You are on page 1of 21

FARIHAH BT ABDUL RAHMAN

700620025928002
BTPE SEMESTER MEI 2010
HBIS 1203 PENDIDIKAN ISLAM PRASEKOLAH & TAHUN 1

PENDAHULUAN

Pembentukkan iman, Islam dan ihsan adalah penting dalam kehidupan setiap individu. Ianya
merupakan tonggak utama bagi setiap insan dalam menjalani liku-liku kehidupan dunia yang penuh
dengan pancaroba. Kebanyakkan manusia dapat membentuk dan memiliki tahap keimanan dan
keislaman yang jitu dan mantap tapi dalam memiliki dan membentuk sifat ihsan dalam kehidupan
adalah sukar serta memerlukan penghayatan yang mendalam. Ini adalah kerana pembentukan Ihsan
yang sempurna merupakan idaman dan impian setiap muslim. Sebenarnya ihsan dalam Islam antara
komponen yang terpenting yang menjadikan seseorang itu Muslim yang sempurna. Sebuah hadis
Rasulullah SAW, yang panjang ada mengisahkan tentang kunjungan Jibril a.s. bertemu Rasulullah
SAW. bertanyakan sesuatu tentang iman, Islam dan ihsan. Menjawab soal mengenai ihsan, baginda
bersabda,

“Bahawa kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya dan jika kamu tidak dapat
melihat Allah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat kamu.”

Berdasarkan hadis itu, ihsan ialah satu sikap yang mesti dimiliki oleh umat Islam baik semasa
bergaul dengan manusia mahupun dengan Allah S.W.T. Mereka yang memiliki sikap ihsan ini
sentiasa merasai Allah S.W.T. melihatnya malah ada yang boleh merasai melihat Allah S.W.T.
Melalui hadis ini, umat Islam diajar supaya melakukan sesuatu pekerjaan dengan penuh ketekunan
seperti sedang berhadapan dengan Allah S.W.T. Ibaratnya seorang pekerja berhadapan dengan
bosnya, sudah tentu dia akan melakukan pekerjaan dengan bersungguh-sungguh. Mereka yang
boleh bersikap begitu dalam setiap kerjanya, pasti dia boleh bersikap yang sama sewaktu
melakukan kerja-kerja kebajikan yang lain. Malah mereka yang dapat melakukannya dengan
seikhlas hati tanpa sebarang publisiti.

Kefungsian ihsan dalam kehidupan mempunyai skop yang sangat luas, justeru itu dalam penulisan
ini hanya akan membincangkan konsep ihsan dan kefungsian ihsan dalam enam kategori iaitu, ihsan
dalam beribadat, ihsan dalam pekerjaan, ihsan terhadap diri sendiri, ihsan sesama insan, ihsan
dengan binatang, ihsan dengan alam sekitar, serta prinsip-prinsip dan ciri-ciri ihsan. Semoga al
ihsan dapat dibudayakan dalam kehidupan seharian. Huraian ihsan ini akan dibuat berdasarkan peta
minda di bawah:-
FARIHAH BT ABDUL RAHMAN
700620025928002
BTPE SEMESTER MEI 2010
HBIS 1203 PENDIDIKAN ISLAM PRASEKOLAH & TAHUN 1

1. DEFINISI
Dalam Kamus Dewan “Ihsan” dijelaskan dengan mengambil kira makna hadis di atas ketika
menjelaskan maknanya dengan “beribadat kepada Allah dengan menyedari bahawa seseorang
itu berhadapan dengan Allah Subhanahu Wataala yang sentiasa melihatnya.” “Ihsan” juga
bererti kebaikan, kebajikan, kemurahan hati (lawan bakhil) seperti dalam Kamus Besar Bahasa
Melayu Utusan atau “Ihsan” juga bererti perbuatan (derma dan sebagainya) yang baik,
kebaikan, kemurahan hati, kebajikan, kedermawanan seperti dalam Kamus Bahasa Melayu
Nusantara.

Dalam al-Quran perkataan al-ihsan asalnya daripada perkataan: ahsana, yuhsinu, ahsin, ihsanan
dan setidaknya ada 12 ayatnya yang mengandungi lafaz ihsan/ihsanan yang menunjukkan
kepada perbuatan baik dan kebaikan yang lebih daripada yang sepatutnya atau yang sama
maksudnya. Ada kira-kira sebanyak 38 ayat lagi menunjuk kepada pujian dan penghargaan
tinggi kepada pelakunya dengan lafaz muhsin, muhsinun, muhsinin, muhsinat. Selanjutnya ada
pula lafaz lain yang juga berkaitan dengan al-ihsan itu. Semuanya membawa pengertian
FARIHAH BT ABDUL RAHMAN
700620025928002
BTPE SEMESTER MEI 2010
HBIS 1203 PENDIDIKAN ISLAM PRASEKOLAH & TAHUN 1

menurut konteks ayat yang difirmankan oleh Allah Subhanahu Wataala. (al-Mu’jam al-
Mufahras li Alfa al-Quran).

Konteks ihsan kepada sesama makhluk sangat luas dalam al-Quran dan ia sangat jelas dalam
ayatnya bermaksud:
“Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil
(dengan berfirman): Janganlah kamu menyembah melainkan Allah dan berbuat baiklah kepada
kedua-dua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak yatim, serta orang miskin dan katakanlah
kepada sesama manusia perkataan yang baik dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat.
Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian
kecil daripada kamu; dan sememangnya kamu orang yang tidak menghiraukan perjanjian
setianya”. (Surah al-Baqarah: 83)

Bahkan perbuatan ihsan diperintahkan Allah dengan tegas dalam firman-Nya bermaksud:
“Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan
kepada kaum kerabat dan melarang daripada melakukan perbuatan yang keji dan mungkar
serta kezaliman. Dia mengajar kamu (dengan suruhan dan larangan-Nya ini), supaya kamu
mengambil peringatan mematuhi-Nya.” (Surah al-Nahl: 90).

Satu daripada bukti wujudnya ihsan dalam diri manusia adalah senyum yang selalu melekat
pada bibir seseorang kerana senyuman adalah bunga daripada perbuatan, fikiran dan motivasi
yang baik. “Senyummu kala bertemu saudaramu bernilai sedekah“, seperti dalam hadis
menunjukkan bahawa senyum berakar daripada ihsan kerana sedekah tidak akan diberikan
kecuali oleh orang yang bersih hati dan perbuatan. Senyum yang tulus bukti kebahagian diri
yang dihasilkan oleh kandungan ihsan pada diri manusia.

