You are on page 1of 1

PENDAHULUAN

Saya menjalankan kajian ini bagi memenuhi keperluan kerja kursus Geografi
PMR Tingkatan 3 tahun 2008.Kajian yang saya jalankan ialah berkaitan dengan kegiatan
ekonomi di Kampung Bukit Besar,Kuala Terengganu,Terengganu Darul Iman dab
membandingkannya dengan negara Thailand.Saya memilih tajuk kegiatan ekonomi
kerana saya lebih arif tentang kegiatan ekonomi yang dijalankan di sini.Tempoh masa
yang diberi untuk menyempurnakan kerja kursus ini ialah 8 minggu.Saya telah
menggunakan tempoh 5 minggu yang pertama untuk mencari maklumat dan 3 minggu
yang seterusnya untuk proses pendokumentasian.

Saya membuat kajian ini untuk mengetahui jenis-jenis kegiatan


ekonomi,sumbangan kegiatan ekonomi,kesan-kesan kegiatan ekonomi terhadap alam
sekitar serta langkah-langkah mengurangkan kesan kegiatan ekonomi terhadap alam
sekitar.

Saya telah menjalankan kajian ini bersama dengan tiga orang rakan saya yang
lain.Kami bekerja keras dan saling membantu dalam mencari data dan maklumat bagi
menyiapkan kerja kursus ini.Saya menggunakan data dan maklumat yang diperoleh untuk
menulis laporan lengkap secara individu.

You might also like