You are on page 1of 13

Abu Bakar Muhammad bin Zakaria al-Razi

Cendekiawan Islam
Zaman Kegemilangan Islam
Nama: Abu Bakar Muhammad bin Zakaria al-Razi

Gelaran: al-Razi

Lahir: 865

Wafat: 925

Etnik: Parsi

Rantau: Parsi

Bidang: Kimia, Perubatan, Biologi, Sains

Tokoh Abu Bakar Muhammad bin Zakaria al-Razi (‫)محمد زکریای رازی‬


atau dikenali sebagai Rhazes di dunia barat merupakan salah seorang
pakar sains dan ahli falsafah Iran yang hidup antara tahun 865 AD - 925
AD. Beliau telah menyumbang dalam bidang perubatan, kimia dan
falsafah.

Menurut al-Biruni al-Razi dilahirkan di Rayy, Iran pada tahun 865 AD


(251 Hijrah), dan meninggal di Rayy 925 AD (313 H).

Abu Bakar Muhammad bin Zakaria al-Razi adalah seorang ahli


perubatan, falsafah, dan sarjana Parsi yang memberikan sumbangan
asas dan berkekalan dalam bidang perubatan, Alkhemi (Alchemy), dan
falsafah, yang ditulis dalam lebih 184 buah buku dan rencana dalam
pelbagai bidang sains. Dia fasih dalam pengetahuan perubatan Yunani
dan menambah sebahagian besar kepadanya dari pemerhatiannya
sendiri. Sebagai ahli alkhemi, Razi diakui sebagai menjumpai asid
sulfirik, yang digunakan secar ameluas ("work horse") bagi kejuruteraan
kimia dan kimia moden. Dia juga menjumpai ethanol dan hasil
sulingannya, dan kegunaannya dalam perubatan. Dia tanpa
dipersoalkan lagi merupakan salah seorang juru ilmuan dalam Dunia
Islam, dan mempunyai pengaruh yang besar kepada sains dan
perubatan Eropah.

al-Razi merawat pesakit. (pelukis tidak dikenali)

Razi adalah seorang yang berfikiran rational sepenuhnya, amat yakin


dengan kuasa logik (power of reason); dia dianggap oleh rakan semasa
dan penulis bioliografi sebagai bebas dan bebas dari sebarang prajudis
he was widely regarded by his contemporaries and biographers as
liberal and free from any kind of prejudice, amat cekal dan berani
mengutarakan pendapatnya tanpa teragak-agak. Dia percaya kepada
kemajuan manusia dan "Tuhan Maha Bijaksana".

Dia mengembara di kebanyakan tempat dan memberikan khidmatnya


kepada beberapa putera dan pemerintah terutamanya di Baghdad di
mana dia mendirikan makmalnya. Sebagai guru dalam Perubatan dia
menarik minat ramai pelajar dalam pelbagai bidang, baik, jujur, dan
tegas bagi berkhidmat kepada pesakitnya, tidak kira kaya ataupun
miskin.

Institute Razi hari ini di Tehran, Iran dinamakan sempena namanya, dan


'Hari Razi' ('Hari Farmasi') disambut di Iran setiap 27 Ogos.
Riwayat hidup

Dalam bahasa Parsi, Razi membawa erti "dari bandar Ray (juga dieja


RAY, REY, atau RAI, Parsi silam RAGHA, Latin RHAGAE) dahulunya
salah satu bandar besar di Dunia)", bandar silam di cerun selatan
Dataran Elburz Range yang terdampar di selatan Laut Caspian, terletak
berhampiran Tehran, Iran. Di bandar ini (seperti Ibnu Sina) dia membuat
kebanyakan pencapaian hasil kerjanya.

Pada awal kehidupannya dia boleh menjadi sebagai seorang tukang


emas (Baihaqi), pengurup wang (Cf. Ibn abi Usaibi'ah) tetapi lebih besar
kemungkinannya sebagai pemain seruling yang menukar minatnya
dalam muzik kepada alkhemi (cf. ibn Juljul, Sa'id, ibn Khallikan,
Usaibi'ah, al-Safadi). Pada usia tiga puluh (menurut Safadi empat puluh)
dia berhenti penyelidikannya dalam alkhemi kerana ujikajinya
menyebabkan penyakit mata (Cf. al-Biruni), memaksanya mencari ahli
perubatan dan ubat bagi menyembuhkannya. Al-Birflni, Baihaqi dan
yang lain, menyatakan bahawa ini adalah sebab mengapa dia
memulakan kajian perubatannya. Dia amat kuat belajar setiap hari dan
malam. Gurunya adalah 'Ali ibn Rabban al-Tabari (Cf. al-Qifti, Usaibi'ah),
seorang pakar perubatan dan ahli falsafah yang lahir di Merv sekitar
192/808 (meninggal. sekitar. 240/855).

