You are on page 1of 3

Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Akta 521)

Diluluskan oleh Parlimen pada 19 Mei 1994 dan diwartakan sebagai


undang-undang pada 7 Julai 1994. Akta ini telah mula berkuatkuasa pada
1 Jun 1996.

Falsafah Di Sebalik Akta Keganasan Rumah Tangga

• Membendung kecenderungan untuk menggunakan keganasan


rumah tangga sebagai alat untuk menyelesaikan masalah rumah
tangga dan memelihara kesejahteraan dalam keluarga
• Sebagai 'instrument' untuk mangsa mendapatkan perlindungan
segera apabila keganasan diperlakukan ke atas dirinya

Matlamat

• Perlu dilihat sebagai pembaikan keadaan yang memberi


perlindungan mangsa keganasan dan bukan bertujuan untuk
meruntuhkan sesebuah keluarga
• Memberi perlindungan undang-undang dalam situasi rumah tangga
dan perkara-perkara yang bersampingan dengannya

Pendekatan

• Akta ini mengambil pendekatan peruntukkan undang-undang jenayah


• Kesalahan-kesalahan di bawah akta ini adalah kesalahan yang
ditafsirkan sebagai kesalahan JENAYAH di dalam KANUN
KESEKSAAN
• Akta ini BUKAN menggalakkan penceraian. Perintah Perlindungan
Interim (sementara) yang diperuntukkan merupakan 'COOLING -
OFF PERIOD' kepada pasangan.

Akta ini Terpakai bagi Semua Orang Dalam Malaysia

• Tanpa membezakan agama, bangsa, jantina, keturunan dan tempat


kelahiran.
• Ini bertepatan dan selaras dengan peruntukan kesamarataan yang
dinyatakan di bawah Perkara 8 Perlembagaan - 'semua orang adalah
sama rata disisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan
yang sama rata disisi undang-undang'.
Erti Keganasan Rumahtangga

• Sengaja atau cuba meletakkan mangsa dalam ketakutan kecederaan


fizikal;
• Mencederakan mangsa secara fizikal;
• Memaksa atau mengancam melakukan perbuatan berbentuk seksual
atau selainnya yang mana mangsa itu berhak tidak melakukannya;
• Mengurung atau menahan mangsa tanpa kerelaan mangsa;
• Khianat atau merosakkan harta dengan niat menyebabkan kesedihan
atau kegusaran kepada mangsa.

Siapa yang Boleh Mendapat Perlindungan Di Bawah Akta Ini?

• Isteri atau suaminya. Isteri atau suami de facto (iaitu seseorang yang
telah melalui bentuk istiadat yang diiktiraf sebagai istiadat
perkahwinan mengikut agama atau adat pihak-pihak yang berkenaan
walaupun perkahwinan itu tidak didaftarkan atau tidak dapat
didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubung
dengan upacara dan pendaftaran perkahwinan) atau bekas isteri atau
suami.
• Kanak-kanak (berumur di bawah 18 tahun yang tinggal sebagai
seorang anggota keluarga).
• Orang dewasa yang tidak berkemampuan (yang tinggal sebagai
anggota keluarga).
• Mana-mana anggota lain - seperti anak lelaki atau anak perempuan
dewasa; ibu atau bapa; abang; kakak atau adik.

Perintah Perlindungan Interim (Sementara)

• Apabila suatu maklumat berhubung dengan kesalahan keganasan


rumah tangga diterima secara terus oleh Polis atau melalui Pegawai
Kebajikan, maka Perintah Perlindungan Interim (IPO) boleh
dikeluarkan oleh mahkamah sementara menunggu pihak Polis
menjalankan penyiasatan mengenai kesalahan keganasan rumah
tangga.
• Implikasi - untuk menghalang orang yang terhadapnya IPO dibuat
daripada menggunakan keganasan rumah tangga terhadap mangsa.
• Tempoh hayat IPO - IPO hendaklah terhenti berkuatkuasa setelah
pihak Polis selesai menjalankan penyiasatan.

Perintah Perlindungan
• Perintah perlindungan ( PO ) dikeluarkan dalam mahkamah dalam
prosiding yang melibatkan suatu aduan keganasan rumah tangga.
• Implikasi - untuk menghalang orang yang terhadapnya PO dibuat
daripada menggunakan keganasan rumah tangga terhadap mangsa.
• Mahkamah boleh memasukkan peruntukan bahawa orang yang
terhadapnya PO dibuat tidak boleh menghasut orang lain untuk
melakukan keganasan terhadap orang yang dilindungi.
• Tempoh hayat Perintah Perlindungan - berkuatkuasa selama tempoh
tidak melebihi 12 bulan dari tarikh berkuatkuasanya perintah itu.

Perkhidmatan Yang Dikendalikan

• Khidmat kaunseling oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat


• Urusan untuk mendapatkan IPO/PO
• Penyediaan/irisan tempat selamat/perlindungan
• Merujuk klien ke Badan Pendamai
• Merujuk klien kepada agensi lain.

You might also like