Professional Documents
Culture Documents
TAFSIRAN1
Oleh:
______________________________________________________________________
1. PENGENALAN
Hubungan Malaysia Indonesia telah bermula sejak zaman kerajaan. Kerajaan-kerajaan yang
ada di Indonesia seperti Sriwijaya dan Majapahit telah menjalin hubungan baik dengan
kerajaan-kerajaan Melayu di sekitar selat Melaka. Faktor geografis merupakan salah satu
faktor yang berperan terhadap perkembangan hubungan itu. Apabila Malaysia mencapai
kemerdekaan ada tahun 1957, hubungan antara Malaysia dan Indonesia telah rasmi sebagai
hubungan diplomatik antara dua negara. Peningkatan hubungan ini meluas sehingga ke
pelbagai bidang iaitu ekonomi, politik, sosial-budaya, pendidikan, media dan alam sekitar.
Media memainkan peranan dalam perkembangan hubungan dua negara ini. Media
berfungsi menyiarkan berita-berita yang terjadi di dalam negara untuk dikongsi kepada
masyarakat di luar negara. Pada penghujung tahun 1990-an, hampir seluruh negara di dunia
mengalami krisis ekonomi. Malaysia dan Indonesia adalah negara-negara di Asia Tenggara
yang turut merasakan kesulitan ekonomi ini. Namun, keadaan ekonomi di Indonesia cukup
Pada masa itu, terjadilah reformasi di Indonesia. Reformasi ini memberikan pengaruh yang
1
cukup besar kepada media di Indonesia. Pada masa Orde Baru sebelum 1998, akhbar sentiasa
mendapat tekanan dan kawalan yang ketat daripada pemerintah, seperti penapisan dan
penggatungan perlesenan. Sementara pada Era Reformasi selepas 1998 telah diwujudkan
undang-undang baru, dimana pemerintah memberikan kebebasan akhbar yang tidak dikawal
oleh kerajaan tetapi masih tertakluk kepada undang-undang mengenai media. Dewan Pers
Indonesia diberi kuasa mengawal dan bertanggung jawab menjaga profesionalisme pengamal
menteri yang bertanggung jawab sekarang lebih fokus menjaga perkembagan media dengan
Dalam Negeri pula bertanggungjawab dan mempunyai bidang kuasa meluluskan dan
Undang-Undang berkaitan media seperti Akta Mesin Cetak 1948, Akta Keselamatan Dalam
Negeri (ISA), Akta Hasutan 1971 dan Akta Rahasia Rasmi (OSA).
dan organisasi akhbar baru di Indonesia. Perubahan ini berpengaruh terhadap pemberitaan
Kewartawanan dan dasar kebebasan akhbar dunia tetap menjadi gagasan dan panduan utama
dalam memartabatkan dunia media massa di kedua buah negara serumpun ini. Perasaan
patriotisme yang cintakan kepada rakyat dan negara masing-masing turut mendorongkan
setiap akhbar membuat liputan dan ulasan dengan pelbagai angle atau sudut perhatian yang
lebih mengutamakan kepentingan rakyat Malaysia atau Indonesia. Sehubungan ini, kajian
ditumpukan kepada liputan dan ulasan rasional yang dapat membantu serta mengeratkan
2
perhubungan budaya dan diplomatik Malaysia-Indonesia dengan mengutarakan isu-isu yang
media terutama akhbar dan majalah meningkat 60% (melebihi 1600 penerbitan) dan
melahirkan ramai wartawan yang tidak profesional serta tidak mematuhi Kod Etika
emosi dalam kalangan rakyat. Beberapa isu yang diutarakan dan tidak berlandaskan rasional
ilmu dan membuat liputan serta ulasan tidak secara profesional iaitu persepsi dan sikap
Asing Tanpa Izin, Tenaga Kerja Indonesia serta manohara, dasar Malaysia terhadap
persempadanan (Pulau Sipadan dan Ligitan serta perairan Ambalat), kenyataan Malaysia
terhadap warisan seni dan budaya serumpun (Barongan dan Rasa Sayange), dan persekitaran
(jerebu).
Namun begitu, isu-isu ini turut mendapat perhatian media massa di Malaysia. Liputan
dan ulasan yang dibangkitkan oleh media massa Malaysia yang tidak profesional turut
dianalisis bagi melihat sejauh mana media massa di Malaysia menjalankan tugasnya
diperjuangkan dan menjadi dasar penting dalam kalangan pengamal media di kedua-dua
negara. Reaksi hubungan yang positif dalam kalangan pemimpin dan NGO serta intelektual
di Malaysia dan Indonesia mendapat liputan dan ulasan di media massa. Hal ini selaras
Rumpun Melayu yang ingin mewujudkan perpaduan dan keamanan di kedua-dua negara
serumpun.
3
2. ANTARA ISU-ISU YANG MENDAPAT PERHATIAN
A. Panggilan “Indon”
Sebahagian warga Malaysia kerap menggunakan istilah “Indon’ untuk menyebut warga
Indonesia. Media yang merupakan refleksi daripada masyarakat pun menjadi semakin biasa
menggunakan kata “Indon”. Penggunaan istilah ini menjadi sebuah kontroversi bagi
golongan berpelajaran dari Indonesia. Mahasiswa serta akademisi yang berada di Malaysia
mulai mempersoalkan panggilan “Indon” yang diberikan oleh warga Malaysia terhadap
masyarakat Indonesia. Bagi sebahagian orang Indonesia, ia dianggap sebagai sebuah sikap
yang “merendahkan martabat warga Indonesia, lebih-lebih lagi martabat Indonesia sebagai
Indonesia di Malayaisa yang juga turut menggunakannya kerana terpengaruh oleh kebiasaan
Bagi orang Malaysia, penggunaan istilah ini tidak bermaksud apa-apa apalagi
merendahkan pihak tertentu. Mereka menggunakan istilah ini kerana lebih mudah dan
ringkas. Sama halnya dengan penggunaan istilah “Bangla” untuk Bangladesh, “Thai” untuk
Thailand dan lain-lain. “Istilah Indon hanyalah singkatan kepada “Indonesia” dan sama sekali
tidak diselitkan dengan konotasi menghina. Malah bagi media di sini, Indon bukan
bermaksud tidak baik. Ia hanya untuk memudahkan sebutan,” kata Zainudin Ayip (2007).