Al-Razi mendalami bidang perubatan dan kemungkinan juga bidang


falsafah dengan ibn Rabban al-Tabari. Selepas itu minatnya dalam
falsafah kerohanian boleh dikesan dari gurunya ini, yang merupakan
anak kepada seorang Rabbai yang mahir dalam kitab keagamaan
(Scriptures). Menurut Prof.Hamed Abdel-reheem Ead, Profesor Kimia di
Fakulti Sains, Universiti Cairo (Cf. the Alchemy Website): " (...) Al-Razi
mulai mempelajari perubatan selepas lawatan pertamanya ke Baghdad,
apabila dia berusia sekurang-kurangnya 30 tahun, di bawah ahli
perubatan yang terkenal Ali ibn Sahl (Yahudi yang memasuki Islam,
tergolong kepada sekolah perubatan Tabaristan atau Hyrcania yang
terkenal. Dia menunjukkan kepakaran yang mendalam berkenaan
bidang tersebut sehinggakan dia dengan pantas melepasi gurunya, dan
menulis tidak kurang daripada seratus buku perubatan. Dia turut
mengarang 33 penulisan (treatises) berkenaan sains semulajadi (tidak
termasuk alkhemi),ilmu hisab dan astronomi (...)."

Al-Razi menjadi terkenal dalam bandar asalnya sebagai ahli perubatan.


Dia menjadi Pengarah (Direktor) hospital Rayy (Cf. ibn Juljul, al-Qifti, ibn
abi Usaibi'ah), semasa pemerintahan Mansur ibn Ishaq ibn Ahmad ibn
Asad yang merupakan gabenor Rayy dari 290-296/902-908 bagi pihak
sepupunya Ahmad ibn Isma'il ibn Ahmad, pemerintah Samanian kedua.
Razi menujukan kitab perubatannya al-Tibb al-'Mansuri kepada Mansur
ibn Ishaq ibn Ahmad , yang disahkan dalam manuskrip tulis tangan
dalam bukunya. Ini disanggah oleh ibn al-Nadim', tetapi al-Qifti dan ibn
abi Usaibi'ah mengesahkan bahawa yang bernama Mansur
sememangnya Mansur ibn Isma'il yang meninggal pada 365/975. al-
Razi berpindah dari Rayy ke Baghdad semasa pemerintahan Khalifah
Muktafi (sekitar.289/901-295/907) di mana dia sekali lagi menjawat
jawatan Ketua Pengarah (Chief Director) hospital.

Selepas kemangkatan al-Muktafi (295/907) al-Razi dikatakan kembali ke


Rayy di mana dia mempunyai ramai pelajar dengannya. Sebagaimana
diterangkan oleh Ibn al-Nadim dalam Fihrist, al-Razi ketika itu
adalah Sheikh (gelaran bagi seseorang yang berhak mengajar) "with a
big head similar to a sack", dikelilingi oleh beberapa surrounded by
several bulatan pelajar. Apabila seseorang sampai dengan soalan
saintifik, soalan ini disampaikan kepada pelajar 'bulatan pertama'.
Sekiranya mereka tidak mengetahui jawapannya, ia disampaikan
kepada 'bulatan kedua'... dan seterusnya, sehingga pada akhirnya,
apabila kesemua yang lain telah gagal memberikan jawapan, ia akhirnya
sampai kepada al-Razi sendiri. Kita tahu bahawa salah seorang
daripada pelajarnya menjadi pakar perubatan. Al-Razi merupakan
seorang yang pemurah, dengan sifat perikemanusiaan terhadap
pesakitnya, dan murah hati terhadap golongan miskin, Dia sering kali
memberikan mereka rawatan penuh tanpa mengenakan sebarang
bayaran, ataupun sebarang bentuk bayaran lain. Apabila dia tidak
bersama pelajar atau pesakitnya, dia sentiasa menulis atau belajar.

