You are on page 1of 31

SINOPSIS CERIA KASIH

OLEH: ELBY WAHIDA

SYUHADAH BINTI ABDUL RAZAK


BAB 1
Nadia seorang mahasiswi yang sedang menunggu
kekasihnya, Affendi. Namun Affendi telah memungkiri
janjinya. Setelah tamat mengikuti kulia, Nadia telah
pergi ke perpustakaan dan terimbau kembali
pertemuan pertama antara dia dengan Affendi. Selepas
itu, Nadia pulang ke asrama dan telah menerima 2
pucuk surat daripada Affendi dan keluarganya. Affendi
telah memohon maaf kerana telah memungkiri janjinya
dan surat daripada keluarganya pula telah menyatakan
bahawa ayahnya tidak sihat akhir-akhir ini.
BAB 2
Nadia runsing memikirkan penerimaan surat yang
dihantar oleh Affendi dan keluarganya sehingga tidak
dapat menumpukan perhatian terhadap pelajarannya.
Melalui surat yang dikirimkan oleh Affendi, dia telah
mendapati Affendi telah mmebuat keputusan untuk
memutuskan hubungan mereka disebabkan oleh
cemburu Affendi sendiri. Namun Affendi bukan lah
hendak memutuskan hubungan tersebut tetapi sekadar
ingin merenggangkan hubungan mereka untuk
sementara waktu kerana masalah yang dihadapi oleh
mereka berkaitan cemburu Affendi terhadap Razlan iaitu
peminat Nadia.
BAB 3
Semasa berada di lapangan terbang untuk pulang ke
kampung, Nadia masih menanti kedatangan Affendi
walaupun mereka telah lama tidak berhubung. Seketika
kemudian Affendi telah muncul dengan ucapan maaf
atas keputusan yang telah dilakukan. Kehadiran Nadia
disambut baik oleh keluarga tersayang dan mereka
saling bertukar-tukar cerita.
BAB 4
Kilang abahnya mengalami sedikit masalah dan ditambah
pula dengan ekonomi yang meleset. Nadia menjadi kecut
memikirkan tentang masalah yang dihadapi oleh kilang
dan permintaan abahnya yang meminta supaya Nadia
menguruskan kilang tersebut. Namun begitu, dia telah
menjejakkan kaki juga ke kilang dan dia telah mendapati
kilang tersebut telah menghadapi banyak masalah.
BAB 5
Nadia memulakan pekerjaan pada hari yang berikutnya
kerana abahnya berada di Kota Bharu. Nadia telah cuba
untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh kilang
tersebut. Dia dan Amar telah merangka satu idea untuk
membina mini Tadika bagi menempatkan anak-anak
pekerja yang telah dibawa ke tempat kerja. Dia juga telah
menasihati Kak Salbiah tentang penggunaan telefon di
tempat kerja.
BAB 6
Nadia merasakan satu sikap dingin daripada pekerja-
pekerja abahnya manakala kilang pula menghadapi
penghantaran barangan kerana lori telah rosak dan
pekerja ponteng kerja dan mengikuti Abang Kamal untuk
melakukan kerja menjual barangan kraftangan dengan
menggunakan kereta syarikat. Nadia telah meminta
pendapat dan menerangkan kepada abahnya berkaitan
masalah syarikat. Dia dan Amar juga telah pergi bersama
untuk melawat pekerja yang sakit akibat terhidu habuk di
kilang.
BAB 7
Kedatangan Zaiton telah melenyapkan seketika masalah
yang dihadapi oleh Nadia. Setelah Zaiton pulang
masalah itu muncul kembali. Dia telah mencadangkan
kepada abahnya supaya Abang Kamal dibuang kerja dan
digantikan dengan Amar. Bakat Amar dalam bidang
perniagaan begitu terserlah. Oleh kerana Abang Kamal
tidak puas hati dengan Amar maka telah berlaku
pertelingkahan antara Amar dengan Abang Kamal.
BAB 8
Amar telah menceritakan kepada Nadia perihal Abang
Kamal yang ingin menjual perabot sendiri dengan
menggunakan nama syarikat dan barangan syarikat.
Setelah itu, Nadia menerima panggilan telefon daripada
Affendi. Semasa menerima panggilan telefon itu,tiba-tiba
Nadia dikejutkan dengan berita Pak Yahaya yang jatuh
sakit dan Affendi telah kembali merajuk kerana
memikirkan Nadia tidak mahu menerima panggilan
daripada dia lagi.
BAB 9
Nadia telah menerima panggilan telefon yang mengugut akan
mengancam keselamatan dia dan keluarga. Namun begitu,
tindakan tidak dapat diambil berikutan kurang maklumat dan
bukti yang kukuh. Tiba-tiba Abang Kamal datang bersama
dengan 2 orang rakannya dan membuat kecoh di kilang
tersebut. Selepas itu, Nadia mempelawa Amar untuk makan di
rumahnya dan semasa di dalam kereta Amar telah bersikap
aneh selepas mendengar siaran radio tentang perlawanan bola.
Semasa makan di rumah Nadia, Amar telah dinaikkan pangkat
bagi menggantikan Abang Kamal tetapi ditolak oleh Amar
kerana dia ingin berhenti kerja dan telah menerima tawaran
sebagai pengurus. Amar telah menceritakan bahawa dia
memiliki segulung ijazah dalam bidang pengurusan perniagaan.
BAB 10
Amar telah menunggu di kilang bagi memastikan
keraguannya semasa mandengar siaran radio ketika berada
dalam kereta Nadia. Selepas itu, Nadia turut serta untuk
mengetahui apa yang mengganggu fikiran Amar tetapi
perasaan marah berbaur rajuk kerana mengetahui rahsia
Amar masih bersisa. Selepas seketika kelibat Abang Kamal
dan rakan-rakannya yang sedang cuba memusnahkan
kilang telah dikenakpasti. Mereka terkejut mendapati Amar
dan Nadia berada di situ. Maka berlakulah pergaduhan
antara mereka manakala Nadia telah berlari keluar bagi
mendapatkan bantuan. Selepas beberapa ketika
bergaduhpihak polis telah mengepung dan Abang Kamal
serta rakan-rakannya berjaya diberkas.
BAB 11
Akhirnya Amar dan Nadia telah berkahwin dan Nadia
terpaksa menerangkan kepada Affendi tentang semua
yang telah berlaku.
TEMA CERIA KASIH
Novel Ceria Kasih ini bertemakan pengorbanan
seorang anak terhadap keluarganya dan
kesulitan menghadapi masalah kehidupan dan
percintaan.
WATAK DAN PERWATAKAN

