You are on page 1of 71

KULIAH CTU 553

KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN


ETNIK

Konsep-konsep Asas HE 1
Hubungan Etnik Di Malaysia Secara Umum

1. Pengenalan
2. Kepentingan Hubungan etnik
3. Pengajaran Daripada Peristiwa 13 Mei
4. Usaha-usaha kerajaan Untuk memupuk
perpaduan Nasional
5. Hubungkait antara ekonomi dan etnisiti

Konsep-konsep Asas HE 2
KONSEP MASYARAKAT

Definisi Masyarakat
• Masyarakat boleh didefinisikan sebagai
kumpulan manusia yang hidup bersama-
sama dari sesuatu tempat dengan aturan
dan cara tertentu (pergaulan hidup).

Definisi Bangsa
• Jenis manusia daripada satu asal
keturunan atau kumpulan manusia dalam
satu ikatan ketatanegaraan

Konsep-konsep Asas HE 3
sambungan…

Masyarakat:

• Bahasa: Komuniti manusia yang tinggal


bersama-sama di suatu tempat dengan
cara dan ukuran tertentu,
• Istilah: masyarakat merupakan jaringan
hubungan antara pelbagai individu yang
merujuk kepada pergaulan hidup dan
keseluruhan hubungan sosial.
• Masyarakat juga menggambarkan rakyat
sesebuah negara.

Konsep-konsep Asas HE 4
sambungan…

• Malaysia terdiri daripada masyarakat


multiracial dan multiculture yang
mempunyai asas-asas kukuh untuk
mewujudkan masyarakat yang lebih
berbudaya, berilmu, bermoral, dan
mendokong cita-cita murni bangsa
Malaysia berteraskan konsep negara
bangsa.

Konsep-konsep Asas HE 5
sambungan…

Konsep negara bangsa


• Semua masyarakat mendokong satu
bangsa dan satu negara yang tegak di atas
satu identiti negara yang sama
• Ia dimanifestasikan oleh pemikiran, nilai-nilai
sosio-budaya, lambang-lambang dan
berpegang kepada nilai-nilai kemanusiaan
dan kerohanian yang tinggi.
• Bangsa yang bertamadun mempunyai
identiti dan peradabannya tersendiri.

Konsep-konsep Asas HE 6
sambungan…

Ciri-ciri Negara Bangsa


• Pembentukan bangsa Malaysia boleh
diukur dari tiga perspektif utama iaitu:
• Aspek kenegaraan
• Aspek kewarganegaraan
• Aspek kebangsaan

Konsep-konsep Asas HE 7
sambungan…

• Konsep kenegaraan perlu ditanam dan


dipupuk dalam diri setiap rakyat negara itu
demi keutuhan negara sebagai kumpulan
sosial.
• Semangat kenegaraan ini boleh ditanam
melalui simbol-simbol yang mewakili
keutuhan negara seperti bendera
Malaysia, lagu kebangsaan, Rukun
Negara, dan sebagainya.

Konsep-konsep Asas HE 8
sambungan…

• Konsep kewarganegaraan pula dapat


diperjelaskan melalui pemahaman bahawa
bangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain
dapat disatukan melalui kewarganegaraan
yang sama iaitu warganegara Malaysia.

Konsep-konsep Asas HE 9
sambungan…

• Aspek kebangsaan dapat ditonjolkan


melalui kebudayaan kebangsaan yang mana
merupakan penggerak yang sangat hebat
dalam mengisi semangat kebangsaan dan
menjadi batu asas kepada pembentukan
bangsa Malaysia.
• Pada hakikatnya hubungan antara
kebudayaan kebangsaan dengan semangat
kebangsaan adalah bertimbal-balik kerana
masing-masing saling menyokong dan
menguatkan antara satu sama lain.

Konsep-konsep Asas HE 10
Keperluan Mengkaji Masyarakat
1. Manusia Hidup Bermasyarakat
2. Untuk Memahami Cara Hidup
Bermasyarakat
3. Memahami Budaya dan Masyarakat
Lain
4. Memupuk Kerjasama di Antara
Masyarakat

Konsep-konsep Asas HE 11
Ciri-Ciri Masyarakat

1. Manusia yang hidup berkelompok


2. Melahirkan Kebudayaan
3. Mengalami Perubahan
4. Berinteraksi
5. Terdapat Kepimpinan
6. Wujud Stratifikasi Sosial

Konsep-konsep Asas HE 12
BUDAYA

• Budaya biasanya dikaitkan dengan


aktiviti-aktiviti yang ada dalam
persekitaran manusia seperti kesenian,
barangan, makanan, tarian dan
sebagainya.