Fakta ini mungkin menjadi punca kepada melemahkan penglihatannya


sehingga menyebabkan dia menjadi buta pada kedua belah matanya.
Sesetengah mengatakan bahawa punca dia buta disebabkan dia makan
terlalu banyak kacang (broad beans) (baqilah). Penyakit matanya
bermula dengan katarak dan berakhir dengan buta sepenuhnya. Khabar
angin menyebut dia enggan dirawat bagi katarak, mendakwa bahawa
dia "telah melihat begitu banyak dunia sehinggakan dia tidak larat lagi
melihatnya." Bagaimanapun, ini kelihatannya sebagai lelucuan dan
bukannya berdasarkan fakta sejarah. Salah seorang penuntutnya dari
Tabaristan datang bagi menjaganya, tetapi, menurut al-Biruni, dia
enggan dirawat dan mengistiharkan bahawa ianya tidak berguna kerana
waktu matinya telah dekat Beberapa hari kemudian dia meninggal di
Rayy, pada 5 Sha'ban 313/27 Oktober 925.

Guru Al-Razi dan Penentangnya

Selain daripada Ali ibn Rabban al-Tabari, yang mengajar al-Razi


perubatan, Ibn al-Nadim mengatakan bahawa indicates al-Razi
mempelajari falsafah dengan al-Balkhi, yang telah jauh mengembara
dan mengetahui banyak perkara mengenai falsafah dan sains kunu.
Sesetengah turut mendakwa bahawa al-Razi attributed sebahagian
buku al-Balkhi berkenaan falsafah kepada dirinya sendiri. Tidak banyak
yang diketahui mengenai al-Balkhi, walaupun nama penuhnya.

Penentang al-Razi, sebaliknya, diketahui ramai. Mereka termasuk yang


berikut:

1. Abu al-Qasim al-Balki, ketua Mu'tazilah di Baghdad (m. 319/931),


penulis semasa dengan al-Razi yang menulis banyak bangkangan
terhadap buku al-Razi, terutamanya buku Ilm al-Ilahi. Percanggahannya
dengan al-Razi menghasilkan (entailed pemikirannya berkenaan konsep
'Masa'.

2. Shuhaid ibn al-Husain al-Balkhi, dengan mana al-Razi terbabit


dengan banyak pertikaian; satu daripadanya adalah konsep 'Nikmat',
dijelaskan dalam bukunya Tafdll Ladhdhat al-Nafs di mana Abu
Sulaiman al-Mantiqi al-Sijistani memetiknya dalam karangannya Siwan
al-Hikmah. Al-Balkhi meninggal sebelum 329/940.

3. Abu Hatim al-Razi menjadi penentang al-Razi yang paling penting (m.
322/933-934) dan merupakan salah seorang pendakwah Isma'ili
teragung. Dia menerbitkan pertikaian dengan al-Razi dalam
bukunya A'lam al-Nubuwwah. Disebabkan buku ini, pemikiran al-Razi
berkenaan Rasul dan Ugama kekal sehingga kini.

4. Ibn al-Tammar (kemungkinannya adalah abu Bakr Husain al-Tammar,


menurut Kraus) merupakan seorang ahli perubatan dan dia turut
mempunyai pertikaian dengan al-Razi, yang di rakamkan oleh abu Hatim
al-Razi dalam A'lam al-Nubuwwah. Ibn al-Tammar tidak bersetuju
dengan buku al-Razi, al-Tibb al-Ruhani tetapi al-Razi membalasnya.
Malah, al-Razi menulis dua anti thesis (antitheses):
(a) Jawapan pertama berkenaan pertikaian al-Tammar
dengan Misma'i berkenaan 'Jisim (Matter)'.

(b) Jawapan kedua kepada pendapat al-Tammar pada 'Atmosphera


penduduk dalam bumu (subterranean habitations)'.

5.Yang berikut merupakan penulis yang disebut oleh al-Razi dalam


penulisannya:

(a) al-Misma'i, seorang Mutakallim, yang menentang 'kebendaan


(materialists)', dijawab oleh penulisan (treatise) al-Razi.

(b) Jarir, pakar perubatan yang mempunyai teori berkenaan 'Memakan


mulberries hitam selepas minum air tembikai'.

(c) al-Hasan ibn Mubarik al-Ummi, kepada mana al-Razi menulis dua
(epistles) dengan ulasan.

