You are on page 1of 8

3.

0 Faktor-faktor yang mempengaruhi gaya pembelajaran

Model gaya pembelajaran Dunn dan Dunn (1978) menyatakan bahawa gaya
pembelajaran merupakan kaedah seseorang menumpu, memproses, menyerap dan
mengingat maklumat atau kemahiran yang baru dan sukar. Model Gaya
Pembelajaran Dunn dan Dunn adalah berdasarkan prinsip-prinsip berikut: a)
kebanyakan individu mampu dan boleh belajar, b) setiap individu mempunyai gaya
pembelajaran tertentu, c) gaya pembelajaran individu akan bertindak balas dengan
iklim, sumber dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran, dan d) iklim, sumber
dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang dapat disesuaikan dengan gaya
pembelajaran seseorang itu akan dapat mengoptimumkan proses pembelajaran.
Dun dan Dunn menyatakan individu pelajar dapat mempertingkatkan prestasi
mereka sekiranya proses pengajaran dan pembelajaran dapat disesuaikan dengan
mengikut gaya pembelajaran mereka. Dunn dan Dunn (1978) mengkategorikan gaya
pembelajaran kepada 5 faktor iaitu Ransangan Persekitaran, Ransangan Emosi,
Ransangan Sosial, Ransangan Fisiologi dan Ransangan Psikologi.

3.1 Ransangan Persekitaran


Menurut Rahil dan Habibah (2002), persekitaran atau ‘nurture’ ialah segala
ransangan yang mempengaruhi perkembangan individu. Oleh yang demikian
ransangan persekitaran merupakan faktor yang penting dalam mempengaruhi gaya
pembelajaran. Ia merangkumi empat elemen yang utama iaitu cahaya, bunyi, suhu
dan reka bentuk susunan tempat belajar.
3.1.1 Cahaya
Cahaya merupakan elemen yang penting dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Kajian Dunn dan Dunn (1978) mendapati terdapat individu
memerlukan persekitaran cahaya terang semasa belajar. Menurut Siti Hawa
Munji (1989), terdapat sebilangan pelajar yang gemar cahaya terang kerana
pencahayaan yang samar akan membuatkan mata mereka cepat letih atau
mengantuk. ada pelajar yang tidak suka sinaran cahaya yang terlalu terang
kerana Walaubagaimanapun, Tobias (1996) menyatakan bahawa terdapat
pelajar tidak mengendahkan keperluan cahaya yang terang sewaktu belajar.
Kadar terangnya sesuatu cahaya itu dapat ditentukan dengan gaya
pembelajaran individu. Contohnya, terdapat individu yang gemar belajar
dengan keadaan cahaya yang terang dan ada juga individu yang gemar
belajar di bawah cahaya yang sederhana cahayanya.Secara amnya, kurang
ataupun jarang individu belajar dalam keadaan cahaya yang malap dan
terlalu terang.

3.1.2 Bunyi
Elemen seterusnya ialah elemen bunyi. Bunyi juga memainkan
peranan yang penting dalam proses pembelajaran dan gaya pembelajaran
individu. Menurut Dunn dan Dunn (1978), terdapat individu yang memerlukan
bunyi seperti muzik di persekitaran mereka semasa belajar. Oleh itu, mereka
akan memasang radio atau televisyen sewaktu belajar (terutamanya ketika
larut malam) kerana bunyi dari radio atau televisyen akan dapat mengatasi
suasana yang sunyi itu dan dapat memberi lebih kosentrasi terhadap
pelajaran mereka. Bagi mereka yang suka belajar dalam suasana yang sunyi
pula, mereka lebih gemar belajar bersendirian berbanding secara
berkumpulan kerana perbincangan yang berlaku dalam kumpulan akan
menganggu kosentrasi mereka. Menurut Ibrahim Abu Samah (1995), didapati
faktor persekitaran yang bising serta tidak menyenangkan boleh
mengurangkan minat pelajar terhadap pembelajaran mereka. Hakikat ini jelas
menunjukkan bahawa suasana persekitaran yang berbeza akan melahirkan
gaya pembelajaran yang berbeza (Garger, 1984). Kebanyakan pelajar
memerlukan persekitaran yang sunyi dan senyap untuk belajar supaya untuk
menumpu perhatian terhadap pelajaran mereka.

