You are on page 1of 6

PERTANDINGAN GURU INOVATIF 2010

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

1. Tajuk
Pertandingan Guru Inovatif

2. Matlamat
Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada seorang guru yang
telah menghasilkan usaha kreatif dan inovatif bagi menjamin keberkesanan
pelaksanaan kurikulum dan meningkatkan profesionalisme keguruan.

3. Objektif
3.1. Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru atau kumpulan guru
yang telah melahirkan idea dan usaha yang kreatif dan inovatif dalam
pelaksanaan kurikulum.

3.2. Menyediakan ruang dan peluang bagi guru atau kumpulan guru menampilkan
kreativiti dan inovasi mereka dalam pelaksanaan kurikulum.

3.3. Menggalakkan guru berikhtiar mencari dan mencuba idea-idea baru dalam
pelaksanaan kurikulum untuk mencapai kecemerlangan dalam profesion
keguruan; dan

3.4. Menyebar maklumat berkaitan dengan inovasi dan kreativiti guru dalam
pelaksanaan kurikulum untuk dimanfaatkan oleh para pendidik yang lain.

4. Konsep Inovasi
4.1. Inovasi diertikan sebagai penghasilan produk atau kaedah yang baru ke
arah keberkesanan pelaksanaan kurikulum. Konsep inovasi dalam pemberian
anugerah ini meliputi aktiviti yang melibatkan pembaharuan dan perubahan
yang positif dalam pelaksanaan kurikulum dan aktiviti kurikulum yang
berkaitan dengan kurikulum di peringkat sekolah. Pelaksanaan kurikulum
merujuk kepada usaha melaksanakan kurikulum melalui bahan-bahan
kurikulum, teknologi pendidikan, kaedah pengajaran dan pembelajaran serta
penilaian pembelajaran. Pembaharuan itu terjelma melalui cara, kaedah,
teknik atau pendekatan baru yang meningkatkan pembelajaran.

4.2. Perubahan ini mesti menunjukkan sifat-sifat baru dan asli untuk mencapai
keberkesanan dalam pelaksanaan kurikulum di sekolah.

4.3. Kecekapan dan keberkesanan penggunaan pendekatan yang inovatif perlu


mengambilkira kesesuaian kos, masa, tenaga dan penggunaannya.

4.4. Hasil inovasi guru tersebut telah dilaksanakan dan boleh dipraktikkan
di sekolah, dan dibuktikan kejayaannya.

5. Kategori Pertandingan
5.1. Individu Prasekolah
5.2. Individu Sekolah Rendah
5.3. Individu Sekolah Menengah

1
6. Kesahan Identiti Guru Yang Bertanding
6.1 Pencalonan guru yang bertanding dibawah setiap kategori pertandingan
mesti disertakan dengan fotostat kad pengenalan ( yang jelas) guru yang
dicalonkan.

7 Syarat-syarat Pertandingan

7.1 Projek yang pernah memenangi tempat pertama, kedua atau ketiga
dalam pertandingan di peringkat antarabangsa atau kebangsaan dalam
tempoh tiga tahun kebelakangan termasuk tahun ini tidak layak
dicalonkan.

7.2 Projek yang pernah dicalonkan dahulu tidak layak dicalonkan semula
untuk pertandingan tahun 2010.

7.3. Sesuatu inovasi yang dicalonkan hendaklah merupakan inovasi yang


dihasilkan tidak melebihi tempoh tiga tahun kebelakangan termasuk tahun
pencalonan.

7.4. Setiap sekolah atau guru hanya boleh dicalonkan bertanding dalam satu
kategori pertandingan sahaja.

7.5. Setiap sekolah atau guru tidak boleh dicalonkan bertanding untuk dua tahun
berturut-turut.

7.6. Setiap pencalonan inovasi hendaklah mengisi Borang Lampiran A, Borang


Lampiran B dan Lampiran C. Sila sertakan hard copy dan soft copy
kepada Urus setia.

8. Kriteria Pemilihan

8.1. Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) / BTPN mengemukakan satu calon bagi
setiap kategori mewakili negeri masing-masing. Kriteria yang akan
digunakan dalam penilaian hasil inovasi adalah seperti berikut:

* Pengenalan idea baru dan asli 30%


* Bentuk inovasi 15%
* Peningkatan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran 30%
* Kesan kos dan operasi 10%
* Peningkatan tahap kepuasan hati guru dan pelajar 15%

8.2. JPN / BTPN akan mengemukakan maklumat yang berikut bagi setiap
kategori penyertaan:

• Maklumat Calon ( Lampiran A)


• Maklumat mengenai inovasi ( Lampiran B )
• Salinan Kad Pengenalan Guru Yang Bertanding

8.3. Maklumat di atas boleh disokong dengan gambar, kaset, carta, video atau
persembahan secara grafik.

2
9. Bentuk Anugerah

Jawatankuasa Induk Hari Guru Peringkat Negeri telah bersetuju untuk


menganugerahkan hadiah-hadiah pada Perhimpunan Hari Guru Peringkat Negeri
Sembilan 2010.

