You are on page 1of 48

ULP 1023

KENEGARAAN

JELASKAN MAKSUD TEORI KITARAN TAMADUN DENGAN


MERUJUK SESEBUAH TAMADUN, ANDA BINCANGKAN
TEORI KITARAN DAN KAITANNYA DENGAN TAMADUN
BERKENAAN

Kumpulan :D

Semester : Dua

Pensyarah : Dr. Hairi

1
Nama ahli

Bil Nama No.matrik

1 Siti Zubaidah binti Ibrahim D20091035632

2 Ruzaini binti Abdul Kadir D20091035658

3 Muhammad Hafizuddin Bin Pauzi D20091036217

4 Mohd Mustaza Bin Lamli D20091036231

5 Rohani Abdul Wahab D20091035594

2
Isi Kandungan
Bil Isi Kandungan Muka Surat

1.0 Pendahuluan 1-2


2.0 Pelopor utama teori kitaran 2-4
3.0 Tamadun 4-15
 Maksud tamadun

 Prinsip-prinsip kelahiran tamadun

 Faktor-faktor mempengaruhi sesebuah tamadun

 Ciri-ciri asas pembinaan tamadun

3
4.0 Proses teori kitaran dan adaptasi dalam tamadun 15-41
Melayu

 Tahap awal dan kelahiran

 Tahap pemantapan dan kehidupan menetap

 Tahap kemuncak dan kemegahan

 Tahap kehancuran dan kemusnahan tamadun

5.0 Kesimpulan

Bibliografi

1.0 Pendahuluan

Teori kitaran merupakan hasil daripada kajian dan falsafah Islam terkenal iaitu
Ibnu Khaldum. Beliau merupakan pelapor kepada konsep teori kitaran yang menentukan
jatuh bangunnya sesebuah negara mengikut rentak atau uratannya yang tersendiri. Teori
kitaran ini mempunyai kaitannya dengan teori peradaban dan terdapat hubung-kait yang
sangat erat antara kedua-dua teori ini. Menurut Ibnu Khaldum, manusia telah mencapai
daya kretiviti yang tinggi dalam kehidupan mereka menyebabkan tamadun mempunyai
tahap-tahap tertentu selari dengan kebangkitan dan kejatuhan sesebuah tamadun.

Menurut teori kitaran tahap pertama merupakan tahap permulaan untuk


kewujudan negara yang dibina dengan prinsip assabiyah iaitu masyarakat akan bersatu
untuk mencapai satu matlamat dan cita-cita bersama bagi mewujudkan sesebuah negara.
Tahap kedua pula merupakan era pemusatan kekuasaan yang ditandai dengan kemapanan

4
kekuasaan sehingga timbul keinginan pemerintah untuk memonopoli kekuasaan.
Manakala tahap ketiga merupakan kemuncak pencapaian tamadun dalam semua aspek
termasuk ekonomi, sosial dan politik. Tahap keempat pula merupakan tahap kejatuhan
ataupun tahap kehancuran sesebuah tamadun kerana pemerintah telah menjadi alpa dan
sekadar berpuas hati dengan pencapaian terdahulu dan pada tahap yang terakhir ini
sesebuah tamadun mencapai zaman kejatuhan apabila watak pemerintah bertukar jahat,
rasuah, menyeleweng dengan sewenag-wenagnya dan menghadapi pelbagai jenis
penyakit sosial. Keadaan yang kronik ini hanya menanti waktu kehancuran. Akhirnya
tamadun dan peradaban menjadi hancur dan digantikan oleh bentuk pemerintahan baru
bagi melengkapi pusingan kitaran dalam teori peradaban Ibnu Khaldun.

Selain daripada Ibnu Khaldum, terdapat beberapa orang lagi tokoh yang
menyuarakan mengenai kitaran tamadun ini. Antaranya ialah Arnold J. Toynbee dalam
bukunya yang bertajuk A Study Of History telah menyatakan bahawa punca utama
kejatuhan tamadun adalah disebabkan oleh keruntuhan moral dan agama yang lebih
berpengaruh jika dibandingkan dengan kejatuhan sektor ekonomi. Kewujudan dan
kejatuhan tamadun adalah selari dengan peredaran masa dan corak pemerintahan
sesebuah negara. Beliau telah menyenaraikan sebayak 21 buah tamadun yang mengalami
perkembangan dan kemerosotan tamadun.

Bagi alam Melayu pula, permulaan dan kejatuhan tamadun dapat dilihat dengan
jelas jika kita meneliti sejarah mengenai kerajaan Melayu Melaka. Hal ini adalah kerana,
proses pembinaan tamadun bermula dengan penemuaan negeri Melaka oleh Parameswara
iaitu anak raja dari Palembang yang melarikan diri daripada kerajaan Majapahit yang
telah menawan negerinya dan menjatuhkan institusi beraja di negerinya. Ekoran daripada
itu, beliau cuba untuk membina negerinya sendiri dan Melaka merupakan tapak
pertempatan negerinya dan segala proses permulaan, perkembangan, kemuncak dan
kejatuhan tamadun Melayu bermula di sini.

Sebelum wujudnya negeri Melaka, alam Melayu telah mempunyai beberapa


petempatan awal tamadun Melayu seperti Kedah Tua, Srivijaya, Angkor, Lembah

5
Bujang, Majapahit dan Funan. Pertempatan-pertempatan awal ini telah mewujudkan
kerajaan sementara dan dalam masa yang singkat telah mengalami zaman keruntuhannya
serta akan digantikan oleh kerajaan baru yang akan mengambil alih semua peranan yang
pernah dijalankan di negeri tersebut. Oleh sebab itu, tamadun alam Melayu mempunyai
susur-galur seperti yang terdapat dalam teori kitaran tamadun yang bermula dengan
petempatan sesebuah tamadun dan diakhri dengan kemerosotan dan kehancuran tamadun
berkenaan.

2.0 Pelopor utama Teori Kitaran

Ibnu Khaldun merupakan salah seorang daripada sarjana Islam selain daripada
Ibnu Sina, Al Farabi, Al Kindi, Al Ghazali dan sebagainya. Nama sebenarnya ialah
Abdul Rahman Abu Zaid Waliyuddin b. Khaldun Al Maliki Al Khadrani. Beliau di
lahirkan pada 733 hijrah bersamaan dengan 1332 masihi di Tunis. Beliau merupakan
seorang pakar sejarah dan juga pakar dalam bidang sosiologi disamping merupakan
seorang ahli Falsafah terulung. Beliau mendapat pendidikan awal daripada bapanya
mengenai asas-asas agama seperti Al-Quran, fiqah, hadith, dan tauhid. Beliau telah
menghafal Al-Quran sejak kecil. Beliau juga mempelajari ilmu mantik, sains, falsafah,
matematik dan sejarah daripada beberapa orang ulama terkemuka pada masa itu. Guru
beliau yang utama ialah Muhammad b. Abdul Muhaimin. Beliau juga turut berguru
dengan Abu Abdullah b. Ibrahim Al Abla yang mengajarnya tentang siosologi, politik
dan pendidikan.

Perkataan falsafah berasal daripada bahasa Yunani atau Greek dan pertama kali
digunakan oleh Phthagoras iaitu seorang ahli fikir Yunani dalam abad ke-6 sebelum
masihi. Perkataan falsafah mengandungi dua perkataan iaitu “philo” yang membawa
maksud cinta dan “Sophia”yang membawa maksud kebijaksanaan. Ibnu Khaldun
merupakan salah seorang daripada sarjana Islam yang telah mengklafikasikan ilmu
menurut sudut pandangan hidupnya sendiri mengikut Islam dari zaman awal hingga akhir
zaman secara tekal. Beliau dan beberapa ahli falsafah yang lain telah memperlihatkan dua

6
ciri yang penting dalam klafikasi ilmu dalam Islam iaitu kesatuan dan tata-tingkat ilmu.
Antara ilmuan-ilmuan yang turut menggariskan klafisikasi ilmu dalam Islam termasuklah
Al Kindi, Al Farabi, Abu Hassan Al Amiri, Ibnu Sina, Ibnu Rushd, Ikhwan Al safa, Al
Ghazali, Nasir Al Din Tusi, Syamsudin Al Amuli dan Qutb Al Din Shirazi. Ahli
ilmuan pada masa kini iaitu Prof. Syed Muhammad Naquib Al Attas merupakan seorang
pakar ilmuan Islam yang membuat klafisikasi ilmu berdasarkan model Aristotle dengan
Al Kindi sebagai pelapornya. Klafikasi beliau berasaskan konsep diri manusia yang
terdiri daripada roh dan jasad. Roh yang mewakili diri yang batin ialah unsur yang
mengenal penciptanya. Berdasarkan hakikat kesatuan diri manusia itulah beliau
mengelaskan ilmu kepada dua kategori yang utama, iaitu ilmu pemberian tuhan dan ilmu
yang di cari. Kategori ilmu yang pertama secara mutlak di perlukan manusia untuk di
jadikan panduan dan asas penyerahan kepada penciptanya dan oleh itu menjadi fardu ain
kepada setiap orang Islam. Ilmu-ilmu yang berada dalam kategori ini terangkum dalam
ilmu-ilmu rasional, intelektual, dan falsafah hanya diperlukan atau dituntut ke atas
sebilangan orang Islam sahaja dan oleh itu ilmu ini merupakan fardu kifayah

Selain daripada mengklafikasikan ilmu, Ibnu khaldun turut membuat teori tentang
kitaran peradaban. Menurut tokoh sarjana Islam ini konsep assabiyah atau perasaan
kelompok mempunyai kaitan dalm pembentukan sesebuah negara sekali gus menentukan
kejayaan dan keruntuhannya. Menurut beliau semangat assabiyah merupakan satu sifat
yang melahirkan semangat saling mendukung, bekerjasama dan bantu-membantu antara
satu sama lain. Mereka akan berasa malu dan tidak rela jika terdapat diantara mereka
yang memiliki ikatan darah mendapat perlakuan tidak adil atau hendak dijatuhkan
sehingga muncul hasrat untuk melindungi bangsa sendiri dan membalas dendam. Negara
dan bangsa perlu dipertahankan dan berpandukan kepada pegangan jati diri dan idealisme
semangat cintakan negara. Perkembangan dan evolusi sesebuah Negara adalah
berdasarkan kepada empat tahap yang mesti di lalui dalam proses naik turun tamadun
dalam teori kitaran tamadun.

Ibnu Khaldun meninggal dunia pada tahun 808 hijrah bersamaan 1406 masihi
semasa berumur 74 tahun.Beliau banyak memberi sumbangan melalui karya-karya yang

7
dihasilkannya. Kebanyakkan karya-karya beliau banyak mengaitkan sesuatu perkara
dengan perkembangan rohani, akal dan akhlak. Dalam bidang ekonomi misalnya, beliau
menganggap bahawa rezeki dikurniakan oleh allah mestilah dibahagikan sama rata dan
dibelanjakan untuk perkara-perkara yang berfaedah bagi kesejahteraan umat sejagat.
Karya Al Muqaddimah merupakan karya beliau yang teragung dan menjadi rujukan
semua pihak termasuklah ahli falsafah barat. Antara kitab beliau yang lain ialah Al-Ibbar
yang menyentuh tentang ekonomi dan sejarah serta Al-Tariff yang memperkatakan
mengenai persoalan ekonomi.

3.0 Tamadun

3.1 Maksud tamadun

Maksud tamadun boleh diertikan dalam pelbagai konteks. Dari aspek bahasa
Arab, tamadun berasal daripada perkataan madain, mudun dan maddana. Hal ini
membawa maksud bahawa tamadun merupakan suatu kehidupan manusia yang semakin
maju dari segi rohaniah dan lahiriah atau pembukaan bandar. Rohaniah dapat dilihat dari
segi agama, nilai hidup dan sebagainya, manakala lahiriah merujuk kepada bandar,
struktur tamadun dan lain-lain.

Namun begitu, tamadun dikenali sebagai civilization dalam Kamus Dwibahasa


Oxford Fajar Edisi Ketiga. Civilizatian berasal dari perkataan civitas dalam bahasa
Greek. Hal ini merujuk kepada pembukaan bandar. Dalam aspek bahasa Melayu,
tamadun dianggap sebagai kehidupan manusia yang dicirikan melalui kemajuan
berunsurkan kebendaan dan aspek pemikiran yang tinggi.

