You are on page 1of 17

KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN TINGKATAN 1

Senarai Kandungan

Bil. Kandungan Mukasurat


1. Penghargaan 1
2. Pendahuluan 2
3. Objektif Kajian 3
4. Kawasan Kajian 4
5. Kaedah Kajian 7
6. Dapatan Kajian 8
7. Rumusan 13
8. Lampiran 14
9. Rujukan 16
KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN TINGKATAN 1

Penghargaan
Saya Ch'ng Yi Cong, pelajar Tingkatan 1B mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima
kasih kepada beberapa pihak yang telah membantu saya semasa saya membuat Kajian Geografi
Tempatan (KGT).

Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan upcapan terima kasih kepada Tuan Pengetua, Ch'ng
Hock Sang (Bapa), Ng Lay Tin (Ibu) yang telah memberikan kebenaran kepada saya untuk
menjalankan kajian ini.

Saya juga ingin merakam setinggi-tinggi terima kasih kepada guru Geografi saya, Cikgu Tan
Ah Kim telah meluangkan masanya memberikan tunjuk ajar dan membimbang dengan begitu
dedikasi.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan saya. Meraka telah memberi maklumat yang amat
berguna kepada saya. Di samping itu, mereka juga menolong saya menyelesaikan pelbagai masalah
semasa saya membuat kajian ini.

Akhir sekali, ucapkan ribuan terima kasih saya tujukan kepada semua pihak yang menolong
saya. Bantuan yang diberi oleh mereka tidak ternilai harganya dan saya akan menghargai selama-
lamanya.

1
KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN TINGKATAN 1

Pendahuluan
Saya memilih tajuk “Pencemaran Alam Sekitar di Georgetown, Pulau Pinang” kerana Georgetown
terletak berdekatan dengan tempat kediaman saya.

Saya telah memberikan perhatian dan tumpuan sepenuhnya kepada aspek Pencemaran Alam
Sekitar yang terdapat di Georgetown. Saya juga mengkaji pencemaran yang berlaku di sekeliling
Georgetown.

Saya menyiapkan kajian ini dalam tempoh lebih kurang empat minggu. Walaupun samasa
membuat kajian ini, kami menghadapi pelbagai jenis masalah, tetapi akhirnya semua masalah telah
diatasi. Saya berasa sungguh puas hati kerana dapat menyempurnakan kajian ini.

Akhirnya, saya berharap kajian ini akan memberikan banyak manfaat kepada saya dan rakan-
rakan saya.

2
KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN TINGKATAN 1

Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan untuk memenuhi objektif-objektif yang berikut:
a) Mengenal pasti jenis pencemaran di kawasan kajian.
b) Mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh penduduk di kawasan kajian.
c) Mencadangkan langkah-langkah penyelesaian masalah ini.
d) Mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi kejadian pencemaran di kawasan Georgetown.

3
KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN TINGKATAN 1

Kawasan Kajian
Dalam kajian ini, saya telah memilih Georgetown, Pulau Pinang sebagai kawasan kajian untuk
mengkaji pencemaran yang berlaku di tempat tersebut.

Georgetown terletak di Daerah Timur Laut Pulau Pinang. Peta lakar 1.1 menunjukkan Peta
Daerah Negeri Pulau Pinang dan peta lakar 1.2 ialah menunjukkan kedudukan Georgetown di Pulau
Pinang. Kawasan kajian saya merupakan kawasan tanah pamah yang kurang daripada 100 meter
dari aras laut.

Jarak kawasan kajian dari sekolah saya ialah kira-kira 4 kilometer dan mengambil masa
selama 15 minit dengan menaiki kereta. Kawasan ini sedang pesat membangun. Banyak tanam
perumahan yang sedang dibina seperti IVORY Time Square. Di samping itu, bangunan kerajaan
KOMTAR, Balai Polis Jalan Patani, dan beberapa buah sekolah juga terletak di kawasan ini.

4
KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN TINGKATAN 1

Peta Lakar 1.1: Peta Daerah Negeri Pulau Pinang


5
KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN TINGKATAN 1

Peta Lakar 1.2: Kawasan Georgetown

6
KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN TINGKATAN 1

Kaedah Kajian
Saya menggunakan pelbagai kaedah semasa membuat Kajian Geografi Tempatan. Antara kaedah-
kaedah yang digunakan ialah:
a) Rujukan :Saya telah membuat rujukan daripada palbagai sumber, contohnya buku
teks, buku latihan, surat khabar dan internet.
b) Temu bual :Saya telah menemu bual 10 orang penduduk untuk mengumpulkan maklumat
tentang pencemaran di Georgetown.

