You are on page 1of 8

KERTAS KERJA PROGRAM

PERTANDINGAN INTER-DORM KALI KETIGA 2008


SM IMTIAZ DUNGUN BAWAH
PADA 24-26 JULAI 2008

1.0- PENDAHULUAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T di atas rahmat dan


kurnianNya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W,
keluarga Baginda dan para Sahabat.
Sukan merupakan satu perkara yang penting dalam melahirkan generasi Ulul-
Albab kerana terdapat banyak ciri sokongan yang dapat dizahirkan jika bersukan. seperti
semangat kerjasama,sikap kepimpinan dan lain-lain.Oleh itu,atas inisentif inilah maka
pihak biro sukan,majlis perwakilan pelajar,SM Imtiaz Dungun (B) bercadang untuk
mengadakan satu pertandingan inter-dorm (sukan) yang melibatkan semua pelajar lelaki
SM Imtiaz Dungun (B).Program ini akan diadakan pada 24-26 Julai 2008 iaitu pada
hujung minggu.Selain dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang boleh
menyihatkan badan,jasmani dan lain-lain,program ini juga selaras dengan matlamat biro
sukan tahun ini untuk melahirkan pelajar yang aktif,cegas dan cemerlang dari segi
fizikal,rohani serta jasmani.Program ini akan dibuat mengikut dorm semasa semester 1
(bulan Mac-Mei) kerana pada masa tersebut tiada sebarang pertandingan inter-dorm.
Oleh yang demikian, diharap melalui perlaksanaan program ini dapat memberi faedah
yang lebih kepada para pelajar selain mengisi masa hujung minggu dengan perkara yang
berfaedah.

2.0- Objektif

 Mencungkil bakat-bakat yang terpendam dari diri pelajar.

 Merapatkan silaturahim sesama pelajar


 Mengisi masa kosong di asrama dengan perkara yang boleh mendatangkan
manafaat.
 Salah satu usaha untuk melahirkan masyarakat yang sihat,cergas dan cerdas.
 Menghargai nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T iaitu anggota badan yang
sihat supaya para pelajar bersyukur.
 Membuktikan kehebatan pelajar bukan sahaja dalam bidang akademik malah
dalam sukan.
 Menyahut seruan Kementerian Belia dan Sukan untuk melahirkan lebih ramai
atlet yang berbakat dan berkualiti.
3.0- Kumpulan Sasar

Semua penghuni asrama putera,Sekolah Menengah Imtiaz Dungun Bawah.

4.0- Tarikh & hari


22-25 Julai 2008 (Selasa-Jumaat)

5.0- Lokasi
Sekolah Menengah Imtiaz Dungun (B)

6.0- Tentatif program


Lampiran 1

7.0- Jawatankuasa Pelaksana


Lampiran 2

8.0- Bajet
Lampiran 3

9.0- Penutup
Diharapkan melalui perlaksanaan program inter-dorm ini, ianya mampu memberi
impak positif khususnya kepada para pelajar SM Imtiaz Dungun Bawah. Pihak
kami juga amat berharap permohonan kami ini dapat diluluskan dengan kadar
yang segera.Segala kerjasama dari pihak tuan kami dahulukan dengan ucapan
ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

………………………………... ………………………………
(Ariff Aiman bin Mustafa ) (Cikgu Azhan Hadi bin Mohamad)
Ketua Biro Sukan 2008, Warden Asrama,
SM Imtiaz Dungun Bawah. SM Imtiaz Dungun Bawah.

2
LAMPIRAN 1

TENTATIF PROGRAM

Selasa (22 Julai 2008)

5.15-6.05 petang : Sepak Takraw (Pusingan pertama)


Bola Tampar (Pusingan pertama)

Rabu (23 Julai 2008)

5.15-6.05 petang : Sepak Takraw (Pusingan pertama)


Bola Tampar (Pusingan pertama)

Khamis (24 Julai 2008)

5.00-6.15 petang : Sepak Takraw (Separuh akhir)


Bola Tampar (Separuh akhir)
Bola Sepak (Pusingan pertama)

9.00-11.00 malam : Ping-pong (Pusingan pertama)


Badminton (Pusingan pertama)

Jumaat (25 Julai 2008)

8.10-11.00 pagi : Sepak Takraw (3/4,Final)


Bola Tampar (3/4,Final)
Bola Sepak (Pusingan pertama,Separuh akhir)

2.45-4.30 petang : Ping-pong (Separuh akhir)


Badminton (Separuh akhir)

5.00-6.30 petang : Bola Sepak (3/4,Final)

9.00-10.50 malam : Ping-pong (3/4,Final)


Badminton (3/4,Final)

3
LAMPIRAN 2

JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihat program : Cikgu Azhan Hadi