(NOVEL: CERIA KASIH OLEH


ELBY WAHIDA)
OLEH: AMIRAH AZHAR
2PPISMP PL(BM)/MT/BI
WATAK
Watak yang terlibat:
 Nadia
Abang Kamal
 Affendi
Adik Nadia (Rosnani)
 Sina
Amar
 Ayah Nadia(En.Mansor)
Mak Limah
 Fawziah/ Awzi
Kak Salbiah
 Baharom
Razlan/Lan
 Zaiton
Nadia
 Watak utama
 Seorang mahasiswi di universiti tempatan
 Pelajar pengurusan perniagaan
 Sudah mempunyai buah hati, Affendi
 Anak sulung perempuan
 Berasal dari Johor
 Berasal dari keluarga yang berkemampuan
 Seorang pelajar cemerlang
 Seorang yang pemaaf
 Seorang yang suka berangan
Affendi
 Seorang mahasiswa di universiti tempatan
 Mempunyai buah hati, Nadia
 Merupakan pelajar tahun akhir
 Berasal dari keluarga yang susah
 Anak sulung
 Seorang yang terburu-buru
 Seorang yang kuat cemburu
 Seorang yang ego, keras hati
Razlan
 Peminat Nadia
 Mahasiswa di universiti tempatan
 Seorang yang berani
 Seorang yang tidak cepat berputus asa
Ayah nadia
(En.Mansor)
 Mempunyai perusahaan kilang perabot
 Mempunyai pekerja seramai 20 orang
 Seorang yang baik
 Seorang yang penyabar
 Seorang yang kuat bekerja
 Sering sakit-sakit
Fawziah/Awzi
 Rakan sekuliah
 Seorang yang mempunyai pendirian tetap
 Tidak mempercayai kepada kaum lelaki

