You are on page 1of 8

KAJIAN TINDAKAN

OLEH: HALIMAH BINTI MOHAMAD


SMK TAMAN PELANGI INDAH, JOHOR BAHRU
PENGARUH PENGAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM
BAHASA INGGERIS DAN BAHASA MELAYU TERHADAP
PENCAPAIAN PELAJAR

Oleh :

HALIMAH BINTI MOHAMAD


Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Pelangi Indah
Ulu Tiram, Johor.

ABSTRAK
Sains dan matematik merupakan antara matapelajaran penting di sekolah.
Matapelajaran ini menjadi aspek penting dalam menentukan kemasukan pelajar
dalam aliran sains. Sejak kebelakangan ini banyak isu yang diperkatakan
tentang penggunaan Bahasa Inggeris dalam matapelajaran ini. Selaras dengan
itu satu kajian tindakan telah dilaksanakan untuk mengkaji keberkesanan
penggunaan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu dalam mata pelajaran Sains
dan Matematik. Dengan ini kajian telah dijalankan ke atas pelajar tingkatan 3.
iaitu 3A1 dan 3D1 dalam matapelajaran Sains. Satu kelas pandai dan satu kelas
lemah dipilih untuk menentukan sama ada perbezaan ketara dalam pencapaian
pelajar adalah disebabkan oleh kelemahan pelajar dalam matapelajaran Sains
semata mata atau lebih dipengaruhi oleh penggunaan Bahasa Inggeris. Pelajar
telah diberikan ujian dalam Bahasa Inggeris dan Dwibahasa beserta soal selidik
terhadap pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik
dalam Bahasa Inggeris. Selepas itu analisis dibuat terhadap maklumbalas
pelajar melalui keputusan ujian serta soal selidik pelajar.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Umum
1. Menentukan sama ada penggunaan Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu
yang lebih berkesan bagi mempertingkatkan pencapaian pelajar dalam
matapelajaran Sains dan Matematik.

Objektif Khusus
1. Meningkatkan pemahaman dan pencapaian pelajar dalam matapelajaran
Sains dan Matematik.
2. Meningkatkan minat pelajar terhadap matapelajaran Sains dan Matematik
3. Menentukan Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu lebih sesuai untuk
mengajar pelajar yang lemah

KUMPULAN SASARAN
Kajian ini sebenarnya boleh dijalankan ke atas mana-mana pelajar dari
tingkatan 1 hingga 5, kerana kesemua pelajar ini mempelajari Sains dan
Matematik. Saya telah memilih pelajar tingkatan 3 untuk kajian ini. Responden
kajian terdiri daripada satu kelas pandai iaitu tingkatan 3A1 yang terdiri daripada
36 orang pelajar dan satu kelas lemah iaitu 3D1 yang terdiri daripada 32
pelajar.
INSTRUMEN SERTA SKOP KAJIAN
Antara instrument kajian yang digunakan adalah seperti yang dinyatakan di
bawah :-
1. Soal selidik murid ( untuk disi oleh murid)
2. Satu salinan kertas ujian murid dalam Bahasa Inggeris
3. Satu salinan kertas ujian murid dalam Dwibahasa

Soalan yang dikemukakan dalam ujian ini merangkumi topik satu hingga topik
empat dalam Sukatan Pelajaran Sains.