Bagi Ibn Khaldun, tamadun diertikan sebagai suatu kehidupan masyarakat yang
menetap di kawasan tertentu. Hal ini bermakna bahawa kehidupan masyarakat sesuatu
kawasan berbeza dengan kawasan yang lain. Misalnya, kehidupan masyarakat yang

8
menetap di bandar berbeza dengan kehidupan masyarakat yang tinggal di kampung
ataupun kawasan pedalaman.

3.2 Prinsip-prinsip kelahiran tamadun

3.2.1 Sosioekonomi

Tamadun bermaksud kehidupan sesuatu masyarakat yang hidup menetap


atau pembukaan bandar. Hal ini menunjukkan bahawa kehidupan manusia telah
berubah dan lebih sistematik berbanding sebelumnya melalui kehidupan menetap
atau bandar tersebut. Dalam hal ini, dapat dibuktikan bahawa kehidupan yang
menetap merupakan elemen yang utama untuk kelahiran sesuatu tamadun.
Misalnya, kehidupan manusia pada zaman kelahiran tamadun besar seperti
Tamadun Mesopotamia, Tamadun India, Tamadun Cina lebih sistematik
berbanding kehidupan manusia pada zaman prasejarah.

3.2.2 Interaksi manusia dengan alam

Manusia amat memerlukan antara satu sama lain. Manusia tidak dapat
melaksanakan interaksi dengan alam sekitar secara bersendirian tanpa bantuan
manusia lain seperti kawan dan keluarga. Hal ini penting untuk membolehkan
nilai-nilai kerohanian dan pengalaman hidup yang baru dapat diwujudkan melalui
interaksi dengan alam tersebut. Secara tidak langsung, hal ini akan melahirkan
satu tamadun melalui kehidupan bermasyarakat yang melibatkan perkongsian
tenaga, idea dan pengalaman yang ada.

3.2.3 Daya kreativiti manusia

9
Interaksi manusia dengan alam telah menyebabkan manusia menjadi lebih
dekat dengan alam dan membolehkan mereka lebih berfikiran terbuka mengenai
alam sekitar. Manusia juga akan menjadi lebih kreatif dan menyebabkan mereka
mula mempunyai sikap ingin meneroka sumber-sumber alam yang ada. Oleh
sebab itu, mereka akan cuba merangka pembangunan dan hal-hal yang berkaitan
seperti cara mempertahankan diri mereka melalui pengalaman hidup yang telah
dimiliki oleh mereka. Hal ini mampu membawa kepada pembangunan sesebuah
tamadun.

3.2.4 Persaingan manusia

Setiap manusia tidak mempunyai kehendak yang terbatas. Mereka akan


cuba mencapai kehendak yang diingini oleh mereka dengan pengalaman dan
kepakaran yang dimiliki. Namun begitu, mereka terpaksa bersaing antara satu
sama lain untuk membolehkan kehendak mereka tercapai. Hal ini demikian
kerana sumber-sumber yang ada terhad dan manusia pula memiliki keupayaan
yang terbatas. Secara tidak langsung, pelbagai kepakaran akan ditonjolkan oleh
setiap manusia sehinggakan perkembangan tamadun yang lebih sistematik dapat
diwujudkan.

3.2.5 Peminjaman kepakaran

Setiap manusia mempunyai kepakaran yang berbeza. Sesebuah


masyarakat kadangkala juga tidak memiliki kepakaran yang sama antara mereka.
Kemampuan manusia yang terbatas menyebabkan mereka perlu bergantungan
dengan manusia lain untuk mendapatkan sesuatu kepakaran yang baru dan
kepakaran yang tidak dikuasai oleh mereka sepenuhnya. Hal ini penting dalam
membangunkan sesebuah tamadun. Dalam hal ini, dapat dijelaskan bahawa setiap

10
masyarakat memerlukan antara satu sama lain, misalnya antara masyarakat bandar
dan pedalaman.

3.3 Faktor mempengaruhi tamadun

3.3.1 Ekonomi

Aktiviti ekonomi seperti pertanian banyak dijalankan pada zaman


prasejarah dan zaman kelahiran tamadun. Pada zaman prasejarah, manusia
menyara hidup dengan bercucuk tanam kerana adanya alatan tradisional dan
haiwan seperti lembu yang boleh membantu dalam menjalankan aktiviti pertanian
seperti penanaman padi. Namun, hal ini berbeza dengan tamadun dunia yang
awal seperti Tamadun Mesopotamia yang menjalankan aktiviti pertanian melalui
tebus guna tanah untuk tujuan pengairan untuk tanaman. Bagi tamadun China
pula, tenggala digunakan secara meluas untuk membuat batasan dan sistem
tanaman bergilir telah diperkenalkan di samping adanya sistem pengairan untuk
tanaman terkawal.

Peningkatan ekonomi mula berlaku apabila adanya lebihan hasil melalui


teknik pertanian yang telah meningkatkan produktiviti pertanian. Lebihan hasil
pertanian ini telah digunakan dengan cara berbeza oleh manusia dalam sesuatu
tamadun. Misalnya, dalam tamadun Mesopotamia, lebihan hasil pertanian
digunakan untuk menampung penduduk yang semakin bertambah. Penduduk
telah diagihkan untuk terlibat dalam pertanian dan perkhidmatan bagi
membolehkan pertukaran barangan berlaku antara mereka walaupun kadangkala
pertukaran tersebut tidak adil. Hal ini berbeza dengan penduduk pada zaman
tamadun China yang menggunakan lebihan hasil untuk aktiviti perdagangan.

3.3.2 Pegangan kepada agama

11
Setiap tamadun yang lahir dalam dunia ini mempunyai kepercayaan dan
pegangan agama yang tinggi. Namun begitu, hanya jenis agama sahaja yang
berbeza antara tamadun tersebut. Oleh sebab itu, rumah-rumah ibadat telah
dibina pada setiap tamadun untuk penduduknya menjalankan upacara keagamaan.
Bagi manusia pada setiap tamadun, nilai kepercayaan dan keagamaan merupakan
elemen paling penting dalam pembangunan tamadun. Misalnya, dalam tamadun
India, terdapat beberapa jenis pengaruh agama yang ada pada zaman tamadun
tersebut iaitu agama Hindu, Buddha, Islam dan sebagainya.

3.3.3 Keselesaan hidup dan kemewahan

Masyarakat dalam sesebuah tamadun biasanya akan mencari kemewahan


bagi menjamin keselesaan hidup mereka. Bukan itu sahaja, harta yang banyak
juga penting untuk membezakan antara mereka dengan masyarakat yang tidak
bertamadun. Mereka mahu dipandang tinggi dan dihormati oleh golongan yang
tidak mempunyai harta. Susun lapis masyarakat dalam sesebuah tamadun juga
disusun mengikut pangkat serta kekayaan. Lazimnya, golongan kaya akan berada
di bawah golongan pemerintah dan dikenali sebagai golongan kelas kedua atau
menengah.

Selain itu, mereka juga berpeluang menjadi golongan pemerintah


sekiranya mereka mempunyai kemewahan. Hal ini demikian kerana golongan
pemerintah perlu memiliki kekayaan supaya semua rakyat tunduk kepadanya.
Rakyat tidak akan tunduk kepada pemerintahnya sekiranya mereka tidak memiliki
kekayaan kerana bagi mereka kekayaan itu melambangkan satu kemegahan dan
kebanggaan untuk seseorang pemerintah. Kekayaan juga menjadi sebab untuk
mereka menyanjung dan menghormati golongan pemerintah mereka.

3.3.4 Kepimpinan dan politik

12
Lazimnya, golongan pemerintah dipilih daripada kalangan penduduk yang
kaya. Hal ini bermakna mereka terdiri daripada golongan atasan dalam sesebuah
tamadun. Mereka terdiri daripada bangsawan, pendeta atau pedagang yang
sememangnya mempunyai banyak harta dan kemewahan. Namun begitu, amatlah
sukar untuk menjadi seorang pemerintah yang terpaksa mengendalikan penduduk
yang ramai dan memiliki pelbagai karenah.

Golongan pemerintah berperanan dalam mengendalikan ketenteraan


negara, merangka pembangunan negara dan menetapkan undang-undang negara.
Ketenteraan penting untuk mempertahankan negara daripada sebarang
pencerobohan oleh musuh, manakala undang-undang pula penting dalam
mengawal tingkah-laku rakyat dalam negara tersebut, misalnya hukuman bagi
kesalahan tertentu.

3.4 Ciri-ciri asas pembinaan tamadun

3.4.1 Penempatan

Ciri petempatan penduduk merupakan elemen yang penting dalam


sesebuah tamadun. Hal ini demikian kerana penempatan ini menunjukkan
bahawa kehidupan manusia mula menjadi sistematik dalam sesebuah tamadun.
Kehidupan menetap ini juga telah melahirkan bandar yang akan digunakan
sebagai pusat pentadbiran pemerintah.

Bukan itu sahaja, kehidupan menetap yang lebih bersistematik


membolehkan pembangunan dijalankan dalam sesebuah tamadun.Selain itu,
manusia juga boleh menjalankan aktiviti seperti pertanian dengan terkawal
apabila adanya kehidupan menetap. Kehidupan menetap membolehkan manusia

13
atau masyarakat dalam sesebuah tamadun berinteraksi antara satu sama lain. Hal
ini penting dalam pembangunan sesebuah tamadun.

3.4.2 Institusi dan organisasi

Elemen ini merujuk kepada ciri-ciri kehidupan dalam sesebuah tamadun.


Ciri-ciri tersebut merangkumi aspek pentadbiran, ekonomi, politik dan sosial
seperti pendidikan. Aspek ini amat penting dalam membentuk kehidupan
berorganisasi dalam sesebuah tamadun. Dari aspek pentadbiran, pemerintah
memainkan peranan dalam membangunkan sesebuah tamadun. Misalnya,
tamadun India mempunyai dua kerajaan semasa tahap awal pembentukannya iaitu
kerajaan kecil dan kerajaan besar. Kerajaan kecil tidak mempunyai raja,
manakala kerajaan besar mempunyai raja yang berkuasa mutlak dan dipilih dari
golongan ksyatria. Namun, kesemua kerajaan kecil telah disatukan ketika
pemerintahan Chandragupta Maurya.

Kehidupan berorganisasi telah mewujudkan susun lapis masyarakat. Hal


ini demikian kerana manusia telah dibezakan berdasarkan status mereka. Lapisan
atas diterajui oleh golongan pemerintah seperti raja, diikuti oleh golongan kelas
kedua seperti bangsawan, golongan agama, ilmuan dan sebagainya. Golongan
rakyat biasa terletak di lapisan ketiga, dan diikuti oleh golongan hamba yang
terletak pada lapisan paling bawah.

3.4.3 Perundangan atau Sistem Pemerintahan

Aspek perundangan dan pemerintahan merupakan aspek penting dalam


sesebuah tamadun. Hal ini demikian kerana aspek perundangan dapat
memudahkan pemerintah mengawal tindak-tanduk rakyat yang ada dalam
sesebuah tamadun. Perundangan juga penting dalam menjamin keamanan dan
kemakmuran dalam sesebuah negara. Setiap pemerintah dalam sesebuah tamadun
berperanan dalam menyediakan undang-undang untuk negaranya. Misalnya,

14
perundangan ketika tamadun Mesopotamia dijelaskan dengan Kod Undang-
undang Hammurabi yang mengandungi 282 undang-undang dan dipahat pada
tembok. Bukan itu sahaja, perundangan tersebut juga memberikan rakyat hak
untuk keadilan dan setiap kesalahan setimpal dengan hukuman serta berbeza
mengikut susus lapis masyarakat.

