You are on page 1of 8

Perbahasan Islam-Kristian 

1
Pendahuluan.
 
13/09/2008, 8.00am
 
 
Suatu hari saya dikejutkan oleh satu e-mail daripada rakan saya tentang do’a yang bertajuk :
Adakah Tuhan Menjawab Do’a Kita ?, yang diambil daripada suatu sumber  berasal daripada
laman web kristian berbahasa Melayu yang diterjemahkan daripada laman web berbahasa
Inggeris (saya sengaja tidak menyebut laman-laman web tersebut untuk menjaga rakan-rakan
yang tidak mendalam dalam pengajian Islamnya meninjau ke laman web tersebut tanpa
bekalan yang berpatutan). Semua artikel dalam laman web berbahasa Melayu saya salin ke
laptop saya untuk dikaji dan dibahas, kemudian dihidangkan semula ke hadapan pembaca.
Laman web Kristian itu tidak dibuka untuk forum, hanya ada ruang soalan dan akan dijawab
melalui e-mail. Saya rasa hairan kenapa ruang forum tidak dibuka untuk bebas berbahas
dengan adab-adab yang baik demi mencari kebenaran yang mutlak. Di atas suasana itu, saya
rasa terpanggil untuk berbicara dan bersemuka hujjah dan fakta antara Islam dan Kristian,
walaupun Syeikh Ahmad Deedat r.a. telah lama menguburkan hujjah-hujjah Kristian ini di
setiap perdebatan Islam-Kristian.
 
Tajuk pertama yang saya ikut serta perbahasan ini ialah ADAKAH TUHAN WUJUD ?
 
1. Adakah Tuhan Wujud           

Sebelum perbahasan sekitar tajuk ini diteruskan, saya kira patut didahului beberapa
tajuk kecil yang dapat melancarkan perbahasan mengenai tajuk utama. Tajuk-tajuk
kecil itu ialah pertama, Apa Itu Kepercayaan ?, kedua, Perlukah Manusia Kepada
Agama ? dan ketiga, Manakah Agama Yang Paling Tepat dan Benar ?
                                               
1.1. Apa itu kepercayaan
 
Sebelum membicarakan tentang wujud Tuhan, adalah mesti kita membicarakan
dahulu tentang apa itu kepercayaan.  Kepercayaan merupakan teras perbahasan
kepada Wujud Tuhan dan agama. Simpang siur perbahasan tentang Ketuhanan
dan Agama adalah hasil adanya kepercayaan.
 
Apa dia kepercayaan ?
Anthony Robbins menyebut :”Satu ketetapan yang paling kuat mempengaruhi
hasil ialah kepercayaan, iaitu pesanan yang sesuai dan secara konsisten dihantar
kepada otak dan sistem saraf. Bagi kesemua kuasanya, tidak ada keajaiban yang
sukar difahami terlibat dalam proses ini. Kepercayaan hanyalah suatu keadaan,
satu gambaran dalaman yang menguasai tingkah laku….. Kelahiran
kecemerlangan bermula dengan kesedaran kita bahawa kepercayaan ialah satu
pilihan. Kita selalunya tidak memikirkan begitu, tetapi kepercayaan boleh
menjadi pilihan yang disedari. Anda boleh memilih kepercayaan yang
menghadkan anda, atau anda boleh memilih kepercayaan yang menyokong anda.
Tekniknya ialah memilih kepercayaan yang  membawa kepada kejayaan dan
hasil yang anda mahukan dan untuk membuang yang menahan anda……
Kepercayaan kitalah yang menentukan berapa banyak potensi kita yang boleh
dipergunakan. Kepercayaan boleh membuka atau menutup pengaliran idea.
……
 
Dari mana datangnya KEPERCAYAAN ?
Kepercayaan terhasil daripada : PERSEKITARAN… PERISTIWA SAMADA
KECIL ATAU BESAR… ILMU PENGETAHUAN… HASIL KITA YANG
DAHULU…. MEWUJUDKAN DALAM FIKIRAN PENGALAMAN YANG ANDA
INGINKAN DI MASA HADAPAN SEOLAH-OLAH BERADA DI SINI
SEKARANG. (Imaginasi)…
 (Sila lihat : Kuasa Infiniti…  Oleh Anthony Robbins, Bab 4 ms 56-61/ 1999)
 
Kepercayaan hanyalah suatu keadaan, satu gambaran dalaman yang menguasai
tingkah laku….Apabila anda percayakan sesuatu atau seseorang, anda
menerimanya tanpa berbelah bagi samada perkataan, perbuatan, prinsip dan
pegangan hidup, bahkan watak dan pergerakan fizikal.
 
