You are on page 1of 10

Jerantut

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Jump to: navigation, search

Jerantut merupakan sebuah daerah yang terbesar di negeri Pahang. Ia terletak di


tengah-tengah antara semua daerah dalam negeri. Jerantut berada 200 km dari Kuala
Lumpur dan 180km dari Kuantan. Jerantut juga merupakan salah satu pintu masuk ke
Taman Negara.

Jadual isi kandungan


[sorok]
 1 Tempat menarik
 2 Perancangan Dan Infrastruktur
 3 Perkampungan Di Daerah Jerantut
 4 Tokoh Perjuang Melayu Pahang Di Jerantut
 5 Sekolah
 6 Kenali Loghat Daerah Jerantut
 7 Makanan Popular Daerah Jerantut
 8 Lihat juga

 9 Pautan luar

[Sunting] Tempat menarik


 Taman Negara

Taman Negara Pahang memang terkenal dengan kekayaan alam flora yang
semulajadi. Pelbagai tempat menarik terdapat di sini yang boleh dilawati seperti
Jambatan Gantung 'canopy walkway', Lata Berkoh, Bukit Teresek, Safari Night, Gua
Telinga, Lubok Simpon, Nusa Camp, Perkampungan Orang Asli, dan sebagainya.
Perjalanan ke Taman Negara ini dari Pekan Jerantut boleh dilalui menerusi dua cara
iaitu menerusi jalan air (menaikki bot) atau jalan darat (kereta, bas, dan sebagainya).

Jika anda memilih laluan air anda boleh menaiki bas atau teksi ke Kuala Tembeling
menuju ke Jeti Kuala Tembeling dan dari sini anda boleh menaiki bot terus sampai ke
Kuala Tahan / Taman Negara kira-kira 2 jam perjalanan memudik / melawan arus
Sungai Tembeling melalui beberapa perkampungan seperti Mela, Kerambit, Jerantut
Feri, Kampung Labu, Kampung Lubuk Payung, Kampung Merting, Kampung Gol
dan sehinggalah ke Kuala Tahan. Jika anda memilih laluan darat dari Pekan Jerantut
anda boleh menuju ke Felda Padang Piol dan akan melalui Felda Sungai Retang,
Felcra Tembeling Tengah, Kampung Merting, Kampung Gol dan sehinggalah ke
Kuala Tahan, jika anda melalui jalan darat ini perjalanannya dari Pekan Jerantut kira-
kira 1 jam 30 minit.

 Gunung Benom & Gunung Senyum


Selain dari Taman Negara bagi anda yang menyukai aktiviti lasak anda boleh
mendaki Gunung Benom yang terletak di Banjaran Benom yang mempunyai
ketinggian 2107m ini. Gunung Benom ini adalah gunung yang kedua tertinggi di
Negeri Pahang ini selepas Gunung Tahan. Gunung Benom mempunyai kawasan hutan
Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous
atau hutan gunung. Anda boleh menuju ke perkampungan Ulu Cheka untuk memanjat
gunung ini. Apa yang menarik tentang Banjaran Benom ini ialah di sebelah belakang
banjaran ini terletak daerah Raub. Selaian itu Gunung Senyum yang terletak di Kota
Gelanggi Jerantut juga sesuai untuk aktiviti lasak ini dijalankan.

 Gua Kota Gelanggi

Selaian itu terdapat juga tempat rekreasi yang lain seperti Gua-gua Kota Gelanggi
terletak 25 km ke timur Jerantut. Kebanyakan gua-gua ini merupakan tapak arkeologi,
tetapi beberapa gua kini telah dibuka kepada orang awam.

 Air Terjun Lata Meraung

Selain itu terdapat juga tempat perkelahan yang terkenal di sini iaitu Air terjun Lata
Meraung yang terletak 15km ke barat Jerantut yang terletak di Kampung Baharu
berhampiran dengan Pusat Serenti Jerantut dan terpaksa melalui perkampungan Orang
Asli sebelum sampai ke destinasi air terjun ini.

[Sunting] Perancangan Dan Infrastruktur


Perancangan Fizikal

Secara amnya keadaan topografi kawasan Majlis Daerah Jerantut adalah landai dan
beralun. Ketinggian purata adalah di antara 40m- 60m dari paras laut. Sistem saliran
terdiri daripada dua sungai utama iaitu Sg. Pahang dan Sg. Tembeling.

Corak Pembangunan

Pembangunan di Daerah Jerantut tertumpu di Bandar Jerantut sebagai bandar utama


yang menempatkan pusat pentadbiran daerah, kawasan perniagaan dan juga
kemudahan awam seperti perpustakaan awam daerah, masjid, dewan dan lain-lain.

