You are on page 1of 1

KERJA KURSUS GEOGRAFI TINGKATAN 1

FORMAT PENULISAN PELAPORAN

(i) Penghargaan
Penghargaan ditujukan kepada semua pihak yang membantu saya dalam menjalankan kajian. Ini termasuk ibu
bapa, pengetua sekolah, guru grografi, responden, pegawai-pegawai yang terlibat dan juga rakan-rakan sekumpulan.

(ii) Pendahuluan
Bahagian ini mengandungi pengenalan dan huraian secara ringkas tentang diri anda, rakan sekumpulan, tajuk
kajian, kawasan kajian dan sebagainya.

(iii) Objektif Kajian


Menyatakan tujuan kajian dijalankan. Murid dikehendaki menyenaraikan beberapa objektif kajian.

(iv) Kawasan Kajian


Huraian tentang kawasan kajian dari segi: arah, kedudukan, jarak, ciri fizikal kawasan dan sebab-sebab
memilih kawasan tersebut.

(v) Kaedah Kajian


Menyenarai dan menghuraikan cara-cara yang digunakan semasa menjalankan kajian. Ini termasuk
pemerhatian, rujukan kepustakaan, kaji selidik dan temu bual.

(vi) Hasil Kajian


Menghuraikan kajian secara terperinci. Ini merangkumi huraian tentang:
(a) kemahiran geografi mentafsirkan jadual, graf, rajah, foto dan peta lakar
(b) kemahiran meninjau dan mengenal pasti masalah atau isu yang dikaji

(vii) Rumusan
Kesimpulan secara ringkas dan tepat tentang kajian yang dijalankan. Murid mengemukakan cadangan dan
pengalaman semasa menjalankan kajian. Murid juga menyebut unsur-unsur kesedaran alam sekitar dan semangat
mencintai serta menghargai kawasan sendiri.

(viii)Rujukan
Senaraikan bahan rujukan yang telah digunakan semasa kajian dijalankan. Contohnya, buku rujukan, laman
web dan orang rujukan seperti ketua kampung atau pengerusi rukun tetangga.

(ix) Lampiran
Melampirkan semua bahan yang berkenaan dengan kajian. Borang temu bual, kaji selidik, surat kebenaran
dan sebagainya.

You might also like