Islam menyebut IMAN dan AQIDAH
 
Antara banyak perkara yang lucu di dunia ini ialah kepercayaan kepada ‘HANTU’
(Adakah pembalikan daripada kalimat TUHAN ?) yang menguasai masyarakat
Melayu dan banyak manusia dahulu dan masa kini. Wujudkah hantu ? Padahal
belum anda lihat dan tidak dapat anda buktikan kepada sesiapa jua. Sekadar anda
melihat sendiri dalam mimpi, ketika sedar di waktu-waktu tertentu dan melalui
khayalan pembikin-pembikin filem-filem seram, tetapi tidak dapat membawa
bukti ke hadapan awam secara ‘segar’ dan ‘hidup’, bukanlah kenyataan dan
pendakwaan yang boleh disahkan, melainkan oleh mereka yang benar-benar
mempercayai  anda! Namun, manusia banyak tetap merasa takut tentang hantu
dan ceritanya, lebih-lebih lagi apabila berbicara tentang hantu di hutan rimba di
waktu malam pekat berduaan sahaja. Anda takutkan hantu ? Saya Takuuuuut !
Semuanya kerana KEPERCAYAAN. Kepercayaan ini adalah hasil maklumat
terdahulu, pendidikan (ditakut-takutkan secara berulangkali dan berterusan) dan
pengalaman.
 
Sebenarnya, pada hemat saya, hantu adalah khayalan manusia dalam
menterjemahkan kes-kes, peristiwa-peristiwa dan pengalaman-pengalaman yang
lalu tentang  alam JIN dan MALAIKAT. (Ini pun dua jenis makhluk yang berhajat
kepada KEPERCAYAAN – Tiada bukti yang boleh digenggam dan didedahkan
kepada orang ramai, selain bekas-bekas, kesan-kesan dan pengalaman orang-
orang yang terlibat dengan rasukan, dan selain data-data kajian ilmiyyah/
akademik berkenaan wahyu Allah)
Kepercayaan mampu mencipta keluarbiasaan dalam hidup manusia !
 
1.2. Perlukah manusia kepada agama
 
Untuk tajuk ini, saya hanya menukilkan apa yang ditulis oleh Prof. Dr Yusoff Al
Qaradhawi dan sedikit ulasan saya seperti berikut :
 
[ Seorang sejarawan dan ahli falsafah yang bernama Arnold Toynbee telah berkata :
“Agama adalah pembawaan sejati dan tabie bagi manusia. Cukuplah kita katakan
bahawa keperluan kepada agama menyebabkan andaikata seseorang itu putus harapan
dia akan mencari hiburan keagamaan untuk menghadapi perkara yang sudah tidak
dapat diatasinya.” Dr Karl Bang telah berkata di dalam bukunya “Manusia Moden Yang
Mencari Dirinya Yang Sebenar” : “Setiap pesakit yang meminta nasihat dariku
sepanjang tiga puluh tahun yang lepas dari setiap pelusuk alam, adalah disebabkan oleh
kekurangan dan kegoyahan kepercayaan (aqidah) mereka. Mereka tidak sembuh
melainkan setelah kembalinya kepercayaan mereka.” William James, ahli falsafah
pragmatism berkata : “Ubat kepada tekanan (tidak syak lagi) ialah iman (kepercayaan).”
Dr Brill berkata : “Orang yang benar-benar beragama tidak akan menghadapi sakit
jiwa.” Dale Carnegie telah berkata dalam bukunya “Tinggalkanlah Tekanan (Stress) Dan
Mulalah Hidup Baru” : “Para pakar sakit jiwa menyedari bahawa keimanan yang kukuh
dan pegangan kepada agama sudah memadai untuk menghalau serta mengubati tekanan
dan ketegangan perasaan.” Dr Henry Lang telah menerangkan dengan panjang lebar di
dalam bukunya “Kembali Kepada Keimanan” berkenaan masalah ini serta
membuktikannya dengan pengalamannya yang banyak sepanjang tugasnya mengubati
sakit jiwa. ]
 