Namun, hal ini berbeza dengan tamadun India yang menganggap Kitab
Dharma Sastra sebagai kitab undang-undang tamadun ini. Setiap hukuman yang
dikenakan setimpal dengan kesalahan dan golongan Brahmin yang berperanan
dalam bidang tersebut. Namun begitu, Tiang Asoka telah didirikan di tepi-tepi
jalan ketika zaman pemerintahan Raja Asoka. Segala perintahnya diukir pada
tiang tersebut untuk tontonan rakyat. Dalam tamadun China pula, aspek
perundangannya adalah seperti undang-undang berasaskan falsafah legalisme dan
ajaran Confucius. Bagi undang-undang legalisme, undang-undang ini berteraskan
hukuman berat dan bercorak kolektif. Undang-undang ini menekankan aspek
tiada belas kasihan ketika menjalankan undang-undang dan undang-undang tegas
dapat mengawal tingkah laku manusia. Hal ini berbeza dengan ajaran Confucius
yang memerlukan raja mempunyai pekerti yang baik dan menjaga keharmonian
rakyat.

Sistem pemerintahan juga amat penting dalam mengawal tidak-tanduk


manusia. Sistem ini dapat memberikan keharmonian dan keamanan kepada
rakyat dalam sesebuah tamadun. Hal ini demikian kerana raja akan diiktiraf
sebagai ketua pemerintah melalui sistem pemerintahan yang dibentuk. Raja
biasanya akan menggunakan unsur-unsur magis yang membolehkan rakyat taat
dan patuh kepada raja. Oleh sebab itu, raja akan dianggap sebagai wakil tuhan
dan sesiapa yang tidak patuh kepada raja akan ditimpa bala atau tulah.

15
3.4.4 Kualiti kehidupan

Kehidupan manusia dalam sesebuah tamadun sentiasa berubah dan adanya


peningkatan corak hidup. Peningkatan ini merangkumi aspek-aspek seperti
ekonomi, pamerintahan dan sebagainya. Aspek ekonomi jelas menunjukkan
corak hidup manusia semakin berubah dan semakin maju berbanding sebelumnya.
Misalnya, manusia pada zaman prasejarah menjalankan aktiviti bercucuk tanam
hanya untuk menyara hidup mereka. Namun, berlaku peningkatan apabila
manusia mula menyediakan sumber pengairan untuk tanaman mereka bagi
membolehkan tanaman dihasilkan dengan banyak.

Secara tidak langsung, makanan yang telah dihasilkan dapat menampung


penduduk yang semakin meningkat dalam sesebuah tamadun. Bukan itu sahaja,
lebihan hasil juga akan berlaku dan hal ini seterusnya akan mewujudkan sistem
pertukaran antara manusia yang terlibat dalam aktiviti yang berbeza. Peningkatan
terhadap sistem pertukaran telah membawa kepada wujudnya aktiviti
perdagangan. Aktiviti ini telah membantu dalam membangunkan sesebuah
tamadun.

3.4.5 Teknologi dan reka cipta

Teknologi dan reka cipta merupakan antara elemen yang penting dalam
membangunkan sesebuah tamadun. Lazimnya, teknologi dan reka cipta
diwujudkan adalah untuk meningkatkan keselesaan hidup manusia. Misalnya,
pelbagai teknologi dan reka cipta telah dihasilkan pada zaman tamadun
Mesopotamia. Antaranya adalah seperti perkembangan ilmu astronomi telah
membolehkan perdagangan dijalankan melalui jalan laut, penciptaan kalendar 12
bulan, perkembangan ilmu perubatan, penciptaan kincir air untuk mengairi
kawasan tandus, penciptaan roda untuk kapal layar dan kereta kuda serta
pembuatan batu bata dari tanah liat.

16
Hal ini berbeza dengan tamadun India yang memperkenalkan sistem
angka sifar dalam matematik, perkembangan ilmu geometri dalam senibina,
perubatan, perkembangan ilmu astronomi, penciptaan calendar, pengenalan ilmu
algebra, sistem perpuluhan dan trigonometri. Bagi tamadun China pula, tamadun
ini telah menghasilkan teknologi membuat kertas dan tembikar, penciptaan
mercun, serta kompas untuk keagamaan.

3.4.6 Bahasa

Bahasa juga merupakan salah satu ciri asas yang utama dalam pembinaan
sesebuah tamadun. Sistem bahasa juga merangkumi sistem tulisan yang
digunakan untuk tujuan-tujuan tertentu untuk komunikasi, aktiviti perdagangan
dan sebagainya. Sistem ini telah mewujudkan perkembangan dalam ilmu
pengetahuan. Oleh sebab itu, bahasa penting untuk menjalinkan hubungan
dengan masyarakat lain atau pedagang luar.

Bagi tamadun India, terdapat lebih 325 bahasa dan 720 loghat tetapi hanya
14 sahaja yang digunakan sebagai bahasa utama seperti Hindi, Tamil, Punjabi,
Bahasa Inggeris, Urdu, Telegu dan sebagainya. Kesusateraannya pula adalah
seperti Vedik, Indo-Arya, Epik dan sebagainya. Hal ini berbeza dengan tamadun
China yang menggunakan bahasa Cina dan tulisan cina iaitu Hanzi yang
ditunjukkan melalui lambang bergambar, lambang petunjuk dan sebagainya.
Namun, bagi tamadun Mesopotamia, tulisan yang digunakan adalah berasaskan
gambar yang berkembang menjadi simbol dan ditulis pada tanah liat
menggunakan pen rumput buluh iaitu cuneifom. Kesusasteraannya pula
merangkumi Epik Gilgamesh yang menceritakan tentang kepahlawanan
Gilgamesh, falsafah dan cara hidup masyarakat Mesopotamia serta kehidupan
yang kekal dan kesaktian.

17
3.4.7 Kreativiti

Kreativiti juga merupakan ciri penting dalam pembinaan sesebuah


tamadun. Kreativiti ini menunjukkan corak kehidupan manusia untuk
meningkatkan keselesaan hidup mereka melalui idea kreatif mereka untuk
menghasilkan sesuatu. Kreativiti ini boleh dilihat melalui senibina, kesenian,
perhiasan dan sebagainya. Misalnya, senibina ketika tamadun China adalah
seperti Tembok Besar China. Pada zaman tamadun tersebut juga terdapat
pelbagai kesenian telah diperkenalkan seperti seni ukir menggunakan batu
jed, gangsa, batu, tanah liat dan kayu, seni halus untuk pembuatan seramik, seni
pahat dalam menghasilkan patung dan seni lukis dalam pembuatan sutera.

Bagi tamadun India, senibina yang dihasilkan adalah seperti pembinaan


bandar terancang iaitu Mohenjo Daro. Bukan itu sahaja, barang-barang kemas
yang halus buatannya, tembikar dan barangan keperluan rumah yang bermutu
tinggi juga telah dihasilkan pada zaman tamadun tersebut. Seni ukir dan seni
lukis turut wujud pada zaman tamadun tersebut. Seni ukir digunakan untuk
mengukir pada patung-patung dan gerbang gua, manakala seni lukis digunakan
untuk melukis di dinding seperti di Ajanta. Dalam tamadun Mesopotamia,
senibinanya dapat dilihat melalui penghasilan tiang batu dan arca. Keseniannya
pula merangkumi seni ukir yang digunakan untuk menghasilkan patung seperti
Patung Raja Gudea.

4.0 Proses teori kitaran dan adaptasinya dalam tamadun Melayu

Teori kitaran mempunyai empat prasa utamanya iaitu pada tahap pertama dikenali
sebagai tahap awal ataupun tahap kelahiran. Pada tahap ini, kejatuhan pemerintahan
terdahulu akan digantikan oleh pemerintah yang baru. Kemudian pada tahap kedua
dikenali sebagai tahap pemantapan dan kehidupan yang menetap. Pada tahap ini sistem

18
pemerintahan akan melahirkan sistem berkerajaan dan raja kuasa berkuasa mutlak.
Kehidupan pemerintah akan terasing daripada rakyat jelata. Tahap ketiga pula dikenali
sebagai tahap kemuncak ataupun sebagai tahap kegemilangan. Masyarakat hidup dalam
serba kemewahan dan pelbagai kemudahan tersedia untuk kemajuaan hidup
masyarakatnya. Manakala tahap keempat merupakan tahap kehancuran sesebuah
tamadun. Pada masa ini segala kemudahan negara disia-siakan dan golongan
pemerintahan tidak menjalankan tugas mereka dengan sewajarnya. Terdapat sesetengah
golongan yang mengambil kesempatan atas kacau-bilau ini dan menjatuhkan tamadun
berkenaan kemudian akan digantikan dengan tamadun yang baru.

Tamadu melayu telah lama bertapak di kawasan Asia Tenggara ini sejak zaman
paleolitik lagi sehingga munculnya tamadun Melayu yang baru. Tamadun Melayu telah
mengalami banyak prasa sejarahnya yang tersendiri. Semasa zaman kebangkitann
tamadun Melayu banyak menerima pengaruh daripada luar terutamanya mengenai agama
utama di rantau ini. Selepas menyusuri zaman kegemilangan tamadun Melayu telah
mengalami zaman keruntuhannya selepas kemasukan penjajah barat di rantau ini.

4.1 Tahap awal dan kelahiran

Tamadun Melayu bermula sejak zaman Paleolitik lagi. Tahap kelahiran dalam
teori kitaran tamadun telah memperlihatkan beberapa kota kecil yang terbina pada abab
awal tamadun Melayu. Menurut Zuraina Majib (1993), tamadu Melayu bermula sejak
zaman paleolitik dan tamadun ini telah bertapak di Kota Tampan, Perak. Pada zaman ini.
masyarakat tidak mempunyai nilai estetika yang tinggi kerana nilai yang ditonjolkan pada
jumpaan artifak masih lagi menggunakan alat batu kelikir yang besar dan mempunyai
beberapa rempihan yang dibuat pada hujung batu berkenaan mengikut alat tetak-menetak
Movius. Tarikh bagi menunjukkan wujudnya mengenai kebudayaan ini tidak pernah
wujud dan masyarakat Kota Tampan mempunyai beberapa ciri kesamaan dengan
kebudayaan paleolitik di sekitarnya berdasarkan jumpaan debu gunung berapi.

19
Masyarakat Melayu pada zaman mesolitik pula telah dijumpai petempatannya di
Gua Niah (Sarawak), Tingkayu (Sabah), Leang Burung 2 (Sulawesi), Gua Tabon
(Palawan) dan Gua Spriti (Thailand). Pada masa ini, masyarakat telah pandai untuk
bercucuk tanam kerana telah dijumpai bukti teknik pengumpulan dan penuaian dalam
tamadun berkenaan. Manakala masyarakat Melayu pada zaman Neolitik pula telah
dijumpai di Bukit Tenku Lembu (Perlis), Gua Cha (Kelantan) dan Ban Kao (Thailand).
Kebudayaan Neolitik sering diistilahkan sebagai kebudayaan inovatif dengan munculnya
aktiviti bercucuk tanam. Alat batu dikerjakan dengan baik dan kadang-kala alat tersebut
digosok sehingga licin. Kemunculan alat tembikar pada permulaan zaman lebih kurang
10,000 hingga 5,000 tahun dahulu telah menyebabkan masyarakatnya hidup menetap
dan zaman ini juga disebut Zaman Revolusi Pertanian (G. de G. Sieveking, 1993)

Selepas berlakunya zaman Revolusi pertanian masyarakat mula hidup secara


menetap dan mula menjalankan perdagangan dengan kawasan sekitarnya. Masyarakat
Melayu pada masa ini telah pandai menjalankan aktiviti perdagangan dengan kawasan
sekitarnya untuk mendapat barang-barang keperluan. Contohnya, masyarakat
pendalaman akan menjual barangan hasil kutipan mereka dari hutan kepada masyarakat
pinggir sungai bagi mendapatkan bekalan barangan yang diperlukan oleh mereka melalui
sistem bater (sistem tukaran barang).

Permulaan bagi proses petempatan masyarakat Melayu mula berkembang pada


masa ini dan dikenali sebagai zaman kelahiran. Pada zaman kelahiran tamadun Melayu
banyak menyaksikan jatuh bangunnya sebuah kerajaan Melayu. Contohnya kerajaan
Kedah Tua yang diasaskan pada abab ke-5. Kerajaan ini banyak menerima pengaruh
daripada luar dan antaranya ialah pengaruh Hindu-Budha yang dibuktikan dengan
jumpaan candi di Lembah Bujang. Akhirnya kerajaan ini merosot dan digantikan dengan
kerajaan baru seperti kerajaan Srivijaya, kerajaan Majapahit dan kerajaan Melaka.
Permulaan bagi jatuh bangunnya kerajaan ini merupakan satu tahap kelahiran bagi
tamadun Melayu dalam membentuk sebuah tamadun yang maju.