(d) al-Kayyal, seorang Mutakallim: al-Razi menulis buku


berkenaan Theori berkenaan Imam nya.

(e) Mansur ibn Talhah, sebagai pengarang buku "Makhluk", yang dikritik
oleh al-Razi.

(f) Muhammad ibn al-Laith al-Rasa'ili yang menentang alkhemist yang


dipertikai oleh al-Razi.

6. Ahmad ibn al-Tayyib al-Sarakhasi (m. 286/899), merupakan semasa


yang lebih tua pada al-Razi. Al-Razi mempertikai pendapatnya
mengenai 'rasa pahit'. Tambahan lagi dia membangkang gurunya
Ya'qub ibn Ishaq al-Kindi, berkenaan penulisannya, dalam mana dia
merendah-rendahkan alkhemist.
Sumbangannya kepada perubatan

Cacar lawan campak

Pakar perubatan Al-Razi telahpun menyedari mengenai pentingnya


kebersihan, seperti yang dapat dilihat dalam ketelitiannya ketika memilih
tapak hospital Audidi. Al-Razi telah menggantungkan daging yang baru
pada beberapa tempat yang dicadangkan sebagai tapak hospital Audidi
dan memilih tempat yang daging menjadi busuk paling lambat. Konsep
kebersihan udara dan tempat telah disedari oleh pakar perubatan Islam
masa itu.

Di Barat pula, ketika meletusnya Perang Crimea 1855, mereka yang


tercedera dirawat di dalam hospital yang berkeadaan kotor dan tidak
terurus. Apabila Florence Nightingale merawat mangsa perperangan
tersebut, konsep kebersihan masih tidak diberi penekanan dan hospital
tentera didirikan di atas pembentungan. Ini menyebabkan, walaupun
diberi penjagaan rapi oleh Florence Nightingale, jumlah kematian di
hospital tersebut lebih tinggi berbanding hospital lain. Siasatan pada
1855 menyimpulkan bahawa kematian tersebut disebabkan kebersihan
sekeliling (sanitasi) yang kurang baik.
Buku kimia karangannya

Buku pada alkimia

Buku Perubatan yang dikarang oleh al-Razi.

Ini adalah buku yang ditulis oleh al-Razi berkenaan kimia (alchemy),
kebanyakannya dalam bahasa Parsi:

 Modkhele Taalimi
 Elaleh Ma'aaden
 Isbaate Sanaa'at
 Ketabeh Sang
 Ketabe Tadbir
 Ketabe Aksir
 Ketabe Sharafe Sanaa'at
 Ketabe Tartib, Ketabe Rahat, Buku Mudah
 Ketabe Tadabir
 Ketabe Shavahed
 Ketabe Azmayeshe Zar va Sim (Ujian pada Emas)
 Ketabe Serre Hakimaan
 Ketabe Serr (Buku berkenaan Rahsia)
 Ketabe Serre Serr (Rahsia pada rahsia)
 Buku pertama berkenaan Ujikaji
 Buku kedua berkenaan Ujikaji
 Resaale'ei Be Faan
 Arezooyeh Arezookhah
 Surat kepada wazir Ghasem bin Abdullah
 Ketabe Tabvib

Rujukan dan bacaan lanjut

 M. M. Sharif, A History of Muslim Philosophy


 Paul Kraus, Opera Philosophica: this is the only edition of al-Razi's
philosophical books and fragments still extant. Abi Bakr Mohammadi
Filii Zachariae Raghensis or Opera Philosophica, fragmentaque
quae superssunt. Collegit et edidit Paulus Kraus. Pars Prior.
Cahirae MCMXXXIX. Only the first volume was published since
Kraus's suicide prevented the publication of the second volume for
which he already had gathered a great amount of material. This
material was transferred, after his death, to the Institut Francais
d'Archeologie Orientale, in Cairo; it still remains to be published.
 Walker, P. "The Political Implications of al-Razi's Philosophy", in C.
Butterworth (ed.) The Political Aspects of Islamic Philosophy,
Cambridge, MA: Harvard University Press, 61-94.(1992)
 Motazed, K. Mohammad Zakaria Razi
 Stolyarov II, H. "Rhazes: The Thinking Western Physician", in: The
Rational Argumentator, Issue VI.(2002) [1]

Bibliografi

Sumber Silam

 Ibn al-Nadim, Fihrist, (ed. Flugel), pp. 299 et sqq.


