You are on page 1of 17

Disforia gender atau kecelaruan gender didefinisikan sebagai keadaan di mana

penghayatan individu itu bercelaru antara perasaan gender sendiri dengan jantina anggota

kelaminnya. Menurut Pakar Perunding Kesihatan Seksual dan Reproduktif, Lembaga

Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, Dr Mohd Ismail Tambi, disforia gender

didefinisikan sebagai suatu keadaan yang mana penghayatan seseorang individu

mengenai dirinya itu bercelaru antara perasaan gender kendiri dengan jantina anggota

kelaminnya. Manifestasi fenomena transeksualisme berlaku ketika seseorang itu dalam

proses pengenalan diri mengenai jantina. Dia akan berasa dirinya berbeza dengan

kehendak hatinya dan kadangkala dia serba salah apabila lebih cenderung bergaul dengan

individu daripada jantina sebaliknya. Di sinilah berlakunya fenomena 'lelaki lembut dan

perempuan keras'.

Mengikut kajian Prof Louis Gooren, kemungkinan fenomena transeksualisme

berlaku ialah satu transeksual lelaki dalam 15,000 lelaki manakala satu transeksual

perempuan dalam 35,000 perempuan. Di Malaysia banyak istilah digunakan untuk

membezakan golongan-golongan ini antaranya seperti mak nyah, bapuk, gay, tomboy

pengkid atau lesbian. Penampilan dan cara kehidupan lahiriah mereka ini berbeza-beza.

Secara tersembunyi, mereka akan memakai pakaian jantina yang sebaliknya, sekali gus

berasa dirinya dekat dengan jantina itu. Perasaan untuk mendekati jantina yang dianggap

jantina nalurinya akan menjadi lebih ketara apabila memasuki alam remaja dan berlaku

pergolakan hormon seksual serta mengalami ketumbesaran anggota kelamin. Mereka

akan berasa perubahan dirinya lebih jauh daripada kehendak diri sehingga berasa

tertekan. Kepada yang dapat mengawal kehendak diri, mereka akan ikut haluan

masyarakat yang sebenar. Namun, bagi yang lebih mengikut kehendak diri, mereka akan

1
melakukan apa juga yang difikirkan sesuai untuk menikmati naluri mereka seperti

berpakaian dan mendapat rawatan yang dapat mendekatkan mereka kepada jantina

diidamkan. Golongan ini sanggup melakukan apa saja yang difikirkan dapat

mendekatkan diri kepada jantina keinginan mereka sehingga kadangkala boleh

mendatangkan kesusahan kepada mereka.

Menurut Pakar Bedah Am Hospital Pusrawi Kuala Lumpur, Dr. Zain Al-Rasyid

Mohd. Nor, pembedahan jantina atau lebih popular sebagai SRS (Sex Reassignment

Surgery) adalah pembedahan menukar jantina yang melibatkan pembuangan dan

pembinaan semula organ-organ genitalia luar merupakan satu pembedahan yang rumit.

Terutamanya untuk mengubah jantina daripada wanita ke lelaki yang kurang berjaya

disebabkan oleh kesukaran untuk membina zakar yang boleh berfungsi dengan baik dari

tisu-tisu clitoris. Oleh sebab itulah, kebanyakan pembedahan seumpamanya yang

dijalankan adalah untuk menukar jantina lelaki ke perempuan. Kebanyakkan pembedahan

jantina ini sangat popular di negara Thailand dan Singapura.

Bagaimanapun, seseorang yang dilahirkan khunsa musyukil iaitu manusia yang

dilahirkan mempunyai dua alat kemaluan, lelaki dan perempuan diharuskan membuat

pembedahan bagi mengekalkan salah satu alat jantina yang benar-benar berfungsi untuk

digunakan mengikut keadaan yang sesuai. Dengan adanya pengisytiharan ini dan

berlandaskan fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan maka dengan

sendirinya seorang transeksual yang menjalani pembedahan jantina dianggap sebagai

perbuatan haram di sisi agama Islam.