20
4.2 Tahap pemantapan dan kehidupan menetap

Pada tahap ini, manusia mula mengamalkan kehidupan menetap melalui


kewujudan bandar. Bandar yang telah terbentuk ini merupakan perintis kepada
pembangunan dalam aspek lain seperti kelahiran sistem kerajaan dalam sesebuah
tamadun. Ketika ini juga pemerintah seperti raja telah diasingkan dengan rakyat biasa
melalui satu susun lapis masyarakat. Bukan itu sahaja, aktiviti ekonomi juga boleh
dijalankan dengan terancang apabila adanya kehidupan menetap. Dalam hal ini,
kehidupan menetap seperti bandar membolehkan sesebuah tamadun membangun dalam
aspek pentadbiran, ekonomi dan sebagainya.

Misalnya, penempatan bagi tamadun awal dunia terletak di lembah-lembah


sungai. Bagi tamadun Mesopotamia, penempatan awalnya berada di lembah Sungai
Tigris-Eupharates, lembah Sungai Nil bagi tamadun Mesir, lembah Sungai Indus bagi
tamadun Indus dan Lembah Sungai Kuning bagi tamadun Hwang-Ho. Namun begitu,
penempatan awal ini telah berkembang menjadi negara kota atau bandar. Perubahan ini
membolehkan sistem pemerintahan dalam setiap tamadun tersebut dibentuk dengan
adanya pemerintah dan rakyat. Sistem pemerintahan ini telah mewujudkan susun lapis
masyarakat dalam tamadun bagi membezakan kedudukan pemerintah iaitu raja dengan
golongan lain seperti golongan kelas menengah seperti bangsawan, rakyat biasa dan
hamba.

Tamadun awal Melayu pula merangkumi kerajaan seperti Kedah Tua, Srivijaya
dan sebagainya. Bagi kerajaan Kedah Tua dan Srivijaya, kedua-keduanya merupakan
kerajaan maritim. Kerajaan maritim merupakan kerajaan yang terlibat dalam aktiviti
perdagangan, kelautan dan pelabuhan. Kerajaan ini terletak di pinggir pantai, lembah
sungai dan kepulauan. Bagi kerajaan Kedah Tua, kerajaan ini terletak di Sungai Merbok
dan Sungai Muda. Kerajaan Srivijaya pula terletak di Sungai Musi. Kerajaan-kerajaan
ini bermula dengan menjadi sebuah kawasan perkampungan nelayan. Ketika ini, aktiviti

21
ekonominya adalah terhad kerana hanya berfokuskan kepada aktiviti menangkap ikan dan
hasil laut. Bukan itu sahaja, terdapat juga kawasan kerajaan lain yang telah menjadi
kawasan bijih timah dan emas. Namun begitu, kerajaan seperti Kedah Tua dan Srivijaya
telah berkembang menjadi sebuah pusat perdagangan dan pelabuhan apabila adanya
lebihan hasil. Kerajaan ini bermula dengan berdagang dengan kawasan yang berjampiran
dengan mereka. Kemudian, kerajaan ini berkembang lebih maju apabila kerajaan
meluaskan kawasan perdagangan mereka. Akhirnya, kerajaan ini telah menjadi kawasan
perdagangan entrepot kerana terletak di Selat Melaka yang menjadi laluan utama
pedagang dari timur dan barat. Bahasa Melayu pula dijadikan bahasa lingua franca untuk
berkomunikasi.

Selain itu, kerajaan awal dalam tamadun Melayu mula bertambah mantap apabila
adanya pengaruh agama Hindu dan Buddha. Misalnya, pengaruh agama Hindu dan
Buddha dapat dilihat dengan jelas dalam kerajaan Srivijaya. Hal ini dapat dibuktikan
dengan jelas melalui catatan I Tsing pada 671 Masihi yang menyatakan bahawa terdapat
1000 Bhiksu belajar agama Buddha dan nahu sanksrit. Kerajaan Kedah Tua pula
dipengaruhi oleh agama Buddha. Hal ini dibuktikan dengan wujudnya Candi Lembah
Bujang. Pengaruh agama ini disebarkan melalui pedagang, pendeta, golongan ksyatria
dan budaya.

4.3 Tahap kemuncak dan kemegahan

Pada tahap ini, tamadun yang dicirikan oleh kehidupan yang dengan pembinaan
bangunan-bangunan melambangkan keagungan sesebuah tamadun. Hal ini dapat dilihat
melalui perkembangan ekonomi yang menyebabkab perlonggokan harta, pangkat, kuasa
dan pembinaan monumen atau tugu. Menurut Ibnu Khaldun, seni bina merupakan asas
kepada sesebuah tamadun. Sejarawan-sejarawan moden seperti Toynbee, Kluckhohn,
Renfrew dan lain-lain turut berpendapat dengan pandangan Ibnu Khaldun ini. Perkara ini
dapat dilihat apabila terdapat pemimpin-pemimpin Islam datang kebandar dan menjadi

22
perangsang perkembangan Bandar. Terdapat para khalifah, sultan dan raja yang membina
tugu-tugu besar yang menunjukkan kekayaan dan kemakmuran negara mereka. Selain itu
ia juga menunjukkan kecemerlangan sesuatu tamadun itu.

4.3.1 Pandangan semester

Kedatangan agama Hindu dan Buddha ke alam melayu telah menjadikan upacara
agama menjadi lebih formal dan tersusun. Amalan dan falsafah yang di ajar oleh ajaran
Hindu-Buddha kepada masyarakat Melayu adalah tidak menyeluruh. Ini dapat dilihat di
mana masyarakat Melayu hanya mengambil tahu tentang perkara yang berkaitan dengan
selok belok upacara agama sahaja. Menurut pendapat daripada Syed Naquib, kedatangan
agama Hindu-Buddha tidak mengubah pandangan semesta masyarakat Melayu secara
mutlak kerana yang jelas terlihat ialah kesan pengaruh Hindu-Buddha hanya berlaku pada
lapisan atasan sahaja (golongan yang terdiri daripada raja, pemerintah, orang kaya dan
golongan bangsawan) tetapi tidak menyerap ke segenap lapisan masyarakat Melayu yang
terdapat di Alam Melayu.

Selewat-lewatnya pada awal abad ke-15, masyarakat Melayu boleh disifatkan


sebagai menempuh era baharu dengan kedatangan Islam. Islam telah mengubah bentuk
kepercayaan, hidup dan juga pandangan semesta. Kepercayaan kepada dewa dan
animisme bertukar kepada kepercayaan kepada Allah SWT dan Rasul-Nya. Antara
elemen asas pandangan semesta Tamadun Melayu-islam ialah:

 Kepercayaan kepada yang Maha Esa, Pencipta, Pentadbir dan


Pemelihara Alam semesta.
 Konsep perhitungan dan pembalasan yang muktamad di akhirat.
 Menghormati maruah dan martabat manusia.
 Keadilan, kebebasan dan keseksamaan
 Percaya dan yakin kepada pembalasan yang baik bagi amalan yang
baik dan sebaliknya.

23
 Kehidupan yang bersederhana dan seimbang antara jasmani, rohani,
dan akal.

Lantaran itu, masyarakat melayu menyedari bahawa seluruh hidupan mereka


terfokus kepada tuhan. Masyarakat Melayu menyedari dan yakin bahawa Allah SWT
Maha Berkuasa. Kesannya, pandangan semesta melayu telah dibentuk berasakan
hablumminallah (berbuat baik kepada Allah) dan hablumminannas ( berbuat baik kepada
manusia).

Walaupun Islam telah bertapak kuat di Alam Melayu tertapi tidak bermakna
agama Hindu- Buddha dan kepercayaan kepada aninisme berjaya dihakis sepenuhnya
daripada kehidupan masyarakat orang Melayu. Masih dapat pertunjuk yang
menggambarkan masyarakat Melayu masih terpengaruh dengan unsur–unsur sebelum
kedatangan Islam sekalipun tidak seperti sebelumnya. Namun bergitu, realiti yang
berlaku dalam masyarakat Melayu semakin berkurangan dewasa ini dengan pendekatan
pendidikan agama Islam yang bergitu meluas. Oleh itu, pandangan semesta Melayu-Islam
ialah gabungan ajaran agama, tradisi pembelajaran dan pengalaman yang berterusan dari
alam sekeliling.

4.3.2 Sistem pemerintahan dan pentadbiran

Bagi sistem pemerintahan, sistem beraja yang dialamkan di tamadun Melayu


berkembang mengikut perkembangan sejarah dan budaya masyarakat Melayu yang pada
peringkat awalnya dipengaruhi oleh unsur agama Hindu-Buddha. Menurut tradisi agama
Hindu-Buddha, konsep dewa-raja ialah kepercayaan dan salasilah raja-raja yang
diwujudkan secara ‘ciptaan’ yang dikaitkan dengan dewa-dewa kayangan; penjelmaan
dewa Shiva, Vishnu atau Brahma. Konsep ini berubah dan kemudiannya menerima
unsur-unsur Islam. Ini bermakna sistem beraja telah mengalami proses asimilasi dengan
unsur-unsur Islam. Mana-mana perkara dalam sistem beraja yang tidak bertentangan
dengan agama Islam terus dipraktikkan dan diamalkan oleh masyarakat Melayu. Malah

24
kedatangan Islam telah menguatkan dan mengukuhkan lagi kedudukan raja-raja Melayu.
Contohnya gelaran raja bertukar kepada sultan dan disamakan dengan khalifah seperti
yang diperkenalkan dalam sistem politik islam. Konsep dewa-raja bertukar kepada
konsep sultan yang merupakan gelaran kepada orang yang diamanahkan mentadbir
sesebuah negeri dan pada masa yang sama berperanan sebagai khalifah.

Sultan hanya berkuasa di dalam kerajaan yang diperintah olehnya sahaja. Setiap
sultan mempunyai sistem tersendiri bagi menjaga keamanan kerajaannya. Sistem ini
berbeza mengikut budaya tradisi asal kerajaan atau negeri masing-masing seperti upacara
pertabalan dan kemangkatan. Dalam hierarki masyarakat Melayu yang berbentuk
piramid, sultan merupakan golongan yang menduduki hierarki yang teratas. Ketinggian
darjat sultan dalam masyarakat telah memberikan mereka kuasa pemerintahan yang
tertinggi. Kekukuhan kuasa sultan tidak boleh dipersoalkan oleh pembesar mahupun
rakyat jelata.

Di tahap kemuncak tamadun Melayu sultan mempunyai pelbagai peranan yang


harus di jalankan untuk menjamin kegemilangan kerajaan mereka. Antara peranan yang
dijalankan oleh sultan adalah sebagai;

 Mempunyai kuasa mutlak untuk membuat undang-undang. Dimana sultan berhak


untuk menentukan hukuman yang harus di kenakan bagi sesiapa yang melakukan
kesalahan. Serta berkuasa mengarahkan rakyat membina tugu atau bangunan untuk
ketentingan bersama.

 Sultan dianggap sebagai lambang perpaduan bagi sesebuah negeri. Sultan dianggap
mempunyai kuasa sakti yang bertujuan untuk mengagung-agungkan seseorang sultan.
Sesuai dengan kedudukannya itu, sultan dianggap suci dan kudus. Selain itu sultan
mendapat taat setia yang tidak berbelah bahagi daripada pengikut-pengikutnya. Nilai
inilah yang telah meneguhkan kedudukan sultan.

25
 Sultan berhak untuk mengerahkan tenaga rakyat di negaranya bagi tujuan ketenteraan
mahupun bagi membina tugu bagi mengembangkan kerajaan mereka. Rakyat yang di
kerah ini tidak diberi upah dan mereka berkerja atas dasar taat kepada raja.

