You are on page 1of 20

REALITI DAN CABARAN WARTAWAN SERUMPUN DALAM MEMBINA

HUBUNGAN MALAYSIA-INDONESIA1

Oleh:

Profesor Datuk Dr. Abdul Latiff Abu Bakar

Jabatan Pengajian Media, Fakulti Sastera dan Sains Sosial

Universiti Malaya

ABSTRAK

Membina hubungan Malaysia-Indonesia sebagai negara serumpun dapat diaplikasikan

melalui media yang digunakan sebagai platform dalam mengekspresikan pemikiran-

pemikiran yang lahir daripada seluruh lapisan masyarakat. Etika wartawan dapat

mencorakkan berita. Oleh itu, wartawan Malaysia perlu berpegang kepada Tatasusila

Kewartawanan Malaysia 1989 dan Kod Perilaku Profesional Anggota Kesatuan

Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJM) sedangkan wartawan Indonesia perlu

mematuhi Kode Etika Jurnalistik 2006. Kod etika berperanan penting kerana ia

merupakan landasan moral dan operasional bagi wartawan dalam menjalankan

kerjayanya.

Kata Kunci : wartawan serumpun, kod etika kewartawanan dan hubungan Malaysia-Indonesia

Pengenalan

Kertas kerja dibentangkan dalam “Persidangan Hubungan Malaysia-Indonesia 2009 (Media&


Budaya)”, anjuran Jabatan Pengajian Media, Fakulti Sastera & Sains Sosial, Universiti Malaya, di
Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 22-23 Oktober 2009. Kerja kerja ini juga merupakan analisis
berdasarkan projek penyelidikan Hubungan Malaysia-Indonesia Melalui Media Cetak (1998-2010); FS
174/2008B.

1
Malaysia dan Indonesia mempunyai sejarah bersama sejak zaman kerajaan dan telah membina

hubungan rapat dalam bidang perdagangan dan politik. Orang Barat dan Timur mengenal kedua

negara ini sebagai Gugusan Kepulauan Melayu atau Malay Archipelago. Kekuatan ini lebih

dieratkan lagi apabila Bahasa Melayu menjadi penatar utama dalam pentadbiran politik dan

perdagangan. Walaupun Indonesia dan Malaysia mempunyai sistem politik yang berbeza, tetapi

mempunyai warisan budaya yang tinggi dan berupaya menjalinkan hubungan kekeluargaan dan

ekonomi yang mantap.

Dalam usaha mewujudkan keharmonian hubungan Indonesia-Malaysia yang dikenal

sebagai negara serumpun dapat dilakukan dengan berbagai cara, salah satunya melalui media.

Media merupakan platform dalam mengapresiasi kan pemikiran-pemikiran yang lahir daripada

seluruh lapisan masyarakat. Salah satu sumber masalah hubungan dua negara serumpun ini ialah

laporan media di negara masing-masing yang menyuarakan perasaan tidak puas terhadap

beberapa isu yang timbul. Hubungan Indonesia-Malaysia mulai tergoncang ketika polisi

Malaysia yang membuka pintu masuk kepada pekerja asing secara besar-besaran pada tahun

1997-1998. Pada masa itu, Malaysia sedang membangun kembali keadaan ekonomi yang turun

sedangkan Indonesia sedang mengalami masa-masa yang sukar. Kedatangan warga Indonesia ke

Malaysia merupakan peristiwa fenomenal yang dilematis kerana kehadiran mereka sangat

diperlukan tetapi tidak diinginkan.

Media memainkan fungsinya dalam menyebarkan berita-berita penting yang diperlukan

oleh orang awam. Namun begitu, kadang kala berita tersebut hanya bersifat sensasional –

provokatif, tetapi tidak berdasarkan kenyataan. Tindakan-tindakan ini justeru mampu

mengeruhkan keadaan. Peristiwa-peristiwa yang terjadi dalam beberapa tahun ke belakang telah

menjadi fokus utama golongan media. Hal ini terbukti daripada perhatian yang diberikan oleh

2
kedua-dua media negara terhadap operasi penangkapan serta penghantaran pulang pendatang

tanpa izin. Selain itu, media juga menyiarkan berita tentang sikap beberapa majikan Malaysia

yang cenderung tidak berperikemanusiaan terhadap pekerja Indonesia. Berita tersebut seperti:

“RI maid ‘forced to drink toilet water’” (The Jakarta Post, 28 September 2004) “Amah dakwa

kemaluan dijolok botol, pisang” (Berita Harian, 3 Oktober 2004); “Subkontraktor sapu gaji

Indon” (Harian Metro, 17 Februari 2005).

Situasi bertambah buruk ketika media Malaysia melaporkan keluhan masyarakatnya

terhadap berbagai masalah sosial dan jenayah yang ditimbulkan oleh pendatang tanpa izin yang

berasal dari Indonesia. Sebagai contoh, semak tajuk-tajuk berita berikut: “2 indon miliki 50 kg

ganja” (Harian Metro, 6 Julai 2004); “3 pelajar indon mengaku mencuri” (Harian Metro, 15

Julai 2005); “Tiga warga Indonesia miliki MyKad palsu ditahan” (Utusan Malaysia, 28 Mac

2006); “Punk gondrong mengamuk” (Harian Metro, 1 September 2006). Media Indonesia pula

memaparkan berita-berita yang mengatakan bahawa masyarakat Malaysia bersikap tidak adil ke

atas rakyat Indonesia.