7
KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN TINGKATAN 1

Dapatan Kajian
Selepas membuat kajian, kami mendapati kawasan Georgetown menghadapi masalah pencemaran
air, pencemaran udara dan pencemaran bunyi yang sangat serius.

Definisi Isu
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengatakan bahawa pencemaran adalah suatu
perbuatan yang mencemarkan (mengotorkan) – pengotoran alam – perbuatan mencemarkan
kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap. Definisi Literal

Faktor faktor yang mempengaruhi kejadian pencemaran.


-Pembangunan tidak terancang.
-Kelemahan pentadbiran dan pengurusan kerajaan.
-Sikap penduduk dan lain-lain.

Pencemaran Air
Sistem Sungai Utama
Di Negeri Pulau Pinang terdapat 5 buah Lembagan Sungai Utama seperti dalam Jadual 1.1. Air
sungai digunakan untuk pelbagai tujuan seperti saliran, bekalan air untuk kegunaan domestik,
pembekalan air untuk industri, akuakultur dan pengangkutan air (navigation).

Di sepanjang rezab sungai terdapat juga aktiviti pertanian, pembinaan bangunan dan
penempatan setinggan dan taman rekreasi dan riadah. Penggunaan air sungai dan rezab sungai
tanpa kawalan bagi pertanian, penempatan setinggan, pengambilan pasir sungai, pembinaan jeti dan
struktur melintasi sungai telah menyebabkan gangguan terhadap kestabilan saluran sungai dan
sistem sungai amnya, serta menyekat perlaksanan kerja – kerja penyelenggaraan denga efektif.

Jadual 1.1: Lembagan dan Cabangan Sungai Utama Di Negeri Pulau Pinang
Lembagan Cabangan Sungai Utama
Sungai
Sungai Pinang Sg. Air Terjun, Sg. Air Puteh, Sg. Air Itam, Sg. Jelutong dan Sg. Dondang
Sungai Perai Sg. Air Melintas, Sg. Kubang Semang, Sg. Jarak, Sg. Keladi, Sg. Kereh,
Sg. Kulim, Sg. Perai, Sg. Seluang dan Sg. Seluang Bawah
Sungai Juru Sg. Ara, Sg. Juru, Sg. Kilang Ubi, Sg. Pasir dan Sg. Rambai
Sungai Jejawi Sg. Cempedak, Sg. Jawi dan Sg. Junjong
Sungai Kerian Sg. Udangm Sg. Setar dan Sg. Kechil
Sumber: Jabatan Pengairan Dan Saliran, 2002

Kualiti Air Sungai


Penilaian corak tahap kualiti air sungai berdasarkan indeks kualiti air (IKA) mendapati Lembagan
Sungai Pinang berada pada status tercemar (rujuk Jadual 1.2). Pencemaran sungai didapati
berpunca daripada peningkatan Keperluan Oksigen Biologikal (BOD) (rujuk Jadual 1.3), Ammonikal
Nitrogen (An) (rujuk Jadual 1.4), dan Pepejal Teranpai (SS) (rujuk Jadual 1.5)

8
KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN TINGKATAN 1

Jadual 1.2: Status Kualiti Air Sungai Berdasarkan Indeks Kualiti Air (IKA)
Lembangan Tahun Status
Sungai
1993 1994 1995 1996 1997 1998 1999 2000 2001 2002 2003 2004
Sungai 24 36 30 28 42 39 41 41 46 37 52 45 Tercemar
Pinang
Sumber: Jambatan Pengairan dan Saliran, 2005
Nota: Bersih = > 80 Sederhana Bersih = 60 – 80 Tercemar = < 60

Antara tahun 1990 hingga 2001, Lembagan Sungai Pinang menunjukkan kemerosotan kualiti air
berdasarkan kepada bacaan BOD (rujuk Jadual 1.3). Keadaan ini berlaku disebabkan bertambahnya
kandungan buangan organik daripada industri berasaskan pertanian dan penternakan serta industri
pembuatan bersifat organik yang lain dialirkan terus ke sungai.

Jadual 1.3: Status Kualiti Air Sungai Berdasarkan Indeks Keperluan Oksigen Biologikal
Lembangan Tahun Status
Sungai
1993 1994 1995 1996 1997 1998 1999 2000 2001 2002 2003 2004
Sungai 15 23 16 31 36 39 39 43 45 29 63 43 Tercemar
Pinang
Sumber: Jambatan Pengairan dan Saliran, 2005
Nota: Bersih = > 90 Sederhana Bersih = 80 – 90 Tercemar = < 80

Parameter Ammonikal Nitrogen (An) dikenalpasti untuk menilai tahap pencemaran yang berpunca dari
buangan air sisa kumbahan terutamanya domestik yang tidak dirawat dengan sempurna. Secara am,
kesemua lembagan sungai di Negeri Pulau Pinang berada pada status tercemar (rujuk Jadual 1.4).