PERLAKSANAAN KAJIAN
1. Menetapkan tingkatan 3 sebagai sampel. Memilih tingkatan 3A1 dan 3D1
sebagai responden untuk kajian.
2. Memperbanyakkan Soal Selidik Murid mengikut jumlah bilangan pelajar
dalam tingkatan 3A1 dan 3D1
3. Memperbanyakkan Kertas Ujian dalam Bahasa Inggeris mengikut separuh
daripada jumlah murid dalam kelas 3A1 dan 3D1
4. Memperbanyakkan Kertas Ujian dalam dwibahasa mengikut separuh
daripada jumlah murid dalam kelas 3A1 dan 3D1
5. Pelajar tingkatan 3A1 dan 3D1 dimaklumkan mengenai ujian yang akan
dijalankan. Pelajar diberitahu mengenai skop soalan serta tarikh ujian.
6. Mentadbir ujian 1 minggu selepas pelajar dimaklumkan tarikh ujian. Separuh
daripada pelajar kelas diberikan kertas ujian dalam Bahasa Inggeris dan
Separuh lagi diberikan kertas ujian dalam dwibahasa.
7. Setiap pelajar diminta menjawab kertas soal selidik yang disediakan pada
hari berikutnya.
8. Menanda kertas jawapan pelajar mengikut skema jawapan.
9. Merekodkan markah pelajar serta melakukan analisa.
KEPUTUSAN MARKAH 3A1 DAN 3D1
NAMA KELAS :  3A1
NAMA GURU :  HALIMAH BINTI MOHAMAD 
NAMA SEKOLAH : SMK TAMAN PELANGI INDAH 
SUBJEK :  SAINS
KERTAS UJIAN :
BI
L
NAMA MARKAH BAHASA INGGERIS(1)
DWIBAHASA (2)
1 ABDUL HAKIM B.SALIM 62 2
2 BRADLEY ONG WEI REN 72 1
3 CHONG WEN HAO 70 2
4 DANIEL ADHWA B.MOHD.KAMIL 63 2
5 LEE JIA ZHENG 82 1
6 LUQMANUL HAKIM B. ZULKEFLEE 54 2
7 MARTINE HAKIM B.MUHAMMAD ELYAS LIM 74 2
8 MOHAMAD AZRIN B.KAMARI 65 1
9 MOHD AMIRUL ADHA YAP BIN MOHD FAHMI 50 2
10 MUHAMMAD HILMI HAZWAN B KAMARUDIN 43 1
11 PEH SHI HONG 78 1
12 SHAH REZA B.JASNI 76 2
13 TAN ZHI YEAN 64 1
14 VICTOR TAN CHUN HOW 84 1
15 WOODY CHUA ZHI XIONG 80 2
16 CHEW YEE CHIA CINDY 65 2
17 CHOO YI VEN 58 1
18 DORICE TRA ANAK LIAM 60 2
19 GLADYS GAW SHU YIN 82 2
20 JAYA RANI A/P THANIMALAI 75 1
21 JENNIFER TEN LI PING 68 2
22 JOEY GOH YI EN 66 1
23 LAM WAN TING 72 1
24 MANISHAH NAIDU A/P SEENIVASAN 74 2
25 NAQUIAH BT.KHALID 68 1
26 NG SIM YEE 68 2
27 NURUL SHAFIKHA BT BADRUL HISHAM 78 1
28 ONG HUI YUN 84 2
29 SAFRIDAH BT.SAIFON 66 2
30 SIAK AN CHEE 62 2
31 SITI NURUL HIDAYAH BT.SHAMSUDIN 74 1
32 SUHASHINI A/P JEYASIMMAN 74 1
33 TAN SUE JIN 63 1
34 TEE PHAE HOON 60 2
35 TEH KAI XYAN 70 1
36 TEOH ZI LER 76 2

NAMA KELAS 3D1


NAMA GURU HALIMAH BINTI MOHAMAD 
NAMA SEKOLAH SMK TAMAN PELANGI INDAH 
SUBJEK   SAINS
KERTAS UJIAN :
BIL NAMA MARKAH BAHASA INGGERIS(1)
DWIBAHASA (2)
1 BALAMURUGAN A/L KUMARAGURU 38 2
2 CHONG WEN QING 44 1
3 LENG KHAI SIN 48 2
4 LOO KAI CONG 42 2
5 LOW JIA JUN 40 1
6 MOHAMAD AZRESHAM B.YUSLI 56 2
7 MOHAMAD FIRDAUS B. M. ANUAR 54 2
8 MOHAMAD KAZAM B. KAMIS 15 1
9 MOHAMAD SYAZWAN B.ABDUL HAMID 53 2
10 MOHAMAD YUSUF B.ROSLI 28 1
11 MUHAMMAD ALIF B. ISMAIL TIDAK HADIR 2
12 MUHAMMAD HANAFI BIN ABDUL RAHIN 1
13 TAN BING ZHANG 42 1
14 TAN KAI TIK 52 1
15 TEY SIANG LIM TIDAK HADIR 2
16 YAP HAN CONG 36 2
17 CHAN MEI QIE 50 1
18 CHEW PEI XIAN 42 2
19 CHUAH JAI QING 38 2
20 KRISHNAVENI A/P MUNIANDY 46 1
21 LAU YEE SHEN 42 2
22 LOH JIE LING 52 1
23 MAA YI MEI 34 1
24 NG HUI YING 42 2
25 NG SHI YING 44 1
26 NOOR IDARINA BT MAT NOR 56 2
27 NUR AFEEQAH BT NORIZAT 38 1
28 NUR IZZATI BINTI SANUDIN 48 2
29 NUR SYAHIDA AMIRA BT.NORIZAN 58 2
30 NURSYAHIRAH BT.MOHAMED ISMAIL
31 SIM CHIAT YIN
32 SITI NURJANAH BT KAMARUZAMAN
DAPATAN KAJIAN

