You are on page 1of 3

USAHA-USAHA YANG DILAKUKAN UNTUK MENINGKATKAN SEMANGAT

PATRIOTIK/PATRIOTISME

1. Penubuhan Sekolah Wawasan merupakan salah satu cara memupuk semangat patriotik dalam
kalangan anak watan
-jalan terbaik menyelesai dan menangani isu pemisahan kaum sejak peringkat awal
-pelaksanaan sistem berkenaan mampu memberi kefahaman awal tentang integrasi nasional
dengan lebih cepat dan berkesan.
-memberi penekanan terhadap percampuran pelajar dari tiga aliran yang berbeza
-sekolah wawasan berkonsepkan tiga aliran sekolah iaitu sekolah kebangsaan, SJK Cina dan SJK
Tamil yang ditempatkan dalam satu kawasan.
-setiap sekolah masih menggunakan bahasa pengantar masing-masing
-setiap jenis sekolah mengekalkan identiti asal sekolah masing-masing tetapi kelainannya ialah
mereka digalakkan berkongsi kemudahan seperti kantin, lapangan perhimpunan, gelanggang
permainan dan padang
-keharmonian dan sikap menghormati pasti dapat dipupuk kerana pelajar berbilang kaum
berkongsi kemudahan sama dalam kawasan yang sama
-konsep Sekolah Wawasan telah menyediakan ruang terbaik untuk generasi pelapis dari sekolah
tiga aliran selain berinteraksi secara positif serta memperkasakan jalinan perpaduan.

2. Kepentingan Program Khidmat Negara sebagai perintis semangat patriotisme


-Program Khidmat Negara disasarkan untuk pelajar lepasan SPM
-bertujuan melahirkan warga yang berdisiplin, berdaya saing, berkarisma tinggi serta merupakan
satu langkah yang murni dalam memupuk semangat patriotisme
-mekanisme penting dalam usaha membina integriti kaum
-pelbagai lapisan kaum disatukan dalam program ini
-menyemai sikap bertanggungjawab, toleransi, dan tolongan menolong antara satu sama lain
dalam pelbagai elemen.
-fokus yang paling utama adalah untuk mewujudkan semangat patriotisme dalam kalangan
remaja
-Program Khidmat negara Ala Malaysia ini berbentuk program kemasyarakatan dan
kesukarelaan yang membolehkan semua kaum berinteraksi antara satu sama lain
-program ini dapat mengurangkan polarisasi antara mereka dan merapatkan hubungan perpaduan
di kalangan belia dan remaja Malaysia yang terlibat
-mendalami modul kenegeraan----memupuk semangat cinta kepada negara
 
3 Hari Perpaduan memupuk semangat patriotik
-Hari perpaduan disambut pada 16 september
-berdasarkan persetujuan jemaah menteri bertarikh 8 Julai 1992 sempena mengingati tarikh
persekutuan Malaysia dibentuk dengan negeri-negerinya termasuk Sabah dan Sarawak yang
bersatu di bawah satu bendera
-memupuk dan meningkatkan semangat patriotik yang ada dalam diri kita
-rakyat perlu sedar akan seseorang perlu saling menghormati antara satu sama lain, hidup aman
dan harmoni
-melalui Hari Perpaduan ini rakayat perlu sedar akan kepentingan semangat patriotisme 
merupakan tunjang keutuhan dan keselamatan negara.
-mengelakkan berlakunya tragedi yang meninggalkan titik hitam negara pada 13 Mei 1969 telah
membuka mata semua pihak bahawa semangat patriotisme dan keharmonian amat penting untjk
negara.
-Hari Perpaduan perlu diadakan setiap tahun adalah untuk menyedarkan masyarakat supaya
janganlah menganggap bahawa perpaduan di negara ini telah mantap sehingga tidak perlu lagi
berusaha untuk  mempertingkatkan semangat patriotisme yang sedia ada.
-sempena Hari Perpaduan, pelbagai aktiviti telah diadakan seperti forum, ceramah, dialog,
pameran, pertandingan menulis esei dan puisi yang bertemakan perpaduan kaum.

4. Semangat Patriotisme dalam konteks agama dan pendidikan moral memang digalakkan
malahan diberi keutamaan
-ajaran Islam sendiri mengajar dan menuntut umatnya supaya menghormati hak orang lain, hak
sesama Islam, hak jiran dan sebagainya.
-semangat patriotisme antara kaum dalam sesebuah masyarakat merupakan wahana yang
membolehkan umat beribadat dengan aman dan selamat.
-selain pendidikan agama Islam, pendidikan moral yang diajar di sekolah juga memupuk
semangat patriotisme dalam kalangan pelajar.
-pelajar dididik agar minda mereka disulami dengan nilai-nilai yang boleh bangkit memperjuang
dan menjaga kedaulatan negara agar tidak mudah dibaham oleh mana-mana kuasa asing
-pepatah melayu, Bersatu teguh, bercerai roboh; bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana
muafakat.

