You are on page 1of 51

KBKK

Kemahiran Berfikir
Secara Kritis dan
Kreatif
Disediakan oleh:
Zulkifli Bin Mat ( 808013)
Mohammad Khairuddin Bin Ali (808139)
Nik Azmalayati Bt Nik Jusoh (808032)
1
Definisi
Proses menggunakan minda untuk membuat
keputusan dan menyelesaikan masalah.

Edward de Bono ( 1976 )


- Kemahiran berfikir ini membolehkan manusia
melihat pelbagai perspektif untuk
menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi
tertentu.
Definisi
Dewey ( 1910 ) menegaskan :
- Pemikiran yang dihasilkan adalah kerana
terdapat situasi keraguan atau masalah
tertimbul. Pemikiran merupakan aktiviti
psikologikal dalam sesuatu proses yang dialami
untuk digunakan menyelesaikan masalah dalam
situasi yang dihadapi.
Definisi
Menurut Beyer (1984), berfikir adalah kebolehan
manusia untuk membentuk konsep, memberi sebab
atau membuat penentuan.
Menurut Fraenkel (1980), berfikir merupakan
pembentukan semula pengalaman dan penyusunan
maklumat dalam bentuk tertentu.
Meyer (1977), pula berpendapat bahawa berfikir
melibatkan pengelolaan operasi mental tertentu
yang berlaku dalam minda atau sistem kognitif
seseorang yang bertujuan untuk menyelesaikan
masalah. 
Definisi
KB adalah “sesuatu yang menjurus ke arah yang
bercapah. Ia membolehkan penyelesaian masalah yang
berbeza dan menghala kepada penyelesaian yang
berbagai, di mana lebih dari satu penyelesaian atau
jawapan adalah boleh diterima”. (Guilford, 1959)
Moore dan Parker (1986) pula menyatakan bahawa KB
“…adalah keyakinan berlandaskan tindakan yang cermat
dan disengajakan samada dalam menerima, menolak,
atau menagguhkan satu-satu keputusan berhubung
dengan satu-satu dakwaan (claims).
Sementara  Meyer (1987) mentakrifkan KB sebagai
“kebolehan membuat generalisasi, mengandaikan dan
mengendalikan kemungkinan yang berbagai, dan juga
menangguhkan keputusan”.
Definisi
Vincent Ryan Ruggiero (1991) pula menyatakan berfikir ialah apa
sahaja aktiviti mental yang membantu untuk memformulasi atau
menyelesaikan masalah, membuat keputusan dan
menyempurnakan sesuatu kemahuan untuk memahami sesuatu
(mencari jawapan dan mendapatkan makna)

John Barell(1991) “…. I define thinking as a search for meaning


and understanding that can involve the adventurous generation of
options, the attempt to arrive at logical, reasonable judgements
and reflection on the proses.” (merupakan kecekapan proses
menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman
terhadap sesuatu, menjelajahi pelbagai kemungkinan idea,
membuat keputusan, menyelesaikan masalah, membuat
pertimbangan secara logik serta membuat refleksi atau tinjauan
semula terhadap proses pemikiran yang dilalui).
Definisi
Menurut pandangan Islam

Berfikir ialah fungsi akal yang memerhatikan


tenaga supaya otak manusia dapat bekerja dan
beroperasi. Tenaga ini diperolehi melalui tafakur.
Pengertian berfikir

Kemahiran berfikir dapat dirumuskan sebagai


proses menggunakan minda sama ada untuk
mencari makna dan pemahaman terhadap
sesuatu, membuat pertimbangan dan
keputusan atau menyelesaikan masalah.
PROSES BERFIKIR
Pengetahuan

Kemahiran
Sikap / Nilai
Kognitif
Model Kemahiran Berfikir
Strategi berfikir
Merupakan proses berfikir yang lebih tinggi
peringkatnya dan mengandungi beberapa langkah
yang melibatkan beberapa kemahiran berfikir kritis
dan kreatif.

Kemahiran berfikir menaakul


Membantu kita dalam membuat pertimbangan
secara logik dan rasional kepada semua
kemahiran berfikir dan strategi berfikir.
Pelbagai Kemahiran Berfikir
Kemahiran berfikir kritis ialah kebolehan untuk
menilai kemunasabahan sesuatu idea dan
bersifat evaluatif.