 Sultan juga menjadi ketua agama islam dan hal ehwal yang berkaitan dengan adat
istiadat Melayu. Sultan dianggap sebagai wakil dari Allah kepada
pengikutnya(rakyatnya). Maka sultan berperanan penting untuk menyebarkan agama
Islam kepada rakyatnya.

 Raja berkuasa menentukan hukuman bunuh dan berkuasa menarik balik hukuman
tersebut sekiranya baginda merasakan persalah tersebut tidak bersalah.

Pemerintahan sultan di bantu oleh para pembesar yang menjadi tulang belakang
bagi memberitahu tentang keadaan rakyat serta keadaan negeri atau kerajaan yang di
perintah olehnya. Pembesar terdiri kepada dua iaitu pembesar yang mentakbir di dalam
istana seperti bendahara, bendahari dan sebagainya yang membantu sultan dalam
mentadbir kerajaan pusatnya. Yang kedua ialah pembesar yang bertugas diluar istana,
dimana mereka mentadbir sesuatu daerah namun bergitu mereka masih tertakluk dibawah
kedaulatan sultan.

Antara tugas-tugas utama pembesar ialah:

 Menjaga dan mengekalkan keamanan jajahannya.

 Mempertahankan daerah daripada serangan musuh di dalam dan di luar negeri.

 Memungut cukai bagi pihak raja

 Menyediakan kerahan tenaja untuk sultan.

 Menyelesaikan masalah dan mengadili kes-kes berkaitan perkhawinan, perceraian,


pembahagian harta pusaka dan lain-lain.

26
4.3.3 Undang-undang

Undang-undang ialah pengawalan masyarakat dan ia seringkali mencerminkan


aspirasi masyarakat lebih baik daripada keadaan yang sebenarnya. Ianya adalah peraturan
yang digubal oleh pemerintah mengawal golongan yang diperintah. Undang-undang
termaktub dalam bentuk tulisan. Undang-undang merupakan sebahagian daripada
keseluruhan sistem masyarakat yang bergerak , mengawal tindak-tanduk manusia dan
yang sering membentuk unsur-unsur dinamik selaras dengan kebudayaan masyarakat
melayu.

Undang-undang mempunyai sejarah permulaannya, kemudian berkembang sesuai


dengan perkembangan dan perubahan masyarakat. Undang-undang ini kemudiannya
diwarisi daripada satu generasi ke satu generasi. Undang-undang yang diamalkan di
Alam melayu berasaskan adat temenggung namun menggunakan nama undang-undang
yang berbeza bagi setiap negeri. Sebagai contoh di Melaka ada Undang-undang Laut
Melaka dan Hukum Kanun Melaka, di Pahang dikenali Undang-undang Pahang, Pasai
dikenali sebagai Undang-undang Pasai dan banyak lagi. Bagi mengenali undang-undang
semasa kegemilangan Alam Melayu saya memilih Melaka sebagai contohnya. Undang-
undang Melaka telah disusun oleh pembesar-pembesar semasa pemerintahan Sultan
Muzaffar Syah. Hal ini terbukti oelh sejarah melayu versi tahun 1612 yang menyatakan
bahawa;”…ialah menyusuh membuat undang-undang supaya jangan lagi bersalahan
dengan adat segala hukum menterinya…” kenyataan ini disokong pula oleh Hukum
Kanun Melaka, dalam fasal 44.4, yang menerangkan secara bersahaja bahawa Sultan
Muzaffar Syah telah mengumpulkan undangf-undang yang sedia ada diwarisi daripada
zaman bapanya, sultan Muhammad syah, lalu membentuk Hukum Kanun Melaka.

Undang-undang Melaka boleh dibahagikan kepada dua;

1.0 Hukum Kanun Melaka

27
 Dikenali juga sebagai Undang-undang darat Melaka dan Risalat hukum Kanun.

 Undang-undang ini digubal untuk menjadi panduan untuk mentadbir kerajaan


Melaka.

 Hukum Kanun Melaka dipengaruhi oleh unsur-unsur agama islam dan Hindu.
Selepas kedatangan islam, Undang-undang Islam telah diterapkan dalam Hukum
Kanun Melaka. Contohnya fasal 5.1 dan fasal 5.3 dalam hukum kanun Melaka
telah diterapkan secara esplisit berdasarkan hukum Islam iaitu pada hukum Allah,
yang membunuh itu dibunuh juga hukumnya.

 Hukum Kanun Melaka lengkap merangkumi pelbagai aspek seperti adat lembaga
digubal untuk mewujudkan keamanan dan kesejahteraan. Bidang kuasa undang-
undang ini merangkumi tanggungjawap raja dan pembesar-pembesar, pantang
larang dikalagan anggota masyarakat, undang-undang keluarga, kesalahan
jenayah awam dan sebagainya.

 Kesalahan jenayah pula meliputi perbuatan membunuh dan menikam orang,


menetak dan memukul, derhaka kepada sultan serta tuduh menuduh.

2.0 Undang-undang Laut Melaka

 Dikenali juga sebagai adat pelayaran,kitad peraturan layaran dan Hukum Undang-
undang Laut.

 Undang-undang ini di gubal untuk mengekalkan ketenteraman social khususnay


berkaitan dengan hal ehwal pelayaran dan lautan.

 Undang-undang merangkumi bidang kuasa nakhoda, jaual beli atas kapal,


tanggungjawap pelbagai pegawai kapal dan sebagainya.

 Undang-undang ini ditubuhkan kerana Melaka adalah sebuah kerajaan maritime


(kelautan) dari segi struktur kuasa dan kawasan.

28
Undang–undang yang di buat adalah bertujuan untuk memakmurkan
pemerintahkan dan kesetabilan sesebuah kerajaan itu terutamanya dari Tamadun melayu.

4.3.4 Sistem sosial

Corak pemerintahan dan pentadbiran telah mencorak susun lapis masyarakat


Melayu. Setiap lapisan masyarakat mempunyai kedudukan dan memahami tugas masing-
masing. Secara umumnya, masyarakat Melayu merupakan sebuah masyarakat feudal dan
bercorak hierarki, dapat dibahagikan kepada dua golongan, iaitu golongan yang
memerintah dan golongaan yang diperintah. Golongan yang diperintah pula terdiri
daripada rakyat biasa dan hamba. Mereka merupakan kelas bawahan tertapi bilangannya
adalah banyak. Fungsi utama mereka dari segi moral, fizikal dan tradisi masyarakatan
ialah menyokong istitusi beraja dan pembesar dalam keseluruhan rangka sistem
organisasi kerajaan. Namun, rakyat mempunyai kuasa mobaliti yang tersendiri yang tidak
dapat disekat oleh golongan pemerintah. Golongan pemerintah menyediakan kepimpinan
dan keselamatan kepada rakyat dan sebagai ganjaran, rakyat akan menyerahkan taat setia
dan menyumbang tenaga kepada golongan pemerintah. Wujud hubungan timbal balik
antara pemerintah dengan golongan yang diperintah.

Golongan memerintah adalah golongan yang mengerakkan Negara ke arah


kemakmuran. Golongan ini terdiri daripada sultan, kerabat diraja dan pembesar. Sultan
mempunyai kuasa mutlak dan terdapat hak istimewa. Antara hak istemewa ialah warna
kuning sebagai warna diraja dan rakyat tidak boleh memakainya. Selain itu, masyarakat
Melayu percaya sesiapa yang melawan cakap raja akan terkena tulah. Sultan dilantik
adalah melalui upacara pertabalan. Bagi raja yang mangkat akan digantikan dengan
putera yang sulung ataupun adik lelaki sulung sekiranya tiada anak lelaki. Pembesar pula
ditugaskan sebagai perutusan dari sultan. Tugas utama pembesar adalah menjaga
keamanan dan memungut hasil cukai dikawasan yang di jaga oleh mereka. Mereka juga

29
membekalkan tenaga buruh kepada raja. Mereka selalunya memberi nasihat kepada
sultan dalam hal pentadbiran. Ulama juga bertugas sebagai penasihat sultan dalam segi
agama. Biasanya golongan ulama terdiri daripada keturunan Arab-Melayu. Golongan ini
menggunakan gelaran seperti kadi, maulana, dan pendeta tasauf. Mereka lazimnya
memakai gelaran kebesaran seperti maharaja Kadi, Dato, Mufti seri Utama dan Imam
Maharaja.

Golongan yang diperintah, terdiri daripada golongan merdeka(rakyat biasa), orang


asing dan hamba. Rakyat biasa adalah pendudukbumi putra yang bermaustautin tetap di
sesebuah kerajaan itu. Rakyat biasa bebas menjalan kan kegiatan ekonomi yang mereka
ingini seperti berdagang, bercucuk tanam dan sebagainya. Manakala orang asing pula
adalah orang bukan Melayu yang ke Alam Melayu hanya untuk tujuan tertentu. Orang
asing selalunya hanya tinggal sementara di Alam Melayu dan pulang ke Negara asal
setelah mereka selesai urusan mereka. Orang asing selalunya menceburkan diri dalam
bidang perdagangan, runcit, pemborong dan pelombong. Bagi golongan yang terbawah
ialah hamba. Dimana mereka melakukan kerja tanpa dibayar upah malahan terpaksa
menambahkan kekayaan tuannya, menjadi pengawal kepada tuannya dan sebagainya.
Hamba di Alam Melayu terdiri daripada 3 jenis iaitu hamba raja, hamba berhutang dan
hamba abdi.

4.3.5 Ketahanan dan pertahanan

Muhammmad Yusoff Hashim membahagikan peperangan yang melibatkan


negeri-negeri melayu kepada empat iaitu peperangan antarabangsa, peperangan antara
negeri, peperangan di dalam negeri dan pemberontakan dalam negeri. Peperangan
antarabangsa merujuk kepada peperangan antara negeri-negeri melayu dengan kuasa-
kuasa asing seperti Melaka dengan siam pada abad ke-15. Peperangan dalam negeri
selalunya berlaku dalam bentuk perang saudara seperti perebutan takhta perak dan kedah
pada abad ke-18. Peperangan antara negeri seperti perang antara Aru dan Pasai.
Pemberontakan terhadappenjajah jenis yang ke empat. Peperangan didalam tamadun

30
melayu bertujuan untuk meluaskan wilayah dan menambahkan hamba perang. Justeru itu,
amalan pembunuhan beramai-ramai tidak digalakan. Selalunya golongan yang lemah dan
kalah cuba melarikan diri daripada di jadikan hamba oleh pihak yang menang. Selain itu
pihak yang kalah akan memindahkan ibu kota mereka.

Di Malaka, sultan tidak pergi berperang. Tugas tersebut dipertanggungjawabkan


kepada Bendahara. Walaupun pembesar berempat Melaka mempunyai tugas-tugas
tertentu, namun dalam hal peperangan semuanya memainkan peranan yang sama.
Sungguhpun Bendahara mengetuai angkatan perang, adakalanya salah seorang daripada
pembesar berempat itu mengetuai ekspedisi tentera ke sesuatu kawasan. Temenggung
Tun Mutahir pernah dihantar sultan untuk menyerang Pahang dan Kelantan. Anggota
tentera terdiri dari rakyat biasa yang dikerah oleh raja atau pembesar untuk menjaga
keselamatan dalam negeri atau pergi berperang. Hal ini berlaku kerana raja dan pembesar
mempunyai kuasa mengarah rakyat menjadi tentera tanpa perlu diberi upah. Mereka
berkhidmat kepada raja adalah untuk menunjukkan ketaatan mereka. Penggunaan orang
laut bagi menjadi askar upahan adalah kerana mereka tahu akan selok belok laut dan
mempunyai pengetahuan tentang keadaan cuaca laut. Parameswara juga menggunakan
orang laut untuk mengasaskan kerajaan Melaka.

Alatan yang digunakan dalam peperangan adalah seperti keris, parang, lawi
ayam(pisau yang melengkung), sumpit, panah, lembing dan badik. Alat-alat bunyi yang
digunakan seperti gong, gendang perang dan sebagainya bertujuan untuk memanggil
tentera berperang atau memberi amaran. Keris yang merupakan salah satu daripada
peralatan perang mempunyai kedudukan yang istemewa kerana dianggap lambang
kepahlawanan dan lambang kebesaran raja-raja Melayu. Keris juga mempunyai nama
masing-masing dan sering dibawa ke mana-mana. Keris Taming Sari diperolehi Hang
Tuah daripada seorang pahlawan Majapahit.

