You are on page 1of 6

7.

2
Disediakan oleh: Mohd Ammar bin Sauti Mohd Firdaus bin Razlan Faiznur Aini bt Fauzi Siti Syazwani bt Kasim Zetty Akthar bt Abd Manap

Aktiviti 1-Bermain dam ular


‡ Guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan dan setiap kumpulan diberi satu set permainan dam ular. ‡ Guru memberi penerangan bahawa apabila membaling dadu, mereka perlu bergerak mengikut bilangan sebagaimana yang ditunjukkan oleh dadu. ‡ Setiap murid membaling dadu dan mengira berapa kotak yang mereka akan bergerak. ‡ Murid yang sampai dahulu ke kotak yang terakhir dikira sebagai pemenang. ‡ Murid dapat memahami dan menjalankan operasi tambah dalam lingkungan 1 hingga 6.

Aktiviti 2-situasi harian


‡ Guru menceritakan beberapa contoh yang berlaku dalam situasi harian. ‡ Situasi 1: Semasa datang ke sekolah ibu membekalkan Ali dengan dua biji gula-gula, apabila sampai di sekolah Ramu memberi dua biji lagi gulagula kepada Ali. Berapa biji gula-gula yang Ali ada sekarang?

‡ Situasi 2: Ada 3 ekor ikan emas dalam balang kemudian ibu memasukkan 5 ekor ikan emas lagi. Berapa ekor ikan yang terdapat dalam balang sekarang? ‡ Guru menanyakan jawapan kepada soalansoalan yang diajukan.

Aktiviti 3-Mengira buah


‡ Guru membawa pelbagai jenis buah yang terdiri daripada 2 biji manggis, 5 biji epal, sebiji oren, 4 biji rambutan dan 7 biji duku. ‡ Guru meletakkan buah-buah tersebut mengikut kumpulan buah-buahan. ‡ Guru memanggil seorang murid dan menanyakan soalan seperti: Berapakah hasil tambah kumpulan buah oren dengan kumpulan buah rambutan?

‡ Guru mengajak murid lain mengira bilangan buah oren dan rambutan bersama-sama untuk menentukan jawapan yang diberikan betul atau salah. ‡ Guru bertanya soalan lain kepada murid yang lain pula. ‡ Guru mengajak murid menyanyi bersamasama.

You might also like