You are on page 1of 16

Jadual 1: Angkubah yang sering digunakan untuk mengukur penggunaan

isirumah

Ukuran Angkubah
Ukuran tidak Pendapatan (perkapita, boleh guna, wang)
lansung Harta (wang) pengguna
berasaskan Tanggungan/hutang (kredit ansuran pengguna belum berbayar,
sumber kadar hutang kredit berbanding harta cair, kadar hutang kredit
berbanding perbelanjaan penggunaan personal, perubahan
hutang kredit tidak berbayar)
Pengumpulan maklumat sebelum membeli (aktiviti, pola)
Masa (tenaga buruh) ahli isirumah
Citarasa
Ciri demografi
Tipologi ketua isirumah tunggal
Pusingan hidup keluarga
Ukuran langsung Ciri produk (citarasa, kepentingan)
Sikap (indeks, skala, keseluruhan)
Nilai
Jenis Pengguna
Harga Harga pasaran barangan dan perkhidmatan
Harga penuh komoditi
Penggunaan Kuantiti yang digunakan
Kadar pemilikan
Kajian “sampah”
Pengambilan makanan
Nilai wang penggunaan

Penggunaan Lestari

Penggunaan lestari adalah menggunakan barangan dan perkhidmatan untuk


memenuhi keperluan asas kearah mencapai kualiti hidup yang lebih baik, pada masa
yang sama meminimumkan penggunaan sumber asli, bahan toksid dan pengeluaran
buangan dan bahan pencemar, supaya tidak mengorbankan keperluan generasi akan
datang (Symposium on Sustainable Consumption, Oslo, Norway, 1994). Penggunaan
lestari melibatkan perniagaan, komuniti dan isirumah yang menyumbangkan kepada
kualiti persekitaran melalui pengeluaran dan penggunaan sumber yang efisyen,
mengurangkan bahan buangan, dan mengoptimumkan produk dan perkhidmatan
(Falkman, Waste Management International). Pada masa kini banyak pihak yang
membincangkan isu globalisasi yang secara langsung atau tidak langsung akan
mempengaruhi penggunaan. Globalisasi merujuk kepada satu fenomena pelbagai
dimensi yang meliputi kompenan ekonomi, teknologi, sosial, politik, budaya dan lain-
lain. Ia juga melibatkan pemampatan masa dan ruang dalam hubungan sosial dan
kemunculan kesedaran secara global mengenai pemampatan tersebut. Proses ini
diperkukuhkan lagi melalui pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi dalam
dunia tanpa sempadan kini.

Hasil yang paling ketara daripada globalisasi ini ialah budaya kepenggunaan dan
konsumerisme, sama ada dari segi material atau bukan material. Budaya ini
meletakkan nilai dan kepercayaan material sebagai pengukur kejayaan dan cara
hidup di mana pada masa yang sama, nilai murni dan cara hidup tradisi perlahan-
lahan dipinggirkan. Dalam konteks pembangunan yang berorientasikan gaya hidup
mewah masa kini, pengguna banyak membazir yang menyebabkan pencemaran
alam sekitar.

Isu alam sekitar pada abad ke-21 ini secara globalnya banyak tertumpu kepada
perkara yang boleh mengancam keharmonian, keindahan dan kesejahteraan hidup
manusia. Menyedari tentang seriusnya pencemaran alam sekitar inilah yang telah
mewujudkan kesedaran baru yang dikenali sebagai pembangunan lestari yang
diharap dapat menyederhanakan gaya hidup pengguna. Berkait dengan ini, wujud
pula satu istilah yang dfitujukan kepada pengguna yang dikenali sebagai “pengguna
hijau” (green consumer). Istilah “hijau” ini sering dikaitkan dengan kesedaran dan
gerakan alam sekitar yang memberi fokus kepada ciri-ciri semulajadi, sejuk, segar,
dan tidak tercemar. Istilah ini juga sebenarnya mengharapkan pengguna dapat
memainkan peranan masing-masing dalam pembelian dan penggunaan kearah
memelihara alam sekitar. Ia boleh dilakukan dengan pelbagai cara seperti
berpandukan kepada lima ‘R’ (Reduce, Reuse, Recycle, Reject dan React). Dengan
mengamalkan langkah-langkah gaya hidup “hijau” ini, pengguna akan
menyelamatkan alam sekitar ini daripada terus tercemar dan sekaligus ini akan
meningkatkan kualiti hidup secara amnya dan tahap kesihatan dan keselamatan
secara khasnya.

Pola Pengguna Isirumah

Pola penggunaan kini banyak dipengaruhi oleh proses globilasasi pasaran yang
wujud. Peningkatan perdagangan barangan dan perkhidmatan secara amnya dilihat
sebagai mendatangkan faedah kepada pengguna seperti pasaran menyediakan
banyak pilihan barangan atau perkhidmatan pada harga yang lebih kompetitif. Oleh
itu, pengguna perlu memperolehi maklumat yang mencukupi supaya mereka dapat
membuat pemilihan dan pembelian yang tepat terutamanya dari segi kualiti.
Barangan yang berjenama biasanya dijual dengan harga yang lebih tinggi
berbanding dengan barangan yang tidak berjenama., walaupun ianya dibuat dengan
menggunakan formula yang sama. Ini selari dengan pendapat seorang ahli ekonomi
Amerika, Thorstein Veblen yang memperkenalkan istilah”conspicuous consumption”
dimana sebahagian daripada daya tarikan barangan terletak pada harganya yang
tinggi. Ini kerana ramai pengguna berpendapat bahawa harga melambangkan kualiti
walaupun pendapat ini kadangkala tidak rasional.

Penggunaan barangan dan perkghidmatan isirumah menentukan arah pembangunan


sesebuah negara. Ia juga berkait dengan pertumbuhan penduduk dan
perkembangan teknologi. Penggunaan bukan sahaja memberikan kesan yang positif
seperti tahap hidup yang lebih tinggi dan selesa, malahan penggunaan yang
keterlaluan boleh membawa kesan yang buruk kepada kehidupan. Tahap
penggunaan yang terlalu rendah akan menyebabkan seseorang inidividu atau
isirumah itu gagal memenuhi keperluan asas untuk perkembangan fizikal dan
mentalnya. Oleh itu ia mungkin tidak dapat berfungsi sepenuhnya sebagai ahli
sesebuah masyarakat dan negara. Begitu juga keadaan penggunaan yang berlebihan
juga akan memusnahkan kehidupan seseorang itu.