31
4.3.6 Ekonomi

Sebahagian besar masyarakat Melayu menjalankan sistem ekonomi berbentuk


sara diri. Sara diri bermaksud hasil digunakan untuk keperluan sendiri sahaja. Sekiranay
terdapat lebihan hasil pengeluaran, hasil ttersebut akan ditukarkan dengan barang-barang
keperluan lain.

Masyarakat melayu mengamalkan ekonomi sara diri disebabkan oleh beberapa faktor ;

 Alatan tradisional digunakan untuk bertani seperti cangkul , parang, dan tenggala
serta disebabkan ketiadaan ternakan seperti lembu dan kerbau yang mencukupi bagi
tujuan memajak tanah.

 Saiz tanah pertanian adalah kecil.

 Tenaga buruh tidak mahir dan kebanyakannya terdiri daripada ahli keluarga sahaja.

 Masyarakat melayu tertakluk padakerja keras yang dituntut oleh golongan


pemerintah. Oleh itu, masa untuk menambahkan sumber ekonomi adalah terhad.

Faktor ini menyebabkan hasil pengeluaran pertanian adalah rendah dan cukup
untuk menampung keperluan keluarga sahaja.

Namun bergitu terdapat masyarakat melayu yang melakukan pertanian besar-


besaran bagi kepeluan mereka dan dipasarkan. Kegiatan pertanian yang paling utama
semasa tahap kegemilangan ialah penanaman padi. Terdapatr dua jenis padi yang ditanam
di Alam Melayu iaitu padi huma danpadi sawah. Bagi padi sawah sistem pengairan perlu
ada untuk mengairi sawah padi. Pada tahap kemuncak sistem pengairan adalah mudah
kerana air sungai akan diempang dan kemudiannya disalurkan ke sawah melalui tali tali
air dan terusan. Bagi padi huma tidak memerlukan banyak air maka penanamannya
dilakukan dikawasan lereng-lereng bukit.hasil padi huma adalah sedikit kerana
penanamanya tidak bergitu penting oleh masyarakat Melayu.

32
Kedatangan Islam telah meningkatkan aktiviti perdagangan dalam kalangan
masyarakat melayu. Ini kerana ramai perdagang dari Arab, Parsi dan negara-negara Islam
lain yang singgah di Alam Melayu kerana beranggapan Alam Melayu adalah tempat
untuk orang Islam berdagang dan berehat. Selain itu, Alam Melayu terutamanya tanah
melayu adalah tempat yang sesuai untuk berdagang dan berehat kerana tempat ini terletak
di tengah-tengah jalan perdagangan. Selain itu, sesuai sebagai tempat bagi menunggu
pertukaran angin monsun untuk meneruskan perdagangan.

Perdagang luar yang berdagang di Alam Melayu menginginkan rempah ratus


yang tidak terdapat di negara mereka. Rempah ratus ini berguna bagi tujuan memeram
daging atau makanan menjadi lebih sedap dan tahan lama. Seiring dengan itu lahirlah
pasar untuk memasarkan barangan mereka. Antara barangan yang dijual oleh Negara
asing ialah kain sutera(china), teh(china), rempah ratus(india dan Alam Melayu),
manik(Eropah), dan sebagainya. Di Alam Melayu telah wujud kota bersifat antarabangsa
apabila terdapat aktiviti perdagangan oleh pedagang asing dari Arab, China, Eropah,
India, Parsi dan sebagainya. Selain itu, sesebuah kerajaan itu akan membina pintu keluar
masuk perdagangan (pintu gerbang) dikawasan pelabuhan. Selain itu, tentera laut
sesebuah kerajaan itu akan menjaga keselamatan perdagang dari serangan lanun bagi
memperkukuhkan kepercayaan perdagang untuk berlabuh.

Pada peringkat awal, masyarakat melayu menggunakan sistem barter untuk


mendapatkan barangan yang mereka kehendaki. Sistem barter bermaksud menukarkan
sesuatu barangan dengan barangan lain yang tidak dapat dikeluarkan sediri sama ada
kalangan penduduk tempatan atau perdagang-perdagang asing. Pusat pertukaran
perniagaan berlaku di pelabuhan-pelabuhan tertentu. Penggunaan mata wang primitif
mula digunakan seiring dengan perubahan masa seperti siput cowrie, kepingan logam
atau syiling dan duit awal dari china seperti duit spede, duit pisau, duit bar dan duit lidah
harimau. Pada abad ke-17 dan ke-18 mata wang emas telah digunakan di Alam Melayu
terutamanya di Kelantan. Mata wang emas itu dikenali sebagai kijang, dinar matahari dan

33
kupang. Muka depan wang emas berbentuk bulat dan mempunyai gambar kijang pada
muka di sebelahnya tertulis perkataan “Malik al Adil”.

Semasa menggunakan sistem barter kadar pertukaran barangan yang dilakukan


antara pedagang adalah tidak seimbang. Keadaan ini menyebabkan pedagang-pedagang
mula mencari kaedah yang lebih baik untuk menyukat barangan mereka. Sistem sukatan
yang diadakan bertujuan menyeimbangkan sukatan barangan supaya setimpal dengan
harga yang telah ditetapkan atau barang yang hendak ditukar. Sukatan ini juga digunakan
untuk menentukan jumlah hasil yang dikeluarkan dalam setahun. Masyarakatmelayu
mempunyai sistem sukatan mereka sendiri yang digunakan untuk menyukat barangan
kering seperti beras, bijih timah, rempah dan kekacang. Sukatan yang digunakan adalah
seperti kepul, leng, kal dan cupak.

4.3.7 Pendidikan

Selepas kedatangan agama Islam, pendidikan diadakan bertujuan membentuk


akhlak dan budi pekerti mulia. Justeru itu, pengajaran agama lebih diberikan tumpuan.
Oleh itu, dasar pendidikan juga bertujuan memperlengkapkan diri dengan pengetahuan
agama supaya dapat mendekatkan diri kepada tuhan. Di dalam pendidikan Melayu soal
pembentukan akhlak adalah benda yang diutamakan. Pada peringkat awal, kanak-kanak
dikehendaki mempelajari pelajaran agama seperti membaca al-Quran dan kemudiannya
ada dikalangan pelajar lelaki yang memasuki sekolah pondok yang dikenali dengan
pelbagai nama. Antara nama sekolah pondok ialah pondok(Thai dan Tanah
Melayu),dayah (Pasai dan Acheh), surau(Minangkabau) dan sebagainya. Hal ini
menunjukkan bahawa ilmu agama yang diperolehi, para pelajar tadi diharap dapat
memiliki tingkah laku yang mulia dengan pengetahuan agama yang mencukupi untuk
menghadapi hari-hari depan. Jelas di sini bahawa dasar pendidikan melayu bukanlah
bercorak sekular. Hal ini kerana kebanyakan para pelajar lulusan pondok akan kembali

34
semula ke kampung dan membantu ibu bapa mereka bekerja. Pada waktu malam, mereka
akan mengajar kanak-kanak di kampung pelajaran al-Quran dan pengetahuan agama.

Kurikulum pendidikan Melayu, dimana kanak-kanak menerima pendidikan tidak


rasmi daripada keluarga mereka khususnya yang berkaitan rapat dengan kegiatan dan
kerja-kerja seharian mereka. Anak perempuan diajar memasak, menenun, menjahit, dan
melakukan kerja-kerja kraf tangan. Anak lelaki pula dididik supaya pandai betukang,
menjalankan aktiviti seharian seperti petanian dan nelayan.

4.3.8 Intelektual

Tamadun melayu turut mengalami kemajuan dalam bidang ilmu perubatan. Setiap
masyarakat mempunyai cara–cara tersendiri untuk mengubati sebarang penyakit yang
dihidapinya. Begitu juga dengan masyarakat di Alam Melayu. Masyarakat Melayu
mempunyai konsep perubatan yang dikaitkan dengan sistem perubatan tradisional iaitu
sistem pawang dan pembomohan. Seseorang itu pada asasnya dianggap sihat menurut
sistem perubatan Melayu sekiranya beliau mempunyai keseimbangan dalam ketiga-tiga
elemen yang terdapat dalam tubuh iaitu air atau lendir, darah, angin; bertenaga dan kuat
fizikalnya;berkemampuan untuk berkerja dan sanggup menjalankan tugas yang
ditanggungjawabkan kepadanya; berperilaku normal dan tiada gangguan emosi; serta
dengan darjah kesihatan yang tinggi di usia yang masih di peringkat awal remaja atau
belia.

Seseorang itu dianggap tidak sihat atau uzur sekiranya berada dalam kedudukan
yang bertentangan dengan pekara-pekara yang berkaitan dengan ketiga-tiga elemen yang
seharusnya terdapat dalam tubuh. Cara atau tekniknya penyembuhan yang diamalkan di
kalangan masyarakat Tamadun Melayu ini adalah bergantung kepada jenis dan tahap
keuzuran seseorang pesakit itu. Misalnya, jika penyakit dikaitkan dengan makhluk luar

35
biasa atau ghaib, maka khidmat dan teknik perbomohan dan pawing biasanya digunakan
pada ketika itu.

Bomoh atau pawang biasanya dijadikan orang orang pengantaraan antara pesakit
dengan kuasa ghaib tadi bagi mengenal pasti punca penyakit dan cara mengubatinya.
Rawatan oleh bowoh, pawing dan bidan adalah berdasarkan pengetahuan mereka tentang
ubat-ubatan tradisional seperti menggunakan akar kayu. Selain itu mereka merawat
pesakit dengan menggunakan kaedah refleksi atau urutan selain perlu melalui pantang
larang tertentu seperti tidak boleh tidur pada waktu matahari sedang naik kerana dikuatiri
akan mendapat penyakit kepala yang teruk dan penyakit sukar hilang atau sebagainya.
Bidan pada kebiasaannya menjaga kesihatan dan mencegah sebarang keuzuran dari
peringkat awal seorang perempuan mengandung sehingga selepas bersalin.

Selain itu dalam kaedah rawatan, alat utama yang digunakan oleh bomoh adalah
dengan jampi serapah. Ini akan dibaca pada tangkal, ubat-ubatan seperti air akar kayu
atau mangkuk minyak. Selain menggunakan tangkal ada kalanya bomoh atau pawang
menggunakan azimat jin terutama bagi menjauhi persakit kanak-kanak dari sebarang
gangguan makhluk halus. Peranan pawang dalam masyarakat melayu pula diukur melalui
aktiviti yang diceburinya. Antara lain ialah aktiviti untuk sesebuah kampung secara
keseluruhan, aktiviti khusus untuk orang perseorangan. Dengan penyerapan nilai-nilai
islam dalam masyarakat melayu, kaedah perubatan melayu lebih menjurus kepada
penggunaan ayat-ayat suci al-Quran.

4.3.9 Kesenian dan kebudayaan

Setelah kedatangan Islam ke Asia Tenggara telah menaikkan taraf bahasa melayu
sehingga menjadi bahasa pengantara (lingua franca) menggantikan bahasa Sanskrit.
Bidang kesusasteraan melayu turut mengalami perubahan besar setelah kedatangan Islam
kerana abjek Arab-Jawi turut diperkenalkan. Justeru, melalui abjad ini bahasa melayu

36
telah mendapat kedudukan sebagai bahasa sastera yang terkenal. Pengaruh Islam ke atas
kesusasteraan Melayu amat jelas apabila lahirnya dua bentuk karya iaitu karya prosa dan
karya puisi. Karya prosa merupakan karya yang kebanyakannya hasil hikayat-hikayat
yang diterjemahkan dari hikayat Arab. Antara kaprosa yang diterjemahkan ialah hikayat
Nur Muhammad dan hikayat Israk dan Mikraj(kisah nabi Muhammad). Bagi karya puisi
telah dihasilkan oleh tokoh-tokoh terkenal seperti Hamzah Fansuri, Shamsudin al-
Sumaterani dan Abdul Rauf Singkel yang mereupakan sasterawan tasauf yang terkenal
semasa Acheh berkuasa di Asia Tenggara pada abad ke-16 dan ke-17 yang lalu. Mereka
Berjaya menghasilkan karya bersifat sastera dan ketatanegaraan. Terdapat juga seorang
pemuisi syair yang terkenal dengan puisinya bertemakan hukum dan ibadat iaitu Tun
Shihabuddin bin Zainal Abidin. Selain itu terdapat karya terjemah karya Arab yang
mengandungi unsur pendidikan dan pengajaran seperti Hikayat Seribu Satu Malam.
Karya terjemah Arab bukan sahaja meningkatkan martabat kesusteraan Melayu Islam
bahkan merapatkan perhubungan negara-negara yang berada di sekeliling nusantara.