Wajarlah jika hubungan semakin keruh dan perasaan-perasaan emosional menjalar dalam

jiwa masyarakat di dua negara. Media menjadi medium penting dalam menyebarkan sentimen-

sentimen negatif ini. Paparan media Indonesia yang beragam mulai daripada tuduhan Indonesia

terhadap peniruan lagu serta budaya, perebutan sempadan hingga tingkah laku pihak Malaysia

yang kurang ”mesra” kepada beberapa rakyat Indonesia. Berbeza pula dengan media Malaysia

yang menyiarkan tentang peristiwa-peristiwa jenayah yang dilakukan oleh rakyat Indonesia,

”jerebu” atau asap yang diakibatkan oleh pembakaran terbuka di beberapa daerah di Indonesia,

operasi "sweeping rakyat Malaysia" di beberapa kawasan di Indonesia dan sebagainya telah

menjadi penghias utama dalam beberapa edisi surat khabar tempatan.

3
Akhbar Indonesia dan Malaysia; Perkembangan dan Kebebasan

Akhbar merupakan perantara untuk melanjutkan pendapat atau pemikiran manusia. Bagi

McLuhan (1965) ia adalah suatu sambungan kepada manusia. Kelahiran akhbar telah

mencetuskan konsep yang dikenali sebagai kebebasan akhbar yang dari segi manifestasinya ialah

sebahagian daripada kebebasan bersuara. Oleh itu, kebebasan akhbar boleh bermaksud

menyampaikan pendapat atau pemikiran melalui akhbar tanpa halangan ataupun halangan yang

minimum (Mohd Safar, 2005).

Konsep kebebasan berbeza mengikut aliran tertentu. Menurut pandangan Barat, manusia

adalah fokus utama (Locke, Hobes, Paine, Mill, 1986). Oleh sebab itu, kebebasan dalam konsep

ini adalah bersifat individu dan tidak tertakluk kepada orang lain. Sebaliknya, menurut

pandangan agama, ia tertakluk kepada kuasa yang lebih tinggi. Dalam Islam, konsep kebebasan

bergantung kepada Allah. Walaupun manusia bebas berbuat sesuatu tetapi ia sentiasa diawasi

oleh Allah (Maulana, 2004). Oleh demikian, kebebasan ini bermaksud kebebasan yang

bertanggung jawab.

Perkataan tanggung jawab mempunyai dua maksud dalam bahasa Inggeris, iaitu

responsible atau responsibility (tanggung jawab) dan accountable atau accountability

(kebertanggung jawaban). Tanggung jawab (responsible) ialah peranan yang dimainkan oleh

wartawan untuk memenuhi keperluan sosialnya. Manakala kebertanggungjawaban (accountable)

ialah pertanggungjawaban yang boleh diminta kepada wartawan untuk menjelaskan apa-apa

yang telah dilakukan olehnya. Pentingnya kebertangungjawaban ini ditegaskan oleh Suruhanjaya

Hutchins yang mengatakan bahawa kebebasan akhbar adalah "penting kepada politik" tetapi

kebebasannya adalah dalam bahaya melainkan ia menjadi suatu "kebebasan yang

bertangungjawab (accountable)", iaitu bertangungjawab kepada conscinece dan kebaikan sesama

4
manusia (Altschull, 1995)

Menurut Hodges (1986) adalah tidak mungkin untuk mempunyai akhbar yang

sepenuhnya bebas dan bertanggungjawab. Perkara ini bermakna konsep kebebasan

bertanggungjawab ialah konsep yang menyatakan bahawa akhbar tidak bebas sepenuhnya kerana

ia terpaksa mematuhi kod etika dan undang-undang yang berlaku di negara tersebut. Di bawah

proses kebertanggungjawaban ini, akhbar terdedah kepada pengawasan masyarakat untuk

memenuhi jangkaan sah daripada masyarakat (McQuail, 2000). McQuail (2000) merumuskan

bahawa kebertanggungjawaban adalah semua proses sukarela dan bukan sukarela di mana

melaluinya media menjawab secara terus dan tidak terus kepada masyarakat tentang mutu atau

akibat daripada penerbitannya, dengan rujukan khusus kepada perkara untuk kebaikan awam

secara amnya. Proses kebertanggungjawaban media, menurut McQuail (2000) juga, harus

memenuhi keperluan kebebasan bersuara, memenuhi obligasi kepada masyarakat daripada segi

hak, keperluan dan kepentingan, serta memupuk aspek politik penerbitan yang melibatkan

interaksi antara media dan institusi masyarakat yang lain.

Akhbar di Indonesia

Pada zaman orde baru (1966-1998) segala aktiviti masyarakat termasuk yang berkenaan dengan

akhbar dikawal oleh kerajaan yang terdiri daripada kalangan mililiter. Atmakusumah (1981)

menghuraikan bahawa fungsi akhbar sepanjang tahun 80-an mengalami kemunduran daripada

masa sebelumnya. Perkara ini disebabkan kawalan yang dilakukan pemerintah terhadap akhbar.

Akhbar tidak berfungsi sebagai penyebar maklumat tetapi berfungsi sebagai alat penghibur

(Atmakusumah,1981). Akhbar sebagai kekuatan moral tidak memiliki ruang gerak yang luas

dalam menyebarkan idea dan pandangannya. Kebebasan akhbar tidak lagi berasaskan keyakinan

dan idealisme akhbar itu sendiri, melainkan bergantung kepada had-had yang diberikan oleh

5
kerajaan dengan alasan untuk menjaga kepentingan, keamanan dan perpaduan bangsa.

