You are on page 1of 21

1.

0 Penghargaan
Semasa membuat projek ini, kami telah mendapat pelbagai bantuan dan sokongan
daripada pelbagai pihak seperti dari pihak ibu bapa, guru serta pengetua dan juga rakan-rakan
yang menyertai kumpulan kami.

Pertamanya, ucapan terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua SMK Dato’ Hj.
Hassan Yunos, Tuan Hj. Rozali B. Jemali kerana telah memberikan kami peluang untuk
mengunakan peralatan dan kemudahan di sekolah seperti pusat akses internet, dan
perpustakaan bagi memperoleh sedikit sebanyak maklumat yang diperlukan untuk menyiapkan
kertas kerja ini. Sekalung penghargaan ingin kami ucapkan kepada En. Kok Lim Seng, selaku
Guru Pembimbing kolokium kumpulan kami atas tunjuk ajar, saranan dan bimbingan beliau
sepanjang masa untuk menyiapkan kertas kerja ini

Kami juga ingin merakamkan ribuan terima kasih pihak Perpustakaan SMKDHHY yang
telah menyediakan bahan – bahan rujukan seperti buku ilmiah, terbitan berkala, dan akhbar.
Setulus ucapan terima kasih juga kepada responden yang sudi memberi kerjasama dan
bantuan bagi menjayakan kaji selidik kami. Tidak ketinggalan juga ucapan setinggi – tinggi
terima kasih kepada Ibu Bapa kami yang sudi memberi bantuan dari segi kewangan, dorongan
serta memberi sokongan moral.

  Akhir sekali, tidak lupa juga rakan-rakan satu kumpulan kami kerana telah memberi
sepenuh kerjasama mereka dalam mengumpulkan maklumat untuk menyempurnakan kajian ini.

1|Muka Surat
ISI KANDUNGAN
1.0 Penghargaan                                                                                              1

2.0 Isi Kandungan                                                                                       2

3.0 Sinopsis 3

4.0 Pengenalan                                                                                              4

5.0 Definisi Konsep                                                                                        5

6.0 Objektif kajian                                                                                         6


6.1 Objektif Umum
6.2 Objektif Khusus

7.0 Kaedah kajian                                          7

8.0 Perlaksanaan                                                                                     8

9.0 Persoalan Kajian 9

10.0 Skop & Batasan Kajian 9

11.0 Tinjauan Literature 10 - 11

12.0 Dapatan Kajian 12 – 17


12.1 Analisis Kajian
12.2 Taksiran Data

13.0 Cadangan                                                                                                 18

14.0 Rumusan                                                                                                  19

15.0 Bibliografi                                                                                                          20

16.0 Lampiran                                                                                                       21

2|Muka Surat
3.0 SINOPSIS

Kumpulan kami telah memilih tajuk “Prasarana Sekolah”, tetapi selepas melalui
perbincangan dengan guru kami, kami telah mencapai kata sepakat untuk hanya
membincangkan “Prasarana Makmal Komputer Pra-Universiti”.

Dalam kajian kami, kami telah membuat soal-selidik bagi membuktikan kepentingan
makmal komputer khas bagi kegunaan pelajar pra-u dan menterjemahkan analisis kami dalam
bentuk graf dan carta. Seramai 30 orang responden telh dipilih secara rawak dan data tersebut
telah di analisis dengan teliti bagi mendapat kepastian mengenai kajian kami.

3|Muka Surat
4.0 Pengenalan
Makmal komputer pra-u adalah tajuk yang kami pilih.Ia bertemakan prasarana pelajar
pra-u SMK Dato’ Haji Hassan Yunos.Ia adalah keperluan yang perlu ada untuk sesi P&P pelajar
pra-u.

Memang tidak dapat dinafikan teknologi ICT mampu melahirkan pelajar yang
cemerlang.Ia juga dapat mewujudkan generasi celik ICT yang bertepatan dengan wawasan
2020.Selain itu,kemudahan tersebut dapat mendedahkan pelajar kepada suasana
pembelajaran yang kondusif serta hasil yang memuaskan.Ia juga mampu meningkatkan
produktiviti seseorang pelajar dan meningkatkan prestasi akademik.

