You are on page 1of 28

SEKOLAH MENENGAH ALL SAINTS

KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN PENILAIAN


MENENGAH RENDAH (2010)

TAJUK: BENTUK MUKA BUMI DAN POTENSINYA

NAMA MURID : ANN SHARON AMAT


TINGKATAN : 1 INTEGRITI
NO KAD PENGENALAN : 970509-12-5170
GURU PENILAIAN : ENCIK GEORGE
Kajian Geografi Tempatan

Tajuk kajian: Pengaruh Bentuk Muka Bumi Terhadap Aktiviti Penduduk di Sekitar Bandar
Kota Kinabalu.

Saya , Ann Sharon telah diarahkan oleh guru geografi untuk membuat satu kajian geografi
tempatan. Kajian dibuat supaya saya dapat mengaplikasikan segala pengetahuan dan kemahiran
geografi yang telah dipelajari dalam kehidupan harian. Saya telah memilih tajuk “Pengaruh
Bentuk Muka Bumi Terhadap Aktiviti Penduduk di Sekitar Likas”.

Senarai Kandungan:

Tajuk Muka surat


Tajuk kajian i
Senarai kandungan i
Penghargaan 1
Pendahuluan 3
Objektif kajian 5
Kawasan kajian 7
Kaedah kajian 9
Hasil kajian 11
Rumusan 14
Lampiran 16
Rujukan 25
Penghargaan:

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya atas sokongan moral dan
sokongan yang mereka berikan selama ini.

Tidak ketinggalan juga kepada guru geografi saya, Encik George atas segala bimbingan,
tunjuk ajar, teguran dan nasihat yang amat berguna.

Saya juga ingin menyampaikan penghargaan kepada Pn. Lorna Mathews kerna keizinan
kepada saya untuk menggunakan segala peralatan dan kemudahan yang diperlukan dalam kajian
ini.
Akhir sekali, saya juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas kerana sudi
membantu saya memberi pendapat yang berkaitan dengan tajuk ini, mencari, mengumpul serta
bertukar-tukar maklumat.
Pendahuluan:

Nama saya Ann Sharon dan saya merupakan seorang pelajar Tingkatan 1 Integriti di Sekolah
Menengah All. Saint, Likas, Kota Kinabalu. Saya dan rakan-rakan menjalankan kajian tentang
“Pengaruh Bentuk Muka Bumi Terhadap Aktiviti penduduk di Sekitar Likas.
Objektif Kajian :

Saya menjalankan Kajian Geografi Tempatan dengan tujuan untuk memenuhi objektif berikut :

1. Mengenal pasti bentuk muka bumi di sekitar kawasan Likas.


2. Mengetahui aktiviti penduduk yang dipengaruhi oleh bentuk muka bumi di sekitar Likas.
Kawasan kajian

Latar Belakang Kawasan Kajian :

Saya telah memilih kawasan Likas sebagai kawasan kajian. Kawasan Likas terletak di bawah
pentadbiran Bandaraya Kota Kinabalu. Sebelum ini, kawasan Likas merupakan kawasan pantai
dan ia dibangunkan menjadi kawasan petempatan. Kawasan ini berkembang maju pada tahun
1993. Terdapat banyak jenis kawasan perumahan berkos tinggi di kawasan Likas. Terdapat
rumah pangsa, kondominium, apartment, rumah teres serta rumah banglo.

Lokasi Kawasan Kajian:

Kawasan Likas mempunyai keluasan seluas 30 kilometer persegi. Lokasi di Likas adalah di
Timur Laut Bandar Kota Kinabalu. Kampung Likas terletak berhampiran dengan kawasan yang
lain seperti Yayasan Sabah, Inanam, Bandaraya Kota Kinabalu dan Taman Kingfisher.

Jarak Dari Bandar:

Kawasan Likas terletak dalam lingkungan 10 kilometer daripada Pusat Bandar Kota Kinabalu.
Penduduk di kawasan ini dapat ke Pusat Bandar dengan menggunakan segala jenis kenderaan
awam seperti bas, kereta, motosikal dan lain-lain.

Jenis Petempatan:

Kawasan Likas juga adalah sebuah kawasan perumahan yang didiami oleh penduduk yang
terdiri daripada pelbagai kaum seperti Bumiputera, Cina dan India. Majoriti Masyarakat terdiri
daripada bangsa Bumiputera diikuti oleh bangsa India dan Cina.
Kaedah Kajian :

Semasa menjalankan kajian ini, saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mendapatkan
maklumat.

1. Perbincangan:

Saya bersama rakan sekelas banyak berbincang mengenai kerja kursus ini. Perbincangan
kerja kursus dilakukan si kawasan sekolah.

2. Pemerhatian :

Saya telah membuat pemerhatian di seluruh kawasan kajian dan membuat catatan. Pekara
yang saya perhatikan ialah bentuk muka bumi.