Perkembangan akhbar di Indonesia pada zaman itu tidak menguntungkan bagi

pertumbuhan kebebasan berfikir dan memberikan pandangan. Hal ini terbukti dengan adanya

tapisan yang ketat yang telah dijalankan oleh kerajaan sehingga menimbulkan rasa takut dalam

kalangan pengelola akhbar (Atmakusumah, 1981). Mereka mengalami pelbagai tindakan yang

melibatkan hukum serta penggantungan terhadap akhbar yang mereka miliki. Hal ini terjadi

hanya berdasarkan pertimbangan politik kerajaan yang berkuasa tanpa suatu landasan undang-

undang yang diproses melalui mahkamah.

Masa kekuasaan presiden Soeharto, banyak terjadi pemberangusan media massa. Kes

Harian Indonesia Raya dan Majalah Tempo merupakan dua contoh dalam sensor kuasa ini.

Kawalan ini dipegang melalui Departemen Penerangan dan Persatuan Wartawan Indonesia

(PWI). Hal inilah yang kemudian memunculkan Aliansi Jurnalis Indepen dan beberapa ahlinya

telah dimasukkan ke penjara. Walaupun Soeharto dan beberapa menteri menyatakan bahawa

akhbar tidak perlu takut dalam menyebarkan segala bentuk penyimpangan yang dilakukan oleh

kakitangan kerajaan serta tidak perlu ragu dalam memberikan kritikan yang konstruktif terhadap

langkah dan dasar yang dijalankan oleh kerajaan baik di daerah mahupun pusat tetapi realitinya

masih berlaku penindasan terhadap akhbar yang mengkritik kerajaan (Atmakusumah, 1981).

Dalam undang-undang yang mengatur hal ehwal akhbar di Indonesia yang dirumuskan

pada tahun 1996 atau lebih dikenal dengan Undang-Undang No.11 Tahun 1996, antara lain

disebutkan bahawa akhbar mempunyai hak kawalan dan kritikan yang konstruktif, terhadap

akhbar nasional tidak ada penapisan, kebebasan akhbar sesuai dengan hak asasi warganegara dan

dilindungi. Namun demikian, undang-undang ini juga yang membuat ketentuan bahawa

diharuskan memperoleh izin penerbitan sehingga adanya keputusan rasmi daripada kerajaan.

6
Perkara berkenaan tentu menimbulkan perasaan takut pengelola akhbar dalam menyebarkan

maklumat-maklumat tertentu kepada pembaca. Kritikan dan ulasan terhadap kerajaan terpaksa

ditulis secara tidak langsung. Para wartawan secara berlebihan melakukan self-censorship. Hal

ini dijalankan bukan kerana kesedaran sendiri melainkan kerana adanya rasa takut terhadap

tindakan yang diambil oleh pemerintah terhadap akhbar mereka.

Ariel Heryanto dan Stanley Yoseph Adi (2001) menjelaskan bahawa dalam beberapa

dekad (1966-1998/ zaman orde baru) hubungan antara kerajaan dan institusi media massa di

Indonesia tidak mesra. Kerajaan mengawal perkembangan media yang merupakan bahagian

daripada pembangunan bangsa Indonesia. Akhbar dijadikan sebagai kekuatan politik Orde Baru

dan begitu ketat dikawal oleh kerajaan, kecuali berita-berita yang menyokong kerajaan. Akan

tetapi pada Era Reformasi iaitu era kejatuhan Soeharto sebagai Presiden, akhbar tidak dikawal

oleh kerajaan dengan ketat. Pada masa ini, akhbar bebas dan berani mengkritik elit penguasa

kerajaan (Ariel Haryanto, 2001).

Walaupun pada zaman Orde Baru dan Era Reformasi masih memerlukan perlesenan

untuk menerbitkan akhbar tetapi, ia mempunyai syarat-syarat yang berbeza. Pada Era Reformasi

sangat senang untuk mendapatkan lesen berbanding pada zaman Orde Baru. Pasa masa Orde

Baru lesen penerbitan yang diluluskan tidak melebihi 289 akhbar, Semenatara pada era reformasi

lesen penerbitan telah mencapai ribuan. Perkara ini membuktikan bahawa untuk mendapatkan

lesen penerbitan akhbar sudah sangat mudah dan keadaan ini dapat menjadi satu alasan untuk

menyatakan bahawa akhbar di Indonesia selepas kejatuhan Soeharto sudah mulai merasakan

kebebasan. Titik kebebasan akhbar mulai terasa. Banyak media massa yang muncul dan

Persatuan Wartawan Indonesia bukan satu-satunya organisasi wartawan. Segala aktiviti

kewartawanan diatur dengan Undang-Undang Penyaiaran dan Kode Etika Jurnalistik yang

7
dikeluarkan Dewan Pers Indonesia.

Akhbar di Malaysia

Akhbar di Malaysia mempunyai aturan tersendiri dalam menyebarkan maklumat kepada

pembaca. Akhbar mesti memainkan peranannya sesuai dengan aturan-aturan rasmi yang

dikeluarkan oleh kerajaan seperti Akta Hasutan 1948, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984

(Akta 301), Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), Akta Fitnah 1957 (Akta 286),

Akta Hakcipta 1987 (Akta 332), Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) dan Akta Keselamatan

Dalam Negeri 1960 (Akta 82). Shad Saleem Faruqi dan Sankaran Ramanathan (1998)

menerangkan bahawa latarbelakang sejarah, keadaan politik dan sosial di Malaysia adalah

berbeza dengan sistem Demokrasi Liberal sebagaimana dipraktikkan di Inggeris dan Amerika

(Shad Saleem Faruqi, 1998).

