You are on page 1of 8

PERMINTAAN DAN PENAWARAN SERTA MISKONSEPSI DALAM

PEMBELAJARAN PERMINTAAN DAN PENAWARAN DALAM


KALANGAN PELAJAR TINGKATAN ENAM

Disediakan Untuk:

PN. NOOR HAYATI BT. ABD. HALIM

Disediakan Oleh:

MOHD IBRAHIM HANIF B. SAIDUN

MOHD NAWAWI B. AHMAD NASRI

SMKMD 2010
PENGAKUAN

Kami akui karya ini adalah hasil kerja kami sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah kami jelaskan sumbernya.

20 JUN 2010 MOHD IBRAHIM HANIF B. SAIDUN


MOHD NAWAWI B. AHMAD NASRI
PENGHARGAAN

Ucapan syukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT di atas limpahan kurnia
dan izinNya membolehkan kami menghabiskan penulisan tesis ini hingga ke
peringkat yang terakhir.

Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada Encik Pekerizi B. Lebai Man


yang begitu banyak membantu dan memberi tunjuk ajar sepanjang kami menjadi
pelajar beliau. Segala bimbingan, dorongan dan sokongan beliau banyak
memberi kami peluang untuk memajukan diri dan memberi pendedahan dalam
mempertingkatkan pengetahuan kami.

Tidak ketinggalan kepada guru Tingkatan Enam,Puan Noor Hayati Bt. Abdul
Halim serta semua rakan kami yang telah banyak membantu saya sama ada
secara langsung ataupun tidak langsung. Kami juga ingin mengucapkan terima
kasih kepada semua di atas kerjasama yang diberikan semasa kajian ini
dijalankan.

Akhir sekali, saya amat menghargai pengorbanan yang diberikan oleh rakan
kami, Mohd Khairul Hafify B. MD Nasir kerana membantu kami menyiapkan tesis
ini.
ABSTRAK

Tujuan kajian dijalankan ialah untuk mengkaji bab ‘Permintaan dan Penawaran serta
miskonsepsi terhadap konsep-konsep ekonomi dalam mata pelajaran Ekonomi Mikro
bagi tajuk 'Permintaan dan Penawaran'. Miskonsepsi bermaksud model pemikiran,
kefahaman atau idea salah yang dibentuk oleh pelajar serta bertentangan dengan
teori dan konsep yang digunakan dalam istilah Ekonomi. Pendekatan kajian ini
adalah gabungan jenis kuantitatif dan kualitatif. Metodologi kajian melibatkan
beberapa langkah seperti mengumpul data konsep-konsep Ekonomi yang kerap
dimiskonsepsikan di kalangan pelajar-pelajar Tingkatan 6 dari tiga perspektif iaitu
konteks peristiwa, hubungan dalam satu set ciri yang sama dan makna bahasa.
Jenis kuantitatif digunakan bagi mendapatkan data kekerapan miskonsepsi yang
berlaku terhadap konsep-konsep Ekonomi. Konsep-konsep yang didapati paling
kerap dimiskonsepsikan pula dikaji secara kualitatif untuk menganalisa bagaimana ia
berlaku berdasarkan tiga perspektif miskonsepsi di atas. Hasil kajian mendapati,
majoriti daripada responden tidak mempunyai kefahaman yang betul bagi setiap
konsep yang disenaraikan dalam kajian ini. Tiga konsep yang kerap
dimiskonsepsikan adalah 'Permintaan', 'Penawaran' dan 'Keseimbangan Pasaran'.
Selain itu, kebanyakan responden melakukan miskonsepsi dari perspektif makna
bahasa dalam memberikan definisi bagi setiap konsep. Keputusan kajian juga
mendapati, miskonsepsi berlaku apabila responden membuat pandangan umum
berdasarkan pemerhatian, kurang pemahaman konsep iaitu tidak jelas dan sangat
kabur, berfikiran sempit, kurang pendedahan, dan terdapat pertentangan makna
bahasa antara bahasa harian dengan istilah yang digunakan dalam Ekonomi.
Justeru itu, miskonsepsi perlu ditangani supaya pembelajaran yang berkesan dapat
diterima oleh pelajar. Kaedah rawatan yang dicadangkan dalarn kajian ini adalah
penggunaan peta konsep dan kaedah pertukaran konseptual. Para pendidik
sewajarnya menekankan dua kaedah ini dalarn aktiviti pengajaran dan pembelajaran
ekonomi supaya miskonsepsi yang wujud di kalangan pelajar dapat dikurangkan.
Tanpa pemahaman konsep yang betul, proses pembelajaran akan menjadi
pembelajaran secara hafalan dan bukan lagi pembelajaran yang bermakna.
KANDUNGAN
MUSIM