Sehingga kini konsep penggunaan yang sering ditekankan adalah “under


consumption” dan “over consumption”. Kedua-dua istilah ini relevan di negara maju
mahupun di negara mundur kerana di setiap negara akan ada kumpulan isirumah
dengan gaya hidup “utara” dan “selatan”. Gaya hidup utara dan selatan ini adalah
gaya hidup mewah dan melarat rakyat. Walaupun umumnya isirumah dengan gaya
hidup mewah hanya segelintir, namun akibat atau kesan daripada penggunaan
segelintir rakyat ini akan dirasai oleh semua rakyat yang hidup melarat.

Manusia hari ini begitu sibuk membeli, membeli dan membeli. Mengadakan semua
benda sudah menjadi matlamat hidup manusia terutamanya di negara perindustrian.
Pada masa yang sama 1/5 daripada penduduk termiskin dunia hanya mempunyai
satu matlamat iaitu untuk memenuhi keperluan asas bagi menyambung hidup.
Mereka berjuang untuk mendapatkan makanan, kayu untuk bahan bakar, tempat
untuk berteduh daripada hujan dan panas, pakaian untuk anak-anak dan
sebagainya. Di Malaysia juga walaupun tahap hidup rakyat telah meningkat
dibandingkan dengan dua puluh tahun yang lalu, namun masih kedapatan mereka
yang tertinggal daripada arus pembangunan yang pesat ini. Tidak dapat dinafikan
bahawa kepuasan dan kesejahteraan hidup bukan semata-mata bergantung kepada
memenuhi keperluan fizikal kehidupan, malahan memenuhi keperluan rohani amat
penting untuk menjanjikan kesejahteraan hidup yang sebenarnya.

Di negara perindustrian sudah jelas bahawa tahap penggunaan yang tinggi tidak
bermakna pencapaian yang lebih tinggi atau pun kehidupan yang lebih baik
(Motavalli, 1996). Cuba kita lihat kepada kehidupan manusia hari ini. Sekiranya
diberi peluang untuk bekerja bagi mendapatkan lebih wang manusia akan memilih
untuk bekerja daripada meluangkan masa bersama keluarga dan membina keluarga
yang bahagia dan harmoni. Namun itu tidak membuatkan orang akan lebih gembira
atau bahagia. Pengguna hari ini sering disogokkan dengan lebih kerja, lebih
barangan pengguna dan lebih kemusnahan di muka bumi. Masalah sosial yang
timbul akibat penggunaan yang terlalu rendah atau terlalu tinggi ini dapat dilihat
berlaku di mana-mana dan bagi semua tahap sosio ekonomi. Masalah seperti
kehancuran rumahtangga, keruntuhan akhlak dan sebagainya bukan hanya berlaku
dikalangan mereka yang mempunyai tahap penggunaan yang rendah malahan juga
berlaku dikalangan mereka yang mempunyai tahap penggunaan yang tinggi. Durning
(1992) dalam bukunya “How Much Is Enough” mengesyorkan perlunya kita
memecahkan putaran kejam ini.

Tidak dapat dinafikan ibubapa ingin mewariskan anak-anak mereka dengan


kehidupan yang lebih baik, namun kita perlu ingat bahawa hidup yang lebih baik itu
tidak berlaku dengan adanya lebih banyak kereta, rumah berhawa dingin, pusat
membeli belah yang canggih, pusat-pusat hiburan, makanan beku dan sebagainya.
Bersederhana dalam penggunaan adalah yang terbaik bagi menjamin kehidupan
yang sejahtera. Cuba lihat bagaimana orang yang telah mengambil penggunaan
sebagai ukuran kejayaan terutama negara-negara seperti Amerika, Jepun dan
Eropah. Menurut Durning (1992) di dunia kini terdapat 202 orang “billionnaires”, 3
juta “millionnaires” dan 100 juta orang yang tidak berumah (tinggal di tepi jalan,
dikawasan setinggan, dibawah jambatan dan seumpamanya). Penggunaan
sebilangan orang kaya ini telah mengancam kehidupan orang miskin yang
bilangannya lebih ramai.
Jadual 2: Senario Pendapatan dan Penggunaan Dunia dan Asia

Pendapatan & Asia Dunia


Penggunaan
Pendapatan 75% penduduk miskin dunia 1.3 billion penduduk berpendapatan
adalah penduduk Asia USD<1;
1 billion tidak dapat memenuhi
keperluan asas
Zat makanan 2/3 penduduk di dunia yang 840juta penduduk kekurangan zat
kekurangan zat makanan makanan; penggunaan 1/5
adalah dari Asia Pasifik; penduduk terkaya = 16 x
70% daripada kanak-kanak penggunaan 1/5 penduduk
yang terbantut, kurang berat termiskin;
badan adalah kanak-kanak 160 juta dikalangan kanak-kanak
Asia kekurangan zat makanan;
>250 juta kanak-kanak bekerja
Kemudahan Sekurang-kurangnya 1/3 >880 juta tidak mendapat
kesihatan penduduk Asia tidak kemudahan kesihatan;
mendapat air minum yang 2.6 billion tiada kemudahan asas
bersih; sanitasi;
Sekurang-kurangnya ½ >5 juta mati akibat diarea (air
penduduk Asia tidak tercemar)
mendapat kemudahan
sanitasi
Pendidikan >850 juta orang dewasa buta huruf
>260 juta kanak-kanak cicir
sekolah rendah dan menengah
(1997)

Sumber: UNDP.(1999) The Human Development Report UNEP dan Earthscan.


(1999). Global Enviromental Outlook 2000.
FAO. (2000). Assessment of the World Food Security Situation.

Jadual 3 menunjukkan Indeks-E penggunaan yang diterbitkan oleh Motavalli (1996)


dengan menggabung maklumat penggunaan dari beberapa organisasi termasuklah
Center for the Study of Commercialization di Amerika Syarikat dan penerbitan lain.

