Professional Documents
Culture Documents
Proses pembelajaran bukan sahaja berlaku semasa pengajaran dan pembelajaran semata-
mata. Guru boleh mempelbagaikan proses pembelajaran, melalui aktiviti-aktiviti diluar
kelas boleh mendorong murid menimba sesuatu pengalaman baru dan merasai sendiri
suasanan berkenaan bukan sekadar teori sahaja. Pengalaman yang mereka lalui dapat
mengukuhkan lagi daya ingatan murid-murid.
Guru boleh mengadakan lawatan sambil belajar bagi memberi peluang kepada
murid mengkaji, menganalisis dan membuat perbandingan apa yang mereka lihat dan
pelajari. Lawatan ke penjara, dapat memberi peluang murid memahami lebih mendalam
lagi tingkah laku yang bermoral dan yang tidak bermoral. Moral itu sendiri bermaksud
sebagai cara atau berbagai cara untuk melihat dan mempersoalkan pelbagai isu
berhubung dengan perbuatan atau tingkahlaku berdasarkan persoalan betul atau salah,
benar atau tidak dan apakah ia harus dilakukan atau tidak dalam satu-satu keadaan.
Guru juga perlu memahami dan mematuhi prosedur yang telah ditetapkan
sekiranya berhasrat untuk mengadakan lawatan sambil belajar. Ini adalah bertujuan untuk
melancarkan perjalanan semasa mengadakan lawatan dan bukan untuk menyulitkan
urusan. Prosedur ini melibatkan sebelum, semasa dan selepas lawatan dijalankan.
Sebelum lawatan guru perlu membuat mesyuarat pembentukan Ajk, menyediakan kertas
kerja, membuat surat kebenaran ke tempat lawatan, kebenaran PPD, kebenaran JPS,
kebenaran ibu bapa. Semasa lawatan pula guru perlu memastikan keselamatan murid,
dokumen-dokumen penting ada seperti kebenaran ibu bapa serta permit bas. Selepas
lawatan pula guru perlu menyediakan laporan lengkap.
1.0 Aktiviti Sebelum Lawatan
KERTAS KERJA
KE PENJARA KAJANG
ANJURAN :
Kerjasama
PERSATUAN PIBG SKSB
KERTAS KERJA
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PENJARA KAJANG
ANJURAN PANITIA MORAL DAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
DENGAN KERJASAMA PERSATUAN PIBG SKSB
1.0 DEFINISI
Lawatan ini diadakan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada murid-murid
dan pengalaman baru kepada mereka mengenai kehidupan sebenar sebagai
penghuni penjara.
2.0 RASIONAL
2.1 Pendedahan kepada murid mengenai aktiviti yang dijalankan oleh warga
penjara sepanjang mereka berada di dalam tahanan.
2.2 Memberi pengalaman baru dan melihat sendiri kehidupan warga penjara
dengan lebih dekat lagi.
2.3 Memberi kesedaran kepada murid tentang tingginya komitmen dan
inspirasi negara bagi membangunkan modal insan yang berkualiti dan
bebas daripada masalah sosial.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Memberi peluang kepada murid untuk melihat dengan lebih dekat lagi
corak kehidupan sebenar sebagai penghuni penjara.
3.2 Menggalakkan dan mewujudkan keinsafan dalam diri murid untuk
berkelakuan baik dan menjalankan kehidupan seperti orang biasa serta
bebas melakukan aktiviti dan menikmati kehidupan yang aman.
4.0 SASARAN
Murid Tahap 2 iaitu Tahun 4, 5 dan 6.
5.0 BILANGAN PESERTA / GURU
Seramai 40 orang murid akan mengikuti lawatan ini dengan kebenaran ibubapa /
penjaga. Seramai 5 orang guru akan mengawasi pelajar sepanjang program ini
berjalan.
Masa Aktiviti
7.30 pagi - Berkumpul di sekolah / pendaftaran
8.00 pagi - Bersedia untuk bertolak ke Penjara Kajang
8.40 pagi - Tiba di Penjara Kajang
- Diberi taklimat ringkas oleh Pegawai yang bertugas.
9.00 pagi - Menonton Tayangan Video
10.00 pagi - Rehat
10.30 pagi - Melawat sekitar kawasan penjara ( tempat dijatuhkan
hukuman, bilik kurungan )
1.00 tengah hari - Makan tengah hari / solat
2.00 petang - Sesi Motivasi oleh penghuni penjara yang bakal
keluar setelah hampir tamat tempoh tahan yang
dikenakan
3.30 petang - Penyampaian cenderahati
4.00 petang - Bertolak balik ke Sungai Buloh
4.45 petang - Tiba di SKSB
PENDAPATAN
10.1 Peruntukan Unit Kokurikulum RM 520.00
10.2 Kutipan Murid ( RM 20.00 X 40 orang ) RM 800.00
Jumlah RM 1320.00
PERBELANJAAN
10.3 Bayaran Pengangkutan RM 350.00
10.4 Makanan ( RM 12 X 40 orang ) RM 480.00
10.5 Cenderahati Penjara RM 50.00
10.6 Topi dan T.shirt RM 400.00
10.7 Edaran RM 40.00
Jumlah RM 1320.00
11.1 Setiap pelajar akan diberi lembaran kerja bagi menjawab soalan-soalan
yang berkaitan dengan lawatan dan tempat-tempat yang dilawati.
