You are on page 1of 8

KESEDIAAN GURU-GURU SEKOLAH BESTARI MENGGUNAKAN

INTERNET DAN WEB PENDIDIKAN


Sulaiman Sarkawi
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Pengenalan
Pendidikan memainkan peranan penting dalam membangunkan sosio ekonomi sesebuah negara
kerana peningkatan tahap pendidikan rakyat meningkatkan keharmonian hidup dan tahap
ekonomi. Peralihan kepada K-ekonomi dan kewujudan World Wide Web (WWW) mendesak kita
memiliki pengetahuan terkini bagi membolehkan negara berada di hadapan sebagai pelopor.
Di samping kaedah pendidikan tradisional yang terus dibebankan dengan keperluan memberi
pendidikan berkualiti kepada rakyat dalam aspek kandungan dan perkongsian maklumat, kita
perlu sama-sama mencari kaedah alternatif bagi membantu meningkatkan kualiti pengajaran
dan pengurusan pengajaran ke peringkat yang lebih baik secara berterusan.
Internet dan WWW menyediakan potensi besar dalam aspek peluang dan kegunaan. Ini jelas
dilihat kepada kadar peningkatan penggunaan WWW yang dianggarkan antara 6 peratus
(Wiggins, 1995) hingga 20 peratus (Lemay, 1995) sebulan. Peningkatan ini tidak terlepas dalam
dunia pendidikan baik di peringkat pendidikan rendah, menengah maupun peringkat
pendidikan tinggi dengan menggunakan sumber internet dan web pendidikan. Kerana itu
Amerika Syarikat berhasrat mencapai tahap akses internet 100 peratus untuk semua sekolah
secepat mungkin (Cattagni & Farris, 2001).
Laporan E-Pembelajaran (2003) oleh eMarketer tentang pembelajaran melalui Internet
memperlihatkan potensi besar dan pentingnya penglibatan kita menyertai peluang ini.
1. Pasaran pendidikan global adalah berjumlah USD $2 trilion pada tahun 2001.
2. Peratus sekolah awam di Amerika Syarikat yang memiliki akses internet
kelajuan tinggi meningkat daripada 56 peratus pada 1999 kepada 76 peratus
pada tahun 2002.
3. Pada tahun 2004, lebih 1 juta pelajar K-12 akan mengambil kursus secara maya.
4. Di Amerika Syarikat, sektor akademik K-12 merupakan pasaran terbesar dalam
E-pembelajaran dengan nilai $1.8 bilion; pendidikan tinggi akan meningkat
kepada puncaknya dengan nilai $23 bilion pada tahun 2006 dan $44 bilion pada
tahun 2011.
5. Pendapatan daripada E-pembelajaran di negara Jepun meningkat dari 82.3
bilion yen pada tahun 2003 kepada 198.5 bilion yen pada tahun 2006.
6. Pasaran E-pembelajaran korporat di Eropah adalah berjumlah $1.5 bilion pada
tahun 2001.
Di Malaysia, usaha bersungguh-sungguh oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan
penggunaan komputer dalam pendidikan sangat ketara apabila Projek Percubaan Literasi
Komputer dilancarkan pada tahun 1992 yang walaupun pelaksanaannya tidak berjalan lancar
kerana masalah perkakasan, perisian yang kurang sesuai dan kekurangan latihan untuk guruguru (Sulaiman, 1994), namun ia telah memberi impak penting dalam penggunaan komputer
dalam pendidikan di Malaysia. Ia semakin ketara apabila Sekolah Bestari dilancarkan di 88
buah sekolah di seluruh negara dengan menyediakan kemudahan komputer lengkap Internet
untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran. Bagaimanapun kemudahan ini tentunya dapat
digunakan sepenuhnya dengan adanya kesediaan guru-guru di Sekolah Bestari menggunakan
Internet untuk mengakses Web Pendidikan yang dianggap faktor penting dalam pengajaran
masa kini (Bare & Meek, 1998; U.S. Department of Education, 2000).

