You are on page 1of 18

PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2010

SEJARAH
KERJA KURSUS

Kertas 2

SATU PERAYAAN
TRADISI KAUM
DI MALAYSIA

MUHAMMAD HAFIZZUDIN BIN HISHAMMUDIN

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI TITIWANGSA

KUALA LUMPUR
ELEMEN 1
Senarai fakta sejarah yang diperoleh

daripada pelbagai sumber dicatat diruangan rujukan

dan salinan dokumen sumber disertakan sebagai lampiran.


ELEMEN 2

TAJUK KAJIAN

PERAYAAN TRADISI KAUM DI MALAYSIA

(SAMBUTAN TAHUN BARU CINA)


SENARAI KANDUNGAN

BIL. KANDUNGAN MUKA SURAT

1. Tajuk Kajian: Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia i

(Sambutan Tahun Baru Cina)


2. Senarai Kandungan ii

3. Penghargaan 1

4. Objektif Kajian 2

5. Kaedah Kajian

6. Hasil Kajian

6.1. Perayaan Tradisi

6.2. Latar Belakang`

6.3. Persiapan Sambutan Perayaan

6.4. Kesan Perayaan

7. Rumusan

8 Lampiran

9. Rujukan
PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan berkat dan keizinanNya, saya

Muhammad Hafizzudin bin Hishammudin telah berjaya menyelesaikan kerja kursus ini

dengan jayanya seperti mana kehendak Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran

Malaysia.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Puan Pengetua SSNWP SMK Seri

Titiwangsa, Datin Azizah binti Sulaiman kerana telah memberikan sokongan kepada saya

untuk menjalankan kajian ini.

Tidak lupa guru matapelajaran Sejarah kami, Puan Nor Hafizah kerana telah memberikan

tunjuk ajar dan panduan untuk menjalankan kajian ini mengikut kriteria yang ditetapkan.

Tidak lupa juga penghargaan kepada kedua ibubapa saya iaitu Hishammudin bin Kaiyim

dan Latifah binti Abdullah yang sanggup mengorbankan masa untuk membantu saya

serba sedikit sepanjang kajian ini dijalankan. Di samping itu, ucapan terima kasih juga

diatas kerjasama daripada rakan-rakan saya iaitu Muhammad Nafiz bin Muhd Nor dan

Muhammad Amirul Adhwa bin Razmi yang dihargai.

Akhir sekali, terima kasih kepada semua pihak yag terlibat secara langsung dan tidak

langsung dalam menyiapkan kerja kursus ini akan memberikan sedikit sebanyak impak

ilmu dalam pembangunan modal insan dan akan menjadi pedoman hidup kita.
OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian yang dijalankan ialah :-

 Dapat mengetahui sejarah sambutan perayaan Tahun Baru Cina.

 Dapat mengetahui tentang upacara khusus dalam sambutan perayaan Tahun Baru Cina.

 Dapat berbangga dan bersyukur dilahirkan sebagai rakyat Malaysia yang menyambut

pelbagai perayaan di negara ini.


KAEDAH KAJIAN

Beberapa kaedah telah dijalankan untuk kerja khusus sejarah ini. Diantaranya ialah :-

1. Melayari Internet

Saya telah mendapatkan maklumat tentang tempoh perayaan, tujuan dan pantang

larang perayaan Tahun Baru Cina di alamat:-

http://mswikipediaorg/wiki/Tahun_Baru_Cina

http://kedah/edu.my

http:/malaysiana.pnm.my

2. Analisis Dokumen

Saya telah menganalisi dokumen Tahun Baru Cina tentang upacara khusus dan

persiapan sebelum perayaan di dalam surat khabar dan majalah di Perpustakaan

Negara Malaysia.

3. Temubual

Saya telah menemuramah Encik Lee Chong Yue, jiran kediaman saya di Kristal

Height, Taman Seri Gombak.