3.1.3 Suhu
Suhu juga memainkan peranan penting dalam mempengaruhi gaya
pembelajaran individu. Suhu yang sejuk dan nyaman dapat
mempertingkatkan keberkesanan pembelajaran. Kebanyakan pelajar tidak
suka belajar di bawah cuaca yang panas tanpa kipas dan penghawa
dingin.Menurut Dunn dan Dunn setiap individu mempunyai tindak balas yang
berbeza terhadap suhu persekitaran. Proses pembelajaran adalah lebih
berkesan sekiranya dilaksanakan dalam suasana nyaman dan berhawa
dingin. Suhu yang panas akan menyebabkan fikiran dan emosi seseorang
terganggu dan cepat berasa mengantuk dan akan menyebabkan kurang
keberkesanan seseorang dalam pembelajaran. Walaupun begitu, terdapat
juga pelajar yang tidak dapat menumpukan perhatian dalam suasana yang
sejuk hawa dingin.

3.1.4 Rekabentuk
Elemen terakhir bagi ransangan persekitaran ialah reka bentuk tempat
belajar. Misalnya, susunan meja – kerusi dalam bilik darjah disusun dengan
kemas dan teratur. Implikasinya, ramai pelajar suka belajar de tempat duduk
yang sesuai dengan gaya duduk tersendiri. Menurut Garger (1985), gaya
pembelajaran individu ditentukan oleh personaliti individu yang berbeza.
Pelajar yang gemar belajar dalam keadaan formal memerlukan satu tempat
yang khas untuk aktiviti pembelajaran mereka seperti sebuah meja dan
kerusi. Golongan pelajar gemarkan keadaan formal amat berstruktur dan
mempunyai personaliti introvert. Bagi pelajar yang suka belajar di tempat
informal misalnya sebuah kerusi berkusyen, katil atau lantai, mereka dikaitkan
mempunyai personaliti ekstrovert. Pelajar perlu tahu memilih tempat
pembelajaran yang sesuai dan selesa untuk mereka memberikan kosentrasi
terhadap pelajaran.

3.2 Ransangan emosi


Meichati (1983) mengemukakan bahawa emosi adalah pengalaman batin
yang timbul untuk melengkapi erti pengukuran bagi seseorang disertai oleh kegiatan
fizikalnya sehingga mempengaruhi seluruh peribadinya. Elemen-elemen yang
terdapat di dalam ransangan emosi ialah motivasi, keazaman, tanggungjawab dan
struktur.

3.2.1 Motivasi
Menurut Siti Hawa Munji (1990), motivasi merupakan daya penggerak
utama yang menjamin kejayaan seseorang dengan kecenderungan
menyeluruh untuk bertindak pada masa tertentu. Apabila seseorang
mendapat dorongan, dia akan mempunyai keinginan yang kuat untuk
bertindak ke arah mencapai matlamat (Siti Hawa Munji, 1990). Motivasi
biasanya dibahagikan kepada motivasi ekstrinsik dan motivasi intrinsik.
Motivasi ekstrinsik diwujudkan daripada ransangan luaran dengan tujuan
menggerakkan orang melakukan sesuatu aktiviti yang akan membawa faedah
kepadanya contohnya dalam bentuk-bentuk peneguhan positif seperti pujian,
insentif, hadiah dan gred. Manakala motivasi intrinsik pula diwujudkan
semulajadi daripada ransangan dalaman. Ia terdiri daripada dorongan dan
minat seseorang individu untuk melakukan sesuatu aktiviti tanpa
mengharapkan balasan atau ganjaran. Bruner (1966) pula mengaitkan
motivasi intrinsik dengan naluri ingin tahu pelajar yang baru masuk ke
sekolah.

3.2.2 Keazaman
Tahap keazaman yang berbeza antara individu menyebabkan mereka
memerlukan waktu dan tempoh masa rehat yang berbeza. Pelajar yang
mempunyai keazaman yang tinggi akan mengambil inisiatif sendiri serta
dapat belajar dalam tempoh masa yang panjang dalam mana-mana
ransangan persekitaran. Bagi pelajar yang mempunyai keazaman yang
rendah hanya mampu menumpukan perhatian dalam jangka masa yang
pendek sahaja. Ramai pelajar mempunyai perangai suka menangguhkan
kerja terutama apabila tugasan yang diberikan itu membosankan, sukar serta
memerlukan usaha yang lama untuk menyiapkannya.