(Pengantar Pengetahuan Islam ; Prinsip, keunikan, matlamat dan sumber. – Oleh Dr
Yusuf Al-Qaradhawi, edisi terjemahan, terbitan As-Syabab Media, 2000. Ms 22-23)
 
[Seorang hakim dari Britain di zaman ini berkata : “Tanpa akhlak tiada undang-undang
dan tanpa keimanan tiada akhlak.”  Dan Voltaire pernah berkata : “Jikalau Tuhan tiada,
maka menjadi kewajipan kepada kita untuk menciptanya.”]
 
(Pengantar Pengetahuan Islam ; Prinsip, keunikan, matlamat dan sumber. – Oleh Dr
Yusuf Al-Qaradhawi, edisi terjemahan, terbitan As-Syabab Media, 2000. Ms 24)
 
Begitulah pandangan ilmuan moden tentang keperluan agama dan keimanan.
Adakah kita yang ‘tidak ke mana’ ini (berilmu tidak, kaya pun tidak, berkuasa
tidak, segar bugar tidak, ada kepakaran pun tidak) merasakan tidak berhajat
kepada agama dan keimanan ? Memang begitulah sebahagian remaja dan orang
dewawa memberi jawapan, kononnya mereka tidak seronok hidup dalam
kongkongan dan ‘penjara agama’. Padahal mereka berfikir singkat menurut
gejolak nafsu dan emosi, tidak berfikir untuk hidup sampai ke zaman tua dan
sesudah mati. Dalam suasana tidak mempedulikan agama itu pun, adakah orang
yang ‘tidak seronok hidup dalam kongkongan dan ‘penjara agama’ itu berasa
seronok dan bahagia ? Apa bahagianya kalau fikiran suntuk, makan tak cukup,
duit tak ada, menjadi kuli memanjang, sakit menjadi-jadi, dan nak buat kerja pun
tak reti ? Apa bahagianya apabila kekayaan harta dan wang ringgit menghambat
diri ke hulu ke hilir memenuhkan keinginan yang tidak sudah-sudah ? Ada
baiknya kalau merana di dunia, tetapi masih selamat di akhirat. Beragamalah
saudara, Islamlah ! saudara akan selamat !
 
Manusia memang mahu berTuhan, samada manusia dulu, manusia kini dan
manusia akan datang. Itu disebut fitrah (Fitrah : sifat semula jadi, bakat,
pembawaan, atau perasaan keagamaan. Fitratullah : kejadian yang termeterai
dalam ketetapan Allah. Kamus Dewan/2002). Kemahuan berTuhan itu
menjadikan manusia melakukan pelbagai ritual ibadat (Ritual : tatacara dalam
upacara keagamaan, adat, dsb. Kamus Dewan/2002) atau amalan perhambaan diri
kepada yang ‘maha kuasa’ dan ‘maha ghaib’. Persoalan keagamaan ini adalah
persoalan yang tidak wajar diperdebatkan kerana hampir seluruh manusia ada
agama yang menjadi prinsip hidup dan pegangan hati masing-masing. Kalaulah
ada orang yang mahu memperdebatkan juga, bolehlah dalam konteks ‘manakah
agama yang benar di antara puluhan agama anutan ramai di dunia ini ?’. Dan
pastinya, di penghujung perdebatan itu kita akan temui hanya satu fakta yang utuh
dan meyakinkan iaitu ISLAM ADALAH AGAMA YANG BENAR !
 
1.3. Manakah agama yang paling tepat dan benar
 
Di para atas tadi telah disinggungkan sedikit tentang agama yang mana wajar
menjadi pilihan manusia. Seorang muslim tentu menjawab : “Islamlah yang
paling baik!” Orang Kristian pula menjawab : “Kristianlah yang paling baik!”
Penganut agama lain juga menjawab bahawa agama anutan mereka sahajalah
yang paling baik.
 