Hasil Kajian

Nama perayaan/Nama lain

Nama perayaan bagi perayaan bagi orang cina ialah Tahun Baru Cina atau

dalam sebutan bahasa mandarin ialah “Gong Xi Fa Chai”. Tahun Baru Cina

merupakan perayaan yang paling penting bagi orang Cina. Contohnya seperti Hari

Raya Aidilfitri untuk kaum Melayu dan Deepavali untuk kaum India. Tahun Baru

Cina adalah hari pertama bulan satu bagi Imlek Cina,tetapi aktiviti perayaan Tahun

Baru Cina bukanlah pada hari itu sahaja, biasanya Aktiviti perayaan Tahun Baru

Cina berlangsung selama beberapa hari berikutnya. Tahun Baru Cina juga secara

umumnya dipanggil “Guonian”.


Pihak/Etnik/Kaum yang terlibat

Tahun Bary Cina sahaja didirikan oleh kaum Cina di merata dunia malah turut

dirayakan Korea, Vietnam, Mongol dan Miao yang dipengaruhi oleh China dari

segi kebudayaan dan keagamaan maka turut memakai kelender qamari Cina. Di

China, bukan sahaja etnik Han yang merayakan Tahun Baru Cina, etnik yang lain

termasuk etnik Manzu, Mongol, Zhuangzu, Gaoshan, Hezhe, Hani Daur, Dongzu,

Lizu dan lain-lainnya juga mempunyai adat resam untuk merayakan Tahun Baru

Cina.
Tarikh/Tempoh masa dirayakan

Perayaan tahun baru cina akan berlarutan labih kurang selama setengah

bulan, selepas merayakan hari Cap Goh Mei yang jatuh pada 15 haribulan bulan

satu Imlek baru Perayaan Tahun Baru Cina mengikut Kalendar Lunar Cina yang

terbahagi kepada kitaran 12 tahun yang dinamakan sempena nama haiwan. Pada

tahun 2010, Tahun Baru Cina telah disambut pada 14 Febuari 2010. Tarikh hari

Tahun Baru Cina dari 1996 hingga 2009 (dalam kalendar Gregory) adalah

disenaraikan sperti berikut, bersertakan lambang haiwan dalam zodiak Cina dan

lambang dahan buminya. Nama-nama dahan bumi tersebut bukan perkataan bahasa

Cina bagi haiwan-haiwan tersebut.

Haiwan Dahan bumi Tarikh

Tikus 子 zǐ 19 Februari 1996 7 Februari 2008

Lembu 丑 chǒu 7 Februari 1997 26 Januari 2009

Harimau 寅 yín 28 Januari 1998 14 Februari 2010

Arnab 卯 mǎo 16 Februari 1999 3 Februari 2011

Naga 辰 chén 5 Februari 2000 23 Januari 2012

Ular 巳 sì 24 Januari 2001 10 Februari 2013

Kuda 午 wǔ 12 Februari 2002 31 Januari 2014

Kambin 未 wèi 1 Februari 2003 19 Februari 2015


g

Monyet 申 shēn 22 Januari 2004 8 Februari 2016

Ayam 酉 yǒu 9 Februari 2005 28 Januari 2017

Anjing 戌 xū 29 Januari 2006 16 Februari 2018

Khinzir 亥 hài 18 Februari 2007 5 Februari 2019


Tujuan Perayaan

Tujuan sambutan Tahun Baru Cina diadakan adalah untuk menyambut tahun

baru dalam kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan

dinamakan sempena nama haiwan. Namun jika menurut pandangan orang Cina.

Tahun Baru Cina merupakan perayaan untuk meyambut musim bunga. Apabila

musim bunga datang, pemandangan berubah dan penanaman padi dimulakan,

orang Cina dengan pelbagai cara yang bahagia untuk merayakan perayaan

tradisional yang paling meriah dalam sepanjang tahun. Perayaan Tahun Baru Cina

ini disambut bertujuan untuk meraikan ketibaan tahun yang baru yang merupakan

titik permulaan dalam nasib dan kehidupan.