 Sa'id al-Andalusi, Tabaqat al-Umam, p. 33
 ibn Juljul, Tabaqat al-Atibba w-al-Hukama, (ed. Fu'ad Sayyid),
Cairo, 1355/1936, pp. 77-78
 al-Biruni, Epitre de Beruni, contenant le repertoire des ouvres de
Muhammad ibn Zakariya ar-Razi, publiee par P. Kraus, Paris, 1936
 al-Baihaqi, Tatimmah Siwan al-Hikma, (ed. M. Ghafi), Lahore,
1351/1932
 al-Qifti,Tarikh al-Hukama, (ed. Lippert), pp. 27-177
 ibn abi Usaibi'ah,Uyun al-Anba fi Tabaqat al-Atibba, Vol. I, pp. 309-
21
 abu al-Faraj ibn al-'Ibri (Bar-Hebraeus),Mukhtasar Tarikh al-Duwal,
(ed. A. Salhani), p. 291
 Ibn Khallikan, Wafayat al-A'yan,(ed. Muhyi al-Din 'Abd al-Hamid),
Cairo, 1948, No. 678, pp. 244-47
 al-Safadi, Nakt al-Himyan, pp. 249-50
 Ibn al-'Imad, Shadharat al-Dhahab, Vol. II, p. 263
 al-'Umari, Masalik al-Absar, Vol. V, Part 2, ff. 301-03 (photostat
copy in Dar al-Kutub al-Misriyyah).

Kajian Moden

 G. S. A. Ranking, The Life and Works of Rhazes, in Proceedings


of the Seventeenth International Congress of Medicine, London,
1913, pp. 237-68.
 J. Ruska, Al-Biruni als Quelle fur das Leben und die Schriften al-
Razi's, Isis, Vol. V, 1924, pp. 26-50.
 Al-Razi als Bahnbrecher einer neuer Chemie, Deutsche
Literaturzeitung, 1923, pp. 118-24.
 Die Alchemie al-Razi's der Islam, Vol. XXII,pp. 283-319.
 Uber den gegenwartigen Stand der Razi-Forschung, Archivio di
stori della scienza, 1924, Vol. V, pp. 335-47
 H. H. Shader, ZDMG, 79, pp. 228-35 (see translation into Arabic
by Abdurrahman Badawi in al-Insan al-Kamil,Islamica, Vol. XI, Cairo,
1950, pp. 37-44).
 E. O. von Lippmann, Entstehung und Ausbreitung der Alchemie,
Vol. II, p. 181.
 S. Pines, Die Atomenlehre ar-Razi's in Beitrage zur islamischen
Atomenlehre, Berlin, 1936, pp. 34-93.
 Dr. Mahmud al-Najmabadi, Shah Hal Muhammad ibn Zakariya,
(1318/1900) *Encyclopaedie des Islams, s. v. (by Ruska).
 Gamil Bek, Uqud al-Jauliar, Vol. I, pp. 118-27.
 Izmirli Haqqi, Ilahiyat, Fak. Macm., Vol. I, p. 151; Vol. II, p. 36, Vol.
III, pp. 177 et seq.
 Abdurrahman Badawi, Min Tarlkh al-Ilhad fi al-Islam Islamica, Vol.
II, Cairo, 1945, pp. 198-228.
 Hirschberg,Geschichte der Augenheilkunde, p. 101.
 E. G.Browne, Arabian Medicine, Cambridge, 1921, pp. 44-53.
 M. Meyerhof, Legacy of Islam, pp. 323 et seq.
 F. Wüstenfeld, Geschichte der Arabischen Arzte und
Naturforscher, ftn. 98.
 L. Leelerc, Histoire de la medicine arabe, Paris, 1876, Vol. I, pp.
337-54.
 H. P. J. Renaud, A propos du millenaire de Razes, in bulletin de la
Societe Irancaise d'Histoire de la medicine, Mars-avril, 1931, pp. 203
et seq.
 A. Eisen, Kimiya al-Razi, RAAD, DIB, 62/4.
 Aldo Mieli, La science arabe, Leiden, 1938, pp. 8, 16.

Nasr, Science and Civilization in Islam, see. Razes: The Secret of


Secrets, p.273, also pp.197-200, and Anawati: L'Alchemie arabe in
Rased.

 A.J. Arberry (transl.), The spiritual Physik of Rhazes (London, John


Murray 1950).

You might also like