Berkenaan cara pelaksanaannya,kami bermula dengan perbincangan dalam kumpulan


mengenai tujuan,sasaran,kebaikan dan keburukannya atas tunjuk ajar daripada En. Kok Lim
Seng selaku guru penasihat kolokium kami.Seterusnya kami menyediakan borang soal selidik
berkaitan makmal komputer yang kemudian akan diagihkan kepada pelajar pra-u mengikut
purata jantina dan mengikut bangsa.Bagi menjayakan kertas kerja,kami turut melayari internet
yang berkaitan dengan tajuk kami sebagai alternatif panduan.

Kami harap cadangan mengenai makmal komputer Pra-U dapat perhatian daripada
pihak pentadbiran sekolah untuk merealisasikannya.Ia bertujuan untuk kebajikan pelajar Pra-U
dalam usaha melahirkan pelajar cemerlang STPM serta meningkatkan imej sekolah.

4|Muka Surat
5.0 Definisi Konsep
Makmal komputer di definisi sebagai tempat yang mempunyai komputer-komputer yang
dianjurkan oleh pihak sekolah untuk kegunaan pelajar –pelajar pada masa persekolahan.
Secara khususnya definisi bagi kajian kami adalah seperti berikut,

PRASARANA
Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4, prasarana membawa maksud keseluruhan kemudahan dan
perkhidmatan asas seperti kemudahan pengangkutan dan perhubungan, bekalan kuasa
elektrik, dan lain lain yang perlu bagi pembangunan (pertumbuhan) dan kemajuan, infrastruktur.

MAKMAL
Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4, makmal ialah tempat mengadakan percubaan atau
penyelidikan segala sesuatu yang berhubung dengan ilmu sains dan teknologi secara
khusunya.

KOMPUTER
Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-2, komputer adalah alat elektronik yang menyimpan,
menganalisis dan mengeluarkan maklumat sebagaimana yang dikehendaki atau yang
diarahkan oleh kita. Dalam zaman yang serba moden ini, komputer merupakan alat yang harus
dimiliki oleh setiap individu untuk menjalani kehidupan seharian,

5|Muka Surat
6.0 Objektif Kajian

6.1 Objektif Umum


Mengenalpasti prasarana yang diperlukan oleh pelajar – pelajar Pra-U.

6.2 Objektif Khusus


 Menerangkan dengan lebih jelas konsep Prasarana Makmal Komputer
 Mengaji keperluan pengunaan makmal komputer kepada pelajar Pra-U
 Mengenalpasti kehendak pelajar Pra-U untuk pengunaan makmal komputer
 Mencadangkan langkah – langkah pembaharuan atau penambahbaikan makmal
komputer khas untuk pelajar Pra-U

6|Muka Surat
7.0 Kaedah Kajian
Kajian kami merupakan satu kajian kuantitatif kerana boleh ditakrifkan sebagai bilangan
responden terlibat dalam kajian soal selidik. Kajian kuantitatif adalah kajian menggunakan
borang soal selidik untuk memperoleh data kajian. 30 orang pelajar ini dijalankan secara
manual menerusi borang respon yang telah diedarkan kepada responden. Data kuantitatif yang
diperoleh telah dijadualkan dalam jadual taburan responden

7|Muka Surat
8.0 Perlaksanaan
Makmal komputer ditubuhkan untuk pelajar pra-u adalah satu prasarana yang amat diperlukan
dalam persediaan pembelajaraan. Di samping it, pelajar pelajar pra-u mempunyai kelebihan
dengan adanya makmal komputer. Makmal komputer dilengkapi dengan beberapa aspek
berikut:

INTERNET
Dengan adanya liputan WiFi, pelajar pra-u dapat menggunakan komputer-komputer peribadi di
dalam makmal komputer tersebut. Selain it, pelajar juga boleh menggunakan komputer (PC)
yang sedia ada di makmal komputer yg dilengkapi dengan Local Area Network (LAN) untuk
mengumpul informasi yang berkaitan.

