You are on page 1of 8

PUNCA-PUNCA DAN SEBAB-SEBAB TINGKAH LAKU

Terdapat beberapa jenis gangguan tingkahlaku iaitu :


1. Hiperaktif dimana keadaan seseorang individu yang terlampau aktif jika
dibandingkan dengan kedaan biasa.
2. Tingkah laku merosakkan (Destructive).
- Permusuhan nyata dimana terdapat tingkah laku fizikal atau lisan yang
bertujuan untuk menyakiti atau melukai seseorang.
a) Permusuahan nyata – suatu trait Biologi
Menunjukkan keinginan untuk melihat orang lain menderita..
Mengharapkan orang lain mengalami sesuatu yang malang.
Merasa seronok apabila mengetahui berita malang tersebut.
b) Permusuhan nyata – disebabkan oleh kekecewaan
Akibat kekecewaan kepada suatu bentuk permusuhan.
c) Permusuhan nyata – dipelajari
i) dipelajari daripada individu yang berhampiran
ii) dipelajari daripada sikap masyarakat
iii) dipelajari daripada televisyen

3. Kebimbangan iaitu perasaan kurang senang yang disebabkan pra-alamat bahawa


sesuatu yang tidak diingini akan berlaku. Perasaan ini berkait rapat dengan emosi
ketakutan. Perbezaan di antara kebimbangan dan ketakutan adalah kurang jelas.
4. Pengunduran diri iaitu penarikan dari suatu situasi yang kurang selamat dan
mengancam.
Secara umumnya punca berlakunya salah laku adalah kerana gangguan biologi
termasuklah baka serta persekitaran merangkumi faktor keluarga, faktor budaya, faktor
sekolah sosio ekonomi dan faktor agama serta faktor fizikal juga boleh menyebabkan
salah laku.

1.FAKTOR BIOLOGI

1.1.Baka

Ahli psikologi bersetuju bahawa salah laku dipengaruhi juga oleh baka. Contohnya
perangai sifat introvert atau ekstrovert dipengaruhi oleh genetik. Begitu juga dengan
pantulan dan ketakutan, cepat atau mudah marah, rasa tegang selalu dan bimbang.

Baka juga merupakan satu faktor yang mempengaruhi perkembangan aspek fizikal
seserorang. Sekiranya ibu bapanya berbadan gemuk kemungkinan anaknya akan gemuk.
Oleh kerana kanak-kanak itu gemuk menyebabkan ia malu serta pendiam dan tidak mahu
bergaul dengan rakan-rakan, mungkin ia takut diejek dan sebagainya.

Perkembangan mental seseorang itu adalah banyak dipengaruhi oleh faktor baka.
Kecerdasan tinggi atau rendah, biasanya telah ditentukan oleh baka yang diwarisi
daripada ibu bapanya. Sekiranya ibu bapanya mempunyai kecerdasan yang rendah
mereka akan mempunyai anak-anak yang lemah kecerdasannya. Ini menyebabkan timbul
rasa rendah diri, mengasingkan diri dan terbelakang dari rakan sebaya.

Temperamen seseorang kanak-kanak juga mempengaruhi interaksinya dengan kanak-


kanak lain. Contohnya, seseorang kanak-kanak cepat marah, kurang sabar atau gemar
mengkritik orang lain biasanya dijauhi oleh kanak-kanak lain.

1.2. Kekurangan Zat Makanan,

Makanan seimbang yang disediakan adalah penting untuk perkembangan kanak-kanak


secara keseluruhan. Kekurangan satu-satu jenis makanan boleh menyebabkan kanak-
kanak itu letih dan mudah terkena penyakit.

2. FAKTOR KELUARGA

2.1.Hubungan keluarga dan anak.

Suasana rumah yang mesra dan harmonis adalah menggalakkan ketenteraman tingkah
laku terkawal. Perhubungan ibu bapa yang baik akan menjamin suasana rumah yang
tenteram yang amat diperlukan untuk kestabilan emosi. Kasih sayang, layanan, asuhan
dan perhatian yang diberi oleh ibu bapa akan secara langsung membantu perkembangan
emosi.Sebaliknya, ibu bapa yang tidak pengasih boleh menyebabkan salah laku, anaknya
melawan, kurang bercakap dan berasa iri hati.Misalnya ibu bapa yang mewujudkan
perasaan tegang dalam keluarga menyebabkan anak-anak tidak diterima, rasa tersingkir
dan kurang selesa.