Akhbar dan majalah diatur dalam Akta Penerbitan dan Percetakan 1984. Dalam akta ini

dinyatakan bahawa perlesanan adalah diperlukan terhadap sebarang penerbitan akhbar. Kerajaan

mempunyai kuasa untuk meluluskan, menolak atau menarik balik sebarang perlesenan. Batasan

kebebasan berucap di Malaysia tidak terlepas daripada hal-hal seperti berikut: keamanan

terhadap negara dan pemerintahan, melindungi hak-hak istimewa parlimen, tidak melanggar tata

tertib mahkamah, tidak ada unsur fitnah, tidak bersifat menghasut, menjaga status bahasa

Melayu, hak-hak istimewa terhadap kaum Melayu penduduk pribumi di Sabah dan Sarawak dan

sebagainya. Stesen televisyen dan radion swasta juga perlu tunduk kepada Akta Multimedia

1998 yang menggantikan Akta Penyiaran. Media ini dikawal oleh Suruhanjaya Komunikasi dan

Multimedia Malaysia (SKMM) yang berada dalam Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi

Malaysia.

Mohd. Safar Hashim (1996) menjelaskan bahawa sistem akhbar di Malaysia sentiasa

8
berubah mengikut keadaan, masa dan perubahan dalam masyarakat. Walaupun Malaysia telah

pun merdeka, tetapi undang-undang peninggalan British terhadap ketenteraman awam termasuk

di dalamnya mengenai kebebasan dan kawalan akhbar masih digunakan. Dalam usaha

membangunkan negara, kestabilan sangat diperlukan supaya tidak terganggu oleh usaha-usaha

yang boleh menjejaskan pembangunan. Oleh sebab itu, kawalan terhadap kebebasan akhbar

sangat diperlukan. Kebebasan akhbar yang wujud di Malaysia pada tahun 1987-1990 adalah

kebebasan yang berada dalam lingkungan undang-undang. Hal ini untuk mencegah supaya tidak

tersebar berita yang boleh menggugat kestabilan negara (Mohd. Safar, 1996).

Kebebasan akhbar di Malaysia tidaklah sebebas negara Barat yang lain. Namun ia lebih

baik berbanding dengan negara China, Timur Tengah, negara komunis dan negara bekas

komunis. Perlembagaan Malaysia memberikan hak kebebasan bersuara. Akan tetapi di mana-

mana pun tiada kebebasan yang mutlak. Kebebasan apa pun ada batasnya. Yang berbeza hanya

batas-batas itu sahaja -- banyak atau sedikit, besar atau kecil — dan jenis hukuman yang

dikenakan apabila batas-batas itu dilanggar. Bagaimanapun medan kebebasan yang dimiliki oleh

media di Malaysia sekarang luas untuk bergerak. Namun, ada di antara kalangan wartawan,

pengarang dan penerbit, yang membesar -besarkan batas yang kecil, sehingga mempersempit

medan kebebasan yang ada itu. Ada pula batas-batas tambahan yang dibuat oleh editor atau

wartawan secara individu, kerana hubungan peribadinya dengan institusi, kementerian atau

tokoh-tokoh tertentu. Batas itu dibuat sama ada kerana fikirannya sejalan dengan institusi atau

tokoh berkenaan atau kerana kepentingan diri. Terjadinya interpretasi yang berbeza antara

individu yang terlibat dalam media cetak dengan tokoh-tokoh kerajaan tidak dapat dielak,

kerana adanya matlamat, peranan dan pemikiran serta cara yang berbeza antara media cetak

dengan kerajaan, antara kewartawanan dengan politik. Konsep, pengertian dan cara memberikan

9
perkhidmatan awam antara kerajaan dan media cetak juga amat jauh bezanya.

Dari segi Indeks Kebebasan Akhbar 2008, Malaysia jatuh ke kedudukan 132 daripada

173 negara. Tahun 2007 Malaysia berada pada kedudukan 124 dan 2006 pada kedudukan 96

sedangkan Indonesia berada pada kedudukan 111. Rating ini diberikan oleh Wartawan Tanpa

Sempadan (RSF) yang berpangkalan di Paris, Perancis. RSF telah memantau kebebasan akhbar

di seluruh dunia sejak 1985. Media Malaysia dilarang melaporkan sebarang berita buruk tentang

pemerintah, kerabat diraja.

Etika Kewartawanan; Realiti dan Cabaran

Etika berasal daripada bahasa Yunani, ethos, yang bermaksud norma-norma, nilai-nilai dan

kaedah-kaedah yang dapat mengatur tingkah laku manusia dalam hidup bermasyarakat. Etika

membahaskan aspek baik dan buruk dalam perilaku. Sidi Gazalba menjelaskan etika sebagai

teori berkenaan tingkah laku manusia dipandang daripada segi buruk, yang ditentukan oleh akal.

Bourke (1966) mentakrifkan etika sebagai daya intelek manusia yang membolehkan mereka

menggunakan taakulan bagi menentukan dan membezakan yang baik dengan yang buruk bagi

perkara yang berkaitan dengan kehidupan mereka. Aristotle menjelaskan persoalan etika di

dalam Nicomachean Ethics pada abad kelima. Bagi beliau, tujuan seorang itu beretika atau

berkelakuan baik adalah semata-mata mencari kebahagiaan.

