You are on page 1of 1

Abstrak Pembentangan Gerai Felda di Jalan Conlay

Oleh

Siti Zuraini bte Mohamad JEA080 178


Nurul Farah Ameera Abd Malik JEA080 105
Nur Adila Mohamed Zain JEA080 091
Mary Kwan JEA080 165

Pembentangan kertas kerja Gerai Felda ini akan membincangkan mengenai lawatan serta

kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji beberapa bulan yang lepas. Dalam pembentangan

ini juga turut diselitkan serba sedikit tentang maklumat Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan

atau The Federal Land Development Authority (FELDA) . Selain itu, pembentangan ini turut

membincangkan matlamat penubuhan FELDA yang merangkumi bahagian misi, visi dan logo.

Hal ini untuk memperkenalkan pembentukkan dan penubuhan FELDA. Sejarah penubuhan

FELDA adalah amat penting bagi memudahkan kita mengetahui penubuhan Gerai FELDA yang

dibuka di Jalan Conlay Kuala Lumpur. Sehubungan itu, pembentangan memfokuskan kepada

Gerai FELDA yang diberi nama Malaysia Modern FELDA. Fokus kami adalah pada bahagian-

bahagian produk yang telah dipasarkan oleh Gerai FELDA di Jalan Conlay. Dapatan daripada

lawatan beberapa bulan yang lalu di Kompleks Kraftangan adlah sumber utama pembentangan

dan juga hasil kertas kerja yang dilakukan berdasarakan temuramah bersama responden yang

dikenali sebagai Cik Siti.

You might also like