You are on page 1of 7

penentangan di perak

KUMPULAN:
SYUHADA
AFIQAH
NABILAH
FATIHAH
SHADIANA

KELAS:
6 TANJAK 5
SEK.MEN.KEB.CLIFFORD.

PENENTANGAN DI PERAK.
Campur tangan Inggeris di Perak :
1. Termeterainya Perjanjian Pangkor ,20 Januari 1874

Sultan Abdullah dilantik menjadi Sultan Perak yang sah dan baginda
telah bersetuju untuk menerima seorang Residen bertanggungjawab
menasihati Sultan dalam semua perkara kecuali yang berkaitan dengan
agama Islam dan Adat istiadat Melayu.Oleh itu, bermulalah
pembentukan Sistem Residen di negeri Perak.

2. 4 November 1874 :

JAMES WHEELER WOODFORD BIRCH @ J.W.W BIRCH


Dilantik menjadi Residen Perak yang pertama .
Namun system ini menerima bantahan dan tidak mendapat sambutan oleh orang
Melayu Perak. (1874 – 1875)
Maka telah berlaku peristiwa pembunuhan beliau pada 2 November 1875 di Pasir
Salak(2hari sebelum genap setahun berkhidmat)
Penentangan ini dikenali sebagai Perang Perak.

SEBAB PENENTANGAN SISTEM RESIDEN DI


PERAK.

1. KELEMAHAN PERJANJIAN PANGKOR 1874 :

Kelewatan pihak Inggeris melantik seorang Residen di Perak.


Perlantikan hanya berkuatkuasa pada 10 bulan selepas Perjanjian Pangkor.
Kelewatan juga telah wujud masalah di Perak akibat kelemahan Perjanjian
Pngkor selesai masalah perebutan takhta secara lengkap.
Memberi peluang Sultan Abdullah memerintah Perak dengan bebas.
Raja Ismail tdk. diikhtiraf perlantikan Raja

2. KEPERIBADIAN BIRCH.

Perlantikan J.W.W BIRCH sebagai Residen Perak bukan pilihan tepat.


Ciri – ciri Birch bertentangan dengan nilai kesopanan dan adat ketimuran..
Beliau kurang pengalaman dan pengetahuan serta jahil tentang adat resam
Melayu.(anggap adat istiadat kolot )
Tidak fasih berbahasa Melayu dan beliau sangat angkuh dan sombong.
Suka guna kekerasan dan paksaan dalam hubungannya dengan Sultan.
Buat pembaharuan secara terburu-buru,dan sering membelakangkan Sultan
Abdullah.
Sikap dianggap keterlaluan (melanggar syarat Perjanjian Pangkor).Beliau telah
ambil tugas Sultan tapi bukan menasihati.
Birch menghina Sultan Abdullah maka mereka telah meminta ganti rugi di atas
kehilangan hak dan kuasa pentadbiran Ogos 1875.
Birch tak dapat nak selesaikan maslalah dan memberi kata dua(bayaran ganti rugi
hanya diberi apabila mereka berhenti memungut cukai )
Sikap beliau seperti telah menghina dan mencabar kewibawaan Sultan dan
pembesar Perak.
Beliau enggan guna diplomasi dalam selesai masalah .
Bertindak secara emosional.
Sikap biadap Birch terbukti : Beliau membakar rumah Ngah Ibrahim dan Tengku
Panglima Besar pada 13 Disember 1874.

3. PEMBAHARUAN BIRCH :
Pembaharuan yang membuat kejutan kepada Orang Melayu.Pembaharuan
tersebut dianggap melampau.
Birch menamatkan hak mengutip cukai Sultan dan pembesar-pembesar tanpa
sebarang ganti rugi. : Mencetus kemarahan .
Membatalkan pajakan Sultan Abdullah kepada saudagar Cina dari Singapura.(Lee
Cheng Tee).: Pajakan tersebut dilakukan dalam $26 ribu setahun.
Tindakan tersebut telah menerima kencaman hebat daripada pembesar dan
Gabenor serta pedagang Negeri-negeri Selat.
Penghapusan sistem perhambaan secara mendadak : Mencetus kemarahan
pembesar Melayu.
Hamba melambangkan status sosial dan politik pembesar.(bergantung kepada
bilangan hamba yang dimiliki)
Birch telah memberi perlindungan kepada hamba abdi yang melarikan diri.
Birch juga telah memperkenalkan cukai baru ke atas padi dan bot.Penduduk
diwajibkan membeli lesen untuk membawa senjata , memotong kayu,dan
mengambil daun atap nipah.
Tindakan Birch mendapat tentangan Sultan Abdullah dan
pembesar.:Buktinya,Baginda tidak merestui dan keberatan mengesahkan semua
pembaharuan Birch.