LOKASI/SUASANA
Pembinaan makmal komputer khas pelajar pra-u harus ditempatkan di blok pra-u. Keadaan ini
akan memudahkan pelajar pra-u untuk mengunjunginya tanpa gangguan dari pelajar bukan pra-
u/ tingkatan lain.

KELENGKAPAN
Antara kelengkapan yang disediakan di makmal komputer adalah pencetak, pengimbas, dan
pembesar suara (speaker/headphone). Dengan adanya kelengkapan tersebut, ppelajar dapat
menggunakan makmal komputer dengan sempurna.

PENGISIAN (SOFTWARE)
Komputer di makmal komputer pra-u dilengkapi dengan program atau pengisisan (software)
pakej matapelajaran pra-u atau dikenali sebagai pedidikan interaktif bertujuan untuk
memudahkan proses P&P.

8|Muka Surat
9.0 Persoalan Kajian
Kertas kerja ini bertujuan untuk menjawab beberapa persoalan seperti berikut :-

 Perlukah adanya satu makmal komputer khusus untuk pelajar Pra-U di kawasan blok
Pra-U?
 Adakah perlaksanaan makmal komputer di blok Pra-U boleh meningkatkan prestasi
pembelajaran pelajar Pra-U?
 Adakah pelajar dapat memcari informasi berkaitan dengan P&P di makmal komputer
yang bakal di dirikan?

10.0 Skop Dan Batasan Kajian

Kaijan kami melibatkan pelajar – pelajar Pra-U SMK Dato’ Haji. Hassan Yunos bagi tahun 2010.
Penilaian di buat berdasarkan borang respon bagi mengisi pendapat mereka terhadap kajian
kami.

9|Muka Surat
11.0 Tinjauan Literature

Kemahiran komputer sebenarnya berkait rapat dengan kemahiran ICT. Merujuk kepada
Simonson et al. (1987), setiap individu mampu menguasai kemahiran komputer sekiranya
mereka mempunyai sikap yang positif termasuk menghilangkan kegelisahan atau menunjukkan
minat yang mendalam dalam penggunaan komputer, dan kesedaran akan bertanggungjawab
terhadap komputer. Selain itu, kemampuan untuk menilai tanggungjawab, memilih dan
melaksanakan pelbagai kegunaan aplikasi komputer untuk menjadi lebih berguna dan efisien
dalam sesuatu kerja. pengetahuan yang bersesuaian untuk menggunakan perkakasan dan
perisian untuk aplikasi komputer.

Kajian yang lepas oleh Jackson, Clements dan Jones (1984) yang bertujuan menilai
tahap kesedaran dan penggunaan IT di kalangan fakulti di Universiti Georgia. Hasilnya telah
menunjukkan sikap terhadap komputer dan kesedaran penggunaan komputer di universiti
tersebut adalah positif. Statistik menunjukkan 85% responden telah mengikuti aktiviti kesedaran
komputer seperti bengkel, seminar dan belajar bersendirian dan 86% responden mempamerkan
minat untuk belajar lebih mendalam lagi penggunaan IT. Manakala, dalam satu kajian oleh
Shields (1986) di Universiti Brown melaporkan lebih 80% daripada responden mempunyai
serba sedikit pengalaman menggunakan komputer. Hampir 75% daripadanya menggambarkan
pengalaman yang positif dan lebih 69% menyatakan mereka berminat menggunakan komputer
dengan lebih kerap.

Dapatan yang diperoleh oleh Ranjit Kaur & Chua Lay Siok (2000) menunjukkan bahawa
tiada perhubungan yang signifikan antara jantina, umur, kelulusan tertinggi dan saiz sekolah
dengan sikap terhadap penggunaan komputer. Walau bagaimanapun, terdapat hubungan yang
signifikan terhadap penggunaan komputer antara kemahiran dan pengetahuan komputer serta
takut terhadap komputer. Kajian ini menunjukkan tahap penggunaan komputer di sekolah
sederhana tetapi mempunyai kepakaran yang rendah untuk membangunkan perisian komputer.

Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2003) pula mendapati penggunaan ICT dalam P&P
membolehkan pelajar bersifat aktif dalam pencarian maklumat dan membina pengetahuan

10 | M u k a S u r a t
daripada maklumat yang diperolehnya serta berpeluang menghubungkaitkan pengetahuan
merentas mata pelajaran tanpa disekat oleh masa dan jarak.

Kajian Agarwal & Day (1998) meninjau pengalaman fakulti di universiti atau kolej yang
pernah menggunakan ICT sebagai alat pembelajaran subjek ekonomi. Hasil kajian beliau
mendapati bahan kursus yang terdapat pada web mempunyai potensi untuk meningkatkan
tahap pembelajaran dari aspek persediaan kelas, menggalakkan penyertaan, menarik
perhatian, dan paling penting ialah meningkatkan interaksi antara pengajar dan pelajar. Kajian
Agarwal dan Day (1998) tentang kesan Internet/web terhadap pembelajaran Ekonomi melalui
Internet/web mendapati kemudahan akses maklumat dengan menggunakan Internet telah
meningkatkan penggunaan data-data ekonomi.

11 | M u k a S u r a t
12.0 Dapatan Kajian

Setelah membuat tinjauan dan soal selidik, prasarana makmal komputer merupakan saru
kehendak yang penting bagi majoriti pelajar pra-u. Dengan kelengakapan yang sempurna,
maka makmal komputer khas untuk pelajar pra-u dapat digunakan oleh pelajar pra-u dengan
sempurna bagi memanfaatkan setiap individu. Hasil kajian kami telah dianalisis dengan teliti
bagi mendapat kepastian yang kukuh bagi prasarana ini dan dipersembahan dalam bentuk
grafik seperti jadual, graf dan carta bagi menunjukkan analisis kami. Beberapa cadangan juga
diberikan bagi meningkatkan keberkesanan pengunaan makmal komputer khas pra-u. Berikut
adalah hasil kajian kami.

12 | M u k a S u r a t
12.1 Analisis Kajian
PERKARA RESPON
Waktu penggunaan Waktu P&P Selepas Waktu P&P
makmal komputer 50.0 % 50.0 %
Bilangan komputer di < 20 < 30 < 40
makmal komputer 0.0 % 46.7 % 53.3 %
Kekerapan penggunaan <5 < 10 > 10
komputer 30.0 % 26.7 % 43.3 %
Keperluan peralatan Pencetak Pengimbas Pembesar Suara
teknikal 96.7 % 66.7 % 40.0%
Had masa penggunaan Perlu Tidak Perlu
43.3 % 56.7 %

PERKARA RESPON
YA TIDAK
Pembinaan Makmal 100.0 % 0.0 %
Komputer
Perluasan Liputan WiFi 100.0 % 0.0 %
Kelengkapan LCD dan 100.0 % 0.0 %
Penghawa Dingin
Pengisian “software” 96.7 % 3.3 %
Kurikulum Pra-U
Penambahbaikan 100.0 % 0.0 %
Komputer (Upgrade)

13 | M u k a S u r a t
12.2 Taksiran Data

Seramai 30 orang responden atau 100% daripada keseluruhannya bersetuju dengan


pembinaan makmal komputer di kawasan blog Pra-U khas untuk kegunaan pelajar Pra-U.

1. Adakah anda bersetuju dengan pembinaan makmal komputer di kawasan blok


Pra-U khas untuk kegunaan pelajar Pra-U?
100% responden bersetuju dengan pembinnan makmal komputer di blok Pra-U. Hal ini
kerana, ini akan memudahkan pelajar pra-u untuk menggunakannya bagi mengakses
internet mahupun menyiapkan kerja-kerja sekolah.

