You are on page 1of 3

PENGENALAN IMAM AL-KISAEI AL-KUFI

(Menurut kitab Tarikh al-Qurra’ al-‘Asyarah wa ruwatihim karangan ‘Abdul al-Fatah al-Qadhi)

Beliau adalah Ali bin Hamzah bin Abdullah bin Uthman daripada keturunan Bahman bin Fairuz
maula Bani Asad yang datang dari Kufah kemudian menetap di Baghdad.Beliau dipanggil
dengan Abu Al-Hasan dan digelar dengan Al-Kisa’ie.Beliau adalah salah seorang daripada Al-
Qurra’ Assab’ah.

Beliau mengambil cara bacaan secara bertalaqqi daripada Hamzah empat kali dan berpegang
dengan bacaan tersebut.Selain itu beliau juga mengambil daripada Muhammad bin Abu Ali
Laila ,Isa bin Umar Al-hamzani .Beliau juga meriwayatkan satu cara bacaan daripada Abu
Bakar bin ‘Iyash ( Syu’bah) dan Ismail bin Ja’far ,Za’idah bin Qudamah. Isa bin Umar pula
bertalaqi dengan ‘Asim ,Tolhah bin Musrif ,Al-A’mash ,dan juga Abu Bakar ‘Iyash.

Manakala Ismail bin Ja’far pula bertalaqi dengan Syaibah bin Nasah dan Nafi’. Beliau juga
( Isma’il bin Ja’far ) bertalaqi dengan Sulaiman bin Muhammad bin Jammaz dan Isa bin
Wardan. Manakala Za’idah bin Qudamah pula telah bertalaqi dengan Al-A’mash .
Beliau ( Al-Kisa’ie ) adalah Imam bagi masyarakat di zamanya dalam Al-Qiraat ( seni bacaan
Al-Quran ).Beliau juga orang yang paling alim dalam ilmu ini serta paling pintar. Beliau telah
menjadi tempat rujukan dalam ilmu ini di Kufah selepas imam Hamzah. 

Abu Ubaid berkata di dalam kitab Al-Qira’at : Dahulunya Al-Kisa’ie memilih dan mensaring
cara-cara bacaan ,maka dengan itu beliau mengambil sebahagian dari cara bacaan Hamzah
dan meninggalkan sebahagian yang lain.Tiada manusia yang paling pintar dan bijak dalam
ilmu ini daripada Al-Kisai’e.

Ibnu Mujahid berkata : Al-Kisai’e telah memilih dan mengambil sebahagian daripada cara
bacaan Hamzah dan selainya secara saksama tanpa terkeluar dari peninggalan para imam
yang terdahulu. Beliau adalah imam dalam ilmu ini di zamannya.

Dahulunya masyarakat mengambil daripadanya (Al-Kisa’ie ) lafaz-lafaz bacaan melalui


bacaanya (Al-Kisai’e ) kepada mereka. Mereka juga meletakkan titik pada mushaf Al-quran
mereka bedasarkan bacaannya.

Isma’l Jaafar Al-Madani ( Beliau adalah daripada anak murid Nafi’ yang utama ) berkata : Aku
tidak ketahui orang yang paling bagus membaca Al-Quran daripada Al-Kisai’e.

Abu Bakar Al-Anbari berkata : Telah berkumpul pada Al-Kisaei’e itu banyak ilmu.Beliau orang
yang paling mahir dalam Ilmu Nahu.Ilmu Al-Gharib ( gharibul-quran ) dan jugaI Ilmu Qiraat
.Dahulu masyarakat berkumpul beramai-ramai dan beliau duduk di atas kerusinya untuk
membacakan kepada mereka Al-Quran dari awal sehingga akhir . Dengan itu masyarakat
mendengar bacaanya dan mencatat segala pekara yang bermanfaat berkaitan dengan bacaan
Al-Quran.
Setengah ulama berkata : Dahulu Al-Kisai’e apabila beliau membaca Al-Quran atau berkata-
kata seolah-olah malaikat yang berbicara.

Yahya bin Ma’in berkata : Tidak pernah aku melihat dengan kedua mata aku ini lahjah yang
paling tepat dan betul dari pada Al-Kisai’e.