Semua orang ada jawaban mengikut apa yang diyakininya. Tetapi cuba anda
bayangkan keyakinan anda sewaktu remaja atau kanak-kanak dahulu, adakah
‘keyakinan’ anda ketika itu sebenar-benar keyakinan yang bersandarkan hujjah
dan lojik yang kuat ? Tidak ! Sewaktu anda asyik bermain dengan kawan-kawan
sebaya menjelang Maghrib, ayah atau ibu datang mendesak pulang. Katanya :
“Pulang cepat, hantu berkeliaran di awal senja begini.” Anda percayakah tentang
hantu sewaktu asyik bermain ? Tidak ! Tetapi apabila semua kawan-kawan anda
beransur pulang, tinggallah anda sendirian dengan rasa seram dan seriau bulu
roma anda mengingatkan kata ‘hantu’ yang disebut oleh ibu anda tadi.
Sebenarnya, mana satu keyakinan anda yang hakiki ? Tiada hantu atau ada hantu ?
Kedua-duanya itu hanyalah sekadar keyakinan tanpa hujjah dan dalil bukti. Itu
sekadar kepercayaan kanak-kanak dan remaja.
Sememangnya anda akan menyebut : “Ini keyakinan saya !” Seolah-olah tidak ada
ruang untuk mengubah pegangan, kepercayaan dan keyakinan anda lagi oleh
sesiapa pun. Senggang beberapa hari anda telah bertindak sebalik daripada ucapan
anda tadi. Kenapa ? Anda menjawab : “Berubah keyakinan!” Jadi, bagaimana
dengan keyakinan terdahulu ? Jawaban seratanya ialah kayakinan terdahulu tidak
disertai hujjah dan bukti, berbeza dengan keyakinan hari ini.
 
Namun, apabila saya bertanya lagi : “Keyakinan anda hari ini adakah berdasarkan
hujjah dan bukti ?” Anda kemarahan mendengar soalan begitu. Semacam
mencabar anda. Walhal anda masih percayakan hantu, kan ? Mana hujjah dan
buktinya ? Anda makin marah. Jangan, kemarahan itu adalah di antara tanda-
tanda tidak mampu mengemukakan hujjah, lalu membuka terjah, sepak, tumbuk,
tampar, dan kalau tak dapat juga bersumpah! Seperti sumpah Saifool si
pembancuh kopi dan sumpah si Najeeb pengebom berani mati. Bawakan hujjah
dan bukti untuk membenarkan keyakinan anda.
 
Begitu jugalah remaja yang suka berpeleseran, bercandaan, berduaan, berempit/
berkempit dan sebagainya. Semuanya memberi jawapan yang diyakini, sehingga
sepasang teruna-dara (entah masih teruna entah masih dara) yang lari ke
‘seberang’ mahu kahwin, dengan berani dan penuh yakin mengalas tindakan
mereka dengan berkata : “Kami sanggup sehidup semati, melintang lalu
membujur patah, susah sama dijinjing senang sama dipikul, melentang berminum
embun meniarap bermakan pasir dan bla, bla, bla……” dan akhirnya kembali
melutut ke pangkuan ayah bonda memohon bantuan dan sokongan lantaran tak
tahan lagi hidup berduaan dalam kepayahan. Di mana keyakinan mereka ?
 
Agak jauh saya berkayuh meninggalkan tajuk, tapi berkaitan.
 
Soal keyakinan sahaja tidak memadai. Keyakinan yang sebenar mestilah beralas
dan berhujjah, berbukti dan berdalil. Keyakinan bukan keras kepala, tapi keras
kepala memang berkeyakinan. Orang yang berkeyakinan boleh bertolak ansur,
tetapi orang yang keras kepala tiada tolak ansurnya, tidak mengendah. Saya yakin
saya benar tetapi tiada bukti yang boleh saya lemparkan ke muka, seperti
keyakinan saya tentang manisnya gula. Itu tidak dapat dinafikan hakikatnya.
Tetapi dalam keyakinan beragama dan berprinsip hidup, kita mesti mempunyai
dalil bukti yang mempertahankan pegangan dan prisip hidup kita.
 