Melihat fenomena ini, Kedutaan Besar Republik Indonesia di Kuala Lumpur mula
mengambil langkah aktif iaitu menghantar surat rasmi kepada media cetak Malaysia supaya
tidak lagi menggunakan istilah ini. Perkara ini telah dijalankan berulang kali. Antara media
cetak di Malaysia yang kerap menggunakan istilah “Indon’ iaitu Harian Metro, The Malay
Mail dan The Star. Pada 9 Januari 2008, Harian Metro menyiarkan berita yang bertajuk
“Jangan panggil kami Indon lagi“. Pada tarikh yang sama Berita Harian juga menyiarkan
4
berita yang sama tetapi dengan tajuk yang berbeza iaitu “Henti panggilan ‘Indon’: Khairy”.
Kandungan berita ini sama iaitu menceritakan tentang hasil perjumpaan Dialog Malindo 2008
di Hotel Grand Blue Wave. Salah satunya ialah pemuda Indonesia menyarankan agar rakyat
Setiausaha kesatu Fungsi Penerangan KBRI Kuala Lumpur berkata dalam perasmian
Seminar Indonesia dalam Pandangan Media Malaysia pada 12 Mei 2007, “Kita minta supaya
perkataan Indonesia tidak disingkat menjadi Indon kerana di dunia ini tidak ada rakyat atau
bangsa Indon, yang ada rakyat atau bangsa Indonesia”. Kenyataan ini mendapatkan respon
daripada Menteri Penerangan Malaysia pada masa itu. Datuk Zainuddin Maidin menghimbau
kepada warga dan media Malaysia untuk tidak menggunakan kata “Indon”. Menurut beliau,
Malaysia mengerti perkataan “Indon” amat menyakitkan perasaan orang Indonesia, sehingga
pihaknya telah mengarahkan supaya kata tersebut tidak kembali digunakan. Kenyataan ini
disiarkan di Antara 24 Mei 2007 dengan tajuk berita iaitu “Menteri Informasi Malaysia
B. Jerebu
Isu persekitaran yang mendapat perhatian media di Malaysia dan Indonesia ialah jerebu.
Akhbar Malaysia lebih kerap menyiarkan berita tentang jerebu berbanding akhbar Indonesia.
Sama halnya dengan tenaga kerja Indonesia, jerebu pun merupakan fenomena yang
membimbangkan dan dapat menjejaskan hubungan dua negara. Namun, strategi pencegahan
serta penyelesaian masalah ini tentu berbeza dengan masalah tenaga kerja Indonesia. Jerebu
muncul hampir setiap tahun terutama pada musim kemarau. Beberapa berita yang berkenaan
dengan jerebu; “Jerebu beberapa hari lagi” (Berita Harian, 3 Ogos 2005); “Jerebu: Syarikat
5
Isu jerebu mendapat reaksi daripada masyarakat Malaysia. Utusan Malaysia
menyiarkan berita yang bertajuk “Desak kuat kuasa undang-undang jerebu” pada 12 Oktober
2006. Selain itu, Berita Harian pun menyiarkan berita yang sama tetapi dengan tajuk berbeza
iaitu “Pemuda hantar surat bantahan kes jerebu” pada 12 Oktober 2006. Berita ini
Indonesia dengan mendesak republik itu segera mengambil langkah mengatasi pembakaran
terbuka yang menyebabkan negara serantau termasuk Malaysia mengalami jerebu. “Kita
menggunakan saluran rasmi, kerana hubungan dua hala kedua-dua negara tidak seharusnya
dipandang ringan. Jerebu sebenarnya adalah masalah besar dan jika tidak ditangani, boleh
Satu hari selepas itu, berita tentang permohonan maaf Presiden Indonesia atas
keadaan jerebu yang melanda Asia Tenggara. Manakala pejabat presiden mengumumkan
republik itu akan memeterai Perjanjian Pencemaran Jerebu Melepasi Sempadan yang
diluluskan Asean pada 2002 (“Susilo minta maaf: Indonesia atur sidang tergempar tangani
Salah satu isu yang paling mendesak dalam hubungan dua hala Malaysia-Indonesia ialah isu
pendatang asing tanpa izin. Pembangunan ekonomi Malaysia yang mengalami kemajuan dari
masa ke masa telah menarik mereka datang ke negara ini. Pada akhir tahun 1970-an aliran
kecil pendatang asing bermula. Pergerakan ini bertukar menjadi satu migrasi besar hingga
masa ini. Daripada segi permintaan, pekerja asing Indonesia begitu diperlukan selepas
berakhirnya kegawatan ekonomi terutama dalam sektor pembinaan kerana mereka dianggap
sebagai pekerja mahir dan juga mempunyai persamaan dari segi bahasa, budaya dan agama,
yang menyebabkan mereka lebih layak berbanding dengan pekerja dari lain-lain negara
6
(Mohd. Asri 1997 & The New Straits Times, 15 Ogos 2002). Disebabkan keperluannya yang
meningkat, kebanjiran pendatang Indonesia di Malaysia pada masa ini berada pada tahap
yang membimbangkan kerana timbul beberapa masalah yang berkaitan dengan Pendatang
Tanpa Izin.
Menurut statistik (sehingga April 1998) yang dikemukakan oleh Kerajaan Malaysia
kepada Suruhanjaya Hak-Hak Asasi Manusia PBB (UNCHR), terdapat seramai 1,221,564
pekerja yang sah menurut Undang-Undang dan Peraturan: 450.000 Pendatang Asing Tanpa
Izin (PATI) dan 700.000 orang tinggal melebihi Tempoh yang dibenarkan (Utusan Malaysia,
10 April 1998). Daripada jumlah itu, warga Indonesia mencatat jumlah tertinggi, iaitu
sebanyak 296,026 orang. Sehingga Februari 2005, terdapat kira-kira 1.2 juta rakyat Indonesia
yang bekerja di negara ini dengan 80% memasuki negara ini tanpa izin (Utusan Malaysia, 15
Februari 2005).
kegiatan jenayah, penyebaran penyakit berjangkit yang dahulunya terkawal, ISA kepada
keselamatan negara, kemasukan mereka ke dalam sektor pekerjaan yang tidak dibenarkan dan
membongkar sebuah penempatan haram yang didiami oleh lebih daripada 500 rakyat asing
kebanyakan warga Indonesia di Dengkil, Selangor pada 27 April 2002 (Mingguan Malaysia,
26 April 2002).
hukuman berat kepada mereka yang bersalah (Nor Azizan Idris, 2005). Namun, pemerintah
7
Indonesia belum bersedia khususnya dari segi prasarana dan kewangan untuk menangani
kepulangan PATI Indonesia. Oleh itu, tindakan dan proses penghantaran PATI disusuli
dengan rundingan antara kedua kerajaan untuk mengatasi masalah ini. Isu tenaga kerja
Indonesia menjadi agenda utama perjumpaan Mahathir dengan Megawati di Bali (Utusan
Malaysia, 8 Ogos 2002). Sebelum rundingan antara kedua pemimpin, pihak kedutaan
kepada Pendatang Indonesia yang bermasalah, khususnya pendatang tanpa izin (New Straits
Satu persetujuan cuba dicapai mengenai cara penghantaran semula pendatang asing
dari Indonesia dan kos yang akan ditanggung dalam perundingan kedua pemimpin itu.