2.2. Pengaruh ibu bapa.

Ibu bapa akan menjadi ikutan oleh kanak-kanak, segala perlakuan atau geraklaku ibu
bapa sama ada yang positif atau negatif akan menjadi ikutan.

2.3. Sikap keluarga tentang disiplin.

Peraturan-peraturan hendaklah sederhana atau pun mengikut keperluan semasa. Ibu bapa
janganlah mengenakan tindakan disiplin terlalu ketat atau sebaliknya terlalu longgar.

Kajian Kes 1, Jammy, anak kedua dalam keluarga. Kesemua pakaian yang dipakai
Jammy adalah kepunyaan abangnya. Abangnya seorang murid yang cerdik manakala
Jammy seorang murid yang tidak pandai. Ibu bapa Jammy selalu memuji abangnya
sebaliknya Jammy selalu dimarahi dan dipukul. Ibu bapa seringkali memaksa Jammy
belajar, ini mengakibatkan Jammy bersikap negative terhadap pelajaran.
Kajian Kes II, Rosli adalah anak tunggal dalam keluarga yang berada. Rosli terlalu
dimanjakan, segala kemahuan dituruti. Hasil daripada asuhan ibu bapanya menyebabkan
Rosli menjadi murid yang sombong dan suka bergaduh.

2.6 Keadaan Emosi dan Moral dalam Keluarga


Keadaan emosi dan moral dalam rumah tempat pelajar itu tinggal juga mempunyai
pengaruh penting kepada salah laku kanak-kanak. Jika kehidupan harian di rumah
dicirikan oleh emosi kebimbangan atau ketakutan, perbalahan yang kerap berlaku,
ketiadaan jaminan keselamatan, sikap ibu bapa yang terlalu kasar, garang dan dominan
ataupun terlalu mengongkong dan memanjakan, atau gangguan neurotik, mereka akan
membesar dalam suasana emosi dan sosial yang tidak dapat mengembangkan kualiti
kebebasan dan keyakinan diri yang penting untuk mencapai kemajuan dalam
persekolahan. Kanak-kanak terlalu dimanjakan dari masa dia lahir sehingga dia tidak
pernah berpeluang untuk berusaha sendiri akan mengembangkan sikap bergantung
kepada orang lain dan tidak mempunyai inisiatif untuk memajukan diri. Mereka telah
dikenakan disiplin yang terlalu ketat dan menjalani kehidupan dengan mengikut arahan
mungkin arahan mungkin hilang keinginan untuk berusaha sendiri. Akibatnya, kanak-
kanak dari keluarga seperti itu mempunyai perkembangan ego yang lemah, mereka tidak
mempunyai motif yang lebih tinggi untuk bekerja keras, mereka segera berubah menjadi
malas dan lembap. Ini dimudahkan lagi jika suasana biasa dalam keluarga dirosakkan
oleh sikap ibu bapa yang sambil lewa, tidak peduli, tidak menepati waktu dan
mengelakkan tanggungjawab. Sikap seperti itu akan menggalakkan kanak-kanak menjadi
tidak berdisiplin, tidak tahu mengurus diri, tidak mempunyai peraturan, sanggup menipu
dan tidak jujur dalam kerja-kerja sekolah, sehingga mengibatkan kemunduran akademik.

2.4. Penceraian atau perpisahan.

Banyak kajian menunjukkan bahawa masalah salah laku sering dialami oleh kanak-kanak
apabila berlaku penceraian dikalangan ibu bapa mereka. Corak tingkah laku berbeza di
antara kanak-kanak dan ia berhubungkait dengan perkara-perkara seperti jantina dan
usia. Kanak-kanak yang terganggu emosinya lebih sering mengeluh sakit seperti demam,
sakit tekak, sakit perut dan sebagainya.

Seseorang akan merasa marah terhadap ibu bapanya kerana bercerai dan dia melepaskan
perasaan marahnya itu melalui perubahan sikap mendadak. Dia menjadi degil, bersikap
panas baran, bertumbuk dengan budak-budak lain, mencuri, ponteng sekolah, bercampur
dengan kumpulan budak-budak nakal dan menghisap rokok. Dia menjadi penyedih dan
tidak suka bergaul, asyik menyendiri, menangis seorang diri, tidak tidur lena malam dan
kelihatan malas.

