You are on page 1of 36

Pengenalan

 Pengucapan merupakan satu kaedah


berkomunikasi secara lisan
 Dilakukan dalam situasi yang terancang iaitu
tempat, masa dan isu yang disampaikan
telah ditetapkan
 Abdul Mua’ti Ahmad, (1994) dalam bukunya;
Panduan Pengucapan Awam, menyatakan
bahawa “Pengucapan Umum menggunakan
anggota komunikasi verbal dan bukan
verbal”.

2
PROSES UCAPAN
Perucap
terdiri daripada Individu yang bertanggungjawab
empat perkara meluahkan isi bicaranya di khalayak
utama iaitu : dengan tujuan tertentu

Bahan Ucapan/Skrip
Kandungan isi bicara yang diluahkan
Audien
Kumpulan manusia yang mendengar
bicara dan seterusnya bertindak balas
terhadap bicara tersebut

Persembahan Ucapan/Situasi
Gaya ucapan disampaikan atau keadaan
sesuatu ucapan diadakan
3
JENIS-JENIS UCAPAN

5
Untuk Memberi Maklumat
(Informatif)
 Matlamat perucap adalah
untuk memaklumkan atau
menerangkan kepada audiens
tentang sesuatu konsep,
fenomena, perkara, proses,
idea dan sebagainya.
 Contohnya, Ceramah Motivasi

6
Untuk Memujuk
 Menerusi ucapan, perucap cuba
mempengaruhi fikiran audiens untuk
menghasilkan perubahan dari segi
citarasa, sikap, kepercayaan,
fahaman atau tindakan.
 Contoh;
 Jurujual, hakim, peguam, ahli politik dan
pegawai motivasi

7
Untuk Menghibur
 Tujuan untuk membangkitkan suasana
ceria dan menyeronokkan.
 Di majlis keraian. Tetamu khas yang
diminta berucap menyentuh hal-hal yang
melucukan dan menarik minat audien.

8
Majlis Khas
 Ucapan berlangsung
dalam sesuatu majlis
yang bersifat rasmi.
Teks ucapan akan
disediakan oleh AJK
untuk tetamu yang
dijemput berucap.

9
Impromptu

 Disampaikan secara spontan. Perucap


hanya membicarakan isu-isu ringan
yang menyentuh hal-hal yang telah
berlalu, isu semasa, harapan dan
ramalan masa hadapan.
 Isi ucapan berdasarkan pengalaman,
pengetahuan dan kemahiran.

10
Hafal Teks

 Ucapan disediakan
dengan lengkap
 Perucap hafal teks

 Contohnya,
 Perbahasan dan Pidato

11
Membaca teks
 Membaca sebuah skrip atau teks.
 Ucapan ini dilakukan sekiranya
terdapat fakta-fakta yang penting,
setiap perkataan tercatat perlu
dibaca.
 Contoh;
 Pembentangan Belanjawan Tahunan oleh
Perdana Menteri/Menteri Kewangan

12
Ucapan Yang Cukup Persediaan
(Ekstemporaneous)
 Menggabungkan ketiga-tiga jenis ucapan
 Perucap hanya menghafal bahagian-
bahagian tertentu
 Contoh seorang penceramah agama
 Impromptu – berucap berdasarkan
pengalaman dan kemahiran.
 Hafal – hafal petikan dan contoh-
contoh
 Baca teks – menyediakan isi-isi utama

13
Ciri-ciri Perucap Yang Baik

Berkemahiran
Berpengetahuan
Berucap
Menguasai bidang Berkeupayaan untuk mengawal
Berpengetahuan luas dan menarik perhatian audien
kepada ucapannya
Sensitif pada topik
Peribadi/perwatakan
Berkeyakinan baik
Audien menilai perucap termasuk
Yakin terhadap diri, cara berpakaian, berjalan ke tempat
persediaan dan penguasaan ucapan, gerak-geri fizikal dan lain-
topik lain
14
Langkah-langkah Penyediaan dan
Persembahan Ucapan Berkesan

16
Mengawal Gugup
Gugup bermaksud perasaan takut
apabila berada di hadapan khalayak
ataupun ia juga dikenali sebagai
ketakutan pentas.