3.2.3 Tanggungjawab
Menurut Bell (1972), individu yang ingin berjaya belajar perlu tekun
bertanggungjawab. Pelajar yang mempunyai sikap bertanggungjawab
terhadap pelajarannya akan sentiasa melaksanakan tugasannya dengan
inisiatif sendiri dengan baik. Manakala, terdapat juga pelajar mengabaikan
dan tidak akan menyiapkan kerja dengan baik.

3.2.4 Struktur
Dunn dan Dunn (1978) mendefinisikan struktur sebagai suatu
peraturan spesifik yang digunakan untuk melaksanakan kerja dan
menyiapkan tugasan. Arahan kerja dan struktur yang jelas akan
meningkatkan kefahaman yang berkesan kepada pelajar.
3.3 Ransangan sosial
Secara umunya sosial dikenali sebagai ilmu pengetahuan tentang
masyarakat. Elemen-elemen yang terdapat dalam ransangan sosial ialah
perseorangan, berpasangan, rakan sebaya, berkumpulan, berpasukan dan orang
dewasa.

3.3.1 Perseorangan
Gaya pembelajarannya perseorangan ialah pelajar yang suka belajar
diri sendiri dan tidak berharap orang lain berdamping dan ganggunya semasa
belajar. Bagi individu ini, belajar sendiri tidak membuang masa sesame rakan
sebaya dan tidak dapat menumpukan dalam pelajaran.

3.3.2 Rakan Sebaya


Terdapat juga pelajar yang suka belajar bersama dengan rakan
karibnya. Pelajar yang mempunyai pasangan karib yang sentiasa belajar
bersama dengannya boleh memperolehi lebih banyak kemajuan melalui
interaksi dua hala.

3.3.3 Berkumpulan
Pembelajaran secara kumpulan atau pasukan pula bermaksud belajar
bersama-sama dengan lebih dari 2 orang rakan sebaya. Gaya pembelajaran
ini merangkumi ciri perbincangan, sumbangsaran dan kerjasama yang
melibatkan diri dalam permainan , pertandingan atau menjalankan sesuatu
projek.

3.3.4 Orang dewasa


Orang dewasa pula boleh mempengaruhi gaya pembelajaran
seseorang pelajar, khasnya orang dewasa disanjungi. Pelajar yang suka
belajar dengan orang dewasa yang disanjungi akan bersempat mengemukan
tentang soalan-soalan tentang masalah yang dihadapi semasa belajar.
Bimbingan orang dewasa , misalnya ibu bapa bukan sahaja dapat
membantunya menyelesaikan masalah pembelajaran yang dihadapinya tetapi
juga dapat meningkatkan semangat serta keyakinannya terhadap
pembelajaran. Bagi pelajar yang kurang selesa belajar dengan pelajar yang
sebaya dengannya, mereka lebih selesa belajar bersama guru atau orang
dewasa.

3.4 Ransangan fisiologi


Fisiologi dapat didefinisikan sebagai kajian tentang struktur tubuh seperti
sistem pengaliran darah, sistem pernafasan, sistem saraf, sistem penghadaman,
sistem perkumuhan, sistem limpatik dan sistem otot rangka. Ransangan fisiologi
merangkumi elemen-elemen seperti persepsi, pemakanan, masa belajar dan mobiliti
atau pergerakan.

3.4.1 Persepsi
Model Dunn dan Dunn mendedahkan keperluan variasi cara belajar.
Model beliau menekankan pembelajaran menggunakan kaedah untuk
mengingat informasi iaitu secara visual, auditori, taktual dan kinestetik.
Sekirannya seseorang pelajar mempunyai persepsi visual yang tajam, dia
akan suka belajar dengan alat bantu mengajar seperti carta, gambar, graf,
gambar rajah, slaid, video, televisyen, komputer dan sebagainya. Sekirannya,
seseorang pelajar yang mempunyai persepsi auditori yang baik, dia akan
suka belajar dalam keadaan yang ada suara latar belakang seperti siaran
muzik dari radio atau kaset. Bagi pelajar yang mempunyai taktual yang cekap
dan kuat, dia suka belajar dengan cara menyentuh dan merasa. Gaya
pembelajarannya diperlihatkan aktif dan tidak boleh duduk diam dalam tempat
belajar bagi tempoh masa yang agak lama dikenali sebagai kinestetik.