Kajian Kes, Ahmad seseorang kank-kanak melayu berusia empat tahun yang memang
cerdik. Dia sering menangis terutamanya pada waktu malam. Ibu bapanya telah bercerai
sebulan yang lalu dan pada setiap hari minggu ayahnya akan dating mengunjungi dan
membawa keluar bersiar-siar. Ahmad memang mesra dan rapat dengan ayahnya sejak
kecil lagi. Dia sering bertanya ibunya mengapa ayahnya tidak lagi balik ke rumah seperti
dahulu. Ibunya pula berasa marah terhadap ayah Ahmad kerana setiap kali dihantar
pulang, ahmad akan menangis teresak-esak sehingga berjam-jam lamanya. Dia tidak
bersetuju bekas suaminya membawa Ahmad keluar.
Di tadika pula, ahmad yang biasanya mudah mesra bergaul, asyik menyendiri sahaja. Dia
tidak berselera makan dan badannya jelas kelihatan susut. Dia juga mudah panas hati jika
kehendaknya tidak dituruti. Ibu Ahmad menyatakan bahawa tingkahlaku anaknya banyak
berubah selepas dia bercerai dengan suaminya.

2.5 Bilangan ahli dalam keluarga


Faktor ini tidak kurang penglibatannya dalam konteks menjejaskan tingkah laku. Kanak-
kanak perlukan hidup bebas yang terkawal, mereka perlukan tempat khas. Jika keadaan
rumah mereka menjadi sesak dengan bilangan ahli keluarga yang ramai sudah tentu ianya
akan menjejaskan tingkah laku kanak-kanak itu. Suasana sudah menjadi tidak tenteram,
berebut-rebut tempat dan sebagainya. Keadaan ini akan mengganggu ketenteraman
kanak-kanak itu.

3. FAKTOR BUDAYA

Kebudayaan yang berbeza memang mempunyai norma dan nilai yang bebeza. Penekanan
terhadap sesuatu nilai dalam satu-satu kebudayaan tentu akan mempengaruhi
pembentukan tingkah laku. Contohnya, kalau ibu bapa memberi penekanan kepada unsur
agama maka kanak-kanak yang dibesarkan dengan kebudayaan ini akan mempunyai
tingkah laku yang stabil.
Persekitaran akan mempeengaruhi sikap ibu bapa dan juga kank-kanak. Nilai dan taraf
tingkah laku masyarakat mempengaruhi kanak-kanak melalui contoh, kanak-kanak
mudah dan cepat tepengaruh dengan perkara-perkara negatif.
Pendedahan kepada media massa yang sihat adalah penting untuk menjamin
perkembangan personaliti yang sihat. Jika kanak-kanak sentiasa didedahkan kepada
tayangan video atau filem yang berunsurkan pergaduhan, kezaliman dan keganasan,
mereka akan cenderung untuk memperolehi tingksh laku yang agresif.

4. FAKTOR SEKOLAH
Murid-murid menghabiskan hampir separuh masa di sekolah. Pengaruh sekolah adalah
kedua penting berbanding dengan pengaruh keluarga. Jenis kepimpinan dan suasana
sekolah mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak. Contohnya, pengetua yang tegas
melaksanakan disiplin adalah penting bagi menjamin kejayaan perlaksanaan satu-satu
tugas. Sekiranya sebaliknya, menyebabkan kanak-kanak pasif, menarik diri, takut
mengambil bahagian dan lain-lain lagi.
Tindakan pihak sekolah memberi perhatian hanya kepada murid-murid yang bersalah
sahaja, manakala murid-murid yang tidak menjadi masalah tidak diberi perhatian. Ini
menyebabkan murid tidak bermasalah akan menunjukkan tingkah laku yang menjadi
perhatian pihak sekolah.
Peranan guru juga amat penting. Sikap guru yang tidak menyenangkan akan menjejaskan
tingkah laku kanak-kanak itu. Banyak perkara yang guru itu lakukan tanpa disedari boleh
mengubah tingkah laku yang tidak menyenangkan. Mereka akan mula bosan, malas dan
nakal apabila berhadapan dengan kegagalan.
Masalah pengamatan juga melibatkan perubahan tingkah laku. Kanak-kanak ini akan
merasa gelisah berada di bilik darjah dan selalu melakukan kesilapan dan kesalahan
dalam pelajarannya.
Guru kurang memberi perhatian dan sering sibuk dengan tugasan akan menyebabkan
murid merasa diri mereka tidak dihiraukan dan menyebabkan mereka bertindak mengikut
kehendak mereka.