Halaman

PENGAKUAN ii

PENGHARGAAN iii

ABSTRAK iv

KANDUNGAN v

PENGENALAN 1

PERMINTAAN DAN PENAWARAN 2-6

1.0 Permintaan
1.1 Faktor –faktor
2.0 Penawaran
2.1 Faktor- faktor
3.0 Keseimbangan Pasaran
3.1 Perubahan keseimbangan
pasaran

4.0 METADOLOGI KAJIAN 7

5.0 CADANGAN 8-9

PENGENALAN

Pendidikan ekonomi secara formal hanya dijalankan untuk Tingkatan 6


sahaja.
Matlamat Kurikulum Ekonomi adalah untuk membekalkan pelajar dengan
4.0 METADOLOGI KAJIAN
Sampel kajian ialah pelajar tingkatan enam iaitu seramai 12 pelajar daripada 22
pelajar. keputusan pelajar berasaskan kepada markah peperiksaan akhir tahun
subjek ekonomi sesi 2009. Pelajar yang dipilih merupakan pelajar yang memperolehi
markah yang terendah iaitu markah 60% ke bawah. Pelajar tersebut memperolehi
gred B-, C+, C-,D+, D dan F.

Kaedah kajian berbentuk kajian Tindakan. Alat kajian ialah soalan Ujian
Akhir Tahun,Penganalisisan data secara analisis statistik deskriptif (gred markah
minimum dan maksimum). Tempat kajian ialah di Sekolah Menengah Kebangsaan
Megat Dewa.

PENILAIAN DAN PEMERHATIAN

NAMA
PELAJAR/GRED B- C+ C- D+ D F
E1 /
E2 /
E3 /
E4 /
E5 /
E6 /
E7 /
E8 /
E9 /
E10 /
E11 /
E12 /

Berdasarkan Jadual di atas, pencapaian jumlah lulus mata pelajaran


Ekonomi tidak pemah melebihi 70% berbanding dengan mata pelajaran yang
lain.Peratus jumlah lulus semakin menurun dari tahun ke tahun. Merujuk Laporan
Peperiksaan Sijil Tinggi PelajaranMalaysia (STPM) tahun 2001 hingga 2003 yang
dikeluarkan oleh LPM, di antara kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan oleh
calon adalah gagal mengaplikasikan teori Ekonomi yang dipelajari semasa
menjawab soalan berbentuk analisis data, situasi dan bahan grafik, tidak dapat
mengaitkan teori Ekonomi dengan bahan rangsangan yang diberi dalam soalan,
lemah mengingati dan memahami konsep dan istilah Ekonomi, mempersembahkan
jawapan berdasarkan pemikiran logik umum tanpa menghubungkaitkan dengan teori
Ekonomi, laras bahasa Ekonomi yang lemah dan kegagalan menghafal rumus,
mengaplikasikan serta mentafsir soalan pengiraan.Keadaan ini berlaku disebabkan
pelajar mempunyai pemahaman yang amat kurang terhadap konsep-konsep
ekonomi dan mengakibatkan mereka tidak mengetahui konsep-konsep tersebut
dengan jelas dan terperinci. Ini menyebabkan mereka tidak dapat menguasai ilmu
ekonomi dan menjejaskan prestasi mereka dalam peperiksaan.
Pelajar hanya menggunakan pengalaman harian mereka bagi menjelaskan maksud
konsep-konsep ekonomi yang mengakibatkan mereka memberikan jawapan yang
salah.

5.0 CADANGAN-CADANGAN YANG BOLEH DIAMBIL UNTUK


MENGATASI MISKONSEPSI PERMINTAAAN DAN PENAWARAN

Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM)menyarankan satu cadangan untuk