17
Tanda-tanda Kegugupan

TANDA-TANDA GUGUP
Secara fisiologi

Jantung kencang Berpeluh ketiak Sesak nafas Ketar lutut

pitam Suara lemah Tubuh kaku Bibir kering

Secara psikologi
Tidak berani Bimbang lupa Allergic kepada
Bertentang mata Takut audien idea
malu
ucapan

18
Teknik Mengawal Gugup
SEBELUM BERUCAP
Pilih subjek yang diminati
Analisis audien
Susun Idea dengan jelas
Berlatih secukupnya
Pujuk diri sendiri
Senaman
Tarik nafas panjang-panjang
Matlamat ucapan munasabah
Relaks mental dan fizikal
Bersedia secukupnya
Jaga makan minum
Berangan
Memahami emosi gugup
19
Teknik Mengawal Gugup

20
Analisis Diri dan Majlis
Tajuk dan
pengetahuan......cukup ke?

Agenda Majlis ?
Masa

Acara lain ? Minat terhadap tajuk atau


bahan ucapan
Giliran ?
Penerimaan audien
Kemudahan yang majlis
disediakan ? Persediaan

Di mana ?

Tujuan ?

32
Analisis Audien
Ciri-ciri situasi

Tahap pendidikan
agama
jantina
bangsa
umur
etnik
budaya
Status sosial
Tahap ekonomi
ideologi
pekerjaan
Keahlian perkumpulan

33
Pengenalan Ucapan
Fakta menarik,unik dan statistik

Kejadian sejarah Salam/ucap selamat


Ajukan soalan yang mendorong Penghormatan protokol
untuk berfikir
Petikan Al-Quran atau tokoh

Contoh/cerita
Unsur-unsur Pengenalan
Merujuk majlis, audien atau diri
sendiri

Beri kenyataan lucu/jenaka


Teknik menarik perhatian
Kepentingan subjek

Penghormatan peribadi

34
Nyatakan fakta-fakta menarik atau unik

Contoh:
 “… Hadirin sekalian, beberapa malam yang lalu ketika
menonton rancangan berita di televisyen, saya ada
terdengar berita yang kononnya pihak pengkaji angkasa
lepas Amerika Syarikat memberi jaminan bahawa bulan
sebenarnya boleh menampung kehidupan manusia. Mereka
akan memulakan rancangan membawa beberapa orang
perintis untuk memulakan penghidupan di bulan, meneroka
permukaan bulan dan menjalankan aktiviti-aktiviti harian
seperti kita di bumi. Tetapi nampaknya hujung kampung ini
pun belum betul-betul kita terokai, masih banyak tanah
yang terbiar tanpa diusahakan. Pada hari ini saya akan
perkatakan tentang potensi tanah-tanah terbiar atau tanah-
tanah rang dalam daerah kita ini…”

35
Berikan Statistik
Contoh:
 “… Saudara/saudari sekalian, menurut laporan kajian
separuh penggal Rancangan Malaysia Keempat,
terdapat 140 ribu jawatan kosong yang masih
dibekukan oleh kerajaan sebagai langkah berjimat-
cermat. Kali ini terdapat lebihan tenaga kerja bagi
siswazah sebanyak lebih 2 ribu orang di peringkat
diploma dan 2,600 orang di peringkat ijazah pertama
dalam bidang sains. Inilah yang dikatakan
pengangguran para intelek kini…. Pada hari yang
berbahagia ini izinkan saya untuk memberi sedikit
penerangan tentang ‘Siswazah dan penciptaan kerja di
Malaysia pada masa ini…

36
Ajukan soalan-soalan pidato yang
mendorong audiens untuk berfikir.

Contoh:
 “… Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati
sekalian. Sudah kerapkali kita mendengar orang
memperkatakan tentang pencemaran alam sekitar.
Sudah sering benar kita baca dalam akhbar-akhbar,
menonton melalui televisyen dan mendengar melalui
radio tentang perkara tersebut. Tetapi apakah
langkah-langkah yang paling berkesan untuk
mengatasinya. Apakah tanggungjawab kita sendiri
untuk mengatasi masalah ini? Pada hari ini marilah
sama-sama kita renungkan langkah-langkah….”