Allah menyukai orang yang berbuat ihsan, dan ia disebutkan dalam beberapa ayat al-Quran. Jika
kesukaan Allah sudah berada pada diri manusia maka senyum adalah tandanya. Di samping itu,
rahmat Allah sangat dekat dengan orang yang sentiasa berbuat ihsan. Allah berfirman
maksudnya:
“Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang muhsinin (orang yang memperbaiki
amalannya.” (Surah al-A’raf: 5).
FARIHAH BT ABDUL RAHMAN
700620025928002
BTPE SEMESTER MEI 2010
HBIS 1203 PENDIDIKAN ISLAM PRASEKOLAH & TAHUN 1

2. KONSEP IHSAN
IHSAN adalah satu daripada tonggak yang sama-sama menegakkan kerangka agama Islam
seiring dengan iman. Namun, ramai umat Islam sekarang memandang remeh konsep ihsan
sehingga tidak mengambil endah kepentingannya dalam kehidupan seharian.Jika diteliti secara
mendalam, ihsan sama penting seperti iman dan Islam dalam menentukan hala tuju kehidupan
seseorang Muslim, sama ada bahagia di dunia dan akhirat atau sebaliknya. Ihsan ialah berbuat
baik atau berbuat sebaik mungkin, manakala dalam pengertian istilah, ihsan dapat didefinisikan
sebagai ajaran atau konsep yang mendukung etika kerja yang baik.

Berdasarkan kepada perspektif ini, ihsan dapat difahami sebagai satu produktiviti kerja secara
optimum, iaitu bekerja dan melaksanakan sesuatu tugas sesuai dengan hasil sumbangan yang
terbaik serta berkualiti tinggi. Justeru, orang beriman diperintahkan berbuat ihsan seperti Allah
berbuat ihsan kepada umat manusia sejagat. Allah berfirman yang bermaksud:
“Berbuat baiklah (kepada hamba Allah) seperti Allah berbuat baik kepadamu (dengan
pemberian nikmat-Nya yang melimpah).” (Surah al-Qasas, ayat 77)

Sejauh penggunaannya dalam al-Quran dan hadis Rasulullah SAW, kalimah ihsan selalunya
dihubungkaitkan dengan Allah dan manusia sejagat. Konsep ihsan sebenarnya menjurus kepada
dua matlamat iaitu ihsan dalam ibadat dan ihsan dalam muamalat. Ihsan dalam ibadat ialah
beribadat kepada Allah dengan penuh khusyuk dan tawaduk di samping bersifat ikhlas
kepadaNya seolah-olah berasa pada saat dan ketika itu berhadapan dengan Allah. Jika perasaan
seumpama itu timbul dan menyerlah dalam diri manusia, sudah tentu mereka gerun serta takut
untuk melanggar larangan Allah kerana berasakan kehadiran Allah yang sentiasa mengawasi
setiap gerak geri dan perbuatan mereka setiap detik. Itulah ihsan sebenarnya seperti ditegaskan
Rasulullah SAW apabila Baginda didatangi malaikat Jibril a.s yang bertanyakan mengenai
Islam, iman dan ihsan. Baginda menjelaskan, “Ihsan itu ialah hendaklah kamu menyembah
Allah seolah-olah kamu melihat-Nya. Sekiranya kamu tidak melihat-Nya sekalipun, maka
sesungguhnya Allah tetap melihat kamu.” (Hadis riwayat Muslim)

Setiap Muslim hendaklah menyempurnakan segala amalan ibadat sebaiknya bertepatan landasan
digariskan Allah dan sunnah Rasulullah SAW. Wadah ini penting supaya amalan diterima tanpa
sebarang cacat cela dan memperoleh ganjaran berlipat ganda di sisi Allah. Ibadat solat
contohnya, setiap Muslim dituntut memelihara segala syarat dan rukun solat dengan sempurna
FARIHAH BT ABDUL RAHMAN
700620025928002
BTPE SEMESTER MEI 2010
HBIS 1203 PENDIDIKAN ISLAM PRASEKOLAH & TAHUN 1

di samping dituntut khusyuk serta tawaduk supaya solat itu dapat mencegahnya daripada
kemungkaran dan maksiat. Firman Allah yang bermaksud: “Dan dirikanlah solat (dengan
tekun), sesungguhnya solat itu mencegah perbuatan yang keji dan mungkar.” (Surah al-
Ankabut, ayat 45).

Perlu diingat bahawa konsep ihsan bukan sekadar memelihara hubungan baik dengan Allah
semata-mata, malah ihsan juga merangkumi perbuatan dan perlakuan sesama manusia, sama ada
bersangkutan perkara duniawi atau ukhrawi. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah mewajibkan berihsan (menyempurnakan sesuatu dengan baik) dalam
semua perkara.” (Hadis riwayat Muslim)Imam al-Asfahani mentafsirkannya ihsan dalam
muamalat dengan dua pengertian, iaitu memberikan limpahan nikmat untuk kesejahteraan dan
kepentingan pihak lain, selain mempertingkatkan kualiti kerja. Pengertian pertama dapat dilihat
dengan jelas melalui aktiviti kekeluargaan dan kemasyarakatan dalam komuniti Islam. Dalam
lingkungan kekeluargaan, setiap unit dalam keluarga iaitu ibu, bapa, anak, suami dan isteri
mempunyai tanggungjawab serta rasa saling hormat menghormati. Seorang anak tidak boleh
sama sekali mengecewa dan mengecilkan hati ibu bapanya. Ibu bapa pula hendaklah mendekati
anak dengan penuh kasih sayang dan mendidik supaya mereka menjadi Muslim yang salih dan
bertakwa kepada Allah.

Dalam lingkungan kemasyarakatan pula, setiap anggota masyarakat perlu mempunyai rasa
tanggungjawab seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Seseorang Muslim adalah
bersaudara dengan seorang Muslim yang lain. Janganlah kamu menzaliminya, jangan pula
menghinanya dan juga jangan merendahkan mereka.” (Hadis riwayat Muslim).

Maksud ihsan adalah menyeluruh, bukan sekadar kepada fakir miskin, malah meliputi segala
aspek kehidupan dan diberikan kepada semua lapisan manusia tidak kira kaya atau miskin.
Golongan fakir miskin dan anak yatim seharusnya diberikan bantuan sewajarnya bagi
meringankan kesusahan mereka. Begitu juga orang kaya atau berada yang ditimpa kesusahan
diberikan bantuan sepatutnya bagi melepaskan mereka daripada belenggu kesempitan hidup
Orang sakit pula hendaklah dibantu dengan mengiringnya ke hospital untuk mendapat rawatan.

Begitulah antara makna konsep ihsan yang wajib diterapkan dalam pentas kehidupan manusia
untuk mewujudkan masyarakat harmoni, sejahtera serta diredai Allah. Tidak dilupakan, ihsan
FARIHAH BT ABDUL RAHMAN
700620025928002
BTPE SEMESTER MEI 2010
HBIS 1203 PENDIDIKAN ISLAM PRASEKOLAH & TAHUN 1

juga dianjurkan terhadap binatang. Imam Muslim pernah meriwayatkan satu hadis bahawa
Saidatina Aisyah bersama Rasulullah SAW ketika dalam satu perjalanan jauh, menunggang
unta yang susah hendak dikendalikan. Lalu Saidatina Aisyah memalingkan unta itu ke kanan
dan ke kiri. Rasulullah SAW menegurnya lalu bersabda yang maksudnya: “Wahai Aisyah!
Kamu hendaklah menaruh belas kasihan (berihsan). Sesungguhnya apabila ihsan masuk ke
dalam sesuatu, maka hendaklah ia menghiasinya. Dan apabila ihsan terkeluar daripada
sesuatu, maka ia akan rosak.”

