You are on page 1of 1

 

PERANAN KURIKULUM

             Di bawah konteks pendidikan Malaysia, kurikulum merupakan suatu

rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan

norma, unsur kebudayaan dan kepercayaan masyarakat Malaysia. Peranan kurikulum

pendidikan di Malaysia adalah bagi mengembangkan potensi pelajar-pelajar dari segi

intelek, jasmani, rohani, dan sosial dengan seimbang dan menyeluruh, membina sifat-

sifat yang membawa kearah perpaduan negara serta menghasilkan tenaga rakyat yang

mahir dan terlatih untuk keperluan negara. Kandungan kurikulum sekolah

dibahagikan kepada dua bahagian iaitu  sukatan pelajaran dan kandungan mata

pelajaran serta segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran; dan aktiviti kokurikulum

seperti sukan, permainan, kelab, dan unit beruniform (Abdullah Sani, 2005:145-146).

            Semua sekolah yang terdapat dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan adalah

wajib menggunakan Kurikulum Kebangsaan tersebut. Bagi sekolah swasta, mata

pelajaran teras dalam Kurikulum Kebangsaan handaklah diajar di sekolah tersebut.

Kurikulum Kebangsaan meliputi mata pelajaran yang dapat menentukan pengetahuan,

kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperoleh oleh murid-murid selepas

menamatkan persekolahan. Walau bagaimanapun, Menteri Pelajaran berhak

melakukan penambahan, pegubahan atau pindaan ke atas Kurikulum Kebangsaan dari

semasa ke semasa apabila merasakan perlu melakukan demikian. Setiap sekolah

dikehendaki menyediakan murid-muridnya untuk menduduki peperiksaan yang telah

ditetapkan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.

You might also like