Infrastruktur dan Utiliti

a. Bekalan Air Semasa

Bekalan air bersih untuk Daerah Jerantut adalah di dalam bidang kuasa Jabatan
Bekalan Air (JBA) dan bekalan air ke kawasan-kawasan terpencil di luar bandar yang
dikendalikan oleh Kementerian Kesihatan. Mengikut Laporan Pemeriksaan
Rancangan Struktur 1995, purata 94% daripada jumlah penduduk Daerah Jerantut
telah mendapat bekalan air paip di mana peratusnnya masing-masing bagi kawasan
perbandaran ialah 99% dan kawasan luar bandar ialah 90%. Purata kehilangan air
semasa ialah 55.9%.
b. Bekalan Elektrik

Pembekalan elektrik secara keseluruhan hampir meliputi 98% daerah Jerantut.

Bekalan elektrik 24 jam juga telah diberikan sepenuhnya di perkampungan Hulu


Tembeling (8 buah kampung) pada bulan Jun, 1999. Kampung-kampung terlibat
adalah Kg.Pagi, Kg.Jipang, Kg.Kuala Sat, Kg.Bantal, Kg.Gusai dan Kg. Bukit Mat
Daling.

Masih terdapat 2% kampung yang belum diberi bekalan elektrik iaitu Kg. Sg. Kucing
dan Kg. Bukit Mat Daling.

Bekalan elektrik adalah melalui Grid Kebangsaan 132KV.

c. Sistem Telekomunikasi

Perkhidmatan telekomunikasi di Daerah Jerantut adalah diselenggarakan oleh


Syarikat TM Sdn. Bhd.

Daerah Jerantut hanya mempunyai sebuah ibusawat utama yang memberikan


perkhidmatan iaitu Ibusawat Jerantut. Terdapat 4 cawangan ibusawat yang terletak di
Damak, Kuala Tembeling, Padang Piol dan Sungai Tekam. Jadual di bawah
menunjukkan jumlah muatan ibusawat Jerantut adalah sebanyak 10,000 talian. Jumlah
kegunaan semasa adalah 5,930 talian dan terdapat baki sebanyak 4,070 talian untuk
diguna.

d. Pembentungan

Bagi menampung pembangunan di kawasan pusat bandar yang semakin bertambah,


loji rawatan kumbahan berpusat telah dicadangkan.Ini bermakna loji sedia ada tidak
lagi berfungsi apabila loji rawatan kumbahan ini digunapakai kelak.

e. Sistem Pungutan dan Pelupusan Sisa Pepejal

Sistem pungutan dan pelupusan sisa pepejal "Sanitary Landfill" sedia ada seluas kira-
kira 4.4 hektar, di Batu Dua, Kg. Mat Kilau pada masa ini adalah mencukupi serta
efisien bagi menampung peningkatan sisa pepejal menjelang tahun 2010. Pada masa
kini hanya kira-kira 20% sahaja kawasan digunakan untuk tujuan operasi pelupusan
sisa pepejal.

[Sunting] Perkampungan Di Daerah Jerantut


Daerah Jerantut adalah daerah yang paling luas di Negeri Pahang ini. Terdapat banyak
perkampungan di daerah ini. Terdapat 3 mukim di daerah ini iaitu Mukim Damak,
Mukim Temin dan Mukim Tahan. Di antara perkampungan yang terdapat di daerah
Jerantut ini ialah :

1. Kampung Bukit Dinding


2. Taman Inderapura
3. Kampung Mat Kilau
4. Taman Koperasi
5. Kampung Sungai Jan
6. Kampung Batu Satu
7. Kampung Jerantut Feri
8. Kampung Lada
9. Kampung Paya Teh
10. Kampung Temin
11. Kampung Baru
12. Kampung Lata Kasah
13. Kampung Som
14. Kampung Damak
15. Kampung Batu Balai
16. Kampung Bukit Batu
17. Kampung Kol
18. Kampung Chap
19. Kampung Tanjung Putri
20. Kampung Tengah
21. Kampung Ulu Cheka
22. Kampung Perlok
23. Kampung Berau
24. Kampung Sungai Hidung
25. Kampung Jelai
26. Kampung Pulau Mansok
27. Kampung Temin
28. Kampung Bukit Ketupat
29. Kampung Bukit Rang
30. Kampung Bukit Nikmat
31. Kampung Tebing Tinggi
32. Kampung Durian Hijau
33. Kampung Pulau Tawar
34. Felda Sungai Tekam
35. Felda Kota Gelanggi (1,2,3)
36. Kampung Ayer Hitam
37. Kampung Chebong
38. Kampung Merting
39. Kampung Ulu Retang
40. Kampung Selimbar
41. Kampung Pasir Sia
42. Kampung Sungai Putat
43. Kampung Gajah Mati
44. Kampung Jong Berlabuh
45. Felda Padang Piol
46. Felda Sungai Retang
47. Kampung Kuala Tahan
48. Kampung Kuala Tembeling
49. Kampung Ulu Tembeling
50. Kampung Kerambit
51. Kampung Mela
52. Kampung Gol
53. Kampung Kuala Tahan
54. Kampung Mat Daling
55. Kampung Pagi
56. Kampung Kuala Sat
57. Kampung Bantal