Di Tanah Malayu pula terdapatnya banyak candi untuk memuja Gautama


Buddha serta dewa-dewi Hindu seperti yang terdapat di Lembah Bujang, Kedah Tua.
Dikatakan bahawa struktur binaanya menyerupai kuil-kuil Hindu di India Selatan
memandangkan jurubina yang mendirikan candi-candi di lembah bujang adalah
datangnya dari India Selatan juga. Namun bergitu, adaptasi dengan reka bentuk tempatan
tetap kelihatan pada binaan candi-candi dtersebut. Antara candi yang termasyhur ialah
Candi Bukit Batu Pahat dan Candi Pendiat ( berbentuk empat segi bujur, mempunyai
dewan dan tempat persembahan). Setelah kedatangan islam, seni bina di Alam Melayu
telah banyak terpengaruh dengan unsur-unsur Islam terutamanya yang datangnya dari
Tanah Arab seperti seni bina Parsi dan Turki. Pengauh seni bina islam di nusantara ini
amat jelas pada reka bentuk masjid dan madrasah-madrasahnya. Terdapat kubah, jubin,
menera dan bulan bintang pada seni bina tersebut yang melambangkan cirri-ciri Islam itu
tadi.

37
4.4 Tahap kehancuran dan kemusnahan tamadun

4.4.1 Penjajahan Portugis di Melaka

Portugis merupakan penjajah barat yang pertama di Negara kita. Kejatuhan tanah
melayu bermula apabila kedatangan Portugis di Melaka pada tahun 1511. Penaklukan ini
bermula apabila Vasco da Gama Berjaya mengelilingi benua Afrika dan Tanjung
Pengharapan pada tahun 1498 dan ini menandakan bahawa Portugis telah Berjaya sampai
ke Timur. Pada tahun 1509, Lopes de Sequeira telah menghantar surat daripada Portugis
kepada Sultan Melaka untuk berdagang. Permohonan Portugis untuk berdagang di terima
oleh Sultan Melaka. Tetapi saudagar-saudagar dari Gujerat mencurigai tujuan Portugis
dan orang Gujerat memujuk pihak berkuasa Melaka untuk menyerang kapal-kapal
Portugis. Rancangan tersebut gagal kerana di ketahui oleh Portugis. Akhirnya Portugis
telah Berjaya menakluk Melaka pada tahun 1511. Alfonso d’Albuquerque tiba di Melaka
pada 10 Ogos dan membuat permintaan untuk membina markas Portugis di Melaka tetapi
permintaannya telah ditolak oleh Sultan. Namun begitu, setelah mengepung Melaka
selama 10 hari pihak Portugis berjaya menawan Kota Melaka pada 24 Ogos dan
membina A Famosa dalam tempoh enam bulan. Penewasan Portugis terhadap Sultan
Mahmud Shah menyebabkan Melaka di perintah oleh Portugis selama 130 tahun. Selain
itu, Pihak Portugis telah mendirikan banteng dan kubu di sekeliling kota Melaka.mereka
juga telah mendirikan Dewan Majlis Mesyuarat Negeri, rumah Gabenor, rumah biskop,
gereja, Derek, hospital dan sekolah. Penaklukan Portugis ke atas Melaka adalah untuk
meneruskan dan menguasai perdagangan rempah di Melaka. Selain itu juga, menurut
Vasco da Gama kemaraan Portugis ke timur bukan semata-mata untuk menguasai
perdagangan tetapi juga untuk menentang agama Islam dan mengembangkan agama
Kristian.

Antara dasar-dasar Portugis di Melaka ialah dari segi ekonomi. Portugis bertapak
di Melaka adalah untuk menguasai perdagangan rempah yang sebelum ini di kuasai oleh
pedagang-pedagang Itali. Kemewahan dan kekayaan Itali telah mencetuskan perasaan iri

38
hati dalam kalangan peniaga dari Negara Eropah yang lain terutamanya Portugis. rempah
yang menjadi bahan dagangan yang utama. Perdagangan rempah mendatangkan
keuntungan yang besar. Hal ini demikian kerana fungsi rempah ialah menjadikan
makanan tahan lama dan sebagainya. Dari segi politik pula, Portugis memerlukan Melaka
kerana untuk mengawal perniagaan rempah di Maluku. Portugis dengan segera
menjalinkan hubungan persahabatan dengan orang Pegu, Jawa, Hindu, Cina, Siam dan
Sumatera. Tujuan Portugis adalah untuk memulihkan perdagangan yang terganggu akibat
perang Portugis dan Melaka. Portugis cuba mengawal dengan memastikan kapal-kapal
yang menggunakan laluan selat Melaka singgah di Melaka. Selain itu. Portugis juga
mengawal orang Melaka dari segi sosial. Portugis ingin mengembangkan agama Kristian
Katolik. Mereka juga memaksa orang melayu memeluk agama Kristian selain menikahi
perempuan-perempuan melayu secara paksa.

4.4.2 Pemerintahan Belanda

Belanda telah berjaya menewaskan pihak Portugis pada 14 Januari 1641 dan
menakluk Melaka dengan mendapat bantuan Sultan Johor. Gabenor Portugis iaitu
Manuel de Souza Couthinho menyerah kalah kepada Kapten Minne Williemson
Kaartokoe. Sebelum penaklukan Belanda terhadap Melaka, pihak Belanda telah
membuat serangan ke atas Kota Portugis di Melaka pada tahun 1597. Pada tahun 1606,
pihak Belanda di bawah Laksamana Matelieff de Jonge bekerjasama dengan Sultan Johor
untuk menguasai Melaka. Percubaan selama tiga bulan itu gagal apabila Portugis
mendapat bantuan dari Goa. Pada tahun 1636, kapal Belanda telah berjaya memusnahkan
kapal Portugis di pelabuhan. Hal ini merupakan faktor bagaimana Melaka jatuh ke tangan
Belanda. Belanda menakluki Melaka dari tahun 1641 hingga tahun 1795.
Walaubagaimanapun, pihak Belanda tidak berminat menjadikan Melaka sebagai sebuah
pusat perdagangan di antara Timur dan Barat tetapi mereka lebih mementingkan
pembangunan Batavia sebagai pusat pentadbiran mereka. Semasa pemerintahan Belanda,
39
Tokong Cheng Hoon Teng telah dibina oleh Kapten Lee Wei king pada tahun 1645 dan
ia merupakan tokong cina yang tertua. Tujuan utama Belanda adalah untuk menguasai
perdagangan rempah yang mereka tidak peroleh semasa Raja Philip dari Sepanyol
menjajah mereka pada tahun 1594. Dasar Belanda di Melaka ialah untuk memastikan
monopoli ke atas keseluruhan perdagangan intra-Asia di kepulauan Tanah Melayu dan
Indonesia. Belanda ingin mengawal negeri-negeri Melayu yang kaya dengan bijih timah.
Selain itu, semasa zaman penaklukan Belanda di Tanah Melayu telah wujud perjanjian
antara Inggeris dan Belanda yang sela ini bermusuhan antara satu sama lain. Perjanjian
ini telah membolehkan Inggeris menguasai negeri-negeri selat.

4.4.3 Kedatangan Inggeris ke Tanah Melayu

Penjajahan Inggeris telah banyak meninggalkan kesan ke atas negara ini. Dari
segi sejarah , pada tahun 1600 , pedagang-pedagang Inggeris telah menubuhkan Syrikat
Hindia Timur Inggeris untuk melicinkan perdagangan dengan negeri China. Lama
kelamaan Syarikat tersebut mula berminat dengan gugusan kepulauan Melayu setelah
perdagangan dengan China tidak begitu menguntungkan , selain dari tujuan unutk
mencari pangkalan yang bebas daripada serangan lanun. Pada 11 Ogos 1786 , Francis
Light menduduki Pulau Pinang dengan memberikan janji kosong kepada Sultan Kedah.
Pada 6 Februari 1819, Stamford Raffles pula telah menduduki Pulau Singapura setelah
membuat perjanjiandengan Temenggung Abdul Rahman. Bermula dari sini dari masa ke
semasa penjajah Inggeris cuba menguasai keseluruhan Tanah Melayu. Setelah bertapak
di negeri-negeri Selat, Inggeris mula meluaskan kuasanya ke negeri-negeri lain di
Semenanjung Tanah Melayu , Sabah dan Sarawak. Adalah jelas bahawa motif utama
peluasan kuasa ini mempermudahkan dengan adanya masalah-masalah dalaman di
negeri-negeri berkenaan. Antara kronologi peluasan kuasa Inggeris ialah James Brooke
mengambil Sarawak pada tahun 1841, campur tangan Inggeris di Perak pada tahun 1874,
Selangor meminta penasihat Inggeris pada tahun 1874,
campur tangan Inggeris di Sungai Ujung pada tahun 1874, Raja Brunei menyerahkan
haknya di Sabah kepada Inggeris pada tahun 1875, Sultan Brunei menyerahkan

40
kawasannya di Sabah kepada Inggeris pada tahun 1878, campur tangan Inggeris di
Pahang pada tahun 1888, mengikut perjanjian Bangkok , Siam menyerahkan Kedah ,
Perlis , Kelantan dan Terengganu kepada Inggeris (Negeri-negeri Melayu Tidak
Bersekutu) pada tahun 1909, dan Johor menerima penasihat Inggeris pada tahun 1914.

Terdapat beberapa faktor ekonomi yang dikenal pasti menyebabkan campur


tangan dan seterusnya peluasan kuasa Inggeris di negeri-negeri Semenanjung Tanah
Melayu , Sabah dan Sarawak. Antara faktornya ialah Inggeris memerlukan bahan-bahan
mentah , terutama kerana ketika itu berlakunya revolusi Industri di England dan Eropah.
Ramai pedagang Inggeris telah menanam modal di negeri-negeri Melayu ,khususnya di
kawasan perlombongan. Selain itu, kebimbangan campur tangan kuasa-kuasa asing juga
menjadi faktor penjajahan Inggeris. Pada tahun 1870-an , kuasa-kuasa asing seperti Itali ,
Perancis , Jerman dan Russia bersaing untuk mendapatkan tanah jajahan yang akan
dijadikan sebagai pembekal bahan-bahan mentah. Keadaan Anarki juga menjadi
pendorong utama penjajahan Inggeris ke Tanah Melayu. Contoh masalah yang berlaku di
dalam negeri-negeri Melayu ialah tercetusnya perang saudara antara pembesar dalam
merebutkan takhta dan kawasan, pergaduhan antara kongsi gelap Cina dan kegiatan
perlanunan di Selat Melaka.

4.4.4 Zaman Jepun di Tanah Melayu

Penjajahan Jepun di Tanah Melayu merupakan satu turutan pertempuran yang


singkat tetapi sengit dan merupakan satu detik perubahan antara pemerintahan British
kepada pemerintahan Jepun. Ini merupakan konsep baru yang tidak pernah terlintas
dalam pemikiran orang-orang Melayu dan bangsa lain selain. Pertempuran ini
membabitkan tentera negara-negara Komanwel, terdiri daripada British, India, Australia
dan penduduk Melayu dari pasukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu, dengan Tentera
Empayar Jepun bermula dari 8 Disember 1941 sehingga 31 Januari 1942 semasa Perang
Dunia II. Penjajahan Jepun di Tanah Melayu bermula apabila Tentera ke-25 menyerang

41
Tanah Melayu pada 8 Disember 1941. Tentera Jepun melancarkan serangan serangan
amfibi (amfibious assault) di pantai utara Tanah Melayu di Kota Bharu dan mula menuju
ke pantai timur Tanah Melayu. Ini dilakukan bersama dengan pendaratan di Pattani dan
Singapura dan Thailand, di mana mereka bergerak ke selatan melalui jalan darat
menyeberangi sempadan Malaysia-Thailand untuk menyerang sebelah barat Tanah
Melayu.