5. FAKTOR EKONOMI
Faktor ekonomi memainkan peranan penting dalam pembentukan tingkah laku kanak-
kanak. Kepada ibu bapa yang mempunyai anak ramai, ekonomi adalah perkara utama
yang perlu difikirkan. Rendahnya taraf ekonomi kepada keluarga yang besar, ini akan
menimbulkan ketegangan. Dalam keadaan begini anaklah yang menjadi mangsa. Anak-
anak dalam keluarga ini akan menempuh satu suasana yang tidak stabil, serba
kekurangan dan dengan sendiri menimbulkan masalah tingkah laku mereka.
Golongan yang rendah seringkali dikaitkan dengan kemiskinan. Golongan yang tinggal di
kawasan setinggan umpamanya mempunyai masalah kewangan. Apabila mereka
berdepan dengan masalah ini, mereka mempunyai masalah untuk memberikan
pendedahan kepada anak-anak kepada pendidikan. Kanak-kanak yang terdiri daripada
golongan ini mempunyai masalah untuk mempelajari sesuatu kerana mereka tidak
diberikan pendedahan awal.

6. FAKTOR FIZIKAL
Kanak-kanak yang kurang bertenaga disebabkan penyakit akan berasa malu, bersifat
pendiam, mudah marah dan menarik diri. Akibatnya kanak-kanak berkenaan tidak dapat
membina hubungan yang baik dengan kanak-kanak lain. Dengan itu dia akan berasa
sedih dan mengalami kesunyian.
Anak-anak mempunyai cacat anggota seperti tempang, sumbing, kudung kaki, tangan dan
lain-lain kecacatan akan menunjukkan tingkah laku yang berbeza dengan kanak-kanak
normal.
Kesimpulannya, mengikut Balson (1993), setiap individu secara semula jadi mahukan
dirinya diperlukan dan dimiliki. Keadaan ini dapat dirasai sekiranya mereka mendapat
tempat dalam keluarga dan sekolah melalui kerjasama, penglibatan, sumbangan dan rasa
dihargai. Sekiranya mereka tidak dapat merasakan keadaan ini mereka akan berusaha
seberapa daya untuk prestige, kedudukan istimewa dan lebih tinggi untuk mengatasi rasa
kekurangan dan rendah diri yang ada padanya.
Mengikut Dreikurs (1968), murid-murid yang melakukan salah laku mempunyai
matlamat yang tertentu iaitu menarik perhatian, menunjuk kuasa dan membalas dendam.
Kanak-kanak akan berkelakuan menunjuk-nunjuk, mengganggu dan menjerit untuk
mendapat perhatian daripada ibu bapa, guru atau sesiapa sahaja.
KESAN TINGKAH LAKU MURID TERHADAP PEMBELAJARAN

1. PENCAPAIAN AKADEMIK MEROSOT

Ukuran rendah dan tingginya pencapaian akademik seseorang kanak-kanak dalam


sesuatu pelajaran adalah berdasarkan tahap pencapaian yang ditetapkan oleh pihak
sekolah atau Jabatan Pendidikan melalui sistem penilaian yang diadakan. Ibu bapa dan
guru akan berasa kecewa ataupun tidak puas hati sekiranya kanak-kanak tidak dapat
menunjukkan prestasi pencapaian akademik yang dikehendaki. Sesetengah kanak-kanak
menunjukkan kemajuan pelajaran yang baik pada masa berada dalam tahun Satu atau
Dua tetapi merosot apabila meningkat ke tahun yang lebih tinggi.
Lazimnya, kanak-kanak yang lemah dan merosot dalam pelajaran disebabkan oleh
pelajaran bertambah banyak dan semakin susah, mereka akan merasa bosan dan tidak
dapat mengikuti pengajaran yang disampaikan oleh guru. Kanak-kanak tidak berminat
dalam pelajaran tertentu seperti Matematik, mereka tidak faham apa yang diajar
menyebabkan mereka bosan dan mengganggu rakan-rakan mereka di dalam kelas
sewaktu pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Suasana di rumah juga tidak menjadi
pendorong murid untuk belajar, mereka lebih leka bermain kerana kadangkala terdapat
ibu bapa yang tidak memberi perhatian kepada mereka. Galakan dan dorongan daripada
ibu bapa dan guru juga penting, murid ini memerlukan galakan dan dorongan untuk
meningkatkan usaha mereka. Murid ini merasakan diri mereka tidak disayangi akan
menyebabkan mereka memberontak dan seterusnya langsung tidak mempedulikan
pelajaran. Kanak-kanak ini juga mempunyai daya kecerdasan yang rendah, mereka
kurang berfikir untuk membuat latihan dan lebih suka dengan permainan.
Penguasaan bahasa yang terhad juga menyebabkan berlakunya salah laku murid, murid
menunjukkan kegelisahan semasa guru menerangkan sesuatu, mereka tidak memberikan
perhatian terhadap apa yang disampaikan oleh guru.
Kanak-kanak ini juga kadangkala diletakkan dalam kumpulan kanak-kanak yang cerdik.
Apabila mereka diletakkan dalam kumpulan kanak-kanak yang cerdik, mereka tidak
dapat menyesuaikan diri mereka dengan tahap murid-murid tersebut. Mereka lebih suka
bermain dari memberikan tumpuan dan membuat kerja yang diberikan oleh guru.