Pengertian kedua daripada skop ihsan dalam muamalat yakni mempertingkatkan kualiti kerja
amat bergantung kepada dua syarat utama iaitu ilmu pengetahuan menyeluruh dan keterampilan
kemahiran yang mantap. Tanpa kedua-dua syarat itu, tidak akan lahir perbuatan atau kerja yang
berkualiti ihsan.

Demikianlah konsep ihsan yang perlu difahami, dihayati serta dipraktikkan dalam segenap
aspek kehidupan. Penghayatan secara menyeluruh terhadap konsep ihsan membolehkan
manusia mencapai matlamat yang diimpikan ke arah melahirkan individu bertakwa.

3. PRINSIP-PRINSIP IHSAN
IHSAN dan insan adalah asas hubungan manusia dengan Allah dan manusia sesama manusia.
Hubungan menegak dan merentas ini menjadi tunggak kepada memahami fitrah hidup.
Kehidupan sebagai seorang Islam tidak boleh memutuskan dirinya dengan Allah dan tidak
boleh pula memutuskan dirinya dengan manusia.

Ihsan Allah kepada hamba dan makhluk akan sentiasa ada dan sewajarnya ihsan insan sesama
insan juga harus berlaku supaya integrasi antara kedua-duanya menepati. Manusia akan terus
berada dalam fitrah sekiranya ihsan Allah itu disuburkan dalam hidup. Jiwa keihsanan apabila
subur dalam kehidupan sesama insan ia menjadikan masyarakat berada dalam keadaan sejahtera
dan harmoni. Justeru untuk menyuburkan keihsanan insan, beberapa prinsip ihsan dalam
kehidupan wajiblah dibudayakan.
FARIHAH BT ABDUL RAHMAN
700620025928002
BTPE SEMESTER MEI 2010
HBIS 1203 PENDIDIKAN ISLAM PRASEKOLAH & TAHUN 1

3.1. BERAKHLAK MULIA

Akhlak dalam ajaran Islam berasal daripada akar kata khulqun yang bermaksud tabiat, tingkah
laku dan budi pekerti. Sesungguhnya akhlak mulia sangat penting dalam kehidupan umat Islam.
Ini dapat dilihat melalui sabda Baginda Rasulullah S.A.W yang bermaksud;
“sesungguhnya aku diutuskan hanya untuk menyempurnakan akhlak yang mulia” (hadis riwayat
al-Bukhari dan Muslim ).

Orang yang berakhlak mulia dicintai nabi dan di akhirat kelak golongan yang baik akhlaknya
akan berada dekat dengan nabi seperti maksud sebuah hadis riwayat Ahmad, “Sesungguhnya
orang yang sangat dicintai dan sangat dekat kedudukannya kepadaku pada hari akhirat ialah
orang Islam yang paling baik akhlaknya dan sesungguhnya orang paling dibenci di kalangan
kamu di sisiku dan yang paling jauh dariku di akhirat ialah orang yang buruk akhlaknya”.
Sesungguhnya kemuliaan kita selaku umat Islam terletak pada keindahan akhlak yang
diamalkan. Manusia yang berakhlak adalah manusia yang sedia membataskan dirinya menurut
batas yang ditetapkan penciptaNya.

Di dalam al-Quran terlalu banyak ayat yang mendorong kita mengamalkan sifat terpuji
(berakhlak) seperti sifat jujur, sabar, suka memaaf, berlapang dada, berbaik budi, membantu
orang lain, menepati janji, tidak berputus asa, rendah diri, tidak zalim, tidak rasuah, tidak
berzina, tidak minum arak, tidak mengherdik ibu-bapa, tidak melampaui batas dan sebagainya.
Mengamalkan semua sifat-sifat terpuji ini bakal menjurus diri kearah membudayakan prinsip
ihsan dalam kehidupan.

3.2. MEMPUNYAI KETERAMPILAN DIRI DALAM SESUATU TUGAS

Bekerja atau melakukan sesuatu kerja dengan sebaik mungkin selaras sabda Rasulullah SAW
yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah mencintai jika seseorang melakukan sesuatu pekerjaan
atau perbuatan dengan itqan (profesional dan terbaik).” (Hadis riwayat Baihaqi)

Hadis di atas menjelaskan bahawa untuk mewujudkan keterampilan dalam melaksanakan tugas
kita perlulah mengaitkan pekerjaan dengan beribadah kepada Allah supaya pekerjaan dilakukan
sentiasa berada dalam landasan syariat, Tidak melakukan perkara haram. Membuat yang terbaik
untuk mendapat balasan setimpal pada hari akhirat dan sekali gus mendapat imbuhan daripada
FARIHAH BT ABDUL RAHMAN
700620025928002
BTPE SEMESTER MEI 2010
HBIS 1203 PENDIDIKAN ISLAM PRASEKOLAH & TAHUN 1

majikan yang seronok dengan pencapaian sempurna kerja kita.


Elak bersifat takbur, tidak memperlekeh rakan sekerja apabila kita berjaya melaksanakan
pekerjaan dengan cemerlang. Mengambil berat kebajikan keluarga sendiri dan rakan sejawat
kerana ia menjadi asas pertumbuhan dan keharmonian tempat kerja. Saling bantu membantu
dengan semangat setia kawan dan kerja berpasukan untuk kebaikan bersama. Memberi teguran
dan pengajaran secara membina bagi mengatasi kelemahan di tempat kerja. Patuh dan taat
melaksanakan piawaian yang dipersetujui serta peraturan ditetapkan majikan di tempat kerja.Ini
di kukuhkan lagi dengan dalil al Quran surah baqarah ayat 112;
“ (Tidak demikian) bahkan barangsiapa yang menyerahkan diri kepada Allah, sedang ia
berbuat kebajikan, Maka baginya pahala pada sisi Tuhannya dan tidak ada kekhawatiran
terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati”.

Justeru itu jelaslah bahawa ihsan mewujud kualiti kerja dan keterampilan dalam melaksanakan
tugas. Keterampilan yang ditunjukkan oleh Rasullullah SAW semasa menjalankan perniagaan
Saiyidatina Khadijah patut dicontohi dan diteladani dan itulah contoh yang terbaik, selaras
dengan prinsip ihsan.

3.3. MEMPUNYAI PENGETAHUAN DAN PENGALAMAN


Menguasai ilmu pengetahuan dan mengetahui kemampuan diri yang berkaitan dengan tugas dan
kerja sehingga dapat menyempurnakan kerja dengan jayanya serta tepat pada masanya. Ilmu
dan kelayakan seseorang antara kriteria utama menjamin kejayaan sesuatu kerja yang dilakukan.

Islam adalah agama yang benar. Mengajar ilmu menerusi suluh al-Quran, memandu akal
manusia supaya kreativiti akal membawa kepada kebenaran. Kekuatan dan kelemahan
pemeluknya bergantung setakat mana ilmu Islam difahami dan setakat mana ajaran Islam
dihayati. Sekiranya umat Islam tidak mempunyai ilmu dan pengalaman, darjah penghayatan
Islamnya menjadi rendah. Kalaulah Islam hanya dilihat sebagai agama kepercayaan semata-
mata, maka amalan ke arah kebaikan hidup dan kesejahteraan diri tidak akan berlaku.