Bagi inovasi yang berjaya di peringkat kebangsaan, Jawatankuasa Induk Anugerah


Guru Inovatif telah bersetuju untuk menganugerahkan hadiah-hadiah seperti berikut:

9.1. Sijil Penghargaan


9.2. Plak

10. Kaedah

10.1. Pencalonan Guru Inovatif akan menghantar inovasinya kepada Urus setia
bersama dengan maklumat Lampiran A dan Lampiran B dan Lampiran C
serta bahan-bahan sokongan lain kepada Urus Setia sebelum atau pada 05
Mac 2010 (Jumaat)

10.2. Sebarang pencalonan yang diterima selepas 05 Mac 2010


(Jumaat) tidak akan dihakim oleh panel hakim.

10.3. Sebarang pencalonan yang tidak disertakan dengan salinan kad


pengenalan peserta tidak akan dihakim oleh panel hakim.

10.4. Tiga panel khas yang bersifat bebas bagi empat kategori anugerah yang
Bersaingan akan menilai maklumat yang diterima daripada sekolah untuk
membuat penilaian dan pemilihan anugerah.

10.5. Keputusan panel adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan
dilayan.

11. Surat Menyurat dan Perhubungan

11.1 Segala urusan menyurat dan perhubungan mengenai anugerah ini


hendaklah dibuat kepada:

Urus Setia Anugerah Guru Inovatif


Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri
Negeri Sembilan Darul Khusus
KM 14, Jalan Pantai, Telok Kemang
71050 Si Rusa Port Dickson.
( U.P.Unit Media Pendidikan )

Telefon : 06 – 662 1985 / 06 – 662 1929


Faks : 06 - 662 7316

3
Lampiran A
PERTANDINGAN GURU INOVATIF 2010
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

MAKLUMAT CALON

Kategori Pertandingan (tandakan / dalam kotak berkaitan di bawah)

Individu Prasekolah Individu Rendah Individu Menengah

Nama Calon* : No.K.P. Baru :

Jantina :

Alamat Sekolah :

No. Telefon :

No. Faks :

E-mel :

Jawatan Di Sekolah * : 1.

2.

3.

4.

5.

Kelulusan Akademik :

Tahun / Institusi :

Kelulusan ikhtisas :

Tahun / Institusi :

Tajuk/Tema Projek :

4
Lampiran B
PERTANDINGAN GURU INOVATIF 2010
PERINGKAT NEGERI SEMBILAN

MAKLUMAT BERKAITAN INOVASI

Calon-Calon Pertandingan Guru Inovatif 2010 hendaklah menyediakan satu penilaian yang
mengandungi perkara-perkara berikut:

1. Kategori Pertandingan

2. Tajuk / Tema Inovasi

3. Sinopsis Inovasi

4. Kumpulan Sasaran

5. Latar Belakang

* Kedudukan
* Masalah-masalah yang dihadapi

6. Objektif Inovasi

7. Tarikh Mula dan Tarikh Siap Pelaksanaan

8. Inovasi Yang Dijalankan

* Bentuk bahan:
* Pengendalian
* Perbelanjaan ( Sekiranya berkenaan)

9. Bentuk Kejayaan

* Pengurangan kos operasi


* Penjimatan masa
* Peningkatan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
* Peningkatan tahap kepuasan hati Guru / Pelajar
* Faedah-faedah Lain

10. Keterangan Lain Yang Berkaitan

5
Lampiran C

PERTANDINGAN GURU INOVATIF 2010


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Fotostat Kad Pengenalan Guru

Bahagian Hadapan
Kad Pengenalan

Bahagian Belakang
Kad Pengenalan

Saya mengaku bahawa salinan kad pengenalan yang dihantar (seperti ditunjukkan
di atas) mengiringi sinopsis projek yang dicalonkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri
Sembilan adah butiran kad pengenalan saya yang terkini.

________________________________ _____________________
(Tandatangan Guru Yang Bertanding) (Tarikh)

Saya mengesahkan salinan kad pengenalan yang dicalonkan oleh Jabatan


Pelajaran Negeri Sembilan untuk bertanding dalam Anugerah Guru Inovatif 2010 di
bawah kategori Individu Prasekolah / Individu Rendah / Individu Menengah.*
(”Potong pilihan yang tidak berkenaan)

__________________________________ ____________________
Tandatangan dan Cop Pegawai Meja Guru Inovatif (Tarikh)

You might also like