2. TIDAK BERMINAT DALAM PELAJARAN

Tidak berminat dalam pelajaran dapat dikaitkan dengan tidak memahami pelajaran yang
diajar. Oleh itu kanak-kanak atau murid-murid yang berkenaan biasanya bersikap negatif
terhadap guru seperti tidak suka menerima nasihat daripada guru, nakal dan pencapaian
akademik mereka rendah daripada kawan-kawan lain.
Kanak-kanak yang tidak suka belajar ini disebabkan oleh faktor biologi, iaitu
merangkumi faktor baka dan penyakit-penyakit yang menjejaskan fungi otak dan urat
saraf, mereka lemah dan tidak dapat memahami dan mengikuti setiap pengajaran yang
disampaikan oleh guru. Hal ini menyebabkan kanak-kanak ini tidak memberikan
perhatian pada setiap pengajaran yang disampaikan oleh guru. Minat belajar murid ini
juga kurang akibat ibu bapa tidak memotivasikan anak-anaknya untuk belajar
bersungguh-sungguh. Murid sebegini juga seringkali cepat bosan dengan teknik
penyampaian pelajaran oleh guru-guru yang tidak membangkitkan minat murid untuk
belajar. Kanak-kanak ini juga mudah terpengaruh dengan rakan sebaya dan persekitaran
yang tidak sihat ditambah pula dengan sikap sambil lewa mereka dalam pelajaran.
Murid juga menjadi tidak berminat untuk belajar apabila peraturan dan disiplin sekolah
yang ketat dan berbeza dengan kawalan di rumah. Jika di rumah mereka bebas
melakukan apa sahaja yang mereka suka tanpa disiplin yang ketat. Mereka akan
memberontak dan tidak mahu dan tidak berminat untuk belajar.
Mereka juga tidak boleh membaca dengan betul dan mengalami kekekokan semasa
menulis pada peringkat sekolah rendah. Keadaan ini secara tidak langsung akan
menyebabkan murid ini tidak berminat belajar dan ketinggalan dalam pelajaran. Mereka
lebih suka membuat bising di dalam kelas untuk mendapatkan perhatian daripada guru
dan tidak mahu membuat kerja yang diberikan oleh guru kerana tidak faham.
Murid sebegini juga kurang keyakinan diri. Mereka akan cuba menolak diri daripada
melakukan aktiviti yang dijalankan di dalam kelas. Hal ini berlak kerana mereka merasa
diri mereka sangat lemah dan tidak mampu untuk melakukan setiap aktiviti yang dibuat
di dalam kelas. Mereka lebih suka bermain dan mengganggu rakan di dalam kelas.

3. TAKUT DENGAN PEPERIKSAAN

Semasa kanak-kanak berada diperingkat sekolah rendah, mereka biasanya takut


menghadapi peperiksaan. Apabila mereka meningkat ke sekolah menengah, perasaan
tersebut makin berkurangan oleh sebab mereka sudah biasa dengan peperiksaan.
Ketakutan ini timbul disebabkan kanak-kanak tidak berasa yakin kepada diri sendiri.
Oleh itu, mereka tidak dapat menjawab soalan-soalan dalam peperiksaan dengan baik.
Ketakutan ini akan bertambah lagi sekiranya guru memberi markah yang rendah setiap
kali ujian diadakan dan mereka akan berasa malu dengan keupayaan yang ditunjukkan
itu. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak akan membina sikap negatif terhadap sesuatu
ujian dan peperiksaan. Mereka menganggap peperiksaan bukannya membantu mereka
dalam pelajaran sebaliknya menjejaskan kemajuan mereka. Kanak-kanak yang takut
menghadapi peperiksaan biasanya disebabkan olen tidak tahu apa yang hendak
diulangkaji, ini kerana tahap mereka begitu lemah dan tidak memahami pelajaran.
Mereka juga lemah dalam kebanyakan pelajaran kerana seringkali tidak memberikan
perhatian terhadap apa yang diajar oleh guru.