Tomboy, Pengkid dan Lesbian atau yang sama erti dengannya membawa makna

berbeza kepada masyarakat walaupun hakikatnya mereka cenderung kepada gejala sama

2
malah kelompok ini adalah jantina ketiga yang cuba menonjolkan identiti gender

berlawanan daripada norma biologi, moral dan sosial. Saintis Sosial dan Eksekutif Unit

Penyelidikan & Pembangunan Intelek Uforia UiTM Perak, Airil Haimi Mohd Adnan,

berkata kecelaruan gender itu secara realiti berkaitan dengan sub-budaya (subculture)

yang tersorok selain hanya boleh difahami oleh mereka yang menjadi sebahagian

daripada kelompok berkenaan. Tomboy adalah gender neutral bererti wanita

berperwatakan lelaki tetapi bukan pengkid atau lesbian. Dia lebih kepada sifat feminin

manakala pengkid pula sedaya-upaya mahu kelihatan seperti lelaki. Contohnya

berbengkung di dada, memakai pakaian longgar dan berambut pendek sementara pengkid

tertarik untuk berhubungan seksual dengan wanita lain dan lesbian pula tidak semestinya

kelihatan seperti lelaki malah ramai feminin dan nafsu terhadap wanita lain tidak

diketahui sesiapa pun. Mereka menerima diri sebagai wanita, malah menyukai bentuk

tubuh wanita. Dalam hubungan seksual lesbian, salah seorang pasangan memainkan

peranan dominan manakala seorang lagi bersifat lebih pasif. Pengaruh biologi atau

psikologi lebih terlihat dalam diri mereka yang bergelar pengkid dan juga lesbian

menerusi proses terapi dan kaunseling interpersonal tetapi imej tomboy pula adalah

proses sosialisasi primer melalui keluarga, sekolah dan media yang semakin didominasi

imej maskulin dalam dunia wanita. Begitupun, imej tomboy atau tampak kejantanan itu

boleh dikikis perlahan-lahan dalam diri seseorang gadis menerusi bantuan dan sokongan

orang terdekat seperti ibu bapa, ahli keluarga, rakan karib dan guru supaya

kecenderungan mereka tidak menular lebih jauh. Jika di tahap tomboy, iaitu seorang

gadis lasak dan suka aktiviti lelaki serta berpakaian seperti lelaki, ibu bapa atau guru

mungkin boleh mengimbangi aktiviti gadis berkenaan dengan sesuatu yang lebih feminin

3
atau mendorongnya untuk memberatkan personaliti gender sesuai dengan jantina

biologinya. Bagi pengkid dan lesbian pula, bantuan pakar akademik dalam bidang gender

dan kaunselor atau ahli psikologi bertauliah bersama ahli agama diperlukan untuk proses

kaunseling. Menerusi sokongan pihak terdekat ini, berkemungkinan mereka dapat

dibantu untuk sekurang-kurangnya meninggalkan perbuatan seks songsang.

Kecenderungan golongan berkenaan memilih gender lelaki atau sebaliknya bergantung

kepada lingkungan sosial sedari kecil termasuk pernah diperkosa sewaktu kecil selain ada

juga wanita bergelar isteri menjadi lesbian kerana kecewa dengan hubungan seksual

bersama suami. Bagaimanapun, sejarah pahit seperti perkosa bukan antara sebab utama

sebaliknya hanya sebagai alasan memilih menjadi pengkid atau lesbian ditambah elemen

menyedihkan itu adalah jalan paling mudah bagi memenuhi salah satu kemahuan naluri

paling asas iaitu nafsu syahwat sendiri. Kecelaruan gender di kalangan masyarakat hari

ini dikaji berpunca dari institusi kekeluargaan. Lebih buruk lagi, kegoyahan hubungan

pembina rumah tangga telah membentuk emosi anak-anak sehingga mempengaruhi

pembinaan seksualiti mereka. Masyarakat perlu sedar bahawa gejala ini berpunca

daripada diri mereka sendiri. Ada kalanya ramai yang lupa bahawa sikap mereka yang

mahu menunjukkan siapa yang lebih mempengaruhi pembesaran anak mereka

membentuk emosi dalaman yang menjadi asas peribadi anak-anak mereka. Kegoyahan

institusi rumah tangga yang menyaksikan perceraian contohnya membentuk secara kekal

peribadi anak-anak tersebut. Seorang ibu yang terlalu memanjakan anak lelaki lebih

banyak membentuk lelaki yang mempunyai kecelaruan memilih pasangan seks.