Prosiding Seminar Kebangsaan E-Komuniti 2005. UKM. 6-7 Disember 2005. Putrajaya

Beberapa kajian yang dijalankan terhadap penggunaan Internet dan web pendidikan di
kalangan guru di sekolah harian tidak menunjukkan keadaan yang menggalakkan (Shahrulaini,
2001; Norazmah Hashim, 2001; dan Md Roslan, 2001). Dapatan daripada pengkaji-pengkaji
tersebut mendapati walaupun guru-guru menyedari bahawa Internet berguna untuk guru,
namun dari aspek aplikasinya kurang menggalakkan. Guru-guru di sekolah harian dalam
kawasan FELDA umpamanya masih kurang menggunakan kemudahan Internet untuk pengajaran
(Aszelan, 2001).
Tujuan Kajian
Kajian kecil ini dijalankan untuk mengetahui kesediaan guru-guru Sekolah Bestari
menggunakan Internet dan Web pendidikan sama ada untuk pengajaran maupun pembelajaran
mereka sendiri. Kajian ini juga cuba mengetahui kemudahan Internet yang dimiliki, tujuan
penggunaan Internet, pengaksesan Web pendidikan dan tujuan mengakses Web pendidikan.
Kaedah Kajian
Sebanyak 6 set soal selidik telah dihantar pada Mac 2003 ke setiap 68 buah sekolah menengah
(77.27 peratus daripada jumlah keseluruhan sekolah bestari di Malaysia) untuk diisi oleh 6
orang guru yang terdiri daripada Pengetua, Penolong Kanan 1, guru Bahasa Malaysia, guru
Bahasa Inggeris, guru Sains dan guru Matematik dari setiap sekolah. Daripada 408 set borang
soal selidik yang dihantar, sebanyak 272 set (66.6 peratus) telah diterima semula pada Jun
2003. Ini tidak termasuk satu set yang tidak boleh digunakan kerana telah diisi oleh guru
Bahasa Jerman. Data telah dianalisis menggunakan SPSS for Windows versi 11.0 bagi
memperolehi jadual kekerapan dan jadual silang.
Dapatan Kajian
Perbincangan dalam laporan ini hanya ditumpukan kepada latar belakang responden,
kemudahan Internet, penggunaan Internet dan penggunaan Web pendidikan.
Latar belakang responden
Daripada 272 responden yang terlibat dalam kajian, majoriti adalah guru perempuan iaitu 68.3
peratus (187 orang) dan selebihnya 31.3 peratus (85 orang) adalah guru lelaki. Bilangan
peratusan mengikut perjawatan adalah hampir sama dengan Pengetua merupakan kumpulan
responden terkecil iaitu 12.9 peratus (35 orang) dan guru Matematik sebagai kumpulan
terbesar iaitu 18.8 peratus (51 orang). Jawatan lain adalah seperti dalam Jadual 1 di bawah.
Jadual 1: Kekerapan responden mengikut jawatan
Jawatan
Pengetua
Penolong Kanan 1
Guru Bahasa Malaysia
Guru Bahasa Inggeris
Guru Sains
Guru Matematik
Jumlah

Kekerapan
35
46
47
46
47
51
272

Peratus
12.9
16.9
17.3
16.9
17.3
18.8
100.0

Perbezaan yang ketara antara jantina responden adalah bagi jawatan guru Bahasa Melayu, guru
Bahasa Inggeris, guru Sains dan guru Matematik yang memperlihatkan majority adalah guruguru perempuan.
Pusat Kajian E-Komuniti, FSSK-UKM