Kemahiran berfikir kreatif ialah kebolehan untuk


mencerna dan menghasilkan idea asli dan
bersifat generatif. Idea baru terhasil melalui ilham
atau gabungan idea-idea yang ada.
MODEL KEMAHIRAN BERFIKIR

KEMAHIRAN
BERFIKIR
KEMAHIRAN KEMAHIRAN
KRITIS KREATIF

- mencirikan - menjana idea


- membanding dan - menghubung kait
- membuat inferens
membezakan MENAAKUL - meramal
- mengumpul dan mengelas
- membuat urutan - membuat hipotesis
- menyusun mengikut - mensintesis
keutamaan - mengitlak
- menganalisis - membuat gambaran
- mengesan kecondongan mental
- menilai - menganalogi
- membuat kesimpulan - mereka cipta
STRATEGI
BERFIKIR
- mengkonsepsi
- menyelesaikan masalah
- membuat keputusan
Menguasai KB
KB telah disusun mengikut heiraki daripada
kemahiran asas kepada kemahiran yang lebih
kompleks.

Pelajar perlu mempelajari dan menguasai KB


yang asas sebelum mempelajari KB yang lebih
kompleks.

Contoh: Membuat urutan pelajar seharusnya


telah mempelajari dan menguasai kemahiran
yang sebelumnya iaitu kemahiran mencirikan,
membanding dan membeza, dan mengumpul
dan mengelas.
KB Kritis
Mencirikan

Definasi
Mengenal pasti kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan
unsur sesuatu konsep atau objek.

Kemahiran ini digunakan untuk:

a) Mendefinasikan konsep atau item.


b) Mengenali antara konsep atau item yang hampir
serupa.
Contoh
KB Kritis
Membandingkan dan Membezakan

Mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan


kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu
objek atau peristiwa.

Kemahiran ini digunakan apabila :

a) Terdapat dua atau lebih ciri atau kemungkinan.


b) Membuat pilihan atau keputusan.
contoh
KB Kritis
Mengumpulkan dan Mengelaskan

Mengasingkan dan mengumpulkan objek atau


fenomena kepada kumpulan masing-masing
berdasarkan kriteria tertentu seperti ciri atau sifat.
Pengumpulan ini adalah berdasarkan ciri atau sifat
sepunya.

Kemahiran ini digunakan apabila terdapat :

a) Banyak item atau maklumat.


b) Item atau maklumat yang tidak tersusun.

contoh
KB Kritis
Membuat Urutan
Menyusun objek atau maklumat mengikut tertib
berdasarkan kualiti dan kuantiti ciri dan sifatnya

Menyusun Mengikut Keutamaan


Menyusun objek atau maklumat mengikut tertib
berdasarkan kepentingan atau kesegeraan

Menganalisis

Mengolah maklumat dengan menghuraikan kepada


bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu
konsep atau peristiwa
KB Kritis
Mengesan Kecondongan
Mengesan pandangan atau pendapat yang
berpihak kepada sesuatu atau menentang sesuatu
Menilai
Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara
daripada segi kebaikan dan keburukan berdasarkan
bukti dan dalil yang sah

Membuat Kesimpulan
Membuat penyataan tentang hasil sesuatu kajian yang
berdasarkan kepada sesuatu hipotesis atau mengukuhkan
sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan
KB Kreatif

Membuat Inferens
Membuat kesimpulan awal yang mungkin
benar atau pun tidak berdasarkan maklumat
daripada pemerhatian.

Kemahiran ini digunakan apabila :

• Hendak merancangkan langkah-langkah


tindakan atau membuat pilihan.

• Menganalisis sebab dan akibat keputusan


atau kesan.
KB Kreatif
Menghubungkaitkan
Membuat perkaitan untuk mencari sesuatu struktur atau
corak perhubungan.

Meramal
Membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan
pemerhatian dan pengalaman yang lalu dan data yang
dipercayai.

Membuat Hipotesis
Membuat penyataan umum yang menghubungkaitkan
pembolehubah-pembolehubah bagi menerangkan sesuatu perkara
atau peristiwa. Kenyataan boleh diuji untuk membuktikan
kesahihannya.
Mensintesis
Mengabungkan idea, unsur, item dan perkara yang berasingan
bagi menghasilkan gambaran yang menyeluruh dalam bentuk
pernyataan, esei, lukisan dan artifak.
KB Kreatif
Mengitlak
Membuat pernyataan umum terhadap keseluruhan kumpulan
maklumat berdasarkan pemerhatian ke atas sampel kumpulan
itu.
Menganalogi
Membentuk kefahaman tentang sesuatu konsep secara
mengaitkan konsep itu dengan perkara yang mudah, maujud dan
mempunyai ciri yang serupa

Membuat Gambaran Mental


Membuat tanggapan atau membayangkan sesuatu idea, konsep,
keadaan atau gagasan dalam minda atau fikiran.