Pengerusi program : Ariff Aiman bin Mustafa
Pengarah program : Che Wan Muhammad Irfanuddin bin C.W Abd Jamil
Timbalan pengarah 1 : Shamir bin Sharum
Timbalan pengarah 2 : Mohd Isyraf Hadi bin Rozulan
Setiausaha program : Mohd Kamil bin Ramli
AJK program : Mohd Syafiq bin Mohd Zin
: Abdul Haris Ashraf bin Abdul Hadi
: Aiman bin Suhaimi

LAMPIRAN 3

ANGGARAN PERBELANJAAN

BAJET

Bil. PERKARA KUANTITI HARGA JUMLAH


SEUNIT
1 HADIAH JOHAN 6 RM 25 RM 150
2 HADIAH NAIB JOHAN 6 RM 20 RM 120
3 HADIAH KE-3 6 RM 15 RM 90
4 HADIAH PEMAIN TERBAIK 3 RM 10 RM 30
JUMLAH KESELURUHAN RM 390

LAIN-LAIN
Pihak kami juga ingin memohon sedikit peralatan seperti berikut:-
a) Bulu tangkis : 2 dozen
b) Bola ping-pong : 3 biji

( RINGGIT MALAYSIA : TIGA RATUS SEMBILAN PULUH SAHAJA )

4
Acara dewan Acara 2
BADMINTON SEPAK TAKRAW
PING-PONG BOLA TAMPAR

BOLA SEPAK

SYARAT-SYARAT:-
*PELAJAR HANYA BOLEH MENYERTAI 2 ACARA SAHAJA.

*SEMUA PEMAIN DIWAJIBKAN MEMAKAI KASUT.

*SEMUA PELAJAR WAJIB MENYERTAI SEKURANG-KURANGNYA 1 ACARA


KECUALI ATAS SEBAB TERTENTU

*MANA-MANA DORM YANG DIDAPATI ADA PELAJAR YANG TIDAK MENYERTAI


PERTANDINGAN,PENYERTAAN DORM ITU DALAM ACARA TERSEBUT AKAN
DIBATALKAN SERTA MERTA

*PESERTA HENDAKLAH MENEPATI MASA DAN DIKEHENDAKI BERADA DI


TEMPAT PERTANDINGAN 5 MINIT SEBELUM ACARA BERMULA.

*JIKA PEMAIN TIADA DI TEMPAT PERTANDINGAN 2 MINIT SEBELUM


PERTANDINGAN,PENYERTAANNYA AKAN TERBATAL DAN AKAN DIGANTIKAN
DENGAN ORANG LAIN.

*MANA-MANA PESERTA YANG DIBATALKAN PENYERTAANNYA TIDAK BOLEH


MEMASUKI PERTANDINGAN TERSEBUT ATAU MENUKAR SEMULA DENGAN
ORANG YANG DIGANTIKAN.

*MANA-MANA PELAJAR YANG TIDAK MEMATUHI PERATURAN YANG TELAH


DITETAPKAN,MAKA PASUKANNYA AKAN DIKIRA TEWAS SECARA AUTOMATIK.

DISEDIAKAN OLEH:
-BIRO SUKAN,MPP

5
BOLA SEPAK
*11 org sebelah
*7/8 minit separuh masa

BOLA TAMPAR
*6 org sebelah
*permainan 3 set

SEPAK TAKRAW
*1 regu setiap dorm
*permainan 3 set

PING-PONG
*single dan double
*2 pemain single dan 1 double
*permainan secara berpasukan
*permainan 3 set

BADMINTON
*single dan double
*2 pemain single dan 1 double
*permainan secara berpasukan
*permainan 3 set

JADUAL PERLAWANAN

6
BOLA SEPAK

DORM KHALID VS DORM A.BAKAR


DORM HAMZAH VS DORM HASSAN
DORM ALI VS DORM UTHMAN
DORM UMAR VS DORM HUSIN

BOLA TAMPAR

DORM HASSAN VS DORM ALI


DORM HAMZAH VS DORM A.BAKAR
DORM A.BAKAR VS DORM HUSIN
DORM UTHMAN VS DORM KHALID

SEPAK TAKRAW

DORM UTHMAN VS DORM HUSIN


DORM HAMZAH VS DORM ALI
DORM A.BAKAR VS DORM HASSAN
DORM KHALID VS DORM UMAR

PING-PONG

DORM A.BAKAR VS DORM HUSIN


DORM UTHMAN VS DORM KHALID

7
DORM HASSAN VS DORM HAMZAH
DORM ALI VS DORM UMAR

BADMINTON

DORM HAMZAH VS DORM A.BAKAR


DORM ALI VS DORM HUSIN
DORM UTHMAN VS DORM HASSAN
DORM UMAR VS DORM KHALID

You might also like