Muslim adalah pemeluk kepada agama Islam itu sendiri. Menjadi seorang Muslim mungkin
belum memadai sekiranya ilmu Islam tidak difahami dan diamalkan serta pengalaman yang
ada tidak di praktikkan. Tidak semestinya setiap orang menjadi muaallim iaitu memiliki
ilmu pengetahuan yang tinggi. Tetapi sebilangan orang perlu ada ilmu dan pengalaman
FARIHAH BT ABDUL RAHMAN
700620025928002
BTPE SEMESTER MEI 2010
HBIS 1203 PENDIDIKAN ISLAM PRASEKOLAH & TAHUN 1

supaya pemikiran Islam terus berkembang. Hubungan manusia dengan Allah boleh
menjadikan seorang Islam berstatus mukmin. Darjah keimanan yang tinggi boleh
meletakkan kemantapan asas akidah dan amal berjalan seiring. Ia bakal melahirkan orang-
orang yang muttaqin.

Darjah tertinggi yang menjadi idaman seorang mukmin ialah menjadi muhsin di mana talian
dengan Allah begitu erat sehingga manusia memiliki daya ihsan (kebaikan) yang tinggi
terhadap Allah dan juga manusia. Justeru itu jelaslah bahawa dengan ilmu pengetahuan
lahirlah pengalaman. Ilmu pengetahuan dan pengalaman akan mengangkat darjat insan
seterusnya memenuhi prinsip ihsan yang dikehendaki Allah seperti firman dalam surah at-
Taubah 122.
“Tidak sepatutnya bagi mukminin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak
pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam
pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya
apabila mereka Telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya.”

Ayat di atas jelas menunjukkan betapa pentingnya ilmu. Disamping berperang


mempertahankan agama Allah, sebahagian yang lain perlu mempelajari agama supaya
mereka dapat memberi pimpinan yang sempurna kepada kaumnya, dengan ilmu kaum
muslimin dapat dipertahankan. Ini jelas menunjukkan bahawa Ihsan dalam muamalat dapat
mempertingkatkan kualiti kerja. Ini bermakna pengetahuan dan pengalaman akan
melahirkan lahir perbuatan atau kerja yang berkualiti ihsan.

3.4. MEMPUNYAI MASA DEPAN DAN BERWAWASAN


Mempunyai wawasan dan dapat membuat jangkaan tentang keperluan masa depan. Sebagai
seorang Muslim yang ingin membudayakan ihsan dalam kehidupan pasti akan mengambil
kira prinsip ihsan yang diamalkan. Kualiti ihsan yang hendak dimiliki mestilah mempunyai
masa depan dan berwawasan. Dengan adanya masa depan dan berwawasan seseorang itu
akan berusaha sedaya upaya untuk mencapai matlamat wawasannya bukan sahaja wawasan
di dunia malah di akhirat juga. Masa depan dan wawasannya pula mestilah menepati syariat
Islam kerana ketinggian darjah keihsanan seseorang perlu di imbangi dengan tuntutan
lahiriah dan ruhaniah insan. Penghayatan secara menyeluruh terhadap prinsip ihsan
FARIHAH BT ABDUL RAHMAN
700620025928002
BTPE SEMESTER MEI 2010
HBIS 1203 PENDIDIKAN ISLAM PRASEKOLAH & TAHUN 1

membolehkan manusia mencapai matlamat dan wawasan yang diimpikan ke arah


melahirkan individu bertakwa.Firman Allah dalam surah at-Taubah ayat 100:-100. Orang-
orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) dari golongan muhajirin dan
anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah ridha kepada mereka
dan merekapun ridha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka surga-surga yang
mengalir sungai-sungai di dalamnya selama-lamanya. mereka kekal di dalamnya. Itulah
kemenangan yang besar.

Ayat di atas menjelaskan janji Allah terhadap insan yang berbuat baik dan balasan yang
setimpal akan diterimanya dimasa depannya. Justeru itulah matlamat dan wawasan yang
harus dicari dan kejar insan agar ihsan meliputi dirinya.

3.5. MEMPUNYAI KEYAKINAN DIRI


Keyakinan ialah kepercayaan yang tidak berbelah bagi. Keyakinan diri pula ialah
kepercayaan bahawa dirinya boleh mengendalikan kehidupannya dengan baik serta segala
cabaran yang dihadapi dengan jayanya. Fahaman kuat dan kental akan adanya Yang Maha
Melihat, yang sentiasa memerhatikannya berserta dengan keimanan akan adanya hari
pembalasan, cukup untuk menjadi faktor rangsangan atau motivasi untuk seseorang Islam
hidup dengan pegangan moral tinggi. Kebolehan mengatasi segala halangan dalam hidup
untuk mencapai kejayaan, banyak dipengaruhi oleh keyakinan diri. Ini bermakna lebih yakin
terhadap diri serta masa hadapan, lebih terbukalah kejayaan.
 
4. KEFUNGSIAN IHSAN DALAM KEHIDUPAN
4.1. IHSAN DALAM BERIBADAT

Ihsan dalam ibadat ialah beribadat kepada Allah dengan penuh khusyuk dan tawaduk di
samping bersifat ikhlas kepada-Nya seolah-olah berasa pada saat dan ketika itu berhadapan
dengan Allah. Jika perasaan seumpama timbul dan menyerlah dalam diri manusia, sudah tentu
mereka gerun serta takut untuk melanggar larangan Allah kerana berasakan kehadiran Allah
yang sentiasa mengawasi setiap gerak geri dan perbuatan mereka setiap detik. Itulah ihsan
sebenarnya seperti ditegaskan Rasulullah SAW apabila Baginda didatangi malaikat Jibril yang
bertanyakan mengenai Islam, iman dan ihsan. Baginda menjelaskan, “Ihsan itu ialah hendaklah
FARIHAH BT ABDUL RAHMAN
700620025928002
BTPE SEMESTER MEI 2010
HBIS 1203 PENDIDIKAN ISLAM PRASEKOLAH & TAHUN 1

kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya. Sekiranya kamu tidak melihat-Nya
sekalipun, maka sesungguhnya Allah tetap melihat kamu.” (Hadis riwayat Muslim).

Setiap Muslim hendaklah menyempurnakan segala amalan ibadat sebaiknya bertepatan landasan
digariskan Allah dan sunnah Rasulullah SAW. Wadah ini penting supaya amalan diterima tanpa
sebarang cacat cela dan memperoleh ganjaran berlipat ganda di sisi Allah. Ibadat solat
contohnya, setiap Muslim dituntut memelihara segala syarat dan rukun solat dengan sempurna
di samping dituntut khusyuk serta tawaduk supaya solat itu dapat mencegahnya daripada
kemungkaran dan maksiat. Firman Allah yang bermaksud: “Dan dirikanlah solat (dengan
tekun), sesungguhnya solat itu mencegah perbuatan yang keji dan mungkar.” (Surah al-
Ankabut, ayat 45)

Justeru itu jelaslah bahawa ihsan bukan sekadar memelihara hubungan baik dengan Allah
semata-mata, malah ihsan juga merangkumi perbuatan dan perlakuan sesama manusia, sama ada
bersangkutan perkara duniawi atau ukhrawi.