37
Berikan kenyataan lucu atau berjenaka
(sekiranya ada bakat)
Contoh:
 “… Beberapa hari yang lepas seorang petani datang ke pejabat
saya untuk menguruskan soal permohonan bantuan tanam semula
getah. Mula-mula petani tersebut berjumpa dengan salah seorang
kerani dan menceritakan tujuan beliau datang. Tetapi kerani
tersebut menolak permohonan petani tadi dengan alasan tiada
‘hitam putih’ untuk menyokong permohonan beliau. Selepas itu
petani tersebut pergi pula berjumpa dengan ketua kerani, jawapan
yang sama juga diterima. Petani tadi masih belum berputus asa,
beliau masuk pula ke bilik Pegawai Pertanian dan mengemukakan
permohonan tadi. Malangnya pegawai ini tidak dapat melayan
permohonan tersebut kerana tiada hitam-putih. Petani pun
mulalah hilang sabar, sambil melangkah keluar, beliau berkata –
nampaknya orang-orang di sini tak boleh buat kerja kalau tiada
hitam-putih. Kalau nak sangat hitam-putih, mintalah dari
cicak….Pada pagi ini saya juga ingin memperkatakan tentang
hitam-putih, bukan dari cicak, tetapi dari Perintah Am yang perlu
tuan-tuan sebagai pegawai-pegawai baru membaca dan
memahaminya….”
38
Berikan petikan daripada tokoh atau kitab-
kitab seperti Al-Quran.
Contoh:
 “….Dalam kitab Al-Quran, Tuhan telah
berfirman bahawa sesungguhnya Dia tidak
akan membantu sesuatu umat manusia,
melainkan umat itu sendiri terlebih dahulu
berusaha untuk membantu diri sendiri.
Berpandukan firman inilah, pada petang ini
saya ingin memperkatakan tentang
perlunya kita berusaha berdikari untuk
memajukan diri sendiri, jiran-jiran kita,
seterusnya kampung kita ini….”

39
Merujuk kepada majlis, audiens atau
diri kita sendiri sebagai perucap
Contoh:
 “…. Tuan-tuan dan puan-puan, beberapa bulan yang lalu majlis yang
lebih kurang serupa dengan majlis ini telah diadakan di dewan ini
dengan tujuan yang sama. Hari ini majlis ini diadakan sekali lagi atas
permintaan yang begitu tinggi dari puan-puan dan tuan-tuan semua,
terutama yang ingin mengetahui dengan lebih mendalam tentang
sistem perladangan berkelompok ini. Kita seharusnya berterima kasih
kepada pihak pengelola kerana telah bersusah-payah mengatur dan
mengendalikan majlis penting ini. Saya difahamkan bahawa
perbelanjaan untuk mengadakan majlis ini, termasuk penyediaan
makan-minum dan tempat penginapan peserta dan penceramah
berjumlah tujuh ribu ringgit. Bayangkan betapa berharganya majlis
ini. Oleh itu saya harap tuan-tuan dan puan-puan akan memberikan
penyertaan yang bermakna dalam majlis ini….”