Indonesia mahu agar sekatan dikenakan oleh pihak kerajaan Malaysia yang hanya
membenarkan pekerja Indonesia yang sah bekerja di sektor perladangan dan pembantu rumah
(MoU) sebagai hasil daripada rundingan berkenaan diharapkan dapat ditandatangani oleh
kedua pemimpin ini meliputi perbelanjaan yang akan ditanggung oleh kedua-dua negara
(New Straits Times, 7 Ogos 2002). Walaupun rundingan ini dipenuhi dengan kritikan media
dan organisasi buruh imigran Indonesia tetapi ia berjalan dengan suasana akrab seperti
Pertemuan kali ini dalam suasaana persahabatan yang rapat sebagai dua Negara jiran yang
dekat dari segi budaya dan keturuanan. Walaupun seperti biasa antara jiran akan ada
masalah tetapi bukanlah perkara besar yang tidak boleh diselesaikan secara persahabatan
serta sikap daripada ahli politik dan kerajaan Indonesia berbeza-beza. Reaksi terhadap
8
masalah yang ditimbulkan oleh pendatang tanpa izin Indonesia tidak begitu keras sebelum
dilaksanakan hukuman sebat. Namun, pada pertengahan Ogos 2002, media tempatan telah
memetik pernyataan Amien Rais, Speaker Majlis Permusyawaratan Rakyat (MPR) Indonesia,
yang berkata bahawa langkah tegas kerajaan Malaysia mengenakan hukuman sebat ke atas
warga negara Indonesia (pendatang tanpa izin) merupakan tindakan yang tidak
Secara ikhlas saya merasa kecewa, marah dan tidak dapat menerima bahawa negara moden
Indonesia itu mempunyai cara sedemikian untuk menghukum pekerja tanpa izin rakyat
Indonesia dan ini benar-benar tidak berperikemanusiaan (Utusan Malaysia, 19 Ogos 2002).
Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Jacob Nuwa Wea, berkata Malaysia
adalah negara serumpun dan “jiran paling dekat” (Utusan Malaysia, 19 Oktober 2002). Jocob
turut mempersoalkan tindakan Malaysia memulangkan pendatang Indonesia tanpa izin sesuka
hati ke Batam dan Tanjung Pinang serta daerah lain tanpa menambil kira asal mereka.
Tindakan ini dianggap menyukarkan lagi keadaan dan tidak mengikuti kesepakatan antara
Ada juga pihak di Malaysia tidak bersetuju apabila kerajaan melaksanakan dasar
pengampunan kepada pekerja tanpa permit Indonesia. Bagi mereka, kerajaan Malaysia
seolah-olah tidak mahu belajar daripada pengalaman yang lepas dalam menawarkan dasar
pengampunan. Menurut Duta Besar Malaysia di Indonesia, Rastam Mohammad Isa, Malaysia
hanya mampu meminta supaya negara jiran memahami mengapa undang-undang ini perlu. Ia
adalah undang-undang yang diperbuat dan dipinda di parlimen Malaysia yang mewakili
rakyatnya, untuk menjaga kepentingan nasional Malaysia sebagai sebuah negara yang
9
berdaulat (Gatra, 14 September 2002).
Indonesia tanpa Izin sebagai undang-undang rimba dan tidak menghormati perasaan Negara
negara. Bukan kita hendak menggalakkan pendatang tanpa izin datang tetapi janganlah
melaksanakan satu undang-undang dari hutan rimba” (Utusan Malaysia, 17 September 2002).
Isu yang berkaitan PATI tetap mendapat perhatian dalam media cetak Malaysia dan
D. Sipadan Ligitan
Sengketa Sipadan dan ligitan merupakan perselisihan antara Malaysia dan Indonesia atas
pemilikan terhadap dua pulau yang berada di Selat Makassar. Pertikaian ini bermula semasa
kedua negara memasukkan pulau Sipadan dan Ligitan ke dalam wilayahnya pada 1967.
Perjumpaan pertama ASEAN di Bali, Indonesia pada 1976 menghasilkan (Treaty of Amity
and Cooperation in Southeast Asia) yang akan membentuk Dewan Tinggi ASEAN untuk
menyelesaikan perselisihan yang terjadi di antara sesama anggota ASEAN. Namun, pihak
kerajaan Malaysia menolak kerana mereka juga bersengketa dengan negara Singapura,
Antarabangsa atau International Court of Justice (ICJ). Presiden Soeharto setuju dengan
usulan Perdana Menteri Mahathir semasa ia berkunjung ke Kuala Lumpur pada 7hb Oktober
1996. Masalah Sipadan dan Ligitan dibawa ke ICJ pada tahun 1998. Sengketa Sipadan-
Ligitan kembali muncul pada tahun 2000. Akhbar Indonesia pertama yang menyiarkan
kembali isu ini iaitu Media Indonesia pada 27 Mei 2000 yang menceritakan tentang
10
penculikan terhadap 21 pelancong dari berbagai negara di Pulau Sipadan oleh kelompok Abu
Sayyaf dari Filipina Selatan. Peristiwa ini menarik perhatian pemerintah Indonesia. Menteri
Luar Negera Indonesia, Alwi Shihab, mengingatkan Malaysia akan posisi status quo pulau itu
pelancongan yang dijalankan oleh pihak Malaysia selama ini di Pulau Sipadan merupakan
Pada tahun 2003, isu sengketa sipadan-ligitan mendapat perhatian akhbar Kompas.