Manakala seorang bapa yang menjaga anak perempuan pula nescaya akan mengakibatkan

si anak mahu memiliki keupayaan ayahnya. Hasilnya, bertambahlah bilangan mereka

4
yang mempunyai seksualiti bercelaru dan pertambahan ini akan berlaku dari semasa ke

semasa dan lebih parah seandainya ibu bapa masih tidak sedar tentang pengaruh sikap

mereka terhadap pembentukan peribadi anak-anak. Keperibadian anak-anak mestilah

dicorakkan dengan didikan daripada kedua-dua ibu bapa yang bersefahaman dan tahu

peranan masing-masing.

Masalah homoseksual di negara ini boleh dianggap kronik biarpun tiada kajian

khusus atau angka sebenar pengamal gaya hidup bebas begini ditambah situasi di mana ia

masih berlangsung dalam keadaan tersorok dan untuk mengenal siapa gay atau lesbian,

kita perlu terlebih dulu diterima dalam lingkungan mereka. Hakikat ini menjadi cabaran

kepada saintis sosial negara untuk mengetahui keadaan sebenar mengenai sub-budaya

homoseksual di negara ini dan dari kajian yang sedang dijalankan, tahap kecelaruan

gender di kalangan siswa universiti, secara purata dari 230 orang responden yang

mengakui mengalami kecelaruan gender lebih 80 peratus pernah atau sedang terbabit

dalam hubungan sejenis. Bercakap mengenai daya tarikan dengan insan sejenis, secara

realitinya ia tampak aneh namun fenomena anak gadis terbabit dalam cinta songsang

berpunca daripada keinginan iaitu 'perhubungan' cinta dan seksual wanita bersama wanita

(lesbianism) menjanjikan kepuasan yang lebih. Hanya wanita mengetahui keinginan

wanita lain. Ini pendapat umum hasil kajian saintis sosial Barat. Dari segi kepastian

seksual (sexual security) pula, wanita pengkid atau lesbian berasa lebih selesa kerana

mereka tidak boleh mengandung jika berhubungan secara homoseksual. Begitupun, untuk

jangka masa panjang hubungan sejenis tidak stabil yang lazimnya tidak akan bertahan

kerana tiada ikatan sah boleh dilakukan. Lazimnya, ahli sub-budaya ini cepat bertukar

pasangan dan ada di kalangan mereka mempunyai ramai pasangan sekali gus. Ini bererti,

5
apa yang dicari hanya kepuasan nafsu bukan hubungan sah. Mereka sendiri tidak pasti

hala tuju masa depan tidak seperti hubungan lelaki dan wanita yang diakhiri ikatan sah

seterusnya memikul tanggungjawab berkeluarga. Sudah pasti gejala ini mengundang

penyakit serta merosakkan sosio budaya dan nilai spiritual masyarakat sejagat.

Satu kajian antarabangsa yang telah dilakukan Prof Melissa Hiles

mendapati, pengaruh perubahan hormon dalam badan perempuan mengandung

mempengaruhi sifat anak yang bakal dilahirkan. Jika ibu itu mempunyai lebih hormon

testosterone, bayi yang dilahirkan mempunyai ciri kelakian yang lebih begitu jugak

sebaliknya`. Selain itu, beliau berkata, gelaran mak nyah bukan saja diberikan kepada

lelaki yang menyerupai wanita tetapi gelaran itu juga diberikan untuk wanita yang

mempunyai perwatakan lelaki dan mempamerkan sifat kelakian berbanding kewanitaan.

Begitupun, fenomena pengkid, tomboy atau lesbian tidak harus dijadikan isu tuding

menuding antara semua pihak apatah lagi ketika masyarakat dikejutkan beberapa kes

mengenai remaja perempuan 'dilarikan' tomboy dan pengkid. Menurut Enakmen Jenayah

Islam Selangor 1995 Seksyen 30, lelaki yang berlagak seperti wanita antara klausa yang

tercatat, mana-mana lelaki yang berpakaian atau berpelakuan seperti seorang perempuan

di tempat awam dengan tujuan mebabitkan diri dalam kegiatan tidak bermoral boleh

ditahan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama setahun atau didenda ringgit

Malaysia satu ribu ringgit atau kedua-duanya sekali, tetapi malangnya bagi kesalahan

wanita menyerupai lelaki tiada peruntukkan undang-undang bagi kesalahan tersebut.