Jadual 3: Indeks E-Penggunaan

Item Indeks
Peratus rakyat Amerika yang bersetuju dengan kenyataan, “kita membeli 82
dan mengguna lebih daripada yang diperlukan”
Peratus rakyat Amerika yang menyatakan mereka secara sukarela telah 28
mengurangkan penggunaan dalam masa lima tahun yang lepas
Peratus rakyat Amerika yang menyatakan mereka secara sukarela telah 35
meningkatkan penggunaan dalam masa lima tahun yang lepas
Peratus rakyat Amerika yang menyatakan mereka sangat gembira pada 33
tahun 1957
Peratus rakyat Amerika yang menyatakan mereka sangat gembira pada 33
tahun 1991
Peratus rakyat Amerika yang bersetuju dengan kenyataan, “saya sangat 67
inginkan lebih keseimbangan dalam hidup saya”
Peratus rakyat Amerika yang menyatakan bahawa mereka lebih 51
menginginkan lebih masa terluang, walaupun dengan wang yang kurang.
Perbelanjaan pengiklanan per kapita (USD) pada tahun 1950 di AS 198
Perbelanjaan pengiklanan per kapita (USD) pada tahun 1989 di AS 498
Purata perbelanjaan tahunan untuk fonografi (dalam billion) 8
Purata perbelanjaan tahunan untuk biskut (dalam billion) 5.6
Peratus remaja perempuan Amerika yang menyatakan paling suka 93
membeli belah sebagai memenuhi masa terluang
Peratus jualan runcit yang dilakukan di pusat membeli belah 55
Peratus jualan runcit yang dilakukan di pusat membeli belah di Sepanyol 4
Peratus rakyat Amerika yang memiliki pendingin udara pada tahun 1960 15
Peratus rakyat Amerika yang memiliki pendingin udara pada tahun 1987 64
Purata jam memandu seminggu dikalangan rakyat Amerika yang bekerja 9
Peratus kereta baru yang mempunyai pendingin udara 90
Penggunaan besi per kapita di Amerika 417
Penggunaan besi per kapita di Bangladesh 5
Peratus rakyat Cina yang memiliki TV warna pada tahun 1982 1
Peratus rakyat Cina yang memiliki TV warna pada tahun 1987 35
Peratus populasi dunia yang tinggal di Negara perindustrian 20
Peratus kayu dan tenaga dunia yang digunakan oleh 20 peratus 75
penduduk tertentu
Peratus bahan radioaktif dan kloroflurokarbon dunia yang dibuang oleh 90
20 peratus penduduk tertentu
‘Ranking’ Amerika Syarikat sebagai pengeluar bahan buangan municipal 1
per kapita di dunia
‘Ranking’ Amerika Syarikat sebagai pengeluar gas rumah hijau di dunia 1

Sumber: Center for the Study of Commercialization; Technology Review; the


Harwood Group; U.S. News and World Report; President’s Council on
Sustainable Consumption dalam Motavalli (1996)

Pola Perbelanjaan Isirumah Malaysia

Di Malaysia, pertumbuhan ekonomi negara yang pesat telah meningkatkan


pendapatan isirumah bagi semua kumpulan pendapatan dan strata. Jadual 4,
menunjukkan peningkatan pendapatan bulanan purata isirumah bagi tahun 1980 dan
1997.

Jadual 4: Pendapatan bulanan purata isirumah

Kumpulan pendapatan Pendapatan Bulanan Purata (RM)


1990 1995 1999
Malaysia 1,169 2,020 2,472
40 peratus terendah 424 693 865
40 peratus pertengahan 1,037 1,777 2,204
20 peratus tertinggi 2,925 5,202 6,268

Pendapatan adalah satu daripada faktor terpenting yang mempengaruhi penggunaan


selain daripada citarasa, harga dan masa. Walaupun demikian banyak bukti yang
menunjukkan bahawa penggunaan yang diamalkan di peringkat individu pengguna,
isirumah, masyarakat dan negara telah memberikan kesan yang sebaliknya. Gaya
hidup isirumah Malaysia kini menunjukkan kecenderungan ke arah mengguna.
Isirumah memperuntukkan masa yang lebih panjang bekerja untuk mendapat
pendapatan yang lebih tinggi. Perkembangan pasaran dan teknologi telah
menggalakkan penciptaan dan pembaikan mutu barangan dan perkhidamatan yang
mendorong pengguna menggunakan pelbagai barangan dan perkhidmatan ke arah
kehidupan yang lebih selesa. Pengguna hari ini berusaha untuk memenuhi kehendak
yang tidak terbatas. Pemilikan barangan yang semakin meluas menjadikan
sesetengah barangan kehendak menjadi barangan perlu yang tidak boleh tidak perlu
dipenuhi.

Analisis pola perbelanjaan isirumah Malaysia 1993/94 dan 1998/99 (Jabatan


Perangkaan Malaysia) menunjukkan bahawa kira-kira 80% daripada perbelanjaan
isirumah adalah untuk empat kumpulan utama iaitu makanan, sewa kasar, bahan api
dan kuasa, pengangkutan dan komunikasi, dan pelbagai barangan dan perkhidmatan
termasuk makanan dan minuman di luar rumah. Jadual 5 menunjukkan komposisi
purata perbelanjaan bulanan isirumah Malaysia.

Jadual 5: Komposisi perbelanjaan isirumah bulanan purata Malaysia

Kumpulan Perbelanjaan 1993/94 1998/99

Makanan 23.4 22.6


Minuman dan tembakau 2.6 1.9
Pakaian dan kasut 3.6 3.4
Sewa kasar, bahanapi dan kuasa 21.1 22.2
Perabut, hiasan rumah & perkakas & kegiatan isirumah 5.6 5.3
Rawatan perubatan dan kesihatan 1.9 1.9
Pengangkutan dan komunikasi 17.9 19.0
Perkhidmatan rekreasi, hiasan, pendidikan & kebudayaan 5.7 5.9
Pelbagai barangan dan perkhidmatan 18.2 17.9

Cara individu membelanjakan pendapatan mencerminkan penggunaan. Peratusan


daripada jumlah perbelanjaan yang diperuntukkan untuk makanan misalnya, akan
mencerminkan tahap kehidupan. Begitu juga dengan peratusan perbelanjaan yang
dibuat ke atas pembelian perabot, kenderaan, barangan isirumah dan lain-lain.
Sebagai contoh, di negara yang mundur peratusan yang besar daripada perbelanjaan
adalah untuk keperluan asas terutamanya makanan. Ini menunjukkan tahap hidup
yang masih rendah. Manakala di negara-negara maju, banyak peningkatan dalam
tahap hidup mereka dapat dilihat melalui peningkatan peratusan daripada
perberlanjaan yang dibelanjakan untuk aktiviti seperti pelancongan dan
perkhidmatan komunikasi.