4.2. IHSAN DALAM PEKERJAAN


Ihsan dalam pekerjaan bermaksud seseorang itu sentiasa memperbaiki kualiti perkerjaannya
(Quality output). Firman Allah swt :-
“Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan
menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya” (surah al-
Mulk : 2). Ayat ini menjelaskan bahawa syarat ibadat sama ada ibadat umum atau khusus, yang
dilihat Allah adalah pada “baiknya amalan” dan bukannya “banyaknya amalan”. Kalau di dalam
muamalat, baik sesuatu amalan itu ialah dari segi kualiti muamalat; maksudnya melaksanakan
sesuatu pekerjaan mengikut landasan syariat yang telah digariskan . Selepas itu barulah dilihat
pada kuantiti yang dilakukan.

Dalam menjalankan tugas yang diamanahkan kepada kita contohnya, hendaklah disertakan
dengan ihsan, iaitu bersungguh-sungguh, tekun, cekal, cermat supaya mencapai hasil sempurna,
memuaskan, berkualiti dan berfaedah dan tidak melanggar hukum hakam yang telah di tetap
oleh Allah . Dia yakin bahawa Allah sedang memerhati dan mengawasinya sepanjang masa,
siang atau malam. Lantaran itulah kita dapati orang yang melakukan ihsan (muhsin) itu sentiasa
taat kepada perintah Allah kerana cinta dan takut kepadaNya. Mereka yang mengamalkan
FARIHAH BT ABDUL RAHMAN
700620025928002
BTPE SEMESTER MEI 2010
HBIS 1203 PENDIDIKAN ISLAM PRASEKOLAH & TAHUN 1

budaya ihsan dalam pekerjaan akan memperoleh dua ganjaran iaitu ganjaran daripada Allah dan
juga daripada alam serta manusia.

Firman Allah bermaksud: "Berbuat baiklah kepada makhluk Allah sebagaimana Allah berbuat
baik kepada kamu dengan kurniaan nikmat yang melimpah ruah dan janganlah kamu
melakukan kerosakan di muka bumi ini, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang
membuat kerosakan." (Surah al-Qasas, ayat 77).

4.3. IHSAN TERHADAP DIRI SENDIRI


Ihsan terhadap diri sendiri ialah menyempurnakan hak diri yang boleh membawa kebaikan dan
kebahagiaan di dunia dan di akhirat dengan iman, ilmu, harta benda dan keluarga yang soleh.
Tidak menzalimi diri sendiri dengan mendedahkannya kepada segala punca dan bentuk
kebinasaan seperti minum arak, mengambil dadah, berjudi, zina, liwat, membunuh diri, syirik
dan murtad.

Firman Allah SWT:-


Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang yang memperbaiki amalannya
(muhsinin).” (Surah al-A’raf: 56).

Ihsan terhadap diri sendiri juga berlaku apabila kita sedar kesalahan dilakukan dan bersegera
memohon keampunan dari Alla SWT. Contoh dapat dilihat dalam pertiwa yang diriwayatkan
oleh Imam Muslim . Rasulullah SAW sedang melakukan solat berjemaah. Selesai solat ada
seseorang berdiri dan berkata kepada baginda: “Aku telah melakukan suatu dosa dan harus
dikenakan hukuman, maka jatuhkanlah hukuman itu padaku.” Rasulullah bertanya: “Apakah
tadi engkau solat berjemaah bersama kami?” “Ya,” jawab orang itu. Rasulullah pun bersabda:
“Pergilah, Allah telah mengampuni dosamu.”

Peristiwa di atas selari dengan maksud ayat 110 Surah al-Nisa:

“Dan barang siapa yang berbuat dosa atau berbuat zalim terhadap dirinya sendiri, kemudian
memohon ampun kepada Allah, nescaya dia akan mendapati Allah Maha Pengampun lagi
Maha Penyayang.”
FARIHAH BT ABDUL RAHMAN
700620025928002
BTPE SEMESTER MEI 2010
HBIS 1203 PENDIDIKAN ISLAM PRASEKOLAH & TAHUN 1

Justeru itu jelaslah bahawa ihsan terhadap diri sendiri ialah menjauhkan diri dari kemurkaan
Allah SWT. Memenuhi keperluan peribadi tanpa melanggar syariat. Elakkan diri dari
melakukan perbuatan yang boleh menyebab kita jauh dari rahmat Allah.

4.4. IHSAN SESAMA INSAN

Ihsan terhadap sesama ihsan ialah melakukan kebaikan, memberikan khidmat bakti,
memberikan pertolongan, bersikap adil, belas kasihan dan berperi kemanusiaan.
Daripada Jabir Bin Abdullah (ra) katanya: Telah bersabda Rasulullah SAW: Barangsiapa
yang tidak menyayangi (mengasihi) sesama manusia, nescaya Allah tidak akan menyayangi
(mengasihi)nya. (Muttafaq ‘alaih). Mafhumnya, barangsiapa yang mengasihi atau menyayangi
sesama manusia maka dia akan mendapat kasih sayang daripada Allah SWT. Ini sesuai dengan
sebuah hadis sahih Muslim;
 
Dari Abu Musa r.a. katanya Rasulullah s.a.w bersabda: Orang Mukmin sesama orang mukmin
bagaikan sebuah rumah. Satu sama lain hendaklah saling menguatkan.

Insan yang memiliki ihsan hatinya dipenuhi sifat rahmah dan penyayang serta belas kasih
kepada sesama insan. Sifat rahmah yang tersemat di dalam hati ini, akan terpancar melalui
anggota badannya dan lidahnya. Dia akan menjadi orang yang suka membuat kebaikan dan
kebajikan untuk orang lain, dia sentiasa berusaha untuk menghilangkan mudharat atau perkara
yang tidak elok menimpa orang lain.

Berdasarkan hadis di atas jelaslah bahwa kasih sayang yang terjalin antara sesama manusia
adalah penyebab yang paling menentukan untuk mendapatkan kasih sayang Allah SWT. Dan
selanjutnya kesan berkat rahmat Allah itu akan membawa kebaikan baginya di dunia dan di
akhirat. Dia suka kalau orang lain mendapat kebaikan, khususnya orang-orang yang beriman.
Dan dia sangat sedih kalau bencana menimpa mereka. Dan sampai di mana kadar perasaan
senang dan perasaan sedih inilah kadar sifat rahmah yang dimiliki oleh seseorang. Inilah yang
dikatakan ihsan sesama insan.

4.5. IHSAN TERHADAP BINATANG


FARIHAH BT ABDUL RAHMAN
700620025928002
BTPE SEMESTER MEI 2010
HBIS 1203 PENDIDIKAN ISLAM PRASEKOLAH & TAHUN 1

Ihsan terhadap binatang ialah memelihara dengan baik atau melepaskannya hidup bebas dalam
nature dan habitatnya. Jika melakukan sembelihan hendaklah dengan cara yang paling baik
seperti menggunakan pisau yang tajam.