11.2 Lembaran kerja akan dikumpul semula setelah program selesai untuk
disemak dan dinilai oleh guru pengiring.
11.3 Seramai 10 orang murid yang dapat menjawab dengan memuaskan akan
dipilih untuk menerima cenderahati yang disediakan.
12.0 PENUTUP
Diharap dengan menyertai lawatan ini, dapat membuka minda murid disamping
memberi peluang kepada murid untuk melihat dengan lebih dekat lagi corak
kehidupan insan-insan yang kurang bernasib baik, sama ada kesilapan mereka
sendiri ataupun kesalahan yang tidak disengajakan.
Tuan:
Ruj.Kami: SKSB01/06/10/001 ( )
Tarikh : 20 Jun 2007
Pengarah,
Penjara Kajang,
Selangor Darul Ehsan
Tuan,
3. Di sini juga pihak kami akan sertakan tentatif lawatan yang kami cadangkan.
Pihak tuan boleh membuat perubahan dan cadangan yang difikirkan bersesuaian.
4. Kami amat berharap permohonan ini mendapat perhatian daripada pihak tuan.
Segala jasa dan perhatian pihak tuan amat kami hargai.
…/2
Sekian, terima kasih.
……………………………….
……………………………….
……………………………….
………………………………. No. Tel : ________________
Kepada,
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh,
47000 Selangor Darul Ehsan.
Tuan,
2. Saya faham bahawa pihak sekolah telah pun memberikan segala penerangan dan
akan mengambil langkah-langkah keselamatan dan pengawasan sepanjang kegiatan
tersebut diadakan.
3. Saya bersetuju untuk memaklumkan kepada pihak sekolah sekiranya terdapat apa-
apa perubahan kesihatan atau keadaan fizikal anak jagaan saya sebelum tarikh aktiviti
berkenaan. Saya juga telah memastikan bahawa anak jagaan saya faham bahawa setiap
peraturan dan arahan yang diberikan oleh pihak sekolah dan guru pengiring hendaklah
dipatuhi bagi memastikan keselamatan pelajar.
Tuan,
2. Adalah disahkan bahawa pihak sekolah telah mendapat kebenaran daripada ibu
bapa bagi membawa seramai 40 orang murid untuk mengikuti lawatan sambil belajar ke
Penjara Kajang, Selangor pada 10 September 2007.
8.1 Yuran daripada murid-murid seperti senarai ahli dalam borang ini :
RM 20.00 seorang X 40 orang RM 800.00
Jumlah RM 1320.00
9. Nama dan Keterangan mereka yang diberi kuasa mengutip dan membelanjakan
wang.
Jumlah RM 20.00
1.6 Senarai Nama Peserta
Masa Aktiviti
7.30 pagi - Berkumpul di sekolah / pendaftaran
8.00 pagi - Bersedia untuk bertolak ke Penjara Kajang
8.40 pagi - Tiba di Penjara Kajang
- Diberi taklimat ringkas oleh Pegawai yang bertugas.
9.00 pagi - Menonton Tayangan Video
10.00 pagi - Rehat
10.30 pagi - Melawat sekitar kawasan penjara ( tempat dijatuhkan
hukuman, bilik kurungan )
1.00 tengah hari - Makan tengah hari / solat
2.00 petang - Sesi Motivasi oleh penghuni penjara yang bakal
keluar setelah hampir tamat tempoh tahan yang
dikenakan
3.30 petang - Penyampaian cenderahati
4.00 petang - Bertolak balik ke Sungai Buloh
4.45 petang - Tiba di SKSB
i) Pendaftaran
Guru memberi penerangan mengenai aturcara sepanjang lawatan.
Tidak lupa guru memberi peringatan beberapa perkara penting
semasa lawatan seperti menjaga tingkahlaku, membuat catatan,
mematuhi peraturan penjara dan tidak lupa menjaga barangan
peribadi supaya tidak tertinggal.
1. Tujuan
1.1 Pendedahan kepada murid mengenai aktiviti yang dijalankan oleh warga
penjara sepanjang mereka berada di dalam tahanan.
1.2 Memberi pengalaman baru dan melihat sendiri kehidupan warga penjara
dengan lebih dekat lagi.
