You are on page 1of 4

Warta Media

UNTUK HEBAHAN SEGERA

Jelajah “Ignite Your Startup” untuk 360


peserta & mentor perniagaan bermula di
George Town minggu depan
Usahasama antara koperasi di Pulau Pinang, universiti di Kelantan, badan
kerajaan di Johor dan syarikat keusahawanan sosial di Kuala Lumpur dengan
Kedutaan Amerika Syarikat dan Kauffman Foundation untuk ratusan usahawan
Malaysia melalui program bengkel yang telah disertai oleh lebih 17,000 peserta di
20 negara dan telah menghasilkan lebih 560 syarikat perniagaan baru.

PULAU PINANG, 11 Oktober 2010

Buat pertama kali di Asia Tenggara, bengkel-bengkel yang diilhamkan melalui


program "Startup Weekend" dari Amerika Syarikat akan dijalankan sepanjang
sepuluh hari bermula di semenanjung Malaysia pada 19 hingga 28 Oktober 2010,
sebelum bersambung ke Singapura pada hari berikutnya, untuk menyemai inspirasi,
memberi panduan dan melatih seramai 360 usahawan mahupun bakal usahawan

Bengkel-bengkel ‘Ignite Your Startup’ di empat bandaraya ini akan dimulai dari
bahagian utara semenanjung, iaitu Pulau Pinang (dengan sesi perangkaian awal
pada petang 18 Oktober) dan akan berakhir di Johor Bahru di bahagian selatan tanah air, dan di diantaranya
ialah di Kota Bharu di bahagian timur laut dan di Kuala Lumpur di bahagian tengah.

Keempat-empat bengkel di Malaysia ini akan diselia oleh Marc Nager, salah seorang daripada pengarah
“Startup Weekend” yang berpusat di Seattle, Amerika Syarikat. Beliau telah memberi tunjuk ajar dan
membantu ratusan syarikat baru sepanjang tahun lepas sahaja. Kali ini beliau akan diterbangkan ke Malaysia
untuk membantu individu-individu yang mempunyai idea yang berpotensi untuk menjadi usahawan berjaya.
Startup Weekend yang baru-baru ini telah dianugerahkan geran pembangunan keusahawanan oleh Yayasan
Ewing Marion Kauffman telah pun mendidik lebih daripada 17,000 usahawan dan melahirkan lebih daripada
560 syarikat yang mana sepertiganya terus beroperasi selepas tiga bulan penubuhan.

“Salah satu daripada misi program Startup Day adalah untuk mengumpulkan 80 individu di setiap bandar,
yang beraspirasi sama, yakni mempunyai cetusan idea-idea untuk perniagaan baru, dan kami akan
menghubungkan setiap individu tersebut dengan individu lain yang mempunyai potensi untuk menjadi rakan
niaga melalui pembentukan beberapa kumpulan tertentu dan menemukan setiapnya dengan mentor yang
berpotensi dan ideal untuk industri masing-masing. Kami namakan program ini sebagai ‘Co-Founder Dating!’
ataupun ‘Suaikenal Pengasas’”, kata Nasir Sobri, Pengerusi Koperasi Usahawan Muda Pulau Pinang Bhd
(KUMUDA), salah satu daripada entiti yang bekerjasama di peringkat negeri untuk program ini.

Beliau berpendapat bahawa rakyat Malaysia harus mendorong dan menyokong para belia mahupun
sesiapapun baik muda atau berusia, untuk memulakan perniagaan masing-masing, walaupun ketika masih
bekerja di dalam sektor kerajaan ataupun sektor swasta supaya dapat mempertingkatkan status sosial dan
ekonomi setempat terutamanya di kawasan-kawasan di luar Lembah Klang.

Laman 1 / 4
“Kami amat berbesar hati kerana diberi penghormatan untuk menjadi organisasi
yang bertanggungjawab untuk menghoskan hentian Jelajah ‘Ignite Your Startup’
yang pertama, bersama-sama dengan penaja utama, Pihak Berkuasa Pelaksanaan
Koridor Utara (NCIA). Bandar George Town dipilih kerana ia merupakan salah satu
daripada bandar warisan yang diiktiraf oleh UNESCO di mana para peserta, mentor
dan para penyelaras program akan dapat menikmati keindahannya.” tambah beliau
lagi yang memperkenalkan KUMUDA sebagai sebuah “koperasi startup!” yang baru
berusia setahun dan berasal dari desa Balik Pulau, Pulau Pinang.

Jelajah “Ignite Your Startup” ini dibawakan oleh Global Entrepreneurship Sdn Bhd,
sebuah anak syarikat milik Warisan Global Sdn Bhd yang telah bertapak selama
sepuluh tahun kini, yang amat berpengalaman di bidang projek komuniti yang
melibatkan pembangunan ekonomi dan sosial termasuk di kawasan luar bandar.

Dhaksinamoorthy “Dash” Balakrishnan, Ketua Pegawai Eksekutif Warisan Global


yang telah mewakili Malaysia di Sidang Kemuncak Keusahawanan bersama Presiden
Amerika Syarikat di Washington DC pada awal tahun ini, yang mana syarikat beliau
telah menjadi hos Malaysia untuk kempen Minggu Keusahawanan Global sejak
tahun 2008, akan menghoskan bengkel tiga hari Startup Weekend di Kuala Lumpur.