40
Merujuk Audiens
Contoh:
 “… Saudara-saudari siswa-siswi baru yang saya hormati sekalian.
Terlebih dahulu izinkan saya mengucapkan setinggi-timggi tahniah di atas
kejayaan saudara-saudari memasuki universiti ini. Saya rasa saya belum
terlewat untuk mengucapkan selamat datang ke kampus hijau yang
permai ini. Tahun ini lebih 22 ribu pelajar memohon untuk memasuki
universiti ini. Daripada jumlah tersebut, hanya 1,800 orang sahaja yang
dipilih dan mereka yang terpilih itu kini berhadapan dengan saya.
Fikirkanlah betapa bertuahnya saudara-saudari kerana telah diterima
masuk ke sini. Saudara-saudari adalah pilihan yang terbaik dari ribuan
pilihan lain. Oleh itu sepanjang masa saudara-saudari berada di sini,
berusahalah untuk membaiki diri di samping melengkapkan dada dengan
ilmu-ilmu yang boleh diperolehi dari menara gading ini. Empat atau lima
tahun lagi saudara-saudari akan keluar meninggal universiti ini.
Melangkahlah nanti sebagai umat yang bertaqwa, seorang rakyat yang
berguna dan sebagai seorang insan yang kamil. Sebagai Pengerusi
Jawatankuasa Majlis Orientasi, saya ingin memberi penjelasan tentang
perjalanan program orientasi yang akan saudara-saudari ikuti sepanjang
minggu ini….”

41
Merujuk diri sendiri sebagai
perucap
Contoh:
 “Saudara-saudari yang saya hormati sekalian. Saya sebenarnya
belum pernah membuat pengakuan begini di mana-mana.
Sebenarnya saya seorang penagih dadah. Setiap hari saya mengambil
dadah, sejak dari bangku sekolah lagi. Semakin hari dos yang
terpaksa saya ambil semakin bertambah. Dadah yang saya ambil
adalah dari jenis kapsul, disebut Ponstan yang apabila diambil akan
mengurangkan ketegangan. Biasanya penagih dadah mengambil
dadah untuk menghilangkan ketegangan dan berkhayal tetapi saya
mengambil dadah ini untuk mengurangkan penyiksaan. Maksud saya
penyiksaan sakit kepala atau migraine. Oleh kerana saya sudah
begitu lama mengidap penyakit migraine ini, saya sudah faham benar
tentang penyakit ini. Pada hari ini saya akan memperkatakan sedikit
sebanyak dari hal penyakit yang menyiksakan ini di samping kaedah-
kaedah rawatannya….”

42
Bercerita: sama ada cerita benar,
fantasi atau dongeng
Contoh:
 “ Tuan-tuan dan puan-puan tentu pernah mendengar cerita Mat Jenin. Mengikut
versi Inggeris, Mat Jenin ialah seorang anak Melayu yang tinggal di sebuah
kampung. Hobinya ialah berangan-angan. Mat jenin bekerja sebagai pemanjat
kelapa. Suatu hari ketika sedang memanjat pokok kelapa, Mat Jenin pun
berangan-angan; dengan wang upah memanjat kelapa tadi dia akan membeli
beberapa ekor ayam. Setelah berjaya menternak ayam, beliau akan membeli
beberapa ekor lembu. Setelah berjaya menjadi penternak lembu beliau akan
berdagang, membeli kapal-kapal di laut. Kemudian beliau akan berkahwin dengan
puteri raja yang cantik rupa parasnya. Mat Jenin terlalu gembira dan bertepuk
tangan, tiba-tiba tangannya terlepas dan dia pun terjatuh dari pokok tadi lalu mati.
Tetapi mengikut versi saya, Mat Jenin tidak jatuh. Apabila mendapat isteri yang
cantik itu, Mat Jenin tentu memeluknya dengan lebih erat. Dengan itu diapun
memeluk batang kelapa tadi dengan erat dan sudah tentu dia tidak jatuh.
Akhirnya Mat Jenin pun berjaya memetik buah-buah kelapa dan mendapatkan
upahnya. Tuan-tuan dan puan-puan, anak cucu Mat Jenin inilah pada hari ini
mewarisi cita-citanya, menjadi usahawan-usahawan yang berjaya di ibu kota.
Sebenarnya bangsa kita merupakan bangsa yang mempunyai cita-cita dan aspirasi
yang tinggi. Pada petang ini saya akan membentangkan Kertas Kerja yang
bertajuk “Usahawan-usahawan Melayu kini – antara harapan dan cabaran.”