[Sunting] Tokoh Perjuang Melayu Pahang Di


Jerantut
1.Mat Kilau

Nama penuh beliau adalah Mat Kilau bin Imam Rasu @ Tok Gajah. Ibu beliau adalah
Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut Burau. Mat Kilau dipercayai lahir dalam tahun
1865/1866 di Kampung Masjid, Pulau Tawar Jerantut Pahang. Mat Kilau pandai
mengaji, berzanji dan berdikir maulud serta belajar berdikir rebana yang dikenali
sebagai ‘Dikir Pahang’. Hobi Mat Kilau adalah bermain gasing dan berlaga buah
keras sehingga sentiasa menjadi juara di kampung beliau.
Apabila berusia lebih kurang 20 tahun, Mat Kilau berkahwin dengan seorang gadis
yang bernama Yang Chik binti Imam Daud, Kampung Kedondong. Hasil
perkahwinan ini Mat Kilau telah dikurniakan tiga orang anak. Setelah berkahwin
barulah Mat Kilau belajar bersilat dan menuntut ilmu kebatinan. Mat Kilau bukan
sahaja belajar bersilat sebagaimana sahabatnya yang lain, bahkan beliau lebih
mendalami silat dengan menggunakan senjata seperti keris dan parang. Mat Kilau
banyak menuntut ilmu batin dan kepahlawanan hinggakan boleh menghilangkan diri.
Mat Kilau juga banyak menuntut ilmu daripada ayahnya sendiri iaitu Tok Gajah. Ilmu
kebatinan secara agama banyak dituntutnya daripada Haji Osman yang dikenali juga
sebagai Haji Muntuk sebelum dia berpindah ke Pekan sebagai Mufti Negeri Pahang.

Mat Kilau mempunyai sifat-sifat seorang pemimpin dan pemikiran yang matang telah
menjadikan beliau seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati. Mat Kilau
mempunyai cara pemikiran yang matang. Pada bulan Oktober 1888 semasa Tok
Gajah berada di Pekan, Hugh Clifford telah datang ke Pulau Tawar dan berunding
dengan Mat Kilau. Ini menunjukkan Clifford mempercayai idea-idea Mat Kilau.
Beliau suka bergaul dengan setiap lapisan masyarakat dan ini membuatkan beliau
menjadi seorang yang luas pandangan dan mendapat kepercayaan penuh dari
masyarakat. Mat Kilau adalah seorang yang jujur dan tegas, justeru itu dia sangat
disegani dan amat dikasihi oleh pengikut-pengikutnya. Pengikutnya terlalu
ramai,tetapi yang diketahui namanya ialah Awang Nong,Teh Ibrahim, Mat Kelubi,
Mat Ali(khatib), Awang(Imam) dan Mat Tahir. Mereka ini sanggup sehidup semati
dengan Mat Kilau.

Khabar yang menyatakan Mat Kilau mati tersiar di dalam akhbar-akhbar Inggeris
yang diterbitkan di Singapura. The Straits Times dan The Free Press menyatakan
"Ketua Pendehaka, iaitu Dato' Bahaman telah jatuh ke tangan pemerintahan Siam
pada bulan Oktober,1895. The Free Press pula memberitahu bahawa "Mat Kilau telah
melawan apabila hendak ditawan dan akibatnya dia telah cedera di muka dan di
kepalanya. Luka-luka itu sangat parah dan dia telah mati di dalam perjalanan ke hilir
Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak darah". Dengan tersiarnya berita kematian
Mat Kilau oleh akhbar The Free Press keluaran 22 Oktober 1895, maka pada pendapat
umum tamatlah sudah riwayat Mat Kilau.akan tetapi apa yang sebenarnya berlaku
tiada diketahui kecuali beberapa orang sahabatnya seperti Mustafa bin Awang
Mat(Jusoh Rimau), Pendekar Tok Demali ,Raja Ibrahim(Pak Him), Mat Kelantan dan
beberapa orang lain. Disebabkan Mat Kilau dicop sebagai 'penderhaka' oleh
Inggeris,maka terpaksalah Mat Kilau mengasingkan diri dan berpindah dari satu
tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di Batu 5,Jalan Kuantan-Gambang.
Semenjak 1930 Mat Kilau juga terpaksa menukar namanya buat beberapa kali dan
akhirnya dia memakai nama Mat Siam.