Jadual 1.4: Status Kualiti Air Sungai Berdasarkan Indeks Ammonoikal Nitrogen (An)
Lembangan Tahun Status
Sungai
1993 1994 1995 1996 1997 1998 1999 2000 2001 2002 2003 2004
Sungai - 0.1 3 40 21 12 7 6 20 8 37 10 Tercemar
Pinang
Sumber: Jambatan Pengairan dan Saliran, 2005
Nota: Bersih = > 91 Sederhana Bersih = 71 – 91 Tercemar = < 71

Kandungan pepejal terampai adalah untuk menilai tahap kelodakan dan hakisan tanah yang berpunca
daripada aktiviti pembangunan/pertanian yang melibatkan kerja-kerja tanah. Hasil analisis
menunjukkan peringkat ke arah tahap yang bersih seperti Sungai Pinang (rujuk Jadual 1.5).

Jadual 1.5: Status Kualiti Air Sungai Berdasarkan Indeks Pepejal Terampai (SS)
Lembangan Tahun Status
Sungai
1993 1994 1995 1996 1997 1998 1999 2000 2001 2002 2003 2004
Sungai 15 50 42 34 71 58 72 72 71 54 71 82 Sederhana
Pinang Bersih
Sumber: Jambatan Pengairan dan Saliran, 2005
Nota: Bersih = > 75 Sederhana Bersih = 70 – 75 Tercemar = < 70

Di dalam Rancangan Malatsua Kelapan peruntukkan telah diperolehi sebanyak RM30 juta untuk
perbaiki kualiti air Sungai Pinang bagi mencapai tahap kualiti air Kelas II. Di bawah projek sambungan
9
KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN TINGKATAN 1

ke RMKe-9, tambahan sebanyak RM20 juta telah dipohon oleh JPS Pulau Pinang untuk meneruskan
pelaksanaan projek ini.

Pencemaran Udara
Kualiti Udara
Pada umumnya kualiti udara di Negeri Pulau Pinang sejak lima tahun kebelakangan didapati merosot
berdasarkan Indeks Pencemaran Udara (IPU). Terdapat tiga stesen pengawasan kualiti udara
automatik (CAQM) iaitu di bahagian Pulau. Pada keseluruhan status kualiti udara masih berada pada
tahap sederhana sihat (rujuk Jadual 1.6).

Jadual 1.6: Perbandingan Status Kualiti Udara (IPU) Tahun 1998-2001


Stesen Pengawasan Tahun
1997 1998 1999 2000 2001
Pulau Pinang (Universiti Sains Malaysia - 28 28 32 38
Sumber: Jambatan Alam Sekitar, 2002
Nota: Baik (0 – 50) Sederhana (51 – 100) Tidak Sihat (101 – 200)
Sangat Tidak Sihat (201- 300) Berbahaya ( > 300)

Kemusnahan alam sekitar seperti pencemaran udara, pencemaran air, pencemaran bunyi akan
membawa pelbagai penyakit kepada manusia. Antaranya ialah (rujuk Jadual 1.7):
Jadual 1.7: Pelbagai penyakit yang akan dijangkiti
Pencemar Kesan
Nitrogen oksida daripada asap kilang -Bara paru-paru
-Sakit mata
Keracunan plumbum dalam asap kilang dan asap kereta -Sakit jantung
-Mengurangkan kecerdasan otak
-Sakit buah pinggang
Karbon monoksida daripada asap kenderaan -Sakit Kepala
Sulfur dioksida daripada pembakaran arang batu -Masalah pernafasan
Air yang kotor dan beracun -Penyakit kulit seperti gatal dan kudis
-Barah kulit

Oleh itu, kita hendaklah bersama-sama untuk mengurangkan pencemaran-pencemaran yang kita
menghadapi. Langkah-langkah untuk mengurangkan pencemaran-pencemaran ialah:

-Jangan membuang sampah ke dalam sungai / laut


Jika kita membuang sampah sarap ke dalam sungai / laut, sungai/ laut akan menjadi kotor dan
hidupan laut akan mati jika air sungai / laut adalah kotor.

-Mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor


Asap dari kenderaan bermotor menyumbang kepada pelepasan hidrokarbon, gas karbon dioksida dan
gas karbon monoksida ke atmosfera yang sangat tinggi. Ini menyebabkan suhu di bumi semakin
meningkat.