3. Rujukan :
Saya merujuk buku dan risalah-risalah di perpustakaan sekolah, internet dan perpustakaan
awam untuk mendapatkan maklumat tambahan.
Hasil kajian :

Likas merupakan kawasan tanah pamah yang terletak berdekatan dengan laut dan tempatan
tersebut dipanggil teluk. Nama sebenar bagi Likas ialah Teluk Likas. Likas juga terkenal dengan
adanya Komplex Sukan yang utama di Sabah.

Masyarakat di Likas menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi. Antaranya ialah persekolahan,


perniagaan , rekreasi dan perumahan. Antara sekolah yang ada ialah S.M. All. Saint,
S.R.K.St.Agnes, Sekolah Menengah Likas dan banyak lagi. Disebabkan kawasan persekolahan
yang banyak, jalan raya di sekitar Likas sentiasa sibuk pada hari persekolahan.

Terdapat banyak jenis perniagaan dan kedai di Likas. Antaranya ialah kedai gunting rambut,
kedai makan, kedai alat tulis dan lain-lain. Premis-premis perniagaan ini terletak berhadapan
dengan S.M.All.Saint, Jalan Pasir, Likas Plaza dan juga Likas Square. Likas juga menjadi
tumpuan rekreasi disebabkan kemudahan-kemudahan sukan yang banyak disediakan. Contohnya
gelanggang tennis, gelanggang skuasy, padang bola sepak dan banyak lagi.

Disebabkan kawasan Likas ini luas maka kerajaan telah mendirikan banyak kawasan
perumahan. Antara perumahan yang ada di Likas ialah Taman Likas Jaya, Taman Antarabangsa,
Kampung Likas dan banyak lagi.

Pada tinjauan saya , bangunan-bangunan yang ada di sekitar Likas mempunyai ketinggian
sederhana iaitu dalam lingkungan lima hingga tujuh tingkat. Terdapat sebuah bangunan yang
unik yang digelarkan sebagai Yayasan Sabah Yang setinggi tiga puluh dua tingkat.

Hanya terdapat sebatang sungai yang berukuran dalam lingkungan 10.85 kilometer dari Teluk
Likas hingga ke Bundusan Penampang dan dikenali sebagai Sungai Likas. Untuk maklumat
semua, hanya terdapat sebuah bukit atau tanah tinggi di Likas yang berketinggian 100 meter.
Jenis Perniagaan di Likas dan Jumlahnya

Jenis Kedai Bilangan anggaran


Kedai makan 15
Kedai runcit 4
Kedai perabot 1
Kedai alat elektrik 2
Kedai pakaian 6
Kedai buku 5
Kedai fotokopi 5
Kedai perniagaan perkhidmatan 11
Kedai gunting rambut 7

Jumlah 56

Peratus Bilangan Setiap Jenis Kedai di Likas


30
26.79
25

19.64
20
Peratus Bilangan Kedai (%)

15
12.5
10.71
10 8.93 8.93
7.14
5 3.57
1.79
0
it t k i t
an nc bo tri ian uk
u
op an bu
ak a ka k at
M Ru
Pe
r le ek a ia B to m ra
m
i ai P Fo id
eda ed da
i lat da
i
Ke
d
ai rk
h
tin
g
K K Ke ia Ke d e n
da Ke n
p gu
Ke aa d ai
iag Ke
r n
Pe
Rumusan:

Sebagai rumusan, saya berjaya mengenal pasti bentuk muka bumi di sekitar likas. Bentuk muka
bumi di Likas rata dan sedikit beralun. Secara keseluruhannya, bentuk muka bumi di Likas
adalah jenis tanah pamah. Saya juga dapat mengetahui aktiviti penduduk yang dipengaruhi oleh
bentuk muka bumi di sekitar Likas. Disebabkan bentuk muka bumi di Likas merupakan jenis
tanah pamah, aktiviti penduduknya menjadi pelbagai. Antaranya ialah aktiviti rekreasi,
perniagaan dan persekolahan.
LAMPIRAN 1: Peta Sabah (Lokasi Likas)
SABAH

LAMPIRAN 2: Peta Daerah Likas


LAMPIRAN 3: Gambar Taman Tasik Likas
LAMPIRAN 4 : Gambar Sungai Likas
Lampiran 5: Gambar bukit yang tertinggi di sekitar Likas
Lampiran 6: Gambar jenis kedai di sekitar Likas
Rujukan:

1. Buku Teks Geografi Tingkatan 1, KBSM


Terbitan : Arus Intelek Sdn. Bhd.
Tahun : Cetakan 4, 2006

2. Laman Web : http://maps.google.com.my/


http://www.scribd.com/
http://www.google.com.my/
http://en.wikipedia.org/wiki/Likas

3. Software : Google Earth

You might also like