2. Pada waktu bilakah anda bersetuju untuk mengunakan makmal komputer?


Terdapat 15 orang responden atau 15% bersetuju dengan menggunakan makmal
komputer pada waktu P&P. Namun , seramai 15 orang responden atau 50% tidak
bersetuju menggunakan komputer pada waktu P&P. Daripada soal selidik kami, ada
sebahagian pelajar menganggap pengunaan pada waktu P&P membantu pengajaran
dan pembelajaran mereka. Namum penggunaan selepas waktu P&P juga memudahkan
pelajar mengakses maklumat tentang bahan rujukan lain seperti artikel – artikel yang
berkaitan.

3. Berapakah bilangan komputer yang diperlukan di makmal komputer?


Seramai 14 orang responden atau 46.7% berpendapat bahawa makmal komputer Pra-U
harus dilengkapi dengan sekurang-kurangnya 30 buah komputer. Manakala seramai 16
orang responden atau 53.3% bersetuju bilangan komputer sekurang-kurangnya 40
buah. Hal ini kerana jumlah pelajar yang banyak dapat menampung bilangan komputer
yang disediakan.

4. Adakah anda bersetuju untuk memperluaskan liputan WiFi (Wireless Network) di


kawasan blog baru Pra-U?
Semua responden (100%) bersetuju dengan cadangan memperluaskan liputan
WiFi(Wireless Network) di kawasan blok Pra-U. Hal ini kerana pelajar dapat
menggunakan komputer riba (laptop) sendiri untuk mengakses internet di makmal
komputer bagi memudahkan kerja mereka.

5. Perlukah komputer di makmal komputer dilengkapi dengan pengisian (software)


yang berkaitan dengan subjek – subjek dalam pakej Pra-U?
Sebanyak 96.7% responden bersetuju dengan kelengkapan pengisian(software) yang
berkaitan dengan subjek-subjek dalam pakej Pra-U. Namum 3.3% responden tidak
bersetuju dengan cadangan ini. Pengisian ini akan memudahkan pelajar untuk
memahami dengan lebih jelas apa yang dipelajari.

14 | M u k a S u r a t
6. Perlukah makmal komputer Pra-U dilengkapi dengan projector LCD dan penghawa
dingin?
100% responden bersetuju dengan kelengkapan LCD projektor di makmal komputer
Pra-U. hal ini bagi tujuan keselesaan pelajar dan juga dapat memastikan komputer
berada pada suhu yang tidak panas

7. Berapakah kekerapan pelajar Pra-U mengunakan komputer bagi tujuan membuat


kerja sekolah atau projek dalam satu (1) minggu?
Seramai 9 orang responden atau 30% menggunakan komputer sekurang-kurangnya 5
hari dalam seminggu untuk tujuan membuat kerja sekolah atau projek. Manakala
seramai 8 orang responden atau 26.7% dan 13 orang responden atau 43.3%
menggunakan komputer sekurang-kurangnya 10 hari dan lebih daripada 10 hari masing-
masing dalam seminggu.

8. Apakah peralatan teknikal lain yang sangat diperlukan oleh pelajar – pelajar Pra-U
di makmal komputer Pra-U? (Boleh lebih dari 1 pilihan)
Seramai 29 orang responden atau 96.7% mencadangkan peralatan teknikal seperti
pencetak harus digunakan di makmal komputer Pra-U. Seterusnya seramai 20 orang
responden atau 66.7% pula mencadangkan supaya makmal komputer dilengkapi
dengan pengimbas , Selanjutnya, terdapat 12 orang responden atau 40% memberi
pandangan tentang kelengkapan pembesar suara di makmal komputer. Penggunaan
pencetak amat diperlukan bagi mencetak bahan yang dimuat turun atau kertas kerja
pelajar. Manakala alat pengimbas adalah bagi pelajar untuk mengimbas bahan dan di
masukkan ke ruang media. Pembesar pula bagi tujuan interaktif kerana sesetengah
bahan di internet memerlukan bunyi bagi memahami dengan lebih jelas.