Penggunaan dipengaruhi oleh persekitaran yang merangkumi citarasa dan


kegemaran, jumlah sumber yang diperlukan untuk mendapatkan barangan dan
perkhidmatan, jumlah dan jenis sumber yang ada. Bagaimana menggunakan sumber
tersebut, dan jumlah dan jenis barangan dan perkhidmatan yang ada. Teori
perlakuan pengguna mengatakan bahawa pendapatan pengguna merupakan asas
pengukuran yang paling penting untuk menentukan pola penggunaan. Ini seterusnya
digunakan dalam konteks komuniti yang lebih luas dimana agihan dan purata
pendapatan dijadikan penentu yang mempengaruhi keseluruhan pengguna. Komuniti
yang mana pendapatan mereka diagihkan secara sama rata akan kurang
menggunakan barangan mewah dan barangan bawahan berbanding komuniti yang
mempunyai hanya segelintir golongan kaya dan ramai golongan miskin. Kajian
menunjukkan bahawa dikalangan golongan kaya di England dalam abad ke-19,
makan malam yang dihidangkan dengan lima hidangan roti yang utama iaitu ikan,
daging, dan sebagainya dilihat sebagai hidangan yang minimum, sementara bagi
golongan miskin yang bekerja sebagai petani, hanya memakan hidangan gandum
dan ubi kentang.

Ini menunjukkan bahawa pendapatan sememangnya mempengaruhi perbelanjaan


pengguna seseorang. Ini kerana pendapatan yang diperolehi akan dibelanjakan
untuk memenuhi keperluan hidup mengikut keutamaan dimana keperluan asas akan
dipenuhi terlebih dahulu. Setelah itu, barulah keperluan lain dipenuhi berasaskan
kepada keinginan dan keupayaan seseorang. Oleh itu, tidak keterlaluan jika
dikatakan bahawa agihan pendapatan boleh mempengaruhi kepuasan, status, kuasa,
politik atau kebebasan seseorang.

Kualiti Hidup

Kualiti hidup adalah berkaitan dengan bagaimana individu mempersepsikan


kehidupan mereka samada memuaskan, tidak memuaskan, baik, tidak baik atau
sebagainya. Persepsi individu ini adalah berasaskan kepada penilaian yang dibuat
terhadap kepuasan yang dirasai daripada keinginan yang tercapai atau
ketidakpuasan yang dirasai terhadap keinginan yang gagal dicapai. Kualiti hidup
adalah penilaian pelbagai dimensi yang boleh dinilai daripada luaran (secara objektif,
normatif-sosial) atau daripada dalaman (subjektif, intrapersonal). Ciri tersebut
bukannya sistem orang atau system persekitaran tetapi sistem orang-persekitaran
(Lawton, 1997). Melihat kepada kerumitan ini dapatkah kualiti hidup dapat diukur?
Sudah tentu boleh sekiranya kita menghargai kerumitan tersebut.

Mengikut United Nation (1994), kualiti hidup adalah subjektif yang dilihat daripada
pelbagai aspek kesejahteraan termasuklah keadaan hidup yang dialami, kepuasan
terhadap keperluan dan kehendak, kesejahteraan fizikal, penggunaan material dan
bukan material serta kebebasan manusia. Namun begitu kualiti hidup boleh diukur
dengan menggunakan pelbagai pendekatan samada melalui pengukuran berbentuk
objektif-subjektif atau umum-khusus (Laily, 1993), langsung-tidak langsung
(Ringen, 1988) atau dari segi kualiti dan kuantiti (Pal, 1963). Pengukuran kualiti
hidup secara am merujuk kepada kepuasan dan kegembiraan yang boleh diukur
melalui kepuasan terhadap kesihatan, perumahan dan kehidupan keluarga (Michalos,
1983). Manakala pengukuran kualiti hidup secara khusus pula difokuskan kepada
kepuasan dan kegembiraan bagi domain atau aspek kehidupan tertentu. Pengukuran
kualiti hidup secara langsung adalah merujuk kepada kebajikan yang diterima
daripada pengguna barangan dan perkhidamatan (Ringen, 1988). Sementara
pengukuran secara tidak langsung adalah merujuk kepada sumber yang
membolehkan memberikan kesejahteraan seperti pendapatan. Dari segi kuantiti
pula, kualiti hidup merangkumi bilangan atau jenis barangan dan perkhidmatan yang
digunakan. Manakala dari segi kualitinya pula ia dilihat sebagai kepuasan, kesedaran
serta penyertaan dalam aktiviti ekonomi, sosial dan politik.

Lawton (1997) dalam artikelnya tentang kualiti hidup dan kesejahteraan subjektif
banyak merujuk kepada penulis-penulis lain termasuklah Bergnet et al (1981),
Lawton (1982), Lemke dan Moos (1986), Neugarten, Havighurst dan Tobin (1961),
Stewart, Hays dan Ware (1988) dan Watson, Clark dan Tellegen (1988). Menurut
Lawton (1991) sebagaimana yang dinyatakan oleh Lawton (1997), terdapat empat
komponen yang penting untuk menilai kualiti hidup. Komponen tersebut adalah dua
komponen objektif iaitu kecekapan perlakuan dan kualiti persekitaran yang boleh
dinilai oleh orang lain, dan dua komponen subjektif iaitu tanggapan kualiti hidup
(domain spesifik) dan kesejahteraan psikologi (umum). Melihatkan kepada keadaan
ini sudah tentu pengukuran yang lebih komprehensif dan agregat diperlukan untuk
mengukur tahap hidup kerana kualiti hidup merangkumi semua yang boleh dinilai
untuk kualiti. Indeks Philidelphia Geriatric Center Multilevel Assessment Instrument
(MAI) menjadualkan dan menjumlahkan 16 perlakuan berkaitan (Lawton et al.,
1982).