-Menjalankan kempen kesedaran


Melalui kempen kesedaran, penduduk-penduduk akan mengetahui penyebaban pencemaran air,
pencemaran udara dan pencemaran bunyi.
10
KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN TINGKATAN 1

Bilangan penggunaan kenderaan darat di Malaysia mengalami proses peningkatan setiap tahun.
Keadaan seperti ini adalah menunjukkan tahap pembangunan bagi negara Malaysia sentiasa
mengalami proses pengembangan.

Berdasarkan kepada graf di atas, angka statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan
Jalan dan Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan pada tahun 1987, jumlah kenderaan bermotor
di Malaysia ialah 3.6 juta meningkat sehingga 6.8 juta pada tahun 1995 dan terus meningkat sehingga
10.5 juta pada tahun 2000 dan pada tahun 2004 menjadi 13.7 juta. Peningkatan kenderaan itu adalah
bagi ketagori kenderaan persendirian. Diikuti kenderaan perdagangan (lori dan trailer) dan kenderaan
lain-lain (Kenderaan rasmi kerajaan / badan berkanun / Syarikat Swasta) Pertambahan kenderaan ini
menunjukkan bahawa alam sekitar menjadi lebih parah dengan pencemaran bunyi dan pencemaran
udara daripada asap kenderaan. Daripada statistik itu juga kita boleh lihat, kebanyakkan kenderaan
yang digunakan di Malaysia adalah menggunakan enjin petrol dan enjin diesel banyak digunakan oleh
kenderaan perdagangan. Bilangan kenderaan setiap tahun adalah meningkat dan tidak pernah
mengalami penurunan.

Proses peningkatan ini boleh berlaku adalah dipengaruhi oleh beberapafaktor. Menurut
Khairani Alladin@Jalaudin Malaysia adalah antara negara yang paling tinggi memiliki kenderaan
persendirian iaitu sebuah kenderaan persendirian bagi setiap 5 orang. Oleh itu, keadaan ini
mengambarkan bahawa pemilikan kenderaan persendirian ini adalah menjadi perkara utama di
Malaysia. Selain itu, kita juga boleh lihat kepada sistem rangkaian jalan raya yang semakin
berkembang dan keadaan memberi kemudahan kebolehsampaian antara sesuatu telmat. Ekoran
daripada itu, keadaan ini juga menggalakkan orang ramai untuk memiliki kenderaan sendiri supaya
dapat memudahkan perjalanan mereka dan selesa dengan sistem jalan raya yang sempurna.

Selain itu, kebanyakkan penduduk di negara ini terutamanya di bandar-bandar besar seperti
Kuala Lumpur kurang berpuas hati dengan perkhidmatan pengangkutan awam. Berdasarkan daripada
kajian yang dilakikan oleh Khairani Alladin@Jalaudin mendapati terdapat hanya 40 peratus sahaja
penduduk Malaysia menggunakan perkhidmatan awam berbanding dengan orang Jepun dan
11
KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN TINGKATAN 1

Singapura 60-80 peratus pada tahun 1983. Walapun kajian ini adalah telah dilakukan dalam satu
tempoh yang lama, namun begitu faktor ini sememangnya menyumbang kepada peningkat jumlah
pemilik kenderaan.

Peningkatan jumlah kenderaan boleh berlaku berdasarkan kepada Dasar Automatif Negara
(DAN). Berdasarkan kepada DAN ini ia akan mengalakkan pengeluar-pengeluar kereta untuk melabur
di Malaysia. Keadaan ini menyebabkan penduduk di negara ini menpunyai banyak pilihan kenderaan
dan mampu untuk memilikinya. Di samping itu, pemilikan sesebuah kenderaan ini menlambangkan
kemewahkan atau status kehidupan seseorang itu. Ini bermaka, sekiranya seseorang itu memiliki
kenderaan sendiri dianggap lebih berjaya dalam hidup. Sekiranya dilihat daripada kemampuan,
kebanyakkan penduduk di Malaysia ini mempunyai pekerjaan dan berkemampuan dari segi
ekonominya untuk memiliki kenderaan.