Interpelasi” disiarkan pada akhbar berkenaan. Berita tersebut menjelaskan tentang keputusan
Mahkamah Antarabangsa di Den Haag yang dikeluarkan pada 17 Disember 2002 menyatakan
bahawa Pulau Sipadan dan Ligitan ialah wilayah Malaysia berdasar kenyataan, Inggris dan
Malaysia dianggap telah melaksanakan kedaulatan yang lebih “efektif “atas pulau itu
sebelum 1969. Malaysia berjaya memenangkan Pulau Sipadan dan Ligitan kerana Inggeris
perlindungan satwa burung, pungutan cukai terhadap pengumpulan telur penyu sejak tahun
E. Ambalat
penentuan sempadan antara Malaysia Indonesia yang ditandatangani pada 27 Oktober 1969.
Selepas itu, Malaysia membuat peta baru yang menyatakan bahawa Pulau Sipadan, Ligitan
dan Batu Puteh termasuk ke dalam kedaulatannya. Perkara ini justeru membingungkan pihak
Indonesia dan Singapura. Kedua negara ini pun tidak mengakui peta baru Malaysia tersebut.
Pada 1979 pihak Malaysia membuat peta baru dan memasukkan blok maritim Ambalat ke
11
dalam wilayahnya iaitu dengan memajukan koordinat 4° 10' arah utara melewati pulau
Sebatik.
Mahkamah Antarabangsa. Pada akhir tahun 2004, akhbar di Indonesia mulai menyedarkan
masyarakat tentang perebutan wilayah yang kaya dengan gas alam ini. Beberapa tajuk berita
yang disiarkan oleh akhbar Indonesia iaitu; “Malaysia tegaskan kepemilikan ladang minyak
Sabah” (Koran Tempo, 1 Oktober 2004); “Malaysia dan RI saling klaim Gas”(Republika, 1
Kapal perang RI-Malaysia “adu mulut” ialah tajuk berita berkenaan ketegangan yang
terjadi di Ambalat. Berita ini disiarkan oleh Republika pada 6 Mac 2005, ms. 1. Menurut
Kepala Staf Gugus Tempur Laut Armada Timur (Guspurlatim), Kolonel Laut (Pelaut)
Marsetio, sempat terjadi “adu mulut” melalui alat komunikasi antara KRI Rencong dan KD
Karambit Malaysia. “Ketegangan masih sebatas adu mulut melalui alat komunikasi dan
manuver KRI Rencong dengan Kapal Diraja Karambit dari Malaysia dan belum mengarah
pada pertempuran,” kata Marsetio di Tarakan. Namun, berita ini ditentang oleh akhbar
Malaysia iaitu Berita Harian. Akhbar ini menyiarkan berita yang bertajuk “Dakwaan
sempadan tegang tidak benar” pada 9 Mac 2005 ms. 2. Berita ini menyatakan kenyataan
Panglima I Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Muhammad Affendi Mustafa yang menjelaskan
Selepas itu, akhbar Indonesia kembali menyiarkan berita tentang Ambalat. Isu ini
dijadikan konsumsi yang hangat bagi masyarakat Indonesia. Berita-berita tersebut seperti:
“Perbatasan berebut batas minyak ambalat” (Gatra, 7 Mac 2005); “Indonesia tidak akan
bawa kasus ambalat ke ASEAN” dan “Babak baru sengketa negeri serumpun” (Tempo, 8
12
Mac 2005); “Pemerintah tak terpengaruh rencana Malaysia menambah persenjataan” (Tempo,
12 Mac 2005).
Isu ini turut mendapatkan perhatian masyarakat Indonesia. Sikap rakyat Indonesia
yang suka berdemontrasi atau tunjuk perasaan mendapatkan protes dari Pergerakan Pemuda
Barisan Nasional Malaysia. Nota protes yang ditandatangani oleh Datuk Sri Hishamudin Tun
Hussein ini isinya menyampaikan aspirasi, bahawa sikap masyarakat Indonesia dalam
menyikapi sengketa Ambalat,” tidak mencerminkan tata susila dan adab ketimuran yang
selama ini kita warisi,” ujar khairi (Tempo, 14 Mac 2005). Kenyataan ini mendapatkan respon
daripada Duta Besar Republik Indonesia di Malaysia. Beliau meminta maaf atas tindakan
sebahagian rakyat Indonesia yang membakar bendera Malaysia (The Jakarta Post, 15 Mac
2005).
Media cetak Indonesia juga aktif dalam meliput berita tentang insiden-insiden yang
terjadi di perairan Ambalat. Berita tersebut seperti KRI Tedong Naga Serempetan dengan
Kapal Perang Malaysia (Koran Tempo, 24 Mac 2005); Malaysia hentikan bermanuver di
Karang Unarang (Tempo, 11 April 2005); RI-Malaysia setuju tempatkan kekuatan berimbang
di Ambalat (Tempo, 24 April 2005). Namun begitu, akhbar Indonesia juga kerap menyiarkan
berita mengenai usaha Pemerintah Indonesia dan Kerajaan Malaysia untuk meredakan
konflik.
Langkawi, Malaysia, 25-26 Mei 2005, menghasilkan kemajuan. Kedua pihak sepakat untuk
menetapkan garis-garis batas maritim dengan mengacu pada Konvensi Hukum Laut PSS
tahun 1982 (UNCLOS) (Kompas, 28 Mei 2005). Indonesia dan Malaysia menjalin pesan
“make love not war” untuk menyelesaikan konflik di perairan Ambalat. Kedua negara juga
13
kembali menegaskan untuk mengurangi ketegangan mililiter di perairan itu (Media
dibuktikan dengan kenyataan akhbar yang menyatakan bahawa Presiden Indonesia, Susilo B.
Y. menghubungi Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan meminta agar isu sempadan dan
maritim di Laut Sulawesi yang mencetuskan pertikaian antara kedua-dua negara diselesaikan
Akhbar Malaysia menunjukkan sikap yang lebih tenang berbanding akhbar Indonesia.
Beberapa berita yang disiarkan akhbar Malaysia lebih men”dingin”kan keadaan berbanding
akhbar di Indonesia. Berita tersebut seperti “No confrontation; Abdullah and Susilo agree to
ease tensions through diplomacy” (The New Strait Times, 8 Mac 2005); “KL, Jakarta
berunding; Sepakat elak ketegangan isu sumber minyak” (Berita Harian, 8 Mac 2005);
“TPM minta rakyat jangan bertindak balas” (Utusan Malaysia, 10 Mac 2005); “Pledge on
peaceful end to dispute” (The Sun, 10 Mac 2005); “Elak segera konfrontasi” (Harakah, 10
Mac 2005).