LATAR BELAKANG

Sajarah/ Asal-usul perayaan

Megikut sejarah yang lama perayaan ini berasal daripada amalan memuja

dewa dan juga nenek moyang sempena hujung dan permulaan tahun batu di China

pada zaman kuno. Pada zaman kuno, tahun baru cina dipanggil “Yuanti”,

“Yuandan” atau “Tahun Baru”. Sebelum Dinasti Qin, tarikh perayaan permulaan

sesuatu tahun adalah tidak jelas. Ada kemungkinan bahawa awal tahun bermula

dengan bulan 1 ketika Dinasti Xia, bulan 12 ketika Dinasti Shang dan bulan 11

ketika Dinasti Zhou di China. Namun, adalah diketahui bahawa “bulan lompat”

yang memastikan kalendar qamari selari dengan matahari, sentiasa ditambah

selepas bulan 12 ketika Dinasti Shang (menurut catatan tulang orakel yang masih

wujud) dan Zhou (menurut Sima Qian). Selepas revolusi pada tahun 1911, kerajaan

pada waktu itu secara rasmi menetapkan hari pertama pada bulan satu Imlek

sebagai Tahun Baru Cina yang disambut sehingga sekarang.

Menurut mitos orang Cina dahulu kala, iaitu setiap 12 tahun pada musim

sejuk. Raksasa Nian akan keluar membuat kacau dan memburu manusia dan orang

ramai kemudiannya percaya bahawa raksasa Nian sukar menahan bunyi bising dan

warna merah, maka mereka mengusir dengan letupan bunga api dan penggunaan

warna merah secara meluas. Kejayaan menghalau raksasa tersebut diraikan

bersempena dengan kedatangan tahun baru mengikut kalendar cina.


Upacara khusus dalam perayaan

Terdapat beberapa upacara yang diadakan dalam perayaan Tahun Baru

Cina. Antaranya ialah jamuan bersama-sama semua ahli keluarga mereka pada

malam sebelum Tahun Baru Cina sama ada tinggal di rumah atau jauh dari kampung

halaman. Selain itu, tarian singa akan diadakan sama ada di rumah ataupun di keadi

mereka untuk menghalau puaka, nasib malang atau tuah buruk dan juga musibah.

Pada hari kedua perayaan, mereka akan menyaksikan anak perempuan mereka yang

telah berkahwin untuk menziarahi ibubapa kandung mereka. Pada hari yang kelima

belas merupakan hari terakhir untuk menyambut Tahun Baru Cina yang diraikan

sebagai Yuánxiāo jié ataupun dipanggil hari sambutan Chap Goh Mei. Pada hari

tersebut mereka akan makan bersama-sama keluarga sekali lagi.


Individu yang mengetuai upacara khusus

Kebiasaannya orang yang akan mengetuai setiap upacara khusus ialah tuan

rumah ataupun orang yang paling tua di dalam sesuatu keluarga tersebut.

Tempat khusus sambutan dijalankan

Sambutan Tahun Baru Cina kebiasaannya dijalankan di rumah kedua

orang tua kita. Selain itu, ada juga orang Cina yang menyambut Tahun Baru Cina di

tempat kerja mereka kerana ingin menguruskan hal-hal yang penting tetapi selepas

mereka selesai menggunakan kerja mereka. Mereka harus pulang ke rumah untuk

menyambut bersama-sama keluarga.


Persiapan Sambutan Perayaan

Sebelum Perayaan

Pada hari-hari sebelum Tahun Baru Cina, keluarga masyarakat Cina akan

membersihkan rumah mereka secara meyeluruh kerana mereka percaya bahawa

pembersihan ini menghalau nasib malang dan musibah yang menimpa pada tahun

yang berlalu serta menyediakan rumah mereka untuk menjemput nasib baik.

Penyapu dan pengumpul habuk disimpan pada malam sebelum Tahun Baru Cina dan

hari pertama agar nasib baik itu tidak boleh disapu keluar. Ada orang yang mengecat

rumah, pintu dan sisi tingkap dengan warna merah. Rumah dihiasi potongan kertas

yang ditulis pepatah mengucap kebahagiaan dan kemakmuran dalam bahasa cina.

Acara terbesar pada malam Tahun Baru Cina ialah jamuan pertemuan semula.

Hidangan yang terdiri daripada ikan terdapat di atas meja makan untuk tujuan

paparan sempena jamuan ini. Di China Utara, adalah juga menjadi adat untuk

memakan ladu untuk jamuan ini. Ladu melambangkan kemewahan kerana bentuknya

berupa tongkol emas Cina. Ang pau bagi ahli terdekat dalam keluarga kadang-

kadang akan diberi sewaktu jamuan pertemuan semula. Paket ini sering

mengandungi duit dalam bilangan nombor tertentu yang mencerminkan tuah dan

kehormatan.

You might also like