Telah mengambil bacaan al-Quran daripadanya secara ‘aradhan dan sam’an ramai manusia
sehingga tidak mampu untuk dihitung . Di antaranya Ahmad bin Jubair , Ahmad bin Mansur Al-
Baghdadi , Hafs bin Umar Ad-Duri , Abu Al-Harith Al-Laith bin Kholid , Abdullah bin Ahmad bin
Zakwan , Abu Ubaid Al-Qosim bin Sallam , Qutaibah bin Mahran ,Al-Mughirah bin Syuai’b
,Yahya bin Adam , Khalaf bin Hisham Al-Bazzar, Abu Huyuah Syuraih bin Yazid dan yahya bin
Yazid Al-Farra’. Dan juga diambil daripadanya satu cara bacaan oleh Ya’qub bin Ishak Al-
Hadrami.

Sebagaimana Al-Kisai’e mahir dalam bidang Qiraat ,beliau juga mahir dalam bidang Nahu dan
Bahasa Arab. Al-Fudhail bin Syazan berkata : Setelah Al-Kisai’e selesai menuntut daripada
Hamzah,beliau keluar ke kawasan kampung .Maka beliau bertemu dengan penduduk kampung
dan menetap bersama mereka sehingga beliau menjadi sebahagian daripada mereka.
Kemudian beliau pulang ke kawasan bandar dalam keaadan beliau sudah mahir dalam ilmu
Bahasa Arab.

Al-Imam Al-Syafie berkata : Barangsiapa yang ingin memperluaskan ilmu dalam bidang Nahu
maka dia adalah pengikut Al-Kisai’e. Berkata selain daripadaya : Al-Kisai’e telah menguasai
bidang Qiraat ,Bahasa Arab dan Nahu. Beliau juga mendidik dua anak Harun Al-Rasyid iaitu Al-
Amin dan Al-Ma’mun.

Di dalam kitab Tarikh Ibnu Kathir : Al-Kisai’e telah mengambil kemahiran Ilmu Nahu daripada
Al-Khalil .Satu hari beliau bertanya kepada Al-Khalil tentang dari mana beliau mengambil Ilmu
Nahu. Al-Khalil menjawab : Beliau mengambilnya daripada orang-orang kampung di Al-Hijaz.
Lalu Al-Kisai’e bermusafir ke sana dan menulis banyak pekara tentang orang arab .Kemudian
beliau pulang mencari Al-Khalil namun beliau (Al-Khalil ) telah meninggal dunia dan
tempatnya telah diambil oleh Yunus.Maka telah berlakulah di antara mereka berdua ( Yunus
dan Al-Kisai’e ) perdebatan sehingga Yunus mengiktiraf kehebatan Al-Kisai’e lalu diberikan
kerusinya itu kepada beliau.

Al-Kisai’e telah meninggal pada tahun 189 Hijrah dalam usia 70 tahun dan dikebumikan
Kampung Ranbawaih yang menghadap ke arah Khurasan ( di dalam kawasan Ar-Rai ) sambil
diiringi oleh Harun Al-Rasyid. Di tempat itu juga meninggalnya Muhammad bin Al-Hassan iaitu
anak murid Al-Imam Abu Hanafiah.

Ar-Rasyid berkata : Kami telah mengkebumikan “Fekah”dan “Nahu” di Ar-Rai pada hari ahad.

Sebahagian ulama melihat Al-Kisai’e di dalam mimpi mereka ,lalu mereka bertanya
kepadanya (Al-Kisai’e ) : Apa yang telah Allah berikan kepada mu? Beliau menjawab : Allah
telah mengampunkan aku dengan sebab Al-Quran. Kemudian ditanya lagi : Apa yang sedang
Hamzah lakukan ? Beliau menjawab : Dia sedang berada di Syurga ‘illiyin .Kami melihatnya
seperti kami melihat bintang.

Al-Kisai’e mempunyai hasil karya yang banyak dalam bidang Qiraat dan Nahu .Para ulama
menyatakan pekara ini,namun kita tidak jumpa hasil karya tersebut pada hari ini,dan tidak
juga diketahui sedikit pun tentangnya. Di antara hasil karya tersebut adalah Ma’ani Al-Quran ,
Al-Qiraat,An-Nawadir, An-Nahu, Al-Hija’, Maqtu’ Al-Quran wa Mausuluhu,Al-Masadir, Al-Huruf,
Al-Ha’at dan Asy’ar.

Orang yang paling terkenal meriwayatkan cara bacaannya adalah Al-laith bin Khalid dan Hafs
Ad-Durriy .

You might also like