Kesimpulan, agama manakah yang paling benar dan paling baik untuk dianuti
adalah berkaitan dengan pilihan hati seseorang terhadap pelbagai agama di atas
muka bumi ini, samada agama langit (Islam, Yahudi, Kristian dan seumpamanya)
atau agama bumi (Hindu, Buddha, Majusi, Pengikut hawa nafsu, Penyembah
berhala, dan sebagainya), pilihan hati yang bersandarkan dalil bukti yang jelas
tentang Ketuhanan, Kehidupan selepas mati, Syurga dan Neraka, Roh, bahkan
tentang Peraturan dan Undang-undang kehidupan di dunia ini, dan apa saja yang
berkaitan dengan agama dan kepercayaan. Adalah tidak adil mempertahankan
agama anutan yang sedia ada pada anda hari ini sedangkan anda tidak tahu
sandaran dan dalil bukti kebenarannya, dan menolak agama lain yang anda juga
tidak memahami isi kandungan dan dalil bukti kebenarannya.
Di sinilah kita memerlukan perdebatan, perbahasan, perbandingan dan
pembuktian hujjah dan dalil tentang keyakinan kita terhadap anutan masing-
masing. Ayuh ! kita mulakan di sini ! Sajikan bukti-bukti kamu, sekiranya kamu
benar !
 
1. Adakah Tuhan Wujud ?

 
Tajuk ini tidak sepatutnya diperdebatkan. Sebab, manusia yang sihat badan dan fikiran
tidak mampu menafikan wujud Tuhan, Tuhan Yang Maha Kuasa. Bayangkan anda
membuat penerjunan setinggi 1000m mengguna payung terjun yang termoden. Tiba-
tiba payung anda menghadapi masalah teknikal yang tidak dijangkakan semasa anda
mula terjun. Anda masih tidak berTuhan  sewaktu itu ? Ooooo tidak !! Oh Tuhanku !
Terbetik di hati paling dalam anda dengan penuh pengharapan agar Yang Maha Kuasa
menyelamatkan anda. Itulah perakuan yang jelas anda mempercayai wujudnya Allah.
Dari mana keluarnya kalimat itu kalau bukan daripada sifat manusia yang semula jadi
diciptakan oleh Tuhan Yang Maha Kuasa ? Itulah maksud saya kita tidak sepatutnya
membahas tajuk wujudnya Tuhan.
 
Namun, sebagai pengukuhan kepada keyakinan yang sedia ada, marilah kita menimba
maklumat sokongan untuk memantapkan keyakinan kita tentang adanya Tuhan, walau
pun sedikit dan sebentar :
 
1.      Alam Semesta tanda adanya Tuhan Pencipta.
Bumi dan planet-planet lain di alam ini membuka minda orang yang
menggunakannya tentang adanya Pencipta. Kedudukan bumi yang tidak terjauh
daripada matahari yang menyebabkan ianya membeku, dan tidak terdekat kepada
matahari yang menyebabkan ianya mencair, bukanlah suatu kebetulan, dan
mustahil terjadi dengan sendiri. Kesesuaian bumi untuk membekalkan keperluan
hidup manusia yang bersifat kebumian : tanah, air, api dan angin menjadikan
kehidupan di bumi ini bagi manusia adalah satu ‘kehendak’ Yang Maha Kuasa,
bukan terjadi secara tiba-tiba dan bukannya sekadar letupan ‘bang’ yang  tidak
tidak diketahui sumber.
  
2.      Keunikan anatomi badan manusia
Susun atur tubuh badan manusia yang memperlihatkan keindahan yang berbeza
daripada makhluk lain terutama pada kebolehan dan keupayaan otak berfungsi
yang tidak ada ciptaan yang lebih rapi daripadanya. Ini adalah satu tanda adanya
Pencipta Yang Maha Tahu. Begitu juga kadar dan jenis darah dalam tubuh
manusia, anti bodi yang mampu menjaga badan manusia daripada serangan
musuh, urat saraf dan semua sistem badan manusia yang mempamerkan ada
Pencipta Yang Maha Kuasa dan Maha Tahu.
 