43
Menyatakan kejadian-kejadian
sejarah
Contoh:
 “…Hadirin sekalian, lebih kurang empat ratus tahun dahulu dunia
bertumpu di sini. Seluruh dunia mengenali pelabuhan Melaka.
Bangsa kita muncul sebagai pedagang yang mewah, menghubung
dunia Timur dengan Barat. Tetapi kini semuanya hanya tinggal
kenangan, tersimpan dalam lipatan sejarah. Dunia sudah melupai
Melaka dan anak Melayu. Maka kitalah yang bertanggungjawab
untuk menghidupkan semula bangsa Melayu dan Malaysia di mata
dunia. Kita masih punya bahan-bahan mentah untuk
diperdagangkan. Maka berusahalah, carilah pelaburan untuk
memajukan industri-industri di negara ini. Sehubungan dengan ini,
marilah kita semua sama-sama berbincang dari hal ‘Peluang-peluang
pelaburan dalam sektor pertanian dan industri pertanian di
Malaysia…”

44
Menekankan kepentingan subjek atau tajuk
yang akan kita perkatakan

Contoh:
 “… Saudara-saudari siswa-siswi yang dihormati sekalian. Saya yakin
saudara/ri tentu pernah mendengar orang membicarakan tentang ‘
sumbangan siswa-siswi dalam pembangunan’. Saya juga pada hari
ini akan membicarakan tentang tajuk yang sama, tetapi dilihat dari
sudut yang berbeza. Saya akan memperkatakan tentang sumbangan
siswa/wi dalam pembangunan diri sendiri. Maksudnya saya akan
cuba mendedahkan kaedah atau pendekatan yang boleh saudara/ri
gunakan untuk mengenali diri saudara/ri, kelemahan serta potensi
diri untuk maju. Ini semua amat mustahak bagi saudara/ri yang
bakal menjadi agen-agen perubahan kepada masyarakat. Kita perlu
mengenali agen perubah itu dahulu sebelum kita boleh melaksanakan
tugas-tugas merubah. Oleh itu saya harap sama-samalah kita berikan
penyertaan yang bermakna dalam memperkatakan tentang perkara
mustahak ini…”

45
Penghormatan peribadi iaitu memuji
audiens secara jujur
Contoh:
 “… Hadirin sekalian, bersyukur saya kepada Tuhan kerana
dengan kekuatan yang diberikan kepada saya maka dapat
saya bersama-sama hadirin sekalian dalam majlis ini.
Sebenarnya saya berasa sungguh bangga bercampur
gementar pada ketika ini. Kenapa? Kerana saya tidak
pernah sama sekali menyangka akan diberikan peluang
berucap di hadapan saudara/ri sekalian, para cendiakawan
kebanggaan bangsa dan negara. Ini merupakan satu
penghormatan yang tinggi buat diri saya dan saya berjanji
tidak akan mensia-siakan peluang ini. Saya akan cuba
menghuraikan senario-senario serta ‘rationale’ yang
membawa kepada keputusan pihak kami di kementerian
untuk mengkaji semula ‘Akta Universiti Kolej’…”

46
Merancang Penutup
Tukar gaya bercakap
Ulang teknik tarik
perhatian

Rujuk tema

Beritahu hendak berhenti

Ulang sebut idea


utama
soalan
Menyediakan audien untuk berhenti mendengar
rayuan

47
Kaedah Latihan
Jangan berlatih bahasa
badan
rakaman
Jangan berlebihan

Ukur masa Buat penilaian


Berlatih
Hayati ucapan Berlatih 3-6 kali

Berlatih guna APD Hafal idea

Rujuk nota Hafal secara “mentally’

48
Penutup
Perucap yang cemerlang
merupakan perucap yang
sentiasa berupaya dalam
menyampaikan setiap
ucapannya dengan baik dan
berkesan tanpa mengira
audiens, suasana, dan saluran
berucap

54
Rujukan

 Panduan Pengucapan Awam. Abdul


Mua’ti Ahmad, (1994)

55

You might also like