4. KESILAPAN SIR WILLIAM JERVOIS :

Pada Mei 1875,Sir William telah dilantik sbg. Gabenor negeri Selat yang baru.
Melakukan dua kesilapan besar yang diakhiri dengan tragedi pembunuhan Birch.
11 September 1875,Mendesak raja Ismail menyerahkan alat-alat kebesaran Perak
kepada beliau.
Kedua,beliau memaksa Sultan Abdullah serah pentadbiran Perak kepada
Inggeris.Balasan,baginda akan bayar ganti rugi .
Kata dua Jervois merupakan satu ugutan.Sultan Abdullah tiada pilihan dan
keadaan “terpaksa’’ telah menandatangani pengisytiharan penyerahan pentadbiran
kepada Inggeris pada 2 Oktober 1875.
Lantaran ,semua pentadbir Perak telah diambil oelh Inggeris.

PROSES PENENTANGAN
1. Kekasaran ,ugutan dan paksaan yang ditunjukkan oleh J.W.W. Birch dan Sir
William telah membangkitkan naluri kecewa.
2. Sepakat menentang keegoaan Inggeris secara kekerasan.
3. Sultan Perak telah mengundang semua pembesar Perak untuk menghadiri
persidangan di Durian Sebatang ,20 Julai 1875.
4. Merancang untuk membunuh Birch turut disetujui oleh Raja Ismail.
5. 5 Oktober 1875,keluar arahan kepada Dato’ Maharaja Lela untuk menjalankan
tugas membunuh.
6. 31 Oktober 1875,Sultan Abdullah menghantar keris rasmi untuk pembunuhan
Birch.
7. 1 November 1875,Birch tiba di Pasir Salak bersama 10 Sipahi,kehadiran
menerima tentangan dan kesempatan ini diambil oleh Dato’ Maharaja Lela
bertindak.
8. 2 November 1875,pembunuh upahan Dato’ Maharaja Lela : Pandak Indut dan
Seputum telah menikam Birch yang sedang mandi.
9. Birch mati dan mayatnya jatuh ke dalam sungai Perak.
10. Leftenan Abbot melarikan diri dan utus kematian Birch kepada Kolonel Anson.
11. Perang Perak bermula apabila Inggeris bertindak balas dengan menghantar satu
pasukan tentera(ketua: Kapten Ines)>menyerang Pasir Salak(17 November
1875)
12. Kegagalan tersebut,memaksa Sir William mendapat bantuan dari India dan
Hong Kong.
13. 4 Januari 1876,Inggeris telah berjaya menawan Kota Lama dan kawasan
persekitarannya.
14. Semua yang terlibat dalam pembunuhan Birch telah ditangkap dan berakhir
perang Perak.

KESAN PENENTANGAN.
1. Perang Perak berakhir di pihak Inggeris.
2. Sejumlah wang yang besar telah dibelanjakan oleh Inggeris untuk menghadapi
penentangan orang Melayu.
3. Pembesar yang terlibat dalam pembunuhan Birch telah ditangkap dan dihukum
4. Raja Isamail adalah orang pertama yang menyerah diri kepada Inggeris(23 Mac
1876) .Baginda telah dihantar ke Singapura.
5. Julai 1876,Dato’ Maharaja Lela menyerah diri kepada Inggeris dan telah dihukum
gantung sampai mati di Matang pada Januari 1877.
6. Sultan Abdullah,Menteri Larut Ngah Ibrahim,Dato’ Laksamana,Dato’ Bandar
dibuang negeri ke Pulau Seychelles di Lautan Hindi pada tahun 1877.
7. Cik Gondak ,Ngah Ahmad ,Ngah Jabbar,Panjang Bur dan Cik Ali dijatuhkan
hukuman penjara sepanjang hidup.
8. Tahun 1877,Sir Hugh Low telah dilantik sbg. Residen mengantikan J.W.W Birch
9. Peristiwa pembunuhan Birch membuat beliau melaksanakan pembaharuan dengan
berhati-hati.
10. Jangka masa yang singkat , Perak telah mengalami kemajuan sosio ekonomi yang
pesat menandakan kejayaan Sistem Residen di Perak di Bawah Sir Hugh Low.

SEKIAN,
TERIMA KASIH.

You might also like