Oleh yang demikian banyak kes pengkid atau tomboy yang melarikan anak gadis tidak

dapat diambil tindakan. Cuma baru-baru ini satu persidangan yang telah dijalankan oleh

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan telah mengharamkan perbuatan

6
perempuan yang membuat penampilan seperti lelaki atau dikenali sebagai ‘pengkid’.

Menurut pengerusinya Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin fatwa ini dikeluarkan setelah

melihat gejala itu di kalangan remaja perempuan Islam semakin membimbangkan.

(Utusan Malaysia:2008). Ketua Jabatan Antropologi dan Sosiologi

Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Jaslaile Suzana Jaafar, berkata fenomena wanita

berlagak sebagai lelaki atau lelaki mengubah penampilan menjadi wanita

menggambarkan orientasi seksual remaja yang disebabkan faktor sampingan termasuk

genetik, hormon, kognitif serta persekitaran. Menurut beliau, situasi ini bukan disebabkan

penerimaan masyarakat masa kini yang sering dilabel bersikap terbuka dalam segala hal

tetapi kelonggaran nilai ketimuran serta kekurangan pengetahuan agama yang terhakis

tanpa disedari menjadi pemangkin kepada fenomena itu. Kita tidak boleh salah

menyalahkan sesiapa dalam hal ini. Daripada kajian, fenomena keinginan seksual atau

kecenderungan seseorang kepada teman sejenis dipengaruhi psikologi ditambah faktor

sampingan merangsang lagi hasrat remaja menjadi seperti dimahukan. Sebagai ahli dalam

masyarakat, kita mesti memahami situasi yang melanda mereka bukan menyalahkan atau

menuding jari kepada keluarga yang dikatakan tidak tahu mendidik anak. Barangkali ia

satu gambaran kepada masalah psikologi lebih berat atau simptom harga kendiri lebih

rendah. Jika setiap orang hanya menuding jari, permasalahan ini tidak akan menemui

penyelesaian. Dalam menghadapi cabaran globalisasi dan perubahan sosial, remaja perlu

mempunyai jati diri serta sokongan supaya mereka tidak mudah terjebak dengan anasir

kurang sihat. Sindrom tomboy atau aliran yang sama dengannya kadangkala bersifat

sementara yang cuba dirasai tatkala menjejaki alam remaja sekali gus keinginan

bereksperimentasi dengan khayalan boleh beransur hilang apabila mencecah zaman

7
dewasa juga hasil bantuan insan sekeliling. Bagi kaum lelaki pula, Isu

lelaki lembut yang pernah dicetuskan oleh Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan

Masyarakat, Datuk Dr. Siti Zaharah Sulaiman suatu ketika dahulu telah mendapat reaksi

pro dan kontra pelbagai pihak. Dalam memperkatakan fenomena lelaki lembut, Ketua

Jabatan Kaunseling Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Noraini Ahmad

pula meminta masyarakat membezakan antara lelaki yang dilahirkan lemah lembut dan

mengekalkan gaya hidup seorang lelaki sejati dengan golongan lelaki lembut yang

melanggar norma-norma masyarakat atau perlakuan mereka yang menyinggung

masyarakat. Mereka mula mempamerkan penampilan yang lari daripada norma seorang

lelaki dengan mengukuhkan kelembutannya dengan memakai pakaian menyerupai

perempuan, memakai gincu dan mencabut bulu kening serta dikuatkan lagi dengan

lenggang-lenggoknya yang lemah-gemalai dan bersuara seperti seorang perempuan.

Antara punca lelaki lembut termasuk hormon biologi iaitu hormon perempuan lebih.

Setiap individu diberi akal, itulah kelebihan kita sebagai manusia maka mereka boleh

menjadi diri mereka seperti fitrah atau sebaliknya. Dalam Islam jelas menyatakan orang

lelaki tidak boleh menyerupai perempuan dan perempuan pula tidak boleh menyerupai

lelaki. Ibnu ‘Abbas radhiallahu ‘anhu berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam

melaknat para lelaki yang menyerupai wanita dan para wanita yang menyerupai lelaki.”