Kini terdapat pengukuran yang standad, objektif dan mudah digunakan iaitu
Multidimentional Environment Assessment Procedure (MEAP) (Lemke and Moos,
1986). MEAP adalah instrumen untuk mengukur kualiti hidup golongan tua dengan
lapan dimensi yang merangkumi struktur dan proses penjagaan, dan angkubah-
angkubah yang tidak berkait secara langsung dengan kualiti seperti ciri latar
belakang penduduk. Lapan dimensi tersebut adalah keselesaan, keselamatan,
bilangan pekerja, kemahiran pekerja, perkhidmatan, autonomi, kawalan dan
hubungan. Empat yang pertama menggambarkan struktur penjagaan dan empat
yang berikutnya berfokus kepada proses penjagaan, termasuklah kedapatan
perkhidmatan, polisi dan persepsi penduduk terhadap persekitaran.

Ramai pengkaji menggunakan persepsi untuk mengukur kualiti hidup. Tanggapan


kualiti hidup adalah mengukur bagaimana seseorang merasa berpuashati dengan
domain penting kehidupan sehariannya. Terdapat beberapa indeks yang boleh
digunakan termasuklah indeks kualiti kawan, indeks kualiti keluarga, indeks kualiti
masa, indeks kualiti perumahan dan indeks kualiti kejiranan. Indeks lain yang biasa
digunakan untuk mengukur kualiti hidup adalah Indeks Kepuasan Hidup (Neugarten,
Havighurst & Tobi, 1961) dan Skala Philidelphia Geriatric Center Morale (Lawton,
1975) dalam Lawton (1997). Pengukuran tradisional ini mengandungi lima item yang
melahirkan sikap terhadap kehidupan berasaskan kognitif (penilaian yang umum)
dan emosi. Instrumen lain yang digunakan juga termasuklah Positive and Negative
Affect Schedule (PANAS) (Watson, Clark & Tellegen, 1988) dan Philidelphia Geriatric
Center Positive Affect Scale (Lawton, et al., 1982).

Menurut Lawton (1997), walaupun kesihatan penting, ada lagi perkara lain yang juga
penting kepada kualiti hidup, yang juga dapat meningkatkan kesejahteraan. Antara
instrumen yang boleh digunakan adalah The Medical Outcomes Study’s SF36 (borang
pendek yang mengandungi 36 item kesihatan fizikal dan mental (Stewart & Ware,
1992; Stewart, Hays & Ware, 1988), The Quality of Wellbeing Scale (QWBS) yang
mengandungi 30 item merangkumi simptom psikologikal dan 3 item kesihatan
kefungsian dan The Sickness Impact Scale (Bergner et al., 1981) yang mengandungi
136 item.

Kualiti hidup secara subjektifnya diukur mengenai perasaan baik, memuaskan atau
sebaliknya terhadap sesuatu barangan, perkhidmatan atau perkara lain. Dalam erti
kata lain, secara subjektifnya, kualiti hidup boleh diukur melalui tahap kepuasan dan
kegembiraan yang berkait dengan tahap aspirasi, harapan, keperluan dan nilai.
Manakala pengurungan kualiti hidup secara objektif pula merujuk kepada memenuhi
permintaan social dan budaya terhadap kekayaan material, status sosial dan
kesejahteraan fizikal. Kualiti hidup ini juga diukur secara objektif menggunakan
pendapatan dan perbelanjaan. Rajah 2 menunjukkan beberapa petunjuk aspek
kualiti hidup yang boleh diukur sama ada secara objektif atau subjektif, am atau
khusus, langsung atau tidak langsung dan kualiti dan kuantiti.
Perhubungan Sosial

Persekitaran Masyarakat Pengurusan Sumber

Perkhidmatan Komuniti
Rekreasi & Masa Lapang

KUALITI
HIDUP
Perumahan
Pekerjaan/Pengangguran

Pendapatan Kesihatan/Pemakanan

Keharmonian Keluarga

Rajah 1: Petunjuk Aspek Kualiti Hidup

Daripada rajah diatas, dapat dilihat bahawa kualiti hidup boleh diukur melalui banyak
petunjuk. Diantara yang disenaraikan adalah pendapatan, kesihatan, pekerjaan,
pendidikan, status perumahan dan rekreasi dan masa lapang yang merupakan
petunjuk yang biasanya digunakan di peringkat individu. Pendapatan misalnya akan
melambangkan status sosial yang dimiliki oleh seseorang yang seterusnya
mempengaruhi kuasa beli dan gaya hidup mereka. Kesihatan juga merupakan antara
petunjuk yang penting dimana bagi mereka yang berpendapatan tinggi sekalipun,
akan merasa serba kekurangan dan hidup dalam penderitaan sekiranya kesihatan
terganggu seperti mengidap penyakit. Pekerjaan juga boleh digunakan untuk
mengukur kualiti hidup dari segi mempunyai pekerjaan atau menganggur dan jenis
pekerjaan yang dilakukan, Sementara itu, pendidikan pula berkait dengan pekerjaan
dan pendapatan. Selain itu, status perumahan pula biasanya dilihat dari segi sama
ada memiliki rumah sendiri, menyewa, tinggal di rumah setinggan, menumpang
rumah orang dan juga jenis rumah yang dimiliki atau disewa. Rekreasi dan masa
lapang pula mempunyai perkaitan yang rapat dengan kualiti hidup yang dimiliki oleh
seseorang. Misalnya, mereka yang mempunyai kedudukan tinggi, bergaya tetapi
mempunyai sifat seperti “gila bekerja” (workalholic) mungkin dilihat sebagai orang
yang berstatus tinggi tetapi pada hakikatnya, mereka mungkin tidak mempunyai
masa untuk melakukan aktiviti rekreasi, bercuti, melakukan hobi di masa lapang dan
sebagainya. Adakah hidup yang sebegini berkualiti?
Namun begitu, petunjuk yang lain seperti keharmonian keluarga, perhubungan
sosial, persekitaran masyarakat, perkhidmatan komuniti dan pengurusan sumber
juga boleh digunakan untuk mengukur kualiti hidup seseorang individu atau
masyarakat. Keharmonian keluarga, perhubungan sosial, persekitaran masyarakat
sebenarnya mempunyai perkaitan yang rapat dan saling mempengaruhi antara satu
sama lain. Pengukuran kualiti hidup melalui petunjuk perkhidmatan komuniti pula
boleh dilihat dari segi kemudahan yang disediakan oleh kerajaan disesuatu tempat
seperti kemudahan hospital, pengangkutan awam, pejabat pos dan sebagainya.
Sekiranya terdapat kekurangan kemudahan penting ini, masyarakat ditempat
tersebut belum boleh dianggap memiliki kualiti hidup yang tinggi. Begitu juga
dengan penggunaan seperti guna tenaga buruh, penggunaan elektrik dan air yang
kini menjadi sebahagian daripada keperluan asas manusia. Misalnya, jika dalam
sesebuah negara tertentu, terdapat ramai tenaga buruh yang menganggur, ia
dikatakan sebuah negara yang belum membangun dan ini bermakna, negara
tersebut boleh dikatakan belum mencapai kualiti hidup yang baik.