3.      Peristiwa-peristiwa yang luarbiasa
Dalam banyak peristiwa dan kejadian yang dihadapi oleh manusia dan makhluk
lain di muka bumi ini, ada kedapatan peristiwa-peristiwa yang keluar daripada
‘logik’ dan peraturan yang lazim, namun tidak diketemui rahsia bagaimana ianya
boleh terjadi. Contohnya terlalu banyak dalam paparan peristiwa ganjil di kaca TV
Astro. Keluarbiasaan ini sudah tentu ada penjaganya Yang Maha Tahu dan Maha
Kuasa. Selain itu, peristiwa kemuncak yang dicapai oleh karamah para wali Allah
dan mukjizat para nabi Allah tidak dapat diketepikan justeru ianya maklumat yang
absah dan konkrit untuk diterimapakai sebagai berita dan sejarah. Maka, adakah
semua itu terjadi tanpa Tuhan Pencipta ? Mustahil !
  
4.      Terjemahan batin manusia
Dalam lubuk hati manusia yang paling jauh sentiasa ada terjemahan tentang
adanya Tuhan Pencipta Yang Maha Agung, Maha Pengasih, Maha Berkuasa dan
Maha Bijaksana. Di kejauhan malam yang sepi, manusia bangkit sendirian
memerhati alam sekeliling dengan segala kesunyian, kesayuan dan kekesitan yang
melampau, terutama apabila berada di hutan yang jauh daripada manusia umum.
Sewaktu itu, muncullah pelbagai perasaan yang mencengkam jiwa seseorang yang
akhirnya mengucapkan kalimat pasti dan jelas : “Oh, Tuhanku!” Begitu juga di
saat tersepit yang tidak ada lagi harapan sesama makhluk di alam semesta ini
membantu dan menyelamat. Akhirnya, tergumam di bibir si hamba ini kalimah :
“Ya, Tuhanku!” Inilah terjemahan batin manusia yang meyakinkan adanya Tuhan,
Pencipta alam semesta.
  
5.      Tidur dan Kematian
Dalam tidur manusia, terjadilah peristiwa yang tidak terungkai sampai ke hari ini,
iaitu mimpi. Mimpi merupakan peristiwa aneh yang tidak ada terjemahan tepat
untuk menta’rifkan hakikatnya. Wujudnya tidak dirancang oleh manusia,
meskipun dipasangkan niat yang serius untuk tidak bermimpi semasa tidur. Siapa
yang membawa datang mimpi-mimpi manis, pahit, takut, ghairah dan pelbagai
situasi yang tidak mudah digambarkan ini untuk manusia, kalau bukan Yang Maha
Kuasa dan Maha Bijaksana ?
 
Kemudian mati, satu peristiwa kemusnahan jasmani manusia dan berakhirnya
kehidupan di alam dunia ini untuk menyambung kembali perjalanan di alam lain,
iaitu alam barzakh atau alam kubur. Apakah kesudahan bagi kematian ? Tamatkah
kehidupan manusia dengan kematian ? Kematian akan membawa pergi
bersamanya segala keindahan, kecantikan, kekuatan, kepintaran dan keistimewaan
seseorang yang menyebabkan manusia terpaksa akur garis penamat apa saja
kebanggaan diri manusia. Apabila sampai digaris penamat yang bernama
kematian, hilanglah segala-galanya daripada manusia itu. Tetapi, tamatkah
kehidupan manusia ? Tidak…… keadilan hidup manusia belum terbalas, belum
tercapai, belum terukir sepenuhnya. Maka, selepas kematian itu semestinya ada
kehidupan yang mengembalikan hak-hak manusia yang dirampas dan segala
kezaliman akan dibalas. Kematian ini menghajati suatu kuasa mutlak yang
mengendalikannya iaitu Tuhan Yang Maha Kuasa.
 
6.      Wahyu langit
Tanda adanya Tuhan, antara lain ialah wahyu Allah yang disampaikan kepada para
Nabi : Zabur di turunkan kepada Nabi Daud a.s, Taurat diturunkan kepada Nabi
Musa a.a., Injil diturunkan kepada Nabi Isa a.s. dan Al-Quran diturunkan kepada
Nabi Muhammad s.a.w., manakala suhuf atau lembaran-lembaran diturunkan
kepada nabi-nabi yang lain secara berasingan.
 