Bersifat ihsan kepada haiwan juga merupakan satu tuntutan kepada kita, samada binatang itu
halal dimakan atau sebaliknya. Ianya boleh disembelih atau pun tidak, ini bertepatan dengan
hadis Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:

” Dari Abu Yakli Sadad bin Usa dari Rasulullah S.A.W katanya : Sesungguhnya Allah telah
mewajibkan ihsan atas tiap-tiap sesuatu apabila kamu membunuh maka elokkanlah
pembunuhan dan apabila menyembelih maka elokkanlah penyembelihan dan hendaklah salah
seorang kamu menajamkan mata pisaunya dan hendaklah ia melapangkan binatang
sembelihannya”.
Apabila kita meneliti hadis ini maka faham dan jelaslah kepada kita bahawa bidang ihsan ini
adalah terlalu luas skopnya, sehinggakan Rasulullah S.A.W mengatakan bahawa “ Ihsan itu ada
pada tiap-tiap sesuatu.” Kesimpulannya di sini ialah jika seseorang itu sudah mengamalkan
tuntutan Islam dan iman, maka belum tentu lagi ia menjadi seorang yang telah sempurna
keimanannya kerana ia perlulah bersifat ihsan dalam setiap gerak langkah dan tindakan serta
amalannya, kerana ihsan merupakan pergerakan atau pemangkin kepada tingkah laku manusia
agar setiap amalan, perbuatan, percakapan dan niat adalah menepati kehendak syarak. Ia
melakukan sesuatu itu bukan atas dasar kepura-puraan, riak atau takbur, tetapi sebalinya ikhlas
hanya kerana Allah semata-mata kerana ia tahu bahawa Allah sentiasa memerhatikannya zahir
dan batin di setiap masa dan setiap tempat, tidak kira senang atau pun susah.

Marilah sama-sama kita menyemai benih ihsan dan membajainya setiap masa supaya ianya
sentiasa tumbuh subur dan menghasilkan buah yang boleh memberi manfaat kepada semua
mahkluk Allah.

4.6. IHSAN DENGAN ALAM SEKITAR

Alam sekitar ialah meliputi keseluruhan kawasan yang didiami oleh manusia. Ihsan terhadap
alam sekitar ialah memelihara dan memulihara alam sekitar supaya bersih dari segala bentuk
kekotoran, pencemaran dan kerosakkan. Menjadikan alam sekitar tempat yang aman, sejahtera,
selesa dan indah untuk dinikmati dan didiami. Sebagai orang Islam, kita perlu memahami bahawa
FARIHAH BT ABDUL RAHMAN
700620025928002
BTPE SEMESTER MEI 2010
HBIS 1203 PENDIDIKAN ISLAM PRASEKOLAH & TAHUN 1

segala usaha untuk memelihara atau membaik pulih alam sekitar adalah sama halnya dengan usaha
menjaga agama. Ini adalah kerana segala kemungkaran dan dosa mencemari dan memusnahkan alam
sekitar sebenarnya mengganggu intipati hidup beragama kerana secara tidak langsung menodai
kewujudan manusia di muka bumi ini. Perbuatan merosakkan alam sekitar adalah sama seperti
menafikan sikap adil dan ihsan, sedangkan kedua-dua sikap ini merupakan perintah Allah yang perlu
dilaksanakan.

Perbuatan mencemar dan merosakkan alam sekitar juga menodai fungsi kekhalifahan yang telah
dibebankan kepada manusia. Ini kerana bumi bukan milik manusia untuk dia berbuat sesuka
hati tetapi bumi ini adalah milik Allah yang dipinjamkan kepada manusia yang kemudiannya
dituntut untuk menjalankan segala perintah Allah di atasnya. Oleh yang demikian manusia perlu
ingat bahawa ia dilantik sebagai khalifah Allah di atas muka bumi yang juga milik Allah. Maka
tidak sepatutnya manusia bertindak seperti raja yang seolah-olah tidak akan diminta
pertanggungjawabkan di atas segala yang telah dikerjakannya.

Firman Allah; Ayat 41, surah Ar-Ruum menyatakan; "Telah timbul berbagai kerosakan dan
bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan
manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari
balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf
dan bertaubat)". Ayat ini membuktikan bahawa bencana alam yang berlaku di muka bumi ini
ada kaitannya dengan perilaku manusia yang tidak berhemah dan tidak mempunyai ihsan
terhadap alam sekitar. Juteru itu untuk mewujudkan keihsanan insan terhadap alam sekitar
faktor penyebab kerosakan terhadap alam sekitar perlu di hindari.

5. CIRI-CIRI IHSAN
5.1. IKHLAS DALAM BERIBADAT

Ibadah bererti, patuh dan tunduk yang mutlak serta penyembahan yang menyeluruh kepada
yang disembah (ma'bud). Ibadah dalam Islam bererti: kepatuhan yang mutlak kepada Allah
s.w.t. semata-mata, tanpa mempersekutukan Allah s.w.t. dalam penyembahan dan ibadah
kepada-Nya. Dari makna yang ringkas tentang ibadah tersebut, dapatlah kita pastikan bahawa,
ibadah dalam erti kata lain ialah, penyembahan dan kepatuhan mutlak kepada Allah SWT.
Namun, intipati utama yang menyebabkan Allah s.w.t. menerima ibadah kita ialah: "ikhlas".
FARIHAH BT ABDUL RAHMAN
700620025928002
BTPE SEMESTER MEI 2010
HBIS 1203 PENDIDIKAN ISLAM PRASEKOLAH & TAHUN 1

Ikhlas ialah, mengharapkan semata-mata Allah SWT dan keredhaanNya, dalam segenap ibadah
kita. Dalam erti kata yang lebih jelas, ikhlas bererti, kita beramal ibadah dan memenuhi segala
tuntutan Allah SWT demi mengharapkan keredhaan-Nya.

Hal ini sangat jelas, umpama seorang hamba kepada seorang tuan. Si hamba tersebut sudah
tentu memenuhi segala perintah tuannya untuk meraih keredhaan dan kasih sayang tuannya.
Apatah lagi, kita semua adalah hamba-hamba Allah SWT., yang hidup di dunia ini hasil dari
ciptaan Allah SWT. serta rahmat dan nikmat dariNya. Tidakkah kita lebih utama mematuhi
segenap perintah Allah SWT. dan menjauhi segala laranganNya demi semata-mata
mengharapkan redha Allah SWT. yang telah menciptakan kita dengan rahmat dan
kemurahanNya? Itulah erti ikhlas dalam ibadah, di mana ibadah seseorang tidak akan diterima
oleh Allah SWT. melainkan ikhlas.