Selain daripada petunjuk aspek kualiti hidup yang ditunjukkan dalam Rajah 1
tersebut, Hirarki Maslow juga sebenarnya boleh digunakan untuk mengukur kualiti
hidup seseorang. Di dalam Hirarki Maslow, seseorang perlu mencapai atau
memenuhi keperluan yang terbawah terlebih dahulu untuk membolehkannya terus
hidup iaitu merujuk kepada keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat
tinggal sebelum memenuhi keperluan yang lebih tinggi. Sekiranya seseorang individu
iti tidak mampu memenuhi keperluan asas ini, bermakna hidupnya tidak berkualiti.
Sekiranya keperluan yang pertama ini telah dipenuhi, seseorang itu akan beralih
kepada keperluan di atas dan seterusnya. Menurut Maslow, manusia akan cuba
memenuhi keperluan-keperluan tersebut dan akan terus cuba mencapai tahap
tertinggi iaitu nirwana diri. Sekiranya seseorang itu telah mencapai nirwana diri ini,
ia boleh dianggap sebagai mempunyai kualiti hidup yang tertinggi.

Jadual 6: Model Survei Kualiti Hidup, ESCAP, 1990

Komponen Elemen Bidang


Kesihatan Mortaliti Jangka hayat
Mortaliti infan
Mortaliti kanak-kank
Morbiditi Populasi orang kurang upaya atau cacat
Insiden penyakit utama
Pemakanan Berat lahir
Pengambilan kalori
Pengambilan protin
Pendidikan Pendidikan asas Entrolmen ke sekolah rendah
Tamat sekolah rendah
Celik huruf
Pendidikan lanjutan Kemasukan ke sekolah menengah
Kemasukan ke institute pengajian tinggi
Pekerjaan Pekerjaan Pekerjaan dengan faedah
Pekerjaan sepenuh masa
Keadaan pekerjaan Jam bekerja (termasuk masa perjalanan)
Percutian
Masa tidak bekerja disebabkan
kemalangan/penyakit akibat pekerjaan
Persekitaran Perumahan Bekalan air
fizikal Kemudahan sanitasi
Elektrik
Ruang
Pengangkutan dan Jalan raya
komunikasi Telefon
Persekitaran Insiden bencana alam
semulajadi Pencemaran persekitaran
Pengurangan sumber semula jadi
Kehidupan Struktur dan fungsi Tiada indicator yang telah dibentuk. Indikator
berkeluarga keluarga berikut berkait secara tidak langsung-saiz
isirumah, kanak-kanak tiada rumah, isirumah
penjaga tunggal dan isirumah tua tinggal
bersendirian
Kestabilan keluarga Kadar perceraian
Keganasan rumahtangga
Kehidupan Penglibatan komuniti Tiada indicator yang telah dibentuk
komuniti
Kestabilan komuniti Kadar Jenayah
Kadar penyalahgunaan dadah
Kadar bunuh diri
Kehidupan Kehidupan budaya Tiada indicator yang telah dibentuk. Indikator
budaya, berikut berkait secara tak langsung –
kerohanian kemudahan budaya
dan masa
senggang Kehidupan Tiada indikator yang telah dibentuk
kerohanian Tiada indikator yang telah dibentuk. Indikator
Kehidupan masa berikut berkait secara tak langsung – radio,
senggang tv, kemudahan rekreasi.

Indeks Kualiti Hidup Malaysia

Kemajuan sesebuah negara boleh diukur berdasarkan kualiti hidup rakyatnya yang
bertambah baik secara berterusan. Penilaian terhadap pembangunan sesebuah
negara tidak harus ditumpukan semata-mata kepada pertimbangan ekonomi, malah
perlu merangkumi aspek lain yang lebih mencerminkan perubahan kualiti hidup
rakyatnya. Oleh itu, Malaysia telah mewujudkan Indeks Kualiti Hidup Malaysia
(IKHM) dan cuba menilai kualiti hidup dengan menggunakan pendekatan yang lebih
kuantitatif dan agak komprehensif. Berdasarkan laporan Kualiti Hidup Malaysia
(1999), kualiti hidup didefinisikan sebagai merangkumi kemajuan diri, cara hidup
yang sihat, akses dan kebebasan untuk mencapai pengetahuan, taraf kehidupan
yang melebihi keperluan asas dan memenuhi keperluan psikologi untuk mencapai
tahap kesejahteraan sosial yang setanding dengan aspirasi negara. IKHM ini
dirangka untuk mengukur perubahan kualiti hidup. IKHM merupakan satu
pengukuran komposit berdasarkan sepuluh bidang iaitu pendapatan dan pengagihan,
persekitaran kerja, pengangkutan dan komunikasi, kesihatan, pendidikan,
perumahan, alam sekitar, kehidupan keluarga, penyertaan sosial dan keselamatan
awam.

Bidang tersebut dianggap sama penting untuk kesejahteraan dan kualiti hidup
penduduk. Dengan demikian, wajaran yang sama telah diberi kepada setiap bidang.
Sebanyak 38 petunjuk telah digunakan dalam pengiraan Indeks tersebut (Jadual 7).
Petunjuk berkenaan dipilih untuk menyediakan satu ukuran agregat mengenai kualiti
hidup negara ini bagi menilai kesan pembangunan ekonomi keatas penduduk. Tahun
1990 telah dipilih sebagai tahun asas kerana secara relatif ianya merupakan tahun
yang normal serta tidak jauh ke belakang.

