You are on page 1of 2

Karya Dato' Usman Awang menyatakan....

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa


Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya, dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya, mengajar tulis-baca.
Syukur kita kehadrat ilahi, kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, maka dapatlah
kita bersama-sama pada hari ini, berkumpul bagi meraikan, sambutan HARI GURU
TAHUN 2016.
Guru-guru dan rakan-rakan sekelian,
Pada tanggal 16 Mei setiap tahun, merupakan hari yang diraikan, sempena perjuangan
dan pengorbanan setiap guru, hari di mana kita sebagai pelajar, meluahkan rasa terima
kasih, dan penghargaan yang sepenuhnya, kepada guru-guru kita, yang telah tidak jemu
berusaha mengajar, dan tidak sunyi dari menegur segala kesilapan, agar kita semua
menjadi insan yang cemerlang. Kelibat dan bayangan guru, sentiasa bermain di minda
kita, kerana semua guru kita ini, adalah faktor utama, dalam prosedur pembelajaran,
sebelum kita semua melangkah, ke alam kehidupan yang lebih luas. Pastinya, segala
yang diajar, segala yang ditegur, segala yang dimarah, segala yang dididik, akan menjadi
pedoman kita pada masa depan.
Indah seloka tajamnya tinta
Bicara tulus sepenuh jiwa
Pengorbanan mereka amat bermakna
Bekalan untuk kita semua
Bertepatan dengan tema sambutan Hari Guru pada tahun ini iaitu Guru pembina negara
bangsa menunjukkan peri pentingnya peranan guru sebagai pendidik dalam
membentuk murid yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi, memiliki jati
diri yang kukuh, berdaya saing dan berpegang teguh kepada ajaran agama serta
nilai sejagat
rakan-rakan yang saya hormati,

Rakan-rakan yang saya kasihi,


Sakit telinga mendengar, sakit lagi mulut yang berkata. Teguran dan nasihat guru
sememangnya, umpama azimat yang tidak henti-henti kita dengar. Pelbagai rasa dan
reaksi kita, namun, satu hakikat yang perlu kita pegang, Guru adalah guru, tidak jemu
mengajar dan mendidik, tidak lekang nasihat dan amanat, dengan satu niat dan
matlamat, agar kita semua menjadi insan yang berguna.
Sinar bercahaya ibarat mutiara
Megah berdiri ibarat panglima
Tutur kata budi bicara
Pedoman kita di hari muka

Guru-guru dan rakan-rakan yang budiman,


Setiap insan di dunia ini, belajar daripada seorang guru. Tanpa guru, kita tidak boleh
membaca, menulis dan menguasai ilmu. Guru ibarat lampu, yang menerangi kegelapan
malam. Guru ialah insan, yang mesti kita hormati, selepas ibu bapa kita. Menghormati
dan mematuhi arahan guru, adalah sangat dituntut oleh setiap agama, agar apa yang
kita pelajari, menjadi berkat dan dirahmati tuhan.
Buat guru-guru yang disayangi,
Kami semua memohon jutaan ampun dan maaf, atas segala kesalahan dan kesilapan,
berilah peluang kepada kami, untuk belajar dan memperbaiki kesalahan dan kesilapan
tersebut. Kami memerlukan guru semua sebagai pengajar, pembimbing, rakan dan
sahabat untuk membentuk sahsiah diri kami, dan memajukan pelajaran kami. Juga
segunung penghargaan dan terima kasih, atas segala ilmu yang bermanfaat, bagi kami
semua. Redhalah dengan segala yang telah guru semua taburkan kepada kami, moga
cahaya kecemerlangan, semakin hampir digenggaman kami dan doakan agar kami
berjaya di dunia dan di akhirat.
Terima kasih Cikgu... jasamu akanmkmai kenang selalu..Selamat Hari Guru.

You might also like