Pada tahun 2007 merupakan tahun ketika isu budaya serumpun menjadi sebuah kontroversi di
dua buah negara. Media Malaysia kerap memberitakan ihwal perkembangan terkini daripada
produk budaya popular Indonesia seperti muzik, filem atau sinema elektronik (Sinetron).
Dalam media cetak, terdapat beberapa ruangan khas untuk berita-berita mengenai perkara
tersebut. Antaranya: “Artis Indon” (Metro Ahad); “Artis Luar Negara” dan “Bintang
beritanya pelbagai tetapi sebahagian besar tentang karya-karya artis Indonesia serta gossip
14
Bagaimanapun, fenomena “kebanjiran” muzik, filem dan sinetron Indonesia di
Malaysia telah menimbulkan pelbagai perdebatan. Antara wacana yang timbul, misalnya,
realiti bahawa muzik dan filem atau sinetron Indonesia sememangnya amat diminati, tetapi
sekaligus dicemburui kerana didakwa boleh --atau sudah-- “mengetepikan” atau malah
“membunuh” industri muzik, filem dan sinetron tempatan. Segelintir artisnya pula merasa
tidak puas hati terhadap ramainya artis Indonesia yang dijemput ke Malaysia, sementara artis
Malaysia beserta karya-karyanya dianggap amat sukar untuk masuk ke Indonesia (Nasrulaah,
2007).
kemasukan filem asing”, (Harian Metro, 9 Julai 2005); “Kenapa import filem luar?”,
(Utusan Malaysia, 12 Julai 2005); “Filem Malaysia sukar masuk pasaran Indonesia”, (Berita
Harian, 6 Oktober 2005); “Kita tidak harus dengar muzik dari kelompok kita saja”, (Berita
Harian, 3 Jun 2007); “Penganjur kurang patriotik”, (Harian Metro, 17 April 2007; “Kenapa
import lagu sampah?”, (Utusan Malaysia, 30 April 2007); “Radio kita jadi ‘bakul sampah’
September 2007 menyatakan tentang kekecewaan penyanyi Amy Search terhadap tindakan
radio swasta yang dikatakan melampau terhadap lagu dari Indonesia. Namun, berita yang
disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 20 September 2007 yang bertajuk “Salah siapa lagu
artis Indonesia kerap ke udara” menyatakan bahawa fenomena ini terjadi kerana ramai
penyanyi dan pemuzik Malaysia seakan-akan kurang menyedari tentang realiti tersebut dan
masih menghasilkan karya-karya yang statik sama seperti yang pernah mereka hasilkan 20
tahun lalu.
15
Kontroversi budaya kembali muncul semasa Kementerian Pelancongan Malaysia
sedang berkempen “Malaysia; Truly Asia” sempena Tahun Melawat Malaysia 2007
(TMM07). Menteri Pelancongan Malaysia, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
berkata lagu Rasa Sayang adalah lagu tradisi Melayu Nusantara dan sebagai negara serumpun
yang memiliki banyak ciri persamaan. Kenyataan ini disiarkan dalam akhbar Berita Harian, 3
Oktober 2007 dengan tajuk “Rasa Sayang lagu Melayu Nusantara”. Namun begitu, kenyataan
ini mendapat tentangan daripada Gubenur Maluku, Karel Albert Ralahalu, yang menyatakan
bahawa "Rasa Sayange" adalah milik Indonesia karena ia merupakan lagu rakyat yang telah
membudaya di provinsi Maluku sejak leluhur, sehingga klaim Malaysia itu adalah salah
(Antara, 2 November 2007). Gubernur melihat bukti otentik bahawa lagu Rasa Sayange
merupakan lagu rakyat Maluku, dan setelah bukti tersebut terkumpul, akan diberikan kepada
Menteri Pelancongan Malaysia. Sementara itu, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan,
Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata Indonesia tiada hak mendakwa lagu Tasa Sayange sebagai
milik mereka kerana lagu itu adalah milik Nusantara. “Saya cabar mana-mana pihak di
Indonesia membuktikan siapa penciptanya dan sila tunjuk bukti”, kata Datuk Seri Dr Rais
2007). Lagu Rasa Sayange dirakam oleh Lokananta, Solo, Indonesia pada tahun 1962 dalam
piringan hitam Gramophone. Rakaman master daripada piringan ini masih disimpan oleh
Perusahaan Umum (Perum) PNRI Cabang Surakarta yang dahulunya ialah PN Lokananta.
Piringan hitam tersebut pernah dijadikan cinderamata kepada atlet Asian Games ke 4 tahun
1962 di Jakarta dan lagu "Rasa Sayange" merupakan salah satu lagu rakyat Indonesia di
piringan tersebut.
16
Pada tanggal 11 November 2007, Menteri Kebudayaan, Kesenian, dan Warisan
Malaysia, Rais Yatim, mengakui bahwa Rasa Sayange adalah milik Indonesia (Banjarmasin
Post, 14 November 2007). Namun, ada beberapa sumber yang mengatakan bahawa Malaysia
mengakui Rasa Sayange adalah milik bersama, maksudnya warisan milik bersama bangsa
Kontroversi budaya serumpun kembali berlanjut. Setelah isu lagu “Rasa Sayange”,
tarian Barongan pun menjadi sumber kemarahan bagi masyarakat Indonesia. Berita Harian
menyiarkan berita yang bertajuk ‘1,000 tunjuk perasaan depan Keduataan Malaysia’ pada 30
November 2007. Mereka mendakwa Kuala Lumpur mempromosikan tarian Indonesia sebagai
milik sendiri. Tarian tradisi Melayu dikenali dengan Barongan ini terdapat dalam kempen
pelancongan Malaysia sama dengan tarian Indonesia yang berasal dari Ponorogo. Oleh itu, ia
atasi isu tarian Reog Ponorogo”. Berita ini menjelaskan mengenai kenyataan Menteri
Pelancongan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor tentang tarian barongan. Beliau
berkata kajian mendapati tarian Barongan yang didakwa ditiru daripada tarian bertopeng
Jawa yang dikenali sebagai Reog Panorogo sudah lama diamalkan masyarakat Melayu di
Johor. Katanya, isu itu tidak sepatutnya timbul kerana mengikut sejarah, masyarakat di
Nusantara berkongsi banyak persamaan termasuk dalam aspek bahasa, kebudayaan dan
kesenian. Isu ini selain diliput oleh akhbar Malaysia, ia juga turut mendapat perhatian akhbar
Indonesia. Republika menyiarkan berita yang bertajuk “RI-Malaysia bisa promosi bersama”
pada 6 Disember 2007 menyatakan pandangan Direktur Jendral Departemen Budaya dan
Pariwisata dan Duta Besar Malaysia di Jakarta. Direktur Jendral Departemen Budaya dan
Pariwisata Indonesia berkata ”Akan lebih baik jika Indonesia dan Malaysia melakukan
17
promosi bersama seni dan kebudayaan yang hampir sama itu. Di Malaysia ada barongan.