Tiga bentuk etika komunikasi terawal itu dinyatakan oleh Merrill pada 1974 adalah etika

absolutist, etika antinomian dan etika situationist. Bagi etika absolutist, prinsip yang dipegang

wartawan menjadi garis panduan yang dianggap sebagai perundangan. Pengamalnya menilai

berita hanya daripada sudut nilai berita, tanpa mengambil kira kesannya pada pembaca,

masyarakat dan negara. Pengamal etika antonomian melaksanakan tugas berdasarkan apa-apa

yang dirasakan baik oleh mereka. Mereka tidak memiliki prinsip etika; sebaliknya hanya

10
bersandarkan naluri sebagai pegangan. Mereka tidak dikuasai oleh mana-mana pihak. Mereka

bebas dan cuba memainkan peranan semak dan imbang sehingga dicap sebagai anti-

establishment. Etika situationist banyak diamalkan oleh wartawan terutamanya di negara yang

mengamalkan sistem demokrasi. Etika itu adalah adunan daripada etika absolutist dan etika

antinomian. Menurut etika ini, wartawan dapat mencorakkan berita mengikut keadaan, dengan

mengambil kira kesan ke atas masyarakat dan negara. Demi kepentingan semua pihak, wartawan

perlu beroperasi berlandaskan sistem etika, iaitu etika kewartawanan, etika masyarakat dan etika

pegangan agama masyarakat. Kebebasan yang disalah guna membawa kehancuran kepada

masyarakat. Itu sebabnya wartawan perlu berpegang pada etika kewartawanannya sebagai

panduan semasa bertugas. Wartawan perlu bertanggungjawab dengan tidak meletakkan

kepentingan diri melebihi kepentingan masyarakat, bangsa dan negara.

Untuk itu, wartawan Malaysia perlu berpegang pada Akta Hasutan 1948, Akta Mesin

Cetak Dan Penerbitan 1984, Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998, Akta Fitnah 1957, Akta

Hakcipta 1987, Akta Rahsia Rasmi 1972, Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, Tatasusila

Kewartawanan Malaysia 1989 dan Kod Perilaku Profesional Anggota Kesatuan Kebangsaan

Wartawan Malaysia (NUJM). Sedangkan wartawan Indonesia perlu mematuhi Undang-Undang

yang berkaitan dengan kewartawanan seperti Undang-Undang No 11 Tahun 2008 tentang

Informasi dan Transaksi Elektronik, Nomor 14 Tahun 2008 tentang Keterbukaan Informasi

Publik, Nomor 40 Tahun 1999 tentang Wartawan dan Nomor 32 Tahun 2002 tentang Penyiaran

serta Kode Etika Jurnalistik 2006.

Kod Etika Kewartawanan baik Malaysia mahupun Indonesia ialah garis panduan

sistematik yang menentukan peraturan dan mengawal tingkah laku wartawan, bukannya untuk

mengongkong wartawan. Kod itu menggariskan perkara yang sesuai dan tidak sesuai diamalkan

11
bagi menjaga nama baik diri dan kerjaya. Kewujudan kod etika itu akhirnya bertujuan

meningkatkan profesionalisme dan kewibawaan sebagai wartawan. Kod etika juga dapat

membantu wartawan menghasilkan laporan yang objektif, adil, bertanggungjawab dan tepat. Kod

itu dapat membimbing wartawan ke arah tingkah laku dan tindakan yang bertanggungjawab ke

atas diri, orang lain, bangsa, agama dan negara berteraskan kejujuran dan kebenaran. Dengan

sikap itu, wartawan dapat menentukan sama ada apa-apa yang dilakukannya wajar ataupun tidak,

baik ataupun buruk, patut ataupun tidak patut, termasuk daripada segi cara mendapatkan berita,

menulis dan mempersembahkannya kepada pembaca. Dalam ucapan semasa menerima anugerah

Ramon Magsaysay Foundation pada 1994, Tan Sri A. Samad Ismail menyatakan, pengarang dan

wartawan wajar berpandukan hati nurani sendiri semasa menjalankan tugas, kerana dalam

banyak hal mereka tidak berbeza daripada peranan seorang hakim. Mengikut beliau, hakim

membuat keputusannya berdasarkan hukum dan undang-undang negara. Wartawan menimbang,

menilai dan mengukur bahan-bahan maklumat yang bakal disiarkan pada hari esoknya

berdasarkan nilai-nilai tertentu dalam kerjayanya. Namun, akhirnya dia perlu membuat

keputusan atau judgement berdasarkan hati nuraninya sendiri. Persoalan etika adalah perkara

yang kompleks, tetapi akhirnya ia perlu bersandar pada hati nurani supaya tidak timbul konflik

kepentingan semasa menjalankan tugas sehingga dapat menjejaskan tahap profesionalisme.

Tatasusila Kewartawanan Malaysia, wartawan mendukung prinsip-prinsip Rukun Negara

dan cita-cita nasional yang terkandung di dalamnya; menyedari peranannya untuk memberikan

sumbangan kepada proses membina negara; menyedari kewajipannya untuk memberikan

sepenuh sumbangan bagi memupuk keharmonian antara kaum dan perpaduan nasional.