9. Perlukah ditetapkan had masa untuk pelajar pra-u mengunakan komputer di


makmal komputer Pra-U?
Bagi responden yang bersetuju, perlunya menetapkan had masa untuk menggunakan
komputer di makmal komputer adalah sebanyak 13 orang atau 43.3% daripada
keseluruhan dan selebihnya 56.7% responden tidak bersetuju dengan penetapan had
masa penggunaan komputer. Had masa adalah supaya setiap pelajar dapat
menggunakan komputer tetapi sekirannya tiada ramai pelajar yang hendak
menggunakan maka pelajar lain boleh menggunakan dalam jangka masa yang lebih
panjang daripada yang ditetapkan dan ini bergantung kepada permintaan pelajar untuk
menggunakannya.

10. Adakah anda bersetuju dengan penambahbaikan (upgrade) komputer di makmal


komputer ?
Keseluruhan responden sebulat suara bersetuju dengan penambahbaikan komputer di
makmal komputer. Komputer yang terkini telebih baik kerana dapat menggunakan
komputer dengan kelajuan yang optimum dan tanpa sebarang masalah teknikal.

15 | M u k a S u r a t
Waktu penggunaan makmal
komputer

Waktu penggunaan makmal Bilangan komputer di makmal


komputer komputer
komputer
50 50
50 60.00%
50.00%
40
40.00%
Waktu P&P
30
30.00%
20 Selepas waktu
20.00%
P&P
10 10.00%

0 0.00%

Kekerapan penggunaan komputer Keperluan peralatan teknikal


komputer
50%
100%
40%
80%
30%
60%
20%
40%
10%
20%
0%
0%

Had masa penggunaan komputer

60%

50%

40%

30%

20%

10%

0%

16 | M u k a S u r a t
100%
90%
80%
70%
60%
50%
40%
30%
20%
10%
0%
Pembinaan LCD/Penghawa

WiFi
n
Liputa
Mak. Dingin
Komputer

100%

80%

60%

40%

20%

0%
Software Pre-U "Upgrade"
Komputer

17 | M u k a S u r a t
13.0 Cadangan
1. Makmal komputer Pra-U hanya khas untuk kegunaan pelajar Pra-U.Ini bertujuan untuk
memudahkan pelajar Pra-U menggunakan komputer bagi tujuan pembelajaran dan
pengajaran.

2. Penggunaan Wi-fi di kawasan blok Pra-U merupakan satu langkah awal pendedahan
kepada suasana persekitaran pembelajaran di universiti.

3. Komputer-komputer di makmal komputer Pra-U harus dilengkapi dengan


perisian(software) yang berkaitan dengan subjek-subjek yang terdapat dalam pakej Pra-
U SMKDHHY.Pelajar dapat menggunakan perisian ini sebagai rujukan tambahan bagi
pembelajaran mereka.

4. Komputer-komputer di makmal komputer ini harus mengikut keperluan semasa supaya


pelajar Pra-U dapat menggunakan dengan selesa.

5. Jumlah komputer yang mencukupi dapat digunakan secara optimum oleh pelajar Pra-U.

6. Kelengkapan seperti pencetak dan pengimbas harus disediakan bertujuan memudahkan


pencetakan kertas-kertas kerja pelajar Pra-U di samping mampu menjimatkan kos
pencetakan di luar.

7. Makmal komputer harus dibuka sepanjang minggu(kecuali Ahad) untuk pelajar Pra-U
dapat mengumpul informasi yang tertentu pada bila-bila masa.