Konsep-konsep Asas HE 13
KONSEP BUDAYA

Budaya berasal dari perkataan Jawa: “ budaya ”


 hasil cantuman “ budhi ” dan “ daya ”.
 Perkataan “ budhi ” yang dipinjam dari bahasa
sanskrit bererti ‘ kecergasan fikiran dan akal ’
 “ daya ” ialah perkataan Melayu Polynesia
bermakna ‘ kekuatan kuasa, tenaga dan
pengaruh’.
 Jika dicantumkan kedua-dua perkataan ini
(budaya) akan membawa maksud ’ tenaga
fikiran , usaha rohani atau kuasa yang
menggerakkan jiwa ’. ( Kajian Kebudayaan
Melayu,1963 ).

Konsep-konsep Asas HE 14
sambungan…

• Budaya juga diertikan sebagai, ‘ The way


of life of a people, including their attitudes,
values, beliefs, arts, sciences, modes of
perception, and habits of thought and
activity. Cultural features of forms of life
are learned but are often too pervasive to
be readily noticed from within ’.
(Dictionary Of Philosophy, 1996)

Konsep-konsep Asas HE 15
sambungan…

• Di definisikan juga sebagai cara hidup yang


diikuti oleh orang yang menjadi anggota
kumpulan tertentu dan meliputi unsur-unsur
sistem sosial, susunan organisasi ekonomi,
politik, agama, kepercayaan, adat resam,
sikap, nilai, peralatan budaya, atau apa-apa
yang dihasilkan oleh mereka sebagai anggota
masyarakat (Masyarakat Dan Kebudayaan
Malaysia, 2001)

Konsep-konsep Asas HE 16
Rumusan

• Budaya itu dari sudut bahasanya membawa


makna cara hidup manusia, manakala
sudut istilah pula menyatakan bahawa
budaya itu ialah cara hidup orang ramai
termasuk pemikiran, nilai kepercayaan,
pandangan dan tabiat berfikir serta cara
perlakuan manusia yang menggerakkan
jiwa.

Konsep-konsep Asas HE 17
Jenis-jenis Budaya

• Budaya boleh dibahagikan kepada dua


lapangan besar iaitu
• ‘ budaya kebendaan’
• ‘ budaya bukan kebendaan ’

Konsep-konsep Asas HE 18
Budaya kebendaan

• Ialah peralatan dan kelengkapan hidup


seperti rumah, kereta, perahu, senjata dan
sebagainya
• Contohnya, orang Melayu mempunyai
rumah yang berbeza dengan orang
Inggeris atau orang Eskimo

Konsep-konsep Asas HE 19
Budaya bukan kebendaan
• Budaya bukan kebendaan ialah
kepercayaan, adat istiadat dan undang-
undang.
• Setiap masyarakat mempunyai adat
istiadat yang berbeza-beza dalam
menjalani kehidupan
• Dalam adat perkahwinan masyarakat
Melayu, pihak lelaki akan memberi
hantaran kepada pihak perempuan, tetapi
bagi masyarakat India, hantaran(dowri)
perkahwinan diberi oleh pihak perempuan
kepada pihak lelaki.

Konsep-konsep Asas HE 20
sambungan…

• Dalam budaya Melayu, faktor agama


paling penting kerana agamalah dasar
tanggapan terhadap alam sekitar dari segi
sosial dan fizikal.
• Bahasa juga penting sebagai alat
komunikasi dan adat resam juga mustahak
sebagai petunjuk jalan bagi seseorang
dalam mengendalikan hidupnya
bermasyarakat dan berbudaya.

Konsep-konsep Asas HE 21
Dua peranan utama bagi pembentukan
sesuatu budaya

• Pertama, membina imej negara ke arah


mewujudkan keperibadian dan identiti
• Kedua ialah pemupukan kesedaran
kebangsaan dan kenegaraan berasaskan
ciri-ciri kerohanian, kemanusiaan, spiritual
dan mental (Tamadun Melayu &
Pembinaan Bangsa Melayu, 1992).

