You are on page 1of 2

PERTANDINGAN BOLA JARING BAWAH 12 TAHUN MSSD KK – 13-15 April 2010

Write by, sangplis

Pasukan bola jaring perempuan SK Likas telah melakar sejarah buat pertama kalinya setelah
menjuarai pertandingan bola jaring bawah 12 tahun bagi peringkat Kota Kinabalu.
Pertandingan yang dikelolakan bersama oleh SRK Lok Yuk dan SM Stella Maris dan
bertempat di Gelanggang Bola Jaring, Kompleks Likas. Pasukan Bola Jaring yang diwakili
oleh 12 orang pemain pada mulanya menjuarai kumpulan C dan seterusnya melayakkan
pasukan ini ke peringkat kalah mati. Pasukan Bola Jaring SK Likas menewaskan dua lagi
pasukan dari sekolah rendah sekitar Kota Kinabalu. Tahniah diucapkan kepada semua
pasukan Bola jaring. Sesungguhnya dengan keazaman dan disiplin yang tinggi, pasukan bola
jaring SK Likas membuktikan mereka juga setaraf dengan sekolah-sekolah yang lain.
Pasukan Bola jaring SK Likas juga menjadi Pasukan Terbaik apabila merangkul kedua-dua
kategori iaitu Penjaring Terbanyak ( Kee Syuhadah Bt. Emran - 6 Arif) dan Pemain Terbaik
( Nashima Bt. Aman - 6 Arif).
Bagi pihak Pasukan Bola Jaring SK Likas, ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada
semua guru yang terlibat secara langsung atau sebaliknya.

You might also like