18 | M u k a S u r a t
14.0 Rumusan
Menurut kajian yang dijalankan oleh kami, makmal komputer khas pra-u khas untuk
pelajar-pelajar pra-u harus dibina kerana pembinaan makmal ini akan membantu pencapaian
akademik. Makmal komputer yang dilengkapi dengan internet akan membantu pelajar untuk
mendapatkan maklumat tambahan berkaitan dengan pembelajaran mereka. Selain itu, projek-
projek yang harus dilakasanakan oleh pelajar pra-u dapat dilaksanakan dengan sempurna di
makmal komputer. Selain itu, dengan kelengakapan LCD projector, pembelajaran seperti
pembentangan multimedia dapat dilaksanakan dengan mudah. Komputer di makmal komputer
yang dilengkapi dengan stimulasi pembelajaran dapat membantu pelajar untuk memahami
subjek yang dipelajari. Tambahan pula, dengan kelengapan seperti pencetak, pelajar pra-u
dapat menggunakannya untuk mencetak maklumat yang dicari di internet mahupun mencetak
projek atau kerja kursus.

Secara tuntasnya, daripada analisis dan soal selidik yang dijalankan oleh kumpulan
kami, prasarana makmal komputer merupakan satu kepentingan atau kelebihan bagi pelajar
pra-u untuk lebih cemerlang dalam bidang akademik. .

19 | M u k a S u r a t
15.0 Bibliografi
1.      www.wcer.wisc.edu.com

2.      www.amazon.com

3.      www.wiki.answers.com

4.      www.books.google.com

5.      www.teachphilosophy.org.com

6.      www.samford.edu.com

7.      www.adprima.com

8.      www.kuliahonline.unikom.com

9.      www.scribd.com

20 | M u k a S u r a t
16.0 Lampiran
Borang Soal Selidik 1

Pengenalan
Kami pelajar di kelas PPU 2 B telah mendapat kebenaran daripada En. Kok Lim Seng, selaku Guru Penasihat
Kolokium kami untuk mengumpulkan maklumat daripada saudara/saudari dengan borang ini. Kami berharap
saudara/saudari dapat menjawab semua soalan dalam borang ini dengan teliti. Segala kerjasama yang diberikan
oleh saudara/saudari amat dihargai.

Maklumat peribadi
Sila tandakan ( √ ) pada pilihan anda.
Jantina ( ) Lelaki ( ) Perempuan
Umur ( ) Tahun
Bangsa ( ) Melayu ( ) India ( ) Cina ( ) Lain – lain

Sila tandakan ( √ ) pada pilihan anda

1. Adakah anda bersetuju dengan pembinaan makmal komputer di kawasan blog Pra-U khas untuk kegunaan
pelajar Pra-U?
( ) YA ( ) TIDAK

2. Pada waktu bilakah anda bersetuju untuk mengunakan makmal komputer?


( ) Pada waktu P&P ( ) Selepas waktu P & P

3. Berapakah bilangan komputer yang diperlukan di makmal komputer?


( ) < 20 ( ) < 30 ( ) < 40

4. Adakah anda bersetuju untuk memperluaskan liputan WiFi (Wireless Network) di kawasan blog baru Pra-U?
( ) YA ( ) TIDAK

5. Perlukah komputer di makmal komputer dilengkapi dengan pengisian (software) yang berkaitan dengan
subjek – subjek dalam pakej Pra-U?
( ) YA ( ) TIDAK

6. Perlukah makmal komputer Pra-U dilengkapi dengan projector LCD dan penghawa dingin?
( ) YA ( ) TIDAK

7. Berapakah kekerapan pelajar Pra-U mengunakan komputer bagi tujuan membuat kerja sekolah atau projek
dalam satu (1) minggu?
( ) kurang dari 5 ( ) Kurang dari 10 ( ) Lebih dari 10

8. Apakah peralatan teknikal lain yang sangat diperlukan oleh pelajar – pelajar Pra-U di makmal komputer Pra-
U? (Boleh lebih dari 1 pilihan)
( ) Pencetak (Printer) ( ) Pengimbas (Scanner) ( ) Speaker /
Headphone

9. Perlukah ditetapkan had masa untuk pelajar pra-u mengunakan komputer di makmal komputer Pra-U?
( ) PERLU ( ) TIDAK PERLU

10. Adakah anda bersetuju dengan penambahbaikan (upgrade) komputer di makmal komputer ?
( ) YA ( ) TIDAK

21 | M u k a S u r a t

You might also like