Konsep-konsep Asas HE 22
sambungan…

• Kelompok manusia hidup dalam


lingkungan yang dikenali sebagai ‘ budaya
’ dan budaya ini akan memberikan identiti
kepada kelompok itu dari segi cara ia
mengendalikan hidupnya.
• Budaya turut diwarisi dari satu keturunan
kepada satu keturunan yang lain.

Konsep-konsep Asas HE 23
sambungan…

• Justeru, budaya boleh dikatakan sebagai


satu himpunan kelengkapan intelektual
dan kebendaan yang dapat memenuhi
kehendak biologi dan kemasyarakatan
serta dapat menyesuaikannya dengan
keadaan sekeliling.
sambungan…

• Budaya bersifat universal tetapi


paradoksnya pada masa yang sama
terdapat perbezaan antara budaya satu
masyarakat dengan masyarakat yang lain.
• Sesuatu kebudayaan berkembang dan
terus dicipta mengikut kesanggupan
masyarakatnya.

Konsep-konsep Asas HE 25
sambungan…

• Ada budaya yang dipadankan apabila


berlaku pertembungan dengan pengaruh
luar sama ada untuk mengisi kekosongan
sebagai alternatif atau menokok tambah dari
apa yang telah sedia ada.
• Maka boleh di katakan bahawa ‘ manusia
itu sendiri membentuk budaya ’ dan
perkembangan budaya akan mengikut
perkembangan masyarakat itu sendiri.
Ciri-Ciri Budaya
• Kebudayaan mempunyai ciri-ciri tertentu
yang menggambarkan budaya itu terbit
daripada tingkahlaku dan akal manusia :
1. Dipelajari
 Budaya tidak lahir secara langsung tetapi
perlu dipelajari. Manusia perlu belajar
untuk menguasai ilmu. Untuk mencipta
sesuatu, manusia perlu belajar.
 Sebagai contoh menunjukkan budaya itu
dipelajari, kanak-kanak perlu diajar oleh
ibu bapanya untuk berbahasa dan
berhubung.

Konsep-konsep Asas HE 27
sambungan…

• Dalam proses mempelajari, banyak unsur


terlibat seperti proses asimilasi, adaptasi,
akulturasi, difusi dan integrasi.
• Bentuk dan jenis pembelajaran anggota
masyarakat bergantung kepada beberapa
faktor iaitu:

Konsep-konsep Asas HE 28
sambungan…

a) Apakah agen-agen sosialisasi seperti


keluarga, jiran, sekolah, institusi latihan
dan sebagainya.
b) Apakah nilai yang mendapat keutamaan
dalam sesebuah masyarakat itu.
c) Umur seseorang.
d) Tahap pendidikan
e) Situasi sesuatu peristiwa itu berlaku.

Konsep-konsep Asas HE 29
2. Dikongsi
• Budaya itu dikongsi oleh manusia yang
menjadi anggota masyarakat.
• Perkongsian ini bermaksud yang setiap
perlakuan itu diramal dan didokong oleh
sekumpulan manusia.
• Nasi lemak dan roti canai menjadi budaya
kerana masyarakat menggemarinya
• Bahasa Melayu adalah kebudayaan rakyat
Malaysia kerana dituturkan oleh mereka
dalam kehidupan seharian.

Konsep-konsep Asas HE 30
sambungan…

• Perlakuan yang tidak dikongsi oleh


sekumpulan manusia tidak termasuk
dalam budaya seperti perlakuan mencuri
walaupun ia wujud dalam masyarakat.
• Tanpa perkongsian, ia hanya menjadi
perlakuan individu dan bukannya
perlakuan masyarakat.

Konsep-konsep Asas HE 31
3. Sejagat

• Budaya itu bersifat sejagat.