Jadual 7: Indeks Kualiti Hidup Malaysia 1980-1989 (1990=100)

Bidang Petunjuk 1980 1985 1995 1998


Pendapatan & Knk per kapita sebenar 77.39 90.85 105.45 105.82
Pengagihan Angkali gini
Kadar kemiskinan
Persekitaran Kadar pengangguran 106.13 97.59 115.07 118.94
kerja Pertikaian perusahaan
Kehilangan hari bekerja kerana
tindakan perusahaan
Kadar kemalangan perusahaan
Pengangkutan Motokar dan motosikal persendirian 87.36 100.12 106.88 112.78
& komunikasi Kenderaan perdagangan
Pembangunan jalan raya
Telefon
Edaran purata akhbar harian
Kesihatan Jangka hayat semasa lahir (lelaki) 83.24 95.72 103.78 109.58
Jangka hayat semasa lahir
(perempuan)
Kadar kematian bayi
Nisbah doktor-penduduk
Pendidikan Kadar penyertaan pra-sekolah 85.97 95.70 106.91 117.31
Kadar penyertaan sekolah
menengah
Kadar penyertaan universiti
Kadar celik huruf
Nisbah guru-pelajar sekolah rendah
Nisbah guru-pelajar sekolah
menengah
Perumahan Harga rumah purata 90.52 92.97 105.51 107.72
Unit rumah kos rendah
Unit rumah dengan bekalan air paip
Unit rumah dengan bekalan elektrik
Alam sekitar Kualiti udara n.a. 103.86 106.29 100.94
Sungai bersih
Kawasan berhutan
Kehidupan Perceraian 85.46 89.62 108.32 113.86
keluarga Kadar kelahiran kasar
Saiz isirumah
Jenayah juvenil
Penyertaan Pengundi berdaftar 81.55 89.58 102.07 97.98
sosial Kelahiran dalam organisasi sukarela
terpilih
Keselamatan Jenayah 78.40 79.87 88.5 72.11
awam Kemalangan jalan raya

Indeks kualiti hidup Malaysia 86.22 93.59 104.88 105.71


Isu dan Cabaran

Penggunaan yang melebihi tahap minimum atau keperluan asas bukan sesuatu yang
tidak baik, memandangkan ianya membantu mempermudahkan manusia menjalani
penghidupannya. Walau bagaimanapun, penggunaan yang keterlaluan dan tidak
terkawal akan menimbulkan banyak masalah termasuklah masalah alam sekitar.
Oleh itu isu sebenar bukanlah penggunaan itu sendiri tetapi pola dan kesan (positif
dan negatif) penggunaan tersebut. Khusus pada sumbangan penggunaan kepada
masalah alam sekitar, ia telah dikenalpasti dalam konferen antarabangsa United
Nation yang diadakan di Reo de Janeiro pada 1992. Dalam agenda 21 dinyatakan
bahawa tindakan menyeluruh perlulah diambil di semua tahap. Agensi kerajaan,
bukan kerajaan dan pengguna perlu mengambil tindakan ke arah penggunaan
lestari. Agenda tersebut juga menyarankan langkah yang perlu diambil oleh
pengguna adalah mengubah amalan penggunaan. Tumpuan patut diberikan kepada
menggunakan sumber dengan berkesan untuk meminimumkan penyusutan sumber
dan pencemaran.

Terdapat tujuh tema penggunaan lestari. Pertama, penggunaan lestari adalah cara
dan bukannya hasil akhir. Ini bermakna usaha meningkatkan kelestarian pengguna
perlu dilakukan secara berterusan. Disepanjang proses penggunaan akan ada
ketidaklestarian sama ada di peringkat pengeluaran, menggunakan dan melupuskan.
Kedua, penggunaan lestari merupakan keseimbangan pelbagai aspek termasuklah
persekitaran, sosial dan ekonomi. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Abu Bakar
(2001) bahawa perlu ada anjakan paradigma daripada mengutamakan pertumbuhan
ekonomi semata-mata kepada mengutamakan keseimbangan dikalangan semua
pihak. Ketiga, penggunaan lestari adalah mengenai pilihan bermaklumat. Bagi
mereka yang ingin mengamalkan penggunaan lestari mereka perlu mendapat
maklumat, menyedari dan mengamalkannya atas pilihan sendiri. Keempat,
penggunaan lestari bertujuan untuk menginstitusikan pilihan, dimana apabila polisi
tertentu berkaitan penggunaan dibentuk ia akan membantu peningkatan kelestarian.
Kelima, pengguna lestari memerlukan pendekatan pelbagai peringkat. Keenam,
penggunaan lestari memerlukan pembaikan berterusan. Dari semasa ke semasa
perlu ada peningkatan sama ada dari segi perancangan, perlaksanaan, polisi dan
sebagainya. Memandangkan gaya hidup yang semakin berubah dan ke arah
penggunaan yang semakin meningkat wajar dipastikan bahawa apa sahaja usaha
yang ingin dilaksanakan adalah bersesuaian dan selaras dengan perubahan yang
berlaku. Ketujuh, penggunaan lestari memerlukan penglibatan semua secara
terbuka. Perlu juga disedari bahawa pola penggunaan pada masa hadapan akan
berubah dimana, penggunaan akan meningkat. Pendapatan keluarga yang
meningkat akan mendorong kepada peningkatan penggunaan. Sebab peningkatan
penggunaan selalu dikaitkan dengan perniagaan. Sudah sampai masanya untuk kita
mengetahui bahawa sebarang kos yang berkaitan dengan pengeluaran dan
penggunaan perlu mengambilkira kos persekitaran dan kos sosial.

Kemerosotan persekitaran dikatakan berpunca daripada pertambahan populasi,


kekayaan dan teknologi yang mana populasi yang dibentuk oleh faktor ekonomi,
politik sosial dan budaya. Terdapat 4 cabaran berkaitan pengeluaran dan
penggunaan di peringkat antarabangsa iaitu:

Pertama, penstrukturan ekonomi untuk jangkamasa panjang (Robins dan


Roberts, 2000). Memandangkan keadaan persekitaran yang semakin tenat,
peningkatan teknologi, kekayaan dan populasi memerlukan negara membentuk polisi
berkaitan pelbagai ekonomi yang lebih seimbang dan memperbaiki produktiviti
sumber dan mengurangkan pencemaran.
Kedua, memikirkan semula nilai etika (Robins dan Roberts, 2000). Pada masa
kini kebanyakan isu penggunaan lestari banyak diketengahkan oleh badan bukan
kerajaan yang mewarwar dan menggalakkan gaya hidup lestari. Namun persoalan
yang asas adalah bagaimana untuk menanamkan nilai dan etika kehidupan lestari
dalam diri setiap individu. Dengan itu matlamat meningkatkan kelestarian
pengeluaran dan penggunaan akan dapat dihasilkan.
Ketiga, pembentukan semula rangka polisi (Robins dan Roberts, 2000). Untuk
menjalankan usaha meningkatkan kelestarian ini ianya tidak boleh diharapkan
berlaku secara semula jadi. Ianya memerlukan penglibatan pihak berkuasa untuk
membentuk polisi dan peraturan yang berkaitan dengan memberi ganjaran kepada
mereka yang mematuhi dan menghukum mereka yang melanggar.
Keempat, kerjasama antarabangsa perlu ditingkatkan untuk membolehkan
usaha ini menjadi usaha bersama seluruh dunia.