Namun, jika ingin melihat yang asli datang ke Indonesia untuk melihat reog dari Ponorogo”.
Dato’ Zainal Abidin juga menyatakan bahwa “RI-Malaysia merupakan kunci kestabilan Asia
Tenggara”. Pada bulan Ogos 2009, isu budaya menjadi isu yang hangat diperbincangakan.
Tari Pendet
G. Kes Manohara
Manohara Odelia Pinot ialah model yang berasal dari Indonesia. Dia menikah dengan putra
Raja Kelantan, Malaysia, Tengku Muhammad Fakhry. Berita tentang pernikahan mereka
tidak pernah disiarkan di Media Indonesia sehingga Daisy Fajrina, ibu Manohara, muncul di
media massa dan menyatakan bahawa anaknya mengalami masalah (kekerasan) dalam rumah
tangga. "Di dadanya ada bekas luka silet, selama ini keluarga di Jakarta tidak bisa
berhubungan langsung dengan Mano," kata kakak Mano, Dewi, dalam jumpa pers di Jakarta
Indonesia, Meutia Hatta, menilai kes penderaan yang menimpa Manohara oleh suaminya tak
Pada masa yang sama, akhbar Malaysia juga menyiarkan berita tentang Manohara.
Namun, berita tentang kebahagian dan kemesraan Manohara dan suaminya. Utusan Malaysia
menyiarkan berita yang bertajuk “Tengku Temegong Kelantan, isteri saksi Piala FA” dan
“Manohara Odelia Pinot bahagia” (26 April 2009). Kedua berita ini tiada pihak yang ditemu
bual dan hanya menjelaskan tentang opini wartawan. Akhbar Republika menyiarkan berita
tentang temu bual pihak akhbar dengan pihak suami Monahara iaitu Soberi Safii, sahabar
Tengku Fakhry. Dia menyatakan bahawa Raja Kelantan sudah menghantar orang untuk
menyelesaikan masalah agar menjadi tenang (Republika, 28 April 2009). Utusan Malaysia
mengeluarkan berita yang bertajuk “Keluarga Manohara cadang saman Istana Kelantan” pada
18
28 April 2009. Berita ini menyiarkan kenyataan daripada kakak kandung Manohara yang
bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap Istana Kelantan jika masih tidak
dapat berjumpa dengan adiknya. Tindakan itu terpaksa diambil kerana keluarganya tidak
Juru Bicara Eminent Person Group Indonesia (EPG), Dr. Musni Umar, ikut
menyatakan pendapatnya tentang kes Manohara. Dia melihat kes ini sebagai masalah peribadi
yang dapat diselesaikan keluarga Manohara dan Fakhry melalui mediator pihak ketiga
daripada keluarga masing-masing. Kes ini timbul kerana kurang terjalin komunikasi, salah
persepsi dan kurang memahami dan menghayati sistem yang berlaku di kedua negara
(Republika, 29 April 2009). Kenyataan ini disokong oleh juru bicara kerabat Kerajaan
Kelantan, Ichsan Absal, yang menyatakan bahawa mereka meminta berbagai pihak untuk
tidak menarik masalah ini sebagai persoalan antarabangsa (Republika, 15 Mei 2009).
“Manohara Akhirnya Berhasil Kabur” merupakan tajuk yang dipaparkan oleh Pikiran
Rakyat pada 31 Mei 2009. Sedangkan Republika memberikan tajuk “KBRI dan Kedutaan AS
kerjasama “bebaskan” Manohara” pada 1 Jun 2009. Kedua akhbar Indonesia ini menceritakan
tentang proses Manohara melarikan diri daripada suami dan keluarga istana. Dalam berita
yang disiarkan oleh Pikiran Rakyat, Manohara mengakui bahawa dirinya mendapat siksaan
mengeluarkan berita yang bertajuk “Manohara buat fitnah bagi aibkan suami, istana” pada 2
Jun 2009. Berita tersebut menyiarkan kenyataan sahabat Tengku Temenggong Kelantan,
Mohd. Soberi Shafii yang menyifatkan bekas model Manohara sedang merancuni orang
ramai dengan fitnah bagi mengaibkan suami dan mencemari Istana Kelantan. Selain surat
kabar yang menyiarkan berita Manohara, tabloid di Indonesia pun menjadikan Manohara
19
sebagai berita utama mereka. Gambar Manohara diletakkan di cover tabloid disertai dengan
tajuk berita yang dapat menarik perhatian khalayak. Tabloid Genie edisi 15-21 Jun 2009
menyiarkan berita dengan tajuk “Yang kecewa dan yang mendukung Manohara”. Selain itu,
tabloid berkenaan juga membahas tentang luka suntikan dan sayatan serta 10 gambar terbukti
bukan rekayasa.