• Kesejagatan budaya ialah kebudayaan itu
wujud dalam semua kelompok manusia.
• Tidak ada masyarakat yang tidak memiliki
kebudayaan.
• Walaubagaimanapun, budaya yang
sejagat itu berbeza antara masyarakat
kerana faktor pengaruh alam, pengaruh
luar dan tahap penyesuaian anggota

Konsep-konsep Asas HE 32
sambungan…
• Clyde Kluckhohn mengesan tujuh unsur yang
terdapat dalam semua budaya iaitu:
i. peralatan dan kelengkapan hidup manusia.
ii. mata pencarian hidup dan sistem ekonomi.
iii. sistem sosial.
iv. Bahasa
v. Kesenian
vi. sistem pengetahuan.
vii. agama dan kepercayaan.
(Budaya dan tamadun sinonim terutama dalam tradisi
keilmuan Barat; eg. Hutington etc.)

Konsep-konsep Asas HE 33
4. Diwarisi
• Budaya itu diwarisi dari satu generasi ke
satu generasi berikutnya.
• Ini bermakna bahawa budaya Melayu, cina
dan India yang diamalkan hari ini adalah
lanjutan daripada budaya terdahulu.
• Peristiwa yang telah berlaku akan memberi
kesan kepada hari ini.
• Budaya itu juga diwarisi juga membawa
maksud bersambung. Teknologi yang
dihasilkan hari ini adalah hasil teknologi
awal manusia masa lampau.

Konsep-konsep Asas HE 34
5. Berubah

• Budaya sentiasa berubah dan tidak ada


budaya yang wujud dari dahulu hingga
sekarang tidak mengamali perubahan.
• Perubahan ini dikaji daripada perubahan
bentuk, ciri dan proses yang berlaku.
 Rumah beratap genting telah
menggantikan rumah beratap rumbia.

Konsep-konsep Asas HE 35
sambungan…

• Dalam sejarah tamadun manusia,


perubahan budaya bukan kebendaan
dapat dilihat dengan jelas seperti
perubahan sistem ekonomi sara diri
kepada ekonomi kapitalis.
• Namun, perubahan budaya kebendaan
lebih cepat berubah.

Konsep-konsep Asas HE 36
sambungan…

• Perubahan ini disebabkan beberapa faktor


seperti:
i. pertambahan bilangan anggota masyarakat.
ii. pertambahan keperluan dan keinginan
manusia.
iii. penemuan dan penciptaan teknologi baru.
iv. pertembungan budaya.
v. konflik yang berlaku.
vi. perubahan alam sekitar.

Konsep-konsep Asas HE 37
6. Perlambangan

• Perlambangan ini ialah sebagai satu


lambang dalam budaya yang memberikan
makna tertentu kepada pendokongnya
• Seperti bendera, warna, logo, lambaian
tangan dan sebagainya.
• Perlambangan yang wujud turut
membantu manusia berhubung dan
berkomunikasi sesama mereka seperti
isyarat memanggil.

Konsep-konsep Asas HE 38
7. Pandangan Semesta
• Pandangan semesta ialah bagaimana
manusia memberikan tafsiran terhadap
keadaan alam sekeliling ke dalam
kehidupan seharian.
• Pandangan semesta ini timbul kerana
manusia mempunyai pertalian yang rapat
dengan alam sekitarnya.

Konsep-konsep Asas HE 39
sambungan…

• Pertalian yang erat ini pula diterjemahkan


dalam kehidupan seharian seperti:
 simpulan bahasa (seperti aur dengan
tebing),
 ukuran (sehasta, sepelaung),
 tempoh masa (setanak nasi) dan
sebagainya.

Konsep-konsep Asas HE 40
Fungsi Budaya Dalam Kehidupan

• Budaya dalam pengertian biasa ialah satu


cara hidup manusia dan membawa makna
yang sangat luas.
• Dengan prinsip bahawa budaya itu dicipta
manusia, maka budaya itu diperlu dan
dihasilkan oleh manusia itu sendiri bagi
keperluan hidup.