Mereka Cipta
Menghasilkan sesuatu yang baru atau melakukan pengubahsuaian
kepada sesuatu yang sedia ada dalam bentuk maujud atau
mujarab
Strategi Berfikir
Mengkonsepsikan
Menyelesaikan masalah
Membuat keputusan
STRATEGI BERFIKIR

1. Mengkonsepsikan

Membuat pengitlakan ke arah membina


pengertian, konsep atau model berdasarkan
ciri-ciri spesifik sepunya yang saling
berhubung kait.

Strategi ini digunakan dalam membina konsep


atau pengertian untuk menjelaskan sesuatu
fenomena menyelesaikan masalah dan
membuat keputusan.
STRATEGI BERFIKIR

2. Menyelesaikan Masalah

Mencari penyelesaian secara terancang terhadap


situasi yang tidak pasti atau mencabar atau kesulitan
yang tidak dijangkakan

Strategi ini digunakan apabila :

a) Tiada jawapan yang diketahui.


b) Diketahui ada perbezaan antara yang
dijangkakan dengan yang sepatutnya berlaku.
STRATEGI BERFIKIR

3. Membuat Keputusan

Memilih satu alternatif penyelesaian yang terbaik daripada


beberapa alternatif berdasarkan kriteria tertentu bagi
mencapai matlamat yang ditetapkan.

Strategi ini digunakan untuk :

a) Membuat suatu pilihan bagi situasi yang


berkemungkinan mempunyai pelbagai penyelesaian .
b) Menentukan cara penyelesaian terbaik bagi kaedah
yang dipilih.
Kemahiran Menaakul
Membuat interpretasi, analisis, sintesis, penilaian,
pengitlakan dan kesimpulan.
Membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

1. Penaakulan Secara Induktif


( spesifik kepada umum )

2. Penaakulan Secara Deduktif


( umum kepada spesifik )
ALAT BERFIKIR
Penguasaan pelajar dalam kemahiran
berfikir menjadi lebih berkesan melalui
penggunaan alat berfikir yang sesuai
dengan p & p .

Alat berfikir yang biasa digunakan dalam


proses p & p adalah penyusun grafik, soalan
dan penyoalan , peta minda dan CORT1
Pengenalan
Edward de Bono yang dilahirkan di Malta, sebuah
negara kepulauan di Laut Mediterranean
Berkelulusan D.Phil. Perubatan dari Universiti Oxford
serta Ph.D. dari Universiti Cambridge
Program CoRT juga dikenali sebagai Cognitive
Research Trust
Bahagian-bahagian CoRT :
CoRT 1 : keluasan persepsi
CoRT 2 : organisasi proses berfikir
CoRT 3 : interaksi, argumen, pemikiran kritis
CoRT 4 : pemikiran kreatif
CoRT 5 : maklumat dan perasaan
CoRT 6 : tindakan
Tujuh teknik asas dan teknik paduan bagi
CoRT 1

Terdiri daripada tujuh teknik asas dan tiga teknik


paduan
CORT 1
COGNITIVE RESEARCH TRUST
(EDWARD DE BONO)

6 bahagian:
I Keluasan persepsi
II Organisasi Proses Berfikir
III Pemikiran Kritis
IV Pemikiran Kreatif
V Maklumat & perasaan
VI Tindakan

*PMI *OPV
PLUS MINUS OTHER PEOPLE
INTERESTING VIEW
TEKNIK
CORT 1
*AGO
*FIP AIMS GOALS
FIRST OBJECTIVE
IMPORTANT
PRIORITIES *CAT *C&S
CONSIDER ALL CONSEQUENTCES
FACT & SEQUAL
PMI C&S FIP