(Hadis Riwayat, Bukhari). Terdapat pelbagai usaha untuk membolehkan

pasangan transeksual ini untuk berkahwin antaranya usul memaktubkan hubungan sejenis

sebagai hak asasi mula dibentangkan kepada Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa

Bersatu (PBB) di Geneva April 2003. Kajian menganggarkan kira-kira 10,000 orang di

Malaysia terbabit dalam transeksual dengan 70 hingga 80 peratus daripadanya adalah

8
bangsa Melayu, selebihnya Cina, India dan bangsa lain. Fakta Kajian mengenai

homoseksual 230 Responden kecelaruan gender 80% Siswa terbabit dalam hubungan

sejenis. Bermula dengan lambakan golongan lembut di IPT, percubaan menghalalkan

hubungan sejenis, dan yang terkini melibatkan pembunuhan akibat dari hubungan cinta

tiga segi dikalangan sesama jenis. Sebagai contoh apa yang terjadi kebelakangan ini

dimana kaum sejenis secara terang-terangan mengistiharkan perkahwinan mereka di

Sarawak dan dibuat secara besar-besaran dan pasangan sejenis Melayu Islam secara

terang-terangan bersama ke mahkamah untuk mendengar penghakiman terhadap mereka

menunjukkan kepincangn tentang pemahaman fungsi seks itu sendiri dan kepentingannya

untuk masa depan bangsa. Situasi serta suasana songsang ini harus dijelaskan kepada

masyarakat. Walaupun fenomena ini semakin diterima pakai di Barat, sebagai orang Asia

jatidiri serta maruah bangsa Malaysia harus dikekal dan diperjuangkan..

Respon disebuah akhbar tempatan (Utusan Malaysia, 2006)

berkenaan penukaran jantina yang diambil dari profesional perubatan di New York

menampilkan pandangan yang lebih memihak kepada golongan minoriti yang semakin

mendapat tempat di Malaysia kini. Sokongan secara tidak langsung yang diberi oleh

laporan tersebut menyebabkan mereka yang merasakan diri mereka 'terperangkap'

mendapat pengiktirafan seperti yang diharap-harapkan. Perlu ditekankan di sini terdapat

perbezaan diantara gay dan juga lsquo, nyah, rsquo atau transsexual. Gay merupakan

kaum lelaki yang berorientasikan seks dengan kaum sejenis manakala transsexual pula

terdiri dari mereka yang merasakan bahawa diri mereka terperangkap dalam jantina yang

berbeza dan mereka mahu menukar jantina mereka kepada jantina yang dirasakan lebih

sesuai. Bagi masyarakat Barat, gay bukanlah sesuatu tingkah laku yang bilazim, malah

9
beberapa negara Barat seperti Holland dan Britian telah mengiktiraf kedudukan kaum ini.

Ianya semakin ketara apabila kajian mendapati 50% rakyat Amerika menyatakan bahawa

tingkah laku homoseksual adalah sesuatu yang tabii dan bukannya pilihan hidup mereka.

Namun begitu, budaya masyarakat Asia amnya dan Malaysia khasnya

adalah berbeza, individu yang mengamalkan aktiviti seksual yang menyongsang

dianggap sebagai mereka yang tidak mempunyai identiti serta tidak bermoral.

Masyarakat Malaysia, tidak kira bangsa memang terkenal penuh dengan adab serta

budaya mereka yang tinggi nilainya serta dikagumi ramai. Namun begitu kerakusan

untuk bersaing dengan negara-negara maju serta konsep langit terbuka yang diamalkan

secara aktif telah mula menampakkan impaknya dimana kehalusan budi serta adab sopan

budaya masyarakat kita telah mula terungkai. Masyarakat kita semakin terdedah dengan

maklumat-maklumat songsang yang mengugat kepercayaan serta pegangan mereka. Apa

yang lebih menakutkan ialah, serangan halus masyarakat Barat ini bukan sahaja telah

berjaya meragukan masyarakat Malaysia akan kepentingan agama serta budaya malah

mereka kini telahpun mempertikaikan akan kepentingan kedua-dua elemen itu tadi

seterusnya memperjuangkan akan hak mereka sebagai kaum minoriti. Jika dinilai secara

kritis akan orientasi seksual masyarakat Malaysia masa kini ternyata ianya berada pada

tahap yang membimbangkan. Pendedahan yang cukup meluas sama ada di internet,

majalah-majalah tempatan dan antarabangsa menyebabkan generasi muda yang masih

mentah akan asam garam kehidupan menjadi mangsa. Dalam konteks apa yang berlaku di

Malaysia dewasa ini, perasaan yang terbentuk di dalam jiwa golongan minoriti ini

merupakan apa yang mereka bina sejak kecil lagi. Persekitaran di mana mereka

dibesarkan, didikan yang diterima, pendedahan yang diperolehi kesemuanya

10
menyumbang kepada perasaan yang dikatakan sudah ada sejak dilahirkan lagi. Ianya

bukanlah hadir bersama-sama genetik XY ataupun terkandung dalam mana-mana gen

yang dipunyai oleh manusia. Ini amat berbeza dengan mereka yang dilahirkan sebagai

khunsa. Kewujudan perasaan ini sememangnya dibina dan mendapat sokongan dari

persekitaran dan suasana di mana golongan ini dibesarkan.