Konsep-konsep Asas HE 41
1. Memenuhi dan Menyediakan Keperluan
• Semua manusia memerlukan keperluan
asasi untuk terus hidup.
• Manusia menggunakan air dalam aktiviti
pertanian, kayu untuk pembinaan dan
sebagainya.
• Keutamaan pengeluaran produk bergantung
kepada keutamaan dalam keperluan dan
aktiviti masyarakat.
• Sebagai contoh, jika masyarakat itu mewarisi
ilmu pelayaran, pembinaan kapal wujud

Konsep-konsep Asas HE 42
2. Sebagai Panduan kepada Anggota
Masyarakat dalam Bertingkahlaku

• Kepercayaan adalah unsur sejagat budaya


yang sebati dengan kehidupan manusia.
• Manusia memperolehi keperluannya hasil
dari tuntutan daripada agama.
• Budaya mempunyai peranan memberikan
panduan kepada anggota masyarakat
dalam bertingkahlaku meliputi aspek:

Konsep-konsep Asas HE 43
sambungan…

i. perlakuan yang diboleh dan tidak


dibolehkan.
ii. perlakuan yang patut dan tidak patut.
iii. perlakuan yang digalakkan dan tidak
digalakkan.

Konsep-konsep Asas HE 44
3. Mengatur Hubungan Sesama Manusia
• Dalam masyarakat Malaysia, budaya
mendidik kita agar menghormati jiran,
tetamu dan sahabat.
• Dalam masa yang sama kita dilarang
menyakitkan hati rakan sesuai dengan
ajaran Islam.
• Ini bermakna dalam menjalani kehidupan
seharian, budaya memainkan peranan
mengatur hubungan sesama manusia.

Konsep-konsep Asas HE 45
4. Sebagai Penggalak Kepada Manusia
Untuk Mencipta

• Alam fizikal yang berbeza menghasilkan


keperluan manusia yang berbeza.
• Orang Eskimo memerlukan baju tebal.
• Maka, dengan adanya budaya, ia menjadi
pendorong kepada penciptaan bagi
memenuhi keperluan harian dan
memudahkan segala urusan.

Konsep-konsep Asas HE 46
5. Sebagai Alat Penyatuan dan Pengenalan
Identiti
• Budaya berperanan sebagai alat
penyatuan dan pengenaalan identiti.
• Sesuatu bangsa dikenali bukan sahaja
dari segi fizikalnya, lebih lagi dari
budayanya.
• Kita mengenali Jepun bukan sahaja dari
segi fizikalnya, tetapi mereka adalah
bangsa yang berjaya dalam ekonomi dan
perindustrian.

Konsep-konsep Asas HE 47
sambungan…

• Manusia juga akan bersatu apabila


anggota masyarakat mengamalkan
semangat kekitaan dan saling bekerja
sama bagi mencapai sesuatu.

Konsep-konsep Asas HE 48
PLURALITI BUDAYA
• Merupakan pendekatan utama dalam
menyelesaikan masalah hubungan
ras
• Ia meliputi:
 Konsep pluraliti budaya
 Teori-teori hubungan Etnik

Konsep-konsep Asas HE 49
sambungan…

• Di Malaysia, setelah wujudnya perjanjian


di antara kaum Melayu dengan wakil-wakil
kaum bukan Melayu di dalam Kontrak
Sosial, pendekatan konsep pluraliti budaya
digunakan sebagai satu penyelesaian
masalah hubungan ras.

Konsep-konsep Asas HE 50
sambungan…

• “Pluraliti budaya menerapkan pencapaian


keseragaman dalam hal-hal yang penting
kepada negara seluruhnya tetapi dalam
masa yang sama setiap kaum dibenarkan
mengekalkan ciri-ciri kebudayaannya
tersendiri.
• Konsep ini diwakili oleh formula
A + B + C = A + B + C.
(A,B dan C merujuk kepada budaya)

Konsep-konsep Asas HE 51
KONSEP ETNIK
• Istilah etnik berasal daripada perkataan
Yunani iaitu ethnos yang bermakna orang.
• Satu kumpulan etnik ditafsirkan secara
sosial atas dasar ciri-ciri budayanya.
• Etnisiti ialah rasa kekitaan sesuatu
kumpulan etnik tertentu.
• Ini bererti wujudnya satu kebudayaan atau
sub-budaya yang jelas di mana anggotanya
merasa disatukan dengan satu sejarah, nilai,
sikap dan tingkahlaku yang sama.