Prosiding Seminar Kebangsaan E-Komuniti 2005. UKM. 6-7 Disember 2005. Putrajaya

Jadual 2: Jantina responden mengikut jawatan


Pengetua
Lelaki
Perempuan
JUMLAH

18
51.4%
17
48.6%
35
100.0%

Pen.
Kanan 1
28
60.9%
18
39.1%
46
100.0%

Guru
BM
8
17.0%
39
83.0%
47
100.0%

Guru
BI
2
4.3%
44
95.7%
46
100.0%

Guru
Sains
14
29.8%
33
70.2%
47
100.0%

Guru
Matematik
15
29.4%
36
70.6%
51
100.0%

Dari aspek umur, sebilangan besar responden 72.7 peratus (198 orang) adalah berumur antara
31 hingga 50 tahun. Jika analisis secara statistik, memang terdapat hubungan yang signifikan
antara jawatan dengan umur responden. Umur merupakan faktor yang mempengaruhi jawatan
Pengetua. Sebahagian besar daripada guru yang berumur 51 tahun dan lebih terdiri daripada
Pengetua iaitu 67.6 peratus (25 orang) dan 21.6 peratus (8 orang) sebagai Penolong Kanan 1.
Jadual 3: Jawatan responden mengikut umur
30 dan
31 hingga 41 hingga
51
kurang
40
50
dan lebih
10
25
Pengetua
10.2%
67.6%
4
34
8
Pen Kanan
4.0%
34.7%
21.6%
10
23
13
1
Guru BM
27.0%
23.0%
13.3%
2.7%
9
25
12
Guru BI
24.3%
25.0%
12.2%
10
20
17
Guru Sains
27.0%
20.0%
17.3%
8
28
12
3
Guru Matematik
21.6%
28.0%
12.2%
8.1%
37
100
98
37
JUMLAH
100.0%
100.0%
100.0%
100.0%
Jawatan

Kemudahan Internet
Walaupun kemudahan internet juga boleh diperolehi di kafe siber, namun kajian ini hanya
menumpukan kemudahan internet yang terdapat di rumah dan di sekolah. Sebanyak 75.7
peratus daripada responden (206 orang guru) menyatakan memiliki kemudahan Internet di
rumah. Peratusan guru yang memiliki kemudahan Internet di rumah ini hampir sama mengikut
jawatan dengan guru Bahasa Inggeris paling tinggi iaitu 18.9 peratus (39 orang) diikuti guru
Sains dan guru Matematik dengan peratusan yang sama iaitu 18.0 peratus (37 orang), Pengetua
15.5 peratus (32 orang), Penolong 1 15.0 peratus (31 orang) dan terendah adalah guru Bahasa
Melayu 14.6 peratus (30 orang). Daripada jumlah guru yang tidak memiliki Internet di rumah,
kumpulan tertinggi adalah terdiri daripada guru Bahasa Melayu berjumlah 25.8 peratus (17
guru), Penolong Kanan 1 22.7 peratus (15 orang), guru Matematik 21.2 peratus (14 orang),
guru Sains 15.2 peratus (10 orang) dan Pengetua 4.5 peratus (3 orang).

Pusat Kajian E-Komuniti, FSSK-UKM

Prosiding Seminar Kebangsaan E-Komuniti 2005. UKM. 6-7 Disember 2005. Putrajaya

Jadual 4: Kekerapan memiliki kemudahan Internet di rumah mengikut jawatan


Post
Pengetua
Pen Kanan 1
Guru BM
Guru BI
Guru Sains
Guru Math
Total

Ada Internet
Kekerapan
%
32
15.5
31
15.0
30
14.6
39
18.9
37
18.0
37
18.0
206
100.0

Tiada Internet
Kekerapan
%
3
4.5
15
22.7
17
25.8
7
10.6
10
15.2
14
21.2
66
100.0

Bagi guru yang tidak memiliki kemudahan Internet di rumah mereka boleh menggunakan
kemudahan yang terdapat di sekolah. Walaupun kemudahan Internet sememangnya termasuk
dalam pakej kemudahan komputer Sekolah Bestari namun dalam kajian ini penyelidik sengaja
bertanya tentang kemudahan yang terdapat di sekolah untuk mengetahui sejauhmana guruguru tahu tentang kemudahan yang wujud di sekolah tempat mereka bertugas.
Daripada 272 responden yang menjawab soal selidik, 91.9 peratus (250 orang) menyatakan
kemudahan internet tersedia di sekolah. Sebanyak 7.7 peratus (21 orang) menyatakan tidak
pasti dan hanya 0.4 peratus (1 orang) menyatakan kemudahan Internet tidak terdapat di
sekolah. Dari aspek jantina, tidak terdapat sebarang perbezaan tentang pengetahuan
kemudahan Internet di sekolah antara guru lelaki dengan guru perempuan. Lihat Jadual 5 di
bawah.
Jadual 5: Pendapat tentang kemudahan Internet di sekolah mengikut jantina
Kemudahan Internet
di sekolah
Ada
Tiada
Tidak pasti
JUMLAH