Berita terakhir tentang manohara adalah keinginan kedua pihak untuk menyelesaikan
masalah di mahkamah. Pada 6 Julai 2009 Utusan Malaysia menyiarkan berita tentang
Tengku Fakhry yang memfailkan dua saman terhadap Manohara menuntut agar isterinya
kembali taat kepada beliau dan dituntut mengembalikan semula hutang sebelum dan selepas
berkahwin. Berita ini juga disiarkan di Republika dengan tajuk “Fakhry gugat Manohara
Rp30 Miliar” pada 27 Julai 2009. Isu Manohara masih mendapat perhatian media cetak di
20
3. PENEMUAN AWAL
Berdasarkan jadual 1, didapati bahawa media cetak di Malaysia paling kerap mengeluarkan
berita mengenai Tenaga Kerja Indonesia. Berita tersebut tentang jenayah yang dilakukan oleh
dan lain-lain. Sebagai contoh, simak tajuk-tajuk berita berikut: “2 indon miliki 50 kg ganja”
(Harian Metro, 6 Julai 2004); “Dua warga Indonesia dituduh bunuh pemilik pasar mini”
(Utusan Malaysia, 2 Mac); “3 pelajar indon mengaku mencuri” (Harian Metro, 15 Julai
2005); “Tiga warga Indonesia miliki MyKad palsu ditahan” (Utusan Malaysia, 28 Mac
Selain tentang jenayah yang dilakukan oleh warga negara Indonesia, akhbar di
Malaysia juga kerap menyiarkan berita tentang nasib pembantu rumah tangga, buruh binaan
dan warganegara Indonesia di Malaysia seperti: “Anak bekas ADUN dituduh dera;
cederakan pembantu rumah dengan seterika panas” (Harian Metro, 4 Julai 2004); “Amah
dakwa kemaluan dijolok botol, pisang” (Berita Harian, 3 Oktober 2004); “Subkontraktor
positif tentang perhatian beberapa pihak Malaysia terhadap bencana tsunami yang menimpa
negara jiran, Indonesia. Liputan berita tersebut iaitu: “Mercy Malaysia, Titan bina pusat
kesihatan di Aceh” (Utusan Malaysia, 5 Jun 2006); “Raja Dr Nazrin serah bantuan mangsa
gempa” (Utusan Malaysia, 23 Jun 2006); “Malaysia serah bantuan RM 1J kepada Mangsa”
terhadap isu-isu yang berlainan dengan media cetak di Malaysia. Akhbar di Indonesia lebih
menyukai berita-berita tentang nasib Tenaga Kerja Indonesia di Malaysia. Berita tersebut
21
seperti: “TKI asal Medan tewas disiksa di Malaysia” (Republika, 2 September 2004); “RI
maid ‘forced to drink toilet water’” (The Jakarta Post, 28 September 2004), “TKI divonis
Sikap dan reaksi masyarakat Indonesia terhadap liputan akhbar mengenai isu-isu yang
terjadi di negara serumpun ini menjadi salah satu perhatian media cetak di Indonesia. Muncul
perkumpulan-perkumpulan yang sensitif terhadap beberapa isu yang siarkan oleh media. Di
Indonesia, reaksi dan aksi seperti demonstrasi merupakan suatu perkara biasa. Namun,
kadang sikap ini menjadi tidak wajar jika ia diwarnai dengan aksi yang emosional dan
merusak kemudahan am. Berita tersebut seperti: “Pemuda Solo bentuk posko lawan
Mac 2005); “Posko ganyang keangkuhan” (Gatra, 19 Mac 2005); “Konjen Malaysia
dilempari telur busuk”(Pos kota, 26 Oktober 2007), “Mahasiswa bakar replika bendera
Jadual 1
SOSIAL
No ISU MI MM
22
- Pendatang Asing Tanpa Izin (paspor, visa, dokumen)
MI : Media Indonesia
MM : Media Malaysia
PATI
60%
40%
TKW/PRT/PSK/Buruh Binaan
30%
Sikap& reaksi warga Malaysia thp
20%
WNI
10% Sikap & reaksi warga Indonesia thp
Malaysia
0%
MI MM Warganegara Malaysia di Indonesia
Berdasarkan jadual 2, didapati bahawa media cetak di Malaysia paling kerap mengeluarkan
berita mengenai polisi dan sikap kerajaan Malaysia. Jumlah ini melebihi liputan media cetak
di Indonesia yang menyiarkan tentang polisi dan sikap pemerintahnya. Aturan serta
kepemilikan media cetak di Malaysia mewarnai sistem pemberitaan di negara ini. Berita yang
paling kerap disiarkan seperti “Kad Pintar untuk 1.2 juta pekerja asing” (Berita Harian, 9
Ogos 2004); “Tiada kompromi pendatang asing cuba bina rumah” (Utusan Malaysia, 2
September 2004); “KL berunding dengan Jakarta tangani jerebu” (Berita Harian, 12 Ogos
23
“Sistem kemasukan pembantu rumah Indonesia disusun” (Utusan Malaysia, 8 Februari
2009); “Malaysia sees maid proposal asa impractical” (The Star, 13 Februari 2006).
Selain tentang polisi dan sikap kerajaan Malaysia, akhbar di Indonesia juga kerap
menyiarkan berita tentang polisi dan sikap pemerintah Indonesia seperti Indonesia kurang
senang media guna perkataan ‘Indon’ (Utusan Malaysia, 12 Juli 2004), Jakarta terima
langkah KL kurangkan pekerja asing (Berita Harian, 9 Ogos 2004), Indonesia ucap terima
kasih (Utusan Malaysia, 1 Januari 2005), Isu sempadan maritim; Susilo telefon PM (Utusan
Malaysia, 8 Mac, 2005), Protest note from Indonesia (The New Straits Times, 15 April 2005)
dan Indonesia embassy: We regret the smog (The Sun, 11 Oktober 2006). Akhbar di
Malaysia juga aktif dalam menyiarkan berita-berita tentang kenyataan Perdana Menteri
bahawa hubungan kedua pemimpin negara amat rapat. Berita tersebut seperti ‘Malaysia-
Indonesia’ tetap sahabat sejati (Utusan Malaysia, 23 Februari 2007) dan PM: Relations at
highest point (The Star, 23 Februari 2007).Namun, ada juga beberapa berita yang
menyatakan kekecewaan Perdana Menteri terhadap pihak yang berpotensi dalam merusakkan
hubungan dua negara seperti PM kesal setengah Media Indonesia cetus ketegangan (Utusan
sikap dan polisi pemerintah Indonesia dan kerajaan Malaysia. Berita yang menyiarkan
tentang sikap pemerintah Indonesia terhadap hubungan dua negara iaitu “Indonesia tidak
akan bawa kasus ambalat ke ASEAN” (Tempo, 8 Mac 2005); “Pemerintah tak terpengaruh
Malaysia over flag-burning protesters” (The Jakarta Post, 15 Mac 2005); “Alatas: Isu TKI
jadi bom waktu”(Kompas, 29 Ogos 2007). Disamping itu, kenyataan daripada pihak kerajaan
Malaysia juga mendapat liputan beberapa akhbar di Indonesia. Berita-berita tersebut seperti :
24
“Malaysia tegaskan kepemilikan ladang minyak Sabah” (Koran Tempo, 1 Oktober 2004);
“Malaysia terbitkan sertifikat bagi TKI” (Media Indonesia, 17 November 2004, ); “Malaysia
protes RI”(Republika, 20 November 2004); “Malaysia tolak minta maf atas kasus pemukulan
WNI”(Media Indonesia, 29 Ogos 2007); “Malaysia tak ingin cederai hubungan dengan
Media cetak Indonesia juga kerap menyiarkan berita tentang konflik yang terjadi
Malaysia, Najib Tun Razak, Tenaga Kerja Indonesia (TKI) dan lain-lain. Berita berkenaan
seperti: “Malaysia dan RI saling klaim gas”(Republika, 1 Oktober 2004); “Malaysia tolak
sepakati MoU perlindungan TKI” (Koran Tempo, 20 November 2004); “Babak baru sengketa
negeri serumpun” (Tempo, 8 Mac 2005); “RI-Malaysia bertahan soal ambalat”(Koran Tempo,
April 2005, ); “Kompas dan Deputi Perdana Menteri Malaysia sepakat berdamai”(Kompas, 4
Mei 2005).