Konsep-konsep Asas HE 52
sambungan…
• Etnik sering berbeza dalam ciri-ciri budaya seperti
adat resam, pola keluarga, pakaian, pandnagan
mengenai kecantikan, oreintasi politik, kegiatan
ekonomi dan hiburan.
• Di Malaysia, orang Melayu, Cina, India, Kadazan,
Melanau, dan pelbagai lagi boleh dianggap
sebagai etnik.
• Etnik pada dasarnya bersikap etnosentrik iaitu
menganggap ciri-ciri budayanya sebagai wajar,
betul dan lebih utama daripada budaya etnik lain
yang dipandang rendah dan ganjil, berada ditahap
rendah atau tidak bermoral.
(etnosntrisme vs jingoisme)

Konsep-konsep Asas HE 53
sambungan…

• Penggunaan istilah ras dan etnik sering kali


digunakan secara berulangan walaupun ia
membawa makna yang berbeza.
• Di Malaysia, kedua-dua istilah ras dan etnik
sering kali dicampuradukkan dan digunakan
secara bertukar-tukar sehingga maknanya
menjadi lebih kurang sama.
• Orang Melayu, Cina dan India sepatutnya dikenali
sebagai etnik juga dipanggil ras dalam kehidupan
seharian.

Konsep-konsep Asas HE 54
sambungan…

• Ras ialah perbezaan dari segi ciri-ciri fizikal


dalam kelompok manusia dan ciri yang paling
ketara serta sering digunakan untuk
membezakan kumpulan manusia ialah warna
kulit.
• Etnik pula dari segi bahasa boleh
didefinasikan sebagai kaum atau bangsa.
• Dari segi istilah pula etnik boleh didefinasikan
sebagai kelompok manusia yang ditentukan
melalui perbezaan ciri-ciri budaya seperti
adat resam, pakaian, bahasa, kegiatan
ekonomi dan sebagainya.

Konsep-konsep Asas HE 55
sambungan…

• Menurut Kamus Dewan, etnik ialah


berkenaan bangsa manusia: ia juga tidak
memaksa perubahan terhadap kepercayaan
agama atau membuang unsur sesuatu
kaum.
• Kumpulan etnik lazimnya bermula daripada
satu konsep keturunan, iaitu sesuatu
generasi kumpulan etnik hari ini mempunyai
nenek moyang yang sama, dan turun-
temurun daripada nenek moyang itu.

Konsep-konsep Asas HE 56
sambungan…

• Etnik dapat dikelaskan melalui


perbezaan budaya.
• Selain itu, etnik juga dapat dikelaskan
mengikut demografi iaitu mengikut
kedudukan geografi dan sempadan
negeri.
• Contohnya di Sabah dan Sarawak
terdapat pelbagai kumpulan etnik pada
kedudukan geografi yang berbeza.

Konsep-konsep Asas HE 57
sambungan…

• Perbezaan budaya bagi kumpulan etnik


yang dikelaskan melalui demografi ini.
• Dengan ini jelas memperlihatkan bahawa
setiap satu etnik mempunyai perbezaan
budaya dengan etnik yang lain

Konsep-konsep Asas HE 58
Tahap-Tahap Perpaduan/Integrasi
Rendah Tinggi
--------------------------------------------------------------

Konsep-konsep Asas HE 59
TEORI-TEORI HUBUNGAN ETNIK
• Segregasi
• Ia merupakan hubungan yang bersifat
pemisahan di antara etnik-etnik dalam
sesebuah negara.
• Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan
di antaranya dari segi kawasan tempat
tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan
dan kemudahan awam.
• Ia wujud sama ada didasari oleh undang-
undang atau tidak seperti Dasar Apartheid di
Afrika Selatan.

Konsep-konsep Asas HE 60
Akomodasi

• Ia merupakan proses di mana etnik menyedari


norma dan nilai mereka antara satu sama lain,
namun mereka tetap mempertahankan budaya
hidup masing-masing.
• Namun, mereka hidup secara harmoni dan
menghormati antara satu sama lain. Di peringkat
pemerintahan pusat, setiap etnik mempunyai wakil
dan dalam bidang ekonomi dan pendidikan, mereka
saling bergantungan.
• Negara Switzerland adalah negara yang mempunyai
hubungan etnik bersifat akomodasi kerana etnik-
etnik Jerman, Perancis dan Itali, saling membuat
penyesuaian antara mereka.