4. PENYESUAIAN DIRI SEWAKTU DI DALAM KELAS

Murid-murid ini selalunya tidak dapat menyesuaikan diri di dalam kelas. Mereka tidak
yakin untuk melibatkan diri dengan aktiviti yang dilakukan di dalam kelas. Mereka
lambat untuk memahami setiap arahan yang diberikan oleh guru.
Definisi penyesuaian oleh Mustafa Haji Musa dan rakan-rakan (1991,hal.53) ialah
bermaksud melawan atau menentang sesuatu keadaan. Sekiranya seseorang telah dapat
menyesuaikan diri dengan sesuatu keadaan, ini bermakna mereka telah dapat menentang
keadaan tersebut dengan jayanya. Murid-murid sebegini selalunya menunjukkan sifat-
sifat runsing seperti termenung, menangis, sedih dan tidak aktif. Mereka tidak dapat
memberikan respon yang baik pada setiap pengajaran yang disampaikan oleh guru.
Mereka sering takut apabila mengahadapi rakan sebaya dan guru-guru kerana tidak yakin
dengan diri sendiri kerana menganggap bahawa setiap apa yang mereka lakukan adalah
salah. Mereka juga selalu melakukan perbuatan salah dengan melanggar peraturan yang
telah ditetapkan oleh pihak sekolah kerana mereka tidaka faham dengan arahan-arahan
yang diberikan. Sewaktu di dalam kelas pula, mereka tidak dapat membuat latihan
dengan baik seperti yang diberikan oleh guru-guru. Mereka tidak dapat memahami apa
yamg perlu mereka lakukan dan tidak faham arahan yang diberikan oleh guru. Murid-
murid ini juga mudah menarik diri daripada interaksi sosial. Mereka tidak banyak bergaul
dengan rakan-rakan dan guru, mereka tidak dapat menyesuaikan diri mereka apabila
mereka berada di kalangan rakan-rakan dan guru-guru. Keadaan ini menyebabkan
mereka tidak mendapat banyak pendedahan dan pengalaman. Mereka lebih suka ponteng
sekolah daripada mengahdiri sekolah kerana tidak dapat menyesuaikan diri di dalam
kelas.

5. SUSAH MENGINGAT PELAJARAN YANG LEPAS

Kanak-kanak yang susah mengingati pelajaran yang telah diajar oleh guru biasanya
dikaitkan dengan lupa dan tidak faham apa yang telah diterima. Boleh dikatakan semua
manusia tidak kira cerdik atau lemah mengalami gangguan ingatan atau lupa kepada apa
yang sudah diterima atau diingat sebelum itu.
Kanak-kanak yang mengalami masalah ini selalunya disebabkan oleh perkara yang
dipelajari terlampau lama menjadikan kanak-kanak ini bosan dan tidak mahu mendengar
pengajaran guru. Terdapat juga murid yang mempunyai perasaan takut atau menghadapi
kecemasan. Terdapat juga penindihan ke atas penyimpana di mana murid terpaksa
mengingat banyak perkara sehingga mereka tidak mahu mengingat apa-apa lagi.
Mereka juga lemah kemahiran mengdengar, mereka tidak apat menyimpan apa yang telah
mereka pelajari dan menyebabkan mereka menganggap sia-sia sahaja mendengar
pengajaran oleh guru dan lebih berminat melakukan perkara-perkara lain seperti bermain
dan mengusik rakan-rakan.
Kanak-kanak ini juga tidak faham tentang apa yang dipelajari, maka pelajaran yang telah
dipelajari tidak dapat disimpan dalam kotak fikiran mereka. Mereka seringkali
diselubungi oleh perasaan negatif. Mereka sentiasa memikirkan bahawa apa yang mereka
pelajari amat sukar sehingga tidak mahu mengingat semua pengajaran. Mereka lebih suka
bermain di dalam kelas, mengganggu rakan, bising di dalam kelas, tidak memberikan
perhatian yang menjadi penyebab utama mereka sukar mengingat pelajaran yang lepas.

DISEDIAKAN OLEH :
SITI ZAWIYAH BT. ISMAIL
KSPK PEMULIHAN KHAS 2007

You might also like