Membua Membua
Mencipta
t t
PERATU
PERANC KEPUTU
RAN
CAF AGO APC
ANGAN SAN
baru
baru bijak
OPV = C0RT 1
KELUASAN
PERSEPSI
Tujuh teknik asas CoRT 1
Komponen CoRT 1 Tujuan berfikir Kaedah & langkah Cth tajuk
perbincangan
01 PMI . Meluaskan fikiran P: senaraikan 1. Komputer
Plus,Minus,Interesti tentang sesuatu semua yg baik menggantika
ng. Baik, Buruk, situasi. Elakkan M: senaraikan n guru dalam
Menarik reaksi beremosi. semua yg buruk sekolah
Mengembangkan I: senaraikan semua 2. Kereta direka
idea yg menarik supaya boleh
terbang
Apakah keputusan semasa jalan
atau penilaian raya sesak
tentang tajuk yg 3. Sains diajar di
dikaji? luar bilik
darjah
CoRT 1
Komponen CoRT 1 Tujuan berfikir Kaedah & langkah Cth tajuk
perbincangan
02 CAF ( consider all Meninjau semua Senaraikan semua 1. Apakah
factors) aspek situasi faktor yang kegiatan
Ambil kira semu dengan lengkap berkaitan. kokurikulum
faktor dan menyeluruh. Pertimbangkan yang anda ingin
Elakkan terlupa setiap faktor. ikuti?
faktor yang Apakah keputusan 2. Apakah hadiah
penting. selepas yang sesuai
pertimbangan untuk hari jadi
sewajar dibuat? bapa anda?
CoRT 1
Komponen CoRT 1 Tujuan berfikir Kaedah & langkah Cth tajuk
perbincangan
03 C&S Menjangka apa yg Apakah cadangan 1. Buku teks
( consequence & akan berlaku berkenaan boleh dihapuskan
sequel) selepas sesuatu berjaya? Apakah di sekolah
Kesan mengikut cadangan risiko yang mungkin 2. Latihan
jangka masa dijalankan. dihadapi? Apakah setiap pelajar
Meramal kesan kesan serta merta, dibuat
dan akibat bagi jangka panjang dan melalui
keputusan pendek? Adakah hubungan
tersebut. cadangan berkenaan komputer
baik? dengan guru
(on-line)
CoRT 1
Komponen CoRT 1 Tujuan berfikir Kaedah & langkah Cth tajuk
perbincangan
04 AGO ( Aims, Sentiasa Apakah AGO 1. Apakah AGO
Goals, Objectives ) menumpukan rancangan? hidup anda?
Tujuan Matlamat perhatian Adakah tindakan 2. Apakah AGO
Objektif terhadap tujuan terkeluar daripada mengadakan
asal supaya AGO? Bagaimana sekolah satu
matlamat tercapai. pastikan AGO sesi?
Elakkan perkara dapat dicapai?
yang tidak
berkenaan
CoRT 1
Komponen CoRT 1 Tujuan berfikir Kaedah & langkah Cth tajuk
perbincangan
05 FIP ( First, Mengambil kira Apakah perkara- 1. FIP semasa
Important, perkara-perkara yg perkara yg pentng? memilih
Prioriti ) penting. Antara perkara- pasangan
Kepentingan Menentukan perkara ini, yang hidup.
Utama prioriti. Elakkan mana paling 2. Apakah
perkara yg tidak penting? Apakah strategi
patut diutamakan. prioriti yang pengajaran
diperlukan pembelajaran
tindakan segera? sejarah yg
paling baik?
CoRT 1
Komponen CoRT 1 Tujuan berfikir Kaedah & langkah Cth tajuk
perbincangan
06 APC ( Alternatives, Memikirkan Apakah cara-cara 1. Bagaimana
Possibilities, beberapa perkara yg berlainan utk memilih ketua
Choices ) dengan serentak. menyelesaikan kumpulan
Menentukan masalah ini? sedangkan
pilihan yg terbaik. Apakah baik buruk ahli-ahli
Elakkan cadangan tersebut? masih tidak
pemikiran sehala Yang manakah mengenali
sahaja. cadangan yg paling antara satu
baik? sama lain.
2. Peperiksaan
dihapuskan.
Cari APC.
CoRT 1
Komponen CoRT 1 Tujuan berfikir Kaedah & langkah Cth tajuk
perbincangan
07 OPV ( Other Mengambil kira Apakah idea diri 1. Semua
People’s Views ) pandangan orang akan kegiatan sosial
Pandangan Orang lain sebelum mempengaruhi dihentikan
Lain membuat orang lain? selepas 9
keputusan. Elakkan Bagaimana orang malam.
membuat lain memandang 2. Rancangan TV
keputusan yang idea anda? dari luar
terlalu adakah idea anda negeri
memfokuskan diri. bernas dan harus diharamkan.
dijadikan 3. Gaji guru
tindakan? harus
melebihi gaji
pegawai
kerajaan yang
lain sebanyak
50%.
SOALAN & PENYOALAN
DEFINISI TUJUAN
 Memperkembangkan proses
Alat dalam bentuk
berfikir kritis & kreatif.
pertanyaan.  Kumpul & analisis maklumat.
Digunakan untuk  Tingkatkan tingkah laku
mencungkil dan metakognitif & reflektif.
 Rangsang penglibatan aktif.
mendapatkan
 Kongsi idea.
maklumat.
 Uji kebolehan & nilai
Meninjau kefahaman kemajuan
Memperoleh pendapat
JENIS-JENIS SOALAN
SOALAN SOCRATES
 Deep question & perbincangan Socrates.
 Pemikiran pelajar dicabar & diperkembangkan.
SOALAN BERTUMPU
 Respon & jawapan terhad.
 Jawapan yang betul & boleh diterima.
 Ada fakta (teks), tersurat, objektif, jelas betul-salah
 Ingat kembali maklumat & fakta.
SOALAN BERCAPAH
 Jawapan lebih terbuka & luas.
 Maksud tersirat.
 Isi tidak terhad kepada teks sahaja.
 Aras tinggi
TAKSONOMI BLOOM
HERIAKI RENDAH >>>TINGGI