Allah s.w.t berfirman dalam Al-Qur'an: "Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku,


hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.." (Surah Al-An’am: 162 ).

ayat tersebut menunjukkan bahawa, seorang hamba yang sejati dan ikhlas dalam beribadah
ialah, yang mengharapkan Allah SWT. semata-mata dalam ibadah mereka, yang lahir daripada
kerinduan untuk bertemu dengan Kekasihnya yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

5.2. MENJAUHI SEGALA KEMUNGKARAN

Firman Allah SWT di dalam surah At -Tahrim ayat 6;


“Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang
bahan-bahan bakarannya adalah manusia dan batu (berhala);penjaganya terdiri daripada
para malaikat yang kasar, keras dan mereka tidak menderhakai Allah, setiap apa yang
diperintahkan kepada mereka sudah pasti mereka akan melaksanakannya”.

Perintah ini menjelaskan tentang kewajipan setiap individu menghindarkan dosa dan maksiat
yang boleh menjerumuskan mereka dan keluarga mereka ke dalam azab api neraka. Usaha
memperbaiki diri dan keluarga, mendekatkan diri kepada Allah dan mencegah dari segala
bentuk kemungkaran mestilah dilakukan oleh setiap orang yang beriman. Sifat ini perlu ada
dalam setiap jiwa insan bagi memenuhi ciri-ciri seorang yang memiliki ihsan.
FARIHAH BT ABDUL RAHMAN
700620025928002
BTPE SEMESTER MEI 2010
HBIS 1203 PENDIDIKAN ISLAM PRASEKOLAH & TAHUN 1

5.3. BERAKHLAK MULIA DAN BERSOPAN SANTUN

Kemuliaan akhlak adalah matlamat utama ajaran Islam. Sebagaimana yang ditegaskan oleh
Baginda Rasulullah SAW; “sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak”
Hadis di atas menjelaskan bahawa akhlak merupakan sesuatu yang sangat penting dalam
kehidupan insan untuk memiliki ihsan, sehingga Allah mengutuskan Rasulullah untuk
menyempurnakan akhlak manusia. Kemuliaan akhlak adalah tanda keimanan seseorang. Dalam
Islam Akhlak yang mulia itu lahir sebagai hasil dari berbagai ibadah yang dilakukannya. Akhlak
yang mulia oleh seseorang hamba merupakan amalan yang paling berat timbangannya di hari
khiamat nanti.

Antara akhlak yang mulia yang perlu diamalkan oleh insan bagi mencapai darjat ihsan dalam
amalannya ialah seperti; menjaukan diri dari perkara syubhah, memelihara pandangan,
memelihara lidah, bersifat pemalu, bersiafat lemah lembut dan bersopan santun dan lain lagi.
Juteru itu jelaslah bahawa akhlak yang mulia dan bersopan santun merupakan ciri ihsan yang
perlu diamalkan bagi membolehkan insan membudayakan ihsan .

5.4. ISTIQAMAH DALAM MELAKUKAN KEBAIKAN

Istiqamah ialah salah satu sifat yang amat terpuji, ianya adalah sifat para nabi dan rasul, para
wali dan para pejuang Islam yang berjaya. Sikap istiqamah (teguh dalam memegang kebenaran)
adalah dianjurkan oleh Allah, sebagaimana dalam firman-Nya:
“Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul
sebagaimana yang diperintahkan kepadamu…” (Hud: 112)
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Berteguh-hatilah kamu (istiqamahlah) kamu meskipun tidak akan mampu melakukan
sepenuhnya. Ketahuilah bahawa bahagian terbaik dari agamamu adalah sembahyang, dan
tiada seseorang yang memelihara wudhu’, kecuali orang yang beriman.” (HR Ahmad, Ibnu
Majah, Al-Hakim dan Al-Baihaqi)

Dari keterangan ayat tersebut di atas jelas bahawa diperintahkan agar kita beristiqamah dengan
bahasa yang agak tegas. Ini jelas sekali terdapat hikmah yang besar di sebalik perintah
istiqamah. Antaranya:-Di damping malaikat, Tidak ada rasa takut, Tidak ada rasa sedih, Akan
FARIHAH BT ABDUL RAHMAN
700620025928002
BTPE SEMESTER MEI 2010
HBIS 1203 PENDIDIKAN ISLAM PRASEKOLAH & TAHUN 1

mendapat balasan syurga, Akan diberi rezki. Demikian sebahagian hikmah daripada istiqamah.
Ini jelas, barangsiapa yang istiqamah dalam melakukan kebaikan, istiqamah ke jalan yang lurus,
maka akan mendapat hikmah sebagaimana tersebut di atas dan dengan hikmah yang diperolehi,
individu tersebut telah memiliki ciri-ciri ihsan.
5.5. BERSIFAT PEMURAH TERHADAP BINATANG DAN TERNAKAN

Manusia dan haiwan merupakan makhluk ciptaan Tuhan dan apa yang membezakannya ialah
manusia dimuliakan dengan kurniaan akal yang mampu berfikir secara waras dalam tindak-
tanduk merencanakan kehidupan. Walaupun taraf itu berbeza, namun manusia tidak boleh
melakukan sewenang-wenangnya terhadap haiwan, apatah lagi menzalimi kerana ia
bertentangan dengan ajaran agama. Dalam banyak keadaan, haiwan membantu menyenangkan
kerja manusia dalam pelbagai lapangan, malah turut memberikan ketenangan emosi kepada
mereka yang mendampinginya. Nabi juga pernah bersabda, “Barang siapa yang tidak
mengasihani tidak akan dikasihi (Sahih al-Bukhari).

Nabi bersabda lagi hadis yang diriwayatkan dalam Sahih Muslim, “Apabila kamu musafir
dengan menunggang unta, maka berikanlah peluang kepada unta itu untuk berehat,'' katanya.

Dalam satu riwayat diceritakan seorang lelaki berasa sangat dahaga setelah jauh berjalan di
padang pasir. Di tengah jalan dia berjumpa sebuah perigi. Airnya cetek dan jauh ke bawah. Dia
terpaksa turun untuk mendapatkan sedikit air buat menghilangkan dahaga. Lelaki itu naik ke
atas semula selepas minum beberapa teguk. Tiba-tiba di tebing perigi itu, dia ternampak seekor
anjing yang kelihatan tidak bermaya kerana kehausan. Lelaki itu dapat merasakan betapa
hebatnya penderitaan anjing itu lantaran terlalu haus. Dia amat bersimpati kepada anjing itu.