Perkembangan kepada peningkatan penggunaan kenderaan itu juga turut dipengaruhi oleh
proses pertamban penduduk. Negara Malaysia mengalami proses pertambahan penduduk. Keadaan
ini boleh dilihat bermula daripada selepas merdeka jumlah penduduk meningkat daripada 9.3 juta
orang pada tahun 1965 kepada 18.4 juta orang pada tahun 1990. Pertambahan penduduk ini adalah
dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti seperti peningkatan dalam kadar kelahiran dan penrunan
terhadap kadar kematian. Keadaan ini, menurut Khairani Alladin@Jalaudin (1993),dalam kajiannya
menunjukkan kadar pertambahan kenderaan bagi tempoh 10 tahun (1976-1985) adalah sebanyak
196.8% dan nilai ini adalah lebih tinggi daripada kadar pertumbuhan penduduk pada tempoh tahun
yang sama dengan nilai sebanyak 46.3%. Daripada ini, dapat disimpulkan bahawa semakin ramai
penduduk sesuatu kawasan itu, semakin ramai bilangan pengguna kenderaan. Peningkatan jumlah
kenderaan kaitan dengan pembebasan gas-gas bertoksid yang boleh mencemarkan udara.

12
KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN TINGKATAN 1

Rumusan
Sebagai rumusan, saya dapati pencemaran-pencemaran telah mempengaruhi kegiatan penduduk di
Georgetown. Kegiatan penduduk-penduduk di Georgetown bukan hanya membawa kesan positif
seperti mewujudkan peluang pekerjaan, keuntungan, dan menyediakan banyak kemudahan tetapi
juga membawa kesan negatif. Faktor-faktor yang mempengaruhi kejadian pencemaran ialah
pembangunan yang pesat dan kebanyakkan penggunaan kenderaan bermotor. Masalah-masalah
yang muncul daripada pencemaran ialah kelemahan pentadbiran dan pengurusan kerajaan. Langkah-
langkah penyelesaian masalah ialah dengan mengurangkan pengunaan kenderaan bermotor. Di sini,
saya berharap penduduk-penduduk tempatan dapat berkerjasama dengan pihak kerajaan supaya
masalah-masalah seperti pencemaran air, pencemaran udara, pencemaran bunyi boleh dikurangkan
pada masa yang akan datang. Jika penduduk-penduduk tempatan sihat setiap hari, negara kita akan
berjaya mencapai Wawasan 2020.

13
KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN TINGKATAN 1

Lampiran

Borang Temu Bual


1. Nama:
2. Jenis pekerjaan:
3. Masalah-masalah yang dihadapi sebagai penduduk
a)
b)
4. Cadangan-cadangan penyelesaian masalah:
a)
b)

Borang Soal Selidik


Borang Soal Selidik

Makluman kepada responden:


Soal selidik ini adalah untuk mendapatkan maklumat bagi tujuan kajian geografi sahaja. Segala
maklumat yang diberikan adalah dirahsiakan dan ianya hanya untuk kepentingan kajian sahaja.
Adalah diharapkan pata pesponden dapat memberikan jawapan kepada soalan-soalan yang
dekemukakan. Kerjasama anda didahului dengan ucapan terima kasih.

Tema Kajian: Pencemaran Alam Sekitar


Arahan: Tandakan (√) pada ruangan yang disediakan.

BAHAGIAN A : MAKLUMAT ASAS RESPONDEN


1.Jantina
Lelaki Perempuan

2.Kaum
Melayu Cina India Lain-lain

3.Umur
18-29 Tahun 30-55 Tahun 55 Ke Atas

BAHAGIAN B : MAKLUMAT PENCEMARAN-PENCEMARAN TERHADAP PENDUDUK-


PENDUDUK TEMPATAN

Sampah Sarap Kesan Lain-lain: (Sila Nyatakan)


Pencemaran Air .....................................................................................
.....................................................................................
Pencemaran Udara .....................................................................................
Kesan Rumah Hijau .....................................................................................
.....................................................................................
Hujan Acid .....................................................................................
Perubahan Pandang Barat ................................................................

Terima kasih atas kerjasama anda.

14
KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN TINGKATAN 1

Bahan Sumber

Pencemaran Air Pencemaran Air

Pencemaran Udara Pencemaran Udara

Pencemaran Bunyi Pencemaran Bunyi

15
KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN TINGKATAN 1

Rujukan
-Surat Khabar
1. The star, 12 Mei 2008, muka surat B12.
2. Guang Wah Yit Poh, 25 January 2008, muka surat B6.

-Orang Sumber
1. Lena Gnoi, 20 tahun, 25-A Jalan Siam, 10400 Pulau Pinang.
2. Ng Lay Tin, 40 tahun, 21, Jalan Hijau 1, 11600 Pulau Pinang.

-Buku
1. Chong Yoon Choi, Chong Hui Ling, Kang Chai Yeong, 2002. Geografi Tingkatan 1. Media
Network Sdn. Bhd. Petaling Jaya.

-Internet
http://spgis.mpsp.gov.my/laporan_pemeriksaan/html/alamsekitar.html
http://www.google.com
http://www.gov.com.my

16