Kesimpulan

Penggunaan dan kualiti hidup adalah dua konsep yang mempunyai pengertian yang
luas dan pelbagai. Kedua konsep ini mempunyai perkaitan langsung yang mana
penggunaan adalah satu daripada elemen penghidupan. Oleh itu peningkatan
“kualiti” penggunaan dalam ertikata yang sebenarnya yang seimbang dan harmoni
akan dapat meningkatkan kualiti hidup. Telah terbukti bahawa dunia pada masa kini
menghadapi kemelut alam sekitar yang serius disebabkan oleh pengeluaran dan
penggunaan yang tidak lestari. Faktor budaya, ekonomi, politik, sosial dan
seumpamanya merupakan asas kepada peningkatan populasi, kekayaan dan
teknologi, yang seterusnya menyumbang kepada kemerosotan persekitaran. Usaha
jitu yang bermula daripada penstrukturan semula ekonomi, pembetukan nilai dan
etika murni berkaitan penggunaan sehinggalah kepada jaringan kerjasama
antarabangsa di semua peringkat perlu dibuat sebagai usaha mengurangkan
masalah yang dihasilkan akibat daripada pengeluaran dan penggunaan yang tidak
lestari dan seterusnya meningkatkan kualiti hidup penduduk dunia.

Rujukan

Andrews, F.M., dan Withey, S.B. 1976. Social Indicators of Well-Being. New York:
Plenuim Press

Bergnet, M.B., et al. 1981. Dalam Lawton, M.P. (1987). Measures of Quality of Life
and Subjective Well-being. Generations, Spring 97. 21(1):45

Burk, M. 1968. Consumption Economics: A A Multidiciplinary Approach. New York:


McGraw-Hill.

Davis, J.S. 1945. Standards and Content of Living. American Economic Review. 35:1-
5.

Durning, A. 1992. How Much Is Enough?. New York:W.W.Norton & Company.

Hoyt, E.E 1938. Consumption in Our Society. New York: McGraw-Hill.

Jabatan Perangkaan Malaysia. 1995. Laporan Penyiasatan Perbelanjaan Isirumah


Malaysia 1993/94.
Kyrk. 1923. A theory of Consumption. New York: An Arbor Press.

Laily, P 1993. A Model for Measuring Poverty: A Consumption Approach. University of


Illinois.

Lawton, M.P. 1987. Measures of Quality of Life and ubjective Well-being.


Generations, Spring 97. 21(1):45.

Lawton, M.E. et al. 1982. Dalam Lawton, M.P. 1987. Measures of Quality of Life and
Subjective Well-being. Generations, Spring 97. 21(1):45.

Lemke, S., dan Moos, R.H. 1986, Dalam Lawton, M.P. 1987. Measures f Quality of
Life and Subjective Well-being. Generations, Spring 97. 21(1):45.

Leet, R., and Driggers, J. 1990. Conseptual Framework for Evaluation of Impact.
North Central Regional Research Publication, No 316, 2-8, 335-356.

Magrabi, F.M., Chung, Y.S., Cha, S.S., and Yang, S. 1991. The Economics of
Household Consumption. New York: Praeger Publisher.

Maslow, A. 1962. Towrd a Phychology of Being. New York: van Nostrand.

Michalos, A.C. 1983. Satisfaction and Happiness in Rural Northern Resource


Community. Social Indicators Research. 13:225-252.

Motavalli, J. 1996. Enough!. E Magazine: The Enviromental Magazine, Mar/Apr,


Vol7(2):28.

Neugarten, B., Havighurst, R.J., Tobin, S.S. 1961. Dalam Lawton, M.P. 1987.
Measures of Quality of Life and Subjective Well-being. Generations, Spring97.
21(1):45.

Pal.A.P. 1963. The Resource Level of Living and Aspiration of Rural Household in
Negros Oriented Council. Quezon City, Manila. Community Development Research.

Rabieyah, M. and Chin, K.Y. 1996. Analysis of the Household Expenditure:


Consumption Patterns among Malaysian Households. Kertas kerja dibentangkan
dalam Seminar Kebangsaan Ekonomi Pengguna dan Keluaga Malaysia, di Putra Jaya,
pada 13-14 Ogos, 1996.

Ringen, S. 1988Direct, Indirect Measurement of Poverty. Journal of Social Policy.


17.3:351-365.

Robins, N. dan Roberts, S. 2000. Making Sense of Sustainable Consumption.


Development. 41:1.

Stewart, A.L., Hays, R.D., dan Ware, J.E. 1988. Dalam Lawton M.P. 1987. Measures
of Quality of Life and Subjective Well-being. Generations, Spring97. 21(1):45.

Surangi-Unger, T. 1981. Consumer Bahavior and Consumer Well-being: An


Economist’s Digest. Journal of Consumer Research, 8(Sept): 132-143.
Unit Perancang Ekonomi. 1999. Kualiti Hidup Malaysia. Kuala Lumpur: Jabatan
Perdana Menteri.

United Nation. 1954. Report on the International Definition and Measurement of


Level of Living. United Nation, New York.

Watson, Clark dan Tellegen. 1988. Dalam Lawton, M.P. 1987. Measures of Quality of
Life and Subjective Well-being. Generations, Spring 97. 21(1):45.

UNDP. 1999. The Human Development Report

UNEP dan Earthscan. 1999. Global Enviromental Outlook 2000

FAO. 2000. Assessment of the World Food Security Situation.

You might also like