tepung beras. Beras digiling halus-halus. Dihimpit mesin. Sebatang,
sebatang. Macam lao-shu-fen. Dibubuh pencelup hijau. Tidak membawa sebarang kemudaratan
kepada manusia.

Dan bubuh cacing tanah untuk tahan lama.

Tak. Sumpah. Betul tidak ada. Tidak pernah. Dan tak perlu. Cendol dan santan kami habis dijual
setiap hari, tidak tinggal baki.

Hari hujan pun tiada baki?

Kami menyimpan di dalam peti sejuk rasanya terpelihara. Sedikit pun tidak berubah. Dijamin
baru dan sedap.

Yang ini bukan kacang merah, kacang kemerahan sebagai gantinya.


Siapa kata. 100 peratus kacang merah! Kacang kemerahan lebih kasar, tidak halus.
? 100%
CHIA TZE YI D20131064766
Cendol kami betul-betul baik bahannya. Harga berpatutan.Kanak-kanak atau orang tua tidak
tertipu.

Lebih daripada pukul 4.00 petang. Masa inilah masa paling lapang.

Dia masih mengisar. Sya,sya,syasya,sya,sya

Cukup?Apa cukup! Telinganya masih berdengung-dengung. Dia tidak faham mengapa dia
selalu membela cendolnya dalam bawah sedar.

Seolah-olah Xiao Hui muncul di hadapannya dengan tiba-tiba. Mula-mula dia menunjukkan
sikap keikhlasan, kemudian diubahnya menjadi sindiran dan akhirnya kekejian.Kata-kata yang
sama diucapnya, seperti terkandung makna yang berlainan.

Tauke besar. Berumah dan berharta.Bila nak jemput aku makan besar, kenduri kahwin ha?

Mengapa harus ditanya soalan seperti ini? Bila kamu sekalian masuk U? Bila memakai topi
bersegi empat? Bila memberi ucapan tentang sesuatu tajuk khas? Dan bila pun dinaikkan pangkat
menjadi professor?

Abang! Siapa dah jadi professor?


!
Ah Kong menggelengkan kepalanya. Sinaran cahaya matahari dari sebelah barat menusuk
kedua-dua belah matanya. Yang berdiri di sisinya ialah Ah Moi. Umurnya tujuh belas setengah
tahun.Tidak lama lagi dia akan mengambil peperiksaan SPM. Kemudian berniaga sepenuh masa.
Menolong ibu bapa berniaga. Menjadi seorang anak perempuan yang taat. Anak taat zaman
sekarang. Menolong menjual cendol sehari suntuk.

Profesor apa?

Tadi abang kata siapa dah jadi professor?

Pernah saya bercakap begitu?

Jelas saya dengar.

Ingin adik jadi professor?

Saya? Ah Moi mengangkat sebuah bangku lalu duduk. Masa ini masa agak lapang. Dalam
mimpi saya hanya nampak orang lain menjadi professor. Beberapa kali orang itu ialah abang.

Saya?

Oh, bersifat megahnya, kata Ah Moi, tersenyum manis. Ah Kong menghembuskan nafas
dari dalam hatinya. Nafas yang menyesakkan.

Adakah adik berasa risau?

Risau apa? Menjual cendol? Perniagaan maju. Mengapa pula risau?

Ah Kong menahannya melanjutkan percakapannya dengan isyarat tangan. Fikirnya dalam


hati: Kau belum sedar lagi. Usia tujuh belas setengah tahun. Belum sampai masanya.

Ah Moi membuka laci. Dikiranya wang kertas, lima ringgit, satu ringgit. Kemudian
disusunnya wang syiling 50 sen, 20 sen, 10 sen dan lima sen. Kiraannya tepat dan mahir.

Perniagaan hari ini baik sangat kata Ah Moi sambil mencabut dua helai wang kertas
berharga lima ringgit. Dengan tersorok-sorok dimasukkannya wang itu ke dalam saku seluar
jeannya.

Ah Kong tersenyum. Perbuatan Ah Moi diperhatikannya. Inikah sebabnya Ah Moi tidak


berasa risau? Jika sekiranya perkara ini boleh menjadi penawar kerisauan, hal ehwal dunia akan
menjadi serba ringkas!