Konsep-konsep Asas HE 61
Akulturasi
• Ia merupakan satu proses penerimaan unsur
kebudayaan di kalangan individu atau kelompok dari
sesuatu kebudayaan lain yang berlainan.
• akulturasi terjadi apabila satu kelompok manusia
dengan suatu kebudayaan yang tertentu
dihadapkan unsur-unsur dari suatu kebudayaan
asing yang berbeza sehingga unsur-unsur
kebudayaan asing itu akahirnya diterima dan dioleh
ke dalam kebudayaan sendiri.
• Berbeza dengan proses asimilasi, proses akulturasi
tidak menyebabkan kehilangan identiti asal
masyarakat yang menerima.

Konsep-konsep Asas HE 62
sambungan…

Namun kejayaan akulturasi bergantung


kepada:
 Unsur-unsur kebudayaan asing yang
mudah diterima seperti budaya
kebendaan seperti pakaian dan
kebudayaan tersebut memberi
manfaat yang besar.
 Unsur kebudayaan asing berbentuk
bukan kebendaan sukar diterima
seperti ideologi, pemikiran dan
sebagainya.

Konsep-konsep Asas HE 63
Asimilasi

• Ia merupakan satu proses percantuman dan


penyatuan di antara etnik yang berlainan budaya
sehingga membentuk satu kelompok dengan
kebudayaan dan identiti yang sama.
• Ia berkaitan dengan penyerapan sehala individu ke
dalam etnik yang lain.
• Asimilasi yang sempurna menyebabkan
berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari
segi kebudayaan dan identiti.
• Di Malaysia, apa yang berlaku ke atas masyarakat
Jawa, masyarakat Cina Kelantan, Baba dan
Nyonya, antara contoh berlakunya proses asimilasi

Konsep-konsep Asas HE 64
sambungan…

Proses asimilasi berlaku apabila


terdapatnya:
• Etnik yang berbeza budaya.
• Individu di dalam atau di antara etnik
sering berinteraksi.
• Interaksi berlaku dalam tempoh yang
lama.

Konsep-konsep Asas HE 65
sambungan…

Kejayaan asimilasi bergantung kepada:


1. Kesanggupan etnik minoriti menghilangkan
identiti mereka dan menerima identiti etnik lain.
2. Kesanggupan etnik majoriti menerima etnik lain.
3. Perbezaan saiz kelompok majoriti dan minoriti
tidak besar atau kelompok minoriti adalah kecil.
4. Terdapat banyak persamaan budaya antara
etnik.
5. Penguasaan dalam sesuatu bidang khususnya
oleh etnik minoriti akan menyukarkan proses
asimilasi.

Konsep-konsep Asas HE 66
sambungan…

Faktor penghalang asimilasi ialah:


1. Kurangnya pengetahuan kebudayaan
sehingga menimbulkan perasaan takut
terhadap budaya lain.
2. Timbul perasaan bahawa budaya etnik
lebih tinggi dari etnik lain.
3. Adanya perbezaan kepentingan antara
etnik yang terlibat.

Konsep-konsep Asas HE 67
Amalgamasi

• Ia merupakan satu proses yang terjadi


apabila budaya atau ras bercampur untuk
membentuk jenis-jenis budaya dan ras yang
baru.
• Cara utama dalam menentukan proses
amalgamasi terjadi ialah perkahwinan
campur antara etnik.

Konsep-konsep Asas HE 68
Pengalaman Malaysia
Etnik Tahun 1957 Tahun 2005

Bumi/ 49.8% 16.1 j 65.9 %


putera
Cina 37.2% 6.2 j 25.3 %

India 11.1% 1.8 j 7.5 %

Lain-lain - 0.3 j 1.3 %

Jumlah 100% 24.4 j 100 %

Konsep-konsep Asas HE 69
Implikasi; sempadan dan tauladan

Tragedi-tragedi yang berlaku seperti 13


Mei 1969 etc. menyebabkan banyak dasar
dan strategi dijalankan terutama pada
peringkat persekutuan
• Majlis Penasihat Perpaduan
• DEB
• Dasar Pelajaran kebangsaan
• DKK
• Etc.

Konsep-konsep Asas HE 70
Kesimpulan

• Hubungan etnik tidak boleh ditangani


secara emosi dan sentimen
• Perlu kepada aras pemikiran dan tindakan
yang didasarkan oleh ilmu (baik sudut
konseptual/teori dan juga sejarah)

Konsep-konsep Asas HE 71

You might also like