Menurut Dash, “Jelajah ‘Ignite Your Startup’ merupakan salah satu aktiviti utama ke
arah sambutan Minggu Keusahawanan Global di Malaysia, yang dijadualkan untuk
berlangsung di berpuluh bandar dan desa di seluruh negara termasuk Sabah dan
Sarawak pada 8 hingga 14 November nanti.”

Tambah beliau, “Siri Jelajah Ignite Your Startup ini yang diinspirasikan dari Startup
Weekend telah diadakan di lebih daripada 100 bandar-bandar utama di lebih 25
negara, dan telah menjadi inspirasi kepada lebih daripada 17,000 usahawan, malah telah melahirkan lebih
daripada 560 syarikat baru. Ini adalah peluang yang tak wajar untuk dilepaskan!”

Bengkel Startup Day akan dijalankan di Pulau Pinang (di Hotel Sunway, Georgetown 18 & 19 Oktober),
Kelantan (di Dewan Keusahawanan Terbuka, Universiti Malaysia Kelantan – 26 & 27 Oktober), Johor (di Pusat
Konvensyen Antarabangsa Persada – 28 Oktober) dan akan berada di Kuala Lumpur selama tiga hari (di Taman
Teknologi Plug & Play – 22 hingga 24 Oktober).

Di Pulau Pinang, YBhg Dato’ Redza Rafiq, Ketua Eksekutif Koridor Utara dijangka hadir untuk membuka tirai
Startup Day bersama-sama lebih daripada 100 orang usahawan dan bakal-bakal usahawan yang mengambil
bahagian.

Misi utama program ini adalah untuk melahirkan sekurang-kurangnya sepuluh syarikat baru di setiap bandar di
mana acara ini diadakan.

Program ini disokong oleh Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur dan MSC Malaysia, yang mana peserta
jelajah ini berpeluang untuk menyertai ‘Startup Open Challenge’ yang menjanjikan hadiah utama pembiayaan
ke California, Amerika Syarikat selama seminggu untuk belajar di beberapa syarikat di Lembah Silikon.

Individu yang berminat untuk menyertai bengkel ini ataupun menjadi mentor untuk usahawan baru yang bakal
lahir daripada program Startup Day ini dijemput untuk ke http://startupday.pp.my ataupun menghubungi
sekretariat KUMUDA, Cik Atiqah/En. Hadi, di talian 04-866-2706 (Isnin – Jumaat, 9 Pagi – 5 Petang), 04-866-
0098 (Ahad – Jumaat, 2 Petang – 10 Malam) dan 010-547-4044 ataupun melalui email ke
startupp@kumuda.org.

Laman 2 / 4
KUMUDA juga ada menyediakan sebuah laman Facebook untuk acara ini di http://
facebook.com/event.php?eid=118292004893168 dan menjemput orang ramai untuk
menjadi peminat di laman Jelajah “Ignite Your Startup” di
http://facebook.com/startuptour. Para pengguna Twitter juga dapat mengikuti
program ini di http://twitter.com/startupweekend ataupun dengan tag #startupp
untuk berinteraksi sesama peserta.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Startup Weekend, sila rujuk
http://startupweekend.org.

TAMAT -

Disediakan oleh: Koperasi Usahawan Muda Pulau Pinang Bhd (KUMUDA)

Pegawai Perhubungan Media:

Nur Atiqah Mohd Suhaimi


Pengurus – Komunikasi Strategik
Koperasi Usahawan Muda Pulau Pinang Bhd (KUMUDA)
d/a Pusat Internet Desa, Bgn Pejabat Pos Malaysia Bhd, 11000 BALIK PULAU, PP

Tel/Faks: 04-866-2706 (I-J 9:15pg – 5:30ptg) / 04-866-0098 (A-J 2ptg-10mlm)


SMS: +60 10-547-4044
Emel: atiqah@kumuda.org

In Penang, Startup Day is organized by Koperasi Usahawan Muda Pulau Pinang Bhd (KUMUDA - Penang Young Entrepreneurs
Co-operative) and is sponsored by the Northern Corridor Implementation Agency (NCIA) - http://kumuda.org (Cik Atiqah, En.
Hadi or En. Nasir - 04-866-2706 / 04-866-0098 / 010-547-4044 / startupp@kumuda.org)

In Kelantan, Startup Day is organized by Universiti Malaysia Kelantan (UMK). http://umk.edu.my (Pn. Wan Tik -
wantik@umk.edu.my - 019-983-4219 )

In Johor, Startup Day is organized by the Iskandar Regional Development Authority (IRDA). http://www.irda.gov.my (En.
Ridzuan - ridzuan@irda.com.my)

In Kuala Lumpur, Startup Weekend is organized by Global Entrepreneurship Sdn Bhd and will be hosted by Plug & Play
Technology Garden. http://warisanglobal.com (Ms. Vivian - vivian@gewmalaysia.com - 012-307-0658)

Lain-lain pewartaan berkaitan:-

Grant to expand organization's successful model (Sept 29, 2010)


http://www.kauffman.org/newsroom/kauffman-foundation-partners-with-startup-weekend-to-help-educate-
entrepreneurs.aspx

Singapore Startup Weekend – Oct 29-31 (Sept 28, 2010)


http://sgentrepreneurs.com/events/2010/09/28/singapore-startup-weekend-oct-29-31/

Startup Weekend: 48-hour labor for business births (June 14, 2010)
http://abcnews.go.com/Business/wireStory?id=10912825

Laman 3 / 4
Laman 4 / 4

You might also like