Hasil analisa ke atas kertas ujian kelas cemerlang iaitu 3A1 didapati
bahawa purata markah sebanyak 60.5% diperolehi bagi ujian yang dijalankan
dalam Dwibahasa manakala bagi ujian dalam Bahasa Inggeris pula purata
markahnya adalah 75.7% sahaja. Puarata markah bagi ujian dalam Bahasa
Inggeris lebih tinggi, iaitu lebih kurang 15.2%. Ini menunjukkan pelajar pandai
lebih cenderung untuk belajar Sains dalam Bahasa Inggeris. Antara sebabnya
ialah, mereka berpendapat bahawa Sains dalam Bahasa Inggeris menjanjikan
masa depan yang cerah dan boleh dijadikan asas apabila mereka melanjutkan
pelajaran di institut pengajian tinggi. Mereka lebih mudah untuk memahami
bahan rujukan yang kebanyakkanya dalam Bahasa Inggeris.
Hasil analisa ujian terhadap kelas lemah iaitu 3D1 didapati bahawa purata
markah bagi ujian Dwibahasa ialah 56.6% manakala ujian dalam Bahasa
Inggeris pula purata markahnya ialah 43.3% sahaja. Bagi kelas lemah terdapat
perbezaan purata markah yang ketara di antara ujian dalam Dwibahasa dan
ujian dalam Bahasa Inggeris iaitu lebih kurang 13.3%. Ini bermakna pelajar 3D1
lebih mudah faham soalan Sains dalam Bahasa Melayu Hasil analisa yang
dibuat ke atas kertas soal selidik pelajar 3D1, jelas menunjukkan bahawa
mereka lebih cenderung mempelajari Sains dalam Bahasa Melayu. Ini
disebabkan ramai pelajar 3D1 adalah terdiri daripada pelajar melayu. Mereka
lebih faham isi pelajaran dalam Bahasa Melayu dan seterusnya dapat menarik
minat mereka terhadap pembelajaran Sains dan Matematik.

REFLEKSI
Melalui ujian serta soal selidik yang dijalankan, pelajar lemah didapati lebih
cenderung menjawab ujian dalam Bahasa Melayu. Ini jelas melalui markah
pelajar yang menjawab ujian dalam Dwibahasa jauh lebih tinggi jika
dibandingkan dengan markah pelajar yang menjawab ujian dalam Bahasa
Inggeris. Kecenderungan ini lebih ketara dalam kalangan pelajar melayu
dibandingan pelajar cina dan india. Bagi kelas cemerlang pula pelajarnya lebih
cenderung menjawab soalan dalam Bhasa Inggeris

CADANGAN
Daripada hasil dapatan kajian, didapati bahawa pengajaran dan pembelajaran
Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris wajar diteruskan untuk kelas
cemerlang dan sederhana. Bagi kelas lemah atau galus pula, pengajaran dan
pembelajaran wajar dilaksanakan sepenenuhnya dalam Bahasa Melayu. Dari
aspek ujian pula, Sains dan Matematik lebih sesuai ditadbir dalam Dwibahasa
bagi semua kumpulan pelajar. Ini dilakukan untuk memotivasikan para pelajar
agar mereka lebih berminat untuk mempelajari mata pelajaran Sains dan
Matematik.

You might also like