Lelaki
n
81
0
4
85

%
95.3
0.0
4.7
100.0

Perempuan
n
%
169
90.4
1
0.5
17
9.1
187 100.0

Kajian mendapati peratusan yang besar iaitu 91.3 peratus (188 orang) guru daripada kumpulan
yang menyatakan memiliki kemudahan Internet di rumah juga mengatakan kemudahan ini
terdapat di sekolah manakala sebanyak 8.7 peratus (18 orang guru) yang ada Internet di rumah
menyatakan tidak ada/tidak pasti kemudahan Internet ada di sekolah. Sebahagian besar 93.9
peratus (62 orang guru) dari kumpulan yang menyatakan tidak memiliki kemudahan Internet di
rumah menyatakan bahawa kemudahan ini terdapat di sekolah. Bagi kumpulan ini mereka
boleh menggunakan kemudahan yang disediakan di sekolah untuk mengatasi masalah ketiadaan
Internet di rumah. Hanya 6.1 peratus (4 orang guru) yang tidak ada memiliki Internet di rumah
juga menyatakan kemudahan Internet di sekolah tidak ada/tidak pasti.
Jadual 6: Jadual silang kemudahan Internet di sekolah dengan di rumah
Internet di rumah
Jumlah
Ada
Tiada
188
62
250
Ada
91.3%
93.9%
91.9%
Internet di sekolah
Tiada/tak
18
4
22
pasti
8.7%
6.1%
8.1%
Jumlah
206
66
272
100.0%
100.0% 100.0%
Pusat Kajian E-Komuniti, FSSK-UKM

Prosiding Seminar Kebangsaan E-Komuniti 2005. UKM. 6-7 Disember 2005. Putrajaya

Gambaran tentang kepentingan Internet dalam kerja seharian mungkin boleh dibayangkan
dengan perasaan mereka jika Internet tidak berfungsi. Untuk itu responden diminta memberi
persetujuan tentang kenyataan Saya susah hati jika internet tidak berfungsi. Kajian
mendapati hampir separuh 46.3 peratus (126 orang) guru merasa susah hati jika Internet tidak
berfungsi.
Jadual 7: Perasaan jika Internet tidak berfungsi
Peratus
Susah hati jika Internet tidak berfungsi Kekerapan
Sangat setuju
40
14.7
Setuju
86
31.6
Kurang setuju
84
30.9
Tidak setuju
39
14.3
Sangat tidak setuju
15
5.5
Tidak pasti
8
2.9
Jumlah
272
100.0
Untuk mengetahui sama ada guru-guru Sekolah Bestari ini memerlukan kemudahan Internet
dalam tugas mereka, pendapat terhadap kenyataan negatif Saya tidak memerlukan Internet
dalam menjalankan tugas guru telah dikemukakan kepada responden. Sebanyak 98.7 peratus
(262 orang guru) menyatakan sama ada mereka kurang setuju, tidak setuju atau sangat
tidak setuju terhadap kenyataan tersebut. Dalam erti kata lain guru-guru Sekolah Bestari
memerlukan kemudahan Internet dalam menjalankan tugas mereka.
Jadual 8: Tidak memerlukan Internet dalam menjalankan tugas
Saya tidak memerlukan Internet dalam
Kekerapan
Peratus
menjalankan tugas
Sangat setuju
0
0.0
Setuju
4
1.5
Kurang setuju
110
41.4
Tidak setuju
84
31.6
Sangat tidak setuju
68
25.6
JUMLAH
266
100.0
Penggunaan Internet
Dari aspek tempoh penggunaan, separuh atau 50 peratus (134 orang) guru yang memiliki
kemudahan Internet menggunakannya selama 2 hingga 5 jam seminggu. 23.9 peratus (64
orang) menggunakan 1 jam atau kurang dan 15.3 peratus (41 orang) menggunakan Internet
dalam tempoh yang lama iaitu antara 11 hingga 15 jam seminggu dan 4.5 peratus
menggunakan selama 16 jam atau lebih dalam seminggu.
Jadual 9: Lama Menggunakan Internet dalam seminggu
Penggunaan Internet
Kekerapan Peratus
(seminggu)
1 jam dan kurang
64
23.9
2 hingga 5 jam
134
50.0
6 hingga 10 jam
41
15.3
11 hingga 15 jam
13
4.9
16 dan lebih
12
4.5
Tidak pasti
4
1.5
Jumlah
268
100.0
Di manakah guru-guru sekolah bestari menggunakan internet? Adalah didapati 40.3 peratus
(108 orang) guru menggunakan Internet di sekolah berbanding 23.1 peratus (62 orang) guru di
Pusat Kajian E-Komuniti, FSSK-UKM

