Professional Documents
Culture Documents
6.1 PENGENALAN
6.3 PENTAKSIRAN
ii. Prosedur
Perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian dalam penyediaan dan penggunaan
senarai semak:
a) Disediakan lebih awal sebelum permerhatian dibuat.
b) Tingkah laku yang diperhatikan dinyatakan dengan ringkas dan jelas.
c) Digunakan menilai tingkah laku mudah dalam konteks semula jadi.
d) Hanya kemahiran penting dinyatakan dalam senarai semak.
e) Item disusun mengikut peningkatan supaya dapat memperlihatkan perkembangan
tingkah laku yang akan diperlihatkan.
f) Pemerhatian hendaklah dilakukan beberapa kali untuk mendapatkan
maklumat/amalan yang lebih tepat/ kekal.
g) Tidak menunjukkan darjah kemajuan hasil pembelajaran atau hasil pembelajaran
atau tingkah laku murid.
6.8.3Rekod Berterusan
a. Definisi
Rekod berterusan merupakan catatan dalam bentuk cerita "narrative" yang dibuat ke
atas individu atau kumpulan murid semasa berlakunya sesuatu peristiwa. Setiap
perlakuan dan apa yang ditutur oleh murid akan dicatat sepanjang pemerhatian.
Pemerhatian yang terperinci ini biasanya dijalankan dalam tempoh tiga hingga lapan
minit.
serta yang diperolehi bersama rakan-rakan lain. Portfolio boleh dijadikan asas untuk
guru menilai pencapaian murid dan dijadikan panduan untuk menyediakan
pembelajaran selanjutnya. Portfolio ini hendaklah dikongsi bersama ibu bapa murid
untuk memaklumkan mereka tentang perkembangan dan kemajuan anak mereka.
6.9.1.1 Bahan yang perlu ada dalam portfolio ialah
i. Pelaporan Perkembangan Murid
ii. Rekod Peribadi
iii. Rekod Perkembangan dan Kemajuan Murid
iv. Hasil Kerja terpilih
a. Perlu dinilai dan diberi ulasan
b. Pemilihan menunjukkan peningkatan dalam
pencapaian
c. Pemilihan hasil kerja murid perlu dipilih dan
dinilai dari setiap komponen sekurangnya 2
bulan sekali.
b. Catatan perlu dibuat ke atas setiap hasil kerja murid yang telah dipilih setelah
dianalisis dan dinilai. Catatan yang dibuat biasanya menggambarkan tahap kebolehan,
contohnya sudah boleh membuat bulatan, sudah boleh menulis huruf. Koleksi hasil
kerja murid dalam portfolio harus mengandungi hasil
kerja yang melibatkan murid khususnya semasa pemilihan isi kandungan, penentuan
kriteria pemilihan isi kandungan, penentuan kriteria untuk menilai dan bukti refleksi
yang dibuat oleh murid.
c. Maklumat daripada hasil kerja murid ini membantu guru memahami murid dari segi
perasaan, sikap dan mengenalpasti kemajuan tahap penguasaan murid terhadap
sesuatu kemahiran, pengetahuan dan amalan nilai-nilai murni.
Rekod peribadi murid mengandungi maklumat diri murid, maklumat keluarga murid dan
maklumat fizikal. Guru perlu memastikan segala maklumat yang hendak diperolehi
tepat dan mendapat kerjasama dari ibu bapa atau penjaga. Rekod peribadi ini akan
diserahkan kepada guru Tahun Satu apabila murid masuk ke sekolah formal. Manakala
bagi murid yang bermasalah dari segi kesihatannya maka Rekod Peribadi ini penting
sebagai bahan
rujukan untuk guru mengambil tindakan sewajarnya.
6.12 PELAPORAN
a. Pelaporan adalah proses penyampaian maklumat penilaian dari semasa ke semasa
tentang perkembangan pengetahuan, kemahiran, penerapan nilai, sikap dan
pencapaian
murid.
b. Perkara yang perlu diberi perhatian semasa pelaporan adalah seperti berikut:
• Pelaporan perlu dilakukan dari semasa ke semasa mengikut keperluan untuk
membolehkan guru clan ibu bapa mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.
• Guru seharusnya memerhati perkembangan murid secara berfokus berdasarkan
pelbagai kecerdasan, kemahiran berfikir, kemahiran belajar, kemahiran
menyelesaikan masalah, potensi yang menyeluruh clan ketrampilan diri mengikut
tahap keupayaan mereka.
• Rumusan hendaklah dibuat berdasarkan maklumat yang telah diperolehi hasil
daripada analisis data melalui kesemua instrumen serta penilaian hasil kerja murid.
Rekod Perkembangan clan Kemajuan Murid merupakan rumusan yang dibuat oleh guru
hasil daripada maklumat yang dikumpul dan dianalisis mengenai perkembangan diri
murid secara menyeluruh dan spesifik. la berbentuk ulasan berdasarkan item-item yang
telah dibina melalui hasil pembelajaran yang hendak dicapai berasaskan Amalan
Bersesuaian Dengan Perkembangan KanakKanak. Ulasan yang dibuat seharusnya
dapat menunjukkan kebolehan dan pencapaian sebenar diri murid yang boleh diukur
melalui keenam-enam komponen berikut:
a. Perkembangan Bahasa Dan Komunikasi
b. Perkembangan Kognitif
c. Perkembangan Kerohanian dan Moral
d. Perkembangan Sosioemosi
e. Perkembangan Fizikal
f. Perkembangan Kreativiti clan Estetilka
Maklumat yang perlu ada semasa membuat rumusan mengenai
perkembangan murid melalui keenam-enam komponen perlu
mengambil kira aspek-aspek berikut:
6.13.1 Pengetahuan
Aspek pengetahuan murid meliputi:
• Diri, keluarga, rakan sebaya dan masyarakat
• Kepelbagaian hidupan di persekitaran
• Kewujudan fenomena alam
• Agama
• Pengalaman berdasarkan multimedia
6.13.2 Kemahiran
Aspek kemahiran yang telah dikuasai oleh murid meliputi:
• Kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis
• Kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah
• Kemahiran motor halus dan motor kasar semasa menjalankan
aktiviti harian dan aktiviti pembelajaran.
6.13.3 Kreativiti
Kreativiti murid boleh dinilai dalam:
• Menghasilkan objek dengan menggunakan bahan secara
kreatif (contoh: bahan semulajadi, bahan kitar semula
• Merekacipta sesuatu hasilan berdasarkan pengalaman dan fantasi.
6.13.5.Komunikasi
Kebolehan berkomunikasi murid yang boleh dinilai adalah seperti:
• Berinteraksi secara sopan, tertib dan teratur
• Melakukan pengucapan bertatasusila menggunakan bahasa yang betul
• Berinteraksi secara `non verbal' (bahasa isyarat) dan boleh difahami
• Memberi pendapat yang boleh diterima pakai.
Tindakan Susulan