1.3 Memberi kesedaran kepada murid tentang tingginya komitmen dan inspirasi
negara bagi membangunkan modal insan yang berkualiti dan bebas
daripada masalah sosial.
2. Objektif
2.1 Memberi peluang kepada murid untuk melihat dengan lebih dekat lagi
corak kehidupan sebenar sebagai penghuni penjara.
2.2 Menggalakkan dan mewujudkan keinsafan dalam diri murid untuk
berkelakuan baik dan menjalankan kehidupan seperti orang biasa serta
bebas melakukan aktiviti dan menikmati kehidupan yang aman.
3. Ajk Keselamatan
PERBELANJAAN
4.3 Bayaran Pengangkutan RM 350.00
4.4 Makanan ( RM 12 X 40 orang ) RM 480.00
4.5 Cenderahati Penjara RM 50.00
4.6 Fail RM 400.00
4.7 Edaran RM 40.00
Jumlah RM 1320.00
5. Aktiviti
Sepanjang lawatan sehari ke Penjara Kajang setiap murid akan diberi lembaran
kerja bagi menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan lawatan dan tempat-
tempat yang dilawati. Jawapan kepada soalan berkenaan berkisar kepada tempat
yang mereka lawat. Secara tidak langsung murid perlu memberi tumpuan dan
pemerhatian semasa mereka melawat sekitar penjara.
6. Rumusan
7. Cadangan
Saya sebagai seorang guru yang membuat lawatan ini rasa amat bertuah kerana
dapat berpeluang menjejaki kaki ke penjara. Bukan semua orang berpeluang
seperti ini. Seharusnya, kita sebagai guru perlu mengadakan lawatan sebegini
memandangkan masalah keruntuhan akhlak di kalangan murid amat
membimbang semua pihak. Pihak penjara juga mungkin boleh mengadakan
ceramah atau pameran ke sekolah untuk memberi kesedaran di kalangan murid-
murid.
Setelah hampir satu jam berada di dalam bas berhawa dingin, akhirnya kami tiba
di tempat yang dituju. Apabila kami sampai di sana, kami disambut oleh pegawai yang
bertugas. Selepas diberi taklimat ringkas oleh beliau, kami menonton tayangan video
yang mengisahkan sejarah tentang penubuhan, tempat-tempat khas seperti bilik
kurungan, tempat hukuman gantung, dan banyak lagi.
Kira-kira jam 2.00 petang, iaitu selepas selesai menjamah makanan tengah hari
dan mendirikan solat, kami mendengar motivasi yang diberikan oleh penghuni penjara
yang bakal keluar setelah hampir tamat tempoh tahanan yang dikenakan. Bukan itu
sahaja, kami juga dinasihatkan supaya menjauhi sebarang jenayah. Sedikit sebanyak,
kami menjadi insaf dan berazam untuk menjadi insan yang baik serta dapat menjalani
kehidupan yang bebas dan aman.
Akhirnya, masa untuk pulang pun telah tiba. Sebelum bertolak. Kami menerima
cenderahati daripada pihak Penjara Kajang untuk dijadikan sebagai kenang-kenangan.
Kami dimaklumkan oleh pegawai terbabit, cenderahati ini merupakan hasil kerja tangan
penghuni penjara.
Lawatan sambil belajar ini, amat berfaedah walaupun lawatan ini cuma sehari.
Kami berasa puas dan yakin pengetahuan yang kami peroleh dapat dimanfaatkan dalam
pembelajaran di kelas, mahupun dalam menjalani kehidupan seharian. Kami juga akan
kongsi pengalaman yang berguna ini dengan rakan-rakan lain yang tidak berpeluang
mengikuti lawatan. Kami juga berharap supaya pada tahun yang akan dating, bilangan
penghuni di penjara akan semakin berkurangan. Sesuai dengan harapan Perdana Menteri
kita ingin melahiran generasi yang berakhlak, bertamadun dan berilmu.
Abdul Jalil Ali ( 2002 ). Dewan Siswa. Kuala Lumpur. Penerbit Francaisi Media
Netwaork Sdn. Bhd.
Ee Ah Meng ( 1988 ). Pendidikan Moral Untuk Bakal Guru. Kuala Lumpur. Longman
Malaysia.
Prof. Dr. Ansory Ahmad, Prof. Dr. Mansoor Fadzil, Prof. Dr. John Arul Phillips (2007).
HBME 1203 Pendidikan Moral Tahun 1. Kuala Lumpur. UNITEM Sdn. Bhd.
Open University Malaysia.
Salleh Long (2006). Pendidikan Bil. Old. 2006 Selangor. Widad Publication Sdn. Bhd.
Sumber Internet :
http : //www.karangkraf.com.my