3.4.2 Permakanan
Permakanan pula, terdapat pelajar yang suka makan ataupun minum
semasa belajar. Manakala terdapat pelajar yang kurang gemar makan
sewaktu belajar tetapi akan makan selepas belajar kerana bagi mereka
makan dan minum akan mengurangkan daya tumpuannya semasa
menjalankan aktiviti pembelajaran.

3.4.3 Masa Belajar


Elemen seterusnnya ialah waktu tertentu iaitu terdapat pelajar yang
gemar belajar dalam waktu pagi ataupun waktu malam kerana suasana
kedua-dua tempoh masa adalah lebih segar, kondusif, nyaman dan tenteram
daripada waktu petang. Maka, pula ada pelajar yang suka belajar dalam
waktu lewat malam kerana suasana senyap sunyi.

3.4.4 Mobiliti
Terdapat pelajar yang suka berdiri atau berjalan kesana-sini semasa
belajar. Ada pula yang suka menukar tempat duduk kerap kali semasa
belajar. Mereka perlu melakukan sedikit pergerakan dalam proses
pembelajaran tersebut, misalnya bergerak untuk mendapatkan makanan,
minuman, berpindah ke tempat lain bagi meneruskan pembelajaran dan
sebagainya. Ramai juga pelajar yang gemar belajar dalam keadaan yang
selesa tanpa bergerak.

3.5 Ransangan psikologi


Psikologi adalah satu displin ilmu yang mengkaji secara saintifik tingkah laku
manusia atau haiwan, khasnya pemikiran, sikap, perasaan, naluri, potensi,
kecerdasan, keperluan dan tindak balas manusia terhadap ransangan persekitaran
sosial. Ransangan psikologi merangkumi unsur-unsur termasuk analitik atau global,
gerak hati, refleksi dan pemprosessan otak kiri atau otak kanan.

3.5.1 Analitikal / Global


Pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran analitik ialah pelajar yang
suka belajar sesuatu dengan cara teliti. Pelajar jenis ini suka menganalisis
fakta dan isi pelajaran secara terperinci. Manakala, pelajar yang mempunyai
gaya pembelajaran global, suka belajar sesuatu secara keseluruhan, iaitu dia
suka mengamatai aspek-aspek atau perkara secara menyeluruh atau holistik.
Pelajara juga gemar membuat banyak perkara dalam satu masa.

3.5.2 Gerak Hati


Gaya pembelajaran yang mempunyai unsur gerak hati merujuk kepada
gaya pembelajaran pelajar yang bergantung kepada angin (kesukaannya)
atau moodnya. Jika anginnya atau moodnya baik, pelajar ini akan belajar
bersunguh-sungguh kalau tidak, dia akan berangan-angan dan tidak memberi
tumpuan. Pelajar gemar membuat keputusan yang cepat dan sering mengikut
gerak hati apabila melibatkan diri dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.

3.5.3 Reflektif
Pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran yang bersifat reflektif
ialah pelajar yang suka belajar dengan cara berfikir. Pelajar sangat prihatin
dan berfikir mendalam sebelum melibatkan diri dalam proses pembelajaran.
Pelajar ini lebih suka menggunakan kemahiran berfikir untuk membuat kajian,
membentuk hipotesis, menganalisis, mentafsir dan membuat kesimpualn.

3.5.4 Pemprosesan Otak Kiri


Mengikut Roger Sperry (1981), otak kiri manusia mempuanyai
kemahiran berfikir dalam bidang logik, analitis, urutan, bahasa, fakta,
matematik dan ingatan.

3.5.5 Pemprosesan Otak Kanan


Gaya pembelajaran yang menggunakan pemprosessan otak kanan
bercenderung kepada pembelajaran muzik, pendidikan seni, mereka bentuk
dan aktiviti-aktiviti yang bercorak kreatif.

You might also like