Prosiding Seminar Kebangsaan E-Komuniti 2005. UKM. 6-7 Disember 2005. Putrajaya

rumah sendiri. 26.5 peratus (71 orang) menyatakan menggunakan internet di sekolah dan juga
di rumah.
Jadual 10: Tempat menggunakan Internet
Tempat guru Internet
Kekerapan
Peratus
Di sekolah
108
40.3
Rumah sendiri
62
23.1
Sekolah dan rumah
71
26.5
Tidak pasti
27
10.1
Jumlah
268
100.0
Tujuan Utama Penggunaan Internet
Daripada 243 orang responden yang menyatakan tujuan utama penggunaan internet, lebih
separuh 58.0 peratus (141 orang) adalah untuk pengajaran dan pembelajaran dan diikuti oleh
tujuan berkomunikasi (e-mel) sebanyak 20.2 peratus (49 orang).
Jadual 11: Tujuan utama menggunakan Internet
Tujuan utama guna Internet
Kekerapan
Peratus
Pengajaran dan pembelajaran
141
58.0
Komunikasi (e-mel)
49
20.2
Peribadi
24
9.9
Berita semasa
2
0.8
Pentadbiran
14
5.8
Rekreasi
13
5.3
Jumlah
243
100.0
Kajian ini juga mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara jawatan dengan
penggunaan Internet untuk pengajaran dan pembelajaran walaupun dari secara peratusan
kumpulan berjawatan Pengetua memiliki peratusan yang paling rendah iaitu 6.4 peratus.
Jadual 12: Penggunaan Internet untuk P&P dan e-mel mengikut jawatan
Tujuan utama
Jawatan
Pengajaran dan
Komunikasi
pembelajaran
(E-mel)
9
8
Pengetua
6.4%
16.3%
20
6
Pen Kanan 1
14.2%
12.2%
24
15
Guru BM
17.0%
30.6%
32
3
Guru BI
22.7%
6.1%
25
9
Guru Sains
17.7%
18.4%
31
8
Guru Matematik
22.0%
16.3%
Jumlah
141
49
100.0%
100.0%
Penggunaan Web Pendidikan
Lebih separuh iaitu 51.8 % (141 orang) daripada 272 responden menyatakan tujuan utama
menggunakan Internet adalah untuk pengajaran dan pembelajaran. Sebanyak 8 soalan
kenyataan mengenai Web Pendidikan telah dikemukakan kepada responden menggunakan skala
Pusat Kajian E-Komuniti, FSSK-UKM

Prosiding Seminar Kebangsaan E-Komuniti 2005. UKM. 6-7 Disember 2005. Putrajaya

Likert iaitu sangat setuju setuju, kurang setuju, tidak setuju, sangat tidak setuju
dan tidak pasti. Skala sangat setuju dan setuju digabungkan menjadi setuju
manakala kurang setuju, tidak setuju dan sangat tidak setuju menjadi tidak setuju
manakala tidak pasti dikekalkan. Sila lihat Jadual 13.
Jadual 13: Penggunaan web pendidikan oleh guru sekolah bestari
Kenyataan tentang Web
Pendidikan

Setuju
%

Tidak
setuju
%
n

Tidak
pasti
%
n

Jumlah
%

Memudahkan tugas saya

79.8

217

18.0

49

2.2

100.0

Meningkatkan ilmu pendidikan


saya
Saya ambil banyak bahan
mengajar dari web pendidikan
Web Pendidikan tidak
memenuhi keperluan saya
Kecewa kerana tidak dapat
maklumat yang saya
dikehendaki
Kurang selesa sebab guna
Bahasa Inggeris
Lebih selesa guna buku teks
daripada web pendidikan
Tidak mesra pengguna

