Professional Documents
Culture Documents
Musbri Mohamed
DIL; ADIL ( ITM )
MBL ( UKM )
1
10. JAUH DENGAN MANUSIA
DEKAT DENGAN ALLAH
2
Inilah hakikat hidup yang dikatakan tipu daya. Tidak ada
yang kekal. Paras yang tampan tidak kekal lama, akhirnya
berkedut. Gigi yang penuh dan putih berseri lama-
kelamaan mulai rapuh dan rongak, rambut hitam yang
segar kini menjadi putih dan lesu, deria telinga yang tajam
mula pula berkurangan. Begitu juga tubuh yang sasa
sudah mula lemah dan berpenyakit.
3
Allah s.w.t bersifat dengan Rahman (Pengasih kepada semua)
dan Rahim (Penyayang khusus kepada orang mukmin).
4
Tetapi apabila kita sudah tua dan tidak bermaya lagi, kita tidak begitu
diperlukan. Kita mula disisih dari orangramai. Pergerakan kita terhad.
Minda kita mula merosot. Ingatan sudah tidak begitu kuat. Kesihatan
kita makin terjejas. Apakah ini menjadi tanda bahawa Allah s.w.t
sudah tidak menyayangi kita lagi? Tidak sekali-kali! Malahan
kesayangan Allah s.w.t tetap sama. Apabila Allah s.w.t renggangkan
manusia daripada kita, itu bermakna Allah s.w.t hendakkan kita
mendampingi diriNya supaya hati kita bertambah tertambat dan
lebih bertawakkal kepadaNya saja.
5
Amalan kita yang biasa kita lakukan semasa muda atau ketika sihat,
walaupun sudah tidak mampu dilakukan lagi kerana sudah uzur,
namun pahalanya tetap kita perolehi meskipun kita tidak lakukan.
Contohnya semasa muda, sudah menjadi amalan atau budaya untuk
bersolat jemaah atau menghadiri majlis ilmu di masjid. Tetapi apakan
daya amalan itu tidak dapat dilakukan lagi semasa tua. Sungguhpun
begitu pahala amalannya itu terus diperolehi walaupun kita tidak
membuatnya.
6
Nabi Muhammad s.a.w pernah
berpesan supaya kita merebut 5
perkara sebelum datang 5 perkara.
Di antaranya ialah beramal ketika
muda sebelum datang masa tua.
Masa muda ialah masa yang amat
baik untuk beramal kerana ketika itu
badan dan jiwa kita masih kuat.
7
Meskipun demikian kita seharusnya berdoa supaya tidak menjadi
seorang tua yang tidak sedarkan diri. Semakin tua semakin kacau.
Biang keladi, makin tua makin menjadi. Umur sudah menjangkau 50
tapi masih merasakan seolah-olah masih remaja. Usia sudah tua tapi
berperangai macam orang muda. Inilah yang kita takuti kerana hati
kita mudah terbalik.
Kita juga seharusnya berdoa supaya umur kita tidak terlalu panjang
sehingga menjadi nyanyuk dan kembali seperti perangai bayi yang
tidak dapat membezakan sesuatu.
8
"Ya Allah, kami memohon kepadaMu supaya hidupkan kami sekiranya
ianya baik bagi kami. Dan Engkau matikanlah pula kami sekiranya
ianya baik bagi kami. Janganlah Engkau tarik hidayah yang telah
Engkau berikan kepada kami. Ampunilah kami di atas kelemahan kami,
sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Akhirnya Ya Allah, berkatilah saki baki umur kami yang tinggal sedikit
ini untuk berbakti kepadaMu dan Engkau redhailah kami menjadi
hambaMu. Amin ya Rabbal Alamin...
9
10
11. MALU SEPARUH IMAN
Jika malu itu 50% daripada iman , mana 50% lagi ? Yang
selebihnya ialah takwa .
11
Jika sekadar takut saja tidak akan menjadi apa-apa.
Misalnya takut gagal dalam peperiksaan tidak akan
bererti jika tidak diikuti dengan rajin membaca
buku dan mengulangi pelajaran.
12
13
Ulama pernah menyebutkan 'bertafakkur satu saat (dalam memikir
kebesaran Allah s.w.t ) adalah lebih baik daripada beribadat 1000
tahun'.
14
Proses musyahadah perlu dilakukan secara berterusan sehingga
menjadi darah daging. Atau sehingga terasa benar di dalam diri kita
tentang kebesaran Allah s.w.t dan merasakan bahawa 'tidak ada
sesuatu yang Allah s.w.t jadikan secara sia-sia'. Kesemuanya ada
hikmah yang di luar kemampuan kita untuk memikirkannya.
15
Di samping melakukan proses musyahadah, kita perlu melakukan
muraqabah yakni menghampirkan diri terhadap Allah s.w.t dengan
melakukan segala amal fardu dan sunat.
16
Dalam hubungan ini, Allah s.w.t sering
mengingatkan kita supaya berjalan atau berziarah
serta melawat di muka bumi Allah s.w.t dengan niat
melihat kebesaran Allah s.w.t sambil memerhatikan
balasan yang Allah s.w.t timpakan kepada mereka
yang menganiaya diri mereka sendiri.
Semoga dengan coretan di atas dapat menjadikan
diri kita khususnya diri saya sendiri sebagai orang
yang sentiasa muhasabah diri dan bermusyahadah
serta bermuraqabah mudah-mudahan kita diterima
menjadi orang yang soleh yang bakal menghuni
syurga di akhirat kelak.
17
12. LELAKI PEMIMPIN WANITA
"Peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka." Perintah ini
ditujukan kepada kaum lelaki yang menjadi ketua sesebuah keluarga.
18
Pengaruh barat yang menular ke negara Islam
berjaya menyerapkan ideologi persamaan hak
wanita-lelaki dan akhirnya diterima umum.
Akibatnya konsep kepemimpinan lelaki
terhakis.
19
Apabila ramai wanita sudah memandang
tanggungjawab di rumah sebagai kolot dan tidak
ekonomikal, maka institusi keluarga akan tercemar dan
terjejas. Anak-anak kehilangan kasih-sayang ibu.
20
Walaupun kesilapan ini seolah-olah berpunca
daripada wanita tetapi sebenarnya ianya adalah
berpunca daripada lelaki yang tidak berjaya
mentarbiah wanita yang diamanahkan
kepadanya.
21
Kegagalan mentarbiah anak dan isteri menyebabkan ramai anak-anak
gadis keluar beramai-ramai memburu kerja di mana-mana saja. Kilang-
kilang perindustrian yang menawarkan insentif dan gaji lumayan
menjadi alternatif utama berbanding profesion perguruan dan
perkeranian. Bahkan ramai juga wanita yang menjadi doktor, jurutera,
polis, askar dan sebagainya.
Keadaan ini digawatkan lagi dengan sikap pelajar lelaki yang tidak
secemerlang pelajar perempuan di bidang akademik. Kecemerlangan
pelajar perempuan di dalam peperiksaan awam berbanding pelajar
lelaki menjadi satu faktor ramainya wanita melibatkan diri di dalam
pasaran tenaga kerja.
22
Penglibatan wanita yang ramai di dalam
sektor pekerjaan menyebabkan berlakunya
pengangguran di kalangan kaum lelaki.
23
Walaupun banyak faktor dikaitkan dengan gejala keruntuhan
akhlak yang berlaku sekarang, namun faktor yang jelas ialah
kurang berkesannya peranan yang dimainkan oleh kaum
lelaki sebagai ketua yang memimpin ahli-ahli keluarganya.
Wallahualam.
Musbri Mohamed
2010
24