Pengetahuan Penilaian
-ingat fakta & definisi -buat pemilihan, rasional,
keputusan, beri alasan dll.

Kefahaman Sintesis
-terangkan idea yang -gabungkan unsur & perkara untuk
telah difahami. hasilkan yang baru.

Aplikasi Analisis
-guna pengetahuan & kemahiran -asingkan yang besar
untuk situasi baru kepada yang kecil.
Petunjuk KB

Di dalam kemahiran berfikir, terdapat perkataan


tertentu yang digunakan yang memberikan makna
yang sama dengan ciri kemahiran berfikir.

Guru-guru di dalam menyediakan rancangan


mengajar sudah biasa mengaplikasikan kemahiran
ini.
Petunjuk Kemahiran Berfikir
Pemikiran Kritis
Mencirikan
Membanding dan membeza
Mengumpul dan mengelaskan
Membuat urutan
Menyusun mengikut keutamaan
Menganalisis
Mengesan kecondongan
Menilai
Membuat kesimpulan
Petunjuk Kemahiran Berfikir
Pemikiran Kreatif
• Menjana idea
• Membuat Inferens
• Menghubung kait
• Meramal
• Membuat hipotesis
• Mensintesis
• Mengitlak
• Menganalogi
• Membuat gambaran mental
• Mereka cipta
METAKOGNISI

Metakognisi melibatkan individu sedar


tentang cara mereka berfikir, cara
mereka meneroka pelbagai kaedah
menyelesaikan masalah, cara mereka
melibatkan diri dalam pengalaman
pembelajaran secara intelektual yang
didorong oleh motivasi kendiri dan
semangat ingin tahu yang dipandu oleh
perasaan, naluri, akal, rohani dan
sahsiah diri demi menghasilkan sesuatu
yang maujud.
Strategi Penerapan KB Dalam P & P
Pembelajaran berfikrah
Menyatupadukan kandungan dan proses sebagai
pendekatan utama.

Melalui pendekatan ini diserapkan


Mengajar cara berfikir
( Murid mempelajari tentang perincian KB )
Mengajar untuk berfikir
(Murid mengalami proses berfikir )
Mengajar tentang berfikir
( Murid mengawal serta mengurus proses berfikir )
Strategi Penerapan KB Dalam P & P

Stategi Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Berfikir


KBKK diajar secara:
terpisah,
penyebatian.
Apakah yang dimaksudkan dengan terpisah?
Terpisah bermaksud:
KBKK diajarkan secara  berasingan,tidak dikaitkan dengan
kandungan mata pelajaran,
Apakah yang dimaksudkan dengan penyebatian?
Penyebatian bermaksud:
KBKK diajarkan secara terancang untuk dimasukkan ke dalam mata
pelajaran,bersepadu dengan isi kandungan dengan menggunakan
kemahiran dan alat berfikir.
Strategi Penerapan KB Dalam P & P
Jenis-jenis penyebatian
Penyebatian Penuh
Penyebatian Separa

Penyebatian Penuh:
  Dilaksanakan dengan menggunakan lima langkah berikut:
Pengenalan kepada isi Mata.pelajaran dan KBKK,  
Penggunaan bahan rangsangan, alat, latihan dan aktiviti untuk isi
Mata.Pelajaran dan KBKK
Refleksi dan metakognitif,
Pengukuhan isi MP dan KBKK,
Aplikasi KBKK dalam situasi Harian.

Penyebatian Separa: 
KBKK digunakan di dalam  mana-mana langkah  dalam pengajaran dan  
pembelajaran bagi Mata Pelajaran yang di ajar,sama ada pada peringkat
permulaan,perkembangan dan penutup
SEKIAN
TERIMA KASIH

KALAU ADA SUMUR DI LADANG


BOLEH KITA MENUMPANG MANDI
KALAU ADA UMUR YANG PANJANG
BOLEH KITA BERJUMPA LAGI…
RUJUKAN

You might also like