Menyedari pentingnya menegakkan nilai pekerti masyarakat yang baik dan asli; menyedari

bahawa tiada sebarang sekatan boleh diadakan bagi penyertaan seseorang ke dalam kerjaya

12
wartawan; menyedari kewajipan kaum wartawan untuk memberikan sumbangan kepada

penggubalan sesuatu dasar negara. Maka dengan ini berpandu kepada Tatasusila Kewartawanan

Malaysia yang berikut:

1. Tugas utama wartawan adalah melaporkan kebenaran dan menghormati hak orang ramai

bagi mendapatkan maklumat yang benar.

2. Dalam melaksanakan tugas ini, wartawan menghayati kebebasan memungut dan

menyiarkan berita secara jujur serta berhak membuat ulasan dan kritikan yang saksama.

3. Wartawan perlu menggunakan cara yang wajar bagi mendapatkan berita, gambar ataupun

filem dan dokumen.

4. Sebarang maklumat tersiar yang didapati tidak benar dan tidak tepat perlu diperbetul.

5. Wartawan perlu menghormati kerahsiaan sumber berita.

6. Wartawan perlu berbudi pekerti semasa menjalankan tugas dan mengelakkan diri daripada

plagiarisme, fitnah dan hasutan atau tuduhan tidak berasas serta rasuah dalam apa bentuk

sekalipun.

7. Wartawan perlu menghindarkan siaran berita atau rencana yang bersifat perkauman,

melampau dan bertentangan dengan tatasusila masyarakat majmuk Malaysia.

8. Wartawan perlu memahami undang-undang dan peraturan negara yang berkaitan secara

langsung dengan profesion mereka.

Indonesia mengatur sistem kawalan moral yang menuntun pola tingkah laku wartawan

dengan merumuskannya dalam Kode Etik Jurnalistik yang dilindungi Pancasila, Undang-Undang

Dasar 1945 dan Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia PBB. Kod ini menjamin kebebasan

akhbar untuk menghidupkan demokrasi yang menjadi landasan ideologi negara ini. Sikap

independen dan netral, merupakan cabaran bagi wartawan yang selalu menjadi rebutan bagi

13
golongan-golongan politik dan ekonomi yang berkepentingan. Di situlah kod etika berperan

penting kerana ia merupakan landasan moral dan operasional bagi wartawan dalam menjalankan

kerjayanya. Kod etika itu menjelaskan pelbagai perkara. Mulai daripada keperibadian dan

integriti seorang wartawan, sampai kepada cara pemberitaan dan menyatakan pendapat;

bagaimana bersikap terhadap sumber berita; apa yang harus dilakukan dan apa yang tidak boleh

dilakukan. Juga berisi penegasan, bahawa penataannya terutama berada pada hati nurani masing-

masing wartawan.

Realiti dan Cabaran Wartawan Serumpun

Salah satu tugas para wartawan dan pengendali akhbar dan majalah ialah memastikan survival

akhbar dan majalahnya. Yang menentukan survival ini, selain tindakan kerajaan dan undang-

undang ialah kedudukan kewangan yang kukuh. Sumber kewangan yang paling besar ialah

iklan. Pendapatan iklan ini bergantung pula kepada jumlah pasarannya. Cabaran yang dihadapi

dalam majalah ini ialah adanya konflik yang tajam antara usaha mendapatkan kewangan dengan

pegangan atau komitmen. Selain menyiarkan begitu banyak berita, rencana dan gambar-gambar

yang boleh menambah pemasaran, akhbar sering juga terpaksa mengambil jalan yang

bertentangan dengan pegangannya demi untuk menjaga kedudukan para pengiklan oleh kerana

itulah sering terdapat berita, rencana dan gambar-gambar yang bertentangan sama sekali dengan

apa yang pernah disuarakan dalam rencana pengarang. Soal-soal seperti pencemaran alam,

bahaya rokok, bahaya dadah dalam ubat-ubatan, kenaikan harga barang, pencemaran

kebudayaan, adalah antara contoh-contoh yang nyata betapa media cetak tidak dapat

membongkar secara sungguh-sungguh dan habis-habisan kerana akibatnya akan menjauhkan

para pengiklan dagang.

Inilah juga sebabnya akhbar dan majalah tempatan selalu menyesuaikan diri dengan

14
kehendak kerajaan, kerana para pedagang tidak bersedia mengiklankan dagangannya dalam

media yang tidak sejalan dengan kerajaan. Perusahaan-perusahaan besar, demi untuk

kemudahan dan keuntungan besar, sering menjadi penyokong kuat parti pemerintah. Oleh itu,

apabila media cetak semakin menjadi usaha dagang yang besar, semakin sukarlah ia memainkan

peranan perkhidmatan awam yang berkesan. Para editor yang memimpin sidang pengarang

sering dapat dikalahkan oleh para pengurus yang mengetuai bahagian perniagaan.

Tugas memberikan perkhidmatan awam dan menegakkan kebenaran amatlah sukar dan

selalu ada risikonya. Selain menuntut kesanggupan ilmu pengetahuan, kesanggupan

menganalisis dan memasakkan bahan, kesanggupan memegang konsep bahawa always 'two

sides of every issue’ dan kesanggupan berlaku jujur kepada diri sendiri juga menuntut kesediaan

berpegang kepada kepakaran yang sebenarnya. Oleh kerana itulah juga usaha mendapatkan

berita atau rencana yang baik, terutama dalam hubungan memberikan perkhidmatan awam,

amatlah sukar.