Walaupun masih keletihan, lelaki itu berikhtiar untuk memberi minum kepada anjing yang haus
itu. Dia turun kembali ke dalam perigi lalu memenuhkan kasutnya dengan air. Selepas itu, dia
pun naik semula ke atas sambil menggigit kasut yang berisi air itu. Sampai di atas, lelaki itu pun
menghulurkan air itu untuk diminum oleh anjing. Di atas layanan yang baik dan sifat belas
kesihannya terhadap anjing itu, Allah memberikan keampunan di atas dosa-dosanya yang lalu.
Ini jelas menunjukkan bahawa pemurah dengan haiwan dipandang tinggi oleh Allah. Ini ciri
ihsan yang perlu diamalkan dalam kehidupan seharian.
FARIHAH BT ABDUL RAHMAN
700620025928002
BTPE SEMESTER MEI 2010
HBIS 1203 PENDIDIKAN ISLAM PRASEKOLAH & TAHUN 1

RUMUSAN

Ihsan adalah ketepatan atau kesempurnaan (perfection or precsion). Mereka yang dikatakan
telah memperolehi ihsan dikatakan telah mencapai kenikmatan ibadat seolah-olah dia melihat Allah
ketika melakukan. Ibn Rajab rh menyatakan bahawa hadith ini menunjukkan bahawa seseorang itu
hendaklah beribadat seperti cara ini, menggambarkan dia hampir dengan Tuhannya, Ia memerlukan
sifat takut, gerun dan tunduk kepada Allah swt. Sifat ini juga akan menimbulkan rasa ikhlas
didalam beribadat, dan seseorang itu akan cuba memperbaiki lagi ibadatnya agar ia menjadi
lengkap dan sempurna (Jami’ al-Ulum, 1/35).

Ihsan bukan seperti pangkat didalam sesuatu organisasi; seperti Sarjan, Kapten dsb. Ia hanya
memperlihatkan Keadaan seseorang atau lebih kepada sifat atau ciri-ciri tertentu. Contohnya
didalam surah al-Asr; Allah menjelaskan bahawa yang dikatakan orang yang beriman atau ciri-ciri
orang yang beriman adalah hamba Allah yang soleh, membantu didalam kerja-kerja kebenaran dan
bersifat sabar. Begitulah juga ciri-ciri orang yang berihsan (Muhsin) iaitu mereka ini sentiasa
memperbaiki ibadatnya, tidak kira ibadat wajib mahu pun sunat, dengan melakukannya dengan
penuh rasa gerun dan takut seolah-olah dia melihat Allah memerhatikannya. Tahap ihsan seseorang
itu bukanlah tahap yang mutlak, akan tetapi ia boleh berubah-ubah. Ia hanyalah menunjukkan
keadaan sahaja. Seperti juga dengan keadaan Iman seseorang. Ahli Sunnah wa al-Jamaah
berpegang kepada konsep :-“Iman itu boleh bertambah dan berkurang, Iman akan bertambah
dengan melakukan ketaatan kepada Allah, dan akan berkurang kerana melakukan maksiat
kepadanya” (al-Lajnah al-Daemah, (3/187).

Ihsan juga menggambarkan seseorang yang sentiasa memperbaiki amalan ibadatnya. Dari segi
pekerjaan pula, seseorang itu sentiasa memperbaiki kualiti perkerjaannya. Firman Allah swt :-
“Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan
keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya” (surah al-Mulk : 2)
Ayat diatas ini menjelaskan bahawa syarat ibadat yang Allah lihat adalah pada “baiknya amalan”
dan bukannya “banyaknya amalan”. Kalau didalam ibadat, baik sesuatu amalan itu ialah dari segi
kualiti ibadat; maksudnya beramal mengikuit sunnah Nabi. Selepas itu barulah dilihat pada kuantiti
yang dilakukan. Amalan-amalan yang menepati syarat diatas apabila dilakukan dengan penuh
khusyuk, mudah-mudahan akan merasai keadaan beribadat seolah-olah kita melihat Allah swt
semasa melakukannya.
FARIHAH BT ABDUL RAHMAN
700620025928002
BTPE SEMESTER MEI 2010
HBIS 1203 PENDIDIKAN ISLAM PRASEKOLAH & TAHUN 1

Kesimpulannya, Ihsan menunjukkan keadaan atau ciri-ciri orang yang sentiasa melakukan ibadat
secara khusyuk kerana merasakan Allah itu sentiasa melihat perbuatannya. Ia bukanlah
menunjukkan sesuatu maqam atau kedudukan yang ampuh, akan tetapi ia menunjukkan ciri-ciri
kebaikkan seseorang yang sentiasa memperbaiki ibadatnya agar menjadi lengkap dan sempurna,
dan bukan sekadar ‘melepaskan batuk ditangga sahaja.

PENUTUP
Ihsan pada hakikatnya adalah sikap dan kesedaran seorang muslim akan kehadiran Allah dalam
kehidupannya. Allah hadir  ketika mereka melakukan berbagai aktiviti, apapun dan dimanapun.
Kesedaran dan keyakinan inilah yang kemudian melahirkan sikap taqwa yang sesungguhnya, yaitu
sikap selalu menjaga diri untuk tetap konsisten berada dalam garis-garis kebenaran Allah. Berusaha
untuk secara maksima melaksanakan segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya. Ihsan
juga dapat menumbuhkan rasa malu dalam diri manusia. Mereka malu melakukan perbuatan keji
dan munkar. Mereka malu melakukan perbuatan yang maksiyat dan munkarat, karana mereka sedar
bahawa Allah melihat ketika mereka melakukan semuanya itu. Inilah kecerdasan spiritual, di mana
manusia mampu merasakan kehadiran Allah dalam kehidupannya.

Ihsan juga adalah puncak prestasi dalam ibadah, muamalah, dan akhlak. Oleh karena itu, semua
orang yang menyadari akan hal ini tentu akan berusaha dengan seluruh potensi diri yang
dimilikinya agar sampai pada tingkat tersebut. Siapa pun kita, apa pun profesion kita, dimata Allah
tidak ada yang lebih mulia dari yang lain, kecuali mereka yang telah naik ketingkat ihsan dalam
seluruh sisi dan nilai hidupnya. Semoga kita semua dapat mencapai hal ini, sebelum Allah SWT
mengambil ruh ini dari kita.
FARIHAH BT ABDUL RAHMAN
700620025928002
BTPE SEMESTER MEI 2010
HBIS 1203 PENDIDIKAN ISLAM PRASEKOLAH & TAHUN 1

RUJUKAN

Abdullah Suhaili (1975). Prinsip Prinsip Islam. Singapura: Bismi Publishers.

Ahmad Mohd. Saleh (2002). Siri Pendidikan Perguruan, Pendidikan Islam Dinamika Guru.
Selangor: Karisma Publication Sdn. Bhd.

Fathi Yakan (2008). Apa Ertinya Saya Menganut Islam. Selangor: Dewan Pustaka Fajar.

Ismail Kamus, Mohd.Azrul Azlen (2009). Indahnya Hidup Bersyariat. Kuala Lumpur: Telaga Biru
Sdn. Bhd.

Khairul Ghazali (2009). 30 Wasiat Imam Syafie. Selangor: PTS Millennia Sdn. Bhd.

Mahmood Zuhdi Majid (2010). Apa Kata Islam Mengenai Manusia & Alam. Selangor: PTS
Islamika Sdn. Bhd.

Ma'mur Daud (2003). Terjemahan Hadis Shahih Muslim. Singapura: Darel Fajr Publishing House.

Saiful Bahri Yaziz, et al. (2010). HBIS 1203, Pendidikan Islam: Pra Sekolah & Tahun 1. Selangor:
Open University Malaysia.

Zainuddin Hamidy, et al. (2002). Terjemahan Hadis Shahih Bukhari. Singapura: Darel Fajr
Publishing House.

You might also like