80.9

220

9.2

25

9.9

27

100.0

26.5

72

65.1

177

8.5

23

100.0

15.1

41

82.7

225

2.2

100.0

26.1

71

70.6

192

3.3

100.0

16.2

44

73.5

200

10.3

28

100.0

25.7

70

72.4

197

1.8

100.0

27.6

75

70.2

191

2.2

100.0

Jumlah N = 272
Rumusan
Dapatan daripada kajian ini dapatlah dirumuskan bahawa:
1. Sebilangan besar guru sekolah bestari memiliki kemudahan internet sama ada di rumah
atau di sekolah.
2. Sebahagian besar guru tanpa mengira jawatan menggunakan internet pada setiap
minggu.
3. Guru-guru Sekolah Bestari berasa selesa dengan adanya kemudahan Internet dan
mereka akan merasa susah hati sekiranya internet yang disediakan tidak berfungsi.
4. Guru-guru Sekolah Bestari sama ada jawatan Pengetua, Penolong Kanan 1, guru Bahasa
Melayu, Matematik, Bahasa Inggeris dan Sains telah bersedia menggunakan Web
Pendidikan untuk tujuan profesyen keguruan.
5. Pengetua, Penolong Kanan 1, guru Bahasa Melayu, Matematik, Bahasa Inggeris dan
Sains memerlukan Web pendidikan untuk tugas keguruan mereka.
Dapatan kajian ini juga adalah petunjuk bahawa fasa pertama dalam mempromosi Internet dan
Web Pendidikan kepada guru Sekolah Bestari sudah berlalu dan kini memasuki fasa kedua iaitu
tentang penggunaan Internet dan Web Pendidikan secara berkesan dalam meningkatkan kualiti
pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru Sekolah Bestari yang memiliki kesediaan dalam
menggunakan Internet dan Web Pendidikan ini boleh dijadikan agen bagi memperkembangkan
penggunaan Internet dan Web Pendidikan di kawasan luar bandar.

Pusat Kajian E-Komuniti, FSSK-UKM

Prosiding Seminar Kebangsaan E-Komuniti 2005. UKM. 6-7 Disember 2005. Putrajaya

Rujukan
Aszelan Tokimin. (2001). Aplikasi Internet di Kalangan Guru Sekolah Kebangsaan Bandar Pusat
Jengka. Kajian Ilmiah, Fakutli Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Universiti Pendidikan
Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak.
Bare, J., and Meek, A. (1998). Internet Access in Public Schools (NCES 98031). U.S.
Department of Education. Washington, DC: National Center for Education Statistics.
Cattagni, A., and Farris, E. (2001). Internet Access in U.S. Public Schools and Classrooms:
19942000 (NCES 2001071). U.S. Department of Education. Washington, DC: National
Center for Education Statistics.
David, A. (2003). Borderless Education throught E-Learning. MAPCU National Higher Education
Conference 2003, Kuala Lumpur.
E-Pembelajaran (2003) oleh eMarketer boleh didapati daripada
http://www.bizreport.com/article.php?art_id=4635
Lanahan, L. (2002). Beyond School-Level Internet Access: Support for Instructional Use of
Technology (NCES 2002029). U.S. Department of Education. Washington, DC: National
Center for Education Statistics.
Lemay, L. (1995). Teach yourself web publishing with HTML. Indianapolis: SAMS Publishing.
Levin, D., Hurst, D., and Burns, S. (2000). Computer and Internet Access in U.S. Private
Schools and Classrooms: 1995 and 1998 (NCES 2000044). U.S. Department of Education.
Washington, DC: National Center for Education Statistics.
Md Roslan Zainol. (2001). Penggunaan Komputer Dalam Menyediakan Bahan Pengajaran Di
Kalangan Guru-Guru Sekolah Kebangsaan Tandop Besar, Kuala Nerang. Kajian Ilmiah,
Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Norazmah Hashim. (2001). Penggunaan Internet Untuk Membantu Proses Pengajaran Di
Kalangan Guru Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra. Kajian Ilmiah, Fakulti
Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim,
Perak.
Shahrulaini Rahimi. (2001). Penggunaan Internet Sebagai Sumber Bahan Bantu Pengajaran di
Kalangan Guru Sekolah Menengah Teknik, Nibong Tebal. Fakulti Teknologi Maklumat dan
Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim.
Sulaiman Sarkawi. (1994). Penilaian Terhadap Pelaksanaan Projek Percubaan Komputer Dalam
Pendidikan di 60 buah Sekolah Menengah. Thesis Sarjana Pendidikan. Kuala Lumpur:
Universiti Malaya.
U.S. Department of Education, National Center for Education Statistics. 2000. Internet Access
in U.S. Public Schools and Classrooms: 199499. Washington, DC: NCES 2000086.
Wiggins, R. (1995). Growth of the Internet: An overview of a complicated subject [On-line].
Available: http://www.msu.edu//staff/rww/netgrow.html.

Pusat Kajian E-Komuniti, FSSK-UKM

You might also like