You are on page 1of 2

d/a Pusat Internet Desa T/F: +60 4 866-2706 kumuda@pp.

my
Bangunan Pejabat Pos Malaysia Bhd http://kumuda.org
11000 BALIK PULAU, PP, Malaysia http://facebook.com/kumuda.org

MAYBANK # 5070-8610-1920

Koperasi Usahawan Muda Pulau Pinang Bhd


No. rujukan tuan :
No. rujukan kami : MUG-KU10(2)-IJ
Tarikh : 25 OKTOBER 2010

Dato’/Tuan/Puan,
Pelawaan Untuk Menjadi Rakan Penerbitan Makalah myUsahawan Global/Koridor Utara 2010
(mUG-KU2) Sempena Kempen Minggu Keusahawanan Global (MuG) 2010 (8-20 NOV)

Sukacita dimaklumkan KUMUDA akan sekali lagi menganjurkan beberapa aktiviti penggalakan
keusahawanan di kalangan orang muda, sempena Minggu Keusahawanan Global 2010 yang akan diraikan
di lebih 90 negara melibatkan lebih 10,000 rakan hos aktiviti dan jutaan peserta, termasuk lebih 100
rakan hos aktiviti dan lebih 100,000 peserta di seluruh negara.

2. Untuk menyampaikan maklumat berkesan kepada seramai mungkin bakal peserta dan rakan hos
aktiviti di wilayah utara, KUMUDA dengan kerjasama rangkaian Pusat-pusat Internet Desa (PID) Zon Utara
dan Persatuan Usahawan ICT Pulau Pinang (ICT Penang) akan sekali lagi menerbitkan sebuah makalah
“myUsahawan Global/Koridor Utara 2010” dalam kedua-dua versi digital (untuk capaian lebih 10,000
orang) dan bercetak – sebanyak 5,000 naskah (dengan sasaran 80% pengedaran di negeri-negeri Perlis,
Kedah, Pulau Pinang dan Perak).

3. Selain melalui pengeposan kepada tak kurang daripada 500 entiti berkaitan di seluruh negara,
myUsahawan Global-KU 2010 akan juga diedarkan di acara-acara berikut:-

8 NOV : Pelancaran Minggu Keusahawanan Global peringkat Kebangsaan di Kuala Lumpur


anjuran Global Entrepreneurship Sdn Bhd & Kedutaan Amerika Syarikat
(pelancaran versi online)

11 NOV : Pelancaran Makalah myUsahawan Global di Bayan Baru anjuran KUMUDA (2000
naskah sekitar Pulau Pinang dan 1,000 melalui pos)

GEWMALAYSIA.COM
8-21 NOVEMBER 2010
12-14 : Karnival Usahawan & ICT, anjuran Pusat Internet Desa (PID) Zon Utara di Stadium
NOV Mini Kuala Nerang, Kedah, dirasmikan oleh Ybhg Dato’ Seri Utama Rais Yatim,
Menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan. (1,000 naskah)

14 NOV : Pelancaran Minggu Keusahawanan Global di Bukit Mertajam anjuran Persatuan


Usahawan ICT Pulau Pinang (ICT Penang), dirasmikan oleh YBhg Dato’ Saifuddin
Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi. (500 naskah)

4. Makalah setebal sekurang-kurangnya 40 mukasurat ini mengandungi pelbagai informasi


mengenai aktiviti-aktiviti keusahawanan yang dilakukan sepanjang tahun 2010 dan rancangan tahun-
tahun hadapan. Makalah ini beraspirasi sebagai penggerak atau jaringan kepada usahawan dan bakal
usahawan bagi mewujudkan sebuah platform kerjasama setempat dan sedunia ke arah cetusan idea-idea
baru untuk mengusahakan perniagaan di samping melahirkan usahawan-usahawan yang lebih berdaya
maju dan inovatif.

5. Sehubungan dengan itu, KUMUDA mengalu-alukan organisasi Dato’/Tuan/Puan untuk turut


serta menyokong inisiatif ini sebagai salah satu daripada rakan kongsi penerbitan di samping juga
terlibat dalam mana-mana daripada ratusan aktiviti yang bakal di adakan di seluruh negara, dan puluhan
ribu aktiviti lain di seluruh dunia sempena Minggu Keusahawanan Global 2010.

6. Untuk peluang penajaan atau untuk mengiklan dalam mUG-KU2, sila hubungi mana-mana
pegawai berikut:-

i. BALIK PULAU: Muzafar Ghazali (019-472-6752)


ii. BAYAN BARU: Siti Rahil Zainuddin (012-504-6373)
iii. GEORGE TOWN: Nur Izzati Lau Abdullah (017-456-9679)
iv. PRAI/SUNGAI PETANI: Zurilaili Ishak (012-286-0304)

7. Untuk penyertaan dalam versi cetak, semua bahan iklan atau media hendaklah diterima oleh
pihak Sekretariat selewat-lewatnya Sabtu, 6 NOV 2010. Untuk sebarang pertanyaan lain, sila hubungi
Sekretariat KUMUDA: En. Adi / Pn Ija di 04-866-2706 / 017-490-0656 atau emel ke
mug10@kumuda.org

Sekian, Terima Kasih.

Yang Benar,

Nasir Sobri
Pengerusi – 016-416-2747

Page 2 of 2

You might also like