You are on page 1of 4

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Tulisan Jawi: ‫ڤرتوبوهن كبڠسأن ماليو برساتو‬, Inggeris: United


Malay National Organisation; biasa dikenali sebagai UMNO atau PEKEMBAR [perlu rujukan]): [1] adalahparti
politik terbesar di Malaysia dan merupakan pengasas dan tulang belakang pakatan Barisan
Nasional yang telah memerintah Malaysia tanpa terganggu sejak merdeka lagi. Ia dikenali sebagai
penjaga nasionalisme Melayu atau ketuanan Melayu dan ideologi Islam, yang memperjuangkan
bahawa orang Melayu dan orang-orang Muslim lain merupakan orang peribumi di Malaysia, oleh itu
berhak menerima keistimewaan sebagai hak semenjak lahir seperti yang termaktub di dalam
perlembagaan Malaysia.

Sejarah UMNO
Zaman Dato Onn

Satu perhimpunan besar-besaran yang dikenali sebagai Kongres Melayu Se-Malaya pertama telah
diatur oleh Persatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baharu, Kuala Lumpur
pada 1 Mac hingga 4 Mac 1946 dan seramai 41 Pertubuhan-pertubuhan Melayu telah menghantar
wakil masing-masing.

Dato Onn bin Jaafar daripada Persatuan Melayu Johor telah dipilih sebagai Pengerusi Kongres.

Hampir semua wakil pertubuhan telah berucap termasuk dua orang wakil kanak-kanak.

Tiga usul telah diluluskan oleh Kongres seperti berikut:

 Menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu;


 Membantah pertubuhan Malayan Union; dan
 Mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu sahaja.

Satu jawatankuasa yang terdiri dari Dato Onn Jaafar, Dato Panglima Bukit Gantang, Dato Nik Ahmad
Kamil, Dato Hamzah Abdullah dan Encik Zainal Abidin Ahmad (Za'aba) telah dipilih untuk
menyediakan draf piagam atau Perlembagaan UMNO untuk dibentangkan dan diterima oleh
Kongres Melayu Se-Malaya kelak.

Sang saka bangsa

Walaupun ada bantahan yang hebat daripada kaum Melayu, Kerajaan British tetap meneruskan
rancangan mereka dan pada 1 April 1946 menubuhkan Malayan Union. Orang-orang Melayu dan
pertubuhan-pertubuhan Melayu terus membangkang dan tidak memberi sebarang sokongan
terhadap Malayan Union. Pada 11 Mei 1946, Kongres Melayu Se-Malaya ketiga dan perhimpunan
agung pertama Pertubuhan Melayu Kebangsaan Melayu Bersatu atau PEKEMBAR (UMNO)
berlangsung di Istana Besar Johor Bahru dan Perlembagaan UMNO telah diterima dan diluluskan
oleh para peserta. UMNO pun lahirlah secara rasmi.

Dato Onn mencadangkan bahawa keahlian parti dibuka kepada semua penduduk Tanah Melayu,
tanpa mengira kaum, dan nama UMNO ditukarkan menjadi "Pertubuhan Kebangsaan Penduduk
Tanah Melayu Bersatu". Disebabkan cadangan itu ditentang, Dato Onn meletakkan jawatan sebagai
presiden UMNO apabila persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam diadakan pada 25 - 26 Ogos
1951. Dato Onn kemudian menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 26 Ogos, 1951

Zaman Tunku Abdul Rahman

Pada 1951, Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Presiden UMNO kedua. Atas persepakatan di
antara UMNO, MCA dan MIC mengadakan mesyuarat kerajaan British di London, kemerdekaan
Tanah Melayu tercapai. Beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO
pada 1971 dan digantikan oleh timbalannya, Datuk Abdul Razak Hussein.

Zaman Tun Abdul Razak


Pada tahun 1971, Tun Abdul Razak mengumumkan Dasar Ekonomi Baru yang bertujuan membantu
orang Melayu. Dasar ini menyasarkan pegangan ekonomi orang Melayu sebanyak 30% menjelang
1990 namun gagal.

Zaman Tun Hussein Onn


Pada Januari 1976, Hussein Onn dilantik menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia
yang ketiga selepas kematian Tun Abdul Razak. Pada 20 April 1981, beliau melancarkan Skim
Amanah Saham Nasional yang merupakan satu dana amanah bumiputera yang bertujuan untuk
meningkatkan ekuiti bumiputera dalam ekonomi negara.

Zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad


UMNO telah diharamkan oleh mahkamah pada 4 Februari 1988 selepas berlakunya krisis
kepimpinan UMNO pada 1987 yang menyaksikan Tengku Razaleigh Hamzah telah bertanding
jawatan Presiden UMNO namun kalah dengan perbezaan undi yang kecil. Dr Mahathir telah
mendaftar satu pertubuhan baru dengan nama UMNO Baru pada 13 Februari 1988. Kemudiannya,
Tengku Razaleigh telah menubuhkan parti serpihan UMNO, Semangat 46 selain berlakunya Krisis
Perlembagaan Malaysia 1988.

Pada 1999, Dr Mahathir Mohamad menyingkir Datuk Seri Anwar Ibrahim dari jawatan Timbalan
Perdana Menteri Malaysia pada 1998 dan kemudian dari Timbalan Presiden UMNO serta keahlian
dalam UMNO. Parti Keadilan Nasional, kini Parti Keadilan Rakyat ditubuhkan selepas gelombang
Reformasi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang seterusnya menjadi pesaing sengit UMNO, dalam
Pilihanraya Umum 2008 yang lepas.

Zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi


Pada tahun 2003, Tun Dr Mahathir menyerahkan jawatan Presiden UMNO kepada Tun Abdullah
Ahmad Badawi. Pada 2004, UMNO dan Barisan Nasional mencapai kemenangan kerusi tertinggi
dalam sejarah pilihan raya di Malaysia dengan mendapat 198 daripada 219 kerusi atau 90.41%
kerusi. Namun pada 2008, UMNO dan Barisan Nasional mengalami kemerosotan undi sehingga
menyebabkan Pakatan Rakyat menguasai 4 negeri di Semenanjung Malaysia (Kedah, Pulau Pinang,
Perak, dan Kedah) selain PAS mengekalkan Kelantan.

Lagu UMNO
Bersatu, Bersetia, Berkhidmat

Bersatu Kita Bersatu

Dengan Setia Berganding Bahu

Jiwa Teguh Berpadu

Kita Rumpun Melayu

Bersama Kita Bersama

Mendukung Hasrat Semua

Berjasa Pada Bangsa

Agama Dan Negara

Lambang Kita Yang Gagah

Dipandang Mulia Dan Indah

"Bersatu, Bersetia, Berkhidmat"

Cogan Katanya

UMNO Terus Mara

Untuk Rakyat Malaysia

Presiden UMNO
Rencana utama: Presiden UMNO

Nama Tempoh perkhidmatan

Dato’ Onn bin Jaafar 11 Mei 1946 - 26 Ogos 1951

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj 26 Ogos 1951 - 24 Januari 1971

Tun Abdul Razak Dato' Hussein 24 Januari 1971 - 14 Januari 1976

Tun Hussein Onn 14 Januari 1976 - 28 Jun 1981

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad 28 Jun 1981 - 30 Oktober 2003


Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi 30 Oktober 2003 - 28 Mac 2009

Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak 28 Mac 2009 - Kini

You might also like