Maka cabaran berikutnya ialah kewajipan para editor, ketua pengarang dan penerbit

untuk sama-sama berusaha memberikan penjelasan sebaik mungkin kepada wartawan untuk

menjaga disiplin kerja dan kod etika kewartawanan yang ketat. Kelemahan dan kekurangan

yang dihadapi oleh para wartawan, menyebabkan media cetak selalu sahaja tercabar dalam

tugasnya memberikan keterangan, pengiklanan dan hiburan yang seimbang lagi bermutu, juga

mendapatkan pengaruh bagi membentuk pendapat baik lagi berkesan. Semakin ramai jumlah

pembaca merasakan wartawan serumpun ini belum matang memenuhi tugas yang sepatutnya.

Ramai wartawan masih belum berjaya menyiarkan berita dan rencana yang tepat-benar, adil,

bijaksana, lengkap dan mendalam, menurut mutu dan kadar yang sepatutnya. Maka kredibiliti

akhbar atau majalah dan sesuatu berita atau rencana yang penting kontroversial, sering

15
dipersoalkan.

Penutup

Cadangan

1. Menyeru kepada wartawan serumpun baik di Indonesia mahupun Malaysia untuk

meningkatkan kualiti profesionalisme dengan mematuhi dan melaksanakan Kode Etik Jurnalistik

dan Kod Etika Kewartawanan secara berterusan. Lebih-lebih menghadapi globalisasi informasi

serta gelombang perubahan dunia yang sangat cepat di hampir semua bidang kehidupan, krisis

ekonomi serta bencana alam seperti tsunami, gempa bumi yang tengah melanda dua negara

dengan segala kesan negatifnya bagi kehidupan masyarakat. Oleh itu, diharapkan wartawan

serumpun mampu meningkatkan tanggung jawab sosial dalam usaha memulihkan keadaan yang

menimpa Malaysia-Indonesia.

2. Wartawan dituntut membenahi diri dengan lebih ketat melaksanakan prinsip-prinsip etika

kewartawanan seperti pemberitaan yang berimbang (tidak berpihak), jujur dan adil, tepat,

seimbang serta tidak memberi interpretasi berlebihan dan yang bersifat menyesatkan atas suatu

peristiwa atau persoalan yang berkembang seperti isu-isu yang berlaku di dua negara. Selain itu,

diharapkan para wartawan senantiasa berupaya ikut menciptakan keadaan yang menyejukkan

(kondusif) bagi penyelesaian pelbagai konflik yang timbul di antara Malaysia dan Indonesia.

3. Sumber-sumber berita lebih terbuka, tepat dan lengkap memberi keterangan dan penjelasan

tidak sepenggal-sepenggal dan terpotong-potong sebab berhasil tidaknya wartawan menjalankan

tugasnya bergantung daripada sejauh mana masyarakat luas membantu, menghormati dan

mempercayai hak, tugas dan tanggung jawab wartawan.

4. Menghadapi situasi konflik antara dua negara yang berkembang kini, ada beberapa cara yang

16
kiranya dapat dijadikan bahan pemikiran oleh pihak media massa iaitu pertama, wartawan mesti

bersikap objektif, berimbang dan benar dalam pemberitaan nya. Wartawan sebaiknya tetap

mengambil posisi netral dan tidak memihak kepada salah satu pihak yang terlibat dalam konflik.

Kedua, wartawan hendaknya mampu menempatkan fungsi dan tugasnya, apalagi dalam situasi

konflik, sebagai "bahagian daripada proses upaya penyelesaian masalah", tidak justeru

menjadikan wartawan sebagai "bahagian daripada konflik" itu sendiri. Ketiga, wartawan

berfungsi sebagai mediator (penengah) dengan memberikan berita yang membawa masyarakat

am kepada pemikiran, sikap dan langkah yang bertujuan mencari penyelesaian atas masalah yang

terjadi dalam kalangan masyarakat. Keempat, pihak yang dijadikan sumber berita supaya

memberikan maklumat secara benar, tepat, objektif, tidak emosional dan dengan penuh tanggung

jawab. Kelima, kemerdekaan wartawan bukan tanpa had. Had yang diberikan iaitu etika

kewartawanan yang telah disepakati bersama. Ia merupakan pemberi arah tentang apa-apa yang

seharusnya dilakukan dan tidak dilakukan dalam menjalankan tugas-tugas kewartawanannya.

5. Dengan tetap menghormati kemerdekaan wartawan dan mematuhi Kod Etika (sebagai ukuran

profesionalisme) serta kemerdekaan publik menyatakan pendapat, wartawan serumpun

diharapkan melakukan agenda liputan dan pemberitaan yang secara sedar bertujuan

meningkatkan kesedaran dan pengetahuan publik untuk mempertimbangkan kesan yang

ditimbulkan jika masyarakat bersikap radikal terhadap sesebuah masalah. Apabila konflik, apa

pun penyebab nya, dibiarkan berlarut-larut sehingga menciptakan keadaan yang merosakkan

hubungan dua negara, maka Malaysia-Indonesia yang merupakan negara berlandaskan Islam dan

Melayu akan terpecah dan ia tidak bererti dalam masyarakat antarabangsa di dunia. Oleh itu,

pemberitaan wartawan serumpun hendaknya terus menerus mengingatkan publik terhadap

kemungkinan buruk yang dapat menimpa kedua negara ini jika semua pihak tidak ikut

17
membantu mendinginkan keadaan dan menyelesaikan masalah.