Jepun mula menakluki Tanah Melayu pada 13 Februari 1942 sehingga 15 ogos
1945. Kezaliman sewaktu memerintah adalah pahit. Jepun berjaya menakluki Tanah
Melayu telah mendapat sokongan daripada anak negeri yang terperangkap dengan janji-
janji kemerdekaan yang telah dijanjikan. Jepun juga turut menghampakan harapan
mereka yang terperangkap dengan janji-janji Jepun untuk memberikan kemerdekaan
dengan semboyannya "Asia untuk Orang Asia". Kekerasan berlaku. Mereka yang disyaki
menentang Jepun akan dibunuh. Akibat kezaliman Jepun itu, semangat cinta akan tanah
air telah dipupuk. Jepun mengalami pembangunan yang pesat pada zaman pemerintahan
Meiji. Jepun berjaya menguasai Korea pada tahun 1910 dan menakluk seluruh Manchuria
pada tahun 1931. Jepun telah menyertai Pakatan Axis bersama dengan Itali dan Jerman
apabila Perang Dunia Kedua meletus. Pada 7 Disember 1941, Jepun menyerang
Pelabuhan Pearl, Hawaii dan serangan ini telah mencetuskan Perang Pasifik. Jepun
berjaya menakluki seluruh Tanah Melayu pada 31 Januari 1941 dan manakluki Singapura
pada 15 Februari 1941. Pulau Pinang ditawan pada 17 Disember 1940 manakala Kuala
Lumpur ditawan pada 11 Januari 1941. Jepun mendapatkan bantuan daripada negara Thai
untuk menawan pantai barat Semenanjung Tanah Melayu. Di bawah Jeneral Tomoyuki
Yamashita, Singapura diserang dan ditawan setelah Leftenan Jeneral Percival menyerah
kalah.

Pada Zaman Pendudukan Jepun, rakyat hidup dalam ke sengsaraan. Kezaliman


dan kekejaman yang dilakukan oleh Kempetai amat ditakutkan. Kempetai merupakan
unit polis yang menangkap sesiapa sahaja yang disyaki menentang Jepun. Banyak
masalah sosial yang timbul seperti kemerosotan ekonomiyang menyebabkan ramai
penduduk yang mati kebuluran, hasil pertanian dirampas, bilangan pengangguran

42
semakin meningkat, ubat-ubatan tidak cukup menyebabkan ramai yang mati kerana
penyakit. Orang Cina yang menghantar bantuan kepada negara China apabila Perang
Jepun dengan China akan ditangkap dan dibunuh dengan kejam. Selain itu, pihak Jepun
juga memaksa orang Melayu membina jalan Kereta api Maut di negara Thai. Dasar
penjepunan diperkenalkan, sekolah-sekolah diganti dengan sekolah Jepun dan bahasa
Nippon-go digunakan di sekolah atau sebagai bahasa penghantar, Kamigayo iaitu lagu
kebangsaan Jepun dinyanyikan, menggunakan tulisan Jepun untuk surat-surat dan
sebagainya. Perbuatan tersebut menyebabkan kelahiran MPAJA iaitu Tentera Anti Jepun
Tanah Melayu, Force 136, Gerila Kinabalu dan lain-lain gerakan yang menentang Jepun.
Akhirnya, Jepun menyerah kalah tanpa syarat setelah Hiromshima dan Nagasaki
dibomkan. Walaupun Jepun telah menyerah kalah kepada tentera Berikat, tetapi banyak
kesan-kesan positif dan negatif diwujudkan. Antaranya, Zaman Pendudukan Jepun telah
wujud dan masyarakat menjadi kucar-kacir. Ramai yang mati akibat kelaparan dan
dijangkiti penyakit semasa zaman pemerintahan Jepun.

4.4.5 Kebangkitan semangat nasionalisme di Tanah Melayu

Merujuk kamus dewan edisi ke tiga, nasionalisme bermaksud kecintaan terhadap


sesebuah Negara yang mendorong kepada keinginan berjuang bagi membebaskan tanah
air daripada cengkaman kuasa asing atau penjajah. Semasa zaman pemerintahan Jepun,
mereka menghadapi masalah kekurangan pegawai untuk mengendalikan urusan kerajaan.
Hal ini telah menyebabkan pihak Jepun memberikan jawatanpenting kepada orang
melayu. Peluang yang telah di berikan oleh telah memberikan keyakinan kepada
masyarakat melayu untuk menentukan nasib mereka supaya tidak terlalu bergantung
kepada pihak British. Dalam keadaan Tanah Melayu yang huru hara semasa zaman
pemerintahan Jepun, unsur-unsur subversif telah menyusup masuk dalam jiwa rakyat.
Semangat ‘Asia Untuk Asia’ yang dibawa telah berjaya membina sifat percaya kepada

43
diri sendiri secara perlahan-lahan. Hal ini telah menyebabkan kepercayaan orang melayu
terhadap British telah pudar dan semangat cintakan tanah air dan bangsa semakin tinggi.

Semasa zaman penjajahan Jepun, Jepun telah membenarkan Kesatuan Melayu


Muda (KMM) yang telah diharamkan oleh British bergerak kembali. Ibrahim Haji
Yaacob dilantik sebaga Ketua Sukarela dan Dr. Burhanuddin Helmy dilantik sebagai
Penasihat Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu. Pemberian jawatan kepada orang
melayu merupakan latihan untuk mentadbir Negara kelak. Dengan mendapat kewangan
daripada pihak Jepun, Ibrahim Yaacob telah membeli akhbarWarta Malaya pada tahun
1941. Beliau telah menggunakan akhbar untuk menerbitkan rencana –rencana yang
membangkitkan kesedaran nasionalisme orang melayu dan mengencam penjajahan
British. Beliau berharap akan mendapatkan kebebasan politik jikalau British ditewaskan.
Satu pertubuhan yang diasaskan oleh Jepun telah ditubuhkan iaitu Pembela Tanah Air
(PETA) atau dalam bahasa Jepun ialah Giyu Gun. PETA terdiri daripada orang-orang
melayu dan tujuannya adalah untuk menghalang pengambilan semula Tanah Melayu oleh
tentera berikat. Ibrahim Yaacob menjadi ketua PETA yang merangkul pangkat sebagai
Leftenan Kolonel. Pada bulan Jun 1945 Ibrahim Yaacob Kesatuan Rakyat Indonesia
Semenanjung (KRIS). Matlamat KRISS adalah untuk menyatukan Tanah Melayu dan
Indonesia tetapi tidak berjaya dilaksanakan kerana tentera Jepun telah dikalahkan oleh
British pada 15 Ogos 1945. Apabila British kembali ke Tanah Melayu, ahli gerakan
PETA, KRISS dan KMM telah ditangkap oleh British.

Antara kumpulan anti-Jepun yang utama ialah Tentera Anti Jepun Rakyat Malaya
(MPAJA), Tentera Wataniah dan Gerila Force 136. MPAJA ialah gerakan bersenjata
yang terbesar dan terpenting dalam menentang Jepun. hal ini demikian kerana, ahli-ahli
MPAJA telah menerima senjata dan latihan ketenteraan daripada pihak British. Ini
menyebabkan pengaruh komunis semakin kuat di Tanah Melayu. Selain itu, semasa
perang dunia terletus, Angkatan Gerila Force 136 telah ditubuhkan. Angota Force seperti

44
John Davis dan Richard Broome dan Tengku Mahmud Mahyiddin. perjuangan pasukan
ini dibantu oleh oleh tentera Wataniah yang dipimpin oleh Kolonel Pemerintah Kehormat
Almarhum Sultan Abu Bakar. Force 136 beroperasi dalam kumpulan kecil di dalam
hutan dan apabila Jepun menyerah kalah mereka pun keluar dari hutan. Apabila British
berkuasa semula di Tanah Melayu, sebahagian besar anggota ini menentang pentadbiran
British.

Kesimpulanya

Setiap tamadun akan mengalami proses kenaikan dan kejatuhan tamadun. Proses
ini terjadi ekoran daripada pelbagai masalah dan faktor penyebabnya. Oleh sebab itu,
masyarakat Malaysia seharusnya berganding bahu bagi menjaga kemerdekaan yang
diperolehi ini agar tidak jatuh lagi ke tangan asing.

Bibliografi
Wikipedia bahasa Melayu (2008). Kedah Tua. Diperoleh pada Feb 21, 2010 daripada
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kedah_Tua

Wikipedia bahasa Indonesia (2010). Sriwijaya. Diperoleh pada Feb 21, 2010 daripada
http://id.wikipedia.org/wiki/Sriwijaya

Arba’iyah Mohd Noor (2002). Ilmu sejarah dan pensejarahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Ismail Hussein, A. Aziz Deraman dan Abd. Rahman Al-Ahmadi (1993). Tamadun Melayu jilid
Satu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

45
Muhd. Yusof Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahaya (1988). Sejarahwan dan pensejarahan
ketokohan dan karya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian
Pendidikan Malaysia.

Wikipedia bahasa Melayu (2010). Abdul Al-Rahman Ibn Muhammad Ibn Khaldun. Diperoleh
pada Feb 19, 2010 daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Abdul_Al-
Rahman_Ibn_Muhammad_Ibn_Khaldun

Zainal Abidin Borhan dan Ahmad Hakimi Khairuddin. Tamadun Melayu teras tamadun
Malaysia. Diperoleh pada Feb 21, 2010 daripada
http://www.scribd.com/doc/25338646/Bab-3-Tamadun-Melayu

Wikipedia (2009). Tamadun. Diperoleh daripada laman web dunia:


http://ms.wikipedia.org/wiki/Tamadun, pada Februari 20, 2010.

Blog (2009). Tamadun Mesopotamia. Diperoleh daripada laman web dunia: http://p4ccptan-
ppc.blogs.smjk.edu.my/files/2009/08/tamadun-mesopotamia.doc, pada Februari 19,
2010.

Forum (2009). Tamadun Mesopotamia. Diperoleh daripada laman web dunia:


http://cikgumini.lefora.com/2009/04/26/tamadun-mesopotamia/, pada Februari19,
2010.

Slideshare (2008). Tamadun India. Diperoleh daripada laman web dunia:


http://www.slideshare.net/azira74/tamadun-india-presentation-715819, pada Februari
19, 2010.

Slideshare (2009). Tamadun China. Diperoleh daripada laman web dunia:


http://www.slideshare.net/filaifa/tamadun-china, pada Februari 19, 2010.

46
R. Rajakkrishnan dan M. Rajantheran (1994). Pengantara Tamadun India. Kuala Lumpur:

Penerbit Fajar Bakti.

Jacquetta Hawkes (1980). The first great civilizations. New York: Alfreda A. Knopf.

Mahdi Shuid dan Mohamad Fauzi Yunus (2001). JIT SPM sejarah Malaysia. Petaling Jaya:
Pearson Education Malaysia
Sdn. Bhd.

John K Fairbank, Edwin O Reischamer dan Albert M. Craig (1989) East Asia tradition and
transformation. Boston: Houghton Mifflin company.

Jayaudin Jamaudin (2001). Tamadun dunia hingga tahun 1800. Seri Kembangan: eastview
Publication Sdn. Bhd.

Muhammad Yusoff Hasim, Ismail Hussein et. al (1993). Peperangan Melayu dalam tradisi
pensejarahan Malaysia satu telaah awal tamadun Melayu Jilid 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Muhammad Yusof Hasim (1998). Kesultanan Melayu Melaka kajian beberapa aspek tentang
Melaka pada Abad ke-15 dan ke-16 dalam sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Noor Azlan Mohd Noor dan Azizan Baharuddin ed (1993). Sistem perubatan Melayu
tradisional satu tinjauan umum dalam perubatan dan kesihatan di kalangan orang Melayu. Kuala
Lumpur: Akedemik Pengajian Melayu Universiti Malaya.

47
48

You might also like