menyelesaikan masalah ini kepada pelajar dalarn laporan tersebut adalah mereka
perlu menguasai konsep, istilah dan fakta-fakta ekonomi dengan tepat (LPM
pelbagai tahun). Bagi mengatasi masalah tersebut, pelbagai usaha telah dilakukan
oleh pelbagaipihak. Pusat Perkembangan Kurikulurn (PPK) dan Kementerian
Pendidikan Malaysia(KPM) telah beberapa kali menggubal sukatan pelajaran
Ekonomi Asas supaya ianya sesuai dengan umur dan kemampuan pelajar. Selain itu
juga, seminar-seminar pendidikan Ekonomi telah diadakan bagi membincangkan
pengajaran dan pembelajaran pendidikan Ekonomi. Pihak sekolah pula menjalankan
pelbagai aktiviti seperti pertandingan kuiz, ulangkaji sebelum peperiksaan, seminar
peperiksaan dan termasuklah kelas tambahan pada musim cuti persekolahan.
Daripada pelbagai usaha yang telah dijalankan, tiada kajian atau usaha yang telah
dijalankan untuk melihat kepada pembelajaran konsep-konsep Ekonomi yang
mempunyai linguistik yang tersendiri kerana Ekonomi mempunyai kaitan dengan
tingkah laku manusia. Oleh itu, ia tertakluk kepada sifat-sifat manusia yang tidak
boleh diramalkan dan ini menyebabkan pelajar kerap kali menghadapi masalah
untuk memahami konsep-konsep ekonomi (Habibah Elias 1992). Menurut Hansen et.
al. (dalam Shahril et al. 1994), salah satu unsur yang perlu untuk kefahaman
Ekonomi adalah menguasai konsep-konsep asas. Pelajar mestilah dapat menguasai
satu kumpulan konsep asas untuk membolehkan mereka berfikir mengenai isu-isu
ekonomi dengan cara yang rasional. Habibah Elias (1992) pula menyatakan,
pembelajaran konsep membuatkan pelajar bergerak balas kepada banyak
rangsangan iaitu; berfikir, mengaitkan, mengingati, meneliti, menggunakan fakta dan
pengalaman dan menggabungkan semua gerak balm ini dalam satu tindak balas
kepada situasi yang dihadapi. Jelas sini, pembelajaran Ekonomi menjadi lebih
berkesan jika pemahaman konsep ditekankan kepada pelajar dan bukan
sekadar menghafal nota atau pun buku teks. Mengikut Lim (2003), kebanyakan
pelajar menggunakan pengetahuan dan pengalaman harian mereka untuk
memahami konsep-konsep dalam ekonomi. Pelajar menggunakan pengetahuan dan
membuat pertimbangan berdasarkan pengetahuan yang
sesuai dengan sesuatu situasi. Walaupun pengalaman-pengalaman ini boleh
membantu untuk membentuk pemikiran ekonomi, tetapi wujud pula miskonsepsi.
Hare dan Graber (2000) menggambarkan miskonsepsi sebagai kefahaman atau pun
perspektif yang berbeza dengan yang diterima oleh pakar. Menurut Micheal (2002) ,
miskonsepsi berlaku apabila anda bertanya soalan dan mendapati bahawa jawapan
tersebut adalah salah, selalunya aneh atau tidak diduga. Dengan itu, anda bertanya
satu soalan susulan atau anda bertanya kembali untuk mendapatkan penjelasan
bagi jawapan dahulu, dan sekali lagi anda dapat satu jawapan atau penjelasan yang
aneh. Oleh itu, soalan-soalan yang telah di tanya adalah untuk menguji diagnosis,
dan jawapan yang diperolehi adalah petanda kehadiran kemungkinan berlakunya
miskonsepsi. Griffith et al. (dalam Julianti Kasim 1998) pula menekankan bahawa
usaha yang bersungguh-sungguh perlu diambil supaya miskonsepsi dapat
dibanteras dan tidak berakar umbi sehingga menjadi kekal kerana ia akan
merosakkan pemahaman dan kemampuan pelajar.

Banyak kajian telah dijalankan mengenai miskonsepsi oleh penyelidik tempatan


dan luar negara. Walau bagaimanapun, kajian-kajian tersebut lebih memfokuskan
kepada miskonsepsi dalam bidang Sains dan Matematik. Di antaranya adalah kajian
Yesim et al. (2001) yang mengenalpasti miskonsepsi pelajar bagi topik fotosintesis
and respirasi tumbuhan. Kajian tersebut mendapati pelajar mempunyai miskonsepsi
dalam tajuk yang dikaji, hasil daripada tindakan sosial dan pengalaman
persekolahan termasuk gaya pembelajaran dan pengajaran. Manakala, kajian
miskonsepsi dalam bidang Ekonomi telah dijalankan oleh seorang penyelidik luar
negara iaitu Baumann pada tahun 1997. Beliau mengkaji miskonsepsi dalam
Ekonomi untuk mengenalpasti kekeliruan di kalangan pelajar sekolah menengah
atasan yang mempunyai gred purata 2.5 ke atas serta tidak mempunyai pendidikan
formal subjek Ekonomi. Keputusan kajian mendapati 9 miskonsepsi telah dikenal
pasti berdasarkan prinsip Ekonomi.

Sehubungan itu, kajian miskonsepsi dalam mata pelajaran Ekonomi Asas


konsep perlu dijalankan seperti mana dalam bidang Sains dan Matematik. Tang dan
William (2000) memberitahu bahawa miskonsepsi akan menimbulkan masalah dan
menjadi halangan kepada proses pembelajaran. Baumann (1997) menyokong
kenyataan ini dengan menjelaskan bahawa miskonsepsi yang dihadapi oleh pelajar
mengenai maklumat yang baru akan menyekat penerimaan pengetahuan baru.
Seterusnya, Smith et al. (1993) menegaskan bahawa miskonsepsi perlu ditangani

You might also like