You are on page 1of 1

PERKAHWINAN DALAM MASYARAKAT BIDAYUH

Bagi masyarakat bidayuh, perkahwinan ialah salah satu cara bagi mereka untuk menjadi
dan menikmati hak sebagai anggota biik atau keluarga itu. Masyarakat Bidayuh hanya
mengamalkan monogamy sahaja, iaitu perkahwinan dengan satu pasangan sahaja.
Amalan poligami adalah tidak digalakkan dalam maysarakat Bidayuh. Namun demikian,
jika berlaku penceraian atau kematian bagi pasangan mereka, maka perkawinan yang
setrusanya atau perkahwinan semula merupakan satu perkara biasa bagi masyarakat
Bidayuh. Dalam masyarakat Bidayuh juga, perkahwinan anatar sepupu adalah dilarang.
Hal ini sedemikian kerana talian persaudaraan antara sesame sepupu adalah amat dekat
dan masih berkongsi darah yang sama atau dalam keturunan keluarga yang sama,
umpama adik beradik. Jika dilangsungkan juga perkahwinan antara sepupu, dikhuatiri
akan membawa banyak musibah kepada pasangan dan keluarga mereka. Contohnya
kumpulan seperti Dayak Selako melarang ahlinya daripada berkahwin dengan anggota
kaum yang pernah menjadi musuh perang mereka kerana khuatir akan termakan sumpah.
Manakala di kalangan kumpulan Dayak Bukar – Sadong, eraturan tentang perkahwinan
agak longgar. Lelaki dan perempuan boleh bergaul anatara satu sama lain dan saling
kenal mengenali antara mereka sebelum mereka berkahwin.

ADAT MEMINANG

Cara

You might also like