5. Dalam bidang pendidikan, saranan kerajaa agar mewujudkan Kelab Rukun Negara di sekolah-
sekolah untuk menyemai semangat cinta dan dan taat kepada negara.
-melahirkan masyarakat yang sentiasa bermuafakat bagi menghadapi sebarang ancaman di
negara ini.
-para pelajar sentiasa diingatkan tentang pentingnya semangat patriotisme antara kaum di
Malaysia.
-Apabila pelajar tersebut dewasa, mereka akan sentiasa menghayati konsep yang terkandung
dalam Rukun negara untuk sama-sama membangunkan negara.
-menghasilkan suatu gerakan nasional yang menjadi benteng bagi mempertahankan perpaduan
negara.
-sekolah dan generasi muda menjadi sasaran kepada usaha untuk menyedarkan kepentingan
semangat patriotisme negara.
-kelab Rukun Negara yang dicadangkan itu boleh muncul sebagai suatu persatuan penting di
sekolah kerana dapat menjadi tempat untuk menyemai semangat patriotisme.

6. …Sambutan Perayaan secara beramai-ramai merupakan salah satu wahana integrasi rakyat
pelbagai kaum untuk memupuk semangat patriotisme.
-mengeratkan silaturahim melalui penghayatan perayaan, peluang meraikan tetamu dengan lebih
tersusun dan “bersungguh-sungguh”
-majlis rumah terbuka …berbilang kaum akan menyambut bersama-sama
-menikmati juadah bersama-sama
-hambatan duniawi dan masing-masing memikul pundak berat…jarang berpeluang bersama-
sama…
-oleh itu, majlis rumah terbuka merupakan satu peluang keemasan sanak-saudara dan sahabat
handai bertemu…
-berasa bangga dengan sikap rakyat Malaysia yang sentiasa bermuafakat dalam melaksanakan
sesuatu perkara. Hal ini dapat dilihat dalam sambutan Rumah Terbuka Malaysia. Semua pihak
sama ada kerajaan, swasta atau orang perseorangan berganding bahu untuk menjayakan program
yang julung-julung kali diadakan itu. Kesepakatan rakyat Malaysia terserlah apabila
mengendalikan majlis yang seumpama ini. Oleh yang demikian, program ini perlu diadakan
lebih kerap dan diperluas ke seluruh negara.
-intergasi nasional dapat dibentuk melalui kepercayaan semangat patriotisme antara rakyat

7.  Melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan, Semangat Patriotisme boleh dipupuk.

-Semua aliran sekoalh menggunakan bahasa yang sama (bahasa Melayu) dan kurikulum yang
sama.
-sistem pendidikan merupakan mekanisme ampuh yang berupaya melahirkan generasi patriotik
-kerajaan juga memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1982 dan 1988.
-kedua-dua kurikulum itu bertujuan memupuk semangat patriotik dan perpaduan di kalangan
rakyat yang berbilang kaum seperti yang terkandung dalam matlamat Falsafah Pendidikan
Negara.
-langkah Kementerian Pelajaran menjadikan mata pelajaran Sejarah dan Kajian Tempatan
sebagai mata pelajaran teras dilihat sebagai tindakan efektif bagi menyemai dan menyuburkan
semangat perpaduan di kalangan pelajar.
-para pelajar diajar mengkaji, menyelidik dan menganalisis  peristiwa sejarah dan mengambil
ikhtibar daripada peristiwa sejarah.
-sebagai contoh, tragedi hitam 13 Mei 1969 telah menjadi pengajaran kepada para pelajar supaya
menjaga perpaduan antara kaum.
-Kajian Tempatan dijadikan mata pelajaran teras bagi  semua murid sekolah rendah
-Kajian Tempatan mengandungi eleman-eleman pengetahuan sejarah dan geografi
-Sejarah dapat menyemaikan bibit-bibit semangat perpaduan dan patriotik di kalangan pelajar
-Kementerian Pelajaran Malaysia “menghidupkan” kembali pengajaran mata pelajaran kesedaran
Sivik dan Kewarganegaraan di sekolah seperti pada akhir dekad 1970-an. Jawatankauasa Kabinet
Mengkaji Dasar Pelajaran Kebangsaan 1979 yang diketuai oleh Tun Dr. Mahathir ketika itu
mencadangkan supaya mata pelajaran Kesedaran Sivik diajar di peringkat rendah lagi di semua
sekolah untuk melahirkan generasi muda yang mempunyai semangat patriotisme dan bersatu
padu.
-melahirkan rakyat yang berperwatakan positif.

Kesimpulan
-semangat patriotisme dapa membantu pembangunan masyarakat dan pembangunan ekonomi
-pelaksanaan dasar-dasar kerajaan dapat dilakukan dengan mudah kerana masing-masing
mempunyai inisiatif untuk membangun negara
-industri pelancongan dapat dikembangkan
-negara berdaulat dan dihormati oleh orang ramai
-negara boleh menggorak langkah yang lebih jauh untuk mencapai negara maju bukan sahaja
dari aspek ekonomi tetapi jati diri bangsa negara tersebut.

You might also like