Dari segi kajian, di dapati terdapat dua jenis hubungan yang dialami oleh kaum

ini, iaitu hubungan jangkamasa pendek dan juga hubungan untuk selama-lamanya.

Berbanding lesbian, kaum gay lebih suka menjalankan hubungan dengan ramai teman

dan kurang komited terhadap perhubungan tersebut. Ini mungkin kerana mereka lebih

terangsang untuk melakukan hubungan badan berbanding memberikan komitmen

terhadap pasangan mereka. Kesedaran serta fahaman agama yang jelas sama ada dari segi

teori mahupun praktik harus menjadi tunjang dalam merombak apa-apa tindakan untuk

menyelesaikan isu ini. Pendekatan bersepadu dari semua pihak, pendidikan yang

menyeluruh, penglibatan ibu-bapa dan keluarga merupakan paksi utama dalam menjamin

program-program yang dilaksanakan.

Dalam menangani permasalahan ini kaedah yang holistik bentuknya perlu

dirangka bagi menjamin kesan yang maksimum. Ibu-bapa, pihak berwajib, guru, media

elektronok, media massa dan juga jawatankuasa masyarakat kesemuanya harus diberi

kesedaran tentang bahayanya gejala sosial ini serta perlunya pendidikan seks di sekolah

difahami secara betul menurut norma-norma masyarakat dan juga agama serta diaplikasi

secara menyeluruh. Dalam konteks ini, penulis berpendapat isu pendidikan seks di

sekolah tidak perlu dipolitikkan tetapi difahami dan diketengahkan secara telus dan jujur

oleh pihak yang bertanggungjawab bagi memastikan maklumat disalurkan secara teratur

11
dan tepat. Kecelaruan yang sebegini serta fahaman yang terpesong berkenaan fungsi

sebagai lelaki serta emosi yang bertentangan menjadikan isu pendidikan seks di sekolah

harus dikaji serta disantuni dengan berhemah. Secara individu, golongan yang rata-rata

terjebak ke kancah hitam ini bermula seawal usia remaja. Golongan ini sebenarnya terdiri

dari mereka yang telah hilang jatidiri dan terpengaruh dengan cara hidup yang

berlandaskan kebendaan semata-mata sehinggakan mereka tanpa segan silu

memperdagangkan masa depan mereka. Golongan ini juga mempunyai jaringan

antarabangsa yang kukuh dan mereka ini bertopengkan gerakan human right. Penulis

berpendapat sekiranya dibenarkan setiap individu di muka bumi ini menurut emosi

masing-masing tidak kira ke arah mana emosi tersebut ditujukan walau apapun anutan

agama serta budaya mereka, sudah pasti kestabilan dan keharmonian yang sedia ada akan

tergugat. Sekurang-kurangnya matlamat 70 juta penduduk Malaysia akan terjejas.

Mereka yang terbawa-bawa dengan arus yang di bawa melalui proses persejagatan ini

telah mula lupa akan bumi yang mereka pijak serta langit sebenar yang dijunjung.

Golongan mahasiswa merupakan antara mereka yang turut sama terlibat dalam dunia

baru ini. Temuramah penulis dengan beberapa orang pelajar institusi pengajian tinggi

mendapati fahaman yang tipis berkenaan akidah serta kurang faham akan agama yang

dianuti menyebabkan mereka dengan mudah melibatkan diri dengan aktiviti seksual

dengan golongan sejenis. Bagi pelajar-pelajar lelaki institusi pengajian tinggi ini,

pendedahan yang keterlaluan dengan bahan-bahan phonografi sama ada dari video, cd,

majalah serta internet mendorong mereka untuk melakukan perkara yang sama. Pada

mereka melakukan hubungan jenis sesama mereka tidak perlu melibatkan tanggungjawab

yang berat berbeza sekiranya mereka menjalinkan hubungan dengan kaum wanita.