Jadual 2
POLITIK
No ISU MI MM
6 Kerjasama 9 8% 4 3%
25
- Polisi dan sikap Pemerintah Indonesia
- Polisi dan sikap Kerajaan Malaysia
- Kenyataan Pemimpin Negara Indonesia
- Kenyataan Pemimpin Negara Malaysia
- Konflik (sempadan(ambalat),Kompas Vs Najib, askar wataniah)
- Kerjasama (Dadah, MoU TKI, budaya, Malindo, EPG)
MI : Media Indonesia
MM : Media Malaysia
2) Konsep kebebasan akhbar yang dikaitkan dengan hak asasi manusia begitu ketara
sehingga kita melupakan nilai-nilai murni suatu bangsa, ajaran Agama Islam dan
undang-undang negara.
3) Peranan cinta kepada negara (patriotisme) dan kemanusiaan amat tinggi sehingga
26
4) Media menjadi alat yang penting menjalankan tanggung jawab sosial menegur
kerajaan bagi membela nasib rakyat. Angle atau sudut perhatian lebih ditumpukan
yang mendapat perhatian rakyat menjadi agenda penting dalam media massa.
tidak seimbang.
8) Tajuk dan kenyataan yang tidak tepat sehingga mewujudkan perasaan tidak puas hati
9) Kita perlu berusaha mewujudkan satu gagasan atau program serumpun yang mampu
10) Bersamalah kita memahami sejarah, sosio-budya dan sistem pemerintahan Malaysia-
Indonesia.
27
Rujukan
Arfani, Riza Noer. 1996. Demokrasi Indonesia Kontemporer. Raja Grafindo Persada: Jakarta.
Arifin, Anwar. 1987. Pers Indonesia. Lembaga Kaian Inovas Indonesia (LKII): Ujung
Pandang.
Babie, Earl. 1979. The Practice of Social Research. Wadsworth Publishing Company:
California.
Baran, Stanley J. dan Danis K. Davis. 2003. Mass Communication Theory. Belmont.
Wadsworth.
Bem, D.J..1972. Advances in Experimental Social Psychology. Academic Press: New York.
Bower, John Wite. 1984. Communication Research Method. Scot Foresman: Dalas Texas.
Cohen, Arthur R. 1964. Attitude Change and Social Influence. New York. Basic Book Inc.
Denis McQuail. 1989. Teori Komunikasi Massa. Edisi Kedua. Erlangga: Jakarta.
London.
Eriyanto. 2001. Analisis Wacana: Pengantar Analisis Teks Media, Yogyakarta: LKiS.
28
Faruqi, Shad Saleem, & Ramanathan, Sankaran. 1998. Mass Media Laws and Regulation in
Fishbein, M. dan Icek Ajzen. 1975. Belief, Attitude, Intention and Behavior: An Introduction
Harahap. Krisna. 2000. Kebebasan Pers di Indonesia dari Masa ke Masa. Grafiti Budi
Utami: Bandung.
Hidayat, Dedy N., Gazali, Effendi, Suwardi, Harsono, & S. K., Ishadi. 2000. Pers dalam
Hidayat, Dedy. 1999. Politik Media, Politik Bahasa dalam Proses Legtimasi dan
Delegitimasi Rejim Orde Baru. Lembaga Studi Pers dan Pembangunan: Jakarta.
Hill, David. 1994. The Press in New Order Indonesia. Asia Research Centre on Social,
Kelman, C. 1975. Communication and Public Opinion. dalam Carlson. ed., New York,
Praeger.
Kerlinger, N. Fred. 1983. Foundation of Behavioral Research. Cet. ke-2 India. New Delhi.
S.S. Chabru.
Kothari. 1991. Research Methodology, Methods 7 Techniques. New Delhi. Johri Limited.
Lent, John A. 1982. Newspapers in Asia: Contemporary Trends and Problems. Heineman
Asia: Singapore.
Nasrullah Ali Fauzi. 2004a. “Sebab Istilah ‘Indon’ Tidak Digemari”, Utusan Malaysia, 22
Julai, ms. 6.
29
Nasrullah Ali Fauzi. 2004b. “Indon”, Kompas, 11 Desember, ms. 11.
Nasrullah Ali Fauzi. 2005a. “Seratus Persen Musik Indonesia…!”, Republika, 19 Juni, ms. 1
& 11.
Nasrullah Ali Fauzi. 2005b. “Filem Indonesia di Malaysia: Digemari tapi Dicemburui”,
Buletin Caraka, KBRI Kuala Lumpur, Agustus-September.
Nor Azizan Idris.2005. “Hubungan Malaysia-Indonesia dan Isu Pendatang Asing Tanpa
Izin”. dlm. Politik dan Keselamatan, disunting oleh Sity Dauh&Zarina Othman. Bangi:
Said, Tribuana. 1988. Sejarah Pers Nasional dan Pembangunan Pers Pancasila. CV Haji
Masagung: Jakarta.
Stamm, Keth R. dan John E. Bowes. 1990. The Mass Communication Process, A Behavioral
Syed Arabi Idid (pnyt.). 1999. Analisis kandungan. Bangi: Jabatan Komunikasi, Universiti
Kebangsaan Malaysia.
30