You are on page 1of 2

PENGENALAN

Mereka yang menceburi bidang psikologi ini sememangnya mempunyai kebolehan dan
kemahiran dalam menganalisis kelakuan serta tingkah laku manusia.Sebagai contoh, ahli
psikologi menyelidik dan membuat kajian dalam pengurusan saintifik berkaitan kelakuan
manusia. Penemuan yang dilakukan seterusnya digunakan untuk mempertingkatkan penyesuaian
dan perkembangan peribadi, sosial, pendidikan atau pekerjaan. Pekerjaan yang dikelaskan dalam
bidang berkenaan termasuk ahli psikologi klinikal, pendidikan serta pekerjaan.Kerjaya itu
dianggap mencabar berbanding bidang profesional lain kerana ia memerlukan seseorang
menangani krisis manusia sama ada dari segi mental atau emosi.Ia lebih rumit jika dibandingkan
dengan tugas lain seperti mencipta sistem komputer atau menggunakan mesin yang tidak
memerlukan kemahiran berkenaan.Kelakuan dan tingkah laku manusia sentiasa menjadi
tumpuan kepada ahli psikologi dalam kerjaya mereka bagi menambah pengetahuan saintifik
dalam kepakaran masing-masing.

Selain itu, tugas mereka termasuk merancang dan menjalankan ujian untuk mengukur sifat
mental, fizikal, mentafsir dan menilai keputusan serta memberi nasihat.Mereka juga
menganalisis kesan faktor keturunan, sosial, pekerjaan dan faktor lain ke atas pemikiran dan
kelakuan individu selain turut mengadakan sesi kaunseling atau rawatan teraputik dan
memberikan perkhidmatan susulan.

Terdapat juga pengkhususan tertentu dalam bidang psikologi yang boleh diceburi lepasan
jurusan itu sebagai kerjaya tetap berdasarkan kemahiran sendiri.Bagi mereka yang peka terhadap
hubungan perseorangan, boleh bekerja secara langsung dengan klien yang menghadapi masalah
emosi.Sekiranya digabungkan kemahiran pertimbangan dan pemerhatian dengan minat terhadap
kanak-kanak, kerjaya sebagai penyelidik dalam cabang psikologi pembangunan mungkin
terbuka.

Bagaimanapun, pelajar yang ingin menyertai bidang ini mesti mempunyai ciri-ciri tertentu
seperti minat terhadap kelakuan manusia, mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dan
paling penting ialah boleh menghormati prinsip kerahsiaan klien yang amat ditekankan dalam
bidang itu.

Pelajar yang berminat untuk bergelar sebagai ahli psikologi perlu mempunyai kelulusan Ijazah
Sarjana Muda Psikologi atau kelayakan setaraf. Kursus dalam bidang psikologi juga ditawarkan
di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan dan swasta seperti Universiti Malaya (UM),
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaysia Sabah, Help University dan
Universiti Tunku Abdul Rahman (Utar).

You might also like