12
Justeru itu, golongan ini harus didekati untuk memahami punca sebenar penglibatan

mereka. Golongan ini boleh dilibatkan dengan aktiviti yang bersifat interaktif dimana

ilmu agama serta aktiviti sosial boleh digabung jalinkan untuk menarik minat mereka.

Bagi golongan ini, tekanan perasaan yang dialami biasanya berlaku apabila golongan ini

cuba menjiwai watak yang dirasakan sepatutnya dilakonkan oleh mereka di muka bumi

ini tetapi tidak dapat di terima oleh masyarakat. Kebanyakkan mereka yang terlibat dalam

masalah sosial ini merupakan mereka yang mempunyai sejarah hidup yang penuh dengan

konflik ataupun pernah melalui sejarah hitam seperti diliwat sewaktu kecil (Haslinda,

2000). Keluarga sebagai unit yang paling hampir merupakan tonggak utama dalam

mengawal serta mendidik anak-anak telah mula mengabaikan tanggung jawab mereka

akibat terikut-ikut akan arus pemodenan yang lebih menekankan material berbanding

spiritual individu. Keadaan ini sekiranya dibiarkan berterusan serta mendapat dokongan

ramai akhirnya akan memusnahkan bangsa dan merugikan negara. Pengajaran yang

berkesan, jujur dan jelas perlu diberikan kepada anak-anak muda kita agar mereka tidak

berterusan keliru akan identiti serta fungsi mereka dimuka bumi ini. Pendedahan

berbentuk negatif yang terlalu meluas berkenaan isu ini juga harus dihentikan kerana

ianya hanya membuka mata kepada mereka yang masih suci pemikirannya untuk

mencuba dan membina perasaan yang belum lagi wujud dalam diri mereka. Peranan

keluarga terutama ibu-bapa serta saudara mara terdekat amat memberikan kesan positif

dalam menangani isu ini. Walau bagaimanapun ianya perlu dilakukan sejak dari awal lagi

agar tidak timbulnya ruang-ruang yang memungkinkan anak remaja kita mengarah

kepada suasana songsang tersebut. Selain dari pantauan yang dilakukan di rumah, tingkah

laku anak-anak kita sewaktu di luar harus diselusuri secara berterusan dan efektif. Ianya

13
harus dilakukan secara penuh hikmah kerana mereka juga tidak mahu merasakan bahawa

mereka sentiasa diperhatikan. Pergaulan diantara saudara-mara sama ada sepupu, bapa

saudara dan sebagainya harus ditinjau dan diselangi dengan nasihat ini kerana beberapa

kes yang dihadapkan kepada penulis membabitkan saudara-mara terdekat. Remaja

ataupun kanak-kanak yang pernah didedahkan dengan kehidupan songsang ini akan mula

mempersoalkan identiti seksual mereka lebih-lebih lagi apabila kerap kali dijadikan

mangsa. Bertitik tolak dari kejadian-kejadian ini maka lahirlah golongan-golongan

minoriti yang hilang jatidiri kelelakian ataupun keperempuanan mereka dan mula

mempersoalkan akan perasaan yang dialami, penerimaan masyarakat sekitar terhadap

kewujudan mereka serta tubuh badan yang dirasakan tidak selari dengan emosi serta

nafsu seksual mereka. Dalam konteks ini, pendidikan seks yang berteraskan melahirkan

masyarakat madani dan syumul amat diperlukan demi untuk membaik pulih persepsi

songsang yang mula mengakar umbi dalam diri mereka dan ibubapalah orang yang paling

layak untuk memberikan mereka pendidikan awal ini. Berkebun, perkhemahan keluarga

serta mendaki gunung bersama seperti yang dilakukan oleh seorang pensyarah institusi

pengajian tinggi awam merupakan antara program yang boleh dijadikan aktiviti keluarga

yang diselitkan ilmu pemantapan diri dari segi spiritual.