Rujukan

A. F. Yassin. 1986. Etika dan Wartawan. Fajar Bakti Sdn. Bhd: Petaling Jaya.

A. Mehra. 1989. Press Systems in Asean States. AMIC: Singapore.

Arfani, Riza Noer. 1996. Demokrasi Indonesia Kontemporer. Raja Grafindo Persada: Jakarta.

Arifin, Anwar. 1987. Pers Indonesia. Lembaga Kaian Inovas Indonesia (LKII): Ujung Pandang.

Babie, Earl. 1979. The Practice of Social Research. Wadsworth Publishing Company: California.

Baran, Stanley J. dan Danis K. Davis. 2003. Mass Communication Theory. Belmont. Wadsworth.

Bem, D.J..1972. Advances in Experimental Social Psychology. Academic Press: New York.

Berger, Charies R dan Chaffee, Steven H. 1987. Handbook of Communication Science. Baverly

Hill: California

Berlo, David, K. 1963. The Process of Communication, an Introduction to Theory and Practice.

Holt Rinehart Winston: New York.

Bower, John Wite. 1984. Communication Research Method. Scot Foresman: Dalas Texas.

Cohen, Arthur R. 1964. Attitude Change and Social Influence. New York. Basic Book Inc.

Denis McQuail. 1989. Teori Komunikasi Massa. Edisi Kedua. Erlangga: Jakarta.

DeFluer, Melvin, L. 1989. Theories of Mass Communication. Edisi Kelima. Longman: London.

Eriyanto. 2001. Analisis Wacana: Pengantar Analisis Teks Media, Yogyakarta: LKiS.

Faruqi, Shad Saleem, & Ramanathan, Sankaran. 1998. Mass Media Laws and Regulation in

Malaysia. AMIC: Singapore.

Fishbein, M. dan Icek Ajzen. 1975. Belief, Attitude, Intention and Behavior: An Introduction to

Theory and Research. Reading Mass: Addison-Wesley.

Harahap, Krisna. 2000. Kebebasan Pers di Indonesia dari Masa ke Masa. Grafiti Budi Utami:

18
Bandung.

Hidayat, Dedy N., Gazali, Effendi, Suwardi, Harsono, & S. K., Ishadi. 2000. Pers dalam

Revolusi Mei: Runtuhnya Sebuah Hegemoni. Gramedia Pustaka Utama: Jakarta

Hidayat, Dedy. 1999. Politik Media, Politik Bahasa dalam Proses Legtimasi dan Delegitimasi

Rejim Orde Baru. Lembaga Studi Pers dan Pembangunan: Jakarta.

Hill, David. 1994. The Press in New Order Indonesia. Asia Research Centre on Social, Political

and Economic Change: Australia.

Kelman, C. 1975. Communication and Public Opinion. dalam Carlson. ed., New York, Praeger.

Kerlinger, N. Fred. 1983. Foundation of Behavioral Research. Cet. ke-2 India. New Delhi. S.S.

Chabru.

Kothari. 1991. Research Methodology, Methods 7 Techniques. New Delhi. Johri Limited.

Koentjaraningrat. 1989. Metode-Metode Penelitian Masyarakat. Gramedia: Jakarta.

Lent, John A. 1982. Newspapers in Asia: Contemporary Trends and Problems. Heineman Asia:

Singapore.

Mohd Safar Hasim. 2005. Akhbar di Malaysia; Antara Kebebasan dengan Tanggung Jawab.

Universiti Kebangsaan Malaysia: Bangi.

Nasrullah Ali Fauzi. 2004a. “Sebab Istilah ‘Indon’ Tidak Digemari”, Utusan Malaysia, 22 Julai,

ms. 6.

Nasrullah Ali Fauzi. 2004b. “Indon”, Kompas, 11 Desember, ms. 11.

Nasrullah Ali Fauzi. 2005a. “Seratus Persen Musik Indonesia…!”, Republika, 19 Juni, ms. 1 &

11.

Nasrullah Ali Fauzi. 2005b. “Filem Indonesia di Malaysia: Digemari tapi Dicemburui”, Buletin

Caraka, KBRI Kuala Lumpur, Agustus-September.

19
Nor Azizan Idris.2005. “Hubungan Malaysia-Indonesia dan Isu Pendatang Asing Tanpa Izin”.

dlm. Politik dan Keselamatan, disunting oleh Sity Dauh&Zarina Othman. Bangi: Penerbit

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Norbaya Normi, Habibul Izzah Ahmad & Razali Sulaiman. 1997. Wartawan & Cabaran. Jabatan

Pengajian Media Universiti Malaya&Persatuan Wartawan Melayu: Kuala Lumpur.

Rakhmat, Jalaludin, 1989. Metode Penelitian Komunikasi. Remadja Karya: Bandung.

Oetama, Jacob, 1987. Perspektif Pers Indonesia. LP3ES:Jakarta.

Said, Tribuana. 1988. Sejarah Pers Nasional dan Pembangunan Pers Pancasila. CV Haji

Masagung: Jakarta.

Shad Saleem Faruqi& Sankaran Ramanathan. 1998. Mass media Laws and Regulations in

Malaysia. AMIC: Singapore.

Singarimbun, Masri. 1987. Metode Penelitian Survai. LP3ES: Jakarta.

Stamm, Keth R. dan John E. Bowes. 1990. The Mass Communication Process, A Behavioral and

Social Perspective. Iowa. Kendall/Hunt.

Syed Arabi Idid (pnyt.). 1999. Analisis kandungan. Bangi: Jabatan Komunikasi, Universiti

Kebangsaan Malaysia.

20

You might also like