Dalam bulan Disember 1969,Tuhan telah menggerakkan hati Mat Kilau yang pada itu
memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin
Ibrahim,memperkenalkan dirinya yang sebenar.Untuk mengelakkan dirinya dari
menjadi tumpuan ramai,maka Mat Kilau telah bersetuju mengumumkan dirinya di
kampung kelahirannya. Atas daya usaha Omar bin Mat Kilau,maka Mat Kilau dibawa
ke Kampung asalnya iaitu Kampung Masjid,Pulau Tawar. Pada hari Jumaat 26
Disember 1969, Mat Kilau telah pergi ke Masjid di Kampung Masjid untuk
bersembahyang Jumaat. Selepas sembahyang, Mat Kilau telah mebaca Quran dan
kemudiannya mengistiharkan dirinya sebagai Mat Kilau. Pengisytiharan ini telah
mengemparkan orang ramai sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah
jawatankuasa untuk menyiasat. Jawatankuasa itu dibentuk pada 8 Januari 1970.
Beberapa orang telah ditemuramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah
Mat Kilau. Setelah disahkan maka pada pukul 10.30 pagi hari Khamis,6 Ogos 1970,
Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang. Setelah empat
hari selepas pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat, Mat Kilau meninggal
dunia kerana keuzuran. Usianya ketika itu dipercayai berusia 122 tahun. Dan
dikebumikan di Kampung Pulau Tawar ini.

Sumber : Perpustakaan Negara Malaysia

2.Pawang Nong

Pawang Nong atau dikenali juga dengan gelaran Awang Nong adalah merupakan
Pawang Diraja Negeri Pahang suatu masa dahulu. Beliau juga adalah pengikut Mat
Kilau yang berjuang menentang penjajah suatu ketika dahulu di sebelah Kampung
Hulu Cheka @ Ulu Cheka Jerantut Pahang. Beliau mempunyai ilmu persilatan
Melayu serta ilmu perubatan tradisional yang tinggi sehinggakan pernah dicerita
menerusi cerita lisan orang-orang tua dahulu bahawa beliau mempunyai ilmu kebal
dan ketika penjajah ingin menebaknya peluru senapang hanya sekadar memasukki
poket beliau sahaja tanpa dapat mencederakannya walau sedikit pun.

Selaian itu beliau jugalah yang berjaya menangkap orang minyak yang berluluasa di
sekitar perkampungan Ulu Cheka dan Kampung Damak. Dikhabarkan juga melalui
cerita lisan orang tua-tua dahulukala bahawa ketika zaman penjajahan tentera Jepun,
beliau berjaya memagari dari dilihat atau dicerobohi oleh tentera Jepun untuk
memasukki kawasan perkampungan dari Kampung Damak sehinggalah ke kampung
Ulu Cheka.

Makam beliau boleh dilawati di masjid Kampung Ulu Cheka, Jerantut Pahang. Atas
jasa-jasa beliau ini sebuah sekolah rendah kebangsaan dinamakan sebagai Sekolah
Rendah Kebangsaan Pawang Nong Ulu Cheka bagi mengingati atau mengenang jasa
beliau dalam mempertahankan dan memperjuangkan orang-orang Melayu suatu masa
dahulu.

[Sunting] Sekolah
Sekolah Rendah Di Jerantut

1. Sekolah Kebangsaan Bukit Dinding


2. [Sekolah Kebangsaan Bandar Jerantut http://www.skbj.20m.com]
3. Sekolah Kebangsaan Pulau Mansok
4. Sekolah Kebangsaan Temin
5. Sekolah Kebangsaan Jerantut
6. Sekolah Kebangsaan Damak
7. Sekolah Kebangsaan Pawang Nong, Hulu Cheka
8. Sekolah Kebangsaan Felda Padang Piol
9. Sekolah Kebangsaan Felda Sungai Retang
10. [Sekolah Kebangsaan Kuala Tahan http://www.geocities.com/skkualatahan]
11. Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Damak
12. Sekolah Kebangsaan Felda Sungai Tekam Utara
13. Sekolah Kebangsaan Kota Gelangi (1,2 & 3)
14. Sekolah Kebangsaan Kuala Tembeling