Masalah seksual serta kecelaruan identiti diri boleh diibaratkan seperti api dalam

sekam, sekiranya ia tidak di tangani secara konsisten dan proaktif, lama kelamaan ianya

akan merosakkan bangsa dan memusnahkan negara. Dalam menangani kemelut sosial

yang semakin mendapat tempat dikalangan masyarakat Malaysia ini, penulis merasakan

semua pihak harus duduk semeja berbincang akan cara positif serta praktikal yang

mampu ditangani secara kolektif. Ini kerana perbincangan kosong di media mahupun

14
diperingkat tertinggi hanya akan menyebabkan golongan ini terus hanyut dalam dunia

ciptaan mereka sendiri dan golongan muda yang sedia ada semakin bercelaru akan

identiti diri serta peranan sebenar mereka. Fungsi masyarakat sebagai pihak yang

bertanggung jawab memantau serta mewujudkan suasana kondusif perlu dilaksanakan

secara berkesan Ini kerana persekitaran yang positif akan membantu golongan ini untuk

kembali kealam nyata. Untuk melaksanakan cadangan ini pihak NGO merupakan

kumpulan penting yang perlu sama-sama menjayakan usaha murni ini. Di antara aktiviti

yang boleh dilaksanakan oleh pihak NGO seperti ABIM adalah mendekati golongan

muda dengan program yang dapat membentuk jatidiri serta pemikiran yang kritis

dikalangan remaja.

Dalam membincangkan kaedah yang berkesan untuk memantau tingkah laku

golongan gay di Malaysia, penulis mencadangkan gabungan dua elemen utama didalam

diri manusia untuk di ketengahkan. Penumpuan kepada dua elemen ini iaitu psikologi

serta spiritual diri mampu untuk memupuk nilai murni yang berkekalan bagi menjamin

perubahan sikap yang positif. Apabila membicarakan isu psikospiritual, definisi yang di

gunapakai ialah pemikiran dan perasaan yang terdapat dalamdiri manusia yang dilandasi

oleh nilai-nilai agama dan diterjemahkan melalui perlakuan manusia (Haslinda dan Zaid,

2007). Gabungan dimensi psyche dan spiritual dalam membentuk satu perimbangan

dalam diri manusia yang dizahirkan melalui perlakuan ini merupakan tunggak utama

dalam merubah tingkah laku manusia dan dalam konteks ini tingkah laku pemuda

harapan bangsa. Contoh nilai-nilai psikospiritual yang boleh diketengahkan dan

diterapkan ialah ihsan,jujur,amanah,ikhlas dan adil. Konsep-konsep asas ini perlu

dicernakan didalam setiap individu Pada hemah penulis, dalam membentuk generasi baru

15
yang mampan dan berkualiti perlu ada pemuda yang berjiwa tenang lagi

menenangkan.Pembudayaan sikap dan sistem nilai ini perlu disemai sejak mereka

diperingkat pra-sekolah lagi. Usaha murni ini memerlukan tiga penggerak utama;

pendidik, kanak-kanak dan ibu-bapa, disamping bantuan serta sokongan penuh dari pihak

berwajib dan masyarakat sekitar. Penerapan nilai-nilai etika di dalam kehidupan harian

kepada kanak-kanak pra sekolah, remaja dan belia akhirnya akan melahirkan pemuda

yang mampu menzahirkan nilai-nilai murni yang positif lagi dinamik. Pemuda yang

mempunyai sistem yang harmoni dari segi rohani serta jasmani secara tidak langsung

akanmempamerkan corak tingkah laku sosial yang lebih berkualiti serta berhemah.

Perlu di tegaskan di sini bahawa masalah yang berteraskan seksual ini harus

diperhalusi dan dipantau dengan penuh hikmah, jujur dan ikhlas oleh semua pihak yang

berkaitan bagi menjanjikan impak yang positif. Ini kerana sepertimana pepatah melayu

lama 'Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat', sekiranya tiada kata

sepakat dicapai maka matlamat serta visi untuk mencapai negara maju yang terbilang,

gemilang dan cermelang akan terkubur begitu saja.

BIBLIOGRAFI

. 2008. Majlis Fatwa putuskan pengkid haram. Utusan Malaysia. Oktober 2008

Mat Saat Baki. (1987). Mak Nyah dari sudut Psikologi. Kertas kerja dalam seminar Mak

16
Nyah, Universiti Malaya. Kuala Lumpur. 24-25 Oktober 1987

Abdul Rahim Abd.Rashid. 2003. Gangguan Seksual-Pengurusan Tingkah Laku dan

Perkembangan Gender dalam Organsasi. Utusan Publications & Distributors Sdn

Bhd. Kuala Lumpur

17

You might also like