Tetapi apakah ertinya wang ringgit kepada saya? Sepeninggalan ibu bapa, rumah-rumah dan
gerai-gerai cendol akan saya warisi. Kepunyaan saya. Dan apa lagi? Kekosongan dalam jiwa tidak
pernah terisi. Sebaliknya kedinginan semakin menebal.

Ah Moi, pergi makan dulu.

Abang?

Saya belum lapar.

Lepas makan, saya belikan abang nasi. Ah Moi pergi. Gerakannya cergas. Segar. Gembira.

Ah Kong berharap Ah Moi akan memelihara kepintaran dan keaktifan ini hingga bila-bila. Dia
lebih berharap Ah Moi dapat mencari seorang sahabat lelaki yang disukainya. Kahwin. Cepat
kahwin. Meninggalkan apa yang dikatakan perniagaan keluarga ini.

Lampu jalan telah dipasang. Lampu neon kedai pun sedia terpasang juga.

Sya, sya, sya sya, sya , sya

Kek, kek, kek kek, kek, kek

Bunyi kisaran air batu dan bunyi perahan air tebu sahut-menyahut.

Hari-hari berlalu dengan hambar seperti ini, entah bilakah hari seperti ini akan tamat.

Dia pulang ke rumah dengan membawa hati yang lelah dan dingin. Selepas mandi,
didapatinya ada sepucuk surat di dalam peti surat.

Daripada tulisannya, Ah Kong dapat mengecam siapakah penulisnya. Tidak lain dan tidak
bukan ialah Ah Kuan.

Surat tu serba ringkas. Secara kasar Ah Kuan memberitahu Ah Kong bahawa ayahnya telah
meninggal dunia. Menurut doktor, kematian ayahnya berpunca daripada penyakit limpa. Besar
kemungkinan penyakitnya bersangkut-paut dengan kerjanya yang selalu berdiri di tepi dapur itu.
Ah Kuan telah berjaya memujuk ibunya dan akan memberhentikan perniagaan cai tao kuih
mereka. Lepas itu dia akan bekerja sesuatu yang lebih bermakna.Belum ditetapkan lagi apa
perusahaan yang akan diusahakannya. Kemungkinan besar berkait rapat dengan kebudayaan.
Pihak kerajaan telah mengumumkan untuk meninggikan kuota kepada mahasiswa - mahasiswa
bukan bumiputera.Amalan seperti ini cukup merangsangkan. Kalau tidak kerana dua tahun ini
dibiarkan berlalu begitu sahaja, sempat dia mengambil peluang ini. Tetapi kini sudah terlambat.
Meneruskan pelajaran ke tingkatan enam tidak mungkin.

Ah Kong berasa gembira terhadap pilihan Ah Kuan. Akhirnya Ah Kuan mempunyai


harapan baharu. Boleh kembali ke jalan yang benar. Sekurang-kurangnua generasi akan datang itu
tidak akan menjejaki jalan lama. Bagaimana dirinya sendiri? Dia masih berulang-alik di jalan mati
itu.

Dia memandang jauh ke atas langit. Langit luas tetapi kabur. Serupa dengan fikirannya
sekarang.

Cendol semangkuk, cendol semangkuk.

Cepat.
!
Banyak sikit kacang merah.

Lebih sikit gula Melaka.

Duit. Pungut duit.

,
Dia menutup dua belah telinganya dengan tapak tangan.

Daripada Ah Kuan, dia memikirkan tentang diri sendiri. Daripada bakal isteri Ah Kuan, dia
teringat Xiao Hui dan Ah Moi. Segala-galanya tidak berpinggir. Tiada jawapan yang pasti. Seperti
langit yang luas itu

Dia ingin memperalatkan pengalaman yang diperolehnya dalam masa dua tahun ini
mengetepikan segala hal yang lain. Melupakan segala-galanya. Tapi dia gagal.

Dua belah mata terbelalak sebesar-besarnya. Terus memerhatikan seekor cicak menelan
nyamuk seekor demi seekor. Yang kedengaran cuma cendol cendol cendol

Agak lama. Tiba-tiba dia menutup mukanya dengan selimut. Dia berfikir dalam hatinya,
Gerai cai tao kuih Ah Kuan telah ditutup, bagaimana dengan gerai cendol aku? Bilakah ia akan
ditutup?
,
?
(CHOONG YUNN CHIN D20131064757)

You might also like