Sina
 Rakan sebilik
 Seorang yang nekad
 Seorang yang mengambil berat
Baharom
 Seorang pelajar Sains Komputer
 Seorang pelajar yang bijak
 Suka mengusik Zaiton

Zaiton
 Teman Nadia
 Mempunyai sebuah motor
 Seorang yang panas baran
Adik Nadia
 Nama: Rosnani
 Berada di Tingkatan 5
 Anak bongsu
 Seorang yang dengar cakap
 Seorang yang mengambil berat

Mak limah
 Pembantu rumah bagi keluarga nadia
 Seorang yang kuat agama
 Seorang yang baik
Abang
 Pekerja ayahnya Kamal
 Prang kepercayaan ayahnya di kilang
 Seorang yang mementingkan diri
 Seorang yang kemas
 Seorang pendendam
 Cepat panas baran
 Tidak cekap menjalankan urusan perniagaan
Amar
 Seorang pekerja baru ayahnya
 Masih muda
 Pelajar kelulusan ijazah pengurusan perniagaan
 Seorang yang jujur
 Seorang yang cekap bekerja
 Seorang yang merendah diri
 seorang yang prihatin
 Seorang yang berani
 Mempunyai pemikiran yang matang
 Tidak disukai oleh Abang Kamal
Kak
Salbiah/Sal
 Setiausaha ayahnya
 Seorang yang tidak boleh diharapkan
 Seorang yang suka mengambil kesempatan
BERDASARKAN NOVEL CERIA KASIH

MOHAMED DANIAL BIN ABDUL GHANI


PPISMP PEM BM/MT/BI
Aliterasi
• Kehendak keluarga (m/s 11)
Asonansi
• Cadangan anggaran (m/s 52)
Pengaruh
Bahasa Arab
• Insya-Allah (m/s 28)
• marrionette (m/s 16) - personal problem (m/s 42) Pengaruh

Bahasa Inggeris
• porch (m/s 29) - GPA (Gred Point Average) (m/s
• problem (m/s 32) - heavy (m/s 2)
GAYA BAHASA
• Nadia sering mengimbas kembali situasi-situasi semasa
kembali
beliau mempunyai konflik dengan kekasihnya, Affendi Imbas
• Matahari semakin garang terpacak atas kepala (m/s 2)
Hiperbola
• Lembayung kasih (m/s 15)
Metafora
Sinkof
tak (m/s 24) nak (m/s 24)

Inversi
> Mengingatkan perkara itu, Nadia keresahan
> Nadia keresahan mengingatkan perkara itu.

Simile
Kawan-kawannya ketawa seperti dirasuk syaitan (m/s 109)
NILAI
• Kebijaksanaan
• Kerajinan
• Hormat-menghormati
• Kasih sayang
• Percintaan
• Keberanian
• Simpati
PENGAJARAN
• KITA HENDAKLAH MENJALANKAN KERJA
DENGAN AMANAH
• KITA HENDAKLAH CEKAP DALAM MEMBUAT
KEPUTUSAN
• KITA HENDAKLAH MENGHARGAI
KEPERCAYAAN ORANG LAIN TERHADAP KITA
• KITA HENDAKLAH BEKERJASAMA

You might also like