Sekolah Menengah Di Jerantut

1. Sekolah Menengah Kebangsaan Jerantut(SMJ)


2. Sekolah Menengah Padang Saujana
3. [Sekolah Menengah Temin http://smktemin2.cabspace.com]
4. Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar
5. Sekolah Menengah Pulau Tawar
6. Sekolah Menengah Kebangsaan Damak
7. Sekolah Menengah Inderapura
8. Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Afzan (TAHAP)
9. Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Padang Piol
10. Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Sungai Retang
11. Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Tahan
12. Sekolah Menengah Agama Kuala Tembeling
13. Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Tembeling

[Sunting] Kenali Loghat Daerah Jerantut


Memandangkan Daerah Jerantut adalah sebuah daerah yang terbesar di Negeri Pahang
maka terdapat banyak loghat daerah mengikut sesuatu kawasan. Di sebelah
perkampungan Kammpung Baru sehinggalah ke perkampungan Ulu Cheka loghatnya
adalah sama dengan sebelah Kuala Lipis yang agak meleret dan perlahan tetapi di
sebelah Kuala Tembeling sehinggalah ke perkampungan Kampung Bantal di Ulu
Tembeling merangkumi Kuala Tahan / Taman Negara loghatnya sudah berbeza yang
lebih laju pertuturannya dan agak sukar untuk difahami.

Mari kita lihat antara beberapa perkataan dan maknanya dari loghat Daerah Jerantut :

PERKATAAN = MAKNANYA

1. Kash / Kaweh = Saya / aku


2. Awok / Di = Awak
3. Pedo'oh = Tipu / Bohong
4. Bobok = Tipu / Bohong
5. Pepalih = Terlebih / terlalu
6. Habat = Pengotor
7. Mat nya = Kenapa nya
8. Kek nya = Tetapi
9. Berambi = Senonoh / berhati-hati
10. Berlimbor = Jalan berdua-dua / jalan bersebelahan
11. Kerayai = Takut / cemas / bimbang
12. Rodong = Kawan / teman
13. Linyar = Permukaan yang licin
14. Hampuras/Hampas = Tak berguna langsung
15. Meretoh = Tidur
16. Gampang = Kata makian / kata cacian
17. Garas = Perihal mencuci dengan menggunakan berus
18. Pungkor/Reba = Semak-samun / juga digunakan untuk menggantikan
perkataan bohong / tipu
19. Pandir = Bodoh
20. Berjejet = Peluh yang mencurah-curah / basah kuyup
21. Gedik = Ditujukan pada perempuan yang gatal
22. Mantol = Pening-pening
23. Pepoh = Pukul,hentam
24. Tutuh = Perbuatan mencantas dahan, dan juga "biarkan"
25. mentekedaghoh = makan
26. deme = korang
27. sapai = habis
28. hamlor = riang
29. ghobe = terlalu/teruk
30. nyonyeh = basah lenjut
31. lodek = lumpur
32. konyo = riak wajah

[Sunting] Makanan Popular Daerah Jerantut


Makanan / masakkan yang popular di daerah Jerantut ini sama juga seperti di daerah
Pahang yang lain iaitu tempoyak. Tempoyak boleh divariasikan menunya pelbagai
cara masakkan. Di antara masakan menggunakan tempoyak yang popular di daerah
ini ialah gulai masam tempoyak dan biasa dimasak bersama ikan patin atau ikan-ikan
yang lain. Selaian itu gulai masam tempoyak ini juga boleh ditukarkan dengan ayam
atau daging. Selaian itu sambal yang dibuat menggunakan tempoyak juga amat
popular di sini iaitu sambal tumis tempoyak.

Selaian itu asam rong juga amat popular di daerah ini. Asam rong ini diperbuat
daripada buah perah sejenis buah hutan atau boleh juga di buat dari biji getah yang
diperam dan disimpan sama seperti tompayak serta boleh dimasak bersama sayur
seperti kangkung, pucuk paku atau juga boleh dimasak dengan menggunakan ikan.
Jika anda ingin merasa kehebatan masakkan asam rong ini anda boleh menjumpainya
di-restaurant penduduk kampung seperti di Taman Negara minta sahajalah sayur
kangkung asam rong atau ikan masak rong.

[Sunting] Lihat juga


 Taman Negara
 Bukit Rang
 Taman Inderapura

[Sunting] Pautan luar


 Laman web rasmi Majlis Daerah Jerantut
 Peta-peta berkaitan dengan Jerantut
 Jerantut Tourism Portal

You might also like