Apa kaitan penurunan wahyu langit dengan kewujudan Tuhan, dan bagaimana
boleh mensabitkan perihal wahyu dengan adanya
Tuhan ?
 
Begini, wahyu langit atau wahyu Allah samada Al-Quran bagi umat Islam, Injil
bagi umat Kristian dan lain-lain kitab yang didakwakan sebagai wahyu dari langit
mestilah tahan diuji kebenarannya sebagai kitab dan wahyu daripada Allah,
melalui kajian akademik yang paling kukuh sistemnya.    Al-Quran merupakan
kitab panduan hidup umat Islam, adalah sebuah kitab yang boleh disabitkan
kesohehannya. Saya yang membaca Al-Quran berulangkali (lebih 50 kali khatam),
apatah lagi seorang yang hafaz Qur’an yang mengkhatam Qur’an ratusan kali,
tidak pernah rasa bosan dan muak dengan Qur’an. Setiap kali membacanya, ada
saja maklumat segar yang memberikan keyakinan terhadap wujudnya Allah. Inilah
kaitan wahyu langit dengan masalah wujud Allah. Dalam agama lain, saya tidak
pernah lalui, sementelahan pula agama-agama yang mendakwa ada wahyu dari
langit juga, tetapi keaslian teksnya sudah kabur dan terlalu diragui.
 
7.      Keghaiban dll.
Satu lagi tanda wujudnya Allah, iaitu perkara-perkara ghaib termasuklah roh
manusia (kita mempercayai diri kita ada mempunyai roh, apabila mati, ke mana
menghilangnya roh itu. Tentunya ada kuasa lain Yang Maha  Kuasa menguasai roh
itu), jin (berlaku rasukan dan pertemuan-pertemuan yang terkeluar daripada sistem
biasa bagi tabiat manusia), malaikat (gambaran yang kedapatan dalam perakuan
Nabi Muhammad s.a.w yang sabit keabsahannya), syurga (kesudahan yang
kemuncak bagi kebahagiaan), neraka (kesudahan yang kemuncak bagi
kecelakaan), qiamat/ kehancuran mutlak, kebangkitan semula, graviti, haba,
eletrik, bunyi, cinta, keinginan, keyakinan, pemikiran dan sebagainya.
 
Keghaiban itu menarik perhatian manusia yang berfikir untuk memperakukan
kewujudan Tuhan, Tuhan yang bersifat dengan sifat Kesempurnaan Mutlak dan
tiada sebarang kekurangan, kelemahan dan kecacatan.
 
********
 
Tetapi sayang sekali dalam agama Kristian, wujud Tuhan telah diselubungi kelemahan yang
melampau, di mana Isa Al Masih a.s. dianggap anak Tuhan yang dikatakan [Tuhan sendiri
turun menjadi manusia dan menggantikan kita menerima hukuman dosa” "Tuhan begitu
mengasihi dunia sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya sesiapa yang
mempercayai-Nya tidak akan binasa tetapi memperolehi hidup kekal.”Yohanes, 3 : 16.] Ungkapan
ini jelas menggambarkan Tuhan itu lemah sehingga memerlukan manusia untuk menjelmakan
diriNya (Keberhajatan Tuhan kepada makhluk adalah gambaran kelemahan. Maha Suci Allah
daripada demikian). Kalaulah Tuhan itu perlu menjelma yang sebagaimana  tergambar pada
pandangan makhluk, sudah tentu Tuhan itu ada ‘persamaan’ dengan makhluk samada jin,
malaikat dan makhluk lain. Tetapi Tuhan yang sebenar yang bersifat dengan segala sifat
kesempurnaan tidak boleh digambarkan oleh khayalan manusia dan segala makhluk ini.
Selagi tergambar di khayalan manusia, selama itulah ianya BUKAN Tuhan yang sebenar.
Dalam isu ini, akal mesti mengakui keterbatasannya yang tidak mampu menggambarkan
Tuhan Yang Sebenar secara arca dan rupa paras. Apa yang boleh ialah memberi sifat dengan
segala sifat kesempurnaan dan menyahkan daripadaNya  segala sifat kekurangan, kelemahan
dan kecacatan.
 
 

September 19, 2008 - DIkirim oleh monoja68 | Isu semasa

You might also like